Anda di halaman 1dari 3

SOROTAN LITERATUR

Ekosistem terumbu karang merupakan tempat hidupnya berbagai jenis organisme


laut pada tingkat avertebrata seperti moluska, krustasea dan jenis-jenis haiwan
yang mempunyai tulang belakang seperti ikan karang, penyu dan mamalia.
Terumbu karang juga dapat disamakan sebagai hutan tropika yang ada di darat
dimana ianya dihuni dari pelbagai jenis fauna (Soedharma, 2005). Namun demikian,
terdapat kajian-kajian lepas ada menyatakan bahawa keadaan terumbu karang di
dunia kini mengalami penurunan akibat daripada beberapa faktor yang wujud, dan
salah satunya adalah berlakunya perubahan iklim global secara mendadak. Pada
tahun 1997, terdapat kajian yang menunjukkan berlakunya masalah kepupusan
terumbu karang akibat daripada kenaikan suhu permukaan air laut secara
berterusan dan hampir 48 negara termasuk perairan di Indonesia menerima kesan
dari berlakunya perubahan iklim tersebut.
Menurut Soedharma (2005), dalam kajiannya ada dinyatakan bahawa
keadaan terumbu karang di kawasan kajian di Indonesia dalam keadaan yang masih
terjaga, dimana daripada jumlah 85.707 km2 luas permukaan wujudnya terumbu
karang ini, hanya 6.20% sahaja yang masih dalam keadaan sangat baik, 23.72%
dalam keadaan baik, 28.30% dalam keadaan sederhana baik dan sebanyak 41.78%
mengalami kerosakan. Walaubagaimanapun, kerosakan yang berlaku adalah akibat
daripada bahan peledak, cyanide, pencemaran dari daratan iaitu sedimentasi serta
kontaminasi minyak daripada kapal dan oil mining di laut.
Selain itu, menurut Dinsdale EA (2000) menyatakan pendapatnya mengenai
terumbu karang ini, dimana beliau menyatakan masyarakat sekeliling serta pihak
yang berkuasa harus meningkatkan kewaspadaan terhadap keadaan terumbu
karang untuk menyiasat serta mempelajari mengenai penyebab berlakunya
kerosakan yang berlaku. Kerosakan terumbu karang banyak terjadi kerana secara
umunya karang yang tumbuh dalam keadaan yang tidak baik akan menyebabkan
berlakunya pemutihan karang (coral bleaching). Antara salah satu penyebab
berlakunya pemutihan karang ini adalah keadaan perairan yang tidak baik dimana
sehingga menyebabkan alga yang tinggal dalam terumbu karang tersebut mencari
tempat baru untuk berselindung, dan hal ini mengakibatkan karang tersebut tidak

mendapat sumber makanan kerana tidak ada wujudnya proses fotosintesis dan
pigmentasi sehingga menyebabkan karang tersebut menjadi pudar.
Namun demikian, terdapat juga kajian-kajian lepas yang mengkaji mengenai
terumbu karang dimana ianya merupakan salah satu sumber semula jadi yang
mampu memberikan kebaikan kepada sesetengah aspek terutama sekali yang
melibatkan perairan di kawasan permukaan laut. Oleh itu, terdapat kepentingankepentingan terumbu karang, antaranya adalah seperti berikut :i.

Penting untuk sumber perikanan. Kawasan yang mempunyai terumbu karang


ini sesuai untuk pembiakan dan nursery kerana terdapat banyak tempat
perlindungan dan makanan. Hamper 30% ikan komersil bergantung kepada

ii.

kawasan ini untuk membesar dan matang.


Penting untuk dijadikan sebagai perlindungan persisir pantai. Terumbu karang
juga berfungsi sebagai mengurangkan halaju ombak dan menghalang

iii.

daripada berlakunya kejadian hakisan.


Kepentingan kepada ekonomi. Terumbu karang adalah salah satu sumber
protein dan dijadikan bahan binaan serta perubatan. Kajian menunjukkan

iv.

satu per lima sumber protein yang ada adalah terhasil daripada sumber laut.
Tarikan para pelancong. Pada tahun 1998, pantai merupakan salah satu
destinasi yang popular dalam aspek pelancongan akibat daripada wujudnya

v.

keindahan alam semula jadi dalam laut.


Terumbu karang penting kerana ianya bertindak sebagai benteng dan
perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga
menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk
tumbesaran anak-anak ikan yang ada kawasan perairan tersebut.

Rujukan
Dinsdale EA. (2000). Abundance of Black-band disease on Corals from One Location
on the

Great Barrier Reef: A Comparison with Abundance in the

Carribean Region. In

Proceedings of the 9th International Coral Reef Symposium

Bali, Indonesia 2: (1239- 1243)

Soedharma. (2005). Perkembangan Tranplantasi Terumbu Karang di Indonesia:


Membuka

Wawasan

Prosiding. Fisheries

Masyarakat

Mengenai

Diving Club. Bogor.

Transplantasi

Terumbu

Karang.

Anda mungkin juga menyukai