Anda di halaman 1dari 2

“Cina mengubah menteliti saya”

Saya merupakan pelajar lepasan sijil tinggi penilaian Malaysia stpm , Pada
hujung tahun 2016 yang lalu saya telah menghadari satu majlis perkhawinan salah
seorang sahabat ayah yang berbangsa cina iaitu pakcik Joshua . Majlis resepsi
tersebut telah diadakan disalah sebuah hotel yang terkemukan dan bertaraf lima
bintang yang terletak di tanjung aru ,kota kinabalu. Hotel tersebut adalah hotel
Shangri-la tanjung aru resort and spa.

Pada hujung bulan desember 2016 merupakan majlis resepsi pakcik


Joshua dan tepat pada jam 5:00pm saya dan ayah sudah bersiap sedia untuk
berangkat pergi ke majlis tersebut. Setibanya sampai di hotel tersebut kami
dijemput untuk mengambil minuman di foyer dan saya agak terkejut dengan
minuman yang dihidangkan kepada tetamu yang tiba, antara minum yang
dihidangkan adalah seperti beer,wine,hard liquar,wisky dan sebagainya. Saya agak
risau mengenai minuman yang dihidang kepada tetamu namum saya beranikan diri
untuk bertanya kepada pelayan mengenai minuman yang di hidangkan. Dan saya
mendapati bahawa terdapat bar yang disediakan untuk tetamu yang beragama
islam dan kepada sesiapa yang tidak mengambil minuman beralkohol. Saya sangat
kagum dengan pihak tuan rumah yang sangat memahami tetamu yang beragama
islam . Antara minuman yang disediakan adalah seperti soft drink, fresh juice,
mocktail dan coffe .

Tepat jam 7:30pm kami dijemput masuk kedalam grand ballroom dan mecari
tempat duduk masing-masing, sekali lagi saya terkejut dan hairan kesemua tetamu
yang duduk semeja dengan saya adalah tetamu beragama islam. Malam tersebut
kami dihidangkan dengan chines set menu dan kebanyakkan makanan orang cina
namun halal. Selepas kesemua makanan dihidangkan tiba masa untuk “ yam seng”
iaitu acara kemuncak dan kesemua tetamu di minta berdiri. Pengacara majlis
meminta Kepada
tetamu yang meminum alkohol mereka diminta untuk refill minuman mereka,
manakala, bagi tetamu yang beragama islam mereka hanya dibenarkan untuk
mengambil minuman yang tidak beralkohol. Hal ini sangat mengubah menteliti saya
mengenai masalah perkauman di Malaysia.

Saya mendapati juga bahawa hotel tersebut melarang keras kepada tetamu
yang datang untuk tidak membawah makanan yang tidak halal. Sebagai contoh
daging khinzir, Hal ini bagi menjaga sentimen tetamu yang beragama islam. tidak
hairanlah ramai pelancong yang datang dari dalam dan luar negara berkujung ke
Shangri-la tg aru resort and spa. saya dimaklumkan oleh seorang tetamu yang
duduk disebelah saya bahawa semua ini telah diuruskan dan dirancang dengan baik
oleh pihak tuan rumah dan weeding planer. Hal ini, demikian membuat saya sangat
kagum dengan pihak tuan rumah yang memahami dan menghormati penganut
agama lain terutamanya penganut agama islam. selain itu saya juga sangat kagum
dengan pihak hotel yang sangat memahami penganut agama di negara ini dan
bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai