Anda di halaman 1dari 34

The Tombs of Ayutthayan Kings

Sekitar April 2007, peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan
kewujudan blog, sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya, penulis blog yang
dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah
Kerajaan Ayutthaya, sebuah kerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi
Indochina pada masa lampau. Dakwaan beliau lebih menarik apabila selepas itu
muncul pula beberapa orang yang mendakwa menyembunyikan identiti mereka
dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.
Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan
sumber utamanya merangkap waris maharaja, Nai Long Kassim Nai Long Ahmad
pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang. Saya
akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua
dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun
secara kronologi logik. Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak
terutama pihak yang menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai, atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu
kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.
Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama
Islam dan raja-raja mereka berasal dari Kedah. Siam dan Thai juga adalah dua kaum
yang berbeza. Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah
disebabkan pakatan antara Burma dan Thai sekian lama, kemudian sejarah
Ayutthaya telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu
dan dibunuh.

The Tombs of Ayutthayan Kings


Hanyut tanah tak bertuan

Rakyat tidak bertuan

Ditabal aku di Segara Masin

Raja gelar..."

(Silkhannaz - Merong Mahawangsa)

Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan kewujudannya


sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi. Kerajaan ini
berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya. Nama 'Ayutthaya'
dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini, U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-
raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan
Ayutthaya ini, ini kerana ketika zaman keemasannya, ia menjadi kota paling makmur
dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara. Kerajaan-kerajaan seperti
China, Parsi, Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan
perdagangan ke kota Ayutthaya. Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia
dengan kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.
Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam
pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.
Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor, ibukota
kerajaan Khmer, yang semakin lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu
empayar yang besar dan menakluk sebahagian besar Indochina. Satu-satu kerajaan
yang bersaing dengan Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.
Ayutthaya juga berjaya menjinakkan Sukothai, satu kerajaan di utara Indochina yang
merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.
Di dalam Sejarah Melayu, kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan
panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar
Paduka Bubunnya. Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan
(Chao?), mati akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.

Dalam sejarah Thailand, kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma di
bawah pimpinan Alaungpaya. Ketika saat-saat kejatuhannya juga, kerajaan ini
berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja
yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum
Tai dan berbahasa Tai. Mereka menganut ajaran Buddha. Ini adalah sejarah umum
yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak
masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya. Para pengkaji
juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-
dinding runtuhan kota. Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama
Thailand ditukar semula ke nama 'Siam'. Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan
memungkinkan kajian yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani
mengemukakan hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya, membolehkan kita mencari kunci yang
hilang di Indochina, sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-
wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah, saudara Anai-anai telah mendedahkan secara


terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya. Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang
menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.
Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya ialah:
- Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.
Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam, manakala Tai dari selatan China.
Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.

- Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

- Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada
zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

- Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.

- Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

- Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam


berpusat di India. Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu
kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja
Siam Ayutthaya.

- Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan


diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu. Mereka
memakai gelaran 'Nai'.

- Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali


antara satu sama lain, contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.
- Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai, sehingga
dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah'
kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka. Melaka
itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal
Selat Melaka.

- Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya


melalui sistem giliran.

- Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris


menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya
ini ada bukti yang jelas, bukan sahaja dari sumber Thai sendiri, malah sumber
Perancis).

- Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.


- pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga
turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari
buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh
Bisik'.

Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah. Penulis


blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai, iaitu kitab Undang-
undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan
Malaysia dari tangan Kerajaan Britain sekitar tahun 2003. Bukan itu sahaja, sumber-
sumber sejarah lain seperti Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga
dilihat selari dengan Undang-undang Kedah ini. Penulis blog itu juga merujuk
kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya. Raja-raja


Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya. Kita lihat dahulu senarai
umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:

1. Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)

Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)

2. Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)

Thong Lan (1388)

3. Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)

Ramracha Thirat (1395 - 1409)

4. Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)


Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)

Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)

Boromma Trailokanat (1448 - 1488)

Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)

Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)

Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)

Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak

Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)

Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak &
permaisuri Si Sudachan

Voravonsadiraj (1548)

Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai


(d.1548)

Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

5. Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)

Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)

Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)

Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)

Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)

Chejthathraj (1628 - 1629)


Artitthayawongs (1629)

6. Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)

Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)

Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)

Narai, the Great (1656 - 1688)

7. Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)

Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)

Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)

Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)

Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)

Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)

Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versi
pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad, yang mendakwa waris dari
raja-raja Siam Islam Ayutthaya.

Kerajaan Ayutthaya Siam Islam Nagara Kedah Pasai Ma

- SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH BERPINDAH KE
AYUTHIA (gelaran Siam : RAMA TIBODI I @ U THONG)

- TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam :
RAMESUAN 1369 – 1395)

- SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam : BOROMORACHA I


1370 - 1388)

- TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN @


RAMASUAN (gelaran Siam : THONG CHAN 1388 – 1395)

- SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam : RAMARATCHA 1395 - 1409)


- SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409 –
1424) RAJA TOUNG OO

- SYAH ALAM YANG MAHA MULIA SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN


SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD CHAN @ SULTAN MUHAMMAD SYAH III,
PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam : RAMATIBODI II @ Boromoraja II ?
memerintah 1424 – 1448)

- SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam : BOROMOTAILOKANAT 1448 –


1491)

- TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN


SYAH RAJA PASAI (gelaran Siam : BOROMORAJA II 1491 – 1533)

- RATSADA (1533 - 1547)

- KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang
Che Yam, Raja Patani, memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam : YOT FA)

- PUTERA JALIL YAACOB SYAH SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam :


KHUN WARAN WANGSA 1548)

- PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD RAJA PASAI ADINDA KEPADA SULTAN


JALIL (gelaran Siam : CHAKRAPHAT 1548 – 1569)
- TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD
JOHAN SYAH III (gelaran Siam : MAHIN INTA TIRAL, gelaran di Toungu Burma
: BA YIN NAUNG, gelaran di India : AISYAH SULTAN BEGUM, memerintah 1498
-1530)

- NAI (SYED) HASSAN, PUTERA SANTUBONG RAJA BORNEO (gelaran Siam :


NARUESAN / NARESUAN 1530 – 1605)

- TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam :


EKATOTSAROT 1605 – 1610)

- NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR


SYAH (gelaran Siam : INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

- TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD, PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI


RIAYAT SHAH SULTAN RIAU (gelaran Siam : CHETTHA 1628 - 1629)

- SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH SULTAN RIAU (gelaran Siam :
ATTHINAWONG 1629)

- PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam : PRASAT THONG


1629 – 1655)

- TUANKU JAAFAR SULTAN SELANGOR (gelaran Siam : CIAO FA JAI 1655-


1656)
- SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA
SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU. SULTAN MELAKA (gelaran
Siam : SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

- TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam : NARAI, gelaran
di Aceh : ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)

- PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam : PRA
PETRARAJA 1656 - 1688)

- SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran
Siam : PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)

- NANG CHE PUAN, PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL
ADILIN II (gelaran Siam : PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

- SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH (gelaran


Siam : BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI SEBAGAI
SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)
- SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL (gelaran Siam : UTHUMPON
1758 -1765)

- SYAH ALAM YANG MAHA MULIA, KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI
SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam : MAHA TAMMARAJA II
dan gelaran istana Ayutthaya : KAHA EKATAAT Disebut di dalam buku Undang-
Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) - Raja
Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

- SYAH ALAM YANG MAHA MULIA SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH
SHARIF ABU BAKAR SYAH TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam
: Po Chun, menjadi Raja Kemboja tahun 1758, 'memerintah' Ayutthaya tahun
1821-1824)

Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG
KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-
anai. Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini, dakwaan Anai-anai ini
adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan. Namun saya cuba
untuk bersikap adil, lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong, tetapi
Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah, iaitu manuskrip Undang-undang
Kedah. SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK
MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA, PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN
DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles, R. O Windsted, W. G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa


nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi... ya terlalu
ramai, adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya. Adakah sejarah
bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?
TIDAK SAMA SEKALI. MEMANG ADA, TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU
DIMUSNAHKAN. Contohnya Undang-undang Kedah, ini satu contoh. Bagaimana
dengan Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?
Bagaimana dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK ISTANA. Ini
kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf dan terpelajar.
Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan
sebahagian besar sumber-sumber ini. Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat
penting, UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-
TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri
Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R. O
Winsted dan Shellabear. Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-
undang Kedah. NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN
BANGSA ASING.
Bagi saya, pendedahan ini ada pro dan kontra. Sebelum kemunculan blog
sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (Benua
Siam), cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki. Saya menunggu-nunggu
pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-
orang Tai ke Benua Siam. Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand), kita tidak
digalakkan untuk mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-
raja Thai. Kita perlu dengar dari mulut orang Mon, Pyu, Khmer, Cham dan aborigine
Benua Siam. Orang Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin
atau sistem sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'), mereka kaum terdesak dari Selatan
Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol. Jika orang Melayu Cham dahulu
pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman dahulu,
masakan tiada orang Melayu / Jawi yang pernah menguasai wilayah Thailand pada
hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-
Viet. Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam, sama seperti orang Mon, Pyu
dan lain-lain. Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum
orang Khmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi
kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran
Buddha kepada raja-raja Khmer. Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh
orang Burma, satu lagi kaum pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan
mereka, lihat sahaja apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada
bernegara dan menjadi minoriti. Siapa orang Mon? Merekalah pembina Pagoda
Shwe Dagon yang menakjubkan itu. Jika mampu membina pagoda besar dari
emas, bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman purba.
Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya, hari ini menjadi mundur,
miskin, minoriti, tertindas dan tidak bernegara, itulah yang terjadi kepada orang
Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN BERLAKU KEPADA
ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah. Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar
dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU
BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU. Bila masa musuh-musuh
menyerang? KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA DENGAN
KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera. Kra
bukanlah perkataan Thai, ia adalah perkataan Melayu 'KERA', ya... haiwan yang
bernama kera. Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit, ia
adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.
Kera digunakan sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.
Dari sini kita tahu sampai mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang
Melayu. JIka sudah satu Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah
Patani, adakah orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya? Ayutthaya
bukanlah terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara. Ia terletak
berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand). Lihat nama-nama tempat yang asalnya
dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.

Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)

Betong (Betung)

Bannang Sata (Benang Setar)

Raman (Reman)

Kabang (Kabae / Kabe)

Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)

Tak Bai (Tabal)

Rueso (Rusa)

Su-ngai Kolok (Sungai Golok)

Su-ngai Padi (Sungai Padi)

Tanyongmat (Tanjung Mas)

Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)

Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)

Yaring (Jaring)

Krue Sae (Gersik)

Panare : (Penarik)

Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’

Chana (Chenok)

Na Thawi (Nawi)

Thepha (Tiba)

Saba Yoi (Sebayu)


Ranot (Renut)

Sadao (Sendawa)

Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)

Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.

Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama
lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)

Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu
pada zaman dahulu. Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di
semenanjung? Atau di pulau-pulau Indonesia? SUDAH TENTU TIDAK. Orang
Melayu (tidak kira yang Jawanya, Champa atau Pataninya) pernah menduduki
seluruh Benua Siam. Dari mana orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?
Dari orang-orang CHAM DAN JAWA SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada
saudara-saudara kita di selatan Thai ini. Mereka adalah Melayu Patani yang pernah
mempunyai kerajaan hebat dahulu. Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia
sebagai peniaga atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.
Pernah tak kita melihat orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan
menjunjung di kepala ke kampung-kampung? Anak-anak kita menjerit-jerit "orang
Siam, orang Siam datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,
betul juga.. mereka MELAYU SIAM). Namun jaga-jaga juga orang Siam yang
menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal amat
pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai, penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah
kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-
rendahkan sejarah Kesultanan Melaka. Beliau kerap mempersoalkan mengapa
sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah
begitu?). Bila disanggah, beliau kerap berkata,

"Apa boleh buat, sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami
memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah, menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai


merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain. Padahal beliau juga berkata, raja-
raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja
Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya, saya setuju inilah sebab ahli sejarah
Thai tidak menjumpai makamnya), jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah
Anai-anai) adalah sama sahaja, walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas
dari Kedah. Tidak perlu mendabik dada kehebatan keturunan anda, walau dari
'bangsa harimau' atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim
menuntut takhta dari raja-raja Melayu, malangnya saudara Anai-anai melenting
sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali
dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas
takhta orang Siam Islam. Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog
yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-anai, iaitu The Malay Press. Di dalam blog ini
terdapat satu posting dimana sengaja diletakkan gambar-gambar yang
menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa dahulu, mungkin sekitar 1880-an kerana
teknologi kamera secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan
sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin. Kemudian
diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang
nampak seperti 'menyedihkan'. Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam' ketika
itu? Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut, lanun dan
nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebut
warisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud
bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli
fotografi, pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.
Bayangkan Malaysia ini sebahagian dari Thailand, bukan sahaja nak kutuk Raja Thai
pun tidak boleh, menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai, dipaksa meniarap
beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar. Jadi
bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.
Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan
Ultrakiasu, lebih-lebih lagi Melayu Siam bersaudara dengan Melayu semenanjung
dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.
Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini
termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis
merpersoalkan versi Anai-anai ini), Pahang. Perak dan Melaka. Bukan itu sahaja,
Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa, saudara Anai-anai seolah-olah begitu
obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal
dari perkataan Siam. 'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud
'tunas-muda-menanti-merebak', perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak)
dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam bahasa Siam. Malahan Perak itu adalah
sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang dikasihi'. Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah
pokok mengkuang?), malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari
perkataan Siam Ayutthaya! Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari
perkataan Siam, malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam
bahasa Arab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'. Ini
benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan
perkara remeh-temeh begitu. Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja
Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda
seperti kata Anai-anai lagi membingungkan! SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA'
DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI
MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN. Seperti kisah
kartun Ultraman pula. Saya membuat andaian, saudara Anai-anai tahu sedikit
perkara, tetapi 'syok' menulis sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta
sebenar. Sebab itu saya nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan
sehingga hilang punca dalam penulisan, kerana bukan sahaja orang Melayu, malah
orang Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut


merendah-rendahkan orang-orang Melayu. Dituduh orang Melayu hanya berasal
dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya
perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya, seorang warga Malaysia
keturunan Thai yang membuka satu blog lain (sejarahnagarakedag) yang juga
'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yang sama. Selepas itu bila ditegur,
beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah
'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja
penipuan Inggeris. Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri, yang
menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu. Padahal masing-masing duduk
dalam negeri orang-orang Melayu. Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.
Sekejap mengaku orang Siam, sekejap mengaku Melayu Siam, sekejap mengaku
orang Yunnan, malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei', baru
sekarang bergelar 'Melayu'. Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku
kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar. Namun saya faham bahawa
pengkhususan beliau bukan dalam bidang sejarah, namun ini tidak bermakna
boleh menulis fakta sejarah seolah-olah mengarang komik anime.

Namun, sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harus
dipandang sepi. Mengapa saya kata begitu? Kesampingkan kekhilafan penulis blog
itu, kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya
atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat
dalam UNDANG-UNDANG KEDAH! Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini
juga percaya Raja Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya
di 'peti kebal' milik keturunan Raja Thai itu. Kita juga maklum bahawa tokoh ulama
Sufi, Hamzah Fansuri juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),
jadi fikirkan misteri ini. Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati
misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.

Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam, dan
bukan orang Tai. Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai, Khmer, Melayu (Jawa,
Bugis, Kedah, Patani dll), Mon, Cham, Cina, Parsi dan sebagainya. Para penasihat
atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum. Ini samalah seperti di Malaysia.
Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan, mereka menjalinkan
kerjasama sulit dengan Burma, yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk
Ayutthaya. Apabila Burma datang menyerang, kelompok Thai yang belot ini
'membuka' pintu kota Ayutthaya untuk penjajah Burma. Apabila raja Ayutthaya lari,
orang-orang Thai menabalkan diri mereka menjadi raja. Cerita selepas itu adalah
kisah bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari
'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunan
Melayu, sama seperti Jawa, Kelantan, Aceh atau Sulu. Ini kerana jika anda mahu
bercakap dengan orang Sulu misalnya, amat sukar memahami bahasa mereka,
namun kita tahu mereka sama akar budaya dengan kita, mereka bertanjak dan
berkeris juga. Dan saya faham dengan keadaan orang Siam ini, sama seperti saya
faham keadaan orang Cham dan Patani. KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI
'ORANG THAI' YANG BOLEH DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA, yang
bersembunyi di seluruh Thailand. Adakah Aishah, keturunan ketujuh Mahsuri boleh
bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?R ENUNGKAN MASALAH YANG
MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik. Kita boleh belajar perkara ini.
Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar
penghapusan etnik, akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,
padahal orang-orang Tamil di Thailand diam. senyap terkebil-kebil tidak berkutik
sedikit pun. Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-kata pemimpin
MIC terdahulu yang amat berterima kasih kepada orang Melayu dalam keadaan
orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orang Tamil. Orang Tamil di
sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun melebihi jumlah
masjid, itu pun dibebelkan, berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai
Hindraf, bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan Melayu). Menariknya
hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah
India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf. Malah Hindraf
menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa


menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa
mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil
hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng India dalam filem-filem
Tamil dan Bollywood. Ini sungguh melucukan dan bagus untuk difilemkan. Kenang
kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari
sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.
Berbalik kepada sejarah Ayutthaya, banyak perkara yang boleh dipelajari dari
kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina. Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa
para pembelot. Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?
Siapa yang membuka pintu kota? Orang yang kecewa kerana anak perempuannya
dibunuh oleh raja Singapura. Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh
kebodohan Bendahari Champa sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera
barbarian Dai-Viet membumihanguskan Champa. Siapa yang membuka 'pintu kota'
sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu? Orang-orang Melayu yang
berebutkan kekuasaan sesama sendiri. Pelajari kes campurtangan Inggeris Di
Perak.

Percayalah, sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-


ulang. Siapa yang tidak peka dengan sejarah, akan termasuk lubang biawak dua
kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan
'raja-raja Ayutthaya' ini. Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan
Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah
sebenar, apa yang terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan
peranan orang Melayu di Indochina.
Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear, sebuah 'kuil' yang direbutkan
oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po
Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah. Anehnya, kuil ini tidak
mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa
munasabah raja-raja Thai telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran
di semua kesan-kesan binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.
Pengkaji dari Eropah juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru
diletakkan di binaan-binaan lama di Thailand. Pintu-pintu kota dan istana juga pasti
ada kesan dikikis, dan menurut Nai Long Kassim, asalnya ada tulisan jawi di situ
pada masa dahulu.

Lihatlah, pada masa dahulu, kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisan
Melayu. Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu. Istana
Melayu direbutkan oleh orang Tai, Khmer, Vietnam dan Burma. Mereka yang
berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan
meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka. Kemudian dengan
bangganya mengaku itu semua warisan nenek moyang mereka. Apabila Inggeris
tiba, semua binaan orang-orang Melayu yang masih ada di semenanjung
dimusnahkan, dibedil dengan meriam dan diratakan. Bukti sejarah dirampas.
Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain. Kaji
Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam. Kaji peradaban Funan yang
membina Angkor Wat. Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-
olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan, dengan kedudukan pintu dan
tembok serta dikelilingi terusan air. Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan
orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya. Kaji persamaan
gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat. Kaji, kaji dan kaji lagi. Semuanya jadi milik
orang lain sehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan
Stamford Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia, mereka percaya bangsa
mereka adalah bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat. Nenek moyang
mereka dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka, ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya


adalah pemerintah Patani. Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang
'Langkasuka' adalah tentera Thai. Lihat, produser filem Thai amat menyanjungi
warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka. Orang-orang Melayu Patani
digambarkan amat maju dengan kota yang kukuh, mewah dan memiliki meriam-
meriam, senapang dan pistol disamping tidak lekang dengan keris mereka. Kostum
istana Patani amat mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah
lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja. Pakatan
Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini. Lihat filem
Ong Bak 2, hayati kostum, rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya yang mirip
putera Jawa. Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu, dan konflik antara
pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang setia dengan raja
Ayutthaya. Ini yang perlu dikaji, bukan setakat terpesona dengan aksi siku terbang
Tony Jaa. Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makin berani
menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka. Siapakah di sebalik nama-
nama pembuat filem Thai ini? Adakah mereka orang-orang Melayu yang
'bersembunyi' di sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini? Asyik-asyik pondok buruk, warung


berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia. Amat menyedihkan. Ini kerja
orang malas.

Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim
sebagai moyangnya, raja-raja Ayutthaya,m enimbulkan perasaan misteri dan sayu.
Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu, musuh-musuh mereka
akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan
mereka. Dari dulu sampai kini, tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan
pelbagai kaum. Semoga Tuhan memperkuatkan diri kita semua untuk
mempertahankannya. SEpertimana sejarah hitam kerajaan Ayutthaya, begitulah
juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,
bergaduh dan berpecah-belah. Ada yang jadi ejen CIA, ada yang jadi talibarut
Ultrakiasu, ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24 jam tanpa menghiraukan
nasib anak bangsa sendiri. Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan
sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka. Kita tidak boleh
membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka, namun kita boleh
bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup. Tanyakan mereka dengan jujur
dan minta mereka menjawab dengan jujur, atas nama Allah s.w.t... apa yang terjadi
kepada raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.

Dari 33 orang raja Ayutthaya, hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti
berada di Thailand, mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini, kita
boleh bertanya kepada orang Thai, khususnya para penyelidik Thai, ataupun Raja
Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?

__________________________________________________

Credit:

Pro:

Sejarahnagarakedah

Sejarahnagaraketag

The Malay Press

Kontra:

Sejarahnagarakedag

Posted by Mistis Organization at 6:21 PM

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

33 comments:

cik BNovember 9, 2011 at 9:21 AM

saya nak tanya pasal bangsa harimau dengan naga tu la,,,,,, boleh x jelaskn,,,,,,
Reply

Srikandi November 9, 2011 at 5:12 PM

Dari segi apa yang didakwa oleh blogsejarahnagarakedah?

Itu retorik je. Kebiasaan manusia menisbatkan haiwan-haiwan tertentu kepada


identiti mereka untuk mengambil sisi motivasi atau semangat perjuangan
hidup.That's all.

~Srikandi

Reply

cik BNovember 13, 2011 at 10:28 AM

oh,, pernah x cik srikandi dengar tentang org dari pagar ruyung yg boleh bertukar
jadi rimau,,,,, saya nak tau ar,,,,,

Reply

Srikandi November 14, 2011 at 4:19 PM

Itu suku Kerinci yang ada ilmu hitam macam tu. Suku ni duduk di Jambi sana. Orang
Jambi memang kuat ilmu hitam dia.

Harap membantu.

~Srikandi

Reply

UnknownNovember 26, 2011 at 12:51 AM

cik siti srikandi, luas betul pengetahuan awak. nampak nya sumber kita dah ada. apa
yg perlu sekarang adalah saluran. kita perlu pastikan setiap insan berbangsa melayu
sedar akan sejarah dan asal usul mereka. bagaimana ye? boleh ke kita harapkan
pada politikus politikus melayu yg saban hari semakin sibuk memikirkan cara utk
menang pilihanraya? saluran lain?

ahmadazlanresources@gmail.com
Reply

Sri Nagara Srivijaya Sri MalayuAugust 31, 2012 at 3:39 AM

Cik Srikandi , Hang Tuah pergi ke mana selepas meninggalkan bumi Melaka . Anai-
anai kata dia guna nama Narai di Ayuthata. Adakah Narai itu Hang Tuah atau bukan.

Reply

UnknownNovember 25, 2012 at 7:12 AM

Terbaeklah..... saya suka dgn sejarah tamadun melayu asia tenggara..... di samping
minat dan suka saya pada tamadun islam.

Reply

UnknownDecember 4, 2012 at 7:00 PM

assalamualaikum.. cik srikandi... boleh tak saya nak tahu tentang sejarah gelaran ...
saya sendiri dari keturunan NAIDIN bin NAILONG... yang didakwa berkhidmat
dengan kerajaan KEDAH di SIAM.. kemudian turun ke KEDAH kerana berjuang
dengan Sultan untuk menetang SIAM dan INGGERIS... sekadar untuk mengetahui..
apa fungsi gelaran NAI... sumber yang saya dapati dari orang2 pattani... keturunan
NAI ini jahat dan zalim... berbeza dengan apa yang di ceritakan pada saya .. NAI-
adalah antara penyebar agama islam dan berkhidmat dengan sultan ... macam
mana tu.... boleh cik seri rungkaikan... mudahan Allah beri lebih lagi ilmu buat cik
seri dalam usaha memartabatkan sejarah melayu...

sekian terima kasih.. asyikin radzali, shah alam

Reply

Replies

ViohTvZJanuary 7, 2019 at 12:06 AM

Nai maksudnya syed sebahagian keturunan nabi muhammad swt.

Reply
Anonymous July 20, 2013 at 8:07 PM

lagenda kerinci .. hanya beberapa orang je yg didakwa mampu merubah fizikal


sepenuhnya menjadi harimau... kebanyakannya yang mengamalkan ilmu ni hanya
mampu menerbitkan sedikit dari sifat harimau tu.. seperti bengisnya.. dan
kebolehan2 lain seperti larian yg pantas dan melompat dgn tinggi.. sifat bengis yg
paling bahaya.. arwah atuk saya sendiri didakwa mengamalkan ilmu ini.. tak pasti
ianya ilmu hitam atau apa.. tetapi mereka yang mengamalkan ilmu ni selalunya
merendah diri dan atuk saya sendiri kuat ilmu agamanya.. seperti silat.. dunia
pertahanan diri melayu mmg terkenal dgn kebatinannya.. sbb tu la hanya yg
beragama islam saja yg akan smpai ketahap tertinggi.. silat yg dipertandingkan dlm
sukan antarabangsa tu lain.. ia tak memaparkan ilmu kebatinan sebaliknya hanya
asas2 persilatan saja... pasal yg blh merubah sepenuhnya menjadi harimau tu kekal
sebagai mitos... sbb dlm mitos tu sendiri kata bila dia berubah menjadi harimau
mustahil untuk dia kembali menjadi manusia.. jadi tiada siapa yg dpt membuktikan
apa2

Reply

Replies

Anonymous February 21, 2015 at 1:39 PM

Sy xpasti lagenda Kerinci.

Tapi apa yg sy faham antara kaitannya Harimau dan Melayu adalah dr sifatnya.
Sebagai contoh..

- sifat beraninya seperti harimau

-bengisnya

-merendah dirinya (perhatikan harimau berjalan sedikit tunduk tak mcm singa)

-pandangan matanya dah menggerunkan

Sekadar pandangan..

Reply

Anonymous February 21, 2015 at 1:28 PM

Assalamualaikum..
Pertama sekali sy ingin memaklumkan antara sumber rujukan Almarhum Nailong
Kasim adalah dari Atuk sedara sy sendiri.. Sy sendiri mengetahui asal usul keturunan
sy. Cuma apa yg buatkan sy bersetuju dgn penulis adalah dr segi fakta bangsa. Maaf
saudara anai anai.. Fakta kabur tentang jurai yang atas2 selepas Almarhum Nenda
Syarif Shah adalah bertepatan dgn apa yg saudara penulis bentangkan.. Kabur tapi
kita tahu asal usul domain nya adalah melayu. Cuma yg membezakannya adalah
etnik disebabkan faktor masa dan zaman.

*mungkin Almarhum pakngah antara individu yang menyimpan skrol tulisan tangan
dr Atuk sedara sy memandangkan ank cucu mase tu kurang minat utk menyimpan.
Sy sendiri masa tu masih di bangku sekolah dan pernah melihat skrol salasilah
keturunan diraja siam (melayu islam) dan disimpan dlm guni padi. Dan atuk sy
antara individu terawal diancam oleh pihak istana andai membuka sejarah silam. Tp
malangnya bila sy mula minat utk menyimpan catatan sejarah ini rupa2nya atuk sy
dah beri kpd beberapa individu termasuk pihak RTM ketika itu. Yang tinggal
hanyalah sejarah negara kedah versi Nailong kasim yg diberikan satu salinan oleh
Almarhum.

Dan atuk sy skrg pun dah uzur utk dirujuk.

Sebenar benar melayu tak kira dr etnik apa dia akan tahu secara sendirinya apa yg
perlu dilakukan apabila suis sudah mula ditekan suatu masa nanti kerana dia
mewarisi Hati Bangsa Mim.. ;)

-Keturunan Jati Bangsa Harimau

Reply

Replies

AnonymousOctober 2, 2015 at 9:50 AM

Menarik keterangan Saudara,.. saya brminat tapi yg menjadi masalah nya Ahli
sejarah sekarang suke serkap jarang tanpa mengkaji, meneliti, secara mendalam,
sekadar membaca sumber alam maya (inteernet) sahaja amat tidak boleh
membantu,

Saya yakin jika ditelilti Riwayat2 sejarah melayu mesti jumpe kunci2 yg telah
ditinggalkan,. sebagai contoh Hikayat merong mahawangsa sendir ramai org
mengatakan kisah dongeng...

Cuba kita berfikiran secara mendalam.. di Mukadimah Hikayat Merong awal2


mengunakan Ayat2 Kebesaran islam... tkkan Dogeng / tipu kut mengunakan Nama
Allah Swt.

ET.

Reply
AnonymousApril 5, 2016 at 3:42 AM

Tok saya keturunan raja jambu.

Reply

AnonymousApril 22, 2016 at 10:46 PM

hMMMM.... Mcm ni aku jelaskan. aku dilahirkan di kedah. jdi aku tau jugakla sikit2
pasai kedah. kalau hanpa pi mana2pon orang-tua akan cakap laguni ''siam perut
hijau''. ha! habaq mai tang mana plak Siam tu orang Kedah???''. What A
Nonsense!!!... mcm ni aku ada bca satu kajian di belah thai sana. artikel tu
mengatakan memg ada ulama islam dtg ke Ayutthaya. tetpi dia tu syiah!!!!... tau
dak!!!! reti Dak!!!!!.... Syeikh Abdullah Qomi tu mai dari kerajaan Safavid Iran. dia
berhijrah ke Ayutthaya pasai kerajaan dia musnah kena perancuq ngan Monggol.
dia berkahwin ngan sedara raja siam. keturunan dia nama bunnag kawin jugak ngan
sedara raja Siam. depala yg pegang jawatan Samuha Kalahom (menteri pertahanan
Siam) . prayuwongse apajadah suma tu Buddha!!!!.... dialah yg menyebarkan syiah
ke thailand... hang jgn ingat nmpk islam ja di thailand ASWJ... hang kena siasat anai-
anai ,... syiah byk tau di Thailand !!!,...

Reply

Replies

CtFebruary 2, 2019 at 10:53 AM

Diorang silap faham kot, ada pengkaji sejarah pun ada bagitau yang thai ditaja oleh
british untuk sembelih orang kedah. Disebabkan orang kedah banyak yang dah
dibunuh oleh thai, maka orang siam datang ke kedah menetap dan berkahwin
dengan orang kedah untuk meramaikan lagi orang2 kedah.

CtFebruary 2, 2019 at 10:55 AM

Orang2 tua yang bercerita pada kau tu dapat cerita mulut ke mulut atau ada sumber
bertulis sejarah? Tak pasal2 orang siam dulu (melayu) kena tuduh. Banyak sejarah
melayu disorokkan oleh penjajah.

AnonymousJune 9, 2020 at 10:32 PM


bangga jadi org siam. kalau dah khek tu khekla. habis orang selangor, org johor
riau kau nak siamkan jugak ker??'

AnonymousJune 9, 2020 at 10:33 PM

sampai dah melalut australia pon ko claim. ko kena kaji lagi buddha theravada
dengan mahayana tu LAGi LA weI

Reply

AnonymousApril 22, 2016 at 11:02 PM

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang
lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba’. Beliau menyebut
beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba’iyah. Menurut
beliau lagi bahawa komplot Saba’iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang
mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Reply

AnonymousApril 22, 2016 at 11:06 PM

The foreign policy of the Safavids had an impact on South Asia and
upon the literature and culture of the Indian subcontinent as did the
1738-9 invasion of India of a non-Safavid Persian king, Nadir Shah Afshar
(1688/98-1747). Persian loan words and Shi‘a cultural practices can still be
found in South Asia and it is worth recalling that the principal language
of Indian Muslims up until the nineteenth century was Persian.4
It is
clear that this Persian Shi‘a influence extended beyond South Asia into
the Malay Archipelago, yet the exact nature of this influence remains
somewhat unknown. As Marcinkowski says, when considering the
history of Islam in the Eastern Indian Ocean region and the Eastern
Archipelago, as well as the place of Shi‘ism within this context, the role
played by lingua francas will become apparent. In the course of Islamic
history, Arabic, Persian, Turkish, and Malay (not to speak of several
other lingua francas in Africa) had been major tools in communicating
the message of Islam to a multi-ethnic and multi-lingual audience. Due
to several historical developments, Persian obtained such a position in
Central Asia and the Indian subcontinent and it was also to have a say in
the Malay-Indonesian Archipelago.5
In this essay the Persian Shi‘a influence in Southeast Asia, and
particularly in the Malay Archipelago,6
will be evaluated through an
analysis of relevant literature.7
The influence will be charted in three
sections. First, some historical background will be given and the impact
of Persian Shi‘ism on Malay literature will be discussed. Second, the
status of Persian Shi‘ism in the contemporary Archipelago will be
considered. Third, a bibliographical study of literature from 1888 until
2014 pertaining to Persian Shi‘ism in the archipelago will be presented. kajian dari
Majid Daneshgar

Reply

AnonymousJuly 2, 2016 at 7:16 PM

satt weiii bangsa siam agama thai? hang jgn duk putar belit wei psal agama..butuh
btul..orng share bnda yg berfaedah x mau.. duk citer mohong ja.... ak hrp kau
bubarkan shajala blog ngarut hang ngan pala oak hang yg ngarut biul btul
imaginasi x hbis2 lagy ka

Reply

Replies

CtFebruary 2, 2019 at 10:46 AM

Nak tau mengarut ker tak kaji la, bukan suh ko tadah jer. Siam dulu memang rumpun
melayu. Orang cerita sejarah bukan masa kini.

AnonymousJune 9, 2020 at 10:30 PM

kawen campur tu Mon campur melayu. kajila bab kerajaan mon sebelum sukhotai
tu datang

Reply

AnonymousMarch 27, 2017 at 4:06 AM

Batu nisan aceh yang bentuk macam mana bertaraf wali mursyid ?

Reply
30pakidaJuly 26, 2018 at 2:17 AM

Hhh pelik la.. org kedah g ayuttaya buat kota.. di namakan melayu siam.. ko ingat
sblm org kedah dtg ayuttya tu padang jarak padang terkukur.. melainkan buat kota
sempadan.. utk halang musuh.. atau menjaga kawasan yg adat spt melaka.. org
cham, org melayu dah hidup kwsn tu.. mgkin disebabkan khmer tai mon pun ade
menjalankan aktiviti di stu.. org cham dgn mudah boleh ke acheh.. inikan pula
ayuttya..

Reply

TerrarosaDecember 30, 2018 at 3:50 AM

hi srikandi.. boleh tak tlg cari salasilah keluarga sy yg berketurunan tengku di abi,
perlis.. kami sendiri tak taw dtg dari mana keturunan dan title tengku ni

Reply

Replies

Mistis OrganizationJuly 12, 2019 at 4:24 AM

Pasal salasilah ni saya kurang mahir. Sebab selalu terjadi lain pihak lain salasilahnya.

~Srikandi

UnknownJanuary 17, 2021 at 9:53 AM

‫ﺍﻟﺮﺣِ ﻴْـــ ِﻢ‬ ِ‫ﺣﻤِ ِﻦ‬


ِْ ِ‫ﺍﻟﺮ‬ ‫ﺍﻟﻠ ِِﻪ‬ ‫ْـــﻢ‬
ِِ ‫ﺑِﺴ‬

ِ‫َللا‬
ِ ِ‫سﺑْﺣان‬
ُ
ِ‫لِل‬
ِِ ‫ْﺍﻟﺣ ْم ُِد‬ ِ‫و‬
ِ‫َللا‬
ُ ِ‫إِل‬ ‫ِﻟﻪ‬
ِ‫ﺍ‬ ِ‫ل‬ ِ‫و‬
ِ‫أ ْكﺑر‬ ُِ‫َللا‬ ِ‫و‬

ِ‫ْﺍﻟعظِ ي ِْم‬ ِ ‫ْﺍﻟعﻠ‬


ِ ‫ِي‬ ِِ‫ِﺑالِل‬ ِ‫ِإل‬ ِ‫قُوة‬ ِ‫ول‬ ِ‫لﺣ ْول‬ ِ‫و‬

‫مﺣمد‬ ‫سيدنا‬ ‫ءﺍ ِل‬ ‫وعﻠى‬ ِ‫مﺣمد‬ ‫سيدنا‬ ‫ى‬


ِ ‫عﻠ‬ ‫صل‬ ‫ﺍﻟﻠهم‬
ِ‫ِإﻟيْﻪ‬ ُِ‫أت ُ ْوب‬ ِ‫و‬ ِ‫ْﺍﻟقي ُْو ُم‬ ِ‫ْﺍﻟﺣي‬ ِ‫هُو‬ ِ‫ِإل‬ ِ‫ِإﻟﻪ‬ ِ‫ل‬ ‫ﺍﻟذِي‬ ِ‫ﺍﻟعظِ ي ِْم‬ ِ‫للا‬ ِ‫أسْت ْغف ُِر‬

ِْ ‫آمِ ي‬
ِْ ‫ن يا ربِ ﺍﻟعـــاﻟمِ يْن‬

Reply

SyahidFebruary 6, 2019 at 10:10 PM

Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

https://keep.line.me/s/FBZtesmFRzXU8lAAY_0gzZCzyGsD1CyHSc8T7p9w7a0

Salam dan renungan

Web: almawaddah.info

Kepada;

Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.

Tun, Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.

Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an
dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-
Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info

1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

Terima kasih dan 'afwan.

Daripada;

Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.

.....

Reply
Replies

UnknownMay 8, 2020 at 11:43 AM

Betul ke hang tuah org ayutthaya bukan org bugis ke...blh tk kaji tentang kerajaan
chih tu, piramid melayu di tasik chini dan asal usul melayu dgn detail

Reply

UnknownFebruary 23, 2020 at 11:12 PM

Salam...saya juga tidak berapa faham tntg salasilah ni.. dulu kecil2 mak ayah selalu
cakap (arwah nenek tu asal keturunan raja siam) tapi bdk2 kan tak kesah pon bila
org tua bercerita tntg sejarah dulu2 lgi pula kami adik beradik tak sempat kenal dgn
arwah hanya gambar yg kami ada.. sekarng ni bila dh dewasa bru la nk tau tntg asal
usul ni semua.. kata mak nama Ayah arwah nenek klau tidak silap la (NAIKRAI) wujud
ke nama itu dlm salasilah keluarga diraja siam.. atau ianya sekadar nama sahaja..??
mak pon tdk ingt sangat katanya sewaktu nenek meminta die untuk mencatatkn
nama2 penting itu smua dia hanya smpat mencatatkn sedikit shja.. dn tidak tau
kemana hilangnya catatan itu...

Reply

Replies

Mistis OrganizationSeptember 22, 2020 at 12:53 AM

Salam... jika tak keberatan boleh kongsikan salasilah itu. Emel saya:
srikandisejarah@gmail.com

~Srikandi

Reply

Siapa Srikandi

Beliau seorang penyelidik bebas berlatar belakangkan bidang sejarah.


Beliau memiliki pengkhususan dalam bidang tamadun dan sejarah dari sebuah
universiti tempatan dan menimba banyak pengalaman dalam kursus-kursus
berkaitan sejarah dan sosio-budaya di luar negara.

Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles, sebuah medium internet yang
diwujudkan oleh Mistis Organization.

Srikandi kini bertugas sebagai pensyarah sambilan di salah sebuah universiti


tempatan.

Anda mungkin juga menyukai