Anda di halaman 1dari 1

Tempat ke 3

MENGAPA SAYA SAYANG SEKOLAH SAYA

Mengapa saya sayang sekolah saya? Sekolah Kebangsaan St.Mary tempat di mana aku
dididik dari tahun satu hingga sekarang. Tidak mungkin bagi seorang murid tidak menyukai
sekolahnya.

Aku berasa sangat bertuah dapat bersekolah di sini kerana berpeluang menggunakan
pelbagai kemudahan dan tempat belajar yang selesa yang disediakan oleh pihak sekolah.
Aku juga rasa bertuah kerana mempunyai guru-guru yang baik dan penyayang yang tidak
pernah jemu mendidik dan membimbingku.

Walaupun sekolahku terletak di tengah bandar, suasana di sekolahku tidak sama dengan
suasana yang ada di sekolah dipersekitaran. Udara di sekolahku sangat nyaman kerana
memiliki banyak pokok hijau yang rimbun. Pokok-pokok tersebut membuat udara di
sekolahku berasa nyaman dan segar. Udara yang masih segar membuatku dan rakan-
rakanku berasa bersemangat belajar setiap hari.

Pada tahun lepas, sekolahku telah dikejutkan dengan anugerah yang dinobatkan
kepada sekolahku iaitu Anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi. Betapa hebatnya sekolahku
hingga dinobatkan anugerah tersebut. Sekolahku sungguh cemerlang dalam bidang
akademik serta kokorikulum.

Aku menganggap sekolahku ini sebagai rumah kedua bagiku. Aku menghabiskan hampir
semua masaku di sekolah. Aku berharap sekolahku ini kekal megah di tanah Sarawak dan
berharap agar aku dapat membalas apa yang telah sekolahku beri kepadaku.

DAMIA’ ZAHRAA’ BINTI KAMAL ARIFFIN

6 CATHERINE

Anda mungkin juga menyukai