Anda di halaman 1dari 4

Lara oh Lara merupakan sebuah rancangan televisyen yang mempamerkan kisah

kehidupan dan celoteh seorang kanak-kanak yang bernama Lara Alana binti Ahmad
Awaluddin yang dibesarkan oleh ibubapanya. Kanak-kanak ini adalah anak kepada selebriti
terkenal iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya. Berdasarkan rancangan ini, saya telah
menganalisis mengenai perkembangan Lara dalam episode ini berdasarkan teori Piaget dan
teori Erik Erikson.

Berdasarkan teori pembelajaran piaget, proses-proses kognitif yang perlu digunakan


dalam penyelidikan pembelajaran mestilah melalui 4 konsep utama iaitu skema, asimilasi,
akomodasi dan ekuilibrasi. Skema merupakan struktur kognitif asas yang mewakili
pengetahuan mental seseorang untuk memahami dan menyusun maklumat baharu. Oleh itu,
skema wujud semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak
kepada pengalaman fizikal di persekitarannya. Menurut Jaslinah Makantal, (2014)
pembelajaran melalui bermain akan memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak yang
mana membantu mereka membentuk dan memahami persekitaran serta proses kehidupan
akan datang. Hal ini bertepatan dengan pelakuan lara dimana lara memindahkan sotong
plastik yang bewarna ke dalam bekas yang mengandungi air. Hal ini jelas membuktikan
bahawa ketika lara memindahkan sotong tersebut, dia sudah mengetahui bahawa sotong
merupakan hidupan laut berdasarkan pengalaman sedia ada iaitu ketika Lara dan ibunya
melihat hidupan-hidupan laut yang berada di Aquaria tersebut. rujukan

Seterusnya, lara telah dibawa ke aquaria klcc bersama ibunya untuk melihat pelbagai
jenis kehidupan laut, ciri-ciri, rupa bentuk dan sebagainya. Lara juga berpeluang untuk melihat
serta memegang tapak sulaiman. Hal ini telah menunjukkan bahawa konsep asimilasi dalam
kehidupan lara sedang berlangsung dimana lara dapat mengintegrasikan maklumat atau
pengalaman baharu ke dalam skema yang sedia ada. Oleh yang demikian, kanak-kanak
dapat menginterprestasikan segala peristiwa yang berlaku di sekitar mereka. Dalam masa
yang sama, mereka dapat belajar tentang konsep ikan melalui pengalaman dan pemerhatian
seperti ciri-ciri serta jenis-jenis ikan. Aktiviti bermain yang diaplikasikan di prasekolah memberi
peluang kepada kanak-kanak menjalani pembelajaran secara semula jadi melalui proses
penerokaan, penemuan konsep baru, pengayaan dan pembinaan pengalaman (Brock et. al.

2009).

Selain itu, pada pandangan Piaget tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat


dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran deria motor, pra operasional, operasional
konkrit, dan operasional formal. Pemikiran bayi termasuk ke dalam pemikiran deria motor,
Tahap deria motor berlangsung dari kelahiran hingga kira-kira berumur 2 tahun. Selama tahap
ini perkembangan mental ditandai dengan perkembangan pesat dengan kemampuan bayi
untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasi deria melalui gerakan-gerakan dan tindakan-
tindakan fizikal. Dalam hal ini bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif
rangsangan-rangsangan terhadap alat-alat pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan
respons terhadap rangsangan tersebut, iaitu melalui gerak-gerak reflek. Oleh hal demikian,
bertepatan bahawa lara alana tergolong dalam peringkat sensori motor. Sebagai contoh, lara
alana tertarik dengan objek yang berwarna-warni dan cuba mencapainya dimana lara
mencuba dapatkan bola yang berwarna kuning kerana warna tersebut lebih menyerlah
berbanding warna-warna yang lain. Menurut Nik Rafidah (2011) sebaik-baik objek adalah
yang berwarna-warni. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak mudah tertarik pada
bahan maujud yang berwarna terang dan ceria.

Selain itu, perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi


serta memberikan tindak balas terhadap sesuatu situasi. Perkembangan ini membolehkan
kanak-kanak mengurus dan memahami emosi sendiri, membina kemahiran sosial, dan
membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Menurut Rohani
(2000), emosi ialah tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar terhadap sesuatu
perkara atau keadaan yang bertindak sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.
Demikianlah bahawa ia bertepatan dengan watak Lara dalam episodnya dimana situasi
penyelam cuba mendekati Lara dari luar cermin akuaria. Hal ini menyebabkan Lara berasa
takut ketika melihat penyelam tersebut dan situasi ketakutan Lara berulang kali kedua apabila
penyelam cuba mendekatinya sekali lagi

Di samping itu, terdapat lapan peringkat perkembangan yang diperkenalkan dalam


teori Erik Erikson. Dua daripada antaranya ialah ‘autonomi lawan malu’ (18-3 tahun) dan
‘inisiatif lawan bersalah’ (3-6 tahun). Peringkat perkembangan ini adalah bersesuaian dengan
umur Lara Alana. Pada peringkat ‘autonomi atau malu’ adalah tertumpu kepada pembentukan
keyakinan dalam diri kanak-kanak di mana kanak-kanak ingin berdikari secara bebas. Mereka
mula mencuba untuk berdikari dan melakukan sesuatu tanpa pertolongan orang lain. Seperti
mana dalam rancangan Lara Oh Lara, Lara mencuba mengangkat bekas ikan yang bersaiz
kecil dengan sendiri tanpa pertolongan daripada ibunya. Antara contoh lain juga ialah, Lara
cuba menangkap dan memindahkan obor-obor plastik ke bekas yang lain dengan sendiri.
Menurut Jaslinah Makantal, (2014) suasana persekitaran dan alat permainan semasa
bermain berperanan penting untuk kanak-kanak belajar berdikari, bekerjasama, berkawan,
berkongsi, melahirkan perasaan sebenar, hormat-menghormati dan sebagainya. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kanak-kanak lebih cenderung untuk berdikari dan melakukan sesuatu
tanpa bantuan orang yang berada disekeliling mereka. Rujukan … Manakala pada peringkat
‘inisiatif lawan bersalah’ pula menunjukkan bahawa Lara berasa bersalah keatas kesalahan
yang dilakukannya. Sebagai contoh, Lara terdiam ketika ibu memarahinya kerana dia telah
menumpahkan air dalam bekas ikan kecil keatas lantai serta ibu memintanya untuk memohon
maaf atas kesilapanya ketika cuba mengangkat bekas tersebut. Benarlah bahawa kanak-
kanak pada peringkat ini ingin mencuba dan meneroka sesuatu yang baharu dan mencabar.
Mereka mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi serta cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat
oleh orang dewasa. Oleh itu, mereka mempunyai inisiatif yang tinggi dalam melakukan
sesuatu baharu bagi memenuhi naluri mereka. Malah, kanak-kanak belajar menerusi
pengalaman yang dibina dari perasaan ingin tahu, bukan pembelajaran dalam bentuk arahan
atau aktiviti yang dirancang oleh pendidik (Li, Wang, & Wong, 2011).Rujukan

RUJUKAN

Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2011) Perbentukan Emosi Kanak-kanak melalui bahan
bacaan sastera. Jurnal pengajian melayu. 22 66-89. retrieved from:
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23579/Article_4.PDF

Rohani Abdullah (2000). Perkembangan kanak-kanak: Penilaian serta Portfolio. Serdang:


Universiti Putra Malaysia.

Jaslinah Makantal. 2014. Perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak melalui bermain :


Satu kajian kes di sebuah prasekolah. Jurnal Penyelidikan Kent. 12. 82-101. retrieved
from: http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/122014/7.pdf

Li, H., Wang, X. C., & Wong, J. M. S. (2011). Early childhood curriculum reform in China:

Perspectives from examining teachers' beliefs and practices in Chinese literacy


teaching. Chinese Education & Society, 44(6), 5-23. retrieved from:
https://www.researchgate.net/publication/306255621_Evolution_of_the_Early_Childho
od_Curriculum_in_China_The_Impact_of_Social_and_Cultural_Factors_on_Revolutio
n_and_Innovation

Anda mungkin juga menyukai