Anda di halaman 1dari 4

Saya : Assalamualaikum Tuan. Saya,Nur Diyana Salimi,pelajar dari SMK.

Kompleks Mengabang Telipot, terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi meluangkan masa dengan saya pada hari ini.Temuramah ini akan saya muatkan dalam kerja kursus sejarah saya seperti yang dilampirkan. Pengurus: Walaikumsalam saudari. Terima kasih kembali kerana sudi datang. Saya harap dengan maklumat yang akan saya sampaikan ini dapat membantu anda untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya: Sebagai permulaan bicara kita ,saya ingin mengetahui tentang syarikat tuan.Bolehkah tuan ceritakan sedikit tentang syarikat tuan ini? Pengurus:Boleh.Pada permulaannya,ibu saya iaitu Puan Atikah yang menguruskan segala hal dalam syarikat ini. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1970 di Puau Rusa,Kuala Terengganu.Ibu saya telah membentuk syarikat ini secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Ketika itu, anak bongsunya sahaja yang membantu beliau di dalam memasarkan songket,itupun secara sambilan. Saya:Setahu tuan, berapakah kos permulaan bagi menubuhkan syarikat ini dan secara apakah untuk mendapatkan modal tersebut? Pengurus:Setahu saya,kos permulaan bagi menubuhkan syarikat in adalah RM25ribu secara berhutang.Walaubagaimanapun, ibu saya telah berjaya mengebangkan syarikat ini hingga ke hari ini. Saya:Saya amat kagum dengan usaha gigih ibu tuan untuk memajukan syarikat ini.Malah,apa yang berlaku pasti ada masalah yang perlu kita hadapi. Apakah antara masalah yang perlu dihadapi oleh pihak tuan untuk memajukan lagi pengusahaan ini?

Pengurus:Saya setuju dengan pendapat anda tersebut.Setiap yang berlaku pasti ada masalah dan kekurangannya.Sama seperti pihak kami perlu menghadapi banyak untuk berjaya seperti sekarang.Masalah yang perlu kami hadapi adalah masalah pekerja yang susah untuk datang ke kilang ekoran sibuk menguruskan rumahtangga dan adakalanya sering sakit.Pada masa yang sama, sumber bahan-bahan mentah yang sering kurangan juga menyebabkan kami perlu mencari bahan-bahan tersebut dengan segera agar dapat menyiapkan tempahan songket dari pelanggan. Saya:Selain dari masalah tersebut,apa lagi yang boleh menyebabkan peratusan pengeluaran songket menurun? Pengurus:Selain itu,pihak kami terpaksa meminta bantuan pekerja luar akibat masalah cuaca yang sering hujan.Dengan adanya perkhidmatan ini,pengeluaran songket dapat dikeluarkan dan kami turut dapat memasarkan songket kami ini kepada cawangan-cawangan yang lain. Saya:Jika masalah ini dapat diselesaikan,apakah perancangan tuan pada masa hadapan bagi meneruskan lagi usaha ibu tuan dalam bidang seni songket ini? Pengurus:Dalam perancangan saya dan keluarga,kami akan menubuhkan sebuah mini hotel di pusat bandar Kuala Terengganu.Tujuan penubuhan mini hotel ini bagi memperamaikan orang dalam negera mahupun luar negara ke Terengganu dan secara tidak lansung mereka juga dapat meihat hasil kesenian kraftangan dan songket Melayu yang ada di Terengganu.Berkemungkinan,ekopelancongan jugak akan terlibat dalam penubuhan mini hotel ini. Saya:Saya harap impian tuan dapat dikecapi dengan jayanya.Bagi meneruskan lagi temuramah ini,saya ingin bertanya kepada tuan tentang bagaimana dan berapa lama untuk menghasilkan songket?

Pengurus: Terdapat lapan proses yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan. Antaranya ialah meleraikan, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun. Langkah-langkah ini yang memboleh seseorang itu menyiapkan songket yang dikehendaki.Untuk menghasilkan sekaki songket yang halus buatannya,seseorang itu mengambil masa selama tiga hari.Bagi sampin pula,seseorangitu mengambil masa 10 hari dan semakin rumit sesuatu corak itu,makin lama untuk menyiapkan songket tersebut. Saya:Apakah bahan-bahan yang perlu ada semasa pembuatan songket? Pengurus: Dari segi bahan-bahan ialah benang dan pewarna sebelum proses tenunan.Semasa tenunan pula,seseorang itu perlu ada benang sutera,benang kapas,benang emas ataupun perak(metallic yarn) dan benang rayon. Saya:Barulah saya tahu bahawa pembuatan songket ini amat merumitkan dan perlu ada kesabaran.Yang paling penting, kerajinan dalam melakukan semua langkah-langkah tersebut.Dari segi peralatan bagaimana pula tuan? Pengurus:Dari segi peralatan pula,ia terdiri daripada kek tenunan,kek mengarat,rahak,peleting buluh(bobbin),lidi daun kelapa,papan gulung,anak kayu,dua belira,sikat dan jentera,jarum culik,batang anak kayu,kayu karat,benang losen,lidi nibung atau buluh,benang batang bunga songket,darwin paka,darwin benang emas,cuban,torak pakan.torak benang emas dan sumbi. Saya:Dengan penjelasan tersebut barulah saya tahu terdapat banyak peralatan danbhan-bahan yang perlu ada semasa tenunan songket.Jika saya membeli kain songket,bagaimanakah cara untuk mengekalkan keasliannya? Pengurus:Jika saudari membeli songket ataupun pembeli yang membeli songket dari kami,saya ataupun pekerja saya akan menjelaskan cara-cara untuk mengekalkan keasliannya.Antaranya dengan cara membasuh songket tersebut. Saudari boleh membasuh

songket tersebut dengan cara dry-cleaning. Dengan cara ini,warna tidak mudah pudar dan lentur.Selain itu,cara penyimpanan juga antara cara mengekalkan keaslian songket tersebut.Saudari boleh menyimpan songket tersebut dengan cara menyidai songket tersebut untuk mengekalkan kualiti kain songket tersebut. Saya:Susah juga untuk kita kekalkan keaslian dan kualiti songket tersebut.Sebelum kita menamatkan temuramah kita ini,saya ingin tahu apakah lambang ataupun identiti Nur Atikah Songket ini yang membolehkan ramai pelancong dapat mengetahui hasil songket tersebut dari pihak tuan? Pengurus:Bagi saya,identity songket kami hanya bergantung kepada corak dan jenis benang.Lagipun jika kita melakukan sesuatu kerja ,kita mesti melakukannya secara seikhlas hati kita.Barulah mendapat keberkatan. Saya:Baiklah tuan.Terima kasi kerana memberi banyak maklumat dan meluangkan masa bersama saya pada hari. Saya amat menghargai jasa dan budi baik tuan. Saya harap syarikat tuan semakin maju dan mendapat sambutan dari pelancong-pelancong luar negara. Pengurus: Sama-sama. Saya harap saudari dapat menyelesaikan tugasan ini sebaik mungkin.

Anda mungkin juga menyukai