Anda di halaman 1dari 3

ISL MINGGU 6

FILEM-FILEM YANG BERKAITAN DENGAN CIRI-CIRI INSAN BERMORAL

Seorang insan yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti : Berbudi pekerti, mempunyai tingkah laku yang mulia, serta berbudi bahasa Tidak suka menunjuk-nunjuk, tidak angkuh dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Insan yang bermoral juga mempunyai sifat hormat menghormati.

Filem-filem yang berkaitan dengan Ciri-ciri insan bermoral


1. Menghormati autoriti iaitu ibu bapa, guru, pemimpin negara atau agama.Insan yang bermoral harus menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan amalan yang bermoral dan boleh diterima oleh masyarakat. Mereka akan menghormati agama dan kepercayaan orang lain serta menyayangi nyawa mereka dan menghargai nyawa orang lain.Orang yang berpendidikan moral dapat membuat keputusan moral secara autonomous dan setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan kesan serta akibatnya. Kami 1 Malaysia Lakonan : Upin dan Ipin serta kawan- kawan Mereka menunjukkan contoh dan teladan yang baik dan amalan yang bermoral dan boleh diterima oleh masyarakat. Mereka tidak melanggar peraturan dan undang-undang telah ditetapkan oleh negara.Mereka akan saling menghormati kawan-kawan mereka

dan saling bertolak ansur dan menyayangi walaupun terdiri daripada bangsa dan agama yang pelbagai dan berlainan.

2. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain. Insan yang bermoral ialah orang yang mempunyai pengentahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di dalam sesuatu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan orang lain harus dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan moral. Hunger Games (2012) Lakonan : Jennifer Lawrence Adiknya telah dipilih untuk menyertai rancangan Hunger Games. Namun beliau telah menjadi menawarkan diri untuk mengganti adik perempuannya kerana mengetahui kesukaran rancangan tersebut. Dia memahami situasi adiknya yang masih muda dan dalam situasi itu, dia mengambil keputusan untuk menawarkan diri menganti tempat adiknya. Walaupun dia tahu keputusan yang dia ambil itu bukan sesuatu yang mudah.

3. Melakukan sesuatu secara bebas.Insan yang bermoral ialah insan yang dapat melakukan sesuatu scara bebas tanpa sebarang tekanan tetapi berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional.Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoalkan akan dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat. Sucker Punch (2011) Lakonan : Kristy Carlson & Lora Kennedy & Emily Browning Mereka telah terperangkap di dalam sebuah bangunan, menjadi hamba kepada orang kejam. Walaupun tubuh mereka terperangkap, namun fikiran mereka bebas jauh di angkasa. Mereka cuba untuk membebaskan diri dan jiwa mereka melalui tarian. Mereka mempunyai motif dan objektif yang jelas walaupun badan mereka tidak bebas. Akhirnya mereka berjaya, walaupun hanya seorang yang dapat bebas dengan selamat.

4. Mempunyai emosi atau motivasi moralInsan yang bermoral juga haruslah mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang benar selepas keputusan moral diambil. Seseorang akan sukar untuk bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya. Ramona And Beezus (2010)Lakonan : Joey King(Ramona) & Selena Gomez (Beezus) Ramona merupakan adik kepada Beezus. Beliau berumur 7 tahun. Keluarga mereka mempunyai masalah dari segi kewangan kerana bapa beliau baru dibuang dari kerja. Walaupun beliau masih muda, namun beliau mempunyai motivasi yang sangat tinggi ingin membantu keluarganya. Beliau menjual air di depan rumah untuk mendapatkan duit.

5. Mempunyai iltizamInsan bermoral ialah insan yang mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara konsisten berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan moral yang asas. Tinker Bell (2008) (WaltDisney Pictures) Tinker Bell merupakan fairy. Beliau mempunyai bakat dalam memperbaiki dan mencipta alatan. Begitu banyak halangan yang datang. Namun beliau telah berjaya mencipta alatan untuk semua fairy agar mereka dapat membuat kerja dengan lebih cepat dan mudah. Beliau mempunyai iltizam dan semangat yang sangat tinggi sehingga berjaya

Anda mungkin juga menyukai