Anda di halaman 1dari 2

LAGU JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat Jalur gemilang... di bawah naunganmu Jalur gemilang... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang... megah kami terasa Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah

LAGU SUASANA DI HARI RAYA


LELAKI: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira PEREMPUAN: Bertukar senyuman dan salam ziarahmenziarahi Tutur dan kata yang sopan saling memaafi Suasana hari raya walau di mana pun jua Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa LELAKI: Kuih dan muih beranika macam Makanlah jangan hanya di pandang PEREMPUAN: Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi LELAKI: Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman PEREMPUAN: Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak di beri LELAKI DAN PEREMPUAN: Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira LELAKI: Kuih dan muih beranika macam Makanlah jangan hanya di pandang PEREMPUAN: Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi LELAKI: Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman PEREMPUAN: Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak di beri

Anda mungkin juga menyukai