Anda di halaman 1dari 70

PERKEMBANGAN AKTIVITI

UTAMA DALAM PEMBANGUNAN


INDUSTRI TERNAKAN NEGERI
KELANTAN DARI TAHUN 1990
HINGGA 2020

1
PERKEMBANGAN AKTIVITI UTAMA DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI
TERNAKAN NEGERI KELANTAN DARI TAHUN 1990 HINGGA 2020

PENGENALAN
Negeri Kelantan merupakan negeri yang terunggul dalam menghasilkan lembu-
lembu baka kacukan di Malaysia, manakala penternak lembu di negeri ini pula
amat sinonem dengan baka-baka kacukan seperti Limousin, Charolais, Angus,
Belgian Blue (Bleu Belga) dan sebagainya yang dikembangbiak secara
permanian beradas. Pembiakan lembu melalui bioteknologi tersebut mula
bertapak di negeri ini pada awal tahun 1973.
Encik Mohd. Yusoff bin Saad, seorang Penolong Pegawai Haiwan
Persekutuan merupakan Koordinator Program Perkhidmatan Beradas yang
pertama dilantik di negeri Kelantan pada tahun 1973 khusus bagi menyelaras
program-program tersebut di seluruh negeri ini, manakala Encik Rahim bin Ab.
Ghani, seorang Pembantu Urusan Haiwan Persekutuan menjadi pegawai
Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) yang mula-mula melakukan perkhidmatan
permanian beradas di negeri ini, iaitu di Kg. Binjai, Kota Bharu pada tahun
1973..
JPH Kelantan kemudiannya telah mengorak langkah dengan menghantar
kumpulan pertama empat orang Pelayan Haiwan untuk mengikuti kursus
permanian beradas di Institut Haiwan Kluang, Johor dari 1 Jun hingga 25 Julai
1974. Mereka ini terdiri Encik Ibrahim bin Hussain (bersara), Encik Mohd Nasir
bin Mohamad (Allahyarham), Encik Ab. Ghani bin Hussin (Allahyarham) dan
Encik Mohd Nor bin Ahmad (bersara).

Sehingga kini, Encik Ibrahim bin Hussain yang telahpun bersara sebagai
Pembantu Veterinar masih memberikan sumbangan dalam membangunkan
industri lembu kacukan di negeri ini dengan menjadi salah seorang dari
jurusuntik permanian beradas buat sendiri (DIY).

Gambar atas : Encik Mohd Yusoff


bin Saad, Koordinator Program
Perkhidmatan Permanian Beradas
pertama negeri Kelantan yang
dilantik pada tahun 1973.

2
Gambar sebelah : Encik Ibrahim bin
Hussain, salah seorang daripada 4 orang
Pelayan Haiwan JPH Negeri Kelantan yang
terawal menjalani kursus permanian
beradas di Institut Haiwan Kluang, Johor
pada tahun 1974.

Gambar sebelah : Motosikal yang


pernah digunakan oleh Allahyarham
Encik Mohd Nasir bin Mohamad
semasa menjalankan aktiviti
permanian beradas di sekitar tahun
1970an dan 1980an.

Gambar sebelah : Motokar yang


pernah digunakan oleh koordinator
Permanian Beradas Jabatan dalam
kerja-kerja pengembangan dan
menjalankan aktiviti permanian
beradas di sekitar tahun 1970an dan
1980an.

3
PENTERNAKAN LEMBU KACUKAN

Encik Abdullah bin Puteh, beralamat di Kampung Pintu Gerbang, Tawang,


Bachok direkodkan sebagai diantara orang awam yang paling awal dalam
memberikan sumbangan terhadap promosi penternakan lembu kacukan secara
permanian beradas. Encik Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Pak
Lah Pintu Gerbang banyak membantu Jabatan dalam mempromosikan aplikasi
permanian beradas ke atas lembu-lembu di Jajahan Bachok semenjak
perkhidmatan tersebut mula diperkenalkan pada tahun 1973. Pak Lah pernah
menerima bantuan pawah dua ekor induk Droughtmaster dari Jabatan,
disamping membeli dua ekor lagi lembu baka yang sama dari penternak lain
dengan harga cuma RM 50 seekor.

Kesemua lembu-lembu beliau dibiak secara permanian beradas menggunakan


semen beku Droughtmaster dan Charolais. Pak Lah banyak membantu Jabatan
dalam meyakinkan penternak-penternak lain tentang kebaikan permanian
beradas. Menurut beliau diantara sebab kenapa di peringkat awal kempen
suntikan permanian beradas dibuat oleh Jabatan kurang diberi sambutan
adalah disebabkan kebimbangan mereka tentang saiz anak kacukan yang
besar yang akan memberikan masalah kepada induk ketika melahirkannya.

Disamping penglibatan beliau dalam mempelopori penternakan lembu kacukan,


Pak Lah juga merupakan salah seorang peserta terawal dalam perusahaan
menternak lembu secara fidlot atau apa yang beliau istilahkan sebagai ‘lembu
kandang’ anjuran JPH Kelantan di awal tahun 1980an.

Pak Lah juga merupakan salah seorang peserta terawal yang ikut menyahut
seruan Jabatan dalam mempopularkan tanaman rumput berkualiti seperti
napier, guinea serta kekacang dan sebagainya untuk dijadikan sebagai sumber
makanan ternakan. Pak Lah telah berhenti menternak lembu pada tahun 2008
ketika umur beliau mencapai 90 tahun atas faktor usia yang tidak lagi
mengizinkan.

TEKNOLOGI PEMBUATAN SILAJ

Kuantiti yang mencukupi serta kualiti yang tinggi dalam pemakanan merupakan
faktor penting bagi menentukan prestasi atau produktiviti bidang usaha
penternakan dapat mencapai tahap yang ditetapkan. Dalam bidang
penternakan ruminan secara tradisional, amalan pemakanan yang seimbang
tidak begitu diberi perhatian oleh penternak yang terlibat. Bahan hijau yang

4
tumbuh secara semula jadi tanpa sebarang pembajaan yang mencukupi
merupakan sumber utama makanan ternakan ruminan di negeri ini semenjak
turun temurun.
Bagaimanapun dengan kemasukan ternakan baka-baka kacukan yang
berkualiti tinggi, kesedaran terhadap keperluan makanan yang bermutu kian
mendapat perhatian.
Dengan keadaan cuaca yang sentiasa berubah mengikut musim, bekalan
bahan hijau untuk makanan ternakan juga turut tidak menentu, dimana pada
musim kemarau, bekalan rumput biasanya akan berkurangan, manakala di
musin tengkujuh, kebanyakan kawasan ragutan akan ditenggelami air.
Penghasilan silaj atau rumput peram merupakan salah satu daripada solusi
bagi mengatasi masalah tersebut. Melalui teknologi pembuatan silaj, bahan
foraj segar yang berlebihan akan dikumpul dan diproses untuk menjadi silaj
atau rumput peram yang mana boleh disimpan untuk jangka masa yang lama
sebagai simpanan bekalan makanan ternakan bila diperlukan.
Teknologi pembuatan silaj pertamakali diperkenalkan di negeri Kelantan ialah
pada tahun 1985 oleh Encik Lutz Volker Heinrich, seorang pakar nutrisi
ternakan yang didatangkan ke negeri ini di bawah Program “German Technical
Aid”.
Encik Wan Abdul Rahim bin Wan Mahmood, yang pada masa itu bertugas
sebagai Ketua Unit Agronomi merupakan pegawai JPH dari negeri Kelantan
yang pertama mendapat latihan dalam menghasilkan silaj.
Di peringkat awal, silaj dihasilkan menggunakan ‘tower silo’ yang dibina
daripada konkrit. Silo yang pertama telah dibina di rumah seorang penternak
tenusu di Kampung Tini, Pasir Hor, Kota Bharu, iaitu Encik Ibrahim bin Ab.
Ghani.
Selain daripada menggunakan rumput sebagai bahan hijau untuk menghasilkan
silaj, JPH juga telah memperkenalkan tanaman lain seperti jagung dan sorghum
(sekoi) serta jerami padi yang dirawat menggunakan urea dan juga molases
(gula perang).

5
Gambar atas : Tanaman sorghum yang mula
diperkenalkan pada tahun 1985 di projek tenusu
Encik Ibrahim bin Ab Ghani di Kampung Tini, Pasir
Hor
Gambar kiri, tahun 1985 : Encik L.V. Heinrich
sedang menunjukkan teknik pemprosesan silaj
menggunakan ‘tower silo’.

Gambar atas : Encik Wan Abdul Rahim bin Wan Mahmood menjadi pegawai
dari JPH Kelantan yang terawal mendapat latihan dalam teknologi
pengeluaran silaj untuk tujuan pemakanan ternakan

PENTERNAK LEMBU PEDAGING YANG PALING LAMA AKTIF

6
Encik Mat Husin bin Daud atau lebih terkenal dengan
panggilan Pak Sin, beralamat di Kg. Telok, Perupok,
Bachok direkodkan sebagai penternak yang paling
lama berkecimpung dan sehingga kini masih aktif
dalam penternakan lembu pedaging di Kelantan.
Pak Sin dikatakan mula menternak lembu tempatan
baka Kedah-Kelantan semenjak Tanah Melayu masih di
bawah pemerintahan tentera Jepun, iaitu pada tahun
1945. Pada masa itu umur beliau lebih kurang 20
tahun.
Ini bermakna sehingga kini (tahun 2013), dalam usia 88 tahun beliau telah 68
tahun berkecimpung dalam dunia penternakan. Menceritakan pengalaman
lampau beliau dalam dunia penternakan, Pak Sin menyatakan beliau juga
pernah memelihara sepasang lembu jantan yang digunakan untuk menarik
kereta lembu bagi tujuan mengangkut hasil-hasil pertanian.
Pak Sin telah mula terlibat dalam penternakan lembu kacukan pada tahun
1978 apabila beliau menerima bantuan induk Droughtmaster di bawah Skim
Pawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Negeri Kelantan. Sehingga kini
Pak Sin telah menjadikan penternakan lembu sebagai sumber pendapatan
tetap beliau sekeluarga.
Pada masa ini, Pak Sin mempunyai 35 ekor lembu yang kesemuanya adalah
dari baka kacukan. Pak Sin merupakan seorang insan yang istimewa. Beliau
bukan sahaja menternak lembu sebagai sumber untuk menyara hidup, tetapi
mempunyai perasaan kasih yang begitu mendalam terhadap ternakan yang
dipelihara. Buktinya, beliau telah menangis kerana begitu terharu ketika
bercerita tentang detik manis bersama lembu-lembu peliharaan beliau.
Diantara lembu peliharaan Pak Sin yang meninggalkan kenangan yang sukar
beliau lupakan ialah “Seri Menanti”, seekor induk lembu baka Droughtmaster
yang diperolehi dari JPH melalui Skim Pawah pada 22 Julai 1978. Pada tahun
1988, “Seri Menanti” telah direkodkan di dalam “Buku Daftar Kecemerlangan
Pertanian” terbitan Kementerian Pertanian Malaysia sebagai “Lembu
Droughtmaster Yang Paling Banyak Anak” iaitu sebanyak 7 ekor.
Ditanya bagaimana induk lembu tersebut mendapat nama “Seri Menanti”,
beliau menjelaskan ianya berpunca dari penantian beliau yang penuh debaran
ketika anggota JPH membantu induk lembu tersebut yang menghadapi
kesukaran untuk melahirkan anak yang pertama (distokia) pada tahun 1979.
“Seri Menanti” akhirnya telah dijual setelah melahirkan 10 ekor anak yang
kesemuanya melalui teknologi permanian beradas.

Gambar kiri : “Awe” adalah lembu


jantan baka kacukan Charolais yang
diterima oleh Pak Sin melalui
Program Pinjaman Baka Jantan JPH
7
pada tahun 1983
Gambar kiri : Pak Sin bersama “Seri
Menanti” pada tahun 1988
yangmana ketika itu telah
melahirkan 7 ekor anak : Gambar
ihsan dari Buku Daftar
Kecemerlangan Pertanian terbitan
Kementerian Pertanian Malaysia.

Gambar kiri : Pak Sin bersama


anak lembu jantan baka kacukan
Charolais. Pada usia 88 tahun,
beliau kelihatan masih cergas
mengurus dan menjaga lembu-
lembu peliharaan beliau.

PENTERNAK LEMBU TENUSU YANG PALING LAMA AKTIF

8
Encik Ibrahim bin Ab Ghani atau lebih
terkenal dengan panggilan Abe Him,
beralamat di Koloni Tenusu Sungai
Durian, Pasir Puteh direkodkan sebagai
penternak yang paling lama
berkecimpung dan sehingga kini masih
aktif dalam penternakan lembu tenusu di
Kelantan.
Encik Ibrahim yang dilahirkan pada tahun
1949 mula berkecimpung dalam bidang
penternakan lembu tenusu pada tahun
1985. di rumahnya di Kg. Tini, Pasir Hor,
Kota Bharu.
Beliau memulakan projek lembu tenusu
dengan membeli 5 ekor induk baka
Fressian
Bagi membolehkan bidang penternakan
ini dapat dikembangkan, pada tahun 1990 Gambar atas : Encik Ibrahim bersama
salah seekor daripada lembu tenusu
beliau bersama lima orang lagi penternak
peliharaan beliau
tenusu telah berpindah ke Ladang Tenusu
Berkelompok Sg. Durian, Pasir Puteh.
Pada masa ini, pada usia 64 tahun, Encik Ibrahim masih meneruskan bidangusaha
penternakan tenusu dan mempunyai 28 ekor lembu di ladang beliau.
Sebagai perancangan jangka panjang, beliau kini sedang melatih anak lelaki beliau
dalam bidang tersebut bagi memastikan kesinambungan projek yang telah
dimulakan semenjak 28 tahun yang lalu.
Disamping menjadi penternak tenusu, beliau juga menjadi jurusuntik permanian
beradas buat sendiri (DIY) yang dilatih oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kemahiran melakukan suntikan permanian beradas yang dimiliki oleh Encik Ibrahim
bukan sahaja dimanfaatkan untuk kepentingan projek tenusu beliau, malahan juga
untuk penternak-penternak lain di sekitar kawasan Koloni T enusu Sg. Durian.

9
Gambar atas :Sebahagian daripada lembu tenusu milik Encik Ibrahim bin
Ab Ghani yang terletak di Koloni Tenusu Sg. Durian, Pasir Puteh, Kelantan.

Gambar bawah : Encik Ibrahim sedang melakukan kerja permanian beradas


ke atas lembu tenusu milik beliau.

10
SEMEN (AIR MANI BEKU) LEMBU PERTAMA YANG DIPERKENALKAN

Perkhidmatan permanian beradas ke atas lembu mula diperkenalkan di negeri


Kelantan di sekitar tahun 1973. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan
kualiti dan produktiviti lembu-lembu baka tempatan, iaitu baka Kedah-Kelantan
di negeri ini. Semen beku yang mula-mula diperkenalkan adalah dari baka
tenusu seperti Fresian, Jersey dan Australian Milking Zebu (AMZ). Sebanyak
350 dos semen telah dibawa masuk buat kali pertamanya oleh Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan pada awal tahun 1973.
Kelahiran anak-anak lembu kacukan dari semen tenusu dengan induk Kedah-
Kelantan itu telah mendapat pelbagai reaksi dari golongan penternak.
Kebanyakannya tidak begitu berminat atas alasan warnanya yang bertompok
hitam-putih agak asing dan tidak menarik.
JPH kemudiannya telah membawa masuk semen baka pedaging, iaitu dari
baka Brahman. Bagaimanapun anak-anak kacukan Brahman yang
menampilkan ciri-ciri fizikal baka Bos indicus seperti bonggol yang tinggi serta
dewlap yang lebar juga gagal menarik minat kebanyakan penternak di negeri
ini.
Kesukaran di peringkat awal dalam memperkenalkan baka-baka kacukan di
kalangan penternak lembu pedaging tempatan akhirnya mendorong pihak JPH
untuk mendapatkan bekalan semen beku lembu dari baka Bos taurus, iaitu dari
baka-baka temperate seperti Santa Gethrudis, Hereford, Limousin, Angus dan
Charolais.
Kelahiran anak-anak kacukan pertama dari baka temperate akhirnya telah
berjaya mengubah persepsi penternak lembu pedaging di negeri Kelantan
terhadap baka-baka kacukan. Susuk badannya yang dikatakan lebih menarik
serta perbezaan berat lahirnya yang agak ketara antara baka kacukan ini
dengan baka lembu tempatan telah menarik minat lebih ramai penternak lembu
tempatan untuk mencuba baka-baka yang baharu diperkenalkan ini.

11
Gambar atas : Kelahiran anak-anak lembu hasil permanian beradas di peringkat awal
antara semen baka tenusu dengan induk Kedah-Kelantan telah tidak mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada penternak di negeri Kelantan. Bagi mereka
warna hitam-putih anak-anak kacukan tersebut dianggap asing dan tidak menarik

Gambar bawah : Anak lembu betina dari semen Aberdeen Angus yang berumur 10
bulan (kanan) yang lahir pada 24.11.1973 ini merupakan salah satu daripada anak
lembu pedaging baka temperat yang terawal hasil dari permanian beradas ke atas
induk Kedah-Kelantan di negeri Kelantan.

12
Gambar atas : Perbezaan saiz antara anak lembu kacukan baka Aberdeen Angus
dengan baka Kedah-Kelantan yang sebaya umur (2 minggu) adalah antara faktor
yang menarik minat lebih ramai penternak untuk terlibat dalam program
pembakaan anjuran JPH (Gambar diambil dalam tahun 1974)

Gambar bawah : Anak lembu betina baka Kacukan Santa Gethrudis berumur 8
bulan 15 hari yang lahir pada 4 Januari 1974 di Jajahan Bachok ini merupakan
anak lembu kacukan pertama dari baka tersebut yang lahir di Kelantan melalui
teknologi permanian beradas.

13
PELOPOR DALAM BIDANG BIOTEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS
BUAT SENDIRI (DO IT YOURSELF, D.I.Y)

Encik Rosli bin Zakaria , beralamat di Kg. Wakaf Aik, Tawang, Bachok
merupakan orang awam pertama di negeri Kelantan yang dilatih sebagai
jurusuntik permanian beradas. Memandangkan sambutan terhadap
perkhidmatan permanian beradas untuk lembu-lembu tempatan amat
menggalakkan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengambil pendekatan
untuk memindah teknologi tersebut kepada golongan penternak agar objektif
untuk meningkatkan baka-baka lembu kacukan dapat berkembang dengan
pesat di negeri ini.
Pada Bulan Ogos 1991 pada usia 17 tahun, Encik Rosli telah dihantar untuk
mengikuti Kursus Permanian Beradas di Institut Haiwan Kluang, Johor,
selama dua minggu. Sekembalinya dari menjalani latihan, Encik Rosli telah
dibekalkan dengan set peralatan permanian beradas oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk menjalankan aktiviti tersebut di
kalangan lembu-lembu milik penternak di negeri Kelantan, khususnya di
Jajahan Bachok.
Pencapaian terbaik Rosli dalam aktiviti permanian beradas ialah keupayaan
beliau untuk menyuntik sebanyak 100 kes dalam sebulan. Dengan bimbingan
secara berterusan dari pihak Jabatan, Rosli mampu menjadikan kerjaya
permanian beradas sebagai sumber pendapatan tambahan beliau dimana
kadar bayaran yang diterima dari setiap kes permanian beradas ialah antara
RM 50.00 hingga RM 150.00

Gambar atas : Encik Rosli bersama salah seekor daripada anak lembu hasil
dari permanian beradas yang beliau jalankan

14
PENTERNAK LEMBU SECARA PERLADANGAN INTEGRASI YANG PALING
BERJAYA

Encik Zulkifli bin Mohd Zin, beralamat di Felda Aring, Chiku, Gua Musang merupakan
salah seorang penternak lembu pedaging yang berjaya di negeri Kelantan. Kegigihan
yang ditunjukkan oleh Encik Zulkifli dalam bidang penternakan lembu yang bermula
semenjak tahun 1994 dengan berbekalkan 6 ekor lembu Kedah-Kelantan yang
dihadiahkan oleh ayah beliau mendorong Encik Zulkifli mengembangkan saiz
bidangusaha tersebut secara beransur-ansur.
Setelah 19 tahun berkecimpung di dalam bidang penternakan, kini Encik Zulkifli
memiliki 450 ekor lembu yang kesemuanya adalah dari baka Kacukan Kedah-
Kelantan yang dipelihara secara integrasi di dalam kawasan tanaman sawit di
Kawasan Aring, Gua Musang.
Selama berkecimpung di dalam bidangusaha penternakan lembu, pelbagai anugerah
telah beliau terima. Diantara pencapaian cemerlang beliau ialah memenangi
Anugerah Usahawan Jaya Ruminan Negeri Kelantan sebanyak empat kali, iaitu pada
tahun 2003, 2005, 2006 dan 2008.
Pada tahun 2008 Encik Zulkifli telah
menerima Anugerah Insan
Cemerlang Peringkat Jajahan Gua
Musang dari DYMM Raja
Perempuan Kelantan.
Sehingga kini, hanya Encik Zulkifli
satu-satunya penternak di negeri
Kelantan yang berjaya mencapai
purata pendapatan RM 70,000
setahun hasil dari Program
Transformasi Usahawan Sektor
Ternakan yang dilaksanakan oleh Gambar atas : Encik Zulkifli bin Mohd Zin
pihak Jabatan menerima Anugerah Insan Cemerlang Tahun 2008
dari DYMM Raja Perempuan Kelantan

15
PENTERNAK LEMBU PERTAMA MEMPRAKTIKKAN PROGRAM
PEMBIAKAN TERANCANG (SYNCHRONISED BREEDING)

Program pembiakan secara berkelompok (synchronised breeding) biasanya


diamalkan oleh pengusaha-pengusaha ternakan yang mempunyai saiz ladang
yang besar. Melalui program ini, induk-induk ternakan diatur agar dapat
dibiakkan secara serentak pada sesuatu masa yang ditentukan.
Melalui program pembiakan secara serentak, pengurusan ternakan akan
menjadi lebih mudah, disamping meningkatkan tahap kecekapan pengurusan,
meningkatkan produktiviti ladang, menjimatkan kos serta memudahkan urusan
pemasaran hasil ladang.
Melalui pembiakan secara berkelompok ini, pengusaha ladang dapat
merancang untuk mengeluarkan hasil ladang pada masa yang diperlukan
seperti pada musim-musim perayaan dan sebagainya.
Program pembiakan lembu secara berkelompok pertama dipraktikkan di negeri
Kelantan ialah pada tahun 2001, iaitu di sebuah ladang lembu integrasi milik
Encik Norman bin Aman, beralamat di Kesedar Paloh 4, Gua Musang.

Gambar atas : Encik Norman bersama kumpulan lembu beliau

Melalui program pembiakan berkelompok, induk-induk yang tidak bunting tetapi


subur akan diberi hormon sintetik oestrodial benzoate yang dipasangkan di
dalam saluran pembiakan selama tujuh hari. Kebiasaannya induk yang diberi
hormon ini akan menunjukkan tanda berahi selepas tempoh tersebut dan akan
dibiakkan, sama ada secara tabii menggunakan pejantan atau secara
permanian beradas.

16
JURUSUNTIK PERMANIAN BERADAS PALING CEMERLANG

Pada tahun 2012 Jabatan


Perkhidmatan Veterinar Negeri
Kelantan telah merekodkan dua
orang jurusuntik permanian
beradas Jabatan yang mencapai
tahap paling cemerlang dengan
kejayaan mencapai angka
suntikan yang paling tinggi pernah
dicapai oleh mana-mana
jurusuntik bukan sahaja di
Kelantan, malahan juga di seluruh
Malaysia.
Pada tahun tersebut, Encik Wan
Azlan bin Wan Hassan jurusuntik
dari Unit Pembiakan Dan
Pembakaan, Ibu Pejabat
Perkhidmatan Veterinar Negeri
Kelantan telah memperolehi angka
suntikan yang paling tinggi iaitu
sebanyak 1,572 kes. Ini diikuti oleh
seorang lagi jurusuntik, iaitu Encik
Nik Long bin Che’ Ali dari Pejabat
Gambar atas : Encik Wan Azlan bin Wan Hassan
Perkhidmatan Veterinar Jajahan
menjadi jurusuntik permanian beradas yang paling
Bachok yang mencapai angka
cemerlang pada tahun 2012 dengan pencapaian
suntikan sebanyak 1,568 kes. angka suntikan tertinggi, iaitu sebanyak 1,572 kes.
Jumlah angka suntikan dari kedua- Angka ini juga merupakan yang tertinggi pernah
dua jurusuntik ini telah dicapai oleh mana-mana jurusuntik di Malaysia
dalam tempoh 40 tahun
menyumbang sebanyak 36 peratus
dari keseluruhan angka suntikan di
negeri Kelantan, manakala
selebihnya 64 peratus dikongsi oleh 30 orang jurusuntik yang lain.
Sebelum ini, Jabatan pernah menganugerahkan Jurusuntik Paling Cemerlang
kepada Encik Ibrahim bin Mat (Allahyarham) dari Pejabat Perkhidmatan
Veterinar Jajahan Bachok di atas kecemerlangan beliau dalam menjalankan
kerja-kerja permanian beradas pada tahun 2004.
Pada tahun tersebut, Encik Ibrahim telah berjaya melakukan suntikan
permanian beradas sebanyak 1,340 kes, dimana angka tersebut merupakan
yang tertinggi di Malaysia pada masa itu.

17
Gambar atas : Encik Nik Long bin Che’ Ali, juga salah seorang jurusuntik permanian
beradas yang paling cemerlang dengan pencapaian angka suntikan sebanyak 1,568
kes pada tahun 2012

Gambar atas : Encik Ibrahim menerima cenderahati dari YABs. Dr. Haji
Idris bin Kadir Pengarah JPVNK pada hari persaraan beliau bagi meraikan
sumbangannya dalam perkhidmatan

18
TAHUN PALING CEMERLANG BAGI APLIKASI BIOTEKNOLOGI
PERMANIAN BERADAS

Negeri Kelantan merupakan negeri


yang sentiasa terkedepan di dalam
angka perkhidmatan permanian
beradas ke atas lembu semenjak
perkhidmatan tersebut diperkenalkan.
Minat yang mendalam di kalangan
penternak dalam penternakan lembu
kacukan menyebabkan permintaan
terhadap perkhidmatan permanian
beradas begitu menggalakkan.

Tahun 2012 telah menyaksikan pencapaian dalam penyampaian perkhidmatan


permanian beradas yang paling cemerlang oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Negeri Kelantan dimana sebanyak 8,829 kes permanian beradas
telah dijalankan oleh 32 orang jurusuntik permanian beradas di 10 pusat
sumber genetik yang terdapat di negeri ini. Angka tersebut merupakan angka
suntikan paling tinggi di Malaysia dalam setahun pernah dicapai oleh mana-
mana negeri
Jadual 1 : Rekod Suntikan Permanian Beradas Lembu Di Negeri Kelantan
Tahun Jumlah Suntikan Bilangan Kelahiran Anak Bilangan Kawasan
Permanian Induk Kacukan (Yang Jurusuntik Liputan
Beradas Terlibat Dilapor) (Jajahan)
1973 295 241 164 23 8
1974 775 635 458 23 8
1975 879 712 462 23 8
1976 783 647 555 23 8
1977 1,032 876 596 23 8
1978 1,165 981 872 23 8
1979 421 361 267 23 8
1980 763 618 307 23 8
1981 1,625 1,381 997 23 8
1982 1,387 1,026 394 26 8
1983 1,430 1,069 485 19 8
1984 1497 1,182 549 16 8

19
Tahun Jumlah Suntikan Bilangan Kelahiran Anak Bilangan Kawasan
Permanian Induk Kacukan (Yang Jurusuntik Liputan
Beradas Terlibat Dilapor) (Jajahan)
1985 1,171 948 470 16 8
1986 1,199 939 488 17 8
1987 1,317 1,077 469 20 8
8
1988 1,654 1,369 575 20
8
1989 2,274 1,884 869 21
8
1990 3,396 2,798 1,004 23
8
1991 5,420 4,492 1,382 22
8
1992 7,185 6,218 2,285 22
8
1993 8,267 6,496 2,892 22
1994 5,463 4,392 2,212 25 9
1995 4,898 4,092 2,457 27 8
8
1996 4,425 3,659 2,319 27
8
1997 4,007 3,340 2,389 25
8
1998 3,357 2,897 2,274 25
8
1999 4,010 3,381 2,206 25
8
2000 4,606 3,822 2,331 25
8
2001 4,208 3,491 2,130 25
8
2002 4,820 4,392 2,439 25
8
2003 5,377 4,496 2,937 25
2004 5,633 4,998 3,202 23 10
10
2005 6,907 6,040 4,006 26
10
2006 7,573 6,664 4,111 26
10
2007 6,394 5,545 2,484 26
10
2008 7,286 6,484 2,094 33
10
2009 6,985 6,156 2,868 30
10
2010 6,950 6,390 2,229 32
10
2011 6,988 6,579 2,372 32
10
2012 8,829 8,312 4,907 32

20
SEMEN (AIR MANI BEKU) LEMBU YANG PALING POPULAR

Semenjak perkhidmatan permanian beradas ke atas lembu mula diperkenalkan


di negeri Kelantan, Jabatan telah membawa masuk semen beku dari pelbagai
baka seperti Sindhi, Australian Milking Zebu, Brahman, Santa Gethrudis,
Hereford, Angus, Brangus, Charolais, Limousin, Bali, Boran, Chianina, Belgian
Blue dan terkini seperti Blonde d’Aquitaine dan Piedmontese. Namun begitu
sebarang pemilihan jenis semen beku untuk tujuan permanian beradas
biasanya ditentukan sendiri oleh penternak.

Dua jenis semen beku lembu didapati paling popular di kalangan penternak di
negeri Kelantan di sepanjang tempoh sepuluh tahun kebelakangan ialah
Charolais dan Limousin. Daripada dua jenis semen beku tersebut, semen baka
Charolais didapati paling diminati, dengan peratus penggunaannya sebanyak
45 peratus, manakala penggunaan baka Limousin ialah 24 peratus daripada
keseluruhan penggunaan semen yang direkodkan. Selebihnya sebanyak 31
peratus dikongsi oleh lain-lain baka.

Peratus Penggunaan Semen Beku Lembu Yang Popular Di


Kelantan Dalam Tempoh 10 Tahun (2003 hingga 2012)

31%
45%

24%
Charolais Limousin Lain-lain Baka

Penternak-penternak di negeri Kelantan lazimnya mempunyai cara mereka


tersendiri dalam menentukan kriteria baka-baka lembu yang mereka paling
minati untuk dipelihara. Kebanyakan dari mereka sanggup menghabiskan
wang yang banyak demi memenuhi hobi mereka untuk mendapatkan seekor
lembu yang dihajati.

Bagaimanapun selalunya pelaburan mereka akan berbaloi bila ternakan


tersebut kemudiannya dapat dijual pada harga yang tinggi, lebih-lebih lagi jika
lembu tersebut telah meraih kemenangan dalam mana-mana pertandingan
lembu cantik.

21
Tinjauan secara rambang ke atas peminat-peminat lembu cantik di Kelantan
mendapati diantara ciri-ciri seekor lembu jantan yang menjadi pilihan mereka
ialah bentuk susuk badan seimbang, tegap atau sasa, jinak, mudah diurus,
dan mempunyai warna kulit yang cerah atau terang.

Kebanyakan dari ciri-ciri yang disebutkan di atas ada pada lembu Charolais.
Jadi tidak hairanlah jika 45 peratus daripada semen beku yang menjadi pilihan
penternak di Kelantan adalah dari baka Charolais. .

Di bawah ini ada sebahagian daripada contoh susuk badan lembu jantan yang
sering menarik minat penggemar lembu-lembu kacukan di negeri Kelantan :

22
LEMBU PEJANTAN CHAROLAIS PALING BESAR

Gambar atas : “BOB” Lembu Jantan baka Kacukan Charolais yang paling besar di Kelantan

‘Bob’ adalah lembu baka Kacukan Charolais yang paling besar pernah
direkodkan di negeri Kelantan. Pada tahun 2008, pada umur empat tahun lebih,
Bob telah mencapai berat badan sebanyak 1,100 kilogram dengan nilai pasaran
RM 13,000.

Pemilik Bob adalah Encik Joharani bin Jaafar, beralamat di Kg. Permatang
Pasir, Gunong, Bachok .

Lembu ini telah mendapat Johan dalam Pertandingan Lembu Cantik Sempena
Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan
Tahun 2008 bagi Kategori Lembu Pejantan Charolais Unggul.

23
LEMBU PEJANTAN LIMOUSIN HITAM PALING BESAR

Gambar atas : “SITAM” Lembu Jantan baka Kacukan Limousin hitam


yang paling besar di Kelantan

‘Sitam’ adalah lembu kacukan baka Limousin Hitam yang paling besar pernah
direkodkan di negeri Kelantan. Pada tahun 2012, pada umur 3 setengah tahun,
lembu ini telah mencapai berat badan sebanyak 1,200 kilogram dan telah dijual
pada harga RM 13,000. Induknya adalah dari baka kacukan Limousin.

Pemilik lembu jantan ini adalah Encik Naharizan bin Ab Rahim, beralamat di
Kg. Badang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Menariknya lembu ini lahir hasil dari kerja permanian beradas yang dilakukan
oleh seorang usahawan permanian beradas buat sendiri (DIY), Encik Rosli bin
Zakaria yang dibimbing di bawah program pemindahan teknologi oleh Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Sitam ini telah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Lembu Cantik
Sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri
Kelantan Tahun 2011 dan Johan bagi Kategori Lembu Pejantan Limousin
Unggul sempena dengan Ekspo Pertanian Peringkat Negeri Kelantan tahun
2012.

24
LEMBU PEJANTAN KACUKAN PALING MAHAL

‘Seri Kemudi’ adalah nama lembu jantan Kacukan Charolais yang paling
tinggi nilai pasarannya pernah dicatat di negeri Kelantan, dimana ianya telah
dijual pada tahun 2012 pada harga RM 15,000 ketika berumur 5 tahun.

Seri Kemudi ini lahir dari hasil dari bioteknologi permanian beradas
menggunakan semen beku Charolais TRIO FR0311122436 ke atas induk
Kacukan Charolais yang dilakukan oleh Encik Azmi bin Muhammad,
Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan. Nama Seri Kemudi adalah sebagai
mengambil sempena nama kampung pemilik lembu tersebut, Encik Muhamad
bin Abdullah (Pak Mat Kemudi), iaitu Kg. Kemudi, Bachok.

Pencapaian cemerlang Seri Kemudi ialah, mendapat Johan dalam


pertandingan Lembu Cantik MAHA 2010 bagi kategori Pejantan Charolais
Unggul, Johan Pertandingan Lembu Cantik Sempena Sambutan Hari
Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2011
dan Johan Pertandingan Lembu Cantik Sempena Sambutan Ekspo Pertanian
Negeri Kelantan Tahun 2012 bagi Kategori Pejantan Charolais Unggul.

25
LEMBU PEJANTAN YANG MERAIH NILAI JUALAN RUNCIT DAGING
PALING TINGGI

‘Merah’ adalah nama lembu jantan Kacukan Limousin yang telah direkodkan
sebagai lembu jantan yang mencapai nilai jualan runcit daging paling tinggi di
negeri Kelantan.

Pemilik lembu ini adalah Encik Mohd Zarawi bin Mustapha, beralamat di Kg.
Kemudi, Bachok.

Lembu jantan ini lahir dari hasil kacukan semen beku Limousin DUTCH
157GLMo 11 dengan induk Kacukan Limousin.

Ketika mencapai umur 3 tahun pada tahun 2012. Pemiliknya telah


menyembelih dan berjaya memperolehi hasil jualan daging sebanyak lebih
kurang RM 8,000. Nilai tersebut merupakan jumlah tertinggi pernah dicatat
hasil dari jualan runcit daging dari seekor lembu di negeri Kelantan.

26
LEMBU PEJANTAN PALING BESAR DISEMBELIH UNTUK KENDURI
KAHWIN

Lembu jantan Kacukan Charolais yang dimiliki oleh Encik Che’ Awang bin
Yaakob, beralamat di Kg. Wakaf Aik, Tawang, Bachok telah direkodkan
sebagai lembu yang paling besar pernah disembelih untuk tujuan kenduri
kahwin di negeri Kelantan. Pada tahun 2004, pada umur 3 tahun, lembu ini
telah dijual pada harga RM8,000.

Lembu ini telah disembelih untuk tujuan kenduri di rumah Encik Ismail bin
Abas, Kg Wakaf Zin, Bachok dan dagingnya dimasak gulai kawah sebanyak
14 kawah dan dikatakan cukup untuk menjamu seramai 3,500 orang tetamu.

Pencapaian terbaik lembu jantan ini ialah memenangi tempat kedua


Pertandingan Lembu Cantik di MAHA 2004 yang berlangsung di MIECC,
Mines, Sungai Besi, Selangor.

27
LEMBU PEJANTAN DENGAN UKURAN BADAN YANG PALING PANJANG

Diantara ciri penting bagi seekor lembu sebagai pengeluar daging yang baik
ialah mempunyai ukuran badan yang panjang. Lembu yang mempunyai ukuran
badan yang paling panjang pernah direkodkan ialah seekor lembu lembu jantan
Kacukan Brahman yang diberi nama “Seri Binjai” milik Encik Kossim bin
Yaakob, beralamat di Kg. Kubang Golok, Perupok, Bachok.
Lembu jantan kacukan dari semen beku Brahman Mister V8.801/3 dengan
induk Kacukan Charolais ini direkodkan mempunyai ukuran badan 190 sm
dengan berat badannya 1,100 kilogram. Ukuran panjang badan dikira dari
pangkal tengkok hingga ke pangkal ekor.
Pejantan kacukan Brahman ini lahir pada 28 Mac 2005 dari hasil permanian
beradas yang dilakukan oleh Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan, Encik
Nik Long bin Che’ Ali pada 28 Mei 2004 dengan anggaran berat lahir 30
kilogram.
Pemilik asal lembu ini ialah Encik Mohd Fais bin Abdullah, beralamat di
Chabang Empat Binjai, Kota Bharu, Kelantan. Pada Bulan Ogos 2012, pada
umur 7 tahun, lembu jantan ini telah dijual oleh pemilik asal kepada Encik
Kosim bin Yaacob dengan harga RM 7,000.00. Pencapaian terbaik lembu
jantan ini ialah mendapat Johan dalam pertandingan lembu kategori Pejantan
Unggul Brahman sempena sambutan MAHA 2008 dan 2012.
“Seri Binjai” bagaimanapun telah disembelih dan dagingnya dijual dengan nilai
RM 11,940 bagi tujuan jamuan rakyat sempena dengan lawatan Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Haji Najib bin Tun Ab. Razak, Perdana Menteri Malaysia
di Pusat Transformasi Luarbandar Kelantan, Kota Bharu pada 20 Januari 2013.

28
LEMBU BLONDE D’AQUITAINE PERTAMA DARI INDUK KACUKAN
LIMOUSIN

Gambar atas : Gambar anak lembu Kacukan Blonde d’Aquitaine


ini diambil ketika berumur 13 bulan

Anak lembu jantan yang lahir pada Bulan November 2011 ini merupakan
lembu kacukan baka Blonde d’Aquitaine yang pertama lahir di negeri Kelantan
dari induk baka Kacukan Limousin milik seorang penternak Encik Azlan bin
Mohamed dari Kg. Pohon Nenasi, Beris Lalang, Bachok.

Lembu ini lahir hasil dari kerja permanian beradas yang dilakukan oleh Encik
Wan Azlan bin Wan Hassan, Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan menggunakan semen Blonde
D’Aquitaine ke atas induk Kacukan Limousin. Blonde d’Aquitaine yang
berasal dari Perancis merupakan salah satu daripada baka yang baru
diperkenalkan di Malaysia.

Pada umur 1 tahun 4 bulan, nilai pasaran anak lembu jantan ini telah
mencecah RM 9,000.

Anak lembu ini telah dibawa untuk dijadikan sebagai bahan pameran
sempena dengan penganjuran MAHA 2012 yang lepas

29
LEMBU BLONDE D’AQUITAINE PERTAMA DARI INDUK KACUKAN
CHAROLAIS

Gambar atas : Anak lembu Kacukan Blonde d’Aquitaine yang pertama


dari induk Kacukan Charolais di Kelantan lahir secara permanian
beradas ketika berumur 2 bulan

Blonde d’Aquitaine merupakan salah satu dari baka lembu yang baru
diperkenalkan di negeri Kelantan. Semen beku Blonde d’Aquitaine yang
pertamakali dibawa masuk ialah pada 8 November 2010.

Lembu Blonde d’Aquitane yang berasal dari pergunungan Pyrenees, daerah


Aquitaine, Perancis merupakan baka yang ketiga terbesar di Perancis selepas
Charolais dan Limousin.

Anak Blonde d’Aquitaine yang pertama dari induk Kacukan Charolais di


Kelantan yang lahir pada 27 Mei 2011 adalah milik Encik Salleh bin Daud,
beralamat di Kg. Aman, Beris Lalang, Bachok

Anak lembu ini lahir hasil dari kerja permanian beradas yang dilakukan oleh
Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan, Encik Wan Azlan bin Wan Hassan
menggunakan semen Blonde d’Aquitaine ke atas induk Kacukan Charolais
pada 23 Ogos 2010.

30
LEMBU KACUKAN CHAROLAIS TANPA TANDUK / DOGOL (POLLED)
PALING BESAR

Lembu jantan Kacukan Charolais dari semen beku Charolais Indiana


0.39.3112617 yang lahir pada tahun 2009 ini telah direkodkan sebagai lembu
jantan Charolais tanpa tanduk yang paling besar lahir di Kelantan. Lembu
jantan ini milik Encik Adnan bin Ab. Rashid, beralamat di Kg. Badak, Bachok

Pada awal tahun 2013 ini, pada tahap umur tiga tahun enam bulan, lembu ini
telah mencapai berat badan 1,000 kilogram dan dianggarkan nilai semasanya
adalah RM 9.000.

Lembu ini lahir hasil dari kerja permanian beradas yang dilakukan oleh
Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan, Encik Nik Long bin Che’ Ali ke atas
induk juga dari baka Kacukan Charolais.

Lembu ini telah memenangi tempat kedua Kategori Lembu Charolais Pejantan
Unggul sempena sambutan MAHA 2012. Untuk rekod, induk kepada lembu
pejantan ini adalah induk yang sama yang melahirkan “Seri Kemudi”,
pemenang Kategori Lembu Pejantan Unggul sempena sambuta MAHA 2010.

Pengurusan lembu ini dibuat secara kurungan dengan 90 peratus daripada


pemakanannya menggunakan campuran konsentrat dari isirong kelapa sawit
dan juga dedak dari hampas soya.

31
Gambar atas dan bawah : Dengan susuk badannya yang tegap,
besar dan jinak, lembu jantan Kacukan Charolais ini telah menarik
perhatian ramai pengunjung yang melawat ke gerai pameran
Jabatan di MAHA 2012. Kesempatan ini telah digunakan oleh
mereka untuk membelai dan menunggang lembu jantan ini sambil
bergambar sebagai kenangan

32
LEMBU KACUKAN BALI JANTAN PERTAMA

Lembu Baka Bali tulen berasal dari Indonesia. Semen Bali pertama kali
diperkenalkan di negeri Kelantan ialah pada 24 Januari 2004. Permanian
beradas menggunakan semen lembu Baka Bali buat kali pertamanya telah
dibuat ke atas induk Kedah-Kelantan pada awal Bulan Februari Tahun 2004.

Hasilnya seekor anak lembu jantan kacukan Bali pertama telah lahir pada
awal bulan November 2004. Pada Bulan Julai 2007, lembu ini telah mencapai
umur 2 tahun 8 bulan dengan berat badan lebih kurang 250 kilogram.

Pembiakan secara permanian beradas lembu ini telah dilakukan oleh


Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan, Encik Mohd Zain Tan bin Abdullah

33
LEMBU KACUKAN BALI BETINA PERTAMA

Lembu Kacukan Bali betina pertama telah direkodkan lahir di Kelantan


melalui teknik pembiakan secara permanian beradas adalah di ladang milik
Encik Shaari @ Aseri bin Ab Hamid, Kg. Kubang Golok, Perupok, Bachok.
Anak kacukan Bali ini lahir hasil proses permanian beradas ke atas induk baka
Kacukan Charolais dengan semen beku Bali yang dilakukan oleh Encik Nik
Long bin Che’ Ali, Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan.

Lembu betina ini telah mencapai umur 8 tahun pada tahun 2012 dan telah
melahirkan 5 ekor anak yang kesemuanya melalui proses permanian beradas.
Tiga ekor daripada anak lembu tersebut adalah hasil permanian beradas yang
dilakukan sendiri oleh pemiliknya, yang juga seorang Jurusuntik Permanian
Beradas Buat Sendiri (DIY) yang dibimbing oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Negeri Kelantan.

34
ANAK LEMBU PIEDMONTESE JANTAN PERTAMA DARI INDUK
KACUKAN KEDAH KELANTAN

Gambar atas : Anak lembu Kacukan Piedmontese jantan


pertama lahir dari induk Kacukan Kedah-Kelantan

Kebiasaannya penternak akan lebih berhati-hati dalam memilih semen beku


yang sesuai untuk membiakkan induk lembu mereka, lebih-lebih lagi bagi
induk baka Kedah-Kelantan yang bersaiz kecil. Keadaan ini timbul kerana
kekhuatiran kemungkinan berlakunya masalah kesukaran semasa melahirkan
anak (distokia) disebabkan saiz anak yang besar.

Bagaimanapun keadaan ini tidak berlaku kepada seorang penternak Encik


Mohd Nuji bin Nor dari Kg. Padang Raja, Melor, Kota Bharu. Semen lembu
baka Piedmontese yang baru diperkenalkan di negeri Kelantan pada tahun
2010 telah menjadi pilihan beliau untuk disuntikkan ke dalam rahim induk
Kacukan Kedah-Kelantan yang bersaiz sederhana milik beliau.

Proses pembiakan secara bioteknologi yang telah dilakukan oleh Encik Wan
Azlan bin Wan Hassan, jurusuntik permanian beradas Jabatan pada awal
bulan Ogos 2011 menggunakan semen beku Piedmontese Mazinga PM
IT004990/54768 telah mendatangkan hasil dengan lahirnya seekor anak
Kacukan Piedmontese jantan pada 21 Mei 2012 Anak kacukan dengan
anggaran berat lahir 30 kilogram ini direkodkan sebagai anak Piedmontese
jantan pertama dari induk Kacukan Kedah-Kelantan yang lahir di negeri
Kelantan.

Pada tahap umur 7 bulan kini anak lembu tersebut telah mencapai nilai
pasaran RM 3,000.

35
ANAK LEMBU PIEDMONTESE JANTAN PERTAMA DARI INDUK
KACUKAN CHAROLAIS

Anak lembu Kacukan Piedmontese yang baru berumur 4 bulan


lahir dari induk Kacukan Charolais

Piedmontese merupakan baka lembu yang baru diperkenalkan di negeri


Kelantan mulai tahun 2010. Kelahiran anak Kacukan Piedmontese pertama di
Kelantan dari induk Kacukan Charolais direkodkan berlaku di Kg. Kemubu,
Ketereh, Kota Bharu, iaitu pada 16 September 2012. Pemilik ternakan
berkenaan ialah Encik Zainurin bin Ismail.

Pada umur 4 bulan, nilai pasaran anak lembu betina ini telah mencecah RM
5,000.

Anak lembu ini lahir hasil dari kerja permanian beradas yang dilakukan oleh
Encik Wan Azlan bin Wan Hassan, Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan
menggunakan semen Piedmontese Mazinga PM IT004990/54768 ke atas
induk Kacukan Charolais.

36
ANAK LEMBU PIEDMONTESE BETINA PERTAMA DARI INDUK
KACUKAN KEDAH-KELANTAN DAN SEMENTAL

Gambar atas : Anak lembu Kacukan Piedmontese betina pertama


di Kelantan dari induk Kacukan Kedah-Kelantan Dan Simentak

Lembu Kacukan Piedmontese betina pertama dari Induk Kacukan Kedah-


Kelantan dan Simental lahir di Kelantan adalah milik seorang penternak Tuan
Din bin Raja Jusoh, beralamat di Kg. Bechah Mulong, Peringat, Kota Bharu.

Anak lembu betina ini lahir pada 10 Jun 2012 hasil dari permanian beradas
menggunakan semen beku Piedmontese Mazinga PM IT0049901/54768
yang dijalankan oleh Encik Wan Azlan bin Wan Hassan, Jurusuntik Permanian
Beradas Jabatan pada 3 September 2011

37
INDUK LEMBU KACUKAN LIMOUSIN YANG PALING TINGGI NISBAH
KELAHIRAN ANAK JANTAN

Induk Kacukan Limousin milik Encik Azlan bin Mohamed, beralamat di Kg.
Pohon Nenasi, Beris Lalang, Bachok direkodkan sebagai induk kacukan
Limousin yang melahirkan kadar anak jantan paling tinggi, iaitu sebanyak 63
peratus. Secara amnya, nisbah anak jantan dan betina ialah 1 : 1.
Pada tahun 2013, induk ini telah mencapai umur 13 tahun dan telah melahirkan
8 ekor anak, dan kini sedang bunting anak yang kesembilan.
Dalam tempoh lapan tahun, induk ini telah memberikan pulangan kepada
pemiliknya sebanyak RM 25,000.00 hasil daripada jualan tujuh ekor anaknya.
Secara purata, Encik Azlan telah menjual anak-anak lembu jantannya pada
kadar harga RM 4,200.00 seekor manakala anak-anak betina pula telah dijual
pada kadar purata RM 2,000.00 seekor.

Gambar sebelah : Induk


Kacukan Limousin yang
telah melahirkan lapan
ekor anak dengan 63
peratus daripadanya
adalah jantan

Gambar sebelah : Salah


satu daripada anak jantan
yang dilahirkan oleh induk
Kacukan Limousin milik
Encik Azlan

38
INDUK LEMBU KACUKAN BALI YANG PALING TINGGI NISBAH
KELAHIRAN ANAK JANTAN

Induk Kacukan Bali milik Encik Shaari @ Aseri bin Ab. Hamid, beralamat di Kg.
Kubang Golok, Perupok, Bachok direkodkan sebagai induk kacukan Bali yang
melahirkan kadar anak jantan paling tinggi, iaitu sebanyak 80 peratus. Secara
amnya, nisbah anak jantan dan betina ialah 1 : 1.
Pada tahun 2012, induk ini telah mencapai umur 8 tahun dan telah melahirkan
5 ekor anak, dengan 4 ekor atau 80 peratus daripadanya adalah jantan.
Kesemua anak yang dilahirkan adalah hasil dari bioteknologi permanian
beradas, dimana 3 ekor daripadanya adalah hasil dari kerja permanian beradas
yang dilakukan sendiri oleh pemiliknya, En Shaari.

Gambar sebelah :
Induk lembu
Kacukan Bali yang
paling tinggi nisbah
anak jantan

Gambar sebelah :
Salah seekor anak dari
induk Kacukan Bali ini
yang disimpan oleh
pemiliknya untuk
dijadikan sebagai induk
gantian

39
ANAK LEMBU PEDAGING BELUM CERAI SUSU YANG PALING MAHAL

Gambar atas : Anak lembu belum cerai susu yang paling mahal pernah direkodkan yang dijual
pada harga RM 7,000 ketika berumur 5 bulan

Seekor induk baka Kacukan Limousin milik seorang penternak Encik Ismail
bin Seman, beralamat di Kg. Sungai, Perupok, Bachok telah melahirkan anak
jantan pada Bulan Mei 2012, hasil dari teknologi permanian beradas yang
dijalankan oleh Encik Nik Long bin Che’ Ali, Jurusuntik Permanian Beradas
Jabatan menggunakan semen beku baka Charolais.
Anak lembu jantan berwarna perang kemerah-merahan yang mempamerkan
gabungan ciri-ciri lembu Charolais dan Limousin ini telah direkodkan sebagai
anak lembu pedaging belum cerai susu yang paling mahal pernah dijual di
Kelantan.
Pada tahap umur 5 bulan, anak lembu ini telah dijual kepada seorang
penternak lain, Encik Abdul Rahim b. Salleh dari Kg. Pintu Gerbang, Tawang,
Bachok dengan harga RM 7,000. Dalam tempoh sebulan berada di tangan
beliau, Encik Abdul Rahim telah menerima tawaran daripada seorang
peminat lembu cantik untuk membelinya pada harga RM 8,000.
Bagaimanapun beliau masih belum bersedia untuk menjualkannya .

40
INDUK LEMBU KACUKAN CHAROLAIS PALING MAHAL

Gambar atas : Induk lembu Kacukan Charolais yang bernilai RM 10,000

Induk lembu baka Kacukan Charolais yang paling mahal di Kelantan sehingga
kini direkodkan menjadi milik Encik Mohd Zuki bin Hussein, beralamat di Kg.
Padang Bual, Tanjong Pauh, Bachok.
Induk yang kini berumur 7 tahun ini telah melahirkan 4 ekor anak dan sedang
bunting anak yang kelima. Pemilik asal lembu betina ini ialah Encik Zakaria bin
Mohammad, dari Kg. Nipah, Perupok, Bachok yang menjualkannya kepada
Encik Mohd Zuki dengan harga RM 5,800 semasa berumur 4 tahun.
Lembu ini lahir hasil dari permanian beradas menggunakan semen beku
Charolais ke atas induk Kacukan Charolais. Difahamkan pemilik lembu ini telah
menerima tawaran dari seorang pembeli untuk membayarnya dengan harga
RM 10,000 tetapi masih belum bersedia untuk menjualkannya.
Pengurusan induk lembu ini dilakukan secara tambat dengan memberi
makanan konsentrat isirong kelapa sawit sebagai makanan tambahan.

41
LEMBU BETINA KACUKAN CHAROLAIS DARA (MAIDEN HEIFER) PALING
MAHAL

Gambar atas : Lembu betina Kacukan Charolais dara ini kini bernilai RM 7,000

Lembu betina Kacukan Charolais dara (maiden heifer) yang paling mahal
direkodkan di negeri Kelantan pada masa ini adalah milik Encik Zakaria bin
Mohammad (Pemilik Restoran Pak Ya Gulai Kawah di Pantai Irama, Bachok)
beralamat di Kg. Nipah, Bachok. Lembu ini telah dilahirkan oleh induk Kacukan
Charolais milik Encik Mohd Zuki bin Hussein dari Kg. Padang Bual, Tanjong
Pauh yang sebelum ini telah direkodkan sebagai induk Kacukan Charolais
paling mahal di Kelantan.
Lembu betina dara ini telah dibeli dengan harga RM 4,500 semasa baru
berumur 5 bulan, dan kini setelah mencapai umur 2 tahun, nilai pasarannya
telah mencecah RM 7,000.
Pengurusan lembu ini dijalankan secara tambat dengan diberi makan campuran
konsentrat isirong kelapa sawit dengan dedak soya sebanyak 90 peratus dan
selebihnya 10 peratus adalah rumput.

42
DUA ANAK LEMBU BIOTEK BERBEZA BAKA LAHIR SERENTAK DARI
SEEKOR INDUK

Bidang pembiakan lembu secara permanian beradas di Negeri Kelantan telah


dikejutkan dengan berita kelahiran sepasang anak lembu kembar dari dua baka
berbeza oleh seekor induk Kacukan Charolais di Kg. Padang Rokma, Wakaf
Baru, Tumpat, Kelantan pada 5 Januari 2013.
Kelahiran dua ekor anak lembu hasil dari permanian beradas yang dijalankan
oleh seorang Jurusuntik Permanian Beradas Jabatan, Encik Wan Azlan bin
Wan Hassan yang telah menggunakan dua semen beku dari baka yang
berbeza, iaitu baka Charolais dan Belgian Blue pada 1 April 2012 merupakan
kelahiran kembar sebegini yang pertama di rekodkan oleh Jabatan berlaku di
negeri Kelantan .
Tindakan menggunakan dua straw semen beku untuk satu permanian beradas
ini biasa dilakukan ke atas induk yang bermasalah kesuburan. Permanian
beradas yang dijalankan oleh Encik Wan Azlan ekoran dari induk lembu milik
Encik Saiful Bahari bin Ismail dari Kg. Padang Rokma, Wakaf Baru ini yang
mengalami kegagalan untuk bunting selepas tiga kali mendapat perkhidmatan
permanian beradas. Sebelum itu, induk lembu ini pernah melahirkan dua ekor
anak secara tunggal.
Menurut Encik Wan Azlan, semasa proses permanian beradas dibuat, beliau
secara trial and error telah memasukkan semen Charolais ke bahagian kanan
uterine horn induk tersebut, diikuti dengan semen Belgian Blue di sebelah
kirinya.
Hasilnya, seekor anak lembu kacukan Charolais betina dan seekor anak lembu
jantan Belgian Blue dengan masing-masing berat 30 kilogram telah berjaya
dilahirkan oleh induk Kacukan Charolais tersebut.
Menurut Encik Saiful Bahari, anak yang mula-mula dilahirkan ialah Baka
Belgian Blue, diikuti oleh anak dari baka Charolais sepuluh minit kemudiannya.
Encik Saiful Bahari menganggap kelahiran kembar ini sebagai rezeki beliau
sempena dengan tahun baharu 2013.

43
Gambar atas : Sepasang anak lembu dari dua semen beku yang
berbeza iaitu Charolais (depan) dan Belgian Blue (belakang) dilahirkan
secara kembar oleh seekor induk di Kg. Padang Rokma, Wakaf Baru,
Tumpat pada 5 Januari 2013

Gambar atas : Induk lembu Kacukan Charolais yang telah


melahirkan anak kembar dari dua baka yang berlainan, iaitu
Charolais dan Belgian Blue

44
LEMBU BETINA KACUKAN SIMENTAL PALING PROLIFIK

Gambar atas : Induk Kacukan Simental yang paling prolifik di Kelantan


bersama dengan anak jantan dari semen beku Belgian Blue. Anak jantan
ini telah dijual dengan harga RM 8,000 ketika mencapai umur 3 tahun.

Induk lembu Kacukan Simental paling prolifik pernah direkodkan di Kelantan


adalah milik Encik Muhamad bin Haji Ismail (Allahyarham Tok Imam Mat),
beralamat di Kg. Tanjong Setan, Kota Bharu.

Pada tahun 2007, induk lembu ini telah mencapai umur 10 tahun dan telah
melahirkan 7 ekor anak kacukan dari pelbagai baka melalui pembiakan
secara permanian beradas.

Lembu ini lahir dari pembiakan secara tabii antara induk baka Kedah-Kelantan
dengan pejantan Kacukan Simental.

Secara purata, induk lembu ini akan mula bunting selepas 40 hari melahirkan
anak. Berdasarkan kepada rekod, kadar bunting induk ini bagi suntikan
permanian kali pertama (first insemination) ialah 100 peratus.

45
LEMBU BETINA KACUKAN CHIANINA DAN ANGUS YANG PALING
BANYAK MELAHIRKAN ANAK

Gambar sebelah :
Induk Kacukan
Chianina dan Angus
yang paling banyak
melahirkan anak

Induk Kacukan Chianina dan Angus yang paling banyak melahirkan anak kini
berada di tangan seorang penternak, Encik Fauzi bin Idris, beralamat di Jalan
Seribong, Pasir Tumboh, Kota Bharu. Pemilik asal induk lembu ini ialah Encik
Hussin beralamat di Kg. Pasir Jelatan, Kubang Kerian, Kota Bharu yang
kemudiannya menyerahkan kepada anaknya Encik Ab. Rahman untuk
memelihara lembu tersebut.
Lembu betina ini lahir hasil dari bioteknologi permanian beradas yang
dilakukan oleh Encik Nik Muhammad bin Nik Aman, Jurusuntik Permanian
Beradas Jabatan yang menggunakan semen beku Angus ke atas induk
Kacukan Chianina pada tahun 1995.
Lembu betina ini dilahirkan dengan keadaan bulu dan kulitnya yang berwarna
gelap, sebagaimana ciri baka Angus. Bagaimanapun warna bulunya semakiin
berubah setelah umurnya meningkat dan kini bulunya bertukar menjadi cerah
keputihan sebagaimana ciri yang dimiliki oleh lembu dari baka Chianina.
Lembu ini telah dijual kepada Encik Fauzi semasa bunting anak yang ke 12
ekor. Setelah memelihara selama 4 tahun, Encik Fauzi sempat memperolehi
hasil 3 ekor anak daripada induk ini.
Sehingga kini pada umur 17 tahun induk tersebut telah melahirkan 14 ekor
anak serta masih aktif dan menunjukkan tanda-tanda biang untuk terus
melahirkan anak. Induk ini telah melahirkan 6 ekor anak jantan dan 8 ekor
betina, kesemuanya melalui permanian beradas. Menariknya kesemua
kebuntingan induk ini berhasil dengan sekali inseminasi sahaja.

46
APLIKASI TEKNOLOGI PERMANIAN BERADAS YANG PERTAMA KE
ATAS KAMBING

Disamping melaksanakan program permanian beradas ke atas lembu-lembu


pedaging dan tenusu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan juga
mengaplikasikan teknologi tersebut ke atas kambing dan bebiri.
Kes permanian beradas yang pertama ke atas induk kambing di negeri ini telah
dilakukan oleh Puan Hajjah Normala binti Tukiban, Ketua Unit Pembiakan Dan
Pembakaan dan Encik Ibrahim bin Yaacob, Pembantu Veterinar Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada tahun 2003 di rumah seorang
penternak Encik Zulkeple bin Mamat, beralamat di Kg. Kedondong, Perupok,
Bachok.

Hajjah Normala binti Tukiban sedang


mengaplikasikan teknologi permanian
beradas ke atas induk kambing

Encik Zulkeple bin Mamat dari Kg.


Kedondong, Perupok, Bachok merupakan
penternak pertama yang menerima
perkhidmatan permanian beradas untuk
ternakan kambing

Program pembiakan kambing secara berkelompok (synchronised breeding) pertama


pula dipraktikkan di negeri Kelantan ialah pada tahun 2007, iaitu di sebuah ladang
kambing integrasi milik Encik Mohd Nasir, beralamat di Felda Chiku 2, Gua Musang.

47
ANAK KAMBING BAKA KACUKAN BOER DENGAN BLACK BENGAL PERTAMA
DI DUNIA

Tanggal 19 November 2008 telah mencatat sejarah dalam program pembiakan yang
dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan. Hasil dari kerja
keras pegawai dan kakitangan Unit Pembiakan Dan Pembakaan DVS Negeri
Kelantan, pada tarikh tersebut telah lahir sepasang anak kambing di Ladang
Kambing Projek D’Raja Tanah Merah, Kg. Domis, hasil kacukan di antara pejantan
baka Boer dengan induk baka Black Bengal.

Pembiakan telah dijalankan secara terkurung di dalam kandang. Anak kacukan baka
seumpana di atas dipercayai yang pertama di dunia.

Dengan ciri-ciri gabungan antara pejantan Boer tulen yang mampu mencapai berat
matang 110 kilogram dan merupakan pengeluar daging yang sangat produktif dan
mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan cuaca dunia, serta induk Black
Bengal yang bersaiz kecil tetapi lasak serta sangat prolifik sehingga mampu
menghasilkan 4 hingga 6 ekor anak bagi setiap kelahiran, kejayaan ini pastinya akan
mendorong para penyelidik pembiakbakaan untuk meneroka lebih jauh bagi melihat
kemungkinan untuk membangunkan baka kacukan di atas.

48
ANAK KAMBING TENUSU BAKA FRENCH ALPINE PERTAMA MELALUI
PERMANIAN BERADAS

Kelahiran pertama bagi anak kambing tenusu dari baka French Alpine melalui
aplikasi permanian beradas di negeri Kelantan berlaku pada tahun 2003, di
Jajahan Tumpat hasil dari permanian beradas induk kambing Katjang dengan
semen beku kambing baka French Alpine (baka tenusu).
Kelahiran tersebut adalah dari hasil usaha pasukan pembiakbakaan Jabatan
yang diketuai oleh Puan Hajjah Normala binti Tukiban, Ketua Unit Pembiakan
Dan Pembakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

Gambar sebelah :
Aplikasi
permanian
beradas ke atas
induk kambing
Katjang
menggunakan
semen beku
French Alpine
pada tahun 2003
di Jajahan Tumpat

Gambar sebelah :
Anak kambing baka
French Alpine
(tenusu) yang
pertama lahir di
Kelantan melalui
bioteknologi
permanian beradas

49
ANAK KAMBING PEDAGING BAKA BOER PERTAMA MELALUI
PERMANIAN BERADAS

Gambar atas : Anak kambing baka Boer (pedaging) yang


pertama lahir di Kelantan melalui bioteknologi permanian
beradas pada tahun 2003

“Boer” berasal dari bahasa Belanda yang bermaksud “peladang”. Kambing Boer
merupakan pengeluar daging yang baik yang mempunyai ciri-ciri yang tahan lasak
dari jangkitan penyakit, kadar tumbersaran yang cepat serta boleh sesuai dalam
pelbagai keadaan cuaca.
Kambing Boer berasal dari Benua Afrika dan baka ini mula dibangunkan pada awal
tahun 1950an oleh sekumpulan peladang berbangsa Belanda yang tinggal di Afrika
selatan. Baka tersebut kemudiannya mula di eksport ke Amereka, Australia dan
negara-negara Eropah.
Baka tulen kambing Boer jantan mampu mencapai berat matang antara 110 hingga
135 kilogram, manakala kambing betina boleh mencapai berat matang antara 90
hingga 100 kilogram.
Kelahiran pertama bagi anak kambing baka Boer melalui aplikasi permanian beradas
di negeri Kelantan berlaku pada tahun 2003, di Jajahan Tumpat hasil dari permanian
beradas induk kambing Katjang dengan semen beku kambing baka Boer.
Kelahiran tersebut adalah juga dari hasil usaha pasukan pembiakbakaan Jabatan
yang diketuai oleh Puan Hajjah Normala binti Tukiban, Ketua Unit Pembiakan Dan
Pembakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan.

50
ANAK KAMBING PEDAGING BAKA JAMNAPARI PERTAMA MELALUI
PERMANIAN BERADAS

Kambing Jamnapari berasal dari Benua Kecil India, iaitu dari daerah Utar
Pradesh. Jamnapari adalah kambing pengeluar daging dan juga susu yang
mempunyai ciri-ciri yang tahan lasak dari jangkitan penyakit, kadar tumbersaran
yang cepat serta boleh sesuai dalam pelbagai keadaan cuaca.
Kambing janta tulen Jamnapari boleh mencapai berat matang sehingga 120
kilogram, manakala yang betina sehingga 90 kilogram.
Kelahiran pertama bagi anak kambing pedaging baka Jamnapari melalui
aplikasi permanian beradas di negeri Kelantan berlaku pada 14 Januari 2010, di
ladang milik Encik Mohd Yusoff bin Said (Allahyarham Tok Imam Soh), di RKT
Renok Baru, Gua Musang, hasil dari permanian beradas induk kambing Katjang
dengan semen beku kambing baka Jamnapari yang dijalankan oleh Puan
Hajjah Normala binti Tukiban, Ketua Unit Pembiakan Dan Pembakaan Jabatan
Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada pertengahan Bulan Ogos 2009.

Gambar atas : Puan Hajjah Normala dan Encik Mohd Yusoff bersama
anak kembar kambing Jamnapari yang pertama lahir melalui
bioteknologi permanian beradas di Kelantan

51
ANAK KAMBING PEDAGING BAKA KALAHARI PERTAMA MELALUI
PERMANIAN BERADAS

Gambar atas : anak kambing Kacukan Kalahari yang pertama lahir melalui
bioteknologi permanian beradas di Kelantan

Kambing baka Kalahari berasal dari kawasan Gurun Kalahari, di Benua Afrika.
Kambing ini terkenal dengan sifatnya yang tahan penyakit, tahan jangkitan kutu,
pengeluar daging dan susu yang baik serta sesuai dengan semua keadaan
cuaca.
Kelahiran pertama bagi anak kambing pedaging baka Kalahari melalui aplikasi
permanian beradas di negeri Kelantan berlaku pada 9 April 2011, juga di
ladang milik Encik Mohd Yusoff bin Said (Allahyarham Tok Imam Soh), di RKT
Renok Baru, Gua Musang, hasil dari permanian beradas induk kambing
Kacukan Boer dengan semen beku kambing baka Kalahari yang dijalankan
oleh Puan Hajjah Normala binti Tukiban, Ketua Unit Pembiakan Dan
Pembakaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan pada 9
November 2010.
Anak kambing jantan yang dilahirkan secara tunggal dengan berat lahir 4.0
kilogram ini telah menunjukkan kadar tumbesaran yang agak
memberangsangkan dengan kadar purata peningkatan berat badan sebanyak
31 gram sehari.

52
TAHUKAH ANDA?

“Tahukah Anda?” merupakan bab terakhir bagi buku “Oghe Kelate Meme Biso”
yang mengajak pembaca semua untuk sama-sama berkongsi pengetahuan
tentang pelbagai istilah yang pernah digunakan oleh penternak-penternak di
negeri Kelantan pada masa dahulu tetapi kini mungkin telah jarang kita dengari
dan semakin dilupakan. Penggunaan pelbagai istilah yang agak asing bagi kita
yang sempat dikumpulkan di sini menunjukkan penternakan bukan hanya
semata-mata menjadi sumber pekerjaan bagi kebanyakan penduduk di negeri
Kelantan pada masa dahulu, malahan ianya menggambarkan keakraban
hubungan antara penternak itu sendiri dengan ternakan peliharaan mereka.

1. “Hih”, “Ca”, “No”, “Paling” dan “Ju”

Terdapat lima istilah yang digunakan oleh petani-petani di negeri Kelantan di


masa dahulu bagi memberi arahan kepada lembu atau kerbau yang
digunakan untuk membajak sawah. Istilah-istilah tersebut ialah “Hih”, “Ca”,
“No”, “Paling” dan “Ju”.

“Hih” adalah arahan supaya lembu atau kerbau mula bergerak atau
mempercepatkan perjalanan. “Ca” bermaksud arahan supaya lembu atau
kerbau bergerak perlahan-lahan ke sebelah kiri, manakala “No” bermaksud
arahan supaya lembu atau kerbau bergerak perlahan-lahan ke arah kanan.

“Paling” adalah arahan supaya lembu atau kerbau membuat pusingan


(biasanya pusingan ke kiri 90 darjah kerana kerja membajak dimulakan di
bahagian kanan tanah yang terbabit). “Ju” pula bermaksud arahan supaya
lembu atau kerbau berhenti. Sebutan bagi setiap arahan biasanya diulang
tiga kali seperti “Ca!Ca!Ca!”, atau “Ju!Ju!Ju!”. Bagi lembu atau kerbau yang
terlatih biasanya memahami maksud sebutan bagi arahan-arahan tersebut.

Gambar sebelah :
Membajak sawah
menggunakan kerbau
atau lembu -
pemandangan yang tidak
mungkin lagi dapat lagi
kita lihat di masa-masa
akan datang

53
2. “Kandaran”, “Cagok” dan “Tako”

Perkataan “Kandaran”, “Cagok” dan “Tako” adalah merujuk kepada


perkara yang sama, iaitu alat yang diperbuat daripada buluh atau kayu yang
digunakan oleh penternak di negeri Kelantan pada masa dahulu bagi mengisi
dan mengangkut rumput atau jerami padi untuk makanan ternakan peliharaan
mereka. Perbezaan penggunaan istilah tersebut bergantung kepada lokaliti
yang berbeza-beza.

Gambar yang dirakam pada tahun 1974 : Seorang penternak lembu


menggunakan alat yang dipanggil ‘kandaran’ atau ‘cagok’ atau
‘tako’ bagi memunggah rumput yang dipotong untuk makanan
lembu peliharaannya.

3. “Lembu Debek”

“Lembu Debek” adalah istilah yang digunakan oleh rakyat Kelantan pada
masa dahulu bagi merujuk kepada lembu jantan yang bertanduk pendek dan
tumbuh menegak ke atas (tidak bengkok sebagaimana kebiasaan bagi lembu
jantan baka Kedah-Kelantan).

54
Bagi peminat-peminat lembu cantik di negeri Kelantan, “lembu debek”
bukanlah menjadi pilihan kerana bentuk tanduknya yang dikatakan kurang
menarik.

Gambar sebelah : Contoh


“Lembu Debek”

4. “Pelunggo”

“Pelunggo” adalah istilah penduduk Kelantan bagi merujuk kepada alat


pacang yang digunakan untuk menambat ternakan . “Pelunggo” biasanya
dibuat daripada kayu yang keras, batang nibung atau besi.

Gambar sebelah :
contoh pelbagai
bentuk pelunggo

55
5. “Pioh Lembu”

“Pioh Lembu” adalah istilah yang digunakan oleh rakyat Kelantan pada masa
dahulu bagi merujuk kepada bahagian pada kedua-dua belah badan lembu
dari bonggol, bahu, bawah ketiak hingga ke bahagian dada. Bahagian “pioh
lembu” ini diperiksa bagi menganggar jumlah daging yang dapat diperolehi
dari lembu tersebut jika disembelih bagi tujuan kenduri (dalam sukatan
gantang). “Pioh lembu” ini juga diperiksa bagi menentukan sama ada lembu
tersebut (lembu jantan) sesuai atau tidak digunakan sebagai penarik kereta
lembu. Pada masa ini mengukur di bahagian ini masih digunakan oleh
penternak di kebanyakan negara sebagai teknik bagi menganggar berat
badan ternakan tersebut.

Gambar atas : En Shaari @ Asri, seorang penternak lembu kacukan di


Bachok sedang mengukur pioh lembu bagi menentukan berat badannya

6. “Patoh Nneghung”

“Patoh Nneghung” adalah istilah yang digunakan oleh penternak di Kelantan


bagi menerangkan keadaan induk lembu atau kerbau bunting sarat yang telah
hampir saat untuk melahirkan anak. Tanda “Patoh Nneghung” ditentukan
dengan melihat kepada rongga tulang pelvik yang terletak di kiri dan kanan
vulva, yang mana jika rongga tersebut kelihatan lekuk ke dalam, bermakna

56
induk tersebut telah mengalami “patoh nneghung”. Biasanya penternak akan
mengurung atau menambat di sekitar rumah mereka induk yang “patoh
nneghung” bagi memudahkan pengawasan dibuat.

Pelvik lembu atau “sepit ketam”

Bahagian rongga pelvik yang akan menjadi lekuk bila lembu


mengalami “patoh nneghung”

7. “Sepit Ketam”

“Sepit Ketam” adalah istilah yang digunakan oleh penternak Kelantan bagi
merujuk kepada tulang pelvik ternakan, sama ada lembu, kerbau, kambing
atau bebiri betina. Lebar atau sempitnya “sepit ketam” akan menentukan
sama ada ternakan tersebut sesuai atau tidak untuk disimpan sebagai
pembiak. Ternakan yang mempunyai “sepit ketam” yang lebar lebih sesuai
untuk dijadikan baka, terutamanya untuk tujuan pembiakan secara kacukan
kerana akan memudahkan proses kelahiran berlaku.

8. “Roma”

Roma adalah perkataan yang merujuk kepada warna lembu. Roma lembu
merupakan diantara butiran yang dicatatkan di atas Kad Perakuan
Pendaftaran Lembu/Kerbau di negeri Kelantan (KN. HAIWAN 13). Terdapat

57
pelbagai istilah warna atau roma lembu yang digunakan oleh penternak di
Kelantan semenjak sekian lama. Ini menggambarkan bahawa lembu-lembu di
negeri ini mempunyai kepelbagaian warna kulit.

Pelbagai istilah warna yang jarang difahami oleh masyarakat hari ini tetapi
sering digunakan oleh Penolong Pendaftar Lembu/Kerbau untuk tujuan
pendaftaran terutamanya di sekitar tahun-tahun 1970an dan sebelumnya,
misalnya “Roma Botal”, “Roma Nibong”, “Roma Tapong”, “Roma
Langsat”, “Roma Jebat”, “Roma Kijang Tua”, “Roma Kijang Muda”,
“Roma Panjok” dan “Roma Cula”.

Gambar atas : contoh Kad Perakuan Pendaftaran Lembu/Kerbau Negeri


Kelantan yang mencatatkan “Roma Nibong” pada butiran kelima mengenai
perihal ternakan (dalam bulatan merah)

58
“Roma Botal” merujuk kepada lembu yang mempunyai warna gelap pada
bahagian depan dan belakang, manakala bahagian tengah badan dan
perutnya berwarna lebih cerah. “Roma Nibong” merujuk kepada lembu yang
keseluruhan badannya berwarna perang atau gelap, kecuali pada bahagian
tulang belakang dari bonggol hingga ke pangkal ekor yang membentuk jalur
dengan warna yang lebih cerah.

“Roma Tapong” pula istilah bagi menerangkan lembu yang warna kulitnya
bertompok, sama ada hitam-putih, kuning-putih dan sebagainya, manakala
“Roma Langsat” digunakan bagi menerangkan lembu yang berwarna putih.
“Roma Jebat” adalah istilah untuk lembu yang berkulit hitam pekat.

“Roma Kijang Tua” bermaksud warna perang kemerah-merahan. “Roma


Kijang Muda” merujuk kepada warna kuning keputih-putihan, manakala
“Roma Panjok” digunakan bagi menerangkan lembu yang warna badannya
gelap atau perang dengan warna tompok putih terdapat pada dahi dan bulu
ekornya.

”Roma Cula” adalah istilah bagi menerangkan lembu yang berwarna perang
dengan belang-belang yang berwarna gelap yang terdapat di seluruh
badannya.

Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Kijang Muda”

59
Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Tapong”

Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Botal”

60
Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Kijang Tua”

Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Jebat”

61
Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Langsat”

Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Panjok”

62
Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Nibong”

Gambar atas : Contoh lembu dengan “Roma Cula”

63
9. “Pusaran Lembu”

Perkataan “Pusaran Lembu” adalah merujuk kepada keadaan bulu yang


berpusar yang terdapat pada bahagian tertentu badan lembu seperti di dahi,
tulang belakang, pangkal ekor, paha sama ada pada bahagian luar atau
dalam, dada, leher, perut dan sebagainya.

Kedudukan serta jumlah pusaran bagi setiap ekor lembu tidak sama sehingga
ianya digunakan oleh Penolong Pendaftar Lembu/Kerbau yang
bertanggungjawab mengeluarkan Kad Akuan Pendaftaran untuk dijadikan
sebagai tanda pengenalan tambahan selain daripada “roma” bagi setiap ekor
lembu yang didaftarkan.

Penolong Pendaftar Lembu/Kerbau akan menanda kedudukan serta jumlah


pusaran bagi setiap lokasi yang ditanda pada lukisan lembu yang dikepilkan
bersama dengan Kad Akuan Pendaftaran Lembu/Kerbau

Gambar atas : Contoh dua pusaran yang terdapat pada bahagian depan
kepala lembu (dalam bulatan merah)

64
Gambar atas : Contoh satu pusaran yang terdapat pada bahagian rusuk kanan
lembu (dalam bulatan merah)

10. “Gor”

“Gor” adalah istilah dalam loghat Kelantan yang merujuk kepada pasung atau
travis, iaitu struktur yang dibina bagi tujuan mengekang ternakan seperti
lembu, kerbau atau kuda. Penggunaan “gor” penting semasa mengendalikan
ternakan terutamanya bagi ternakan yang agresif untuk mengelak daripada
berlakunya kecederaan sama ada ke atas ternakan itu sendiri atau
pengendalinya semasa membuat pemeriksaan, menimbang, menanda,
membuat rawatan, menjalankan aktiviti permanian beradas, serta juga aktiviti
kesihatan gerompok seperti pemberian ubat cacing, nyah kutu dan
pemvaksinan.

“Gor” diperbuat dari pelbagai bahan seperti kayu hutan, buluh, kayu bersaiz
dan juga besi. Walau apa bahan sekalipun yang dipakai, paling penting “gor”
mestilah kukuh atau tidak mudah pecah semasa digunakan, mempunyai ciri-
ciri keselamatan serta sesuai dengan saiz ternakan yang terlibat. Sering juga
terdapat keadaan dimana “gor” sementara dibina hanya menggunakan
batang-batang pokok yang masih hidup sebagai tiang.

65
Gambar atas : Contoh gor yang diperbuat daripada kayu hutan

Gambar atas : Contoh gor yang diperbuat daripada kayu bersaiz

66
Gambar atas : Contoh gor mudahalih yang diperbuat daripada besi paip GI

Gambar atas : Contoh gor kekal dan mudahlaras yang diperbuat daripada besi

67
Gambar atas : Contoh gor sementara yang menggunakan batang pokok sebagai tiang

11. “Tubuh Sitin”

“Tubuh Sitin” adalah istilah yang digunakan oleh penternak di negeri Kelantan
bagi merujuk kepada lembu dengan bentuk badan yang kempis atau nipis
dan panjang dengan perutnya yang lebih kecil di bahagian belakang
berbanding dengan bahagian depan menyerupai bentuk badan kuda.

Bagi seorang penyembelih, lembu dengan “Tubuh Sitin” biasanya kurang


menarik perhatian mereka kerana dikatakan tidak menghasilkan daging yang
banyak.

68
Gambar atas : Contoh lembu dengan “ Tubuh Sitin”

69
PENGHARGAAN

Sekalung tahniah diucapkan kepada seluruh Anggota Badan Reduksi


Buku “Oghe Kelate Meme Biso” yang telah bertungkus lumus bagi
menjayakan penerbitan buku ini.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak, termasuk


anggota Jabatan serta orang-orang perseorangan yang telah memberikan
kerjasama dalam menyumbangkan idea dan maklumat-maklumat yang
berguna untuk melengkapkan penulisan buku ini.

Semoga sumbangan tidak ternilai yang diterima dari semua pihak dalam
menjayakan penerbitan buku “Oghe Kelate Meme Biso” ini akan
mendatangkan manfaat kepada kita bersama.

70

Anda mungkin juga menyukai