Anda di halaman 1dari 4

Latar belakang kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat dilihat daripada kewujudan

dan kemunculannya yang dibuktikan berdasarkan sumber dari China dan artifak. Berdasarkan
catatan China, Funan merupakan kerajaan terawal yang muncul di Asia Tenggara pada abad ke-
3 Masihi berdasarkan jumpaan patung Hindu dan Buddha yang serupa dengan apa yang terdapat
di India. Seni patung tersebut dipercayaai wujud antara abad ke-3 5 dipengaruhi oleh langgam
seni arca Amaravati dari India. Amaravati merupakan pusat seni pahatan yang tertumpu kepada
arca agama Buddha yang terletak di tepi Sungai Kistna, iaitu 128 km dari pantai timur India.
Berdasarkan kedudukan strategik Asia Tenggara, Asia Tenggara telah mengadakan hubungan
diplomatik dengan China. Asia Tenggara juga menjalinkan hubungan kebudayaan dan
keagamaan dengan India. Malahan, hubungan perdagangan antara Asia Tenggara dengan India
dan China sudah wujud sejak Zaman Logam lagi. Bukti hubungan antara kerajaan Asia tenggara
dengan China dan India ialah jumpaan dan penemuan gendang gangsa yang dikenali sebagai
Gendang Dongson di Vietnam Utara. Ia juga dapat ditemui di Sungai Tembeling (Pahang),
Sungai Klang (Selangor), Batu Buruk, Besut (Terengganu), Thailand, Myanmar, dan Indonesia.
Hubungan kerajaan awal Asia Tenggara bukan setakat dengan China dan India saja, malahan
hubungan perdagangan juga dilakukan dengan tamadun Rom. Sebagai bukti, banyak manik-
manik dari tamadun Rom dan India dijumpai di pantai barat dan selatan Thailand, di Kota Tinggi
dan Muar (Johor) serta di Kuala Selinsing (Perak). Kewujudan dan kemajuan petempatan di atas
menunjukkan kawasan tersebut merupakan petempatan awal manusia di Asia Tenggara yang
kemudiannya berkembang menjadi pelabuhan utama dalam kerajaan Asia Tenggara.
Perkembangan petempatan tersebut disebabkan terdapatnya hasil barang dagangan yang
diperlukan oleh pedaganga singgah di pelabuhan tersebut, di samping mempunyai kemudahan
pelabuhan yang baik. Berdasarkan perkembangan dan kemajuan pelabuhan di Asia Tenggara,
dapat dikatakan kemunculn tamadun awal di Asia Tenggara dapat dihubungkaitkan dengan
perkembangan perdagangan Maritim. Berdasarkan kajian arkeologi, perdagangan Maritim di
Asia Tenggara telah bermula sejak abad ke-5 manakala pembentukan tamadun awal Asia
Tenggara bermula sejak abad ke-3. Proses pembentukan tamadun awal Asia Tenggara memakan
masa antara 600-700 tahun semenjak pembentukan tamadun awal Asia Tenggara bermula sejak
abad ke-3. Antara kerajaan awal muncul di Asia Tenggara adalah seperti pada Abad ke-2 5
M.(Funan, Langkasuka, dan Champa) Abad ke-6 M(Tan Tan, Chieh-cha, Molo-yu (Jambi
Sumatera, Kutei (Borneo), Po-ni (Kalimantan), Kantoli (Sumatera Selatan), dan Taruma (Jawa
Tengah),Abad ke-7M(Tun SunThailand), Chih-Tu (Kelantan), Srivijaya (Palembang,Sumatera),
Dvaravati (Selatan Thailand), dan Sailendra (Jawa Tengah).Selepas abad ke-7 muncul kerajaan
seperti M.Gabgga Negara, Fo-lo-an (Kuala Berang), Peng-keng (Pahang), Teng-ya-nung
(Terengganu), dan Temasik (Singapura). Pembentukan kerajaan awal di Asia Tenggara dapat
dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.
Walaupun demikian, kedua-dua bentuk kerajaan ini saling bergantung antara satu dengan lain.
Kerajan Agraria terletak di kawasan lembah sungai yang subur untuk aktiviti pertanian dan
perternakan, di kawasan pedalaman, lereng gunung berapi dan berbukit. Kegiatan utama
masyarakat agraria ialah menanam padi sawah di kawasan rendah dan rata, menanam padi huma
di kawasan tanah tinggi dan berbukit, serta mengumpul hasil hutan. Tanaman sampingan yang
diusahakan ialah seperti pisang, keledek, jagung dan sayur-sayuran. Menghasilkan tanaman
rempah seperti bunga cengkih,lada hitam dan mengumpul hasil hutan seperi damar, kayu
cendana, kayu gaharu, tanduk, gading, kapur barus, buah-buahan hutan,sarang burung dan kulit
kura-kura. Menjalankan penternakan binatang seperti lembu, kerbau, ayam serta penangkapan
ikan di sawah,paya,sungai dan sarang burung dari gua untung tujuan perdagangan. Tanaman
makanan dan penternakan pada tahap awal hanya untuk sara diri saja. Tetapi, lebihan
pengeluaran dipasarkan untuk memenuhi keperluan mereka yang tidak terlibat dalam sektor
pertanian khususnya bagi masyarakat Bandar dan kerajan maritim. Sungai merupakan alat
perhubungan dan pengangkutan utama. Perhubungan melalui sungai menggalakkan aktiviti
perdagangan. Sistem pengairan yang sistematik mempengaruhi perkembangan ekonomi
pertanian yang pesat. Sebagai contoh, sistem pengairan di Angkor berasaskan Sungai Mekong
dan Tasik Tonle Sap. Kemahiran yang tinggi dalam pembinaan terusan, monumen dan
mempunyai tukang yang mahir dan cekap. Wujud hubungan perdagangan antara masyarakat
pedalaman dengan masyarakat lain secara bertukar barang.

Faktor-faktor perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara.

Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria adalah kedudukan yang strategik, kaedah


pengairan yang sistematik, kemampuan untuk menyediakan bekalan makanan, mempunyai
banyak hasil-hasil hutan, kemudahan pengangkutan dan perhubungan, peranan raja atau
pemerintah, kemudahan dan sumber bekalan dari sungai, hasil sampingan, kepergantungan
daripada kerajaan Maritim dan berupaya untuk mengawal banjir. Faktor-faktor perkembangan
kerajaan Maritim pula adalah lokasi dan kedudukan yang stratigik, kemudahan di pelabuhan,
laluan perdagangan yang selamat, pusat pengumpulan dan pelabuhan serta kemahiran membina
kapal dan ahli pelayaran.

Dari segi persamaan faktor perkembangan, kerajaan Agraria dan Maritim memiliki lokasi dan
kedudukan yang strategik. Kerajaan Agraria berkedudukan di lembah sungai yang subur,
keradaan geografi yang rendah dan rata sesuai untuk pertanian. Tambahan pula iklim yang panas
dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk kegiatan pertaniaan. Manakala pula, kerajaan Maritim
muncul dengan pelabuhan yang dikaitkan dengan kedudukan geografi yang terletak di kawasan
persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan pedagang sama
ada Laut China Selatan, Selat Melaka, Selat Sunda, Laut Jawa atau Laut Sulawesi.

Kedua-dua kerajaan pula mengunakan peranan golongan-golongan tertentu. Hal ini sangat
membantu kedua-dua kerajaan ini untuk berkembang maju. Misalnya, kerajaan Agraria
mengunakan peranan pentadbir atau raja manakala pula kerajaan maritim pula mengunakan
peranan orang laut. Oleh yang demikian, kerajaan Agraria mengunakan peranan pentadbiran atau
raja untuk bertanggungjawab kepada kemajuaan sektor pertanian. Sebagai contoh, pembinaan
sistem pengairan, kawalan keatas pengeluar hasil, permasaran dan kawalan ke atas tanah
pertanian. Kerajaan Maritim pula mengunakan peranan orang laut untuk menjaga keselamatan
para pedagang dan perlabuhan daripada ancaman lanun.

Dari segi keistimewaan pula, dilihat dari sudut kebergangtungan kedua-dua kerajaan. Kerajaan
Agraria bergangtung kepada hutan dan sungai. Dalam pada itu, kerajaan Maritim bergantung
kepada persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang berhampiran dengan laluan
pedagang. Karajaan Agraria mengunakan keistimewaan sungai tersebut untuk kemudahan dan
sumber bekalan dari sungai serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan air. Seterusnya
kerjaan Maritim mempergunakan kawasan persisiran pantai atau kawasan-kawasan sungai yang
berhampiran dengan laluan pedagang sebagai laluan perdagang yang selamat. Tambahan pula
dengan bantuan orang laut.

Di samping itu, kemahiran yang terdapat dalam kedua-dua kerajaan tidak dipersiakan.
Kerajaan Agraria memiliki kemahiran kaedah pengairan yang sistematik dan berkeupayaan
untuk mengawal banjir. Antaranya adalah seperti penciptaan takungan air pada musim hujan
dapat membekalkan keperluan air sepanjang tahun untuk tanaman padi dan minuman terutama
pada musim kemarau. Tanaman padi dapat diusahakan sepanjang tahun. Kerajaan Maritim pula
memiliki kemahiran membina kapal dan ahli pelayaran. Mereka mampu membina kapal dagang
dan kapal perang. Hal ini membolehkan mereka belayar ke wilayah-wilayah yang lebih jauh
untuk berdagang. Kapal-kapal yang dibina amat kukuh dan tahan daripada pukulan ombak
kerana kayu yang digunakan adalah dibekalkan oleh kerajaan yang berhampiran kerajaan
Agraria. Sejarah membuktikan orang-orang Melayu sudah memjadi peneroka laut, pelayar dan
pedagang yang mahir tentang selok-belok kelautan. Mereka mahir dalam menentukan kejadian
alam berdasarkan pemerhatian bintang di langit seperti ribut taufan dan puting beliung.

Akhir sekali, perkembangan kedua-dua kerajaan adalah daripada kesepakatan mereka untuk
saling memerlukan. Ini bermaksud kemajuaan dan perkembangan kerajaan Maritim amat
bergantung kepada sokongan dan bantuan daaripada kerajaan Agraria dan begitu juga
sebaliknya. Kerajaan Maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk memperoleh barang
dagangan terutama beras sebagai eksport utama, hasil hutan dan hasil pertanian. Kerajaan
Agraria bergantung kepada kerajaan Maritim untuk mendapatkan barang mewah daripada
pedagang India, China dan Arab seperti tembikar, barang kaca, tekstil dan senjata. Kerajaan
Maritim bergantung kepada agraria untuk mendaptkan bekalan kayu yang baik untuk membina
kapal-kapal dagang, tukang mahir serta kenderaan seperti gajah.

Anda mungkin juga menyukai