Anda di halaman 1dari 36

TUJNJANG 4 :

LAKUAN MOTOR DAN


BIOMEKANIK

UNIT 1:
ASAS KAWALAN MOTOR
4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR

Bidang pengajaran pergerakan manusia


tentang mekanisme sistem biologi
menghasilkan lakuan motor.

Bidangkawalan motor mengkaji postur


dan pergerakan manusia serta mekanisme
yang mengawal kedua-duanya.
4.1.1 DEFINISI KAWALAN MOTOR

Bidang ini menjelaskan bagaimana


berlakunya organisasi semua proses yang
terlibat dalam mekanisme mengawal
pergerakan.

Kawalan pergerakan dicapai menerusi


interaksi semua jenis lakuan motor yang
mampu dihasilkan oleh sistem biologi.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS-JENIS LAKUAN MOTOR
YANG MAMPU DIHASILKAN OLEH
SISTEM BIOLOGI ADALAH:
Lakuan Motor Tanpa Kemahiran
(Involuntari)
Lakuan Motor Berkemahiran (Voluntari)
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR TANPA
KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)
Merujuk kepada semua lakuan motor
yang dihasilkan secara luar kawalan.
Pelaku tidak mampu memilih atau
memodifikasikan lakuan yang terhasil.
Pergerakan involuntari terhasil apabila
situasi memerlukan pergerakan tersebut.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR TANPA
KEMAHIRAN (INVOLUNTARI)
Contohnya:
Pantulan lutut
Tarik tangan atau kaki bila terkena
benda panas
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN
INVOLUNTARI
1) Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor.
2) Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan
menukar rangsangan kepada impuls sensori.
3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah
iaitu saraf tunjang.
4) Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron
motor.
5) Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi
impuls motor.
6) Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor.
7) Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor,
pergerakan involuntari terhasil.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN
INVOLUNTARI
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN
INVOLUNTARI
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI)
Merujuk kepada semua lakuan motor yang
dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan.
Pelaku memilih dan menentukan untuk
melakukan sesuatu pergerakan.
Mutu lakuan yang terhasil dipengaruhi oleh
interaksi pelaku dengan persekitaran
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN


(VOLUNTARI)
Interaksi pelaku dengan persekitaran
dipengaruhi oleh beberapa aspek seperti
tahap kemahiran dan pengalaman.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI)
Contoh pergerakan voluntari:
Apabila mendapat hantaran tinggi ke
belakang gelanggang dalam sukan
badminton, pemain berkemahiran tinggi
mungkin membuat smesy, manakala pemain
yang berkemahiran rendah mungkin
membalas dengan hantaran lob.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
LAKUAN MOTOR BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI)
Contoh pergerakan voluntari:
Ketika menerima servis dalam sukan bola
tampar, pemain pasukan yang kurang
berkemahiran akan menghantar semula bola ke
gelanggang lawan, manakala pasukan yang
berkemahiran akan membuat strategi menyangga,
mengumpan dan merejam.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN VOLUNTARI
1) Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh
sistem reseptor.
2) Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan
menukarkannya kepada impuls sensori.
3) Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat
rendah. Bahagian-bahagian sistem saraf pusat peringkat
rendah yang terlibat ialah:
Saraf tunjang (spinal cord), Tunjang otak (brain stem)
dan Otak tengah (mid brain)
4) Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
MEKANISME PERGERAKAN VOLUNTARI
5) Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf
pusat peringkat tinggi di korteks sensori.
6) Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks
sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori
motor yang terdapat di korteks motor.
7) Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar
menjadi impuls motor. Beberapa pemprosesan integrasi
sensori motor akan berlaku di korteks serebral.
8) Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar
semula ke saraf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor.
9) Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini
pergerakan voluntari terhasil.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

MEKANISME PERGERAKAN
VOLUNTARI
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS
PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI)
TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU;
Kemahiran generik
Kemahiran berobjektif
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENISPERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran pergerakan yang diwarisi
manusia. Manusia dilahirkan dengan
potensi untuk melakukan pergerakan
asas seperti berjalan.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS
PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN GENERIK
Kemahiran generik berkembang
melalui proses semula jadi seperti
tumbesaran, kematangan dan penuaan.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN BEROBJEKTIF
Kemahiran yang dipelajari dan
mempunyai objektif khusus.
Contohnya, modifikasi teknik berjalan
untuk memperolehi kelajuan di tahap
optimum.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
KEMAHIRAN BEROBJEKTIF
Kemahiran berobjektif berkembang
melalui proses fizikal seperti praktis
(pembolehubah pembelajaran) dan
latihan (pembolehubah prestasi).
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENIS PERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
Kemahiran generik dan berobjektif terdiri
daripada dua iaitu;
Pergerakan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR

JENISPERGERAKAN
BERKEMAHIRAN (VOLUNTARI) ;
PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang membolehkan
sesaran jasad secara mendatar seperti
berjalan, berenang dan berbasikal.
4.1.2 JENIS LAKUAN MOTOR
JENIS PERGERAKAN BERKEMAHIRAN
(VOLUNTARI) ;
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
Pergerakan yang tidak menghasilkan
sesaran jasad secara mendatar seperti
menangkap bola dan lompat setempat.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
TERDAPAT TIGA JENIS
KLASIFIKASI KEMAHIRAN MOTOR
YANG ASAS BERDASARKAN
KRITERIA YANG BERBEZA IAITU;
Kriteria ketepatan lakuan
Kriteria ciri pergerakan
Kriteria stabiliti persekitaran
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA KETEPATAN LAKUAN
Klasifikasi kemahiran mengikut kriteria ini
adalah berdasarkan ketepatan lakuan.
Pengkelasan ini berpandukan kepada jenis atau
saiz otot-otot utama yang terlibat dalam
menghasilkan kemahiran. Kelas-kelas
kemahiran berdasarkan kriteria ini dibahagikan
kepada;
Kemahiran motor kasar
Kemahiran motor halus
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA KETEPATAN LAKUAN
KEMAHIRAN MOTOR KASAR
Melibatkan penggunaan otot-otot
besar sebagai otot utama seperti
menendang bola, berlari dan angkat
berat.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA KETEPATAN LAKUAN
KEMAHIRAN MOTOR HALUS
Melibatkan penggunaan otot-otot
kecil sebagai otot utama seperti dart,
memanah, boling padang dan
menembak.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
Berpandukan kepada cara sesuatu
kemahiran itu dimulakan dan diakhirkan.
Permulaan dan pengakhiran kemahiran
dikawal oleh pelaku atau di luar kawalan
pelaku. Kelas-kelas kemahiran berdasarkan
kriteria ini adalah seperti berikut:
Kemahiran diskrit
Kemahiran berterusan
Kemahiran siri
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
KEMAHIRAN DISKRIT
Kemahiran yang permulaan dan
pengakhiran lakuan ditentukan oleh
kemahiran yang terlibat, seperti
menangkap bola, menendang dan
memanah.
Bagi kemahiran diskrit, permulaan dan
pengakhiran lakuan adalah nyata.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
KEMAHIRAN BERTERUSAN
Kemahiran yang permulaan dan akhiran
lakuan ditentukan oleh pelaku seperti
berlari dan berenang.
Bagi kemahiran berterusan, permulaan
dan akhir lakuan adalah tidak nyata.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA CIRI PERGERAKAN
KEMAHIRAN SIRI
Gabungan beberapa kemahiran
diskrit yang menjadi satu kemahiran
tersendiri seperti gimnastik dan
kemahiran lompat tinggi.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA STABILITI
PERSEKITARAN
Berdasarkan keadaan persekitaran
kemahirannya dihasilkan dalam suasana
yang dinamik (berubah-ubah) atau stabil
(tidak berubah- ubah). Kelas kemahiran
berdasarkan kriteria ini terdiri daripada:
Kemahiran luar kawal (open skill)
Kemahiran terkawal (close skill)
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA STABILITI
PERSEKITARAN
KEMAHIRAN LUAR KAWAL
(OPEN SKILL)
Kemahiran yang dihasilkan
dalam suasana yang berubah-ubah
dan dipengaruhi oleh faktor luaran
(persekitaran) seperti bermain
badminton, berlayar dan menjaga gol.
4.1.3 PENGELASAN KEMAHIRAN
MOTOR
KRITERIA STABILITI
PERSEKITARAN
KEMAHIRAN TERKAWAL (CLOSE
SKILL)
Kemahiran yang dihasilkan
dalam suasana stabil dan
dipengaruhi oleh faktor dalaman
(faktor pelaku) seperti bermain
bowling dan melontar peluru.

Anda mungkin juga menyukai