Anda di halaman 1dari 11

PERIBAHASA-

PEPATAH
BUKU TEKS M/S 44
BAWA RESMI PADI, MAKIN
BERISI MAKIN TUNDUK
 MAKSUD:

Kita hendaklah bersikap rendah diri apabila


menjadi orang yang berjaya. Tujuannya
adalah supaya kita tidak dibenci orang.
BERJALAN PELIHARAKAN KAKI,
BERKATA PELIHARAKAN LIDAH
 MAKSUD:

 Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita perlulah


berhati-hati dan beringat-ingat.
HANCUR BADAN DIKANDUNG
TANAH, BUDI YANG BAIK
DIKENANG JUGA
 MAKSUD:

 Orang yang banyak melakukan kebaikan akan


sentiasa dikenang dan diingat walaupun orang
tersebut telah meninggal dunia.
BUAT BAIK BERPADA-PADA,
BUAT JAHAT JANGAN SESEKALI
 MAKSUD:

 Kita digalakkan melakukan kebaikan tetapi ada


batasnya (limit). Namun, kita dinasihatkan agar
tidak melakukan perbuatan yang tidak baik/jahat.
HARAPKAN PEGAR,
PEGAR MAKAN PADI
 MAKSUD:

 Meletakkan kepercayaan kepada orang lain tetapi


kepercayaan tersebut telah dikhianati. 奸诈
INGAT SEBELUM KENA,
JIMAT SEBELUM HABIS
 MAKSUD:

 Beringat-ingat sebelum membuat sesuatu


MASUK TELINGA KANAN,
KELUAR TELINGA KIRI
 MAKSUD:

 Orang yang tidak mahu ambil berat tentang sesuatu


perkara
 Orang yang tidak mahu mendengar nasihat
BERAT MATA MEMANDANG,
BERAT LAGI BAHU YANG
MEMIKUL
 MAKSUD:

 Kita akan berasa sedih melihat kesusahan yang


ditanggung oleh orang lain. Namun, orang yang
menanggung kesusahan itu berasa lebih sedih dan
susah.
HARIMAU MATI MENINGGALKAN
BELANG, MANUSIA MATI
MENINGGALKAN NAMA
 MAKSUD:

 Setiap manusia akan dikenang sebagai orang yang


baik atau jahat selepas dia meninggal dunia.
KALAU TIDAK KERANA ANGIN,
TIDAK AKAN POKOK BERGOYANG
 MAKSUD:

 Setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya.

Anda mungkin juga menyukai