Anda di halaman 1dari 26

Kebudayaan

Dongson

Kebudayaan Dongson yang dikatakan tersebar di kawasan


Asia Tenggara amnya dan alam Melayu khasnya.
Kebudayaan ini adalah berdasarkan jumpaan artifak
Zaman Logam dan dipercayai berasal dari Dongson
(Vietnam) di beberapa lokasi dan tapak arkeologi di rantau
ini.
Kebudayaan Dongson membawa pengertian yang lebih
umum kerana ia merujuk kepada penemuan beberapa
artifak yang diperbuat daripada logam dan dihasilkan di
dalam Zaman Logam.

Di antara artifak tersebut ialah gendang gangsa, loceng


gangsa, kapak gangsa dan sebagainya serta beberapa jenis
artifak lain yang berasosiasi dengannya di suatu tempat di
utara Vietnam yang bernama Dongson.
Walau bagaimanapun, gendang gangsa khususnya gendang
dari jenis Heger I dilihat sebagai objek yang paling popular
sekali malah sering kali menjadi ikon apabila merujuk
kemunculan dan penyebaran kebudayaan Dongson di Asia
Tenggara.
Menurut Nguyen Giang Hai dan Trinh Sinh, kebudayaan
Dongson adalah sebahagian daripada kebudayaan Logam,
it was a culture of the Metal Age

Kebudayaan Dongson adalah fenomena tinggalan budaya


kebendaan yang memaparkan kemajuan dalam beberapa aspek
kehidupan masyarakat meliputi sistem kepercayaan, aktiviti
ekonomi, hirarki sosial dalam kehidupan bermasyarakat,
kemunculan masyarakat agraria dan masyarakat maritim, pola
petempatan, pesta atau sambutan perayaan, ritual dan
sebagainya.
Paparan aktiviti sedemikian diterapkan melalui lakaran motif
dan pola hiasan yang terdapat pada gendang gangsa yang
dihasilkan oleh masyarakat di kawasan Dongson, Vietnam.

Ciri-ciri Kebudayaan
Dongson

Tinggalan budaya kebendaan sama ada berupa artifak atau


monumen secara tidak langsung telah membolehkan kita
membuat interpretasi berkaitan dengan tahap pencapaian
masyarakat pendokongnya.
Dalam hal ini lazimnya sesebuah tamadun atau
kebudayaan masyarakat silam yang maju akan
dimanifestasi melalui beberapa petunjuk atau ciri-ciri.

Justeru itu dalam membicarakan kebudayaan Dongson,


secara tidak langsung juga terdapat beberapa ciri atau
kriteria yang dilihat menjadi identiti kebudayaannya.
Menurut Nguyen Giang Hai dan Trinh Sinh terdapat
beberapa ciri berkaitan dengan kebudayaan Dongson, di
antaranya ialah ;

Kemahiran Membuat Peralatan Untuk


Pertanian
Kemahiran Membuat Alatan Logam
Kemahiran Membuat Alat Perhiasan Diri
Kemahiran Membuat Senjata
Amalan Pengkebumian
Kemahiran Membina Rumah
Kemahiran Membuat Perahu

Aktiviti

Asal Usul
Asal usul kebudayaan Dongson adalah berasal dari
kawasan utara Vietnam. Kebudayaan Dongson sering kali
dihubungkait dengan artifak gendang gangsa yang pertama
kali ditemui.
Leong Sau Heng (1989) menyatakan bahawa kebudayaan
Dongson bermula di Vietnam dengan tapak utamanya yang
dijumpai pada tahun 1924 iaitu di tebing Sungai Song Ma
dekat kampung Dongson di utara Vietnam.

Bernet Kempers Dongson terletak dalam kawasan yang


dikenali sebagai Bac Bo, Vietnam Utara di sebelah selatan
tebing Sungai Ma lebih kurang 10 kilometer ke timur laut
bandar Thanh-hoa. Tapak ini merupakan salah satu tapak
pembuatan logam yang terawal di Asia Tenggara selain
daripada kawasan utara Thailand.
Menurut Charles Higham (2002), lokasi utama kawasan
Dongson sering dikaitkan dengan kawasan sekitar Red
River dan Ca River yang terletak di utara Vietnam.

Periodisasi
Sungguhpun demikian, status kebudayaan Dongson juga
turut menimbulkan polemik di kalangan penyelidik.
Kebanyakan sarjana berpendapat bahawa jika dilihat dari
segi ruang masa ataupun pentarikhan, kebudayaan
Dongson dikatakan telah bermula sekitar tahun 500 B.C.
hinggalah kira-kira tahun 500 A.D.
Menurut
Pisit
Charoewongsa
(1978),
beliau
mencadangkan kebudayaan ini dikatakan wujud sekitar
600 BC (Stein Callenfels 1938).

Sebaliknya bagi Saurin & Carlbonnel, mereka lebih


cenderung untuk menerima pandangan pentarikhan adalah
600 BC sebagai permulaan kebudayaan ini.
Sementara bagi Janse (1961) pula beliau mencadangkan
period tersebut sekitar 500 BC.
Manakala bagi Karlgren (1942) pula beliau mencadangkan
tempoh itu ialah pada 350 BC.

Tetapi bagi Watson pula berpendapat tradisi membuat


peralatan Dongson bermula di antara abad ke-6 hingga ke2 SM.
Kebudayaan Dongson dikatakan berakhir ekoran
penaklukan oleh Dinasti Han yang diketuai General Ma
Yuan sekitar 4 - 3 AD (Pisit Charoewongsa 1978).

Sebaliknya menurut Victor Goloubew, Kebudayaan


Dongson berkembang sejak abad pertama Sebelum Masihi.
Pendapat ini adalah berdasarkan jumpaan beberapa mata
wang zaman Han (sekitar tahun 100 SM.) di kawasan
perkuburan di Dongson (R. Soekmono 1973).

Artifak dan Peralatan

Gendang gangsa
Loceng gangsa
Tempayan gangsa
Senjata (pedang, mata panah, mata lembing
dll)
Alat perhiasan diri (gelang, dll)

Kesimpulan
Tanggapan umum kebudayaan Dongson telah tersebar dan
diamalkan di kebanyakan kawasan di Asia Tenggara
berdasarkan jumpaan artifak gendang gangsa khususnya
dari jenis Heger I atau gendang Dongson di beberapa
lokasi di rantau ini sukar untuk dipastikan.
Penyebaran gendang Dongson di negara ini hanya berlaku
dalam bentuk penyebaran objek sahaja dan bukannya
penyebaran kebudayaan masyarakat asalnya (Vietnam).

penyebaran objek gangsa bukanlah disebabkan berlakunya


diffusi budaya iaitu tersebarnya kebudayaan dari tanah
besar Asia Tenggara ke rantau ini. Tetapi lebih diyakini
sebagai petunjuk tentang adanya hubungan dagangan di
antara gugusan Nusantara dengan tanah besar Asia
Tenggara.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai