Anda di halaman 1dari 5

NAMA: KU FATIN AZIRAH BT KU YAHYA KELAS: T3 PENGAJIAN SOSIAL

PROGRAM: GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN MUZIUM IPG KAMPUS PULAU PINANG

Tarikh: 9hb Julai 2013 Masa: 2-5 petang Tempat: Muzium IPG Kampus Pulau Pinang

Pada 9 Julai 2013 kami dari Ijazah Sarjana Perguruan Guru (Pengajian Sosial) semester 6 Institit Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Gotong Royong Muzium I4P yang telah diamanahkan oleh Dr Azman b Isa selaku Pensyarah Jabatan Pengajian Sosial kepada kami. Seramai 20 orang pelajar guru Tahun 3 Pengajian Sosial (T3PS) menjalankan aktiviti "Gotong Royong Membersihkan Muzium" anjuran Persatuan Sejarah. Semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengisi kerja pembersihan di agihan tertentu, seperti bahagian dalam muzium, bahagian belakang muzium dan persekitaran muzium. Aktiviti gotong-royong bertujuan untuk membersihkan muzium dan secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada pelajar guru mengenai sejarah penubuhan IPG kampus Pulau Pinang, ini kerana terdapat banyak maklumatmaklumat berkenaan dengan Institut yang terdapat dalam muzium tersebut. Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap guru pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan muzium tersebut. Persiapan sebelum program berlangsung juga dilakukan,

dimana saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di tapak yang akan kami bersihkan. Sebagai seorang guru pelatih, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan malu dan gugup untuk berkomunikasi dengan dengan orang lain. Oleh kerana aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan muzium, pelbagai peralatan yang diperlukan. Saya bersama AJK kebersihan gotong royong telah berjumpa dan berkomunikasi bersama beberapa orang kakitangan IPG yang menguruskan stor peralatan untuk memohon peminjaman peralatan komunikasi yang baik dengan kakitangan pihak pentadbiran perlu diamalkan kerana para bakal guru akan berdepan dengan komuniti sekolah yang lebih besar apabila mengajar di sekolah kelak. Ketika membersihkan rak-rak di dalam muzium, saya sempat melihat gambargambar dan membaca info-info mengenai sejarah IPG, saya dapati banyak perubahan yang telah berlaku dari era awal penubuhan sehinggalah kini. Melalui gambar tersebut juga, saya dapat melihat perbezaan struktur bangunan dahulu dan kini setelah diubahsuai. Saya berasa bersyukur kerana jika dibandingkan dengan infrastruktur dahulu, kemudahan infrastruktur sekarang lebih kondusif dan maju. Apabila melihat peralatan lama seperti mesin taip yang digunakan di institut, saya berasa beruntung berbanding pelajar guru pada masa dahulu perlu menaip menggunakan mesin taip untuk menyiapkan tugasan berbanding dengan kemudahan teknologi seperti komputer yang terdapat pada masa sekarang. Saya juga berasa bangga dengan kejayaan bekas para pelajar guru dahulu yang telah berjaya dalam bidang akademik dan mahupun bukan akedamik seperti yang tercatat di dalam buku terbitan IPG Kampus Pulau Pinang.

Saya dan rakan-rakan mendengar penerangan daripada pengerusi aktiviti gotong-royong kami iaitu Shahrul Nizam B Hassan sebelum memulakan kerja-kerja pembersihan. Kami ditugaskan untuk membersihkan bahagian-bahagian kawasan yang telah ditetapkan . saya bersama 6 lagi rakan telah ditugaskan untuk membersihkan bahagian dalam muzium. Kami juga ditugaskan untuk mengemas dan membersihkan semua rak-rak yang dilengkapi dengan buku-buku dan gambar-gambar yang berkaitan dengan institut, menyusun semua peralatan-peralatan yang telah digunakan oleh kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang di dalam muzium dengan baik. Rakan-rakan lain pula, ditugaskan untuk membersihkan kawasan luar muzium. Mereka bersama-sama berkerjasama bagi membersihkan di sepanjang kawasan muzium dan melakukan kerja pembersihan longkang di sekitar kawasan muzium. Sepanjang aktiviti kembara ini berlangsung, kami dalam satu kumpulan telah belajar erti kerjasama dengan berganding bahu, tolong menolong antara satu sama lain memikul segala peralatan yang dibawa. Aktiviti yang dijalankan ini juga memberi kesedaran kepada kami semua mengenai betapa peri pentingnya menjaga kebersihan. Persekitaran yang bersih dan tidak tercemar di sepanjang kawasan membuatkan kehidupan lebih menarik dan sihat .Kami berjaya menyempurnakan tugasan dengan jayanya dan berdedikasi serta bekerjasama dalam satu kumpulan menyiapkan tugasan yang diberikan. Jam menunjukkan pukul 4 petang dan cuaca menjadi semakin redup. Setelah selesai semua tugasan yang diberikan, kami dibenarkan untuk berehat. Tiada kata

pengeluhan atau kata tidak yang keluar dari mulut kami, tetapi apa yang ada hanyalah kami boleh melakukannya. Malah, saya dan rakan-rakan juga membersihkan rak, mengelap peralatan, memotong rumput dan mengemop lantai. Setiap aktiviti yang

dilakukan saya rasa itu masih belum mencukupi bagi program ini. Pada pendapat saya, saya rasa program ini perlu dijalankan lebih ekstrim untuk membentuk satu modal insan guru yang mampu mengharungi pendidikan di masa hadapan. Sebagai seorang guru saya tidak akan mengeluh jika saya di minta melakukan tugas seumpama ini. Dalam pemikiran saya apabila posting nanti mungkin saya akan di hantar mengajar di kawasan pendalaman yang mempunyai kawasan yang kurang bersih dan di situlah tugas saya yang akan menyedarkan orang kampung tentang apakah pentingnya kebersihan itu. Saya akan menganjurkan pelbagai program seperti gotong-royong dan sebagainya. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan semasa pelaksanaan program gotong-royong ini. Pertama, masa yang diperuntukkan bagi aktiviti ini amat singkat. Masa selama 4 jam untuk melakukan aktiviti pembersihan tidak

mencukupi.Guru pelatih terpaka melakukan kerja dengan pantas untuk menyiapkan kerja pembersihan dalam masa beberapa jam. Kedua, kemudahan peralatan tidak mencukupi untuk membersihkan muzium. Pelajar guru terpaksa menunggu giliran menggunakan peralatan yang terhad. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat cadangan penambahbaikan untuk perbaiki kelemahan tersebut. Antaranya adalah pengurusan masa perlu dirancang dengan baik supaya dapat menghasilkan kerja yang baik dan kemas. Kedua, peralatan untuk melakukan aktiviti gotong-royong perlu mencukupi supaya tidak berlaku pembaziran

masa untuk menunggu giliran menggunakan peralatan ketika melakukan aktiviti pembersihan. Segala keriuhan dan gelak ketawa mengiringi sepanjang program berjalan. Melihatkan riak wajah rakan-rakan kumpulan yang begitu riang walaupun kepenatan membuatkan saya gembira dengan aktiviti yang dijalankan ini. Sememangnya aktiviti gotong -royong yang dijalankan ini memberi banyak pengalaman dan pengetahuan baru dalam diri saya. Saya juga mula dapat menghayati betapa peri pentingnya menjaga persekitaran. Pengalaman yang saya perolehi bersama rakan-rakan juga tidak akan dapat saya lupakan. Secara rumusannya, Aktiviti ini telah mengajar kami erti persahabatan, nilai kerjasama, tolong menolong, berdikari dan bertanggungjawab. Saya harapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar bakalbakal guru dapat memperolehi dan memanfaatkan ilmu yang berguna ini. Di samping itu, program ini juga telah memberikan pengalaman baru yang sangat berharga kepada kami mengenai aktiviti luar khususnya dalam memberi khidmat kepada masyarakat dimana kami menjalankan aktiviti gotong-royong. Bagi pendapat saya amalan bergotong royong ini sebenarnya merupakan satu gambaran sebenar mengenai hidup seorang guru yang berada di sekitar masyarakat. Apabila sudah mengajar kelak guru haruslah bekerjasama dengan masyarakat dalam apapupun aktiviti dan menjadi role model kepada masyarakat disekeliling. Bekerjasama dengan masyarakat adalah sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.

Anda mungkin juga menyukai