Anda di halaman 1dari 1

TAJUK : FAKTOR RISIKO DIABETES DI MALAYSIA

Ddarmesah Gabda, Amran Ahmed, Tahir Aris & Siti Rahayu Mohd. Hashim

Tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan kedua melaporkan bahawa prevalens


diabetes adalah lebih tinggi pada tahun 1996 berbanding tahun 1986. Hasil tinjauan kedua
menunjukkan diabetes meningkat dengan pertambahan umur dan indeks jisim badan tetapi
menurun mengikut peningkatan tahap pendidikan. Kawasan bandar juga menunjukkan
prevalens lebih tinggi berbanding kawasan luar bandar. Faktor sosioekonomi seperti
kegemukan,pemakanan dan gaya hidup adalah antara faktor risiko menghidap diabetes.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor risiko diabetes di Malaysia dengan
menggunakan data tinjauan kesihatan dan orbidit kebangsaan kedua. Analisis yang dilakukan
adalah untuk membuat pemodelan risiko menghidap diabetes. Melalui analisis logistik,
pengaruh kesemua resiko dilihat secara serentak. Kaedah kajian yang digunapakai adalah
persempelan, populasi kajian dan analisis kajian. Hasil yang terhasil dalam kajian ini adalah
wanita yang menghidap diabetes lebih kecil berbanding lelaki. Dari segi kaum pula, India
adalah lebih tinggi daripada cina dan melayu yang menghidap diabetes. Manakala jisim
badan (BMI) juga mempengaruhi faktor resiko diabetes. Tabiat merokok juga akan
memberikan menyebabkan faktor resiko diabetes. Bagi golongan yang tidak bekerja
menyebabkan kadar diabetes lebih tinggi berbanding golongan bekerja. Kesimpulannya, hasil
analisis kajian yang dilakuakan memberikan keputusan yang selaras kecuali faktor senaman
yang tidak bererti dalam model reresi logistik

Anda mungkin juga menyukai