Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : BACALAH

Tahu tak? Otak akan lebih lembab apabila tidak digunakan. Makin banyak belajar ilmu, otak
bukan semakin beku tetapi sebaliknya lebih cemerlang. Selalu orang buat andaian, jangan
belajar banyak-banyak sebab nanti otak jadi ‘beku’. Sebenarnya, tidak belajar banyak itulah
punca otak ‘beku’.

Otak kita mempunyai 10 bilion sel neuron dan setiap sel ini disambungkan dengan
sinaps yang jumlahnya dianggarkan oleh para saintis sebanyak 10 trilion. Tapi, sel ini tidak
berhubung kalau kita tidak buat apa-apa. Dalam erti kata lain, kalau tidak digunakan, sel otak
akan ‘terdiam’ begitu sahaja.

Membaca adalah salah satu kaedah yang membolehkan sel otak kita hidup. Sel akan
menjadi aktif apabila sinaps mencetus daripada pembacaan kita. Misalnya, apabila kita
membaca, otak akan berusaha untuk memahami dan akan cuba menyimpan dalam memori
kekal kalau kita arahkan begitu. Tetapi kalau kita tidak arahkan begitu, ia akan lupuskan
ingatan kita serta merta. Sebab itulah tidak semua yang kita baca kita ingat. Dan pasal itulah
kita kena beri arahan kepada otak supaya dia dapat simpan maklumat yang kita baca itu.

Kalau nak mudah, banyakkan membaca. Senang, bukan? Apabila anda banyak
membaca, otak akan semakin aktif dan ligat. Bila otak menjadi ligat, sinaps akan banyak
mencetus. Yang lain-lain tidak payah fikir. Anda hanya perlu membaca dan membaca,
selebihnya biar otak kita buat kerja.

Tidak percaya? Cubalah tidak baca apa-apa sebulan lamanya. Pasti otak akan menjadi
lembab. Jadi, jangan banyak alasan kata subjek itu susahlah, otak tidak boleh terima lah atau
memang tidak boleh fahamlah. Kalau tidak baca, macam mana mahu faham? Tidak faham,
macam mana mau ingat kan? Jangan salahkan otak kalau tidak cemerlang. Salahkan usaha
yang tidak padan. Jadi, bacalah.

Sumber : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Anda mungkin juga menyukai