Anda di halaman 1dari 9

*KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU 1511: SENJATA TERAHSIA ZAMAN KSULTANAN MELAYU*

(Di susun semula oleh *Mej Mior Rosli TUDM (Bersara)* dari tulisan2 kiflionly, Al Semantani Jones, Helmi
Effendy, dan Khairul Ashraf Muhammad)

Pada tanggal *15 Ogos 1511* atau juga *24 Ogos 1511* (perbezaan sumber menyatakan tarikh
yang berbeza) adalah detik yang sangat memilukan bagi umat Melayu. Hari ini, tewasnya sebuah
empayar kebangaan umat Melayu keseluruhannya. Rujuk *Research on the Early Malay Doctors 1900-
1957 Malaya and Singapore* dan juga *The Voices of Macao Stones: The Nanjing Massacre
Witnessed by American and British Nationals* untuk tarikh 15 Ogos 1511. Untuk tarikh 24 Ogos 1511,
boleh rujuk *Dictionary of Battles and Sieges: F-O, The Cambridge World History, Volume 3* dan *The
Portuguese in Malay Land oleh Geraldo Affonso Muzzi. *

Sebenarnya apakah yang berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimanakah gambaran sebenar
detik-detik Melaka mempertahankan dirinya dari diperkosa Portugis? Hakikat yang sebenarnya Melaka
sudah mencapai kedudukan politik yang unggul sementara perdagangannya juga terus berkembang,
dan pelabuhannya menggamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Imej
bandar terapung seperti Venice dan Genoa serta pasar dan rumah yang tidak berputusan hingga Muar
bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.

Walaupun memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi
konflik dalaman yang sering kita dengar namun ianya belum cukup parah untuk menjatuhkan Melaka.
Olih kerana makmurnya Melaka maka banyaklah *kaum-kaum ‘asing’ yang mula dengki, hasad dan
cemburu akan kekayaan Melaka. Pembelotan kaum-kaum asing ini juga ibarat gunting dalam lipatan
yang memudahkan lagi kemaraan Portugis. *

Pandangan bahawa Melaka ketinggalan dari segi teknologi meriam, senapang atau istinggar dan peluru
serta lain-lain senjata api perlu diubah dan dibuang sejauh mungkin. Angkatan Portugis dicatatkan
membawa pulang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi
pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi barat.
*John Crawfurd* memetik catatan *De Burros* dalam bukunya, *A Descriptive Dictionary of the Indian
Islands and Adjacent Countries, * bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya
merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan
bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan *De
Burrous* menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka
yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke
India. Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh *Godinho Eredia* dalam buku *Asia
Portugueza, * karya *Manuel de Faria Y Souza* dalam E. Koek, *Portuguese History of Malacca,*
sewaktu kedatangan Portugis di Melaka, jumlah meriam yang dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat
banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat
dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.

*Albuquerque* menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga
dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. *Faria y Souza* mengatakan bahawa sebahagian
besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal
dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan
banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriam-meriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi
walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa
*teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama
tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik. *

Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511
menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagai jenis senjata api berat yang telah
menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun
akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan
yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu
serta pelbagai.

*Thomas John Newbold, * seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam *Political
and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2* bahawa kilang-
kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak
bukan sahaja di Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi
hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan
hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.

Bahkan *Newbold* turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di
Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah
Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat *pendekar Melayu yang
lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar. *

Kita lihat pula tulisan *R. J. Wilkinson, *“The Capture of Malacca, A.D. 1511” *. Beliau menyebut
mengenai beberapa perkataan sepert *“Malay gun-fire” dan “heavy fire” * merujuk kepada bala askar
Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa
orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.

Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka yang cetek dan
berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan
menghujani askar Portugis dengan senjata api

Catatan Portugis sendiri mendapati jambatan Di Sungai Melaka terbina dengan sangat kukuh, malah
rekod-rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang
20 buah kedai di atas jambatan tersebut. Kita boleh menggambarkan jambatan ini seperti jambatan
London Bridge yang pada zaman pertengahan penuh dengan kedai-kedai. Pihak Portugis juga
mengalami kesukaran dan mengambil masa untuk merobohkan jambatan tersebut atas maklumat risikan
dari *Ruy de Aroujo. *

Dari catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah bermula sejak di laut lagi. Sebelum pihak
Portugis berjaya mendarat, mereka dilaporkan telah diserang tentera Melaka di perairan yang 100
mengakibatkan kehilangan nyawa di pihak Portugis.

Pihak Melaka menggunakan perahu atau lancara yang diisi dengan minyak dan bahan pembakar kayu
serta dihalakan ke kapal-kapal Portugis. Taktik *'Fire Ship’* ini sering digunakan di Eropah juga seperti
dalam perang Inggeris dengan Sepanyol pada zaman ratu Elizabeth.

Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapal-kapal Portugis juga turut mendatangkan
kecelakaan. Melaka juga melaksanakan strategi menggertak dan tindakan perang psikologi untuk
menakutkan pihak lawan dengan mengeluarkan sejumlah perahu perang, lancara, tongkang, sampan
dan sebagainya yang lengkap bersenjata untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Walaupun
begitu kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang yang diketuai laksamana pada waktu itu
tiada di perairan.

Maklumat daripada catatan *Giovani Da Empoli* mengesahkan bahawa tentera Melaka telah
menggunakan lancara serta perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula
pertahanan dikukuhkan dengan pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-
meriam pelbagai jenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.

Perang Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat. Pada masa ketibaan Portugis pada 28
Jun 1511 pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua belah pihak menggunakan taktik tunggu
dan lihat, masing-masing menunggu siapa yang akan menyerang dahulu. Hal ini diselangi dengan sesi
perundingan dan diplomasi yang tidak kemana. Pihak Portugis mahu tawanan Portugis termasuk *Ruy
de Aroujo* dibebaskan. Selang tiga minggu dari itu keadaan mula semakin tegang. Beberapa siri
pertempuran kecil berlaku di laut dan dikawasan penginapan para pedagang berdekatan pantai.

Portugis menyerang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera. Kemudian kapal-kapal saudagar
Gujarat di pelabuhan juga dibakar termasuk rumah penduduk di pantai. Walaupun Sultan kemudiannya
membebaskan tawanan, namun perang tetap tidak dapat dielakkan lagi.

Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan kelemahan Melaka. Hal ini kerana mereka telah mempunyai
perancangan yang jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh
*Ruy de Aroujo* dan orang-orang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi
dan *Nainachittu. * Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru malah didalam kelambunya sendiri.
Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka.
*Albuquerque* sendiri pernah menyebut bahawa *“Kita tidak akan dapat menawan melaka dengan
hanya dua batang pedang yang berkarat!” *

Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, *Albuquerque memberi ucapan bahawa
Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah dan sinar
Islam disini akan padam! * Ungkapan beliau ini jelas menunjukkan niat sebenar mereka.

Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai dari yang kita ketahui. Namun *kita sering
mendengar jumlah tentera Portugis hanyalah 1200 orang termasuk 600 tentera upahan Malabari dan
kapalnya lebih kurang 19 buah.* Maklumat daripada *catatan Giovanni menunjukkan bahawa sewaktu
tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan di perjalanan mencecah angka 25 buah.
Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Dengan
demikian kita boleh menganggarkan lebih kurang 27 buah kapal telah tiba di perairan Melaka. *

Malahan terdapat beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan tawanannya dijadikan
barisan sokongan dalam serangan keatas Melaka. *Giovanni turut melaporkan bahawa dalam serangan
pada 25 Julai 1511 terdapat 1500 orang tentera Portugis yang terlibat, dengan pasukan bantuan
daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan dari seorang putera Sumatera (Raja Kampar
menantu Sultan Mahmud sendiri) juga lebih kurang 400 orang belum termasuk tentera bantuan dari
orang Pegu, Siam, malah orang-orang Keling dibawah Nainachittu dan tentera upahan Jawa yang
sengaja berperang dengan tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka Utimutiraja disogok
Portugis.*

Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi seperti di Jambatan, bukit Melaka, Bandar
pelabuhan, Istana dan Masjid sultan. *Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa
(Tentera upahan) yang pada permulaan ogos dibayar tiga bulan gaji terkehadapan disamping barisan
pejuang Turki dan Khorusones atau Parsi sejumlah 3000 orang. *

Walaupun tentera Jawa ini telah dibayar gaji awal untuk tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka kerana penghulu mereka Utimutiraja telah membuat
pakatan dengan *Alfonso de Albuquerque* dan memberitahu anak-anak buahnya agar *‘tidak perlu
bersusah payah menggadaikan nyawa sendiri untuk mempertahankan harta benda orang lain’. *

Persoalannya adakah kekuatan Melaka yang sebenar telah digunakan sepenuhnya? *Sebenarnya
kekuatan Melaka yang sebenar adalah terletak pada armada lautnya. Namun demikian armada laut
Melaka yang terdiri daripada jong-jong yang besar tidak berada di perairan Melaka pada ketika itu. *

Sebelum mulanya serangan yang penghabisan oleh Portugis, Sultan sengaja melambat-lambatkan
pelepasan tawanan dan cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana.
Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut diketahui Portugis yang
menyebabkan serangan total dilakukan sebelum sempat armada itu sampai.

Hal ini disebabkan pihak Portugis sangat takut dengan risikan yang diberikan oleh Ruy de Aroujo yang
mengatakan bahawa *Sultan Melaka mempunyai satu armada laut yang sangat kuat yang diketuai oleh
seseorang yang bernama ‘Laksamana’ yang dapat membakar hangus seluruh armada Portugis jika
mereka lambat bertindak. *

Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama
armada Melaka sedang mengadakan rondaan di kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin
sekitar Riau-Lingga. Ini kerana dalam catatan tersebut diberitahu bahawa Raja Lingga bersama
Laksamana telah berpatah balik apabila mengetahui bahawa Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis
dan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.

Raja Lingga dan Laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar
Melaka kerana adat Melayu itu *10 negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat. * Jadi jika raja
berundur maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus
menyerang Melaka, sebaliknya berundur bersama Sultan untuk mengatur strategi baru.

*Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah raja mati, yang
melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-
warisnya belum mati. *
Apa yang dapat di simpulkan disini ialah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan
yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Bukan disebabkan teknologi persenjataan yang lemah
dan bukan kerana kejakunan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan
pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertanahan, taktik dan
strategi pertempuran.

*Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan
terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. * Namun
begitu kita tidak boleh pandang rendah pada kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai
pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu.

Sebelum mereka menyerang Melaka banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang
berjaya mereka tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal
hebat itu.

*Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan diantara ‘Anakvanua’, dan
sikap terlalu memberi kepercayaan kepada ‘anak dagang’ atau bangsa ‘asing’. * Bak kata pepatah
‘apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia’.

*Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya
memakan diri sendiri apabila golongan-golongan ‘dagang’ ini mula menunjukkan belang mereka dan
menikam dari belakang! Baik dagang Kalingga, dagang Ming, dagang Burma, maupun dagang
Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Harapkan pegar,
pegar pula makan padi. *

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak vanua pada hari ini, dan bukannya
kisah Melaka kalah berperang kerana menggunakan keris dan sumpit semata-mata yang ternyata tidak
benar.

*Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu kecuali gabungan tentera portugis,
kerajaan-kerajaan kecil di sumatera dan jawa, askar-askar upahan dari goa, jawa dan siam ditambah
dengan pembelot dan pengkhianat dalaman dari para pedagang asing Cina, Gujarat dan ORANG-
ORANG MELAYU SENDIRI.*

Penawarnya pula tiada di dalam pengetahuan segenap Eropah dan Empayar Portugal, melainkan
dengan ehsan dan kemahiran mengubati penduduk Melaka sendiri. Ia adalah imu toksikologi kelas
dunia, teknologi senjata biologi yang maju semasa mempertahankan Melaka dari diragut mudah
Portugis.

Jika dibaca pada ms (98), orang Melayu jugalah dengan segala saki baki ehsan mereka memberi antidot
atau penawar kepada racun tersebut. Betapa kelembutan hati orang Melayu, hingga musuh pun
diberikan ehsan bagi mengubati kesakitan dan kecederaan mereka semasa menawan Melaka.

Namun sayang sekali, kemakmuran dan kemajuan ilmu ini tetap kalah kepada kerakusan pembelotan
dan nafsu tamak merebutkan penguasaan ke atas tanah Melaka. Ia begitu membinasakan hinggakan
pada (99) ditulis yang tiada satu rumah di Melaka pun yang tidak menangisi kehilangan adik beradik,
anak dan bapa, terkorban syahid semasa mempertahankan Melaka.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir
nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris?JIka nenek moyang kita
berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di
sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.
Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan
takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.

Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping
parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik
tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau
aborigine Australia.

Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati
perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para
musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen
mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.

Kenapa tidak Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus
atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja
Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris
berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan
pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan?

Kenapa tidak Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana James Brooke
menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya
menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.

Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja
Melayu. Lucu dan aneh.

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan
segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita
sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi, bangsa Cina pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari
papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi
hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri?? Orang
asing??

Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah
bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam
dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

Allahuakbar!

Wallahualam.

Wassalam.
Rujukan:

1. Prof Emeritus Dr. Muhammad Yusof Hj. Hashim, Kisah Melaka 1511, Institute Kajian Sejarah Dan
Patriotism Malaysia, 2006.\

2. Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, DBP, 1963.

3. Portuguese Documents on Malacca: 1509-1511, National Archives of Malaysia, 1993.

4. Muhammad Yusoff Hashim, Muzaffar Desmond John Tate, The Malay Sultanate of Malacca: A Study
of Various Aspects of Malacca in the 15th and 16th Centuries in Malaysian History, Dewan Bahasa &
Pustaka, 1992.

5. The Capture of Malacca, A.D. 1511 oleh RJ Wilkinson

6. Asia Portugueza oleh Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek

7. A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries oleh De Burrowss

8. Faridah Abdul Rashid (2012) Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and
Singapore. Xlibris

9. Lindsay Ride, May Ride & Jason Wordie (1999) The Voices of Macao Stones: The Nanjing Massacre
Witnessed by American and British Nationals. Hong Kong Universitiy Press

10. The Cambridge World History, Volume 3

11. Dictionary of Battles and Sieges: F-O

12. The Portuguese in Malay Land


Filem-filem dan drama pendekar yang di buat di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu
berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan
beratapkan rumbia. Sungguh memalukan apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka
menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar
Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan
serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-
catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.Malah semua
senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Blunderbuss=Pemuras

*Flintlock Musket=Istinggar

*Pistol=Terakol

*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka

*Cannon=Meriam, Lela

*Biological weapons =Senjata Biologi Melayu/Racun

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:


*PEMURAS*

Catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini.
Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, *blunderbuss* adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan
laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang
(funnel-shaped muzzle). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead). Ia digunakan untuk
menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).

Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai *TERAKOL* atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-
usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang dicipta untuk tujuan pertahanan.
Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.
Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu kerana ia
mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

*ISTINGGAR*

Istinggar (Bahasa Inggeris: musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan
penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi
flintlock (kancing batu api). Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh
tentera-tentera Portugis.

*RENTAKA*

Rentaka adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Rentaka adalah senjata
khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, dan ia adalah senjata Melayu yang
terkenal di dunia Barat. Rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm
hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1-meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan
ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka
ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni
meriam mudah alih.

*SENJATA BIOLOGIKAL MELAYU. *

Didalam *‘Portuguese Documents on Malacca from 1509 to 1511’*, Di mukasurat 97 ilmu racun atau
toksikologi Melayu semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka sangat maju, mendepani pengetahuan
tentangnya di seluruh Eropah juga di segenap jajahan Portugal di seluruh dunia. Semasa Portugal
menyerang Kota Melaka, selain senjata api, angkatan Melaka juga menggunakan panah, sumpit dan
jerangkap samar yang menggunakan elemen racun.

Seperti dinyatakan juga, racun yang digunakan sebagai senjata biologi melawan tentera Portugis itu
berasal dari sebuah perkampungan nelayan Sumatera. Racun ini diletakkan di hujung mata anak panah,
peluru sumpit, lembing dan pada jerangkap samar. Racun yang digunakan itu akan menghasilkan luka
kecederaan yang teruk, menyebabkan radang, dan membengkak seakan tumor. Ia menyebabkan
gangguan saraf pada otak mangsa, termasuk menyebabkan halusinasi yang teruk yang memudaratkan.
Kesannya sangat menakutkan dan trauma apabila mangsa yang terkena racun tersebut akan menjadi
gila, mencederakan diri hingga menggigit diri sendiri. Nampaknya, apa yang kita gelar sebagai
‘zombi’, rupanya telah wujud lama di Melaka.

Anda mungkin juga menyukai