Anda di halaman 1dari 2

Perlakuan Jenayah Dalam Disiplin Ilmu Hubungan Industri

Sebelum membicarakan dengan lebih lanjut mengenai perlakuan jenayah dalam


disiplin ilmu hubungan industry adalah lebih baik lagi jika kita mengetahui
dengan lebih terperinci lagi apa itu hubungan industry. Hal ini disebabkan
dengan lebih mengetahui apa itu hubungan industry lebih mudah untuk
mengaitkan jenayah dengan disiplin ilmu ini.
(Flanders, 1965; Clegg, 1979) mengatakan bahawa hubungan industry
sebagai satu institusi kawalan pekerjaan di tempat kerja. Manakala Hyman
(1989) pula menyatakan bahawa hubungan industry sebagai satu pertelagahan
kelas antara majikan dengan pekerja. Dapat disimpulkan, hubungan industri
adalah berkisar tentang interaksi antara peserta dalam sistem hubungan industri
iaitu pekerja, majikan, kerajaan dan juga badan bebas.
Seterusnya, kita lihat pula apa yang dimaksudkan jenayah dalam konteks
hubungan industry. Menurut disiplin ilmu hubungan industry jenayah membawa
maksud perlakuan yang membawa kemudaratan di lokasi tertentu, pada masamasa tertentu serta berdasarkan punca atau sebab musabab jenayah itu
berlaku. Dapat dinyatakan di sini bahawa definisi jenayah itu dalam konteks
bidang ilmu ini ialah jenayah akan berlaku apabila wujudnya tiga elemen utama
iaitu perlaku, masa dan sebab. Jenayah dalam hubungan industri adalah sesuatu
perkara yang berlaku antara peserta-peserta dalam sistem hubungan tersebut
yang membawa kepada kesan kepada pihak lain. Peserta-peserta yang
dimaksudkan disini ialah pekerja, majikan dan kerajaan.

Hal ini disebabkan

dalam setiap urusan yang berlaku dalam hubungan industry terdapat ruangruang

untuk

para

peserta

ini

melakukan

jenayah

tertentu

misalnya

penyelewengan harta syarikat. Jenayah seperti ini mungkin dilakukan oleh


pekerja

atau

majikan

disebabkan

oleh

sebab-sebab

tertentu

dan

demi

kepentingan sendiri.
Antara jenayah yang berkisar dengan hubungan industri ini contohnya
adalah masalah hak asasi manusia yang membawa kepada perlakuan jenayah.
Sebagai contoh, sekatan kerajaan terhadap kebebasan untuk bersuara dan
meluahkan perasaan, berhimpun atau berpersatuan menyebabkan berlakunya
ugutan, pergaduhan dan sebagainya dalam sesebuah organisasi. Keadaan ini
akan menyebabkan berlakunya huru-hara dalam sesebuah organisasi dan
berkemungkina akan menyebabkan penutupan terhadap sesebuah organisasi.

Selain itu, jenayah dalam hubungan industri juga dapat dijelaskan dengan
penindasan sesetengah pihak yang lebih besar ke atas pihak yang lebih kecil
kuasanya. Sebagai contoh, jenayah pecah amanah, penyelewangan, korupsi,
pegawai kerajaan, isu buruh asing dan sebagainya.
RUJUKAN
Balakrishnan Parasuraman. 2006. Hubungan Industri Di Malaysia : Pendekatan
dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai