Anda di halaman 1dari 2

Apakah skrip menjual yang mudah?

Saya sudah cakap dalam emel lepas:


Kita tidak semestinya perlu tahu teknologi untuk menjual.
=====
Menjual sebenarnya mudah kalau kita berhenti fikir:
Menjual = mengambil kesempatan, membuatkan pelanggan rugi, perkara
yang yang susah.
Mulakan ambil mindset begini:
Menjual = mengetahui masalah pelanggan dan membantu memberi
penyelesaian kepada masalah itu.
Maka...
Aturan skrip menjual adalah seperti berikut:
1. Ketahui masalah -- ambil masa fahami masalah
2. Tarik perhatian dan minat -- kaitkan dengan masalah
3. Beri penyelesaian masalah -- jual kepada mereka
Ia tidak perlu jadi susah. Mudah saja macam kita berbual.
==========
Mahu lihat contoh?
Katakan kita jual produk membanyakkan susu ibu.
Kawan = Saya risau la anak saya tak dapat susu yang cukup.
Anda = Kenapa? Apa masalahnya? (Ketahui masalah)
Kawan = Bla bla bla (cerita masalah).
Anda = Ye la kan. Kalau tak cukup susu, kesian pula anak tu. Sebenarnya,
ada jenis-jenis makanan istimewa yang boleh bantu banyakkan susu ibu.
Nak tahu tak? (Tarik perhatian dan minat)

Kawan = Eh, mesti la nak!


Anda = Pot pet pot pet (cerita tentang produk).
Nak tak cuba? Bla bla bla (harga dan butir produk).
(Beri penyelesaian masalah)
==========

Mudah kan. Berbual je...


Cuba buat.
Tidak perlu hard sell sangat.
Boleh jadi ke? Boleh percaya ke?
Nak tahu tak...
Sebenarnya setiap kelas dan pakej ilmu yang saya hasilkan, semuanya
terhasil disebabkan oleh skrip ini.
Saya tidak cuba menjual.
Sekadar membantu mereka menyelesai masalah mereka.
InsyaAllah. Kita bantu orang, kita pun akan mudah dibantu.
Semoga bermanfaat.
~ Bukhari Ramli
P.S. Berminat untuk tahu lanjut bagaimana gunakan skrip begini untuk
buat duit dan bina bisnes segera?
( ^ perasan tak saya guna skrip macam tadi tu?
Saya tak menjual, saya hanya tawarkan penyelesaian untuk masalah.)

Anda mungkin juga menyukai