MUKADDIMAH
Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati, begitu juga dengan manusia sepertimana
firman Allah S.W.T dala Surah Ali-'Imran ayat 185 :
Oleh itu, apabila datang kematian kepada seseorang hamba Allah ,maka orang lain yang hidup
adalah kewajipan untuk menguruskan jenazah tersebut sebagai amalan yang dituntut dalam
Islam .Hukum menyelenggarakan jenazah adalah fardu kifayah iaitu amalan yang tidak
diwajibkan ke atas setiap individu muslim bahkan memadai dilakukan oleh sebahagian daripada
mereka.
Terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan oleh manusia lain dalam menguruskan
jenazah seperti memandikan ,mengkhafankan,menyembahyangkan dan seterusnya
mengebumikan .
Di dalam buku risalah kecil ini, akan diterangkan cara-cara menyembahyangkan jenazah dan
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Orang yang sakit ,yang hampir menghembuskan nafasnya yang akhir ,hendaklah dihadapkan
ke kiblat,dibaringkan di atas lambungan yang kanan,muka dan dadanya dihadapkan ke kiblat
,kalau tidak boleh hendaklah ditelentangkan dan dua tapak kakinya dihalakan ke kiblat
Hendaklah diajar mengucap kalimah tauhid (dengan tidak bertubi-tubi), tetapi jika ia berkata
dengan kalimah (perkataan) yang lain, hendaklah diajar balik dengan kalimah tauhid.
Dibacakan Surah Yaasiin() dan surah Ar-Ra'du ().
PERKARA YANG DILAKUKAN SESUDAH MATI
Apabila telah mati (yakin matinya) , hendaklah ditutup matanya , diikat dagunya supaya jangan
terbuka mulutnya ,dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak,ditutup seluruh badanya dengan
kain dan diletakkan ditempat yang tinggi ,umpamanya diatas katil ,dan diletakkan diatas
perutnya benda-benda yang berat ( lebih kurang 1 paun).
Ahli-ahli keluarga mayat itu hendaklah berikhitar membayar hutangnya daripada harta
peninggalannyaatau daripada pertolongan ahli-ahli keluarga mayat itu atau seseorang waris
atau orang lain membut pengakuan (berikrar) membayar akan hutangnya .
Hendaklah disebutnya membayar akan hutangnya.
Hendaklah disebutkan kebaikkan dan medoakan keampunan baginya.
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN YANG
BERHUBUNG DENGAN MAYAT
Apabila mati seseorang Islam , maka wajiblah di atas orang-orang yang hidup sebagai fardu
kifayah menyelenggarakan empat perkara ke atasnya (mayat):
Memandikan
Mengkhafankan
Menyembahyangkan
Mengkebumikan
Peringatan :
Semua perbelanjaan mengururskan mayat ini ialah daripada harta peninggalannya (si mati)
kecuali isteri, maka wajib atas suaminya,anak kecil wajib atas bapanya ,sekiranya tidak ada
,maka tertanggunglah ke atas orang islam yang kaya .
Sembahyang jenazah diadakan antara lain adalah untuk memohon keampunan serta limpahan
rahmat Allah S.W.T bagi si mati dan mengharapkan suci dari dosa.
Manusia sebagaimana diketahui memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan
kesalahan .Allah sentiasa memberikan peluang kepada hamba-hambanya untuk bertaubat.
Dengan mengadakan sembahyang jenazah orang yang hidup diberi peluang untuk memohon
keampunan dan kerahmatan daripada Allah untuk si mati. Sembahyang jenazah juga adalah
sebagai satu cara memberi penghormatan yang sopan kepada mayat.
Hukum mendirikan solat jenazah adalah fardu kifayah.Justeru itu,Islam menganjurkan supaya
didirikan sembahyang jenazah dengan jumlah yang ramai itu lebih baik dan afdhal.
Niat
Berdiri jika berkuasa
Takbir empat kali termasuk takbiiratul ihram
Membaca surah al-Fatihah
Membaca selawat ke atas nabi
Mendoakan mayat
Memberi salam
Nota :
Boleh membaca mana-mana selawat,seelok-eloknya membaca selawat Ibrahimiah.
Doa bagi mayat boleh dibaca mana-mana satu doa dengan syarat ditakhsiskan (ditentukan)
bagi mayat lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH
Yang lebih utama menyembahyangkan jenazah itu ialah walinya,iaitu bapanya kemudian
datuknya dan ke atas kemudian anaknya,cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah, kemudian
saudara lelakinya seibu sebapa ,kemudian saudara lelaki sebapa.Kemudian anak saudara
seibu sebapa ,kemudian Asabah mengikut tertib, pusakanya dan kemudian zawil arham,jika
didapati sama keadaan martabat mereka maka didahulukan yang lebih tua .Dan jika tidak
terdapat kerabat-kerabat yang di atas maka didahulukan orang yang lebih faqih dan tua.
LAFAZ-LAFAZ NIAT
i) Lafaz Niat : Jenazah lelaki dewasa (hadir)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana Allah
Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas perempuan ini empat kali takbir imaman/makmuman kerana
allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini empat kali takbir
imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini empat kali takbir
imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir
imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembayang ke atas mayat perempuan si anu yang ghaib ini empat kali takbir
imaman/makmuman kerana Allah Ta'ala)
(Sahaja aku sembahyang ke atas semua mayat ini empat kali takbir imaman/makmuman
kerana Allah Ta'ala)
2.MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
Selawat boleh dibaca mana-mana satu selawat dan yang seelok-eloknya dibaca selawat
Ibrahimiah iaitu seperti di atas.
4.MEMBACA DOA
Doa Jenazah Kanak-Kanak
5.MEMBERI SALAM