Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat
handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab
sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan
jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka
semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui
bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan
oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti
melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan
penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan solat jenazah:
Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada
mayat.
Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan
mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus
berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (
) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Taala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak
dikira dosa pahala oleh malaikat
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Nota: Artikel ini dihasilkan setelah merujuk dua ustaz yakni Ustaz Nor Amin dan Ustaz Azhar Idrus.