Anda di halaman 1dari 2

Jenis-Jenis Aliran Pemikiran Moral

Naturalis
• Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam
keadaannyayang sebenar.
• Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature) manusia perlu
diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup.
• Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau
semula jadi berbanding dengan haiwan yang lain.
• Manusia jauh berbeza daripada haiwan kerana manusia mempunyai
keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan
akal.
• Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap
kehendak-kehendak mereka.

Emotivis
• Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan
atauemosi.
• Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada
perasaangembira mahupun sedih.
• Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta sepertiyang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut
emosi, sikap atau perasaan
• Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan
perasaanmereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan
yang sama di kalanganorang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan
itu.

Intuisionis
• Perkataan uintuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna
µsaya memandang tepat kepada sesuatu.
• Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek.
• Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui
fahaman atau pengertian langsung.
• Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara
spontan.
• Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang
individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di
dalam hatinya.

Rasionalis
• Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna reason atau
sebab.
• Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras
dan logik.
• Manusia yang waras akan menggunakanakal fikirannya untuk penaakulan,
membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,merekacipta
sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat.
• Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor
utamadalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai
pendangan bahawa kitamengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita;
bahawa fikiran kita berupaya menemuikebenaran dengan dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai