Anda di halaman 1dari 50

Bahaya ilmu tanpa amal

Posted on Mac 16, 2011 by albakriah


1. Ilmu mesti disertai dengan amal maka sesiapa yang beramal tahulah dia tentang
manfaat ilmu.

2. Ilmu berpanjangan dengan sebab beramal dan jika tidak beramal dengan ilmu maka
ia akan bersedih

3. Setiap bekas menjadi sempit dengan sebab isiannya melainkan ilmu maka bekas
ilmu menjadi semakin luas walau pun diisi seberapa banyak sekalipun

4. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama jarum yang menjahit
pakaian untuk menutup aurat orang lain sedangkan dia sendiri tinggal telanjang

5. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama lilin yang membakar
dirinya sendiri untuk menerangi orang lain

6. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama batu asah yang
menajamkan pisau sedangkan dia sendiri tidak mampu memotong

7. Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya umpama sebiji batu besar yang jatuh
menutupi mulut sungai di mana ia sendiri tidak meminum air sungai itu sebaliknya
hanya menahan air sungai sungai itu daripada mengalir sehingga dapat diminum dan
diambil manfaat oleh orang lain bukan untuk manfaat dirinya sendiri

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim
atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran
agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan
janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya
engkau akan binasa." (Al-Bazzar)

Hadis ini menyuruh supaya tiap-tiap seorang menentukan sikapnya terhadap ilmu
agama.

Huraiannya:

Tiap-tiap seorang dikehendaki menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan


agama dengan salah satu dari empat cara, iaitu menjadikan dirinya orang alim yang
mengajar atau orang yang belajar atau orang yang mendengar syarahan-syarahan
agama atau pun orang yang mencintai dan menghargai salah satu dari tiga golongan
yang tersebut dengan menurut jejak langkahnya.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu terjamin untuk mendapat keselamatan dan
kebahagiaan, sama ada dalam perkara jasmaninya mahu pun rohaninya, kerana ia
sentiasa dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan
memberinya kesedaran untuk memilih yang baik dari yang buruk dan yang hak dari
yang batil.

Ada pun golongan yang kelima, iaitu yang tidak termasuk dalam salah satu dari empat
golongan yang tersebut, maka mereka adalah golongan yang binasa, kerana mereka
tidak ada pimpinan yang dengannya mereka dapat membezakan di antara yang benar
dengan yang salah.

Imam Mawardi menyatakan: Bahawa orang yang menganggap ilmu syarak itu tidak ada
faedahnya dipelajari dan lebih baik sahaja ditinggalkan, sebenarnya orang itu
tenggelam dalam kesesatan dan jauh dan mendapat hidayat pertunjuk, serta ia
termasuk dalam golongan yang kelima yang binasa.

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang
enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau
kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau
dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami
sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah
tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga.
Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang
dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini
berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam
kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang
mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan
suaminya.
4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk
membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan
kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan
diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu
handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:


Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri
bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa.
Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini
juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula
ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan
diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga
menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan
komen saja.
-KITAB MUHIMMAH-

K ON S E P IL MU

Definisi Ilmu

Dari segi Bahasa : Berasal dari perkataan Arab "Alima" yang bererti mengetahui atau
perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya.

Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu
pada hakikatnya seringkali dikaitkan atau sinonim dengan pengetahuan. Ini kerana
pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin
berbeza dari segi penggunaannya. Perkataan ilmu biasanya ditemui dalam perbahasan
masalah-masalah yang lebih khusus dan bersistem manakala perkataan pengetahuan
hanyalah untuk masalah umum sahaja.

Ilmu dari segi Istilah : Segala pengatahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang
datang dari Allah s.w.t yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya
termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dab batiniah.
Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada
pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu
hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta
pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir
dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut
dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan
mereka secara automatik ajaran agama terkeluar dariapda takrif dan ruang lingkup ilmu
dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan
antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu
adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dekenali sebagai sifat, proses dan hasil.
Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu Al-Quran,
Syariah, Synnah, Iman, Ilmu Kerohanian, Hikmah, Makrifat, Pemikiran, Sains dan
Pendidikan.

Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Islam dan menduduki tempat yang tertinggi.
Penekanan kepada ilmu dalam ajaran Islam jelas terdapat di dalam Al-Quran dan Al-
Sunnah. Penekanan kepada pembacaan sebagai aset terpenting dalam usaha
menimba keilmuan dan pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan
manusia sebagaimana wahyu yang terawal yang telah diturunkan kepada nabi
Muhammad s.a.w.

Ilmu pengetahuan merupakan prasyarat terpenting bagi pembangunan bangsa yang


kuat dan dihormati. Setiap perkara di dunia ini mestilah disandarkan kepada ilmu
seperti iman dan perkara keagamaan, ekonomi,politik, sosial, perpaduan dan
sebagainya. Iman atau amalan tanpa ilmu ibarat sebuah bangunan di atas pasir atau
sarang labah-labah. Apabila datang ribut yang kuat maka akan binasalah ia. Ilmu
pengetahuan juga adalah asas pembentukan sesebuah tamadun manakala akhlak pula
adalah pengutuh atau pengukuh yang berperanan mengekalkan kekuatan
pembangunan bangsa, negara atau sebuah tamadun.

Kepentingan Ilmu

Sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait
rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada
sesuatu bangsa. Ini kerana ilmu akan mengangkat darjat seseorang atau sesuatu
bangsa itu ke arah kemuliaan dan kebahagiaan hiudp di dunia dan di akhirat.
Kepentingan ilmu ini telah diakui sendiri oleh Rasulallah s.a.w melalui wahyu dan ilham
yang disampaikan kepada baginda yang mana ilmu sangat penting untuk kemajuan
sesuatu bangsa.

Ia juga trbukti dari ajaran Islam yang telah mengangkat begitu tinggi darjat ilmu. Dengan
ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di
akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan
musuh. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan
menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara
yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam
perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. Pelbagai jenis ilmu yang
dituntut seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya yang
dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. Orang yang berilmu dapat
mendekatkan didrinya dengan Allah kerana ilmu merupakan jalan menuju kebahagian
di akhirat. Di antara kepentingan-kepentingan ilmu dapat dijelaskan di sini ialah :

a) Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu
bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam al-Quran yang
bermaksud : " Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah ornag-
orang yang berilmu" (al-Fathur:ayat 28)

b) Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf dikalangan manusia. Firman Allah
yang bermaksud : " Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk
hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" (al-Zumar : ayat 9)

c) Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan
masyarakat. Firman Allah yang bermaksud : "Allah mengangkat beberapa darjat orang-
orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" (al-Mujadalah :
11 )

d) dengan ilmu manusia dapat menjalankan tugas ibadah ( sama ada ibadah umum
atau ibadah khusus) dan dapat melaksanakan peranan sebagai khlifah Allah di muka
bumi.

Kedudukan Ilmu

Islam amat menggalakkan umatnya menuntut pengetahuan walau dengan apa jua cara
dan keadaan sekalipun. tiada satu agama atau ajaran di dunia ini sejak dahulu hingga
sekarang yang dapat menandingi Islam dari segi pengutamaan ilmu pengentahuan. Hal
ini dapat dibuktikan apabila wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasullah s.a.w
yang menitikberatkan ilmu pengetahuan. Firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1 - 5
yang bermaksud :

" Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (sekelian makhluk). Ia telah
menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah.
Yang mengajarkan (menulis) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-
apa yang tiada diketahuinya".

Kesimpulan dari ayat tersebut :-


a) Allah s.w.t menyuruh manusia membaca yang membawa proses pengenalan,
pengamatan, pengingatan dan pemikiran (ransangan akal).

b) Allah s.w.t memerintah manusia supaya berfikir tentang kejadian alam yang mana
segala tanda-tanda yang ada pada kejadian alam adalah sumber ilmu pengetahuan.

Ilmu pengetahuan dikatikan dengan Islam kerana Islam adalah agama yang
mementingkan ilmu pengetahuan malah Islam mewajibkan supaya umatnya menuntut
ilmu.

Antara dalil-dalil yang menekankan kewajipan menuntut ilmu :

a) Sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " menuntut ilmu menjadi kewajipan ke atas
setiap umat Islam"

b) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga
ke liang lahad".

c) sabda Rasulallah s.a.w yang bermaksud " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri
China"

Ilmu pengetahuan juga dikaitkan dengan ibadah kerana menuntut ilmu merupakan
ibadah yang diber ganjaran oleh Allah s.w.t. Banyak dalil dari al_quran dan hadith yang
menceritakan tentang kelebihan menuntut ilmu antaranya :-

a) Firman Allah yang bermaksud : " Barangsiapa yang memudahkan satu jalan untuk
menuntut ilmu, maka Allah mudahkannya satu jalan menuju ke Syurga".

b) sabda Rasullalah yang bermaksud : " Ilmu itu ibarat gudang dan anak kuncinya
adalah pertanyaan, dari itu bertanyalah! sesungguhnya setiap kali ada yang bertanya,
ada 4 golongan yang diberi pahala iaitu : yang bertanya, yang ditanya, yang mendengar
dan yang mengintai mereka."

c) Sabda Rasullah yang bermaksud : " Sekiranya anda keluar ada waktu pagi untuk
memepelajari satu bab dari ilmu adalah lebih baik daripada anada solat 100 rakaat".

d) Firman Allah yang bermaksud :" Diangkat oleh Allah orang yang beriman daripada
kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat".

Pembahagian Ilmu
Mengikut perspektif Islam pembahagian ilmu ebenarnya boleh dibahagikan kepada
beberapa segi iaitu :

a) Dari segi kewajipan menuntut ilmu ( menurut Imam al-Ghazali )

i) Ilmu Fardhu Ain : iaitu kewajipan yang dituntut ke atas setiap umat Islam yang baligh
dan berakal supaya mengetahui dan mempelajarinya bagi memenuhi tuntutan agama.
Contoh : Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ibadah wajip atau kepercayaan (Aqidah).
Ilmu Fardhu Ain ialah ilmu yang berkaitan dengan perkara yang berupa kepercayaan
dan perbuatan yang mesti dilakukan atau ditinggalkan.

ii) Ilmu Fardhu Kifayah : Kewajipan yang dituntut ke atas seluruh masyarakat islam.
Sekiranya ada seorang yang mengetahui ilmu tersebut maka gugur dosa ke atas umat
Islam. Ilmu fardhu kifayah adalah sangat luas ruang lingkupnya contohnya : Ilmu
Kedoktoran, pengurusan, teknologi dan sebagainya. Segala ilmu yang diperlukan oleh
umat manusia, maka menuntutnya pun wajip ke atas mereka kerana ilmu-ilmu tersebut
terlalu banyak dan terlalu luas bidangnya. Kewajipan tersebut diserahkan kepada
seluruh umat Islam secara bergotong-royong atau pembahagian tugas di antara
mereka.

b) Dari segi hubungannya dengan Syariat.

i) Ilmu Syariat : Terbahagi kepada 4 iaitu :

a. Ilmu Usul : iaitu ilmu yang asas tentang al-Quran, Sunnah Ijma' ata peninggalan
sahabat.

b. Ilmu Furu' : iaitu ilmu yang diluaskan daripada Ilmu usul contohnya : Fiqh, Faraid dan
sebagainya.

c. Ilmu Muqaddimah atau pengantar : iaitu Ilmu yang berupa alat untuk memahami al-
Quran dan Sunnah contohnya : Belajar mengenal huruf jawi atau tulisan arab.

d. Ilmu Penyempurnaan : Ilmu yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi ilmu al-
Quran dan Hadith contohnya : Ilmu Tajwid, Tafsir dan sebagainya.

ii ) Ilmu Bukan Syariat : ianya terbahagi kepada 2 iaitu :

a. Ilmu yang terpuji : sama seperti ilmu fardhu kifayah contohnya : Matematik, Sains
Ekonomi , Pertanian dsb.
b. Ilmu yang tercela : ilmu yang boleh mendatangkan kemudharatan dan perpecahan
malah mendapat kebencian Allah seperti ilmu sihir, silap mata, ilmu menipu dan
sebagainya.

c) Dari segi Cara Memperolehinya

i. Ilmu kasbi : Ilmu yang dieperolehi dariapda usaha aiatu melalui proses pembelajaran.
Contohnya : Ilmusains, Matematik dan sebagainya.

ii. Ilmu Ladunni atau Wahbi : Ilmu pemberian langsung dari Allah s.w.t melalui Wahyu
atau ilham. Cohtohnya : Ilmu para Nabi dan Rasul.

d) Dari segi Sumber :

i. Ilmu Aqli : Ilmu yang diperolehi melalui pemikiran akal. Contoh : Matematik, Sains dan
sebagainya.

ii, Ilmu Naqli : Ilmu yang diperolehi melalui ayat atau wahyu. Cohtoh : Al-Quran atau
Hadith.

Sumber-Sumber Ilmu

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan Allah kepada seorang hambanya yang dipilih di kalangan
hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang dialami oleh manusia
biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan sumber pengetahuan yang
terpenting yang telah disampaikan oleh Allah kepada manusia sama ada ianya
disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui nabi-nabi yang terdahulu.
Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam al-Quran terkandung
pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh manusia untuk
kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dijangkau oleh akal
manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria


rasa merupakan seumber pengatahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia
untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima
pancaindera merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui
beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulnag. Bagaimanapun kebenaran
yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di
dalam keadaan tertentu galgal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya
matathari kelihatankecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia malah perbezaan antara
manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia
berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat
menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walupun mungkin ianya tidak
bersifat kebenaran mutlak namun memadia untuk mengatasi masalah kehidupan
seharian. Bagaimanapun Allah menyuruh manusia menggunakan semaksima mungkin
kedua-dua daya akal dan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya agar dapat
sampai kepada pengetahuan sahih dan kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran
banyak menyebut seruan serta galakan daripada Allah agar manusia dapat
memerhatikan alam sekeliling mereka dengan akal dan pancaindera bagi mencari
kebenaran hakiki.

4. Intuisi atau Ilham.

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat
berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses
pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang
menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi
jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari
datang sendiri. di dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun
pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Peranan Ilmu dalam Merealisasikan Tugas Khalifah

Ilmu merupakan suatu alat yang penting untuk menjalankan tugas sebagai halifah. Ilmu
yang dititikberakan di dalam Islam aitu Ilmu Fardhu Ain kerana ilmu tersebut menusia
dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna. Di samping itu setiap manusia perlu
mempelajari ilmu Fardhu Kifayah yang berhubung dengan politik, ekonomi, sosial dan
sebagainya. Kedua-dua ilmu ini penting demi kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.

Ilmu berperanan merealisasikan tugas manusia sebagai khlifah kerana dengan ilmu
manusia dapat melaksankan tanggunjawab-tanggungjawab seperti berikut :

a) Tanggungjawab terhadap Allah iaitu dengan beribadah kepadaNya.


b) Tanggungjawab terhadap diri iaitu dengan memeliharan hak-hak Diri, Agama,
Maruah, akal dan harta.

c) Tanggunjawab terhadap Keluarga, Masyarakat dan Negara.

d) Tanggungjawab terhadap Alam iaitu amanah kekhalifahan untuk memakmurkan bumi


serta lingkungan hidup ini. Alam yang dimaksudkan adalah segala kejadian yang ada di
muka bumi ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-batu, sungai, langit dan
sebagainya.

Hubungan Ilmu, Iman dan Amal

Ilmu merupakan hak dan milik Allah s.w.t yang dikurniakan sebahagian sahaja dari
ilmuNya kepada manusia bagi membolehkannya melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai khalifah Allah s.w.t di muka bumi. Ilmu yang sebenar ialah ilmu
yang dapat membawa manusia untuk mengenali khaliqNya.

MakrifatuLlah ialah sumber bagi segala ilmu dan pengetahuan yang dipunyai oleh
manusia demi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t ( Taqarrub Illahiah) untuk
membolehkan manusia mencapai kesempurnaan tujuan kewujudannya iaitu untuk
memperhambakan diri dan beribadat kepada Allah, meningkatkan ketaqwaan dan
mengukuhkan keimanan manusia terhadap Allah s.w.t memperbanyakkan ibadat dan
mempertingkatkan amalan soleh.

Ilmu, Iman dan amal mempunyai hubungan antara satu sama lain. Sebagaimana yang
telah diketahui ilmu adalah teras agama Islam yang menduduki tempat yang tertinggi.
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang dapat mengenali dan mendekatkan
manusia kepada Allah. Ilmu yang dapat menunjukkan tanda-tanda kebesaran dan
keagungan Allah s.w.t. Akhirnya dengan ilmu tersebut dapat melahirkan keimanan
terhadap Allah s.w.t sebgaimana yang akan kita bincangkan dalam bab 2 nanti. Apabila
wujud dan meningkatnya keimanan terhadap Allah kerana ilmu tadi, maka lahirlah rasa
ketaatan yang mana naluri keimanannya sentiasa ingin melaksankan segala perintah
yang diturnkan oleh Allah yang berupa segala perbuatan yang melibarkan ibadat serta
amalan-amalan soleh.

Ilmu adalah asas manakala amal adalah hasil atau natijah daripada ilmu. berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Muaz menyatakan " ilmu adalah merupakan iman
manakala amal merupakan ma'mumnya (pengikutnya)". Di sinilah hubungan dan
peranan antara ilmu, iman dan amal yang mana dapat disimpulkan bahawa " Amal tidak
akan lahir tanpanya, Iman terhadap allah dan Iman tidak akan lahir tanpa ilmu yang
dapat mendekatkan diri seseorang hambanya kepada Allah s.w.t".

Tujuan Menuntut Ilmu


SEL, 05 OKT 2010 07:58 |

"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di
belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu
Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al
Baqarah 2 : 255

Pengenalan

Ilmu

Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini
cukuplah dengan membicarakan pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja. Ilmu
menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;

1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.

2. Kajian dalam sesuatu perkara.

3. Hadirnya makna dalam diri seseorang.

Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang
merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui belajar atau proses dan aktiviti
pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga
diperolehi melalui pengalaman.

Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran,


kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).
Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal
keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Fardhu Ain: Ilmu yang wajib dipelajari seperti tauhid (mengesakan Allah yang
Maha Agung), syariat (solat, mempelajari al-Quran atau mempelajari perintah dan
larangan) dan tasauf (ilmu akhlak atau sifat-sifat terpuji dan sifat-sifat yang dikeji seperti
adab berjiran, adab bergaul, adab selisih faham, adab makan, adab mandi dan lain-
lain).

Keingkaran untuk mempelajari fardhu ain ini bagi setiap individu hukumnya adalah
berdosa.

Fardhu Kifayah: Ilmu yang menjadi tanggungjawab sekumpulan tertentu bagi


mewakili orang Islam, atau untuk mewakili masyarakat.

Andaikata tiada seorang pun di kalangan orang Islam yang mempelajarinya, maka
semua ahli masyarakat berdosa. Contohnya, ahli tafsir, usahawan, saintis, doktor dan
lain-lain.

Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi
setiap orang Islam." - Sahih - Ibnu Majah [0184]

Isi Perbicangan

Tujuan Menuntut Ilmu

01.Memperbaiki Diri

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi


kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan
Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan
sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya." - Surah Al-'Ankabuut 29 : 69

Antara tujuan utama kita dalam menuntut ilmu adalah agar dapat memperbaiki diri.

Memperbaiki diri bermaksud berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah ilmu


pengetahuan serta membawa ibadah dan juga taraf kehidupan ke tempat yang lebih
tinggi dari sebelumnya.

Dengan menuntut ilmu kita secara tidak langsung bukan sahaja mendapat petunjuk,
malah dipimpin ke jalan yang lurus. InsyaAllah yang Maha Tinggi.

Contohnya, dengan menuntut ilmu kita dapat;


1. Mendapat keyakinan yang lebih dalam ibadah.

2. Solat terasa lebih khusyuk dari sebelumnya.

3. Peningkatan kerjaya.

Pelbagai lagi nikmat yang akan kita perolehi dalam usaha memperbaiki diri, malah tidak
terhitung dan cukuplah tiga contoh di atas. Sekiranya kita memahami ayat di atas
(Surah Al-'Ankabuut [29] : 69) nikmat terbesar adalah mendapat pertolongan dan
bantuan Allah yang Maha Agung. Pertolongan dan bantuan siapakah yang lebih besar
dari itu?

02.Mensyukuri Nikmat Allah yang Maha Agung

"Dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud
dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji
tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurnia-Nya memberi kami kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hamba-Nya yang beriman." - Surah An-Naml 27 : 15

Walaupun ayat berkenaan tentang ilmu yang diberikan kepada Nabi Daud as dan Nabi
Sulaiman as, namun lafaznya umum.

Antara nikmat terbesar yang dikurniakan kepada manusia adalah nikmat akal untuk
belajar dan memahami ilmu dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan untuk
akhirat.

Maka antara tujuan kita dalam usaha menuntut ilmu adalah sebagai tanda syukur atas
segala macam nikmat-Nya.

Dengan ilmulah kita mengenal cara melaksanakan ibadah dan kategorinya; dan dengan
ilmu jugalah kita mengenal kebaikan dan kejahatan; dan dengan ilmu juga kita
mengetahui tentang dunia dan akhirat. Maka wajiblah kita bersyukur atas nikmat yang
tak terhingga ini, iaitu nikmat akal dan ilmu pengetahuan.

"Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan sesiapa yang diberikan
hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah
yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang
menggunakan akal fikirannya." - Surah Al-Baqarah [2] : 269

Khalifah Umar bin Abdul Aziz : "Barangsiapa beramal tanpa ilmu, maka yang
rosak lebih banyak daripada yang benar."
03.Menegakkan Agama Islam

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi
berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara
mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu
yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan
mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." - Surah At-Taubah [9] :
122

Menegakkan agama Islam bermaksud memuliakan, mengamalkan perintah dan


larangannya, melaksanakan hukum-hukumnya, dan menyebarkannya dengan cara;
melalui umat Islam yang beriman, beramal soleh dan bertamadun; iaitu berpendidikan,
mampu memerintah, adil dan mampu memikul tanggungjawab sebagai hamba dan
khalifah Allah yang Maha Tinggi di muka bumi.

Ia merangkumi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara serta meliputi


aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek berdasarkan prinsip Islam berpandukan al-
Quran dan as-Sunnah.

Di dalam tafsir Ibn Katsir, antaranya diterangkan mengenai ayat di atas (Surah At-
Taubah [9] : 122) sebagai dua tugas yang terpadu.

Sebahagian pergi berperang, sebahagian lagi menuntut ilmu. Ini menunjukkan tingginya
darjat orang yang menuntut ilmu hingga disamakan dengan orang yang pergi berjihad.
Walau bagaimanapun, tidaklah bermaksud hendak meremehkan jihad menentang
orang-orang yang memerangi Islam.

Persoalannya, bagaimana ilmu itu boleh menegakkan Agama Islam? Di sini, kita
melihat dari segi faktor semasa sahaja.

Antaranya, kita perlu ubah persepsi kita mengenai contoh fardhu kifayah.

Rasanya sejak dari kanak-kanak, kemudian dewasa hingga tua kita dihadapkan dengan
contoh ini; iaitu mengaitkan contoh fardhu kifayah hanyalah - pengurus jenazah atau
orang memandikan, mengafankan dan segala perihal tentang jenazah.

Sebenarnya yang termasuk dalam fardhu kifayah itu antaranya adalah; ahli tafsir,
usahawan, saintis, ahli fizik, pakar kimia, doktor, pakar komputer, pakar enjin, arkitek
dan lain-lain. Mungkin kita melihat seperti remeh, tetapi inilah yang secara tidak sengaja
telah tertanam dalam akal fikiran kira sebelum ini.
Akhirnya kita menganggap fardhu kifayah adalah perkara yang mudah dan memandang
ringan padanya, akibatnya umat Islam (Malaysia khususnya) kekurangan tenaga pakar
dan mahir dalam pelbagai bidang.

Sekiranya umat Islam ketandusan para ilmuwan ini, maka siapakah yang ingin
menghormati orang Islam?

Apalagi Agama Islam. Bukankah Allah yang Maha Agung telah berfirman;

"...nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat..." - Surah Al-Mujaadalah 58 : 11

Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirnya mengenai ayat ini berkata, 'Darjat orang mukmin
melebihi darjat orang bukan mukmin. Darjat orang berilmu melebihi darjat orang yang
tidak berilmu.'

Di dalam ayat yang lain Allah yang Maha Tinggi berfirman;

"...Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak


mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran." -
Surah Az- Zumar [39] : 9

Tentulah tidak sama antara orang yang pakar dan tidak pakar. Perkataan orang yang
pakar lebih dipercayai.

Contohnya dalam pembinaan sebuah bangunan, kita mahu mempercayai cakap arkitek
atau buruh binaan?

Begitu juga dalam menegakkan agama Islam, tentulah orang yang berilmu lebih
didengari percakapannya berbanding dengan orang yang kurang ilmunya.

Maksudnya orang Islam yang mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi,
secara automatik memberi impak kehormatan kepada Islam itu sendiri; iaitu agama
Islam dan penganutnya akan dihormati dan dipandang tinggi oleh orang bukan Islam,
secara tidak langsung Islam dapat ditegakkan.

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana
Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah
yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-
pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu
segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan
kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu
mereka menjadi orang-orang yang menang." - Surah As-Saff [61] :14
04.Berfikir Dengan Adil

Berfikir bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, manakala adil


pula bermaksud meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempatnya.

Ramai yang berpendapat adil bermaksud sama rata, ini adalah pemahaman yang
salah. Jadi, berfikir dengan adil bermaksud menggunakan akal dalam
mempertimbangkan sesuatu perkara agar bertepatan dan bersesuaian pada
tempatnya.

"Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti
ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk?
Mengapa kamu (berbuat demikian)? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" -
Surah Yunus [10] : 35-36

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya


persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

Dengan adanya ilmu, kita dapat membuat dan melaksanakan keputusan, ibadah,
pekerjaan dan lain-lain hal berkaitan kehidupan dengan lebih bijak, tepat dan teratur;
iaitu mengutamakan yang lebih penting dari yang penting. Antara beberapa contoh;

 Mengutamakan mempelajari fardhu ain dari fardhu kifayah.

 Mengutamakan amal yang bermanfaat dari yang kurang bermanfaat seperti,


memilih beramal dengan sedikit tetapi berterusan daripada beramal dengan banyak
tetapi setahun sekali.

 Mengutamakan mengajar atau menyuruh anak-anak kecil bersolat dari berpuasa


kerana biasanya orang yang tidak meninggalkan solat pasti berpuasa (yang
berkemampuan) dan orang yang berpuasa belum tentu penuh solatnya. Sesuai dengan
firman Allah yang Maha Tinggi dalam,

".....Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar...." -
Surah Al 'Ankabuut [29] : 45

 Mengutamakan ibadah fardhu dari ibadah sunat dan mengutamakan sunat yang
mu'akkad; iaitu sunat yang dituntut seperti mengutamakan solat rawatib mu'akkad, solat
tahajjud daripada solat terawih, solat sunat musafir dan lain-lain.

 Mengutamakan mencintai Rasulullah saw daripada orang lain.


"Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang
kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada
bapanya dan kepada manusia semuanya". - Sahih Muslim [0035]

Ini hanya sebahagian contoh sahaja, banyak lagi perkara-perkara yang perlukan
pertimbangan akal yang adil dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

"Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi
dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya..." - Surah Al-Baqarah [2] : 219

Ayat di atas sebagai contoh mengapa kita perlu berfikir dengan adil, ini adalah perkara
yang sangat-sangat penting.

Antara Kesan atau Kelebihan Menuntut Ilmu

01.Doa cepat dimakbulkan

"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan
membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat
singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku,
untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat
pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu
hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka
tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi
Maha Pemurah." - Surah An-Naml [27] : 40

Umum mengetahui ayat di atas mengenai pemindahan singgahsana Ratu Balqis ke


istana Nabi Sulaiman a.s. Malah jin 'Ifrit juga tidak dapat menandingi kehebatan orang
yang berilmu. Perlu diingat, kisah ini hanya berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s.

Bukanlah bermakna kita perlu belajar ilmu yang dapat mengubah 'KLCC' ke tempat lain
sekelip mata, ini hanya contoh betapa hebatnya orang berilmu kerana doanya
dimakbulkan dengan cepat, insyaAllah yang Maha Berkuasa. Zaman ini, jika ada
seseorang berkata dapat mengubah sesuatu bangunan dalam sekelip mata ke tempat
lain, itu adalah sihir.

02.Dinaikkan darjat

"...Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang


yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang
kamu kerjakan." - Surah Al-Mujaadalah [58] : 11

Contoh yang paling mudah antaranya;


 Peniaga yang mempelbagaikan jualannya dan kreatif, lebih banyak keuntungan
dari peniaga yang menjual satu jenis barangan sahaja.

 Pekerja yang berilmu (mempunyai ijazah dan sebagainya) lebih tinggi gajinya
dari pekerja yang kurang ilmunya.

 Pelajar yang tekun belajar, lebih pandai dari pelajar yang malas belajar.

 Guru dihormati oleh pelajarnya. Mereka yang tidak menghormati gurunya


tergolong dalam orang yang jahil.

03.Tidak tersesat

"..dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahawasanya Al Quran itulah
yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan
sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada
jalan yang lurus." - Surah Al-Hajj [22] : 54

04.Dikurniakan nikmat kesabaran

"Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu,


pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar." - Surah Al-Qasas [28]
: 80

05.Dipermudahkan ke syurga

"Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Siapa saja yang menempuh perjalanan
untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju
syurga." - Sahih, At-Tirmidzi [2646]

Banyak lagi kelebihan-kelebihan orang-orang yang berilmu pengetahuan yang disebut


di dalam Al-Quran dan hadis.

Antara Halangan-Halangan Menuntut Ilmu

Diantara halangan yang menyebabkan ramai orang yang ambil remeh dalam hal
menuntut ilmu, diringkaskan seperti berikut;

01.Anggap Diri Sudah Cukup

"Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul (yang diutus kepada) mereka dengan
membawa keterangan-keterangan, mereka merasa senang dengan pengetahuan yang
ada pada mereka dan mereka dikepung oleh azab Allah yang selalu mereka perolok-
olokkan itu." - Surah Al-Mu'min [40] : 83
Menganggap segala pengetahuan mereka lebih banyak dari orang lain dan tak perlu
menuntut ilmu lagi. Hal ini hanyalah satu kesombongan dari hasutan syaitan.

02. Sibuk

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran." - Surah Al-'Asr [103] : 1-3

Kesibukan adalah apabila kita tidak pandai menghargai masa. Semua manusia akan
mengalami kerugian kecuali empat sifat di atas, iaitu;

1. Iman - Memahami dan melaksanakan rukun iman.

2. Amal soleh - Mentaati dan melaksanakan hukum-hukum, perintah dan larangan

Allah yang Maha Agung.

3. Nasihat kebenaran - Memberi pengajaran, bimbingan atau mengajak kepada

kebaikan dan menjauhi serta mencegah kemungkaran.

4. Menasihati agar bersifat sabar - Bersabar atau redha pada qada' dan qadar.

Kita tidak ketahui akan perkara-perkara di atas kecuali dengan menuntut ilmu.

03.Lalai

Lalai terbahagi kepada dua, namun berkaitan iaitu;

 Urusan di dunia - Membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat pada diri


dan masyarakat.

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu
yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-
bangga tentang banyaknya harta dan anak,...." - Al-Hadiid [57] : 20

 Urusan menghadapi akhirat - Tidak mengingati mati lalu menjadi malas untuk
beribadah, apalagi untuk menuntut ilmu.

".....Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan


pertemuan dengan Tuhannya." - Surah Ar-Ruum [30] : 8
Antara Akibat Jahil

01.Mengikut hawa nafsu

"Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan
(agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang
yang tidak mengetahui." - Surah Al-Jaatsiyah [45] : 18

Orang yang jahil hanya mengikut hawa nafsu sahaja dalam berfikir dan menganggap
akal dan ilmu pengetahuannya lebih hebat dari syariat, lalu melanggar segala macam
hukum dari al-Quran dan al-hadis.

02.Menjadi zalim dan tersesat

"Tetapi orang-orang yang zalim, mengikuti hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan;
maka siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan Allah? Dan tiadalah
bagi mereka seorang penolongpun." - Surah Ar-Ruum [30] : 29

Setelah mereka (orang-orang yang jahil) ini melanggar segala macam syariat, maka
mereka terdedah kepada kesesatan dan seterusnya berbuat kezaliman; iaitu
menyesatkan orang lain dan meruntuhkan akhlak masyarakat yang terikut-ikut dengan
mereka, akibatnya berlaku ketidakharmonian dalam masyarakat.

03.Cenderung menjadi pengikut syaitan

"Di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan
dan mengikuti setiap syaitan yang jahat,..." - Surah Al-Hajj [22] : 3

Mereka yang tidak berilmu seringkali bercakap perkara yang mereka agak-agak sahaja
terutamanya dalam hal agama yang boleh membawa kepada kekufuran tanpa mereka
sedari. Perkataan yang mereka keluarkan tidak lain, kecuali mengikuti hawa nafsu yang
dibisikkan oleh syaitan sahaja.

Sekiranya kita ragu-ragu tentang sesuatu perkara atau ingat-ingat lupa, janganlah
berkata-kata untuk berbangga diri atau berasa malu cakap tidak tahu, tanyalah kepada
orang yang berilmu.

"....maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada
mengetahui." - Al Anbiyaa' [21] : 7

Kesimpulan

Islam didasari dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam
Agama Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.
"Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti),
bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa
mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang
yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." - Ali 'Imran
[3] : 18

Hanya dengan ilmulah kita dapat mempertabatkan umat Islam dan menjaga kemuliaan
Islam, yang kini dimana-mana pun umat Islam diperbudak-budakkan dan agama Islam
diperlekehkan.

"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa
olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu,
amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin." - At Taubah [9] :
128

Marilah kita mencontohi sikap para Nabi 'alaihi salam; iaitu berasa sedih akan
penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan dipermainkan sesuka hati.
Moga-moga Allah yang Maha Penyayang memenangkan kita ke atas musuh-musuh
Islam.

Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi mukjizat para
Nabi as dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang lebih mengetahui.

Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi tidak
terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam;

"Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,


sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun
Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).." - Surah Al-Kahfi [18] : 109

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta),
ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak akan
habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana." - Surah Luqman [31] : 27

KOLEKSI HADITH RASULULLAH S.A.W.

MENGUBAH CIPTAAN ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat
seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain
dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah
kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya


dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.

BUMI AKAN MENJADI SAKSI

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang
bermaksud:

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu
apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan
RasulNya yang lebih mengetahui.

Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap
semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka
lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini.
Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.

2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana
bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.

3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari
pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang
menjadi hakim di hari kiamat kelak.

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN

Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala
sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang
yang berpuasa tersebut."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah
disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.

2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada
kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.

3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang
berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk
susu.

AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Ahmad).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang
berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan
meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan,
melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.

2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang
membacanya pada hari kiamat kelak.

CINTAKAN DUNIA

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang
mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan
mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari
itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama
buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati
musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit
'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad
s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud

Keterangan

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari
ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam
walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia),
tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka
ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia
walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan
kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin
itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang
selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua
penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak
mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka
dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan
tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna
Allah s.w.t.

Kitaa berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan
memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.

DOA MALAM LAILATUL QADAR

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat
kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku
baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

"Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha
Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan
penebusan diri dari perbuatan maksiat.

2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon
keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya
pada malam lailatulqadar.

3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa
tenang jiwa bersama Allah s.w.t, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana
serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan
sinaran.

ORANG MUKMIN YANG DIUJI ALLAH S.W.T.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t,
sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa
dia membawa dosa sedikitpun."

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.

2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi oleh para nabi kemudian
orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut

SETIAP UMAT ADA UJIANNYA

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. "
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah
kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang
demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia
hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta
yang haram.
SOLAT SUNNAT ENAM RAKAAT

Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w

" Barangsiapayang solat sesudah maghrib enam rakaat dimana tidak berkata-kata ia
diantaranya dan kata-kata buruk, menyamailah solat itu baginya dengan ibadah 12
tahun"

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di


dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil
kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-
beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia
dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat
Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan


iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan
iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

DIHARAMKAN MEMASUKI SYURGA

Bersabda Rasulullah s.a.w

"Tiada seorang pembesar yang mati sedang ia mati dalam keadaan menipu
rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkannya memasuki syurga."

AMALAN PALING UTAMA

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah
s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan
Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian
apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah
s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada
waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti
kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda:
Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-
mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media
massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad
pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata
dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di
akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga
perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja
yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda
dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang
kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan
Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan
umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik
(bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi
segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

PENYESALAN DIHARI KIAMAT

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut
ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar
ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan
ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA

Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di
dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan
keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan
amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul
boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan
agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan
kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah
s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.

Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal
sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu
dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya
seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang
belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi

PENANGGUHAN HUTANG

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Baginda s.a.w. bersabda:

"Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau
membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah
naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Kesimpulan Hadis:

1- Galakan supaya bertolak ansur dengan orang yang berhutang sama ada secara
menangguhkan tempoh pembayaran hutang ataupun secara membebaskannya dari
kesemua hutang atau sebahagiannya sahaja.

2- Kelebihan orang yang bertolak ansur dengan orang yang berhutang di mana dia akan
mendapat ganjaran yang sangat besar dan mendapat balasan yang baik di akhirat kelak.

3- Kelebihan mempermudahkan kepentingan orang lain dan menghulurkan bantuan kepada


mereka serta harus berurusan dengan cara hutang.

ADAB MAKAN DAN MINUM

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan
tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan
tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan
tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya." (Hadis riwayat Imam
Muslim).

Kesimpulan Hadis:

1- Makruh makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri kerana ianya adalah di
antara adat-adat syaitan dan sesiapa yang melakukan sedemikian, bererti dia menyerupai
syaitan.

2- Sunat mengutamakan anggota sebelah kanan di dalam semua perkara sehinggalah di


dalam persoalan memakai kasut dan keluar dari rumah.

3- Ancaman dari melakukan perkara yang jelas disebut di dalam hadis sebagai perbuatan
syaitan.

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN DAN SUMBERNYA MENURUT ISLAM

1. Definisi Ilmu Pengetahuan

Perkataan ilmu dari sudut bahasanya adalah berasal daripada perkataan arab iaitu
calima, yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui
tentang sesuatu dengan sebenarnya. Sementara ilmu dari segi istilah memberi erti
tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah
s.w.t yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia
yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah.

Secara umumnya, ilmu didefinisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian tentang


sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu
yang dapat digunakan untuk menerangkan sesuatu yang berkait dengan bidang ilmu
tersebut. Ilmu pengetahuan pada lazimnya terdapat dalam dua bentuk iaitu ilmu
pengetahuan nyata (explicit
knowledge) dan ilmu pengetahuan tidak nyata (tacit knowledge). Ilmu pengetahuan
nyata boleh didapati kebanyakannya dalam bentuk dokumen bercetak manakala ilmu
pengetahuan tidak nyata pula terdapat dalam idea, minda, amalan harian, pengalaman,
memori dan seumpamanya yang kebiasaannya sukar dilihat dengan mata kasar.
(Noraziah Sharuddi, 2002)

Dalam zaman moden ini pengertian ilmu telah disempitkan dan dimodenkan kepada
pengetahuan maklumat dan kemahiran sahaja. Dalam pengertian barat moden, ilmu
hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta
pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir
dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut
dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan
mereka secara automatik ajaran agama terkeluar daripada takrif dan ruang lingkup ilmu
dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.
Islam telah menghimpun antara agama dan ilmu. Tidak ada sebarang penentangan
antara agama dan ilmu kerana dalam Islam, agama itu sendiri adalah ilmu dan ilmu
adalah agama. Ilmu menurut perspektif Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil.
Manakala istilah ilmu dalam Islam merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah,
sunnah, iman, ilmu kerohanian, hikmah, makrifat, pemikiran, sains dan pendidikan.

2. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan
dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan
perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri.
Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan
hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu
membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu
pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;
“Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.”
Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang
penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu
pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat
yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang
kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah
al-Mujadalah, ayat 11 ;
‫ وا بما تعملون خبير‬.‫يرفع ا الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت‬
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan"

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah
dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
‫ انما يتذكر أولولوا اللبب‬.‫قل هل يستوي الذين يعلمون والذين ل يعلمون‬
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di
kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana"
2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu
bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir,
ayat 28 ;
‫انما يخشى ا من عباده العلمؤا‬
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-
orang yang berilmu”

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan
di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan
dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada
ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah
Allah di muka bumi dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi
benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang
dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara
agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu
pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui
ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

3. Sumber-sumber Ilmu Pengetahuan

Secara umumnya, sumber ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui wahyu,


pancaindera, akal dan intuisi atau ilham.

1. Wahyu

Wahyu adalah pemberitahuan daripada Allah s.w.t kepada seorang hambanya yang
dipilih di kalangan hambanya dengan secara sulit dan rahsia berlainan dari apa yang
dialami oleh manusia biasa. Tidak dapat dinafikan lagi wahyu adalah merupakan
sumber pengetahuan yang terpenting yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t kepada
manusia sama ada ianya disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w atau melalui
nabi-nabi yang terdahulu. Wahyu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di dalam
al-Quran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang amat diperlukan oleh
manusia untuk kemasalahatan hidup juga perkara-perkara ghaib yang tidak dapat
dijangkau oleh akal pemikiran manusia.

2. Pancaindera

Semua pancaindera seperti sentuhan, ciuman, penglihatan, pendengaran dan deria


rasa merupakan seumber pengetahuan yang utama dan amat berguna bagi manusia
untuk berinteraksi dengan alam sekelilingnya dengan mudah dan betul. Kelima-lima
pancaindera ini merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan melalui
beberapa percubaan dan pengalaman yang berulang-ulang. Bagaimanapun kebenaran
yang diperolehi tidak semestinya selalu betul dan tepat. Pancaindera kadangkala di
dalam keadaan tertentu gagal memberikan gambaran atau penglihatan umpamanya
matahari kelihatan kecil oleh mata sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya.

3. Akal

Akal adalah merupakan sumber utama pengetahuan manusia, malah perbezaan antara
manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang diusahakan oleh manusia
berpunca dari pemikiran akal manusia yang kreatif. Dengan akal manusia dapat
menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk, walaupun mungkin ianya
tidak bersifat kebenaran secara mutlak namun ianya memadai untuk mengatasi
masalah kehidupan seharian. Bagaimanapun Allah s.w.t menyuruh manusia
menggunakan semaksima mungkin kedua-dua daya akal dan pancaindera yang
dianugerahkan kepadanya agar dapat sampai kepada pengetahuan sahih dan
kebenaran yang tidak menyesatkan. Al-Quran banyak menyebut seruan serta galakan
daripada Allah s.w.t agar manusia dapat memerhatikan alam sekeliling mereka dengan
akal dan pancaindera bagi mencari kebenaran yang hakiki.

4. Intuisi atau Ilham

Intuisi atau ilham juga boleh menjadi sumber pengetahuan manusia yang amat
berguna. Ianya merupakan pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses
pemikiran yang tertentu. Contohnya seseorang yang mempunyai masalah yang sedang
menumpukan pemikiran nya terhadap penyelesaian masalah tersebut, tiba-tiba menjadi
jalan penyelesaian tanpa perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari
datang sendiri. Dalam Islam ilham ini boleh dikenali dengan istilah "firasat" atau pun
pandangan bashirah (tembus) yang dikurniakan oleh Allah kepada para Ulama.

Walaupun begitu, ada juga di kalangan sarjana yang berpendapat bahawa sumber ilmu
itu datangnya juga daripada sumber lisan dan tulisan serta kajian sejarah. Ilmu yang
diperolehi melalui sumber lisan wujud dalam sistem pendidikan secara tidak formal
seperti ilmu pertukangan dan sebagainya yang diperolehi melalui warisan secara tidak
langsung daripada keluarga atau masyarakat. Pengajaran-pengajaran secara lisan
daripada tokoh-tokoh ilmu juga dianggap sebagai sumber lisan. Ilmu yang sumbernya
dari tulisan dapat dilihat melalui ilmu perubatan, matematik, dan undang-undang.
Sementara ilmu yang diperolehi daripada kajian sejarah pula dapat dilihat melalui
kajian-kajian dan penulisan-penulisan yang khusus tentang peristiwa sejarah yang telah
berlaku.

RUJUKAN

Al-Qasimi, Muhammad Jamaluddin. t.th. Maucizah al-mu`minin min ihya` ulum al-din.
t.tp : Maktabah Misr.

Khazali. (tanpa tarikh). Konsep Ilmu.


http://khazalii.googlepages.com/udi30521konsepilmu [13 April 2008]

1. Doa hindarkan diri daripada terkena sihir/santau/jin dan saka.

Doa ini diajarkan oleh Ustaz Sharhan Shafie untuk memelihara diri dan keluarga dari
terkena gangguan makhluk halus terutama jin, iblis dan syaitan. Ayatnya pendek dan
senang dihafal dari Surah Al-Saffat, ayat 7. Ayat ini boleh dibaca setiap kali selepas
solat atau bila terasa diri tidak berapa sihat terutama pada waktu maghrib.

2. Doa keselamatan diri, anak-anak, keluarga dan rumahtangga dari kejahatan


manusia, binatang dan bala bencana.
Maksudnya: Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak
disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki
arasy yang agung, .Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang
tidak dikehendakinya tidak akan berlaku.Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan
izin Allah yang maha tinggi lagi maha agung. Aku bersaksi bahawa Allah maha
berkuasa atas segala sesuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku
memohon perlindungan kepadaNya yang maha berkuasa menahan langit dari jatuh ke
atas bumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya dari kejahatan
segala makhluk yang bergerak di muka bumi yang berada di bawah kuasaNya.
Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.

(Riwayat al-Baihaqi dalam Dala`il al-Nubuwwah no 3046, al-Matalib al-Aliyyah no 3490,


Ithaf al-Khiarat no 6087 , Bughyat al-Bahith no 1052)

3. Doa keselamatan diri dan harta benda

Maksudnya: Sesungguhnya
Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkan Engkau, ke
atas Engkau aku bertawakkal, dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.
Apa sahaja yang dikehendakinya tentu akan berlaku, dan apa yang tidak
dikehendakinya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin
Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dengan nama Allah yang mempunyai kemahuan, agung kenyataan, lagi amat berkuasa
apa yang dikehendaki oleh Allah, aku berlindung daripada syaitan.
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan kecuali Dia, hanya kepadaNya aku betawakal,
Dialah Pemilik Arasy yang agung. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali pada Allah.

4. Doa penjaga harta dan ahlinya.

Doa ini boleh diamalkan ketika mengunci kereta, rumah, meninggalkan rumah untuk
keluar kawasan, balik kampung atau seumpamanya. Mengamanahkan Allah SWT untuk
menjaganya, bacalah doa berikut;

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada


Allah harta dan keluargaku.

5. Doa berlindung daripada kejahatan makhluk.


Satu lagi doa yang terdapat di dalam al-Ma'thurat yang dipetik dari sebuah hadith;

Maksudnya: Rasulullah SAW


bertanya, "kenapa dengan kamu?" lelaki itu menjawab 'aku disengat kala'. Rasulullah
SAW bersabda; "Sekiranya engkau membaca (doa ini) pada setiap petang (iaitu) Aku
berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan makhluk, '
nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat”. (Riwayat Ibn Hibban,
3/298)
6. Doa mengelak daripada ditimpa bala dan musibah.

Maksudnya: Rasulullah SAW


didengari berkata sesiapa yang berdoa; "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan
sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan
bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika
subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; Al-Tirmidizi, 5/465)

7. Doa mengelakkan diri daripada diperkosa.

Ingin saya utarakan satu lagi doa sahih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s iaitu Siti
Sarah yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya
sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi SAW.

Maksudnya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan
RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku
daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104,
2/722; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-
Qari, 12/30 ; Sahih )

Selain daripada apa yang disebutkan di atas, banyak lagi ayat-ayat lain yang boleh
diamalkan. Surah al-Fatihah dan Ayatul Kursi juga merupakan amalan yang terbaik dan
patut diamalkan sentiasa. Sabda Rasulullah SAW; "Sesiapa yang membacanya pada
waktu pagi nescaya akan dipelihara dari gangguan jin dan syaitan sehingga ke petang
dan sesiapa yang membacanya pada waktu petang nescaya akan dipelihara dari
gangguan jin dan syaitan sehingga waktu pagi." (HR al-Nasa'i)

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyusun artikel ringkas ini, dalam keadaan
mencuri-curi masa yang ada. Agak lewat, setelah kembali dari kembara barulah artikel
ini dapat dipostkan. Akhir kalam, segala kelemahan datangnya daripada saya, mana-
mana yang kekurangan, saya mohon maaf. Mudah-mudahan kita beroleh sesuatu
daripadanya. Ajarkan kepada ahli keluarga kita dan saudara-saudara kita, semoga
terpelihara selalu daripada segala kejahatan dan malapetaka. Yakin dan percaya tidak
ada kemudharatan yang bakal berlaku melainkan dengan izinNya. Selamat beramal
dan salam lewat malam daripada saya. Assalamualaikum.

Ilmu merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan ini, setiap waktu
manusia membutuhkan ilmu untuk menjalani hidupnya, sebagaimana perkataan Imam
Ahmad Bin Hambal “Manusia sangat berhajat pada ilmu lebih daripada hajat mereka
pada makanan dan minuman, karena manusia berhajat pada makanan dan minuman
sehari sekali atau dua kali akan tetapi manusia berhajat pada ilmu sebanyak bilangan
nafasnya”. Keutamaan ilmu sangatlah banyak, bahkan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam
kitabnya Buah Ilmu menguraikan sampai 129 sisi keutamaan ilmu, diantara keutamaan
ilmu yaitu :

1. Setiap Muslim Wajib Menuntut Ilmu


Telah bersabda Rasulullah SAW “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim” (HR. Ibnu
Majah, Baihaqi, dll) Hadits Shahih ini menjelaskan dengan tegas kewajiban menuntut
ilmu bagi setiap muslim yang telah baligh. Ilmu yang dimaksud disini ialah ilmu din (ilmu
agama), ilmu-ilmu agama yang wajib dituntut oleh setiap muslim yaitu ilmu aqidah,
ibadah, pengetahuan tentang halal dan haram, akhlak dan hal-hal yang berkaitan
dengan apa saja yang dia kerjakan di dunia ini. Ilmu inilah yang diminta oleh Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam do’anya.: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu
yang bermanfaat, dan aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat”.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah No. 3843).
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan: “Risalah Nabi meliputi dua hal yaitu ilmu
yang bermanfaat dan amal shalih, sebagaimana terdapat dalam firman Allah: “Dialah
Allah yang telah mengutus rasul-Nya (dengan membawa) al Huda (petunjuk) dan dienul
haq (agama yang benar) untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-
orang musyrik tidak menyukainya” (at Taubah:33). Al Huda pada ayat di atas ialah ilmu
yang bermanfaat sedangkan Dienul Haq ialah amal shalih yang terdiri dari ikhlas karena
Allah dan ittiba’ kepada Rasulullah. Dengan ilmu inilah bakal tegak dienullah baik
secara keyakinan, perkataan maupun perbuatan.
2. Menuntut Ilmu Merupakan Ibadah
Menuntut ilmu adalah ibadah, bahkan merupakan Ibadah yang paling agung dan paling
utama, sehingga Allah menjadikannya sebagai bagian dari jihad fisabilillah,
sebagaimana firmanNya dalam surat At Taubah 122. Rosulullah bersabda “Barang
siapa keluar dalam rangka thalabul ilmu (mencari ilmu), maka dia berada dalam
sabilillah hingga kembali.” (HR. Tirmizi). Imam Ahmad berkata : “Ilmu itu sesuatu yang
tiada bandingnya bagi orang yang niatnya benar”. Bagaimanakah benarnya niat itu
wahai Abu Abdillah?” tanya orang-orang kepada beliau. Maka beliau menjawab “yaitu
berniat untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain”.
3. Ilmu Merupakan Syarat Sahnya Amal
Allah memerintahkan manusia agar mencari ilmu atau berilmu sebelum berkata dan
beramal. Firman Allah: “Maka ketahuilah bahwa sesung-guhnya tidak ada Illah selain
Allah, dan mohonlah ampunan bagi dosamu serta bagi (dosa) orang-orang mukmin,
laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat
tinggalmu” (QS.Muhammad:19). Sehubungan dengan ini Allah memerintahkan Nabi-
Nya dengan dua hal yaitu berilmu lalu beramal, atau berilmu sebelum beramal. Hal ini
dapat kita lihat dari susunan ayat diatas, yaitu : “Maka ketahuilah bahwa sesung-
guhnya tidak ada ilah melainkan Allah…” Ayat ini menunjukkan perintah untuk berilmu.
Selanjutnya perintah ini diikuti perintah beramal, yaitu : “…Dan mohonlah ampunan
bagi dosamu…” . Dari ayat tersebut dapat diketahui bahwa urutan ilmu mendahului
urutan amal. Ilmu merupakan syarat keabsahan perkataan dan perbuatan.
Dalam ayat yang lain Allah berfirman : “Dan janganlah engkau mengucapkan sesuatu
yang engkau tidak memiliki ilmu tentangnya. (Karena) sesungguhnya pendengaran dan
penglihatan dan hati (akal pikiran) semuanya itu akan ditanya” (Al Israa’ : 36). Dalam
tafsirnya Imam Syaukani mengatakan “Sesungguhnya ayat-ayat ini menunjukkan atas
tidak bolehnya beramal dengan tanpa ilmu”. Dari sini dapat kita ambil kesimpulan
bahwa Islam mewajibkan ilmu terlebih dahulu sebelum berkata dan berbuat. Inilah
pendidikan yang sangat tinggi dalam Islam yang mendasari segala sesuatunya dengan
ilmu.
Allah Subhanahu Wata’ala juga memerintahkan agar kita bertanya kepada ahli ilmu jika
kita tidak mengetahui, sebaimana firmanNya “Tanyalah ahli ilmu jika memang kamu
tidak tahu” (An Nahl 43 dan Al Anbiyaa’ 7). Al Imam Ibnul Qoyyim di kitabnya miftahu
daaris sa’aadah menafsirkan ahludz dzikri dengan ahli ilmu. Dan dari ayat yang mulia
ini Allah SWT mewajibkan dua golongan manusia yaitu Ahli ilmu yang wajib bagi
mereka menyebarkan ilmu dan tidak menyembunyikannya serta orang-orang jahil
(bodoh) yang wajib bagi mereka bertanya kepada ahli ilmu bukan kepada orang-orang
yang jahil (bodoh) juga. Sebagaimana sabda Rasulullah “Sesungguhnya Allah tidak
mencabut ilmu dengan serta merta dari hamba-Nya, akan tetapi Dia mencabut ilmu
dengan dicabutnya nyawa para ulama, hingga manakala Dia tidak menyisakan satu
orang alimpun (dalam riwayat lain: Hingga manakala tidak tertinggal satu orang alim
pun), manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh,
maka tatkala mereka akan ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan ber-
fatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan.” (HR Bukhari dalam al Ilmu
1/234 dan Muslim dalam al-Ilmu 16/223).
4. Ilmu merupakan ciri kebaikan seseorang
Dalam sebuah hadits dari Muawiyah Radhiyallahu ‘anhu, Rosulullah bersabda :
“Barang siapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka Allah akan pahamkan dia
adalam (masalah) din (agama).” (Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari no.71 dan
Muslim no. 1037). Hadits ini menunjukkan tentang tanda-tanda Allah hendak
memberikan kebaikan pada seorang hamba yaitu dengan memberikan pemahaman
dalam masalah agama. Hal itu karena dengan paham tentang masalah agama, maka
dirinya akan menyembah Allah dengan ilmu dan juga akan menyeru orang lain dengan
ilmu juga.
Dalam hadits lain Rasulullah bersabda : ”Yang terbaik di antara kalian adalah orang
yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya” (HR. Al-Bukhari no. 5027). Imam Ali
berkata “nilai seseorang sesuai dengan apa yang dikuasainya”. Imam Syafii
mengatakan “Apabila engkau menghendaki dunia hendaklah dengan ilmu, apabila
engkau menghendaki akhirat hendaklah dengan ilmu dan apabila engkau menghendaki
keduanya hendaklah dengan ilmu”
5. Ilmu yang bermanfaat memiliki pahala yang sangat besar
Rasulullah bersabda : “Apabila seorang manusia meninggal maka terputuslah pahala
segala amalannya kecuali dari tiga perkara ; yaitu sadaqah jariyah, ilmu yang
bermanfaat, atau anak shalih yang mendoakannya [HR. Muslim no. 1631]. Dalam
hadits lain Rasulullah bersabda : “Barangsiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka
ia akan mendapatkan pahala sebanyak pahala orang yang mengikutinya tanpa
mengurangi sedikitpun dari pahala mereka. Barangsiapa yang menyeru kepada
kesesatan, maka ia akan menanggung dosa sebanyak dosa orang yang mengikutinya
itu tanpa mengurangi sedikitpun dari dosa mereka” (HR. Muslim no. 2674)
6. Ilmu akan mengangkat derajat manusia
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman : “Allah mengangkat (derajat) orang-orang yang
beriman di antara kamu, sedangkan orang-orang yang diberi ilmu (Allah angkat)
beberepa derajat ”(Al Mujaadilah 11). Dalam ayat lain Allah berfirman : “Katakanlah!
apakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui” (Az
Zumar: 9).
7. Ilmu akan memudahkan seseorang masuk surga
Rosulullah bersabda :”Barang siap menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah
mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR Muslim). Imam Al Bukhari dalam Kitab
Shahihnya no. 6412 meriwayatkan bahwa Rosulallah bersabda : “Barangsiapa yang
menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memasukkan orang tersebut pada
salah satu jalan menuju surga. Sesungguhnya malaikat mengatupkan sayapanya
karena ridha kepada seluruh penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi, sampai ikan
sekalipun yang ada di dalam air memohonkan ampun untuk seorang alim. Keutamaan
seorang alim dibandingkan seorang ahli ibadah seperti keutamaan cahaya bulan
purnama dibandingkan cahaya bintang-bintang. Para ulama adalah pewaris para nabi,
namun mereka tidak mewariskan dinar maupun dirham. Mereka hanyalah mewariskan
ilmu. Barangsiapa yang mengambil ilmu tersebut sungguh ia telah mendapatkan bagian
yang banyak dari warisan tersebut”
8. Ilmu akan menghidupkan hati
Ibnu Qoyim mengatakan bahwa sesungguhnya hati itu terancam mendapatkan dua
penyakit yaitu syubhat dan syahwat, jika hati itu menjangkitinya maka hati mati
karenanya. Semua penyakit ini penyebabnya adalah kebodohan dan obatnya adalah
ilmu. Di dalam Al Muwaththo karya Imam Malik disebutkan bahwa Lukman berkata
kepada anaknya:”Wahai anakku duduklah kamu bersama para ulama dan dekatilah
mereka dengan kedua lututmu (bergaul dengan mereka). Maka sesungguhnya Allah
Subhanahu wa Ta ‘ala menghidupkan hati-hati yang mati dengan cahaya hikmah
sebagaimana menghidupkan (menyuburkan) bumi dengan hujan yang deras (Kitab Al
llmu Fadluhu wa Syarfuhu hal 228)
Oleh karena itu kebutuhan hati manusia terhadap cahaya ilmu merupakan kebutuhan
yang mendesak. Sebagaimana kebutuhan bumi terhadap turunnya hujan tatkala terjadi
kekeringan dan paceklik. Maka ilmu merupakan mutiara yang sangat berharga bagi
setiap muslim. Karena dengan ilmu jiwa jiwa manusia akan hidup dan sebaliknya jiwa-
jiwa mereka akan mati apabila tidak dibekali dengan ilmu.
Sebagian orang-orang yang arif berkata “Bukankah orang yang sakit akan mati tatkala
tercegah dari makanan , minuman dan obat¬-obatan? maka dijawab “Tentu saja, ”
Mereka mengatakan “Demikian pula halnya dengan hati jika terhalang dari ilmu dan
hikmah maka akan mati.”
Maka tepat jika dikatakan bahwa ilmu merupakan makanan dan minuman hati, serta
penyembuh jiwa. karena kehidupan hati bersandar kepada ilmu. Maka apabila ilmu
telah sirna dari hati seseorang berarti hakekatnya dia telah mati. Akan tetapi dia tidak
merasakan kematian tersebut. Orang yang hatinya telah mati ibarat seorang pemabuk
yang hilang akalnya (disebabkan maksiat yang dia lakukan ) (Kitab Al Ilmu Fadluhu wa
Syarfuhu hal 144¬-145).
Sumber :

1. Menanti Buah Hati dan Hadiah Buat Yang Dinanti, Ust. Abdul Hakim bin Amir
Abdat

2. Rifqon Ahlassunnah Bi Ahlissunnah Menyikapi Fenomena Tahdzir dan Hajr,


Syaikh Abdul Muhsin Bin Hamd Al-Abbad Al Badr

3. Syarah Adab dan Manfaat menuntut Ilmu, Syaikh Muhammad bin Shalih Al
Utsaimin

Ilmu Angkat Martabat Manusia Sebagai Khalifah


Oleh Amran Zakaria

ISLAM menjadikan ilmu pengetahuan penggerak utama mencapai maksud merubah


kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap paling tinggi kerana tanpa ilmu
pengetahuan, segala kegiatan akan menemui kegagalan dan tidak sampai kepada
matlamat sebenar, iaitu mencari keredaan Allah.

Menurut Islam, ilmu pengetahuan adalah ukur tara yang jelas bagi membezakan antara
seseorang dengan yang lain. Ini dijelaskan melalui firman Allah bermaksud:
�Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui.�
(Surah Az-Zumar, ayat 9)

Selain itu, ilmu pengetahuan juga alat bagi mencapai tahap keimanan sempurna dan
pengukur ketakwaan seseorang kepada penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat
dipisahkan. Kedua-duanya saling berhubungan dan saling mempengaruhi.
Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh
mana ketakwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan,
bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit.

Allah meletakkan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi, seperti ditegaskan
Allah dalam firmannya bermaksud: �Allah akan meninggikan orang yang beriman
antara kamu dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.� (Surah Al-
Mujadalah, ayat 11)

Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah
bermaksud: �Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di
kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.� (Surah al-Zumar, ayat 9)

Daripada Ka�ab bin Malik, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: �Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau
berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu
kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.� (Hadis riwayat al-Tirmizi dan
Ibn Majah)

Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan sunnah akan menjadi benteng
mencegah seseorang daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak
kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau mengejar kebendaan
duniawi.

Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti kejuruteraan, kedoktoran, pertanian dan


sebagainya dapat membantu kesejahteraan hidup manusia di dunia. Penekanan
terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan Islam memartabatkan
ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

Baginda Rasulullah SAW bersabda bermaksud: �Menuntut ilmu itu adalah wajib ke
atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.� (Hadis riwayat Ibn 'Adiyy, Al-Bayhaqi
dan Al-Tabarani)

Kedudukan serta martabat orang berilmu diangkat dan diletakkan di tempat yang tinggi.
Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan
masyarakat.

Firman Allah bermaksud: �Allah mengangkat beberapa darjat orang yang beriman dan
orang yang diberi ilmu pengetahuan.� (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan dan berhadapan dengan musuh.
Dengan ilmu, manusia dapat menjalankan ibadah secara sempurna serta
melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.
Di Malaysia, sumber ilmu melalui penghasilan buku sangat sedikit. Hasil kajian profil
membaca Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 1996 mendapati
hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding
180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika
Syarikat dan 45,000 judul di India.

Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan perangkaan PNM itu,
hanya 1,273 atau 32 peratus saja buku ilmiah dikategorikan boleh meningkatkan minda,
inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaan santai di
samping buku teks akademik dan kanak-kanak.

Rasulullah SAW mengajarkan sahabat untuk selalu berlindung daripada sifat malas.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: �Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka
Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.� (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya, ilmu yang ada pada kita amat sedikit. Alangkah sayangnya jika ilmu yang
sedikit dikurniakan Allah gagal untuk dimanfaatkan bagi tujuan agama dan ummah.
Allah berfirman bermaksud: �Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis
lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering
lautan itu sebelum habis kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan
yang sebanding dengannya sebagai bantuan.� (Surah Al-Kahfi, ayat 109)

Justeru, kajian yang dibuat adalah bertujuan untuk mencari ilmu, bukan untuk bersaing
dengan ilmuwan yang ada, bukan berbahas demi memperoleh kemenangan dan bukan
untuk menjadi masyhur. Ia ditulis hanyalah untuk mencari keredaan Allah semata-mata.

Satu peringatan keras daripada Rasulullah SAW, dilaporkan daripada Abu Hurairah,
sabda Baginda SAW bermaksud: �Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang
dengannya dicari reda Allah, tetapi dia tidak mempelajarinya kecuali untuk
mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari
kiamat.� (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

Niat menuntut ilmu juga penting kerana jika tujuan mendalami sesuatu bidang tidak bagi
mencapai keredaan Allah, maka rugi di dunia apatah lagi di akhirat.

Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata: �Ilmu diiringi dengan perbuatan. Barang
siapa berilmu maka dia harus berbuat. Ilmu memanggil perbuatan. Jika dia
menjawabnya, maka ilmu tetap bersamanya, namun jika tidak maka ilmu pergi
darinya.�

Seharusnya ketika ini kita sudah bersedia untuk memecahkan gumpalan pemikiran
lama yang menjadikan tesis dan bahan kajian sekadar menjadi simbol kebanggaan
yang langsung tidak dimanfaatkan.

Alangkah baiknya jika semua analisis dan kajian dibuat dapat diterjemahkan untuk
tujuan pelaksanaan demi kepentingan dan pembangunan ummah. Tidak bolehkah
kajian itu diwakafkan demi kepentingan tamadun ummah.

Memecahkan gumpalan pemikiran yang sudah berabad itu memang tidak mudah.
Tetapi itulah agenda besar yang harus dilaksanakan jika ingin mengembalikan dinamik
Islam ke arah berdaya saing.

Sudah lama kita dilihat lemah dan tidak berkeupayaan untuk membuktikan Islam adalah
pelopor serta menjadi paksi kemajuan dunia. Ingatlah, buku adalah gudangnya ilmu dan
membaca itu adalah kuncinya.

Diriwayatkan, Rasulullah SAW ada memberitahu kepada Abu Dzar: �Wahai Abu Dzar,
kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah lebih baik bagimu dari solat seratus
rakaat. Dan, pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan, dilaksanakan atau tidak, itu
lebih baik dari solat seribu rakaat.� ( Hadis riwayat Ibnu Majah)

Kongsi Ilmu Sedekah Terbaik


Oleh Sharifah Hayaati
Manfaat pengetahuan jamin kecemerlangan organisasi

APABILA menyebut mengenai ilmu, saya ingin berkongsi kata-kata hikmah Imam al-
Ghazali dalam nasihat al-Muluk. Beliau mengatakan, manusia ada empat kategori.

Pertama, seorang berpengetahuan dan tahu apa yang dia tahu. Dialah orang berilmu.

Kedua, orang berpengetahuan, tetapi dia tidak tahu apa yang dia tahu. Dialah pelupa.
Hendaklah kamu mengingatkannya.

Ketiga, orang tidak berpengetahuan dan sedar dia tidak tahu. Dia memerlukan tunjuk
ajar. Hendaklah kamu mengajarnya.

Keempat, orang tidak berpengetahuan tetapi tidak tahu apa dia tidak tahu. Dialah orang
yang bodoh. Hendaklah kamu memberikannya ilmu pengetahuan.

Sudah tentu kita tidak mahu berada dalam kategori manusia terakhir. Tetapi apabila
direnungi, sejauh mana semangat kita menerokai dan berkongsi ilmu dalam
persekitaran? Mungkin kita terfikir sejenak dan terbayang kesibukan setiap hari
menguruskan rumah tangga, keluarga, kerja dan masyarakat.

Ini antara alasan sering disebut-sebut. Sedangkan apabila kita membaca kisah sahabat
dan tabiin yang sanggup mengembara jauh dari Madinah ke Damsyik, semata-mata
mencari ilmu, kita patut rasa malu pada diri sendiri dan kagum dengan mereka.

Mereka bermusafir hanya untuk mempelajari satu hadis daripada sahabat yang
mendengar sendiri daripada Baginda Rasulullah SAW. Mereka memiliki semangat dan
kecintaan tinggi terhadap ilmu.

Antara kisah masyhur ialah Said al-Musayyab, Abu Darda' dikenali sebagai hakim al-
ummah (kebijaksanaan umat) dan Abdullah Abbas, dikenali dengan hibr al-ummah
(yang terpelajar dalam kalangan umat Islam) dan bahr al-ulum (lautan ilmu
pengetahuan).

Hebatnya semangat mereka menjunjung ilmu walaupun terpaksa menempuh


kepayahan sehingga melahirkan tamadun Islam yang gemilang. Semangat mereka itu
patut kita jadikan iktibar selepas Allah dan Rasul-Nya membentangkan segala
kelebihan ilmu kepada kita.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa Allah inginkan kebaikan


kepadanya, maka Dia akan memberikan kepadanya pemahaman mendalam dalam
urusan agama." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini membuktikan kebaikan tidak akan terhasil tanpa pemahaman ilmu membawa
kepada kebaikan iaitu ilmu agama itu sendiri. Ilmu sifatnya ibarat cahaya penyuluh yang
boleh menerangi kegelapan, menunjuk arah perjalanan, memandu akal menentukan
baik daripada yang buruk.

Ilmu diumpamakan seperti hujan membasahi bumi. Ia mampu menumbuhkan,


menghidupkan, menyuburkan pelbagai tanaman dan manfaat kepada makhluk serta
sifatnya boleh menyucikan.

Kepentingan ilmu termaktub dalam wahyu Allah, surah al-Alaq. Ibn Kathir dalam
tafsirnya menerangkan ayat itu menunjukkan rahmat dan nikmat pertama Allah kepada
hamba-Nya iaitu memerintahkan mereka mempelajari ilmu pengetahuan serta
mengajarkan apa yang tidak diketahui.

Hal ini terlebih dulu dilakukan dengan mengurniakan serta memuliakan kita dengan
akal. Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah mengatakan, umat Islam mendapat
kedudukan mulia dan tinggi dalam dunia apabila mereka mempunyai ilmu pengetahuan.

Oleh itu, antara usaha Rasulullah SAW ialah meminta tawanan musyrikin dalam Perang
Badar mengajar umat Islam membaca sebagai syarat tebusan.

Selaras tumpuan pembangunan masyarakat berteraskan pengetahuan yang


diistilahkan sebagai K-Society, dalam alam pekerjaan ia perlu terus diberikan
penekanan tinggi. Penguasaan ilmu secara langsung melalui kelayakan akademik
semata-mata belum mencukupi menjamin kecemerlangan.

Sebaliknya, mereka yang kurang baik pencapaian akademik juga boleh mencapai
kecemerlangan dalam kerjaya jika terus meningkatkan pengetahuan melalui
pembelajaran berterusan sebagai usaha pembangunan kendiri.
Begitu juga bagi yang berada pada tahap tinggi dalam perjawatan, perkongsian bijak
perlu digalakkan dalam organisasi supaya pengetahuan mereka dapat dimanfaatkan
sepenuhnya ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Ilmu pengetahuan itu bermanfaat apabila diamal dan dikongsi dengan orang lain. Ia
menjadi sedekah paling baik.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baiknya sedekah seseorang Muslim


belajar ilmu kemudian mengajarkan kepada sahabatnya." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Pembudayaan ilmu adalah warisan Rasulullah SAW yang tidak ternilai. Justeru,
pelihara warisan ini serta marilah kita menyemarakkan budaya penerokaan ilmu dalam
persekitaran kerja untuk manfaat diri dan organisasi.

Kisah 3 Lelaki Di Majlis Ilmu

Oleh Amran Zakaria


2011/08/15

Tiada batas usia untuk perbaiki kelemahan diri

ADA kala berlabuh juga perasaan malu di hati kerana memaksa diri untuk mendalami
ilmu agama pada usia senja. Sebenarnya dalam agama tidak ada istilah malu atau
seumpamanya jika kita bertekad untuk mempelajarinya.

Sikap yakin mesti ditanam sepenuhnya dalam diri bahawa inilah masa terbaik untuk
melaksanakan niat setelah sekian lama tertangguh. Faktor umur usah dijadikan alasan
untuk mengelak diri daripada mempelajari ilmu agama.

Ingatlah bahawa tempoh untuk kita tidak terhad dan terbatas. Islam menetapkan untuk
kita bertanyakan sesuatu yang kita tidak tahu dalam hal agama kepada mereka yang
lebih tahu.

Firman Allah yang bermaksud: "Bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan
agama jika kamu tidak mengetahuinya." (Surah An-Nahl, ayat 43).

Apa yang lebih utama ialah perbetulkan niat untuk mempelajari ilmu agama seikhlasnya
demi kerana Allah dan Rasul-Nya. Ingat tujuan sebenar kita menuntut ilmu untuk keluar
daripada kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya.

Kisah tiga lelaki dalam majlis ilmu yang dikendalikan Rasulullah SAW boleh dijadikan
pengajaran kepada sesiapa yang berminat mendalami ilmu agama dan khabar dibawa
Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dalam proses pencarian ilmu keagamaan.

Daripada Abi Waaqid Allaithy menceritakan, sewaktu Rasulullah SAW berada dalam
majlis ilmu di masjid bersama sahabatnya, datang tiga lelaki, lalu dua orang terus
menyertai majlis ilmu itu manakala seorang lagi berlalu begitu saja (tanpa
menyertainya).

Sewaktu kedua-dua orang itu berada dekat halaqah, salah seorang daripada mereka
terlihat ruang kosong lalu dia duduk di situ, manakala seorang lagi duduk jauh di
belakang. Lelaki yang ketiga beredar.

Apabila Rasulullah SAW selesai mengendalikan pengajian lalu Baginda bersabda:


"Mahukah kalian aku khabarkan mengenai hal orang bertiga itu? Yang pertama itu dia
bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu, maka Allah melapangkan tempat untuknya,
manakala yang kedua itu dia berasa malu (tidak bersungguh-sungguh) maka Allah juga
malu daripadanya (yakni tidak memberinya ilmu yang banyak) dan yang ketiga itu dia
berpaling dari Allah, maka Allah juga berpaling daripadanya (tidak mengendahkannya)."

Daripada Abi Musa, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perumpamaan


hidayah dan ilmu yang aku bawa daripada Allah adalah bagaikan hujan yang lebat
menimpa bumi; maka ada bahagiannya yang subur dan mudah menyerap air, lalu
tumbuhlah pokok dan rumput yang banyak, dan ada pula bahagiannya yang keras
hanya menakung air tetapi tidak menyerap, lalu manusia dapat mengambil manfaat
daripadanya seperti minum, menyirami dan mengairi tanaman, dan ada pula bahagian
yang lain iaitu bahagian tanah yang sama sekali tidak menerima air dan tidak pula
tumbuh tanaman (diatasnya)."

Itu adalah perumpamaan (untuk) orang yang memahami agama Allah, dia dapat
mengambil manfaat daripada apa yang diberikan Allah kepadaku, lalu ia
mengetahuinya dan mengajarkannya (kepada orang lain); dan perumpamaan (untuk)
orang yang tidak mengangkat kepala dengan itu; dan (perumpamaan untuk orang) yang
tidak menerima hidayah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepadaku.� (Hadis
sahih, Muttafaq 'Alaihi).

Antara ilmu yang utama ialah ilmu yang diwahyukan kepada Rasul-Nya. Ilmu agama ini
diturunkan Allah Taala dengan dua tujuan iaitu mengaturkan hubungan manusia
sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah Taala.

Keduanya, dengan ilmu agama ini diajarkan adab dan peraturan yang mesti diamalkan
seseorang dalam hubungannya dengan Allah demi mencapai keredaan-Nya.
Matlamatnya jelas untuk kebahagiaan di dunia dan mendapat balasan sebaik-baiknya
di akhirat kelak.

Letakkan niat yang baik supaya dapat memperbaiki diri dengan menambah
pengetahuan dalam ilmu agama bagi memudahkan urusan amal ibadah.

Daripada Ka�ab bin Malik, katanya: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) bertujuan untuk menyaingi ulama atau berbahas
dengan orang jahil atau supaya dengan ilmu itu wajah orang ramai tertumpu
kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan
Ibn Majah).

Berjemaah Hapuskan Status Sosial Antara Ummah

Oleh Mohd Riduan Khairi

Solat beri kesempatan kepada umat Islam berpersatuan, lebih disiplin, cegah
kemungkaran

ISLAM adalah agama proaktif menaja dan mempromosi perpaduan. Sejarah


mencatatkan pembesar sahabat Nabi Muhammad SAW datang daripada pelbagai
lapisan masyarakat. Kita mengenali sahabat dekat Nabi daripada kalangan Quraisy
seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman bin Affan. Sahabat Bilal bin
Rabbah bukan daripada golongan Quraisy yang ternama dan dihormati. Bahkan beliau
hanya seorang hamba berkulit hitam, manakala Salman al-Farisi ialah pendatang dari
Parsi.

Sahabat Abdullah bin Salam pula ialah seorang Yahudi yang ikhlas mencari kebenaran,
akhirnya memperakui kenabian Nabi Muhammad. Abdullah bin Ummi Maktum pula
lelaki yang buta matanya, namun hatinya celik untuk menerima hidayah Islam.
Sejarah tamadun dunia mencatatkan agama Islam menyatukan manusia daripada
pelbagai golongan, rupa paras, warna kulit dan kasta. Hanya Islam yang mampu
menolak perbezaan berdasarkan kata Allah di dalam kitabnya yang bermaksud:
�Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah, ialah orang yang paling
bertakwa� (Surah al-Hujurat, ayat 13). Sahabat nabi tidak dikenal daripada asal
keturunannya, sebaliknya mereka menonjol kerana iman dan takwanya.
Banyak ibadah dalam Islam dilakukan secara bersama-sama yakni berjemaah.
Antaranya termasuk ibadah haji di Makkah, solat Jumaat setiap minggu dan solat lima
waktu berjemaah di masjid setiap hari.

Mekanisme ibadah secara berjemaah ini memberi kesempatan kepada umat Islam
untuk berkomunikasi, saling berkenalan, saling berbincang, dan tolong-menolong
antara mereka. Ibadah jemaah ini memberi manfaat dan faedah yang besar kepada
umat Islam. Antaranya seperti yang disebutkan oleh Dr Salih bin Ghanim Sadlan ialah
membantu yang lemah, memberi pelajaran kepada orang yang jahil, melembutkan hati
dan menampakkan kebesaran Islam.

Tegas beliau dalam buku yang diterjemahkan dengan tajuk Bimbingan Lengkap Solat
Berjemaah: �Mengerjakan solat jemaah akan melahirkan persatuan, kasih sayang,
persaudaraan antara sesama Muslim, akan menjadikan mereka satu barisan yang rapi
dan kukuh, akan lahir di tengah mereka sifat dermawan dan kesepakatan hati. Ini sekali
gus membimbing mereka untuk hidup teratur, disiplin dan selalu menjaga waktu�.

Kedudukan solat dalam Islam adalah wasilah yang paling ampuh dalam menghapuskan
perbezaan status sosial antara kaum Muslimin, menghilangkan sikap fanatik terhadap
warna kulit, suku bangsa dan tempat. Lelaki Islam diperintah untuk mengerjakan solat
secara berjemaah di masjid. Imam Bukhari merekodkan satu hadis menjelaskan Nabi
mengancam untuk membakar rumah orang yang enggan hadir solat jemaah di masjid.

Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan hadis ini dalam kitab syarahnya Fathul Bari:
�Hadis ini jelas menunjukkan solat lima waktu berjemaah hukumnya fardu Ain.
Sekiranya hanya sunnah tentunya Nabi tidak memberi ancaman yang keras kepada
orang yang tertinggal, iaitu membakar rumah mereka.�

Perpecahan adalah bencana dan kemungkaran. Oleh itu solat yang benar berupaya
untuk mencegah kemungkaran seperti yang dikatakan oleh Allah yang bermaksud:
�Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.� (Surah Al-Ankabut,
ayat 45)

Tidak dapat dinafikan, belum semua umat Islam yang menunaikan solat secara
berjemaah itu bersatu padu. Hati sebahagian mereka masih saling berselisih walaupun
berada di belakang imam yang satu dan saf sama.

Solat sebahagian daripada umat Islam masih belum menepati cara solat Nabi seperti
ditegaskan baginda. �Solatlah kamu seperti kamu lihat aku solat� (Hadis Bukhari dan
Muslim). Sebahagian umat Islam menyelisihi perintah Nabi. Mereka solat bukan dengan
melihat contoh Nabi, sebalik solat dengan melihat contoh orang lain atau melihat contoh
guru atau syeikh semata-mata.

Satu perkara yang paling kritikal ditegaskan oleh Nabi ketika menunaikan solat ialah
perihal saf. Sekali pandang persoalan saf solat nampak seperti remeh, namun nabi
menyebutkan bencana yang besar akan menimpa umat Islam yang mencuaikan saf
ketika solat.

Saf yang sempurna sebahagian daripada kesempurnaan solat. Saf yang bengkang-
bengkok serta renggang melambangkan hati dan muafakat ahli jemaah. Ini dijelaskan
oleh Nabi sendiri dalam banyak hadis. Sahabat Abdullah bin Mas�ud melaporkan
daripada Nabi yang bermaksud: �Luruskanlah saf, janganlah kalian membengkokkan
saf, nanti hati-hati kamu akan berselisih.� (Hadis Muslim)
Seorang lagi sahabat Nu�man bin Bashir melaporkan daripada Nabi yang bermaksud:
�Luruskan saf kamu, demi Allah hendaklah kamu meluruskan saf kamu, atau Allah
akan memalingkan wajah kamu.� (Hadis Bukhari & Muslim). Imam Nawawi pula
menjelaskan maksud hadis ini: �Terjadinya permusuhan di antara kamu, perseteruan
dan perselisihan, begitu juga dalam perkataanmu, �Ekspresi wajah si polan berubah
terhadapaku, saya melihat dari raut wajahnya dia benci terhadapku, hati dan sikapnya
berubah terhadapku�. Hal ini tidak lain berpunca dari tidak lurusnya saf solat mereka
sedangkan ia sebagai bentuk dan simbol perbezaan mereka secara zahir. Perbezaan
yang zahir ini menjadi sebab timbulnya perbezaan secara batin.� (Syarah Sahih
Muslim).
Ilmuwan Islam : Ibnu Miskawaih Menitikberatkan Permasalahan Moral Masyarakat

Oleh Abdurrahman Haqqi

FITRAH manusia mempunyai beberapa komponen cakupan termasuk fizik, akal dan
jiwa. Dalam mentafsir komponen jiwa, ilmuwan Islam pertama yang menjelaskan secara
terperinci ialah Ibnu Miskawaih yang mendapat jolokan Bapa Etika Islam kerana beliau
terkenal dengan pemikiran mengenai al-nafs dan al-akhlak.

Ibnu Miskawaih didasari daripada nama datuknya, Miskawaih yang asalnya beragama
Majusi, kemudian memeluk Islam. Nama penuh beliau ialah Ahmad Ibn Muhammad Ibn
Ya�qub Ibn Miskawaih, lahir pada 320 Hijrah atau 932 Masihi di Rayy, Teheran dan
meninggal dunia di Isfahan pada 9 Safar 412 Hijrah (16 Februari 1030 Masihi). Ibnu
Miskawaih hidup pada zaman pemerintahan dinasti Buwaihiyyah (320-450H/932-
1062M).
Merujuk tahun lahir dan wafat beliau, Ibnu Miskawaih hidup pada zaman pemerintahan
Khalifah Abbasiah yang berada di bawah pengaruh puak Buwaihi beraliran Syiah dan
berasal daripada keturunan Parsi Bani Buwaihi.
Ibnu Miskawaih adalah antara tokoh falsafah Islam yang memusatkan perhatiannya
pada etika Islam. Meskipun sebenarnya beliau seorang ahli sejarah, tabib, ilmuwan, ahli
pendidikan dan sasterawan. Pengetahuannya mengenai kebudayaan Rom, Parsi, India,
dan Greek sangat luas. Di samping itu, ada hal yang tidak menyenangkan hati Ibnu
Miskawaih iaitu kemerosotan moral yang melanda masyarakat. Oleh kerana itulah Ibnu
Miskawaih tertarik untuk menitikberatkan perhatiannya pada bidang etika Islam.

Keahlian Ibnu Miskawaih dibuktikan dengan karya tulisannya berupa buku dan artikel.
Jumlah buku dan artikel yang ditulis oleh Ibnu Miskawaih adalah 41 buah. Semua
karyanya tidak luput daripada kepentingan pendidikan akhlak (tahzib al-Akhlak), antara
karyanya ialah al-Fauz al-Akbar (Kemenangan Terbesar); al-Fauz al-Asghar
(Kemenangan Terkecil); Tajarib al-Umam (sebuah sejarah mengenai banjir besar yang
ditulis pada 369 Hijrah/ 979 Masihi); Usn al-Farid (kumpulan refleksi, syair, peribahasa
dan kata-kata mutiara); Tartib al-Sa�adah (mengenai akhlak dan politik); dan al-Syiar
(mengenai aturan hidup).

Menurut Ibnu Miskawaih, jiwa berasal daripada limpahan akal aktif. Jiwa bersifat rohani,
suatu elemen yang sederhana yang tidak dapat dirasai mana-mana lima deria. Jiwa
tidak bersifat material, ini dibuktikan Ibnu Miskawaih dengan adanya kemungkinan jiwa
dapat menerima gambaran mengenai banyak hal yang bertentangan satu dengan yang
lain. Misalnya, jiwa dapat menerima gambaran konsep putih dan hitam pada waktu
sama, sedangkan material hanya dapat menerima dalam satu waktu putih atau hitam
saja. Jiwa dapat menerima gambaran segala sesuatu sama secara material mahupun
spiritual.
Keupayaan pengenalan dan kemampuan jiwa lebih jauh jangkauannya berbanding
keupayaan pengenalan dan kemampuan material.
Bahkan dunia material semuanya tidak sanggup memberi kepuasan kepada jiwa. Lebih
dari itu, dalam jiwa ada daya pengenalan akal yang tidak didahului dengan pengenalan
material. Dengan daya pengenalan akal itu, jiwa mampu membezakan antara yang
benar dan tidak berkaitan hal yang diperoleh lima deria. Perbezaan itu dilakukan
dengan membandingkan objek deria.

Dengan demikian, jiwa bertindak sebagai pembimbing lima deria dan membetulkan
kekeliruan yang dialaminya. Kesatuan aqliyah jiwa tercermin secara amat jelas, iaitu
jiwa itu mengetahui dirinya sendiri dengan demikian jiwa adalah kesatuan yang di
dalamnya terkumpul unsur akal, subjek yang berfikir dan objek yang difikirkan. Ketiga-
tiganya adalah sesuatu yang satu.

Ibnu Miskawaih menonjolkan kelebihan jiwa manusia daripada jiwa binatang dengan
adanya kekuatan berfikir yang menjadi sumber pertimbangan tingkah laku, yang selalu
mengarah kepada kebaikan. Lebih jauh menurutnya, jiwa manusia mempunyai tiga
kekuatan yang bertingkat-tingkat. Al-nafs al-bahimiyah (nafsu kebinatangan) yang
buruk, al-nafs al-sabu�iah (nafsu binatang buas) pertengahan, dan al-nafs al-nathiqah
(jiwa yang cerdas) yang baik.

Manusia dikatakan menjadi manusia yang sebenarnya jika dia memiliki jiwa yang
cerdas. Dengan jiwa yang cerdas itu, manusia terangkat darjatnya, setingkat malaikat,
dan dengan jiwa yang cerdas itu pula manusia dibezakan daripada binatang. Manusia
yang paling mulia ialah yang paling besar kadar jiwa cerdasnya, dan dalam hidupnya
selalu cenderung mengikuti ajakan jiwa yang cerdas itu. Manusia yang dikuasai
hidupnya oleh dua jiwa lainnya (kebinatangan dan binatang buas), maka turunlah
darjatnya daripada kemanusiaan.

Anda mungkin juga menyukai