Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN

Aliran Pemikiran Moral


 NATURALIS
 EMOTIVIS
 INTUISIONIS
 RASIONALIS

Nama Pembentang: Lin Kin Ting (4 PISMP PM/PJ)


Tan Shin Tee (4 PISMP PM/MO)
Nama pensyarah: Ustaz Azharuddin Bin Zani
Pemikiran Naturalis
• Naturalisme ialah aliran pemikiran yang
menggambarkan sesuatu itu dalam
keadaannya yang sebenar.
• Kecenderungan individu untuk menerima
sahaja keadaan yang sebenarnya
• Pemikiran ini dikritik kerana ia dianggap
sebagai alasan naturalistik
Contoh:
• Tanggapan bahawa wanita seharusnya
menjadi seorang suri rumah sahaja dan lelaki
yang diberi tanggungjawab memberi nafkah
kepada keluarga
• Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh
apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk.
Pelajar tersebut mengeluh dan menerima
keputusan itu dengan mengatakan memang
dia bodoh, belajar macam mana pun begitu
juga prestasinya.
Pemikiran Emotivis
• sikap manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi
• Perasaan ini dilahirkan melalui air muka,
kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih
• Pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta, tetapi adalah mengikut
emosi, sikap atau perasaan
• Pertimbangan moral adalah subjektif, dan
tidak memerlukan sebarang teori asas
yang istimewa atau yang boleh
mendukung perlakuan moral
Contoh:
• Seorang perompak telah menembak mati
seorang wanita berusia 30an di tempat
letak kereta gedung membeli belah Giant
kerana wanita tersebut enggan menyerah
keretanya kepada perompak tersebut.
video
Pemikiran Instuisionis
• Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada
perkataan Latin ‘intueor’ yang bermakna
‘saya memandang tepat kepada sesuatu’.
• Proses ‘ melihat’ atau ‘memahami’ secara
intelek.
• Pengetahuan diperoleh melalui fahaman
atau pengertian langsung.
• Proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara
spontan.
• Tindakan seseorang individu yang
berfikiran intuisionis adalah berlandaskan
apa yang dirasai di dalam hatinya.
• Aliran ini boleh dikaitkan dengan pemikiran
spontan celik akal.
• Idea muncul dalam pemikiran untuk
mentafsirkan sesuatu perkara.
• Orang yang lebih tua mempunyai
pengalaman yang banyak berbanding
dengan orang muda.
Pemikiran Rasionalis
• Berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang
bermakna ‘reason’ atau sebab.
• Segala tingkah laku memerlukan asas
pemikiran rasional yang waras dan logik.
• Manusia yang waras menggunakan akal
fikiran untuk penaakulan, membuat
keputusan yang bijak, menyelesaikan
masalah dan mencipta sesuatu yang boleh
dimanfaatkan manusia sejagat.
• Golongan rasionalisis mempunyai
pandangan bahawa manusia mengetahui
sesuatu hasil daripada pemikiran mereka.
• Fikiran manusia berupaya menemui
kebenaran dengan diri sendiri.
• Pengetahuan diperoleh dengan cara
membandingkan idea dengan idea-idea lain.
• Pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun
oleh pemikiran kita supaya membentuk satu
sistem yang bermakna.
Rujukan

• Abdullah Zhidi bin Omar.(2014).Pengantar


Pendidikan Moral. Puchong. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai