Anda di halaman 1dari 12

NAMA : MUHAMMAD ZULFADHLI BIN MOHD ZAMRI

NO IC : 920417-09-5159
KELAS : P1H
Menurut Nik Hassan Basri b. Nik Abdul Kadir,
laras agama juga dikenali sebagai laras doa.
Ia menggunakan ragam bahasa yang
digunakan dalam lisan dan tulisan yang
berkaitan dengan keagaman dari segi istilah
dan diksi.
Kebanyakan pengaruh bahasa yang dipinjam dari
bahasa Arab datangnya daripada bangsa Arab itu
sendiri. Hal ini kerana hubungan orang Islam dari
timur tengah dengan penduduk Tanah Melayu
menjadi erat dengan penerimaan agama Islam di
rantau ini.
 Musyawarah  Duniawi
 Biadab  Ilmiah
 Insan  Hadirin
 Akhir  Ustazah
 Berkat  Rezeki
 Lafaz  Hikmah
 Zalim  Syariat
• Terdapat penggunaan kosa kata daripada bahasa
Arab yang telah sebati dan diterima dalam
bahasa Melayu.

Contoh :
‘wajib’, ‘nikah’, ‘sah’, ‘batal’, ‘rezeki’, ‘masjid’, dan
‘ikhlas’.
• Laras agama tidak bersifat teknikal seperti
laras sains dan undang-undang, sebaliknya
laras ini menggunakan bahasa umum yang
mudah difahami dan istilah-istilah agama yang
telah tersedia dalam al-Quran.
• Laras ini lebih mengutamakan ketepatan
maksud agar tidak menimbulkan salah tafsiran
oleh pembaca. Contoh yang berikut
menunjukkan laras agama.
• Dari segi bahasa, puasa ialah terjemahan daripada bahasa
Arab, iaitu “al saum” yang bermaksud menahan diri.
Mengikut pengertian syarak pula, puasa bererti menahan diri
daripada makan minum dan daripada segala yang
membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hinggalah
terbenam matahari. Puasa adalah salah satu daripada rukun
Islam yang kelima. Dalil wajib puasa dapat dilihat dalam Surah
al-Baqarah, ayat 183 yang bermaksud:
“Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atas
kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas
mereka yang terdahulu daripada kamu. Mudah-
mudahan kamu bertakwa”.
• Islam sebagai ‘ad-din’ meliputi Islam, iman dan ihsan.
Penghayatan dan pelaksanaan ketiga-tiga bidang ini
termasuk dalam ibadat. Hal ini bermakna ibadat itu
lebih umum dan merangkumi keseluruhan ajaran
Islam. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam
hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:
“Sesungguhnya Jibril pernah datang kepada Nabi
dalam bentuk seorang Arab Badwi, lalu dia bertanya
kepada Nabu tentang Islam. Maka jawab Nabi, Islam
itu ialah hendaknya engkau bersaksisesungguhnya
tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya
Muhammad ialah utusan Allah, engkau mendirikan
solat, engkau keluarkan zakat, engkau puasa bulan
Ramadhan dan engkau pergi haji ke Baitullah”.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai