Anda di halaman 1dari 26

MENJAHIT MANIK DAN LABUCI

Manik boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik pada


pakaian, atau membuat beberapa item yang lain.
 Ini adalah bentuk umum dari perhiasan untuk kaum
perempuan, dan boleh dibuat dengan cara yang berbeza sesuai
dengan keperibadian.
Dalam mencorakkan jahitan manik , sebenarnya ia
memerlukan kreativiti seseorang penyulam untuk
mengkombinasikan manik-manik berdasarkan bentuk, saiz dan
warna.
 Ada yang menggunakan warna yang sama dalam menghias
jahitan manik tetapi mengambil pendekatan dengan
menggunakan bentuk dan saiz yang berbeza-beza.
Manik Beras/ Rice Beads/ Manik Padi
 Sesuai bagi semua jahitan manik mengikut kesesuian
selalu corak yang dijahit mengunakan manik ini ialah seperti
bunga kekwa/teratai/ 3D dan lain-lain.
Terdapat beberapa saiz dan warna
Jenis Glass/kaca adalah yang paling terbaik dan lebih berkilat
berbanding ABS yang diperbuat dari plastik dan kurang berkilat
Manik silinder/ manik 2 cut
 sesuai bagi sesetengah jahitan manik
terdapat beberapa saiz dan warna
terdapat beberapa jenis iaitu manik bulat
dari jepun, taiwan, korea, china.. .. best on
top sales ialah manik Jepun.(terdapat
beberapa jenama di pasaran seperti Mayuki,
Mayuku, MGB, Apple, dll)

Manik bulat / round beads


manik ini selalu dibuat di renjisan akhir
dalam jahitan crumbles
sesuai bagi semua jahitan manik
terdapat beberapa saiz dan warna
terdapat beberapa jenis iaitu manik bulat
dari jepun, taiwan, korea, china.. best on top
sales ialah manik Jepun.(terdapat beberapa
jenama di pasaran seperti Mayuki, Mayuku,
MGB, Apple, dll)
Mutiara/ Pearl
terdapat banyak saiz dan warna
terdapat beberapa jenis iaitu ABS, Glass,
dan Mutiara air masin/tawar
selalunya mutiara ini di jahit manik dan
perhiasan seperti membuat bunga telur,
rantai dll.
penggunaan yang meluas dari segi jahitan
manik seperti crumbles dll.
Labuci
-Labuci ni ada macam-macam bentuk.
-Terdapat bentuk bunga,ada
bentuk bulat,bentuk segitiga.
-Terdapat banyak saiz dan warna
1. MANIK DAN LABUCI

 Manik dan labuci terdapat dalam pelbagai kualiti. ada yang


mahal lebih berkualiti serta tahan lama manakala yang murah
kebiasaanya cepat kusam dan luntur warna serta tidak
menyerlah keindahannya.
 Bagaimana kita hendak mengenalpasti kualiti manik dan
labuci? Iaitu dengan cara penelitian terhadap bentuk dan
pancaran warna kita boleh bezakannya, samada ianya jenis
manik mahal / murah.
 Terdapat labuci pelbagai warna, bentuk dan saiz labuci dan
dalam era moden dan ianya diperbuat daripada plastik.
2.KAIN DAN FABRIK

 Kain/ fabrik boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti


chiffon, sutera, cotton, batik, viscose, satin dan pelbagai lagi. Yang
penting adalah mengetahui ciri-ciri kain/ fabrik itu sendiri
samada bermutu tinggi, tahan lasak, tidak mudah berbulu, renyuk,
pecah, berat atau ringan, tebal atau nipis.
 Melalui perbezaan ciri-ciri kain/ fabrik akan memudahkan
menyulam manik dan labuci. Jika nipis, maka perlunya kain gam
sebagai sokongan kepada jahitan dan jika tidak ia akan merosakkan
fabrik / kain.
3. JARUM

 Jarum yang digunakan untuk menyulam manik sebaiknya


jenis halus agar jahitan kelihatan kemas dan rapi. Lubang
manik dan labuci seharusnya boleh dilepasi oleh jarum dan
jahitan pada kain tidak menampakkan lubang yang besar.
 Jarum yang sesuai digunakan adalah bersaiz 11 dan ianya
biasa digunakan oleh penyulam manik.
4. BENANG

 Dari jenis yang berkualiti agar jahitan tidak terputus-putus.


 Benang nylon hanya digunakan pada batu acrylic. Benang
jenis ini kuat dan tahan lama dan tidak kelihatan benang pada
batu acrylic. Namun, ia akan mudah cair dan terputus apabila
terkena haba yang tinggi seperti seterika. Jadi perlu berhati-hati
semasa seterika baju yang disulam manik menggunakan
benang jenis nylon.
5. WATER ERASEABLE PEN

Digunakan untuk melakar corak sebelum proses menjahit


manik dan labuci.
Kesannya lukisan mudah tanggal jika dibasuh.
6. CUTTER ATAU GUNTING

Digunakan untuk menggunting benang untuk menjahit


manik dan labuci.
JAHIT MANIK PINTALAN
1. Mula jahitan dari awal garisan,
masukkan 6 biji manik.

2. Rapikan lurus ikut garisan, cucuk


jarum di kain pada manik terakhir.
Keluarkan benang di tengah-tengah
antara manik ke-3 ke-4 sebelah
kanan.

3. Susup jarum di bawah deretan


manik keluar ke sebelah kiri.
4. Masukkan 6 biji manik lagi, ulangi
langkah seperti no 2, 3 & 4. Keluarkan
jarum di depan barisan manik pertama.
Pastikan benang keluar di tengah2
barisan manik kedua sebelah kanan.

5. Seperti sebelumnya, susup ke sebelah kiri


dibawah deretan manik kedua.

6. Rapikan jahitan, dan pintalan mula timbul.


Ulangi langkah sehinggalah siap.
JAHIT MANIK TERATAI
1. Lukiskan bulatan. Untuk saiz bunga 9 kelopak ini buat bulatan saiz
penutup pen. Saiz ni lebih kecil daripada duit 5 sen. Tapi apabila
sudah jadi bunga ia akan kembang dan jadi sebesar duit 10 sen.

2. Utk setiap kelopak gunakan 3 labuci besar, 1 labuci kecil dan 2


manik bulat. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan jarum di
atas garisan bulatan. Masukkan labuci seperti dlm gambar
.(Terlangkup + terlentang + manik + terlentang + labuci kecil
terlentang + manik).
3.Kemudian turunkan labuci seperti kedudukan ini menghala
ke tengah bulatan dan cucuk jarum ke bawah. Keluarkan jarum
di sebelah jahitan pertama di atas garisan bulatan.

4.Ulangi langkah 2 & 3 sehingga bulatan dipenuhi dengan


kelopak labuci. Labuci yang terangkat dan berada di tengah
bunga disusun berlapis supaya bulatan terbentuk kemas.
5.Utk tengah bunga jahitkan manik pearl. Sekiranya ruang di
tengah bunga terlalu besar (cth: saiz bulatan 10 sen) maka elok
dijahitkan lagi labuci spt langkah 2 & 3 sehingga semua ruang
dipenuhi. Tinggalkan sedikit ruang utk jahit manik pearl pada
tengah bunga.
MENJAHIT MANIK MANJALARA
1.Lukiskan bentuk seperti gambar di bawah
menggunakan eraseable pen atau kapur
lukis. Masukkan 3 manik maroon & 3 manik
putih.

2.Jahitkan manik di setiap penjuru mengikut


bentuk yang dilukis.

3. Mulakan jahitan untuk kelopak bunga


jarakkan 1 manik ke bawah. 3 manik maroon
& 3 manik putih. Jahitkan sebelah
menyebelah.
.
4.Penuhkan semua kelopak bunga.

5.Jahitan di belakang kain akan kelihatan


begini. jahitkan kain lain untuk tutup
kesan jahitan

6.Matikan jahitan. Jahitkan untuk tengah


bunga menggunakan manik mutiara . Untuk
lengan baju cantik sekiranya bunga dijahit 3
atau 4 kuntum.
MENJAHIT MANIK JELUJUR
SALUR PAUT @ TALI AIR
1.Sekiranya corak baju yang hendak disulam terletak di tengah
badan baju, elok menggunakan ram supaya mudah untuk disulam.

2.Mulakan di mana-mana hujung corak cucuk jarum dari bawah


kain dan masukkan 5 hingga 6 biji manik. Bentukkan barisan manik
tersebut betul-betul di atas corak yang hendak dibentukkan
itu.Cucuk jarum dihujung manik terakhir.
3.Keluarkan semula jarum di antara manik ke 2 & ke 3 di sebelah
dalam lengkungan manik. (Setiap kali menjahit sekiranya
bentuknya adalah melengkung pastikan jarum dikeluarkan di
sebelah dalam lengkungan)

4.Susupkan jarum melalui lubang manik keluar mulai dari manik


yang ke 3 hingga manik ke 5.
5.Ulangi langkah 2,3 & 4 dengan memasukkan lagi 5 – 6 biji manik
mengikut bentuk yang ingin diikut/dilukis.

6.Beginilah rupa manik jelujur sulut paut @ tali air yang sudah
dijahit. Kesannya amat dramatik dan timbul serinya.
Disediakan oleh,
NOOR IDAYU BINTI MAT WE
dari: Jahitan pakaian wanita

Anda mungkin juga menyukai