Anda di halaman 1dari 25

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK ASAS SULAMAN MANIK DAN


LABUCI
SIRI 1
Oleh: Intan Mastura Mohd Salleh

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 1

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

KATA PENGHANTAR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

TAHNIAH kerana telah memiliki ebook ini. Ebook ini telah dihasilkan dengan harapan untuk
menyebarkan serta berkongsi ilmu sulaman manik dan labuci dengan para wanita tidak kira
peringkat usia dan bangsa. Panduan yang diberikan adalah tunjuk ajar cara mudah langkah
demi langkah secara bergambar kepada yang berminat untuk mempelajari kemahiran ini sekali
gus menjana pendapatan lumayan secara tetap mahupun sampingan.

Ebook ini menekankan konsep pembelajaran ringkas yang menumpukan kepada teknik-teknik
asas dalam dunia sulaman manik dan labuci. Selain itu, ia juga memberikan pengenalan kepada
jenis-jenis manik yang biasa terdapat di pasaran serta penerangan fungsi setiap manik itu. Penerangan kepada peralatan asas penting untuk diketahui setiap wanita yang ingin memulakan
langkah menyelami dunia ini.

Akhir kata, semoga apa yang anda pelajari dalam panduan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya
dalam usaha memahirkan diri dengan seni sulaman manik dan labuci. Mudah-mudahan ilmu
yang anda perolehi akan diberkati Ilahi serta mencapai kejayaan dalam apa jua seni kemahiran
yang dipelajari!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Intan Mastura Mohd Salleh


Penulis Teknik Asas Sulaman Manik Dan labuci
http://teknikasas.senijahitan.com

Page 2

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

DISCLAIMER
Ebook Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci ini dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri iaitu saudari Intan Mastura Mohd Salleh. Panduan yang diberikan mungkin berbeza
dengan teknik atau cara yang diajar oleh pihak lain. Penulis tidak akan bertanggungjawab di
atas kesilapan atau kerosakan yang berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung semasa atau selepas anda menggunakan panduan ini.
Segala isi kandungan dalam ebook ini adalah tepat semasa ia dihasilkan namun panduan ini
mungkin tidak akan sesuai dipakai lagi di masa hadapan sekiranya terdapat penemuan teknikteknik baru.

LEGAL NOTICE
Ebook ini adalah hak milik mutlak Intan Mastura Mohd Salleh. Tiada mana-mana bahagian
dalam ebook Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci ini dibenarkan diubah, disalin atau dicetak
atau apa-apa sahaja perkara yang melanggar HAK CIPTA pemilik asal. Anda juga DILARANG
SAMA SEKALI menyebarkan mana-mana bahagian dalam ebook Teknik Asas Sulaman Manik Dan
Labuci ini tanpa kebenaran penulis sama ada dalam bentuk fizikal ataupun digital seperti di forum-forum, rapishare, torrent atau apa-apa keadaan penyebaran yang melanggar hak cipta penulis ebook Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci ini.
Kegagalan anda untuk mematuhi syarat-syarat di atas menunjukkan diri anda seorang pengguna
yang tidak bermaruah serta tidak menghormati hak cipta penulis. Sekiranya anda memiliki
ebook Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci ini selain daripada http://
teknikasas.senijahitan.com atau http://www.senijahitan.com/blog, maka sila hantar aduan
kepada support1@senijahitan.com

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 3

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

KANDUNGAN
Pengenalan .. 2
Prakata 3
Sejarah Sulaman . 4
Bab 1: Peralatan . 5
Bab 2: Pelbagai Jenis Manik . 8
Bab 3: Teknik Asas Sulaman ... 12
Simpulan . 12
Teknik 1: Jelujur 1 Manik . 13
Teknik 2: Tali Air ... 14
Teknik 3: Labuci dan Manik Asas

15

Teknik 4: Deretan Labuci ... 16


Teknik 5: Labuci Bersayap .. 17
Teknik 6: Manik 3 Serangkai ..

18

Teknik 7: Sisik Ikan Asas ..

19

Bab 4: Rekaan Lengkap Kombinasi Teknik Asas Sulaman


Contoh 1: Ombak-ombak

Page 4

20

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PENGENALAN

ulaman manik menggunakan tangan adalah salah satu seni kreativiti tangan yang paling
lama wujud dan bertakhta di hati ramai wanita di seluruh dunia. Sejarah menunjukkan
seni ini wujud sejak berabad lamanya sebelum Masihi lagi. Sehingga hari ini, seni ini

masih lagi menjadi pilihan hati sejak turun temurun dari generasi nenek moyang kita.

Sulaman manik dan labuci sememangnya menyerlahkan keanggunan fabrik atau pakaian sekiranya diaplikasikan dengan rekaan berserta kombinasi warna yang betul. Seni tangan ini juga
boleh dijadikan perhiasan rumah seperti sarung kusyen, alas meja, cadar katil, selendang, tas
tangan, gambar pemandangan, perhiasan diri seperti cekak rambut dan sebagainya.

Proses sulaman manik dan labuci ini amat rumit dan mengambil masa yang agak lama untuk
menyudahkannya. Tanpa teknik-teknik sulaman yang betul, hasil sulaman yang dihasilkan tidak
kemas, mudah tercabut dan lambat. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketekunan
dalam menghasilkan output yang berkualiti. Hasil sulaman manik dan labuci yang berkualiti
tinggi boleh menjadi warisan turun-temurun kepada generasi yang akan datang. Jadi tidak
hairanlah sekiranya fabrik sulaman tangan yang bertakhta manik dan labuci boleh mencecahkan
sehingga RM 700 semeter.

Oleh itu, e-book ini dihasilkan untuk memberi panduan asas kepada para wanita yang berminat
untuk mempelajari teknik sulaman manik dan labuci dengan betul.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 5

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PRAKATA

lhamdulillah, akhirnya dapat juga menyiapkan ebook pertama mengenai sulaman asas
manik dan labuci ini. Sejak kecil lagi, saya memang suka akan seni sulam menyulam
dan apa jua seni kraf tangan. Setiap kali ibu menjahit, saya akan duduk di tepi mesin

jahit untuk mengamati cara ibu menjahit. Ibu cukup mahir dalam seni sulaman benang, manicmanik dan kait jarum 1. Hampir kesemua baju kami dijahit oleh ibu sendiri.

Projek pertama adalah semasa dalam Tingkatan 3, subjek Kemahiran Hidup. Kami diminta untuk menyiapkan sulaman benang bertemakan alam semula jadi dalam tempoh 2 minggu. Bersemangat sungguh waktu dan bila dah siap terasa teruja melihat hasil kerja tangan sendiri.

Bila meningkat dewasa, ditambah dengan kesibukan belajar, masa untuk meneruskan minat
seni sulaman terhenti seketika. Apabila cuti panjang pula, saya bekerja mencari duit poket.
Jadi, seni sulaman ini mati sementara waktu. Minat terhadap seni sulaman ini tidak pernah
mati dan ianya sentiasa hidup dalam diri walaupun tidak berpeluang untuk meluangkan masa
sepenuhnya.

Tahun 2000 menjadi titik tolak permulaan seni sulaman manik dan labuci dalam diri saya untuk
mengorak langkah lebih jauh. Daripada hobi yang tersemai sejak sekian lama, hobi ini dibaja,
disiram dan diberi perhatian secukupnya. Bermula hanya dengan berpandukan buku, saya mula
menyulam manik ke atas pakaian sendiri. Hasilnya, bukan sahaja saudara mara malah sahabat
handai mula memberi kepercayaan untuk memperindahkan pakaian koleksi mereka.

Kini, setelah lapan tahun bergelumang dengan seni ini, saya bangga dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan semua orang terutamanya kaum wanita. Berpegang
kepada nasihat ibu, apa jua yang kita buat biarlah ikhlas, Insya Allah, saya harap apa yang cuba
saya sebarkan dan sampaikan mencapai objektif sebenar. Terima kasih semua.

Page 6

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

SEJARAH SULAMAN

ebanyakan seni jahitan dan sulaman dipercayai berasal dari negara Timur dan Timur
Tengah. Sejak zaman dahulu, manusia primitif telah menyedari seni jahitan yang
digunakan untuk menyambung kulit binatang boleh diperindahkan dengan sulaman.

Pada tahun 1964, fosil seorang pemburu buaya, Cro- Magnon telah dijumpai sewaktu proses
penggalian di kawasan Sungir berdekatan Vladimir, Rusia. Hasil pertemuan bersejarah itu
menunjukkan pakaian bulu-bulu, topi dan but yang dipakai oleh si pemburu dihiasi penuh
dengan barisan sulaman manik pelbagai corak.
Bagi sulaman tangan cina di Siberia yang bermula pada 5000 sebelum Masihi pula menunjukkan
cengkerang pelbagai bentuk, disulam bersama manik pada permukaan kulit binatang. Lakaran
pada Mosaics of Byzantium, 500 A.D memaparkan seni sulaman halus menggunakan benang sutera, ditatahi batu-batu permata dan mutiara.
Pada tahun 1100, mutiara bersaiz kecil dijahit ke atas kertas tulis yang lembut dan halus, menghiasi peralatan keagamaan. Bermula dari tahun 1200 sehingga 1300, manik mula disulam ke
atas pakaian.
Seterusnya, dalam tahun 1500, seni sulaman manik dan labuci mula digayakan dengan mewah
di sekitar Eropah serta seluruh dunia. Trend ini menjadi popular dan berterusan sehingga tahun
1700. Kemudian, seni sulaman benang diperkenalkan secara menyeluruh ke serata dunia. Boleh dikatakan hampir setiap barang seperti bakul, gaun, perhiasan rumah dan lain-lain lagi
diperindahkan dengan sulaman benang, manik dan labuci.
Dengan kemajuan teknologi, seni sulaman tangan benang, manik dan labuci mula berkurangan
dengan wujudnya penggunaan mesin pada awal tahun 1800. Pengilangan manik mula berevolusi
mewujudkan satu lagi trend dalam industri fesyen. Hari ini, penghasilan corak sulaman kompleks dengan penggunaan manik dan benang beraneka warna boleh dihasilkan dengan menggunakan mesin jahit sebagai alternatif penggunaan tangan.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 7

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

PERALATAN
BENANG

http://teknikasas.senijahitan.com

idak disangkalkan lagi, penggunaan benang yang bermutu tinggi dalam menghasilkan sulaman berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan dengan harga
jualan bernilai puluhan ribu ringgit (RM). Untuk itu, proses
pemilihan benang mesti dilakukan dengan teliti sebelum memulakan kerja-kerja menyulam pada setiap rekaan.
Sewaktu memilih benang, pastikan benang adalah jenis yang halus kerana ia lebih mudah dicucuk ke dalam lubang jarum. Warna benang selalunya dipadankan
dengan warna latar fabrik
untuk sulaman. Tetapi, efek yang menarik boleh didapati dengan menggunakan benang berwarna kontras.
Antara jenis benang yang sering digunakan ialah benang Nymo. Nymo ialah
sejenis benang sulaman manik yang khas diperbuat daripada nylon berlilin.
Ia boleh didapati dalam saiz "OO", "O", "A", "B", dan yang paling tebal ialah
"F".
Saiz yang biasa digunakan adalah saiz D. Selain Nymo, Silamide, Kevlar dan C-Lon adalah
antara benanglain yang digunakan dalam sulaman kerana tekstur yang licin dan halus.
Tetapi, kebanyakan penyulam di Malaysia hanya menggunakan benang mesin jahit sintetik sebagai alternatif sulaman. Ini kerana kebanyakan kedai kraftangan tempatan menjual benang
sulaman berjenama DMC, Minlon, Metallic, Dolphin dan Wool. Yang penting, tidak kira berapa
jumlah lembar benang digunakan, samada 2 atau 4 pastikan lilin dilurutkan pada benang sebe-

Page 8

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PERALATAN

JARUM

pa sebenarnya fungsi jarum? Soalan yang cukup ringkas. Tetapi, memerlukan pemahaman dan penilaian yang tinggi untuk mencapai tahap mahir dalam proses
memilih jarum yang betul sebelum proses sulaman dilakukan.

Sebagai pengetahuan asas, jarum yang digunakan dalam proses seni menyulam
selalunye tirus bermuncung halus dan panjang. Keadaan fizikal jarum ini menyokong penuh aktiviti sulaman manik dengan penggunaan manik biji (seed
beads). Kelebihan dalam menggunakan jarum jenis ini (sekiranya dibandingkan bersama jarum jahitan biasa) adalah mata jarum itu sendiri yang memboianya menembusi apa jua lubang termasuk manik berlubang kecil. Jarum harus
lepasi lubang-lubang manik, labuci dan fabrik dengan mudah untuk mengelakkesan tarikan benang di atas fabrik.

lehkan
m e k a n

Selain daripada bentuk jarum sulaman yang panjang, sejenis jarum yang dikenali sebagai 'curved beading needle' juga sering dipilih dalam seni sulaman manik. Jarum ini
berbentuk separa bulatan, dengan hujung jarum yang tumpul dan bersaiz 10. Tujuan ia
direka sedemikian adalah untuk memudahkan kerja menimba manik dari bekas simpanan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Kaedah ini amat menjimatkan masa.
Jarum Bermata Besar @ Big Eye needles adalah antara jarum yang mudah untuk dimasuki
benang. Sekiranya susah untuk kita memasukkan benang, jangan sesekali menolak benang itu
secara paksa. Buang saja manik atau tukar kepada jarum yang lain.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 9

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PERALATAN

PERAPI, GUNTING @ CUTTER


DAN PEN MUDAH PADAM

utter sering digunakan untuk memotong benang sewaktu menyulam. Tetapi,


disebabkan fizikal cutter yang mempunyai hujung tirus dan tajam, antara
kegunaan lain membolehkan ianya digunakan untuk mencuit mana-mana bahagian sulaman yang salah dan membetulkan sulaman itu dengan memotong bahagian tersebut tanpa merosakkan bahagian sulaman sedia ada. Cutter juga boleh digunakan
untuk memotong lebihan hujung fabrik. Nama lain bagi cutter adalah 'cloth
shears'. Jenis yang selalu terdapat di pasaran adalah brand YU SAN, dari
CHINA. Jenis ini, mempunyai pemegang plastik berwarna kuning dan tahan
lama jika dibandingkan dengan cutter lain dengan pemegang besi, kerana
pemegang besi selalunya cepat berkarat. Harga yang dijual adalah dalam
range RM2.00 - 2.50. Sekiranya anda tidak mempunyai cutter, gunting pun sudah memadai.
Untuk pen mudah padam, fungsinya adalah untuk membuat lakaran di atas fabrik bagi memudahkan kite menyulam dengan pelbagai rekaan yang dilukis ke atas fabrik. Bahan utama adalah
air dan lakaran akan hilang secara perlahan-lahan apabila dakwat pen ini terdedah kepada
udara. Ada sesetengah pen hanya akan tahan untuk 2-3 jam sahaja dan kemudian dakwat akan
mengeras dan susah untuk dihilangkan melainkan ianya direndam ke dalam air. Oleh itu, pastikan pen yang hendak dibeli ada tertulis 'water-based erasable pen' untuk fabrik. Brand TOHO
merupakan 'water based erasable pen yang terdapat di sekitar pasaran tempatan. Tetapi, pen
dari brand TOHO hanya mempunyai 1 mata bulat sahaja. Ada jenama lain yang menawarkan 2
mata. Satu mata bulat, dan hujung satu lagi adalah mata tirus khas untuk membuat lakaran
'free flow' seperti corak rekaan bunga mahupun juraian.
Selain pen dan cutter, antara bahan lain yang penting dalam proses menyulam
manik adalah perapi @ lilin. Fungsi perapi atau lilin adalah untuk melicinkan
benang agar benang tidak mudah berselirat ketika proses menyulam.
Selain itu, ianya akan menyebabkan benang licin dan memudahkan
manik untuk masuk ke dalam benang. Benang yang disaluti dengan
perapi akan tahan lebih lama dan tidak cepat mereput. Ia akan memelihara benang
sekali gus sulaman tidak akan cepat terlerai.

Page 10

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PELBAGAI
JENIS MANIK

Manik Begol (Bugle Beads)


Manik begol ataupun dikenali sebagai 'bugle' merupakan sejenis manik yang
diperbuat daripada sejenis gelas batang. Gelas batang ini kemudiannya dipotong dengan panjang yang berbeza-beza. Saiz manik begol bermula dari 2mm
sehingga 30mm.
Manik begol selalunya mempunyai bentuk yang licin dan bulat atau bersegi.
Sesetengah manik begol yang dihasilkan oleh Negara India mempunyai bentuk
berbelit-belit (twisted) dan dilukis dengan pelbagai corak hiasan.
Salah satu jenis manik yang mirip manik begol adalah manik potongan heksagon. Manik ini diperbuat dari gelas batang bersisi enam dan kemudian dipotong pendek. Oleh sebab inilah manik potongan heksagon ini mirip rupa manik
begol pendek.
Manik begol sering digunakan dalam rekaan daun, sebagai ranting, batang
ataupun dijahit secara berterabur.

ManiK Teracu (Cylinder Beads)


Manik teracu pula ianya diperbuat daripada kaca atau plastik. Kebanyakan
manik teracu ini dihasilkan dalam pelbagai bentuk. Manik yang mempunyai
kelopak bunga, berbentuk daun ataupun bintang adalah antara jenis manik
teracu yang ada dipasaran pada masa kini.
Kebiasaannya manik ini disaluti dengan warna emas, perak atau gangsa. Bentuknya seolah-olah ianya diperbuat dari perak. Tetapi, manik ini kurang sesuai
dijahit ke atas fabrik kerana daya tahannya rendah dan senang terhakis. Kaedah cucian kering sama sekali tidak digalakkan kerana ianya akan menyebabkan lapisan salutan tadi menggelupas.
India dan Indonesia merupakan antara Negara yang dikenali banyak mengeluarkan manik jenis teracu

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 11

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PELBAGAI JENIS MANIK

2
Manik Biji (Seed Beads)
Merupakan sejenis manik kaca bulat (rocailles) berbentuk donat. Manik ini
diperbuat daripada gelas sejak 5000 tahun dahulu. Ianya pertama kali digunakan oleh orang Mesir dengan menggunakan kaedah 'pembentukan teras'.
Kemudian, pembuatan manik kaca ini berkembang dari Venice ke Bohemia merentasi negara Eropah. Pada tahun 1549, kilang pengilangan kaca yang pertama
ditubuhkan di London.
Hari ini, Jepun merupakan salah satu pengeluar utama manik kaca bulat. Nama
MIYUKI tidak asing lagi kepada penggemar dan pengguna manik. Ianya sering
mencuri perhatian ramai dengan kemasan dan kilauan manik yang bermutu
tinggi.
Saiz manik biji kaca bulat (rocailles) ini diambil kira dengan pengukuran diameter. Unit pengukuran yang digunakan pula adalah dalam milimeter (mm). Antara
saiz yang dijual di pasaran global, adalah:
1. RR 15/0 Paling Kecil
2. RR 11/0
3. RR 8/0
4. RR 6/0 Paling Besar
5. RR 5/0 E Beads
6. RR 1/0

Manik Heksagon (Hexagon Beads)


Manik heksagon adalah manik yang mirip manik begol. Manik ini diperbuat dari
gelas batang bersisi enam dan kemudian dipotong pendek. Oleh sebab inilah
manik potongan heksagon ini mirip rupa manik begol pendek.
Manik hexagon sering digunakan dalam hampir setiap teknik sulaman sama ada
jahitan jelujur, beriring mahupun apa jua bentuk bunga. Ia mempunyai permukaan potongan 2 daripada 1 permukaan seperti manik begol.

Page 12

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PELBAGAI JENIS MANIK

2
Manik Bersegi ( Beads)
Manik bersegi adalah manik yang diperbuat daripada kaca ukir atau kristal.
Ianya datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sekiranya di perhatikan secara
rambang, tiada perbezaan kelihatan antara kaca dan kristal. Tetapi, sekiranya
kita perhatikan dengan betul, kita dapat mengenali dan membezakan antara
kaca atau kristal.
Untuk manik bersegi yang dibuat menggunakan kaca ukir, kilat ataupun kilauannya tidak menyerlah seperti kristal. Cahaya yang terpancar dari pemotongan kaca adalah secara terus dan tidak memberikan pembalikan cahaya yang
berkilau. Manakala kristal, memberikan kilauan seperti berlian.
Dari segi harga pula, manik bersegi kaca lebih murah daripada manik bersegi
kristal mengikut saiz dan bilangan yang dijual dalam setiap bungkusan. Manik
bersegi kaca sering kali digunakan untuk membuat bunga pahar atau bunga telur. Oleh itu, dilarang menggunakan manik bersegi kaca melainkan ianya iberitahu boleh dijahit atas fabrik.

Manik Silinder (Cylinder Beads)


Manik silinder ialah sejenis manik tiub kecil yang mana pada kebiasaannya
mempunyai lubang yang besar. Delica, Magnifica dan Antique semuanya adalah
jenis manik tiub.
Di pasaran tempatan, kebanyakan kedai kraftangan seperti Sayang You, Bunga
Reben, SSF yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), ataupun manamana kedai lain di serata semenanjung, Sabah dan Sarawak, ada menjual atau
membekalkan manik silinder terutamanya Delica. Manik silinder ini selalunya
diguna bersama-sama manik heksagon, labuci ataupun mutiara.
Terdapat 3 versi manik Silinder:

Delica: Dikeluarkan oleh MIYUKI

Treasures: Dikeluarkan oleh TOHO

Aiko: Dikeluarkan secara eksklusif oleh TOHO

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 13

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

PELBAGAI JENIS MANIK

2
Manik Pony (Pony Beads)
Asal usul nama manik Pony diberi apabila manik ini dibawa ke America Utara
dengan Pony Express. Manik Pony ialah sejenis manik biji (seed beads) yang
bersaiz 5, 6 dan 8. Manik ini mempunyai lubang yang lebar dan sering digunakan oleh kanak-kanak dalam projek kraf tangan mereka. Manik pony boleh didapati dalam pelbagai warna, sama ada yang berkilau, lut sinar mahupun yang
boleh bersinar dalam gelap.
Bagaimana untuk mengukur dan mengecam saiz manik? Bagi kebanyakan
manik, saiznya di tanda dengan mengambil ukuran merentang lebar manik
dalam milimeter (mm). Untuk saiz manik seperti manik Delica dan manik biji,
nombor digunakan untuk menandakan saiz manik tersebut
Lebih tinggi nombor sebutir manik maka saiz manik akan menjadi lebih kecil.
Seperti manik-manik yang lain, manik pony juga terdapat dalam pelbagai bentuk selain daripada bentuk bulat. Harga bagi manik pony pula tidak mahal dan
mudah didapati di kebanyakan kedai kraf tangan dan juga kedai permainan
kanak-kanak seperti Toy r Us.

Manik Petite (Petite Beads)


Manik Petite merupakan panggilan untuk manik yang bersaiz kecil dimana saiz
ini sering kali terdapat dalam saiz 14 dan 15. Manik dengan saiz ini dikenali sebagai manik petite. Setiap manik termasuklah manik petite ini bersama dengan manik yang lain mempunyai kemasan yang berlainan.
Sulaman yang menggunakan manik petite selalunya diletakkan dengan harga
yang lebih tinggi kerana hasilnya yang halus. Walaupun leceh dan remeh, namun bagi penggemar sulaman halus, ianya tetap digemari ramai.
Manik ini juga sering digunakan dalam rekaan aksesori wanita seperti rantai,
gelang, anting-anting dan tas tangan. Aksesori yang menggunakan manik petite
adalah 30% - 50% lebih tinggi dari manik-manik yang lain.

Page 14

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK
ASAS SULAMAN

Simpulan
Simpulan digunakan sebagai permulaan pada setiap sulaman. dan akhiran sulaman. Simpulan yang kukuh memastikan setiap susupan jahitan itu kukuh dan tidak terbuka sewaktu
proses sulaman sedang dilakukan ke atas fabrik
Cara-cara menyulam:
1.
B

Mulakan dengan menyusup benang tanpa menyimpul

benang dari A ke B. Kemudian tarik perlahan-lahan


A

sehingga ekor benang termasuk ke dalam fabrik. Pastikan


ibu jari kiri sentiasa memegang pangkal jarum.

2.

Cuitkan hujung jarum sedikit ke atas fabrik di B.

3.

Tanpa melepaskan pangkal jarum, buatkan 1 lilitan

(loop) dan masukkan lilitan ke pangkal jarum.

4.

Pastikan ibu jari kiri memegang simpulan dan tanpa

melepaskannya, sentap kuat sedikit untuk memantapkan


simpulan benang.
Tips:

5.

Beginilah rupa simpulan ke atas fabrik.

Kaedah
yang
same digunakan
untuk mematikan
sulaman
pada
bahagian fabric.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 15

http://teknikasas.senijahitan.com

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik1: Jelujur 1 Manik


Jelujur merupakan teknik yang paling asas dalam seni sulaman manik mahupun benang.
Kekemasannya diukur dari segi jarak ruang antara 1 jelujur ke 1 jelujur yang lain. Penggunaan teknik ini dengan gabungan warna manik ang sesuai ke atas fabrik akan memberikan
impak yang ringkas dan elegan.

Cara-cara menyulam:
1.

Buatkan 1 simpulan. Kemudian masukkan sebutir

manik potongan 2 heksagon (2 cut).

2.

Dengan menggunakan ibu jari kiri, tarik benang dan

rapatkan manik menggunakan hujung jarum.

3.

Susupkan

jarum

ke

hadapan

fabrik

dengan

menganggarkan jarak 1 butir manik.

4.

Pastikan ibu jari kiri memegang manik ketika menarik

benang secara perlahan-lahan. Lakukan langkah 3 berulang


kali mengikut garisan lakaran di atas fabrik.

5.

Inilah hasil jelujur 1 manik di atas fabrik.


Tips:
Jahit
simpul
selepas setiap 5
atau
6
butir
manik
bagi
mengelakkan
sulaman terlerai
semua sekali.

6.

Page 16

Gambaran bahagian belakang teknik jelujur 1 manik.

Cara ini juga


akan mengelakkan sulaman dari
t e r t a r i k
benangnya.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik 2: Tali Air


Cara jahitan Tali Air menyamai jahitan Back Stitch. Teknik ini sering digunakan untuk
membuat garisan luar lakaran, dedaunan, ranting kayu atau apa jua corak geometri. Jahitan
secara rapat dengan lakaran panjang amat sesuai di aplikasikan ke atas gaun makan malam.

Cara-cara menyulam:
1.

Buatkan

simpulan

pada

permulaan

pangkal.

Masukkan 4 atau 5 butir manik silinder. Sekiranya


menggunakan manik bulat, masukkan 5 butir manik bulat.

2.

Tarik benang menggunakan ibu jari kiri dan rapatkan

manik dengan menggunakan hujung jarum.

3.

Masukkan jarum dari arah belakang (ala back stich)

separuh dari saiz deretan manik. Tarik benang secara


perlahan sambil ibu jari kiri memegang deretan manik tadi.

4.

Kemudian, masukkan semula jarum ke dalam 2 butir

manik dari arah hadapan. Pegang manik dan tarik secara


perlahan-lahan.

Tips:

5.

6.

Ulangi langkah dari 1 ke 4 mengikut lakaran.

Jahit simpul dibahagian


bawah
fabric
selepas
setiap 4 atau 5
butir manik tali
air bagi mengikat
deretan manik.

Inilah rupa teknik Tali Air pada bahgaian belakang

fabrik.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 17

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik 3: Labuci dan Manik Asas


Labusi dan manik asas sering kali digunakan secara bersendirian sebagai rekaan bunga tabur
atau sebagai highlight dalam sulaman. Labuci saiz besar digunakan untuk menampakkan taburan bunga pada atas fabrik.

Cara-cara menyulam:
1.

Masukkan sekeping labuci dan sebutir manik pada

jarum.

2.

Susupkan jarum ke dalam fabrik menerusi lubang

labuci.

3.

Ulangi langkah a) dan b) bagi jahitan seterusnya

mengiku lakaran. Inilah rupa bentuk bahagian belakang


teknik labuci dan manik asas.
Tips:
Teknik ini boleh
digunakan sebagai inti bunga
dengan menggabungkan 2-3 lapis
labuci yang berlainan saiz.
Penggunaan
labuci
berwarna
gelap di lapisan
bawah
akan
menaikkan
seri
sulaman.

Page 18

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik 4: Deretan Labuci


Rekaan ringkas yang boleh dipelbagaikan dengan saiz dan jenis sequin yang berlainan akan
menghasilkan impak yang elegan. Sering disulam sebagai corak bebas ke atas sarung kusyen,
bahagian leher blaus, jeans dan lain-lain lagi.
Cara-cara menyulam:
1.

Buatkan 1 simpulan di atas fabrik pada permulaan la-

karan. Kemudian masukkan sekeping labuci leper (Indian


sequin).

2.

Susupkan jarum ke belakang simpulan tadi dengan

menganggar jarak susupan untuk sekeping labuci leper.

3.

Terbalikkan

labuci

dengan

menggunakan

hujung

jarum.

4.

Seterusnya, susupkan jarum ke bahagian tengah

lubang labuci pertama.

Tips:
Cara
sulaman
back stitch ini
akan menyebabkan labuci terbalik
sendiri.

5.

Ulangi langkah 14

6.

Matikan jahitan dengan menyusupkan jarum ke

Gunakan hujung
jarum
untuk
men gem bal i k an
labuci dan seterusnya
ulangi
langkah
seperti
biasa.

dalam lubang labuci terakhir bagi memegang deretan


labuci dengan kemas.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 19

http://teknikasas.senijahitan.com

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik 5: Labuci Bersayap


Asas kepada pembentukan bunga dan sering diolah dengan pelbagai rekaan dengan menggunakan variasi sequin dengan warna yang berlainan..
Cara-cara menyulam:
1.

Buatkan 1 simpulan. Masukkan sekeping labuci dengan

permukaan labuci menangkup ke bawah. Masukkan sebutir


manik bulat (round seed beads). Akhir sekali, masukkan
sekeping

labuci

dengan

permukaan

melengkungnya

menghadap ke atas.
2.

Cucuk jarum ke dalam kain.

3.

Bagi susupan seterusnya, pastikan jarum keluar dari

bawah kain dengan menganggarkan jarak labuci ke-2


adalah same lebar dengan diameter labuci.

4.

Ulangi langkah 1-3bagi jahitan seterusnya mengiku

lakaran yang dibuat.


Tips:

5.

Inilah hasil bagaimana pembentukan kelopak bunga

menggunakan teknik ini.

6.

Keadaan bahagian belakang fabrik dengan kaedah

yang betul.

Page 20

Gunakan tangan
kiri untuk menarik
benang
dengan
tegang manakala
tangan
kanan
merapatkan
labuci bersayap
dengan
menggunakan muncung
jarum.
Bilangan kelopak
yang
disyorkan
adal ah
dal am
bilangan
ganjil
seperti 5, 7 dan
sebagainya.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik 6: Manik 3 Serangkai


Teknik ini sering digunakan sebagai filling untuk bahagian tengah bunga. Bagaimanapun, ia juga sesuai dijahit bersendirian di atas fabrik kosong dengan
taburan tidak sekata.
Cara-cara menyulam:
1.

Buatkan 1 simpulan. Kemudian masukkan 3 butir

manik pada jarum. Susup jarum berdekatan dengan susupan


awal.

2.

Keluarkan benang di bahagian luar tengah dari sulaman

pertama. Masukkan 3 butir manik lagi ke dalam benang dan


masukkan jarum ke bawah fabrik secara bertentangan.

3.

Ulangi langkah 2 dengan menyusup benang dari bawah

fabrik secara bertentangan.

4.

Inilah hasilnya.

Tips:
Setiap
susupan
jarum harus bertentangan
antara
sama sama lain
bagi mendapatkan
kelompok
manik
yang kemas dan
cantik.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 21

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

TEKNIK ASAS SULAMAN

Teknik 7: Sisik Ikan Asas


Nama ini sinonim dengan sisik ikan kerana keadaannya yang berlapis antara
satu sama lain membentuk deretan sisik yang tersusun rapi. Sering disulam
untuk memenuhi ruang kosong lakaran kelopak bunga besar.

Cara-cara menyulam:
1. Buatkan 1 simpulan di bahagian dalam sedikit dari
garisan rekaan kelopak bunga.

2.

Masukkan sekeping labuci dengan permukaan labuci

melengkung ke atas.

3.

Susupkan jarum di garisan lakaran kemudian keluarkan

jarum di sebelah tepi sebaris dengan simpulan tadi.

4.

Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga habis lakaran garisan.

Untuk barisan kedua, mulakan susupan pada garisan hadapan


barisan pertama sisik ikan.

5.

Ulangi langkah 2 dan 3 sehingga habis barisan kedua.

Lakukan cara yang sama untuk memenuhi ruang yang lain.


Tips:

6.

Page 22

Inilah hasil sulaman.

Sul aman
bol eh
dibuat kelopak demi
kelopak
atau
mengelilingi garisan
lak ar an
sec ara
berbaris.

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

REKAAN LENGKAP
4
KOMBINASI TEKNIK ASAS
CONTOH 1: OMBAK-OMBAK
(a)

(b)

(b)

T5: Manik Bersayap


T4: Deretan Labuci

(b)

(b)

(a)

T4: Deretan Labuci


(c)
(b)

T2: Tali Air


(c)

Eye Drop Pearl & 1 butir manik


Nota: Corak ini juga sesuai dijahit pada bahagian depan blaus. Penggunaan batu plastik atau
batu asli akan menaikkan seri blaus. T4 boleh ditukar kepada T1 dan menggunakan manik
potongan heksagon.
2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)
Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 23

http://teknikasas.senijahitan.com

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

REKAAN LENGKAP - KOMBINASI TEKNIK ASAS


Bahan-bahan:
Manik MIYUKI 11/0 Round Rocailles (RR)
Manik MIYUKI 11/0 Hexa 2 Cut
Labuci Bulat (Sequin Round) 6mm
Labuci Bulat (Sequin Round) 4mm
Labuci India
Eye Drop Glass Pearl
Jarum
Benang
Cutter atau gunting

Cara-cara Menyulam:
1. Mulakan susupan benang pada atas bahagian bahu, tanpa menyimpul
benang dari dalam.
2.

Buatkan satu simpulan (knots) dengan satu kali lilitan sahaja.

3.

Jahitkan (a). Masukkan 1 biji labuci india (leper). Jahit dengan


mengaplikasikan T4: Deretan Labuci mengikut garisan lakaran yang telah
dibuat atas fabrik.

4.

Jahitkan (b) dengan T5: Manik Bersayap, buatkan kelopak bunga dengan
mengikuti lakaran bulatan luar. (Susunan Manik Bersayap: Masukkan labuci
bulat 6mm dengan permukaan menangkup ke bawah, 1 butir manik MIYUKI
11/0 RR, labuci bulat 4mm dengan permukaan melengkung ke atas, 2 butir
manik MIYUKI 11/0 RR dan 1 butir manik MIYUKI 11/0 Hexa 2 cut).

5.

Susup jarum ke dalam fabrik di bahgaian tengah lakaran bulatan kecil.


Ulangi langkah 4 dan 5 dengan mengikut garisan lakaran.

6.

Jahitkan (c) dengan menggunakan T2: Tali Air. Masukkan 6 butir manik
MIYUKI 11/0 Hexa 2 cut dan jahitkan T2 (garisan lakaran mengikut citarasa

SELAMAT MENCUBA!

anda. Sekiranya anda mahukan garisan yang lebih panjang, maka bilangan Tips:
T5
manik juga akan bertambah mengikut garisan lakaran anda).
7.

Masukkan 3 butir manik MIYUKI 11/0 Hexa 2 cut diikuti dengan 1 butir Eye
Drop Glass Pearl dan 1 butir manik MIYUKI 11/0 RR. Susup ke arah belakang
separuh dari bilangan manik dan masukkan jarum kedalam fabrik.

8.

Jahitkan 2 kali simpulan di bahagian belakang fabrik untuk mematikan

boleh ditukarganti dengan T2.


Gunakan
warna
manik yang kontra.

T4 pula boleh ditukar kepada T1 dengan menggunakan


2 butir hexagon 2
cut.

sulaman.

Page 24

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared by
the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any other
parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Teknik Asas Sulaman Manik dan Labuci

http://teknikasas.senijahitan.com

2008 Intan Mastura Mohd Salleh (http://senijahitan.com/blog)


Information contained herein is the sole property of Intan Mastura Mohd Salleh as the author of this note and was prepared
by the author herself for the beading fans. This information shall not be copied and/or distributed in part or in whole to any
other parties without prior written permission of Intan Mastura Mohd Salleh

Page 25

Anda mungkin juga menyukai