Anda di halaman 1dari 5

Jenis-jenis Aliran Pemikiran Moral

Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya
yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat
dikatakan berfikiran naturalis.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah:

· Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan
itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
· Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi
segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun
yang lalu.
· Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya
bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang
tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang
daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau
emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan
gembira mahupun sedih.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang


berfikiran sedemikian ialah:

· Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta
Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada
perompak tersebut.
· Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu
menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.
· Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut
· Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
· Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
· Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.
· Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang
daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.
Intuisionis

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan.
Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001
pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat
membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air
sudah tahu jantan betina’. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan
berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan
dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam
memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka
berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, ‘lagi kutebas pohon di
hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya
berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’
lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik
dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah
laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik
perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri,
menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran
rasional.

Walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara yang berhubung
dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar
pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara tentang
Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan sebagainya
Aliran Pemikiran Moral
•Naturalisme
•Emotivisme
•Rasionalisme
•Intuisionisme

PEMIKIRAN NATURALISME
•Aliran pemikiran menggambarkan situasi sebenar
•Aliran pemikiran lurus dan jujur dalam menilai sesuatu

Sifat-sifat
•Menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau kenapa wujud keadaan tersebut
•Mudah tentukan sifat manusia sama ada baik atau betul
•Meletakkan manusia; ada akal, boleh berfikir dan dapat bertindak rasional berbeza daripada
binatang
Menggunakan pemikiran rasional ditahap biasa

Kesan
•Tidak dapat mengeluarkan pendapatnya; hidup tertekan
•Sentiasa merendah diri; lebih suka memencil diri , tidak mudah interaksi
•Tiada motivasi atau kurang usaha
•Lemah jiwa
•Halang usaha untuk capai matlamat hidup yang sempurna
•Pengikut setia, kurang membantah dan mudah puas hati

PEMIKIRAN EMOTIVISME
•Berasal dari perkataan“emosi”; perasaan terhadap objek atau situasi
•Bertindak mengikut perasaan atau emosi
•Ditunjukkan melalui perlakuan, air muka, kata-kata
•Contoh; gembira, setuju, menyenangkan, diterima, puas hati dan sebaliknya
•Faktor penting perlu diwujudkan bersama pemikiran rasional

Sifat-sifat emotivis
•Agresif
•Pendiam
•Cepat tersinggung
•Kuat cemburu
•Sentiasa tertekan emosi
•Berat untuk bergaul dengan orang ( suka bersendirian )
•Rajin memperbaiki diri

Kesan
•Wujudnya masalah moral disebabkan ketidakmantapan dalam mengawal emosi
•Kebangkitan emosi menyebabkan gugup, gementar, suka, duka, marah dsb.
•Bertindak secara tidak menentu disebabkan pengaruh keadaan semasa dan mengikut emosi

PEMIKIRAN INTUISIONISME
•Berasal dari perkataan latin “Intueor”; memandang tepat kepada sesuatu; proses melihat atau
memahami sesuatusecara intelek

Sifat-sifat intuisionis
•Melihat, mentafsir dan bertindak ikut gerak hati berdasarkan pengalaman dan pengetahuan ya
ng telah diperolehitanpa memikirkan akibat, kualiti dan kesan
•Cepat membuat keputusan
•Mudah menerima arahan
Selalu mengubah fikiran

Kesan:
•Cepat membuat keputusan menyebabkan kadang-
kadang keputusan/tindakan yang diambil tidak sesuai
•Mudah menerima arahan menyebabkan individu tersebut selalu berubah fikiran; berpendirian
tidak stabil
Henry Bergson (1859-
1941); Intuisi merujuk kepada naluri yang membolehkan individu memahami hidupnya dari
segi kerohanian

PEMIKIRAN RASIONALISME
•berasal dari perkataan Latin “ratio” bermaksud reason atau sebab-musabab
•Tingkah laku berlandaskan pemikiran rasional
•Sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik
•Menekankan nilai berikut:
–Kebenaran
–Kegunaan
–Mempunyai logiknya sendiri
Sifat-sifat Rasionalis
•Menggunakan fikiran dan taakulan
•Yakin bahawa pengalaman sahaja tidak akan menghasilkan pentafsiran yang sah
•Percaya bahawa pengalaman berdasarkan fakta boleh dijadikan ukuran yang sah bagi mentafsi
rsesuatu
•Tindakan biasanya wajar, waras dan rasional

Kesan
•Teliti dalam membuat keputusan dan bertindak dengan mencari bukti-bukti yang sahih
•Selalu berfikir untuk memperbaiki kemajuan diri
•Rajin , tekun dan tidak mudah berputus asa

Anda mungkin juga menyukai