Anda di halaman 1dari 11

Laras bahasa

agama
Disediakan Oleh: Mohamad Ashraf Bin Jamaluddin
 Menurut Nik Hassan Basri b. Nik Abdul Kadir, laras
agama juga dikenali sebagai laras doa . Ia
menggunakan ragam bahasa yang digunakan dalam
lisan dan tulisan yang berkaitan dengan keagaman dari
segi istilah dan diksi
Pengaruh Bahasa Arab dalam
bahasa Melayu
 Kebanyakan pengaruh bahasa yang dipinjam dari bahasa
Arab datangnya daripada bangsa Arab itu sendiri. Hal ini
kerana hubungan orang Islam dari timur tengah dengan
penduduk Tanah Melayu menjadi erat dengan
penerimaan agama Islam di rantau ini.
Contoh Bahasa arab yang
digunakan dalam bahasa melayu

 Musyawarah
 Biadab
 Insan
 Akhir
 Berkat
 Lafaz
 Zalim
 Ustazah
 Duniawi
Laras Agama

 Laras agama tidak bersifat teknikal seperti laras sains


dan undang-undang, sebaliknya laras ini menggunakan
bahasa umum yang mudah difahami dan istilah-istilah
agama yang telah tersedia dalam al-Quran.
 Laras ini lebih mengutamakan ketepatan maksud agar
tidak menimbulkan salah tafsiran oleh pembaca..
Ciri-ciri laras bahasa agama

1. Terdapat unsur bahasa klasik , terutama pada kosa


katanya.
2. Terdapat istilah agama yang khusus bagi sesuatu
agama.
3. Banyak mengandungi bentuk cerita, kias, dan ibarat.
 Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
 Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa
Arab
 Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.
contoh

 Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:


Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-
tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung,
manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu
mendapat pahala
 Dari segi bahasa, puasa ialah terjemahan daripada
bahasa Arab, iaitu “al saum” yang bermaksud menahan
diri. Mengikut pengertian syarak pula, puasa bererti
menahan diri daripada makan minum dan daripada
segala yang membatalkan puasa bermula dari terbit
fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa adalah salah
satu daripada rukun Islam yang kelima.Hal ini dijelaskan
oleh Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim yang bermaksud :
 “Sesungguhnya Jibril pernah datang kepada Nabi dalam
bentuk seorang Arab Badwi, lalu dia bertanya kepada
Nabu tentang Islam. Maka jawab Nabi, Islam itu ialah
hendaknya engkau bersaksisesungguhnya tiada Tuhan
melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad ialah
utusan Allah, engkau mendirikan solat, engkau
keluarkan zakat, engkau puasa bulan Ramadhan dan
engkau pergi haji ke Baitullah”.

Anda mungkin juga menyukai