Anda di halaman 1dari 1

PENSEJARAHAN DAN PERI PENTINGNYA.

Pensejarahan merupakan kajian tentang aspek penyelidikan, pentafsiran sumber/fakta dan


penulisan karya sejarah. Kajian kepada aspek-aspek ini bermatlamat bukan untuk
mengetahui tentang kejadian-kejadian sejarah yang telah berlaku, tetapi sebaliknya
merupakan kajian yang cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
Apakah buku-buku atau makalah-makalah yang telah ditulis berkenaan sejarah
sesebuah negara atau wilayah atau sesuatu peristiwa/perkara?
2. Antara karya-karya sejarah itu, yang mana lebih berpengaruh dan mengapa?
3. Apakah tafsiran yang berlainan tentang peristiwa/perkara ditulis itu?
4. Mengapakah wujudnya tafsiran yang berbeza itu?
1.

Justeru itu pensejarahan merupakan sebahagian daripada pengajian sejarah dan seseorang
pelajar yang ingin mengendali kajian sejarah haruslah terlebih dahulu menguasai aspek
pensejarahan yang berkaitan dengan tajuk penyelidikannya. Melalui usaha sebegini, maka
seseorang pelajar itu akan mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan perkara yang mahu
ditelaahnya seperti:
karya-karya utama yang telah dihasilkan tentang perkara yang ingin diselidiki.
latar belakang pengarang-pengarang yang terlibat dan justeru itu apakah kecondongan
atau kecenderungan yang mungkin terkandung di dalam karya mereka berhubung
perkara itu.
3. gagasan-gagasan utama yang pernah diajukan mengenai perkara itu,
4. kontroversi-kontroversi atau perbahasan yang pernah timbul berkaitan dengan tafsiran
terhadap perkara tersebut,
5. sama ada penyelesaian sudah dicapai dalam kontroversi terhadap perkara itu adan
apakah keputusan muktamadnya, jika ada.
1.
2.

Matlamat yang diperolehi melalui kajian pensejarahan akan mendedahkan seseorang pelajar
kepada arus-arus pemikiran serta tafsiran yang berlainan. Berdasarkan pengetahuan ini,
pelajar itu akan dapat menilai kesahihan bahan-bahan rujukannya. Pelajar itu akan menjadi
lebih peka tentang pecondongan yang mungkin tersirat dalam sesuatu karya sehingga
mampu pula beliau mempertimbangkan butir-butir yang terkandung di dalam karya itu
secara lebih kritis. Susulannya, mudah-mudahan pelajar itu tidak akan terkeliru apabila
menemui huraian-huraian yang bercanggah atau menerima bulat-bulat apa sahaja yang
terdapat di dalam sesebuah buku/sumber sejarah.

Anda mungkin juga menyukai