Anda di halaman 1dari 26

KURSUS

PPPH3123 KAJIAN AJARAN SESAT


SEMESTER 2 2022/2023

TAJUK
“MENGENAL DIRI, MENGENAL ALLAH” ANTARA KEBENARAN DAN KESESATAN

NAMA PENSYARAH
PROF. MADYA DR. FAUDZINAIM BIN BADARUDDIN

NAMA PELAJAR
FATHI AZIZUDDIN BIN FEKRI ABIDIN (A182251)
MUHAMMAD AFIQ SYAMIM BIN ISMAIL (A183716)
MUHAMMAD AMSYAR BIN ISHARI (A184443)
ABSTRAK

Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang mempunyai akal. Dengan akal
yang dimilikinya, memberi kemampuan kepada manusia untuk berfikir dan
mencapai serta mengembangkan pengetahuannya. Pada proses mendapatkan
pengetahuan, manusia harus melalui pendidikan, bahan ilmiah yang dirujuk oleh
pakar. Proses manusia untuk mengenal Tuhannya pasti melalui jalan yang sukar
sehingga munculnya penyelewengan-penyelewengan tertentu. Penyelewengan
akidah adalah masalah yang berleluasa di Malaysia. Pelbagai jenis ajaran yang
didapati muncul dalam kajian ini. Jika tindakan membantersnya tidak diberi
tumpuan yang bersungguh-sungguh, golongan yang membawa ajaran
menyeleweng ini akan merosakkan akidah masyarakat. Akhirnya, ajaran ini akan
membawa kepada perpecahan dalam masyarakat dan negara. Makalah ini akan
membincangkan konsep “Mengenal diri, mengenal Allah” antara kebenaran dan
kesesatan. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan metodologi untuk
mencegah fahaman ajaran sesat dalam mengenal Allah. Kajin ini menggunakan
kaedah kualitatif berdasarkan metod kajian sejarah, temu bual serta analisis
kandungan. Bagi pengumpulan maklumat, pengkaji merujuk kepada bahan ilmiah
seperti artikel, jurnal, dan penulisan lain yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji.
Hasil dapatan kajian yang diperoleh adalah setiap muslim wajib mengenal diri
sebelum mengenal Allah dengan cara mempelajari ilmu-ilmu asas Islam. Hal ini
untuk menguatkan lagi pegangan akidah dan mencapai makrifatullah yang dicari
dalam kehidupan.

Kata kunci: Mengenal diri, Mengenal Allah, Kebenaran, Kesesatan, Makrifatullah


1.0 PENGENALAN

Manusia diciptakan di dunia ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk beribadah kepada
Penciptanya. Manusia akan berusaha untuk mencari Penciptanya dalam usaha untuk beribadah.
Seperti yang diajarkan dalam agama Islam, mencari Allah adalah wajib bagi semua umat Islam
dengan mempelajari asas-asas ilmu dalam Islam. Mereka yang berpegang dengan Akidah,
Syariat, dan Tasawuf akan sentiasa berada dalam jalan yang benar agama Islam. Dalam usaha
untuk mencari Allah muncul sebilangan kecil yang terpesong dan tercicir dari landasan Islam
kerana ketaksuban dengan ilmu makrifat berbanding ilmu yang tiga ini. Hakikat kehidupan
manusia adalah untuk beribadah kepada Allah dan mengenal Allah. Konsep “mengenal diri,
mengenal Allah” yang diajarkan di majlis ilmu membantu manusia untuk terus berusaha dalam
ibadah masing-masing. Mengenal diri adalah kunci untuk mengenal Tuhan, sesuai dengan
ungkapan hafis: “Siapa yang mengenal dirinya, ia mengenal Tuhannya”. Pengetahuan yang
benar tentang diri ialah seperti Siapa aku dan dari mana aku datang? Ke mana aku akan pergi,
apa tujuan kedatangan dan persinggahanku di dunia ini, dan di manakah kebahagiaan sejati
dapat ditemukan? Langkah pertama untuk mengenal diri adalah menyedari bahawa dirimu
terdiri daripada bentuk luar yang disebut jasad, dan wujud dalam yang disebut hati atau roh.

Pada era globalisasi ini muncul pelbagai ajaran-ajaran sesat yang semakin tersebar luas
di seluruh dunia khususnya Malaysia. Walaupun pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini
telah dilakukan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Agama Islam setiap negeri, namun
gerakan-gerakan ini masih aktif disebalik tabir. Mereka memegang dan membawa nama Islam
tetapi menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam. Selain daripada itu, setiap
individu perlu mengambil cakna dalam menangani permasalahan ini agar dapat menjaga akidah
dan keharmonian negara. Oleh itu masyarakat hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga
dalam menuntut ilmu sekurang-kurangnya hendaklah mempelajari ilmu asas agama Islam. Jika
mempunyai asas agama, mereka akan bijak dalam membezakan antara ilmu yang benar dan
salah. Di samping itu, masyarakat perlulah menjustifikasi sesuatu ilmu dengan ulama sebelum
menuntutnya agar ilmu itu adalah ajaran agama Islam. Ajaran sesat hari ini tersebar di kalangan
umat Islam di Malaysia melalui saluran penyebaran media sosial di alam siber. Segelintir
masyarakat lebih mudah menzahirkan perselisihan faham berkaitan isu akidah tanpa
mengambil kira kesannya (Nur Aisya Asyikin 2022).
2.0 KEBENARAN

2.1 Kewajipan Mengenal Allah

Mengenali Allah SWT adalah kewajipan bagi semua umat Islam. Jika seseorang itu
tidak mengenali penciptanya, bagaimana ia boleh yakin dengan kepercayaan dan amalan yang
dilakukannya. Oleh itu, banyak ulama telah membahaskan mengenai kewajipan mengenal
Allah ini. Sheikh Dr. Nur Ali Salman al-Qudha yang mengatakan dalam kitabnya Al-Mukhtasar
Al-Mufid Fi Syarah Jauharah At-Tauhid bahawa “Dan pastikan bahawa perkara pertama yang
wajib, mengenal Allah dan ulama khilaf mengenainya”.

Beliau menerangkan akan perkara pertama yang wajib diketahui oleh mukalaf ialah
mengenal Allah iaitu mengenal sifat-sifat-Nya. Maka dia mengenal Allah itu ada. Dia yang
menjadikan alam ini dan segala isinya. Sekiranya tiada Allah nescaya tidak ada yang lain. Dia
Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Dia bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang layak dengan-
Nya dan Dia bersih daripada segala sifat kekurangan yang tidak layak dengan-Nya. Akidah-
akidah ini diketahui melalui al-Quran, hadis dan apa yang dipegang di kalangan orang Islam.
Tetapi, makrifah (pengetahuan) sebegini perlu dinilai dan dilihat semula. Adakah kewajiban
pertama itu makrifah atau kajian yang membawa kepada makrifah tersebut? Ulama khilaf
dalam masalah ini, dan ia sebenarnya berbentuk teori sahaja kerana kajian yang dibuat pun
ialah kerana makrifah dan bukan kerana kajian itu sendiri.

Selain itu, Shaykh Hamzah Fansuri menyebut di dalam muqaddimah kitabSharab al-
‘Ashiqin yang dikarang khusus untuk menerangkan mengenai ma’rifatulLah dalam bahasa
Melayu, bahawa ma’rifatulLah adalah suatu perkara yang memusykilkan lagi merumitkan.
Menurutnya, jika tiada guru yang sempurna dan murid yang bijaksana, maka hal ini tidak
dibicarakan. Ini kerana ma’rifatulLah adalah rahsia Nabi (s.a.w.) yang khusus baginya
sebagaimana yang disebut dalam satu katakata yang disebut sebagai hadith Nabi (s.a.w.).
Hadith berkenaan dinyata beliau dalam bab keempat kitab ini iaitu yang berbunyi: Maksudnya:
Ma’rifat itu adalah rahsiaku.
Hadith ini tiada ditemukan mana-mana kitab Hadith yang utama. Namun peranan
hadith-hadith di sini hanyalah sebagai fadail al-a’mal yang menggalakkan amalan supaya
menuntut ilmu dan mengenal Allah. Oleh itu, mengenal Allah tetap menjadi suatu tuntutan
tanpa wujudnya hadith-hadith ini. Shaykh Hamzah Fansuri menambah lagi satu hadith yang
bermaksud “Menuntut ilmu adalah fardu asas setiap Muslim lelaki dan perempuan”. Al-
Nawawi pula melihat hadith ini sebagai da’if walaupun maknanya adalah sahih.

Shaykh Hamzah Fansuri menyebutkan bahawa mengenal Allah adalah fardhu dan
menyembah-Nya pun fardhu sekadar kuasa (kemampuan) manusia. Shaykh Hamzah Fansuri
juga mengingatkan bahawa berma’rifat dan beribadat adalah tujuan utama manusia dan jangan
leka dengan mencari kebesaran dunia dan mengumpul harta. Ini kerana, yang paling mulia di
sisi Tuhan adalah yang mengenal-Nya dan yang beribadat kepada-Nya. Jika manusia tidak
mengenal-Nya dan tidak melakukan ibadat terhadap-Nya, maka telah wujud kekurangan yang
besar baginya sebagaimana yang disebut oleh Allah di dalam al-Quran (Surah al-A’raf 7:179):
Maksudnya: Mereka mempunyai hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-
ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-
tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
mendengar (ayat ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Dalam muqaddimah Asrar al-‘Arifin, Shaykh Hamzah Fansuri menngingatkan lagi


akan kewajipan mengenal Allah dengan mengatakan bahawa manusia yang telah dijadikan oleh
Allah, yang diberi nama, rupa, telinga, hati, nyawa dan budi perlu mencari Tuhan dengan
mengenal-Nya. Sehubungan dengan itu, untuk mencapai perkara tersebut amatlah memerlukan
guru untuk membimbimng kita. Namun jika tidak menjumpai guru hendaklah membaca
daripada mana-mana buku. Ini kerana guru pun mempunyai kelemahan dan dengan bacaan
yang dibuat boleh memperbaiki kesalahan yang dilalkukan sekaligus membawa kepada
pemahaman yang jelas bahawa Allah Maha Sempurna dan tiada kekurangan.

2.2 Asas Mengenal Allah

(Shaykh Hamzah Fansuri 2016) dalam bab keempat kitab Sharah al-Ashiqin menjelaskan dasar
dan hakikat ma’rifatulLah. Perkara pertama dalam menngenal Allah ialah mengakui bahawa
Allah adalah Esa. Bedasarkan kesepakatan para ulama menyebutkan Allah itu Esa tiada dua. Ia
Qadim dan bukan muhdath, juga Khaliq dan bukan makhluk, tiada berupa dan tiada berwarna,
Kekal (Baqa’) dan tidak fana’, tiada bercerai dan tiada bertemu, tiada terputus dan tiada
bersambung, tiada mithal, tiada sebangsa, tiada sekutu dan tiada sebagai-Nya. Juga tiada
bertempat dan tiada masa dan tiada akhir. Maha Suci Tuhan daripada perkara-perkara tersebut.

Ilmu Allah tidak bercerai dengan Zat-Nya. Shaykh Hamzah Fansuri juga menjelaskan
mengenai maksud kehampiran Allah pada makhluknya. Hampir kepada Allah adalah perkara
yang terlalu musykil dan rumit untuk difahami. Menurutnya, hampir ini pada empat perkara
iaitu zaman(masa), makan(tempat), sifat dan Allah Ta’ala. Hampir sudut zaman seperti
hampirnya umat Islam dengan zaman Nabi Muhammad SAW berbanding dengan zaman Nabi
Isa AS. Hampir sudut tempat pula seperti hampir hampirnya bulan dengan bumi berbanding
Musytari. Hampir sudut sifat seperti Saidina Abu Bakar hampir sifatnya dengan Rasul SAW.
Walaubagaimanapun, hampirnya Allah Taa’la kepada manusia adalah berlainan sama sekali
dari hampir yang lain itu. Allah (s.w.t.) berfirman (al-Quran, Surah al-Hadid 57:4):
Maksudnya: Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Selain itu, Allah (s.w.t.)
berfirman Surah Qaf (50:16): Maksudnya: Dan Kami lebih dekat dengannya dari urat
tengkoknya. Lagi Allah (s.w.t.) berfirman Surah al-Dhariyat (51:21): Maksudnya: Dan pada
diri kamu tidakkah kamu perhatikan.

Tidak terdapat penjelasan akan hakikat hampir tersebut di dalam al-Quran. Namun
dapat disimpulkan bahawa Allah hampir meliputi dan melengkapi dengan semua makhluknya.
Manusia hanya dapat merasai kehampiran tersebut dengan ma’rifat dan ibadat. Oleh itu, adalah
menjadi kefardhuan kepada manusia untuk menghampirkan diri kepada Allah bagi merasai
kehampiran Allah kepada kita. Namun begitu, timbula persoalan mengatakan adakah Allah
menghampiri semua perkara termasuk perkara tidak baik seperti najis? Shaykh Hamzah
Fansuri menjelaskan bahawa pengliputan atau pelengkapan Allah adalah kepada semua perkara
dan tidak tertinggal sesuatu pun. Ini dianalogikan sebagaimana matahari yang meliputi najis
namun najis tidak membusukannya. apatah lagi Allah SWT yang Maha Suci yang tidak
menerima manfaat dan mudarat daripada selain-Nya bahkan Dia lah yang memberi manfaat
dan mudarat.
Shaykh Hamzah Fansuri menyimpulkan bahawa Allah melengkapi dan meliputi semua
perkara. Namun, hakikat Zat Allah yang sebenar-benarnya tidak ada sesiapa yang dapat sampai
kepada-Nya dan memahami-Nya. Apa yang mampu difahami oleh manusia hanyalah sekadar
ibarat-ibaratnya sahaja yang berbeza-beza mengikut kemampuan manusia yang pelbagai.

Dalam kitab kitab Tanwirul Qulub, Syekh Amin Al-Kurdi mengatakan: “Maka
hendaknya bagi orang berakal agar mengerahkan seluruh kemampuannya dalam menuntut ilmu
makrifat dan tidak menunda-nunda dalam hal tersebut. Jangan sampai terjadi, bila maut datang
menjelang, kebutaan karena kebodohan datang menimpa, hingga tak ada lagi jalan untuk
melihat bashirah. Allah SWT berfirman, 'Siapa yang buta di dunia sekarang ini, maka di akhirat
kelak pun akan lebih buta dan tersesat jalan.”

Syekh Amin Al-Kurdi juga mengatakan: “Ketahuilah bahwa pengenalan diri adalah
urusan yang sangat penting untuk setiap diri. Kerana, siapa yang mengenal dirinya, maka dia
mengenal Rabb-nya. Kenali diri yang hina dan lemah. Dengan itu engkau akan mengenal
Tuhan yang Maha Mulia, Kuasa dan Kekal Abadi. Siapa yang bodoh terhadap dirinya, bererti
bodoh pula terhadap Tuhannya.

Abu Zakaria al-ansari berkata bahawa makrifatullah ialah pengetahuan yang membawa
seseorang ke tahap keyakinan yang mutlak kepada Allah dan mengesakan Allah. Orang sufi
tidk menamakan setiap mereka yang memiliki ilmu pengatahuan dengan Arifin melainkan
mereka yang memiliki ilmu pengetahuan yang ada hubungkaitnya dengan Allah s.w.t serta
memikirkan segala yang diciptakan Allah sebagai bukti tentang adanya Allah yang memiliki
sifat-sifat keagongan dan kesempurnaan.

Menurut Imam al-Ghazali bahawa makrifatullah yang khusus ialah keinginan untuk
mengenal zat, sifat-sifat Allah serta menolak segala sifat kekurangan dan menetapkan sifat
kesempurnaan bagi Allah. Makrifatullah sedemikian adalah wajib dimiliki oleh setiap insan
untuk memenuhi tuntutan al-Quran dan Sunnah serta ijma’ para sahabat alaihimussolatu
wassalam. Imam al-Ghazali membahagikan makrifat kepada dua bahagian iaitu makrifat zat
dan makrifat sifat:

i) Makrifat zat ialah pengetahuan seseorang terhadap Allah s.w.t bahawa Allah itu ada
atau wujud dengan berbagai sifat kesempurnaan seperti sifat Maha Esa Maha
Agong, yang ada dengan sendirinya, tiada beranak dan tidak pula diperanakkan
serta tidak ada yang serupa dengannya.
ii) Makrifat sifat pula ialah pengetahuan bahawa Allah s.w.t Maha Hidup, Maha
Mengetahui, Maha Kuasa, Maha Mendengar, Maha Melihat dan lain-lain tentang
sifat-sifat kesempurnaan yang dimiliki oleh Allah s.w.t.

Imam al-Ghazali menambah bahawa orang yang betul-betul mengenal Allah, hatinya
selalu mengingati Allah. Dia berasa takut yang mendalam kepada Allah. Barangsiapa yang
bertambah makrifatnya kepada Allah maka akan bertambahlah takutnya kepada Allah.

2.3 Mengenal Diri Mengenal Allah

“Siapa yang mengenali dirinya maka dia mengenali Allah”? Hadith ini sering dibicarakan
ketika seseorang muslim itu dalam usaha untuk mengenal Allah SWT. Menurut (Umar Mukhtar
2016) terdapat beberapa pendapat ulama’ bekaitan hadith ini:

• Imam al-Saghani menyatakan ia bukan daripada Rasulullah SAW. [Lihat: al-


Maudhu’at, 35]
• Imam al-Suyuthi mengatakan hadith ini bathil dan tidak sahih. [Lihat: al-Tadrib al-
Rawi, 2/167]
• Imam al-Zurqani mengatakan ia bukan hadith. [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 1052]
• Syeikh Mulla Ali al-Qari menilai hadith ini sebagai tiada asal baginya. [Lihat: al-Asrar
al-Marfu’ah, 337]

Setelah melihat dan menekuni pendapat para ulama’ dalam menilai hadith ini, maka
kami berpendapat bahawa hadith ini adalah palsu dan tiada asal baginya. Dengan itu, kita sama
sekali tidak boleh menyebarkannya kepada orang lain melainkan bagi menyatakan akan
kepalsuannya. Namun Allah SWT menuntut hambanya sentiasa melihat dan berfikir tentang
apayang ada di diri mereka. Berdasarkan firman Allah SWT:

‫ويِف أَن ُف يس ُكم ۚ أَفَ ََل تُب ي‬


‫ص ُرو َن‬ ْ ْ َ

(QS: Surah al-Zariyat: 21)

Maksudnya: “Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Imam al-Thabari menerangkan ayat di atas, makna “pada diri kamu” adalah wahai
sekalian manusia pada diri kamu itu terdapat tanda dan pengajaran yang menunjukkan akan
keesaan (kebesaran) Penciptamu. Tiada Tuhan lain bagimu dan tiada yang dapat menandingi
ciptaan-Nya. Makna “tidakkah engkau melihatnya” bermaksud tidakkah engkau melihat
padanya (penciptaanmu) lalu engkau berfikir akannya maka engkau mengetahui akan hakikat
keesaan (kebesaran) Penciptamu iaitu Allah SWT. [Tafsir al-Thabari, 21/519]

Beberapa ulama lain juga berpendapat yang sama iaitu ungkapan “Kenali diri sebelum
kenali Allah” bukanlah daripada hadith Nabi. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan ia
berkemungkinan dari kitab-kitab terdahulu (Ahli Kitab). Al-Sam’ani, Al-Zarqani dalam
Mukhtasar Al-Maqasid, Mulla Ali Al-Qari dalam Al-Asrar Al-Marfu’ah juga menyebutkan ia
bukan hadis Nabi. Dikatakan ia adalah perkataan Yahya bin Muaz seorang ahli tasawwuf Sunni
yang hidupa sekitar abad ke 3 hijrah. Imam Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Kitabnya
Madaarij Al-Saalikin 1/426-427 dengan tiga maksud:

i. Barangsiapa yang sedar dan kenali kelemahan dirinya maka dia akan tahu kekuatan
Allah.
ii. Barangsiapa menyedari nikmat yang Allah kurniakan kepadanya maka dia akan
sedar bahawa Allah lebih utama memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan
berbanding apa yang ada pada makhluk.
iii. Barangsiapa yang tidak mengenal hakikat dirinya bagaimana mungkin dia mampu
untuk mencapai hakikat zat, sifat dan nama-nama Allah yang tak mampu dicapai
akal.
2.4 Tanda-tanda Kewujudan Allah

Mengenali Allah ialah beriman dengan adanya Allah Azza Wajalla. Dalil paling terang terhadap
kewujudan Allah ialah pemerhatian manusia terhadap dirinya sendiri dan alam sekelilingnya.

2.4.1 Memerhati Diri Sendiri

Apabila mmanusia melihat ke dalam dirinya, dia mendapati tubuhnya dilengkapi oleh anggota
yang sehingga kini para doktor tidak mampu untuk menguasai ilmu berkenaan secara
keseluruhan dan memahami setiap anggota badan. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh
dilakukan seseorang itu memahami dirinya degan lebih baik sekaligus melihat kebesaran Allah.

a. Muhasabah Diri
Menjadi kewajipan untuk selalu memuhasabahkan diri agar kita tahu apa saja yang
telah kita lakukan sepanjang hidup di dunia ini. Sabda Rasulullah SAW:

‫ب نَ ْف َسهُ يِف الدُّنْيَا‬ ‫ي ي‬ ‫وإيمَّنَا َيَي ُّ ي‬


َ ‫اس‬
َ ‫اب يَ ْوَم القيَ َامة َعلَى َم ْن َح‬
ُ ‫ف احل َس‬ َ
Maksudnya: “Sesungguhnya hisab pada hari kiamat akan menjadi ringan hanya bagi
orang yang selalu menghisab dirinya saat hidup di dunia” [HR. Tirmidzi].

b. Kenali Diri Zahir


Di dalam al-Quran telah menyatakan penciptaan manusia melalui 6 peringkat:
1) Nutfah
Peringkat persenyawaan antara benih suami dan isteri. Firman Allah dalam
Surah al-Insan: 2
Maksudnya: " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada
setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan
perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat"

2) Alaqah
Peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim di mana
nutfah menjadi alaqah (segumpal darah berdasarkan ahli tafsir). Firman Allah
dalam Surah al-Mukminun: 14
Maksudnya: " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
3) Mudghah
Dikatakan berlaku pada minggu keempat di mana pembentukan otak dan sistem
pernafasan bayi terbentuk. Jantung mula berdegup dan darah mula mengalir.
Firman Allah dalam Surah al-Mukminun: 14
Maksudnya: "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

4) Izam dan Lahm


Peringkat pada minggu kelima hingga minggu ketujuh berlaku pembentukan
tulang dan otot. Perut, usus, organ pembiakan, hati, buah pinggang, kaki dan
tangan serta mulut dan telinga makin sempurna. Firman Allah dalam Surah al-
Mukminun: 14
Maksudnya: "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan
kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

5) Nasy'ah Khalqan Akhar


Peringkat pada minggu kelapan, perubahan bukan pada embrio tetapi pada
janin. Selepas itu perubahan pada saiz bayi sahaja yang berlaku.

6) Nafkhur-Ruh
Peringkat peniupan ruh, ulama bersepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku
selepas empat puluh hari. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah
proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai
hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang
disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf: 172

c. Kenali Diri Batin


Diri batin merupakan ruh yang ada dalam tubuh. Dalam ilmu tasawuf, telah diajarkan
bahwa sebelum mengenal Allah SWT kita harus mengenali diri kita sendiri terlebih
dahulu. Salah satu caranya adalah menlihat ke dalam kalbu. Sebagaimana firman Allah
SWT dalam surat Az-Zariat ayat 21;

‫ويِف اَنْ ُف يس ُكم اَفََلَ تُب ي‬


‫ص ُرْو َن‬ ْ ْ َ
Maksudnya: "Dan di dalam diri kamu apakah kamu tidak memperhatikannya."

d. Tujuan Penciptaan
Manusia dicptakan untuk beriman kepada Allah SWT. Manusia diciptakan sebagai
khalifah di muka bumi yang memiliki tujuan hidup untuk beribadah hanya kepada Allah
SWT. Firman Allah dalam surat Al-Baqarah:
‫ك ال ِيد َمآءَ َوََْن ُن نُ َسبيِ ُح يِبَ ْم يد َك‬ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ض خليي َفةً قَالُوا أ َ ي‬
ُ ‫ََت َع ُل ف َيها َمن يُ ْف يس ُد ف َيها َويَ ْسف‬
ْ ‫ي‬ ‫وإي ْذ قَ َال ربُّ َ ي ي ي‬
َ ‫ك للْ َمَلَئ َكة إييِّن َجاع ُل ُُ يِف األ َْر ي‬ َ َ
‫َْسآء ُكلمها ُثُم عرضهم علَى الْمَلَئي َك ية فَ َق َال أَنبيئ يوّن يِب َْْس ي‬ ‫ي‬ ‫ي‬
‫آء‬َ ُ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َْ ‫} َو َعلم َم ءَ َاد َم األ‬30{ ‫ك قَ َال إيِّن أ َْعلَ ُم َما الَ تَ ْعلَ ُمو َن‬
َ َ‫س ل‬
ُ ‫َونُ َق ِد‬
‫مك أَنت الْعلييم ْ ي‬ ‫م ي‬ ‫ي‬ ‫هؤ ي‬
‫} قَالُوا سبحانَ َ ي‬31{ ‫آلء إين ُكنتُم ص يادقيني‬
‫ال ََيءَ َاد ُم‬
َ َ‫} ق‬32{ ‫يم‬
ُ ‫احلَك‬ ُ َ َ َ ‫ك الَ علْ َم لَنَآ إالم َما َعل ْمتَ نَا إن‬ َ ُْ َ َ َُ
‫ال أَََل أَقُل لم ُكم إييّن أ َْعلَم َغيب ال مسماو ي‬ ‫َْسآئي يهم فَلَ ممآ أَنبأَهم يِب ْ ي‬
‫ات َواأل َْر ي‬
‫ض َوأ َْعلَ ُم َما تُْب ُدو َن َوَما ُكنتُ ْم تَكْتُ ُمو َن‬ ََ َْ ُ ِ ْ ْ َ َ‫َْسَآئ يه ْم ق‬ ُْ َ
‫ي ي‬
ْ َْ ‫أَنبْئ ُهم ِب‬
33

Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya


Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Apakah Engkau
hendak menjadikan di bumi itu siapa yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan
mensucikan Engkau?" Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku me-ngetahui apa yang
tidak Engkau ketahui." Dia mengajar kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian
memaparkannya kepada para malaikat, lalu berfirman: "Sebutkanlah kepadaKu nama-
nama benda itu, jika kamu ‘orang-orang’ yang benar." Mereka berkata: "Maha suci
Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah
berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini!" Maka
setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman:
"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui
rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan kamu
sembunyikan?"

Kesimpulannya dengan mengingati tujuan kita dihidupkan maka manusia tidak akan
mudah lupa dan menambah pemahaman mereka tentang Allah SWT.
1) MEMERHATI LANGIT DAN ISINYA
Jika manusia pandang ke langit, mereka akan dapati isinya dipenuhi bintang-bintang dan
planet-planet. Mereka juga dapat mengetahui objek-objek yang begitu besar dan banyak serta
menjauhi satu sama lain dengan jarak yang amat besar. Setiap jisim itu saling berkait dan
tersusun rapi tanpa ada berlaku pelanggaran. Setiap jisim itu melengkapi antara satu sama lain.
Contohnya matahari, ia terbit dan tenggelam sepanjung tahun pada masa yang tetap serta tidak
pernah lambat atau cepat. Oleh itu, jika difikirkan bagaimana objek sebesar matahari itu wujud
bahkan memberi manfaat kepada yang lain. Tidak mungkin ia menjadikan dirinya sendiri
Semestinya penciptanya jauh lebih hebat daripada apa yang diciptakan. Pencipta dan
pengaturnya ialah Allah Azza Wajalla.

Tiada seorang di dunia ini mempercayai bahawa bahawa jam menjadikan dirinya
sendiri serta mempunyai perjalanan yang teratur. Akal manusia tidak percaya alam yang begitu
luas lagi teratur ini terjadi dan menyusun aktivitinya sendiri, sebaliknya ia memperlihatkan
suatu kekuatan yang menjadikannya dan menyusunnya. Itulah kekuatan Allah Azza Wajalla.

2) MEMERHATI BUMI DAN SEGALA MAKHLUK

Adakah bumi yang manusia duduki ini terjadi dengan sendiri? Bumi ini terdapat benda yang
hidup dan benda yang mati. Terdapat banyak tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan-haiwan
dengan bermacam jenis serta kompleksnya setiap satu itu. Siapakah yang mencipta benda mati
seperti batu, pasir, air dan sebagainya? Bagaimana haiwan dan tumbuhan hidup serta membiak
dan pemakananya?

Walaupun manusia sudah mempunyai teknologi yang tinggi sekarang, namun masih
tidak mampu untuk menciptakan satu sel hidup pun. Jadi bagaimana hidupan-hidupan ini yang
terdiri daripada sel-sel yang kompleks dan jumlahnya yang banyak boleh berfungsi dengan
amat baik? Tidak dapat tidak untuk dinafikan bahawa yang menciptanya adalah Allah SWT.
Allah berfirmaan:

٥٠ ‫ال َربُّنَا ٱلم يذ ٓى أ َْعطَ ٰى ُك مل َش ْى ٍء َخ ْل َقهُۥ ُثُم َه َد ٰى‬


َ َ‫ق‬
(QS: Thaha 20:50)

Maksudnya: Tuhan yang memberikan akan tiap-tiap suatu benda yang dijadikannya, kemudian
Dia menunjukkanya.

Tambahan lagi, manusia sering menyangka benda-benda mati pada bumi ini mudah
sahaja. Walhal ia terdiri dari struktur seni yang begitu kompleks dan indah susunannya.
Benarlah kata seorang wali yang mengenal Allah “Dan pada tiap sesuatu padanya tanda yang
menunjukkan Dia itu satu”.

3) MEMERHATI SIFAT ALAM

(Ali Salman 2014) mengatakan ada ahli falsafah yang mengatakan alam ini Qadim. Perkara ini
salah kerana alam ini terdiri daripada juzuk-juzuk tertentu dan pelbagai bentuk berbeza-beza
serta belaianan sifat. Ada yang sejuk, panas diam, bergerak, bulat, bujur, pejal, cair dan sering
bertukar ganti. Ahli falsafah sendiri mengatakan setiap benda yang didatangi sifat berbeza dan
memerlukan pencipta menentukan ia bersifat demikian. Penemuan baru oleh sains moden
menjelaskan bahawa bahan radiasi mempunyai pancaran sendiri dan mempunyai tempoh
tertentu serta bertukar kepada bahan lain apabila pancarannya berakhir. Ini membuktikan alam
ini baharu dan memerlukan zat bersifat Qadim iaitu Allah. Menstabitkan kewujudan Allah
berbeza daripada menstsabitkan kewujudan benda lain yang boleh didapati melalui salah satu
pancaindera yang lima. Firman Allah dalam Surah al-An’am 6:103:

َ ْ‫مال تُ ْد يرُكهُ ْٱألَب‬


‫صُٰر‬
Maksudnya: Allah tidak didapati melalui penglihatan mata.

Kehidupan seharian manusia memerlukan pancaindera untuk mengkaji sesuatu benda.


Sementara benda-benda yang tidak dapat dicapai melalui pancaindera akan dikaji melalui
kesan-kesannya. Justeru menjadi kesalahan untuk melihat kewujudan Allah dengan
pancaindera seperti mengesan benda-benda biasa. Kesan kewujudan Allah banyak terdapat di
alam ini. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas di dalam lima perkara yang ditulis Syeikh Nur
Ali Salman dalam Kitab Jauharah At-Tauhid:
1. Alam itu wujud dan setiap yang wujud memerlukan orang yang mewujudkannya. Dan
kita ketahui alam ini baharu dan berhajat kepada orang yang membaharukannya. Tentu
Dia ialah Allah.
2. Alam ini teratur dan setiap yang teratur memerlukan kepada pengatur dan pentadbirnya.
Dan alam hanyalah benda-benda tidak bernyawa, tidak mungkin menyusun diri sendiri.
Maka yang menyusunnya ialah Allah.
3. Dalam alam terdapat jisim-jisim bergerak seperti matahari, biulan dan tahi bintang. Dan
dan gerakan tentunya memerlukan orang yang menggerakkannya. Alam boleh jadi
bergerak atau diam. Maka yang menggerakkanya ialah Allah.
4. Dalam alam ada benda tidak bernyawa dan bernyawa. Dan alam tidak berupaya
mengeluarkan benda yang hidup daripada benda yang mati secara sendiri. Maka sudah
tentu memerlukan orang yang menghidupkan dan Dia ialah Allah.
5. Benda hidup mempunyai banyak jenis. Ahli sains membingkar bahawa setiap benda
hidup mempunyai sitem pembiakan dan perkembangan tersendiri yang menghalang
satu benda berubah menjadi benda lain. Maka siapakah yang menjadikan benda-benda
hidup yang pelbagai ini? Tidak lain dan tidak bukan, Dia ialah Allah.

3.0 KESESATAN

Menurut perspektif kesesatan, ada kemungkinan bahawa “mengenal diri, mengenal Allah” ini
boleh diertikan sebagai suatu usaha yang salah atau menyesatkan dalam memahami hubungan
antara manusia dan Tuhan. Boleh jadi seseorang menganggap bahawa dengan mengenali diri
mereka, mereka secara automatik dapat mengenali Tuhan, dan ini boleh dianggap sebagai
kesesatan jika konsep tentang Tuhan tidak sesuai dengan ajaran agama tertentu. Dalam konteks
keagamaan, tafsiran "mengenal diri, mengenal Allah" sangat dipengaruhi oleh keyakinan,
tradisi, dan ajaran agama yang dianut. Banyak agama mengajarkan pentingnya pengembangan
diri sebagai cara untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan atau mencari pemahaman yang
lebih mendalam tentang kerohanian. Penting untuk mencatat bahawa topik seperti ini sangat
subjektif dan boleh menjadi sumber perbezaan pandangan di antara orang-orang dengan
keyakinan yang berbeza.

Setiap perkara pasti ada lawannya seperti mana baik lawannya buruk, wangi lawannya
busuk. Begitu juga dengan kebenaran yang menjadi lawannya adalah kesesatan. Kesesatan atau
kata asalnya, sesat bermaksud tidak mengikut jalan yang benar, tersalah atau tersilap langkah,
terkeliru atau menyimpang daripada jalan yang benar (Kamus Dewan 2007). Secara umumnya,
kesesatan adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam dan mempunyai kaitan yang
dinisbahkan kepada agama Islam itu sendiri atau merujuk kepada pencemaran akidah. Dalam
kata lain, ia merujuk kepada ajaran dan amalan yang menakfikan akidah Islam yang menjurus
kepada murtad. Manakala ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh
orang bukan Islam bahkan orang Islam sendiri yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan
tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya,
ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang sebenar berdasarkan Al
Quran dan As Sunnah serta bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Ahli Sunnah
Wal Jamaah.

3.1 Kesan Kesesatan Dalam Makrifatullah

Kesesatan dalam ajaran Islam semestinya memberikan kesan negatif dan buruk
kepada individu, masyarakat dan negara. Pertama, kesan kepada individu apabila akidah
seseorang itu akan rosak kerana mempercayai atau beramal dengan ajaran sesat. Masa banyak
terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja
dan melakukan amalan-amalan syirik serta khurafat, sehingga menyebabkan minda seseorang
akan tertutup kerana pemikiran mereka dikongkong oleh pemimpin yang mendakwa mendapat
wahyu. Dalam waktu yang sama kehidupan mereka yang mengamalkan ajaran sesat adalah
tidak stabil kerana penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian
tanggungjawab sebagai pelajar,suami, isteri, ibu atau lain-lain.

Kesan seterusnya kepada masyarakat. Keruntuhan institusi kekeluargaan yang berpunca


daripada keretakan yang berlaku di kalangan ahli keluarga yang menganut ajaran sesat
disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka sehingga menggugat perpaduan.
Di samping itu, penyelewengan ajaran tersebut juga akan menimbulkan sikap fanatik penganut
ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka atau membawa maksud mereka tidak
akan menghormati masyarakat sekeliling. Kesan ini akan menjejaskan perpaduan dan
keharmonian hidup dalam masyarakat kerana berlaku keganasan dan kepatuhan yang
membuta-tuli kepada pemimpin ajaran sesat sehingga menggalakkan permusuhan atau konflik.

Akhirnya memberi kesan kepada negara. Negara akan mundur akibat daripada penglibatan
dalam ajaran sesat. Iniadalah kerana kesesatan akan menjadikan diri seseorang tidak proaktif
dan membuang masa. Sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan menjejaskan prestasi
ekonomi negara yang bergantung produktiviti individu dan juga kestabilan negara mengancam
perpaduan dan keharmonian masyarakat sekaligus menggugat kestabilan politik dan ekonomi
negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk
mengekalkan kestabilan negara.

3.2 Contoh Ajaran Sesat Dalam Makrifatullah

3.2.1 Ajaran Ilmu Makrifat Oleh Mohd Yusof Che’ Wok yang disebarkan oleh Shaari
Bin Mohd Yusof

Berdasarkan fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, ahli mesyuarat Jawatankuasa


Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Rabiul Awal 1436 bersamaan 6 Januari 2015 telah
mendapati bahawa ajaran ilmu makrifat (mengenal Allah/diri) yang disebarkan oleh haji Shaari
bin Mohd Yusof melalui buku “Mengenal Diri Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan”,
“Mengenal Allah Ilmu Peninggalan Tok Kenali Kelantan”, ceramah-ceramah yang
disampaikan, DVD siri ceramah dan laman sesawang yang digunakan untuk menyebarkan
ajarannya mengandungi perkara-perkara yang mengelirukan dan menyeleweng seperti berikut:

Bertentangan dengan fakta sejarah. Dakwaan ilmu yang diperolehi adalah peninggalan ilmu
Syeikh Daud al-Fatoni yang diwarisi oleh dua orang ulama’ terkenal iaitu Tok Kenali dan Tok
Silihong adalah satu pembohongan kerana kedua ulama tersebut tidak sempat berguru dengan
Syeikh Daud al-Fatoni yang meninggal pada tahun 1846, iaitu lebih 22 tahun sebelum kelahiran
kedua-dua ulama tersebut.

• Membawa fahaman Mujassamah, Jabariah dan Mu’tazilah. Jumhur Ulama’ telah


bersepakat bahawa fahaman ini adalah bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal
Jamaah.

• Membawa fahaman liberal dan pluralisme agama. Fahaman ini adalah menyeleweng
daripada ajaran Islam.
• Membawa fahaman Wahdatul Wujud. Fahaman ini adalah menyeleweng daripada
pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
• Mentafsir nas-nas agama. Mentafsir al-Quran dan al-Hadis mengikut logik akal dan
tidak merujuk kepada kitab-kitab muktabar.
3.2.2 Ilmu Hakikat Haji Ahmad Laksamana

Penyelewengan akidah atau ajaran sesat berlaku dengan lebih hebat dengan kemunculan satu
ajaran yang dikenali sebagai ajaran ilmu Hakikat yang muncul sekitar 1980an. Ajaran ini dibuat
oleh Haji Ahmad Laksamana bin Haji Omar yang terkenal melalui tulisannya dalam buku
Hakikat Insan. Sebahagian besar isi kandungan buku tersebut mempunyai persamaan dengan
buku Hidayatul Anwar oleh Syed Jamalullail, pengasas ajaran Taslim.

Pengaruh ajaran ini tersebar luas dan mendapat sambutan daripada kalangan kecil
masyarakat di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Perak,
Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan lain-lain negeri di Malaysia Barat. Ahmad
Laksamana menyatakan bahawa manusia keseluruhannya adalah seperti perkataan
Muhammad, Huruf mim adalah kepala manusia, ha adalah bahu manusia, mim adalah
punggung manusia dan dal adalah kaki manusia. Oleh sebab Allah dan Muhammad pada
hakikatnya adalah satu daripada manusia (zahir) dan (batin) maka tiada lagi penyembah dan
yang disembah. Sembahyang adalah tidak lain daripada penyaksian diri kita sendiri sebagai
pembawa dan penanggung rahsia Allah. Ajaran bahawa “zahir manusia itu Muhammad dan
batin manusia itu Allah” berasal daripada ajaran wahdatul wujud.

Terjemahan yang tepat bagi dua kalimah syahadah menurut ajaran ini ialah, “kita
bersaksi dengan diri kita sendiri tiada yang nyata pada diri kita hanya Allah semata.” Ini bererti
kita menafikan tubuh kita dan kita meletakkan kewujudan Allah semata-mata. Seterusnya, “dan
bersaksilah aku bahawa diriku yang zahir ini adalah menanggung diri rahsia Allah semata-
mata.” Jadi, terjemahan “tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh
Allah adalah tidak tepat pada pandangan Ahmad Laksamana.

Menurut Ahmad Laksamana: “Orang hakikat haruslah mendapat pendidikan secara


terperinci daripada guru ghaib. Mereka terdiri daripada kalangan wali Allah yang teragung dan
para rasul. Malahan bagi orang yang menuju ke jalan makrifat ini akan diajar sendiri oleh
Tuhannya melalui guru batin, iaitu diri rahsia Allah (diri rahsianya Allah).” Katanya lagi:
“Adalah perlu ditegaskan di sini bahawa matlamat akhir pengajian hakikat adalah untuk
menjadi hamba pada zahir dan batin. Maksudnya, pada diri zahir dan batin pada martabat
kemuliaan insan kamil mukamil. Tiada sesuatu pada dirinya, kecuali Allah semata-mata.”
Kalau sudah Allah sendiri yang mengajarkannya dan kalau sudah menjadi Allah, maka tidak
hairanlah kalau Ahmad Laksamana mengatakan: “Mereka yang mencapai ke peringkat
makrifat ini, maka dia dapat duduk bersama-sama Tuhannya dan diberi peluang menjelajah
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, Arasy dan Kursi, syurga dan neraka semasa hidupnya
lagi di dunia ini”. Tegasnya lagi: “Matlamat akhir pengajian makrifat adalah untuk kembali
semula menjadi Tuhan.” Dakwaan Ahmad Laksamana ini menunjukkan keangkuhannya yang
merasa diri lebih hebat daripada Rasulullah.

Menurut Ahmad Laksamana lagi, hakikat sembahyang terkandung dalam setiap huruf
pada kalimah ‫الحمد‬. Huruf ‫ ا‬ertinya niat, ‫ ل‬ertinya berdiri, ‫ ح‬ertinya rukuk, ‫ م‬ertinya sujud dan ‫د‬
ertinya duduk antara dua sujud. Apabila sudah mengetahui rahsia ‫الحمد‬, solat lima waktu
tersebut tidak diperlukan lagi dalam ajaran agama huruf. Solat yang dilakukan di mana-mana
yang dikerjakan oleh kaum muslimin itu ialah sembahyang syariat semata-mata. Ajaran Ahmad
Laksamana ini semata-mata untuk menyesatkan orang ramai.

Cara sembahyang yang tepat sebagaimana yang diperolehi Ahmad Laksamana melalui mimpi
adalah seperti berikut:

• Tiada bacaan surah pendek selepas bacaan al-Fatihah


• Tidak perlu membaca al-Fatihah dengan kuat dalam apa-apa sembahyang
• Tidak ada I’tidal selepas rukuk

Selain penyelewengan yang dilakukan dalam bentuk perbuatan atau pengucapan (fi’li dan
qaeli), Ahmad Laksamana turut membandingkan kelazatan sembahyang adalah sama dengan
persetubuhan. Ini suatu perbandingan yang amat keji dan penghinaan yang besar terhadap
Islam. Ini kerana nikmat pengabdian diri kepada Allah adalah perkara ruhiyyah dan bukan
perkara syahwat badan atau nikmat jasad.
3.2.3 Ajaran Hadi Minallah

Ajaran ini diasaskan oleh Hadi Minnallah Aminullah Ahmad atau dikenali sebagai
Wayang Hadi Kesumo yang berasal dari Indonesia. Hadi mengaku bahawa dia tiada agama
dan menyebarkan fahaman makrifat sesat berkenaan dengan membawa fahaman Nur
Muhammad, iaitu menyatukan manusia dengan Rasulullah SAW dalam satu kewujudan atau
entiti serta menolak hadis. Selain itu, ajaran ini menyebarkan fahaman pluralisme agama yang
mengatakan Tuhan tidak melihat kepada agama yang bermaksud, Tuhan itu tidak menilai
seseorang berdasarkan agama yang dianuti melainkan amal kebaikannya. Golongan ajaran ini
giat menyebarkan dakyah mereka melalui media seperti YouTube dengan siaran mereka,
Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Ajaran ini telah difatwakan haram dan sesat oleh Jabatan Mufti Johor pada 30 November
2022 kerana jelas bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor
membuat keputusan bahawa ajaran yang dibawa oleh Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah)
adalah bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah serta ijmak ulama dalam bab akidah,
syariah, tasawwuf (akhlak). Antara isu-isu penyelewengan adalah seperti berikut:

• Dalam aspek akidah, ajaran yang dibawa oleh Hadi Minallah ini mengajak kepada
konsep pluralisme agama yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
serta cenderung untuk melakukan pengubahan (tahrif) terhadap al-Quran selain
menolak sumber hadis sahih.
• Dalam aspek syariat, ajaran yang dibawa oleh Hadi Minallah menganggap pengikut
kumpulan tersebut perlulah menyucikan diri mereka dengan mengikuti ajaran risalah
bab kesucian sebelum boleh melaksanakan ibadah-ibadah fardu serta menghuraikan
ibadah-ibadah tersebut dengan cara yang bertentangan dengan syariat islam. Ajaran
Hadi Minallah turut mempermainkan hukum Allah dengan mengharamkan perkara-
perkara yang telah dihalalkan oleh Allah SWT termasuk dari sudut pernikahan.
• Dalam aspek tasawwuf, ajaran risalah bab kesucian yang dibawa oleh Hadi Minallah
mengandungi unsur-unsur yang memisahkan hubungan antara syariat, hakikat dan
makrifat serta tidak memahami ilmu tasawwuf yang sebenar menurut Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan bahawa ajaran yang dibawa oleh
Wayang Hadi Kesumo (Hadi Minallah) adalah sesat lagi menyesatkan dan haram diamalkan
oleh orang Islam dan mana-mana orang Islam yang telah terlibat dengan fahaman dan ajaran
ini hendaklah segera bertaubat.

3.2.4 Ajaran Makrifat Ismail Bin Ariffin

Ajaran ini bersempena dengan nama pengasasnya iaitu Ismail Bin Ariffin atau digelar
sebagai Lepat. Ajaran ini mengandungi keraguan, kekeliruan dan penyelewengan dari segi
akidah, syariah, tasawwuf dan tafsiran-tafsiran terhadap ayat Al Quran seperti berikut:

• Dalam aspek akidah, kefahaman dan pemikiran yang dibawa oleh Ismail Bin Ariffin
ini menyerupai fahaman mujassimah dan mushabbihah serta kecenderungan kepada
konsep hulul dan ittihad yang bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
• Dalam aspek syariah, ajaran makrifat oleh Ismail Bin Ariffin mengandungi unsur-
unsur batiniah kerana wujudnya kecenderungan meremehkan syariah solat dan
menghuraikan ibadah solat bertentangan dengan syariat Islam.
• Dalam aspek tasawwuf, ajaran makrifat oleh Ismail Bin Ariffin mengandungi unsur-
unsur yang memisahkan hubungan antara syariah, hakikat dan makrifat serta tidak
memahami ilmu tasawwuf dan makrifat yang sebenar menurut Ahli Sunnah Wal
Jamaah.

Tambahan pula, penafsiran Ismail Bin Ariffin terhadap ayat-ayat Al Quran dalam ilmu
makrifatnya menggunakan logik akal yang tidak menepati konteks ayat-ayat tersebut dan tidak
bertepatan dengan tafsiran daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran ini telah difatwakan sesat dan perlu disekat oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis pada
25-26 Februari 2020 kerana membawa ajaran batiniah yang menganggap kesemuanya selain
Allah itu tidak wujud dan yang wujud itu hanyalah Allah. Begitu juga ajaran Allah itu
menjelma di dalam makhluk atau makhluk itu jelmaan Allah atau Allah telah bersatu dengan
makhluk, memisahkan hakikat daripada syariat sehingga membolehkan seseorang terlepas
daripada syariat Islam dan menafsirkan Al Quran tanpa panduan disiplin ilmu tafsir yang
muktabar sehingga menyelewengkan maksud nas-nas daripada konteks yang sebenar dan
kesemuanya itu merupakan kesesatan yang nyata.

3.3 Faktor Berlaku Kesesatan Dalam Ajaran Islam

Punca kepada berlakunya kesesatan dalam ajaran Islam yang utama adalah daripada
diri sendiri iaitu apabila seseorang itu jahil. Kejahilan ini bukanlah ditujukan kepada pengikut
sahaja bahkan ketua atau guru ajaran sesat itu sendiri. Ia berpunca daripada kelemahan diri
sendiri atau tidak mempunyai akidah yang sebenar. Pengetahuan yang cetek dan kejahilan
tentang sumber-sumber utamaajaran Islam yang sebenar telah mendorong seseorang individu
itu mempelajari agama Islam melalui sumber yang tidak tetap sehingga membuat kesimpulan
dan kefahaman yang salah tentang Islam.

Punca yang kedua adalah godaan syaitan. Kepercayaan terdapap unsur mistik dan perkara
ghaib menyebabkan syaitan mempengaruhi naluri manusia terutamanya bagi yang terlanjur
melakukan dosa atau maksiat tetapi mahu bertaubat dengan jalan yang ringkas, mudah dan
cepat.

Seterusnya adalah kerana tipu daya manusia dan dunia. Wujudnya segelintir pengikut yang
mempunyai gangguan mental menimbulkan pelbagai khayalan dan lintasan. Golongan ini akan
terpengaruh kerana faktor psikologi dan mental seperti tekanan perasaan dan masalah
kehidupan. Apabila ia bertemu atau diperkenalkan dengan individu yang salah, maka ia yakin
bahawa guru itu boleh dijadikan sebagai tempat bergantung dan sebagainya.

Perbalahan terbuka dalam kalangan ahli agama juga menjadi factor kepada kesesatan.
Organisasi Islam sama ada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, perlumengakui bahawa
usaha dakwah dalam membina akidah umat Islam masih perlu diperbaiki. Sikap mementingkan
diri sehingga berpecah-belah dalammencapai matlamat atau agenda sendiri telah melemahkan
umat Islam kerana realitinya ramai lagi muslim di negara ini ketandusan iman sehingga
wujudnya penyelewengan akidah.

Di samping itu berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan undang-undang. Ajaran


sesat adalah satu ancaman besar dalam negara kerana kesesatan akidah bukan sekadar
kefasiqan atau jenayah biasa tetapi ianya mampu menjadi puncakepada kes bunuh diri, maksiat,
keruntuhan moral dan lain-lain lagi.
Selain itu wujudnya pembela ajaran sesat. Ajaran sesat ini diburukkan lagi dengan
kehadiran kelompok golongan liberalyang bertaklid secara membuta-tuli dengan alasan
kebebasan beragama dankebebasan mentafsirkan ajaran agama sesuka hati kerana
berselindungdisebalik kebijaksanaan akal yang tetapi cetek iman, mereka menghina Islam.

Akhir sekali adalah berpunca daripada kelemahan diri. Terdapat individu yang mempunyai
kepentingan diri seperti untukmendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya sehingga
mewujudkan gerakan yang melemahkan Islam secara berleluasa sekaligus menjadi ancaman
besar.

3.4 Cara Mencegah Ajaran Sesat

Setelah mengenalpasti kesan ajaran sesat terhadap individu, keluarga dan masyarakat,
maka dapat dikemukakan beberapa cara mencegah kesesatan dalam ajaran Islam. Antaranya
adalah meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam dalam segala bentuk amalan mahupun
pemikiran seseorang Muslim terhadap pegangan agamanya perlu dimantapkan terutamanya
dari sudut disiplin ilmu melalui institusi masjid dan surau kerana lebih dekat dengan
masyarakat dan berkesan. Ceramah, tazkirah dan kuliah-kuliah pengajian perlu diberi nafas
baru terutamanya berkenaan dengan topik-topik yang menarik di samping tenaga pengajar yang
berkredibiliti menarik minat kehadiran masyarakat.

Cara kedua adalah membaiki sistem penguatkuasaan terhadap aduan yang dibuat oleh
orang ramai terhadap sistem penguatkuasaan pihak berkuasa agama dalam membanteras ajaran
sesat. Seperti menyatakan hukuman bunuh yang telah dilaksanakan oleh Khulafa Ar Rasyidin
terhadap pengamal ajaran sesat dan golongan yang mendakwa diri sebagai nabi. Hukuman dan
denda seperti yang terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 digelar sebagai
gagal dalam membendung secara tuntas gejala ajaran sesat ini. Sistem pemulihan pihak-pihak
yang pernah terlibat dengan mana-mana ajaran sesat juga perlu dikaji dan diperbaiki mengikut
peredaran masa kerana ajaran sesat juga sentiasa berubah mengikut zaman yang mana
penyelidikan harus diberikan kepada ajaran sesat dalam bentuk pemikiran kerana ia lebih
kompleks dan mencabar untuk diatasi.

Selain itu, boleh juga mewujudkan sistem tauliah yang lebih relevan yang mampu
mengimbangi pentauliahan demi membanteras penyebaran ajaran sesat. Ia dapat diteliti
melalui temuduga untuk mendapatkan tauliah mengajar di sesebuah negeri berdasarkan kepada
kredibiliti dan tahap keilmuan seseorang pendakwah tetapi dalam masa yang sama sistem yang
diwujudkan ini jauh daripada sikap prejudis terhadap aliran pemikiran yang berbeza dengan
mengamalkan sikap terbuka.

Melengkapkan diri dengan kefahaman ajaran Islam yang sebenar juga mampu mencegah
penularan ajaran sesat ini. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang
sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal. Dengan penyebaran
ajaran Islam yang lebih luas menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik,ceramah,
seminar, forum dan lain-lain melalui kerjasama penguatkuasaan undang-undang yang secara
bersepadu dengan semua pihak berperanan memerangi kegiatan ajaran sesat daripada terus
menular dalam masyarakat.

Di samping itu, program pemulihan akidah juga perlu diadakan. Bagi mereka yang terlibat
dengan ajaran sesat amatlah wajar diwujudkan beberapa pusat pemulihan akidah kerana
alternatif ini mampu memberi kesedaran akan kesalahan yang mereka lakukan serta
mengembalikan mereka ke jalan Islam yang sebenar dan diredhai Allah.

Ia juga dapat dibanteras dengan penguatkuasaan fatwa serta undang-undang yang


berkaitan sebagai usaha pemulihan untuk membantu pengikut ajaran sesat tersebut kembali ke
pangkal jalan. Dalam menangani gejala ajaran sesat dalam masyarakat, perlu dinilai bagaimana
pendekatan yang diambil oleh pihak berwajib. Terdapat tiga pendekatan utama yang diperlukan
untuk mencapai matlamat ini iaitu membanteras, mendakwa dan memulihkan. Namun begitu,
ia perlu diperkemaskan lagi dengan kerjasama antara pihak-pihak yang berkenaan secara rasmi
seperti penubuhan unit tindakan khas dalam menangani gejala ajaran sesat di peringkat
persekutuan oleh JAKIM.
4.0 Penutup

Kesimpulannya, mengenal Allah adalah perkara yang wajib bagi seluruh umat Islam dalam
beribadah dan kehidupan di dunia. Konsep mengenal Allah perlu dipelajari dari asas ilmu
agama Islam agar tidak berlaku penyelewengan dalam memahami sesuatu perkara tersebut.
Setiap individu perlulah mengenali diri sendiri dan mengenali Tuhannya dalam mencapai
kemanisan agama Islam. Makrifatullah itu perlu dicapai dan dicari oleh setiap kaum muslimin
dengan jalan yang benar mengikut peringkat dan undang-undang yang benar. Asas ilmu agama
itu perlu dikuasai oleh setiap orang Islam agar dapat mencegah dirinya daripada ajaran yang
menyeleweng daripada landasan Islam yang sebenar. Pihak yang berkuasa juga perlu
mengambil tindakan dalam mencegah ajaran sesat yang berleluasa di Malaysia untuk
memastikan kesejahteraan agama Islam. Akhir sekali, menurut dasar masyarakat perlu
mengenal pasti sesuatu perkara sebelum dikongsi di media sosial agar kebatilan tidak terus
disebarkan dan dibaca oleh golongan kurang berilmu.
5.0 Rujukan

Ali Salman al-Qudha. 1999. Al Mukhtasar Al-Mufid Fi Syarah Jauharah At-Tauhid

Edelweis Lararenjana. 2022. Cara Mengenali Diri Sendiri Sebelum Mengenal Allah.
https://www.merdeka.com/jatim/cara-mengenali-diri-sendiri-sebelum-mengenal-
allah-ini-ulasannya-kln.html?page=2 [16 Jun 2023]

Lia Bali. 2019. Kitab Mengenal Diri Mengenal Allah. https://kupdf.net/download/kitab-


mengenal-diri-mengenal-allah_5c4e8c69e2b6f52b0403790f_pdf [ 15 Jun 2023]

Masyhuri, Muhammad Fateul Huda. 2022. Analisis Konsep Pemikiran Dr. Zakiah Daradjat
Tentang Ma’rifatul Insan dan Relefansinya Terhadap Potensi Manusia Sebagai
Makhluk, Jurnal Pengetahuan Islam. Universitas Nahdatul Ulama Surakarta.

Muhammad Fashan. 2018. Kenali diri kenali Allah. https://mengajionline.com/kenali-diri-


untuk-kenali-allah/ [17 Jun 2023]

Murni. 2014. Konsep Ma’rifatullah Menurut Al-Ghazali, Jurnal: Ar-Raniry International


Journal of Islamic Studies Vol. 2, No. 1. UIN Ar-Raniry Darussalam-Banda Aceh

Noor Najihah. 2017. Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran Dan Sains Berdasarkan
Dalil-Dalil Yang Sahih. http://suejieha.blogspot.com/2018/03/proses-kejadian-
manusia-menurut-al.html [18 Jun 2023]

Nur Aisya Asyikin Mohd Zurita, Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. 2022. Penyelewengan
Akidah Dalam Ajaran Sesat di Malaysia: Satu Analisis, Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari. Universiti Sultan Zaina Abidin.

Umar Mokhtar. 2016. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-102: Siapa Yang Mengenali Dirinya Maka Dia
Mengenali Allah https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1132-irsyad-al-
hadith-siri-ke-102-siapa-yang-mengenali-dirinya-maka-dia-mengenali-allah [16 Jun
2023]

Yayan Maulyana. 2017. Iblis dan Fir’aun Makhluk Yang Paling Bertauhid dan Ma’rifat
(Lorong Gelap Kebatilan Akidah Kaum Sufi). Jurnal: Syifa al-Qulub vol 2, no. 1.

Anda mungkin juga menyukai