Anda di halaman 1dari 3

SYARAT KEMASUKAN

Tajuk [PQI] Diploma Pascasiswazah Pendidikan

Kandungan • Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dikendalikan secara sepenuh masa dan
keperluan kredit ialah 36 dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya satu (1)
tahun. Tempoh maksimum adalah tiga (3) tahun.
Sepanjang tempoh pengajian kaedah kursus yang digunakan adalah meliputi Kuliah,
latihan makmal sains/kejuruteraan/komputeran, tugasan, pembentangan, pengajaran
mikro dan juga latihan mengajar.Antara Pengkhususan Bidang yang ditawarkan
adalah:

• Kimia

• Biologi

• Matematik

• Fizik

• Sains Komputer

• Pendidikan Islam

• Pendidikan Tahfiz

• Teknologi Pengajaran

• Sejarah

• Bahasa Melayu

• Bahasa Cina

• Pendidikan Jasmani & Kesihatan


Peluang Setelah tamat pengajian, graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersedia memenuhi
Pekerjaan keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan
peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah pra-universiti dalam pelbagai bidang
ilmu, sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau di kolej swasta.

Struktur Program ini adalah terdiri daripada tiga puluh enam (36) kredit. Struktur Pengajian yang
Pengajian disusun mengikut semester seperti dalam LAMPIRAN A.

Kerja Kursus Kredit

Kursus Teras Pendidikan 15

Kursus Pengkhusususan Pertama 9

Kursus Pengkhusususan Kedua 6

Kursus Persediaan Professional 6

Jumlah Kredit 36

Syarat 1. Syarat Minimum Kemasukan:


Kemasukan

1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-


kurangnya CGPA 3.0),

ATAU

2. Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN

1. Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang


pendidikan;

ATAU

2. Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti Pendidikan


ATAU

3. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

ATAU

4. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.

1. Lulus temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan

Pengambilan September (sekali setahun)

Yuran RM 11,062.50

Anda mungkin juga menyukai