Anda di halaman 1dari 2

Buat kerja rutin VS tinggalkan legasi:

Tidak guna hidup jika tidak 'hidup'


==========
There's work and there's your life work.
The kind of work that has your fingerprints all over it. The kind of work that you'd never compromise
on. That you'd sacrifice a weekend for. You can do that kind of work at Apple. People don't come
here to play it safe. They come here to swim in the deep end.
They want their work to add up to something.
Something big. Something that couldn't happen anywhere else.
Welcome to Apple.
==========
Apabila seorang intern baru masuk untuk bekerja di Apple, mereka akan mendapat satu kotak
'orientasi'.
Salah satu isi dalam kotak ini ialah kad bertulis ayat di atas.
Tiada guna hidup jika tidak 'hidup'.
Tiada guna hidup kalau kita sekadar mahu jadi biasa-biasa buat kerja rutin yang membosankan.
Biarlah kita hidup tinggalkan legasi yang bagus. Kerja kita ialah menyebarkan perkara yang bagus
dan menyampaikan seruan kebenaran.
==========
Saya mahu membentuk suasana yang serupa untuk setiap 'tempat' yang saya sertai.
BRC - Marketing & Business Strategist mahu melahirkan lebih ramai penulis, project manager dan
marketer yang bagus. Editor, event manager, content producer, designer yang bagus.
Lebih bagus daripada saya.
Biarlah saya menjadi dreamer mencari kerja dan projek menarik yang kemudiannya saya serahkan
kepada tim yang lebih layak untuk laksanakan.
Tim yang bangga dengan kerja-kerja dan legasi yang mereka sebarkan dan tinggalkan.
Tim yang tidak sekadar bermain di gigi air, sebaliknya teruja mahu 'melawan' mencabar diri sendiri
berlayar meneroka lautan luas.
Tim yang dalam masa sama gembira keriangan dan tunduk tanda hormat rendah diri melihat
kejayaan dan kemenangan audiens yang datang dari segenap tempat berjuang melawan segala
kepayahan melawan segala halangan; melihat kerja yang mereka hasilkan digunakan oleh audiens
dalam cara yang mereka sendiri tidak terfikir, membuat perkara yang mereka sendiri tidak sangka
boleh dilakukan.
Magik satu: kerja yang mereka hasilkan.
Magik dua: audiens mengambilnya dan membuat lebih daripada yang disangka boleh.
Magik kuasa dua.
==========

Banyak perkara yang boleh kita hasilkan bersama. Saya melihat banyak peluang dan menerima
banyak permintaan untuk kerja-kerja begini.
Usah mengeluh merungut mengomel itu tidak betul, ini tidak betul; itu tidak cukup, ini tidak cukup;
GST itu, barang naik ini; kiri salah, kanan tidak betul.
Kerja yang menarik dan berimpak tinggi (dan, tidak perlu cakap pun boleh tahu: ganjaran yang
menarik dalam bentuk duit, kepuasan, kebaikan dan doa-doa yang baik) sentiasa ada, malah
semakin banyak diperlukan.
Di waktu semua orang mencari jalan mudah buat kerja sambil lewa dan asal boleh, PERMINTAAN
untuk kerja-kerja yang bagus, berimpak tinggi dan dihasilkan dengan titik peluh darah jiwa raga
SEMAKIN TINGGI.
Kita boleh terus menerus buat kerja sambil lewa sekadar cukup asal boleh melepas batuk di tangga
mengharap orang memberi ganjaran tinggi untuk kita.
Atau kita boleh bangkit dari tidur lena mimpi mengarut itu dan mulakan langkah ambil keputusan beri
komitmen untuk membina legasi 'life work' yang boleh kita banggakan tinggalkan buat bekalan kita
di sini dan di sana.
INGAT: kalau kita mencuri (duit, kepuasan, kebaikan, tulang) daripada orang lain, orang yang paling
rugi sebenarnya ialah diri kita sendiri kerana tidak lain tidak bukan kita MENCURI DARIPADA DIRI
SENDIRI; mencuri peluang, mencuri kebaikan, mencuri masa depan lebih cerah, mencuri skill.
==========
Kalau berminat untuk join tim BRC, emelkan ke hai@brc.my. Jangan tanya saya apa benda mahu
ditulis dalam subjek dan dalam emel.
Surprise me (in a good way)!
~ Bukhari Ramli
~ Wannabe dreamer

Anda mungkin juga menyukai