Anda di halaman 1dari 8

Tutorial Minggu 2 Kumpulan : Nurul Majidah Zakaria Nursyahira Zulkarnain

TAJUK : MENYAMPAIKAN UCAPAN BERTATASUSILA Tayangan Video Guru menayangkan video berkaitan ucapan bertatasusila

Sesi Soal Jawab Murid bersoal jawab dengan guru mengenai isi kandungan video yang dipaparkan Jangkaan soalan guru : - Apakah yang dapat diperhatikan dalam video tadi ? - Apakah ucapan bertatasusila yang sesuai digunakan untuk meminta bantuan orang lain berdasarkan video tadi?

Aktivti Kognitif Murid dikehendaki mengenalpasti ucapan bertatasusila dalam video dan menyenaraikan ucapan-ucapan tersebut Contoh : menghargai orang lain terima kasih Meminta bantuan orang tolong

Lakonan Murid diminta membuat lakonan ringkas mengenai ucapan bertatasusila secara berkumpulan

Penilaian Guru dan murid-murid menilai dan memberi maklum balas terhadap kesesuaian penggunaan ucapan tatasusila murid

Kumpulan : Wan Iskendar Wan Din Ariff Al-Baqi Mohd Iskandar

TAJUK : MENYAMPAIKAN BERITA DAN LAPORAN

Guru menayangkan sedutan video penyampaian berita TV kepada murid Guru memberikan keratan akhbar kepada murid dalam kumpulan Guru membacakan intonasi berita dengan betul Murid diminta melakonkan situasi penyampaian berita

Kumpulan : Mohd Zakwan Abdul Rahim Thaneshwaran a/l Alagesu

TAJUK : MENDENGAR DAN BERTUTUR

Guru memperkenalkan huruf vokal kepada murid-murid Guru menunjukkan huruf vokal bergambar Contoh : vokal ( i ) untuk ikan Guru menunjukkan perkataan bagi gambar yang ditunjukkan itu dan menyebut perkataan tersebut Murid mendengar sebutan guru itu dan murid bertutur dengan bunyi sebutan tersebut Guru memilih murid secara rawak dan guru meminta murid tersebut menyebut perkataan itu

Kumpulan : Aiman Farid Baharuddin Mohd Izzat Kamaruddin

TAJUK : MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SYARAHAN

Murid dipertontonkan video perbualan keluarga Murid bersoal jawab dengan guru mengenai video perbualan keluarga yang ditayangkan Murid diberikan tugasan untuk membuat satu ucapan di hadapan kelas yang bertemakan keluarga. Sebelum itu, guru memberikan penerangan mengenai format ucapan dan syarahan

Beberapa orang murid dipilih untuk memberikan ucapan yang bertemakan keluarga di hadapan kelas Kesalahan murid diperbetulkan oleh guru dan guru memberi peneguhan kepada murid

Kumpulan : Siti Fatimah Ishak Murni Hayati Shukari

TAJUK : BERCERITA Guru menyediakan big book yang bertajuk Sang Kancil dan Sang Buaya Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil Guru membacakan permulaan cerita. Cerita tersebut kemudiannya akan disambung oleh murid mengikut kumpulan yang telah ditetapkan Wakil kumpulan akan membaca cerita tersebut dengan intonasi yang sesuai dan ahli kumpulan yang lain akan membuat gaya berdasarkan cerita yang telah dibaca Soal jawab diberikan oleh guru kepada murid ( penutup sosial )

Kumpulan : Nur Nasuha Roslan Siti Sarah Mohd Marzuki

TAJUK : BERBAHAS DAN BERBINCANG Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan Kumpulan pertama akan berbincang mengenai tajuk kelebihan belajar sendiri dan kumpulan kedua mengenai kelebihan belajar berkumpulan Murid merangka cara bagaimana untuk mereka melakukan sumbangsaran dalam kumpulan kecil masing-masing Murid berbincang mengenai definisi setiap gaya belajar yang mereka perolehi dan menyenaraikan setiap kelebihan yang ada. Murid perlu mencari contoh pelajar yang berjaya dalam peperiksaan awam yang menggunakan gaya belajar tersebut untuk menguatkan lagi hujah Wakil daripada setiap kumpulan akan berbahas mengenai kelebihan yang telah mereka perolehi. Ketika berbahas, guru bertindak sebagai fasilitator membetulkan nada suara, gaya, intonasi serta susunan kata yang sepatutnya digunakan ketika berbahas

Kumpulan : Mohamad Farisan Aziz Hazman Faris

TAJUK : MEMBERI, MENERIMA ARAHAN DAN PERMINTAAN Induksi : Murid dipertontonkan dua buah video iaitu kawad kaki dan video budi bahasa budaya kita Soal jawab mengenai video yang ditayangkan Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran

Langkah 1 : Guru memperdengarkan rakaman bunyi pembeli dan peniaga pasar malam Secara berpasangan, murid diminta meperbetulkan dialog yang didengar dengan melakukan kembali situasi tersebut Guru membimbing murid dalam penggunaan ayat, intonasi, dan struktur ayat yang betul Langkah 2 : Guru mengedarkan kotak yang berisi kad kata Tanya kepada murid secara rambang Murid diberikan masa selama dua minit untuk membentuk ayat berdasarkan kata Tanya yang diperoleh Secara rambang, murid dipilih untuk membacakan ayat tanya masing-masing dengan bimbingan guru

Langkah 3 : Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil seramai 4 orang Guru memberikan kad situasi kepada setiap kumpulan. Dengan menggunakan kata tanya yang diperoleh semasa langkah dua, murid diminta melakonkan situasi tersebut. Penutup : Murid dipaparkan video lagu bersama lirik 1, 2, 3, 4 Aris Ariwatan Murid diminta menyampaikan lagu tersebut bersama-sama Murid diminta keluar ke hadapan dan merumuskan pengajaran tersebut

Anda mungkin juga menyukai