Anda di halaman 1dari 119

Pesanan Dari Mr.

Ibrahim Syukri

Jika lahirnya buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani


yang sekecil ini menjadi satu daripada amal-amal soleh
yang kekal, maka amal-amal itu saya hadiahkan
kepada arwah raja-raja Melayu, panglima-panglima
Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu dan orang-
orang Melayu Patani yang telah terkorban di medan
perjuangan kerana mempertahankan kemerdekaan,
bangsa dan nusa. Semenjak dari beberapa abad yang
lampau hingga sekarang arwah-arwah meraka yang
berjasa itu telah selamat menemui Allah maka
dipohonkan kepada Allah kurniakan balasan yang baik
atas pengorbanan mereka yang suci murni itu. Diharap
dia akan tetap menjadi simbol kepada pemuda-
pemuda Patani supaya memperingati jasa
pengorbanan mereka yang tak mudah dilupai dalam
sejarah perjuangan merebut kemerdekaan negeri
Patani yang sudah berbilang abad itu. Mungkin
akhirnya menciptakan kebahagiaan dan kemualiaan
tahah air. Allah selamatkanlah negeri Patani.

--

Pendahuluan

Adapun pekerjaan mengatur dan menyusun buku,


Sejarah Kerajaan Melayu Patani ini ialah suatu
pekerjaan yang sangat sukar dan payah serta telah
menggunakan masa yang sangat lanjut bagi
mendapatkan keterangan atau kenyataan yang sah
dan betul dengan kejadian yang sebanar. Sekalipun
ada juga orang-orang tua dalam Patani yang telah
menuliskan cerita-cerita dongeng yang tidak
munasabah atau percakapan yang tiada berguna dan
tiada mustahak untuk dijadikan tawarikh yang kekal.
Dalam hal itu pun mereka sangat sayang hingga
naskhah-naskhah tulisan tangan itu disimpan dengan
kemasnya serta tidak suka memberitahu kepada siapa-
siap pun. Akan tetapi penulis telah berusaha dengan
bersusah payah mengumpul cerita-cerita itu sama ada
dipinjam ataupun disewa daripada tuan-tuannya.
Maka di antaranya penulis telah dapati adalah sebuah
naskhah tulisan tangan yang lebih hampir dengan
kebenaran dan boleh dibuat panduan dalam usaha
menyusun buku ini. Kepada tuan punya naskhah
tersebut penulis mengucapkan ribuan terima kasih.
Kemudian penulis mulai menyelidik dan
membandingkan semula dengan halusi dan dengan
menyaksikan bekas-bekas atau kesan-kesan lama yang
masih ada bertaburan dalam Patani pada hari ini.
Penulis telah menggunakan usaha yang besar dan
masa yang lama mencari keterangan-keterangan yang
lanjut dalam buku tawarikh yang ditulis dalam bahasa
asing serta pergi mencari dalam gedung perpustakaan
mereka dengan beberapa lamanya. akhirnya ditapis itu
hingga jadilah ia sebuah buku yang kecil seperti yang
ada dalam tangan tuan-tuan pembaca ini.

Dengan hal itu pun penulis percaya juga bahawa


susunan dan isi cerita dalam buku ini tiada akan
melengkapi semua kejadian dan perubahan yang
berlaku dalam masa beratus-ratus tahun semenjak
dari abad pembangunan Kerajaan Melayu Patani.
Istimewa penulis khuatir kalau ada juga ternyata
kesalahan riwayat atau pendapatan seperti yang
ditulis dalam buku ini. Tetepi penulis cuba juga
menyusunnya kerana didapati hari ini belum lagi ada
buku-buku tawarikh atau sejarah yang ditulis dalam
Bahasa Melayu berkenaan dengan hal ehwal dan
sejarah yang mengenai riwayat pembangunan
Kerajaan Melayu Patani itu. Hingga banyak pula di
antara orang-orang Melayu Patani hari ini tiada
mengetahui akan hal ehwal yang mengenai dengan
kerajaan mereka pada zaman purbakala iaitu pada
masa Kerajaan Melayu Patani sedang berdaulat dan
berkuasaan penuh dahulu. mudah-mudahan dengan
buku yang kecil ini dapatlah mereka mengetahui
dengan sedikit sebanyak serta mengambil tahu hal
ehwal datuk nenek mereka yang telah meninggal
beberapa lamanya itu. Istimewa diharap buku ini akan
menjadi pusaka yang kekal kepada anak-anak cucu
mereka yang akan lahir di belakang hari serta
menggalakkan mereka itu pada menyiasat dan
menyusun buku yang seumpama ini dengan lebih
lengkap lagi.

Sekiranya tuan-tuan pembaca dapati kesalahan dalam


susunan penulis ini maka besarlah harapan penulis
mendapat maaf dan teguran secara membina supaya
boleh dibetulkan semula serta penulis mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih jua. Wassalam.

Maaf dan salam dari penulis

Mr. Ibrahim Syukri.


--

Bab 1: Tanah Melayu Pada Zaman Purbakala

Tanah Melayu

Ialah suatu Semenanjung yang mengajur ke arah


selatan dan duduknya di pihak tenggara benua Asia
dengan mempunayi kawasan yang luas iaitu di
utaranya mulai dari Segenting Kra hingga kepada
Tanah Melayu serta pulau Singapura di selatannya.

Di utara semenanjung ini bersambung dengan tanah


Siam yang terletak di tengah-tengah antara dua buah
kerajaan iaitu di kirinya kerajaan Burma dan di
kanannya kerajaan Annam yang dipanggil Indo-China
Perancis, kerajaan-kerajaan Siam, Annam dan Burma
ini adalah terletak di dalam Semenanjung yang besar
iaitu Semenanjung Indochina.

Yang demikian Semenanjung Tanah Melayu ini


mempunyai dua bahagian iaitu bahagian utara dan
selatan, adapun bahagian utaranya mulai dari
Segenting Kra hingga kepada sempadan jajahan Sentul
Singgora, Yala dan Bangnara, sekarang jajahan-
jajahan ini telah termasuk di bawah takluk kerajaan
Siam atau Thailand. Sebilangan banyak penduduk-
penduduk dalam bahagain utara Semenanjung ini
ialah orang Siam-Thai kecuali di dalam enam buan
jajahan sahaja iaitu Sentul, Cenak, Tiba, Patani, Yala
dan Bangnara kerana pendudul-penduduk yang
banyak sekali di dalam jajahan-jajahan ini ialah orang-
orang Melayu.

Adapaun bahagian selatan Semenanjung ini. Mulai


dari sempadan jajahan-jajahan Siam-Thai yang
tersebut itu hingga sampai kepada hujung Tanah
Melayu termasuk pulau Singapura. Dalam bahagian
inlah terdirinya beberapa buah kerajaan Melayu pada
hari ini iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu,
Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor,
Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura

Sungguhpun semenanjung ini telah dinamakan Tanah


Melayu tetapi bukanlah orang-orang Melayu itu
bangsal yang awal mendudukinya. Kerana orang-
orang Melayu itu bangsa yang akhir sekali datang
menduduki dan mendiami di dalamnya setelah didiami
oleh beberapa yang lain lebih dahulu.

Adapun bangsa yang lebih dahulu sekali mendiami di


dalam Semenanjung Tanah Melayu, mengikut
kenyataan dalam kitab-kita sejarah ialah orang-orang
bangsa liar. Kemudian daripada itu diduduki oleh
orang-orang Hindu yang datang dari negeri India.
Setelah itu dikuasai pula oleh orang-orang Siam asli
yang datang dari tanah Siam dan akhirnya baharulah
kedatangan orang Melayu.

Dengan secara ringkasnya di bawah ini diterangkan


serba sedikit sejarah yang berkenaan dengan hal Tanah
Melayu pada zaman purbakala.

Adalah pada masa beberapa ratus tahun sebelum


daripada diperanakkan Nabi Allah Isa a.s dikala itu
dalam Tanah Melayu ini belum lagi diduduki oleh
bangsa-bangsa yang bertamadun seperti hari ini.
Keadaan buminya adalah penuh dengan hutan rimba
atau belukar belantara yang hanya didiami oleh segala
jenis binatang buas sahaja. Maka di bawah lindungan
pokok yang tebal serta diantara jenis binatang-
binatang buas itu adalah dua jenis manusia dari bangsa
liar yang telah sedia membuat tempat kediaman
mereka. Mereka itu ialah orang-orang Seman (Pagan)
orang Sakai. Sekalipun kedua-dua jenis bangsa ini
dipanggilkan juga manusia tetapi sebenarnya keadaan
dan cara penghidupan mereka itu sedang di dalam
keliaran istimewanya sangatlah jauh bezanya dengan
secara masnusia yang bertamadun.

Setelah beratus-ratus tahun lamanya hingga sampai


dikala hampir kezahiran Nabi Isa a.s dewasa itulah
orang-orang Hindu dari India mulai mendatangi Tanah
Melayu. Dewasa itu juga orang-orang Hindu telah
terkenal suatu bangsa yang telah meningkat kemajuan
dan mempuanyai kedudukan yang tinggi dalam India.
Kedatangan mereka itu ke Tanah Melayu adalah
dengan maksud hendak meluaskan penghidupan
mereka di luar negeri istimewa dengan kekayaan,
kemakmuran dan kemasyhuran Tanah Melayu telah
dapat memikat hari mereka itu mendatanginya oleh
kawasan yang lebih banyak sekali didatangi oleh orang
Hindu itu ialah kawasan yang di sebelah timur Asia ini.

Adapun kedatangan orang Hindu ke timur Asia pada


masa itu ialah dengan menerusi dua jalan iaitu darat
dan laut. Dengan jalan daratan mereka itu keluar dari
tanah India melalui tanah Burma kemudian terus
masuk ke tanah Siam serta Annam. Dan dengan jalan
lautan itu mereka merantau dari tanah India dengan
mengendarai perahu-perahu atau kapal-kapal
menyeberangi lautan India kemudian masuk ke Tanah
Melayu serta seluruh pulau-pulau yang di selatan
seperti Pulau Sumatera, Jawa, Bali, Brunei, dan lain-
lain hingga terus juga masuk ke tanah Siam, Kemboja
dan Annam.

Dengan kerana suatu bangsa yang telah mempunyai


kebudayaan yang tinggi dalam India, maka orang
Hindu itu telah ada memiliki adat resam serta
agamanya sendiri. Kebiasaanya apabila mereka itu
tinggal mendiami di mana-mana tempat juga maka
segala adat resam dan agamanya itu sentiasalah
dipegang teguh dan dikerjakan oleh mereka sama jua
seperti mereka sedang berada dalam tanah ari mereka
dalam India.

Dengan sebab orang-orang Hindu itu telah mempunyai


kebudayaan yang tinggi tambahan pula adat resam
mereka telah teratur dengan kemas, apabila
dipandang oleh penduduk-penduduk di sebelah timur
ini akan keindahan adat resam dan agama mereka itu
maka sangatlah gemar serta masing-masing pun
tertarik hati pada meniru atau mengikut akan
perbuatan orang-orang Hindu itu. Hingga jadilah
orang-orang Hindu itu sebagai guru yang mengajar
penduduk-penduduk di sebelah timur ini akan
keindahan adat resam serta agama dengan tidak
sengaja. Dengan hal yang demikian lama kelamaan
seleruh pendudu-penduduk sebelah timur ini pun habis
menerima akan adat resam dan agama orang-orang
Hindu itu.

Adapun agama orang-orang Hindu itu sekalipun


banyak jenisnya tetapi yang masyhurnya ialah dua
agama iaitu agama Brahman dan agama Buddha.
Agama Brahman itu ialah agama yang menyembah
segala dewa-dewa atau dewi-dewi serta hantu-hantu
puaka-puaka iaitu terbahagi pula kepada beberap
mazhab mengikut nama dewa-dewa yang disembah
itu. Seperti orang yang menyembah dewa-dewa
umpanya maka dipanggil mereka itu orang mazhab
Siva atau mereka yang menyembah dewa Vishnu
dipanggil orang mazhab Vishnu demikianlah juga pada
mazhab-mazhab yang lain.

Segala dewa-dewa yang disembah oleh orang-orang


Hindu itu sangatlah banyak dan tiadalah gunanya kita
sebutkan di sini hanya agama ini ialah agama yang
terua sekali dalam tanah India yang dipercayai dan
disembah oleh seluruh umatnya beberapa lama. dalam
pada itu diantara masa dua ribu tahun lebih yang lalu
hingga sekarang timbullah seorang purbakala itu serta
diajarnya suatu persembahan yang baharu kepada
umatnya iaitu yang dinamakan agama Buddha

Kemudian apabila maha guru Buddha itu telah mati


maka agama Buddha ini telah berpecah pula menjadi
bebrapa mazhab tetapi di antaranya dua mazhab yang
besar iaitu Hinayana dan Mahayana. Adapaun
Hinayana itu ertinya kenderaan yang pendek iaitu
pengikut-pengikutnya adalah semata-mata berpegang
dengan ajaran maha gurunya yang asal sahaja dengan
tidak diubah-ubah pun. Dikala itu pengikut mazhab ini
yang terbaik sekali ialah orang-orang India selatan
dengan hal ini ada pun dipanggilkan mazhab Daqsina
Nika’i ertinya mazhab selatan tetapi dengan lama-
kelamaanya pengajaran mazhab ini telah layu dalam
tanah India hingga akhirnya terus terhapus melainkan
di dalam pulau Ceylo sahaja yang masih kekal lagi.
Selain daripada pengikutnya ialah orang-orang Siam-
Thai sekarang ini.
Adapun mazhab Mahayana ertinya kenderaan yang
luas, ajaran-ajaran di dalam mazhab ini telah banyak
dipinda dan ubah mengikut fikiran dari pengikut-
pengikutnya, ada pula sesetengahnya telah persatukan
dengan ajaran-ajaran Brahman yang asal hingga
jadilah perbezaan yang jauh di antara kedua-dua
mazhab Hinayana dengan Mahayana ini. Dikala itu
mazhab Mahayana ini telah dipegang dan diikuti oleh
orang India utara oleh itu ada pula digelarkan mazhab
Utru Niki’i ertinya mazhab utara dan pengikutnya
dipanggil orang Mahanikka yakni orang bermazhab
Mahayana. Pengajaran dalam mazhab ini semakin
lama semakin merebak dengan luasnya hingga masih
kekal lagi dalam tanah India. Pada masa ini mazhab
inilah yang banyak sekali diikuti oleh orang yang di
sebelah timur itu seperti orang di dalam pulau
Sumatera, Jawa, Bali, dan lain-lain termasuk juga
Semenanjung Tanah Melayu pada zaman jahiliyyah.
Demikian juga mazhab ini masih kuat dipegang dan di
percayai hingga sekarang oleh orang-orang di dalam
tanah Annam, Kemboja, Jepun dan Korea.

Adapun sebab-sebab yang menjadikan merebak dan


luas agama Buddha mazhab Mahayana di sebelah
timur ini ialah apabila orang yang datang dari India
mengembangkan agama mereka itu. Kebanyakannya
daripada orang-orang India Utara seperti dari negeri
Kashmir dan lain-lainnya, mereka itu lebih banyak
sekali ialah daripada orang Buddha yang bermazhab
Mahayana.

Oleh yang demikian itulah orang-orang di sebelah


timur ini selain dari mengikut agama Brahman maka
banyaklah pula yang megikut agama Buddha yang
bermazhab Mahayana ini kecuali orang Siam-Thai
yang masih tetap mengikut mazhab Hinayana.

Adapun kedatangan orang-orang Hindu ke sebelah


timur pada masa itu biasanya mereka itu tinggal
berkumpul-kumpul setelah perkumpulan mereka
banyak jadilah ditempat itu negeri. Dengan hal itu
dalam Tanah Melayu dan lain-lain pun mulailah
terbuka negeri yang awal sekali yang belum pernah
terbuka laig. Orang Hindu itu kedudukannya di dalam
India suka dengan keadaan beraja-raja manakala
mereka itulah mulai menduduki Tanah Melayu
perasaan beraja-raja itu tidaklah juga hilang. Setelah
negeri itu terbuka mulalah pula orang-orang Hindu itu
melantik seorang penghulu atau rajanya yang
menjalankan pemerintahan untuk keamanan dan
keselamatan bangsa mereka. Oleh itu tiap-tiap sebuah
negeri yang terbuka adalah pula dengan seorang raja
pemerintahan sehingga terbukalah negeri itu sebuah
lepas sebuah mengikut di mana adanya orang-orang
Hindu itu berkumpul. Waktu itulah dalam bahagian
utara Tanah Melayu mulai terbuka beberapa buah
negeri-negeri seperti negeri Tambarlinggam, Gerahi,
Takula, Langkasuka (Kedah) dan lain-lain kesemuanya
negeri-neger - ini dikuasai oleh orang Hindu. Negeri
Tambarlinggam itu ialah negeri Nakorn Sri Tammarat,
atau Ligor yang ada di bawah pemerintahan Siam-Thai
pada hari ini.

Orang-orang Hindu itu ialah bangsa yang tidak lupa


kepada adat resam dan agamanya, di mana juga
mereka tinggal sentiasalah dikerjakannya. Bila mereka
telah mulai berkuasa dalam Tanah Melayu. Mereka pun
membangunkan binaan-binaan agama mereka seperti
rumah-rumah candi, berhala, dan lain-lainnya tempat
pujaannya. Dengan yang demikian di mana-mana
sahaja tempat yang telah pernah di diami oleh orang
Hindu itu dapatlah diketahui daripada bekas-bekas
atau kesan dari binaan yang tersebut itu.

Orang-orang Hindu itu bila mereka tinggal di mana-


mana tempat sahaja sentiasalah mereka berbaik-baik
dan bercampur gaul dengan penduduk-penduduk di
tempat itu, akhirnya mereka dapat bersemenda-
semendi dan berkahwin di antaranya. Oleh itu jadilah
bertambah-tambah ramailah zuriat keturunan mereka
denga kerana percampuran itu yang akhirnya zuriat
keturunan itulah yang menerima pusaka dapat
mengusai seluruh kawasan timur ini.

Di sin marilah kita memeriksakan sedikit hal ehwal


penduduk-penduduk di salam Semenanjung Besar
Indochina iaitu tempat terdirinya negeri Siam pada hari
ini supaya senanglah kita memahamkan bila disebut-
sebut hal-hal yang berkenaan dengan Tanah Melayu
yang akan disebut di belakang.

Bahawa dalam masa sebelum kedatangan orang-


orang Hindu. Ke sebelah timur ini adalah di tengah-
tengah Semenanjung Besar Indochina pada masa itu
telah di diami oleh beberapa bangsa daripada
penduduk-penduduk tempatan yang telah ada denga
negeri dan kerajaan masing-masing. Manakala sampai
kedatangan orang-orang Hindu ke sana maka
berlakulah juga keadaannya seperti kedatangan
mereka di Tanah Melayu iaitu orang-orang Hindu telah
diangkat oleh anak-anak negeri itu menjadi gurunya.
Dengan yang demikian tiadalah payah jika agama
mereka terlalu senang menjadi kembang dan biak
hingga akhir seluruh penduduk di dalam negeri-neger
itu telah berpaling memeluk agama-agama yang
dibawa oleh orang-orang Hindu itu. Anak-anak negeri
itu sangatlah menghormati dan memuliakan
kedatangan orang-orang Hindu hingga ada di
antaranya yang telah suka menyerahkan daulat
pemerintahan negeri kepada orang-orang Hindu itu
menjadi sebagai juru-juru khidmat kepadanya.

Adapun di tengah Semenanjung Besar Indochina pada


masa itu telah terdiri 3 buah kerajaan yang berasing-
asing iaitu kerajaan bangsa Khmer duduknya di sebelah
timur, kerajaan Lao duduknya di tengah-tengah
Semenanjung yang menjadi tempat negeri Siam pada
hari ini dan ketiga kerajaan bangsa Mon. Sekalipun
ketiga-tiga bangsa ini mempunyai pemerintahan
masing-masing akan tetapi adat istiadat agama serupa
sahaja kecuali bangsa Mon dan bangsa Khmer itulah
sahaja yang lebih banyak terpengaruh oleh Hindu
hingga raja-rajanya pun daripada orang-orang Hindu
juga.

Adalah cara-cara pemerintahan Lao pada masa itu


telah dibahagikan kepada empat buah jajahan dan
masing-masing mempunyai ibu negerinya sendiri.
Maka diantara empat buah jajahan itu yang lebih
terkenal sekali ialah jajahan yang bernama Siam dan
ibu negerinya terletak dibahagian utara jajahan
Bangkok, jajahan inilah yang lebih besar sekali
daripada jajahan-jajahan yang lain itu.

Apabila orang-orang Thai yang duduk di selatan negeri


China telah datang menakluk kawasan atau jajahan
itupun digelarkan negerinya dengan nama negeri Siam
juga. Dengan sebaba inilah hingga sampai pada hari ini
pun orang Thai itu telah masyhur dan dikenali oleh
dunia dengan nama Siam ini juga.

Adapun ketiga-tiga buah kerajaan itu telah kekal


kekuasaanya masing-masing hingga sampai pada
kurun Masehi yang ke-9 kemudian baharulah
kedudukan mereka berubah iaitu kekuasaan kerajaan
Lao telah jatuh dan telah ditakluk oleh bangsa Khmer
dan akhirnya kekuasaan bangsa Khmer ini telah
dirampas oleh orang Thai hingga dalam kurun Masehi
yang habis termasuk di bawah kekuasaan orang Thai.
Dari semenjak itu terhapus semua sekali kuasa bangsa
Khmer dalam tanah Siam itu seperti juga bangsa Lao.

Sungguhnya ketiga-tiga buah kerajaan yang tersebut


selalu membuat perhubungan dengan seluruh negeri
dan kerajaan yang lain. Di antaranya termasuk
kerajaan-kerajaan yang memerintah yang ada dalam
seluruh pulau-pulau yang di selatan. Pada masa itulah
juga orang daripada ke tanah Siam telah mulai
beransur-ansur turun ke selatan dan menumpu ke
Tanah Melayu kerana meluaskan penghidupan
mereka.

Dan dengan kerana orang yang datang itu dari tanah


Siam maka itulah sebabnya orang-orang dalam Tanah
Melayu memanggil mereka dengan orang-orang Siam.
Supaya jangan bersubahat dengan orang-orang Thai
yang ada sekarang ini maka kita panggilkannya Siam
asli ertinya orang Siam asli yang menduduki dalam
tanah Siam yang tersebut itu dahulu daripada
kedatangan orang Siam-Thai sekarang ini.

Adapun kedatangan orang-orang Siam asli ke Tanah


Melayu ini ialah dengan cara beransur-ansur dari suatu
puak kepada suatu puak. Maka mengikut kenyataan
dalam kitab-kitab sejarah bahawa masa kedatangan
mereka itu ke Tanah Melayu ialah dalam kurun Masehi
yang ke-4 dan yang ke-5 lagi dengan keadaan yang
begitu lama menjadi ramailah mereka itu menduduki
dalam Tanah Melayu. Setelah orang-orang Siam asli
mulai mendesak kekuasaan orang-orang Hindu
dengan jalan bercampur gaul dan bersemenda-
semendi. Akhirnya menyebabkan darah-darah orang
Hindu itu bercampur dengan darah Siam asli yang
membawa kekuasaan orang-orang Hindu itu lemah
hingga akibat dari percampuran ini raja Hindu pun telah
berubah menjadi darah Siam asli. Akhirnya dengan
beransur-ansur kekuasaan orang Hindu dalam Tanah
Melayu itu pun jatuhlah pula ke orang-orang Siam asli.

Setelah orang-orang Siam asli dapat berkuasa dalam


Tanah Melay, maka sentiasa mereka mendesak hingga
bertambah-tambah maju dan jauh masuk ke Selatan
Tanah Melayu seperti negeri-neger Gelangggayu,
Gangga Negara, Pahang dan lain-lain pada masa itulah
yang dikatakan orang Siam asli telah berkuasa dalam
Tanah Melayu.

Maka kekuasaan orang-orang Siam asli dalam Tanah


Melayu itu telah kekal beberapa ratus tahun lamanya
hingga sampai dalam kurun Masehi yang ke-8.
kekuasaan mereka pun mulai lemah kerana pada masa
itu terdiri sebuah kerajaan orang-orang Melayu dalam
Pulau Sematera iaitu kerajaan Sri Wijaya. Kerajaan ini
telah datang menakluk negeri orang Siam asli dalam
Tanah Melayu dan akhir sekali seluruh Tanah Melayu
dapat ditakluk oleh kerajaan Sri Wijaya itu dan
terhapus semua sekali kekuasaan orang-orang Siam
asli. Tambahan pula pada masa itu juga pusat
pemerintahan orang-orang yang dalam tanah Siam
telah dapat dirampas kekuasaannya oleh orang-orang
Thai yang datang dari selatan negeri China, hingga di
sini hilanglah kekuasaan orang-orang Siam asli dalam
Tanah Melayu.

Adapun asalnya tempat kedudukan orang-orang Thai


itu dalam daerah-daerah yang di selatan iaitu dalam
jajahan Sze Chuan, Yunnan dan lain-lain. Oleh kerana
orang-orang Thai dalam negeri China itu sentiasa
ditindas, dihimpit dan diserang oleh orang-orang China
yang lebih kuat kuasanya maka teraksalah orang-
orang Thai melarikan diri merantau turun ke sebelah
selatan melalui di tengah-tengah Semenanjung Besar
Indochina dengan beransur-ansur dari suatu puak ke
suatu puak, di mana sahaja tempat yang mereka rasa
aman dan selamat daripada himpitan orang-orang
China, maka di situlah mereka membuat negeri.
Setelah beberapa tahun lamanya banyaklah negeri
yang telah dibuka oleh orang-orang Thai iaitu dalam
kawasan yang di utara negeri Siam yang tersebut.

Di antaranya datanglah pula sebuah angkatan orang


Thai yang melarikan diri itu membuka negeri
berhampiran dengan kawan tanah Siam yang dikuasai
oleh bangsa Khmer. Kemudian mulalah orang-orang
Thai itu menyerang mendesak kekuasaan bangsa
Khmer itu hingga akhirnya seluruh tanah Siam pun
dapatlah ditakluk oleh orang Thai. Kemudian bangsa
Khmer itu telah terpaksa melarikan diri ke sebelah
tenggara dan dapatlah mereka mendirikan sebuah
kerajaannya semula dalam negeri Kemboja sehingga
kerajaan telah kekal sampai sekarang.

Demikianlah juga seluruh tanah Siam itupun telah


dapat ditakluk oleh orang Thai dan mereka telah
mendirikan sebuah kerajaan yang tetap dan telah
kekal kekuasaannya hingga telah terkenal dengan
nama kerajaan Thai sampai pada hari ini.

Sekarang marilah pula kita mengetahui akan hal ehwal


keturunan orang-orang Melayu itu dan dari mana
asalnya kedatangan mereka masuk menduduki dalam
Semenanjung Tanah Melayu ini. Adapun datuk nenek
orang-orang Melayu itu asalnya bertempat dalam
pulau Perca atau pulau Sumatera. Dalam masa
kedatangan orang-orang Hindu ke Tanah Melayu maka
beberapa banyak pula di antara mereka itu yang telah
belayar arah ke timur dengan menumpu kepada pulau
yang di selatan dan yang timur Tanah Melayu itu,
diantara pulau-pulau itu ialah pulau Sumatera,
manakala orang Hindu itu datang ke sana tinggallah
mereka itu dengan bercampur gaul dengan penduduk-
penduduk asli dalam pulau itu sehingga terdirilah
beberapa buah kerajaan yang didirikan oleh zuriat
orang-orang Hindu itu.

Pada masa itu kedudukan orang-orang Jakun itu tidak


bernegeri tetapi mereka ada berkampung halaman ada
dengan ketua-ketua mereka dan pandai pula mencari
penghidupan seperti menangkap ikan dan lain-lain.
Demikian juga mereka pandai membuat dan
menggunakan perahu dalam lautan sertan berani
mereka melayarkan perahu-perahu itu hingga jauh ke
tengah lautan kerana mencari penghidupannya.

Apabila orang-orang Hindu itu datang ke sana dan


bercampur gaul dengan bangsa Jakun itu hingga
sampai beranak dan bercucu cicit menjadi zuriat
keturunannya yang besar. Maka daripada zuriat
keturunan inilah yang menjelmakan pula sejenis
bangsa manusia yang baharu yang menggelarkan
dirinya “orang Melayu” ertinya orang mulia.

Sungguhnya orang Melayu ini keadaannya adalah lebih


maju dan bertamadun lebih tinggi daripada datuk
nenek mereka yang asal itu. Oleh kerana mereka telah
dapat mempukasai kebudayaan dan kemajuan dari dua
belah pihak iaitu dari pihak bangsa Jakun dan dari pihak
orang-orang Hindu. Melayu ini adalah juga beragama
dengan mengikut agama-agama datuk neneknya iaitu
agama Buddha mazhab Mahayana atau Mahanika dan
agama Brahman.

Manakala kedudukan orang-orang Melayu ini


bertambah hari bertambah ramai maka terpaksalah
mereka berpindah dan merantau ke seluruh daerah dan
daripada orang-orang Melayu inilah yang telah
membuka beberapa buah negeri dalam pulau
Sumatera itu. Setengah daripada mereka itu telah
keluar dari pantai-pantai pulau Sumatera dengan
pelayarannya merantau ke seluruh pulau-pulau dan
bumi-bumi besar yang di sebelah tenggara benua Asia
seperti gugusan pulau Melayu termasuk juga pulau
Hawai dan pulau Jepun yang di dalam bahagian lautan
Pasifik dan ke pulau-pulau Andaman. Ceylon,
Naikobar, Mandagaskar dan lain-lain yang di dalam
bahagian lautan India. Sehingga ada pula di antara
pelayaran orang-orang Melayu itu telah mendarat dan
bernegeri di sebelah pantai-pantai tenggara benua
Asia.

Maka pelayaran mereka ada yang berulang-alik dan


pula sesetengahnya telah langsung tinggal mendiami
pada tempat-tempat itu sehingga beranak dan bercucu
cicit menjadi penduduk-penduduk dalam seluruh
tempat-tempat tersebut. Oleh sebab itulah segala
pulau-pulau di dalam lautan Pasifik dan lautan Hindi
serta dalam beberapa tempat di pantai-pantai tanah
besar benua Asia ini, telah di dapati penduduk-
penduduknya adalah keturunan orang Melayu
purbakala. Demikian itulah juga beberapa buah pulau-
pulau yang ada di sebelah timur ini digelarkannya
“gugusan pulau-pulau Melayu” iaitu gugusan pulau
yang diduduki oleh orang Melayu yang berketurunan
daripada datuk nenek mereka purbakala.

Adapun pada beberapa tempat di pantai-pantai benua


Asia ini banyaklah di antaranya yang telah pernah
dilawati dan di diamai oleh orang-orang Melayu
purbakala. Istimewanya di Semenanjung Tanah
Melayu ini yang telah digelarkan dengan nama Tanah
Melayu khasnya maka diantara tempat-tempat yang
tersebut itu sesungguhpun pada masa ini telah tiada
lagi diduduki oleh orang-orang Melayu akan tetapi
daripada riwayat dan sejarah serta melihat kepada
kesan-kesan serta nama-nama tempat atau kampung
dan sebagainya nyatalah telah pernah diduduki oleh
orang-orang Melayu pada zaman purbakala. Setengah
daripadanya ialah di dalam bahagian utara
Semenanjung Tanah Melayu iaitu kawasan yang di
bawah takluk kerajaan Siam-Thai sekarang telah
didapati banyak tempat-tempat atau kampung-
kampung yang masih bergelar dengan nama Bahasa
Melayu hingga sampai pada hari ini.

Di dalam buku Tarawikh Siam-Thai, Singgora ada


menyatakan bahawa pada suatu tempat yang di pantai
utara kuala negeri Singgora atas suatu pinggir bukit
yang bernama Kho Deng atau Bukit Merah, Pada masa
purbakal telah terdiri sebuah negeri orang-orang
Melayu di sana tetapi bilakah negeri itu terdiri dan
apakah nama negerinya tidaklah dapat diketahui
dengan sah. Dalam hal itupun telah dipercayai
barangkali negeri inilah yang digelarkan negeri
Singgora dari awalnya kerana Singgora itu ertinya ialah
bukit.

Lebih lanjutnya telah didapati di dalam buku tawarikh


negeri Pathlung ada menyatakan bahawa adalah raja
yang memerintah negeri yang tersebut itu telah
beragama Islam namanya Sultan Sulaiman. Kerajaan
orang-orang Melayu ini pada akhirnya telah
ditewaskan oleh musuhnya. Dan Sultan Sulaiman itu
telah mati di dalam peperangan. Oleh sebab itu
sekalian rakyat negerinya telah menjadi berpecah-
belah dan berporak-peranda setengah daripada
mereka itu telah melarikan diri ke utara lalu membuka
negeri baharu di dalam jajahan Pathalung atau
Bedelung yang ada di bawah pemerintah kerajaan
Siam-Thai pada hari ini. Adapun mayat al-Marhum
Sultan Sulaiman itu telah dikuburkan di negeri
bagindanya juga. Kawasan makam perkuburan itu
masih lagi dapat dilihat pada masa ini yang hanya
penuh dengan hutan rimba sahaja. orang-orang
Melayu di dalam negeri Singgora dan Nakorn Sri
Thammarat memanggil makam perkuburan itu “Hum”
yakni al-Marhum hingga sekarangpun maih banyak
juga dilawati oleh pendduduk negeri itu pada tiap-tiap
tahun.

Selain daripada itu ada pula sebuah negeri yang


terebut di dalam buku sejarah bangsa-bangsa dalam
Indochina Perancis, iaitu namanya negeri Champa.
Negeri ini ialah neeri yang dibuka oleh orang-orang
Melayu yang melawat ke sana pada zaman purbakala.
Ibu negerinya bernama Inderapura, negeri ini
sangatlah masyhur kekuasaannya pada zaman itu,
iaitu Masehi 1471 negeri itupun dapatlah ditewas oleh
musuhnya. Kemudian telah jatuh tertakluk kepada
orang-orang Annam hingga sekarang tiadalah lagi
dapat diketahui di mana duduknya negeri Champa itu
hanya yang menjadi sebutan ialah di dalam buku-buku
sejarah sahaja.

Maka daripada kenyataan-kenyataan yang tersebut di


atas itu telah menunjukkan bagaimana kuatnya
semangat mereka hingga dapat berkuasa di dalam
negeri orang yang nama sangatlah jauh bezanya
dengan orang-orang Melayu pada hari ini.

Adapun kedatangan orang-orang Melayu dari


Sematera ke Tanah Melayu, mula-mulanya mereka itu
berkediaman di tepi-tepi pantai dan pulau-pulau yang
berhampiran dengannya sahaja iaitu mulai dari pantai-
pantai selatan kemudian beransur-ansur masuk ke
utara Tanah Melayu. Sungguhpun pada masa itu
orang-orang Siam asli sedang berkuasa di dalam Tanah
Melayu tetapi kekuasaannya ialah di dalam kawasan
yang di tengah-tengah bumi yang jauh dari laut sahaja
kerana biasanya orang-orang Siam asli itu tidak berapa
suka tinggal di tepi-tepi laut. Oleh itu didapati bahawa
negeri-neger yang dibuka oleh mereka itu. Banyak
terdiri di tengah-tengah bumi yang jauh dari laut
sahaja.

Yang demikian bila orang-orang Melayu yang datang


ke Tanah Melayu hanya tinggal di tepi-tepi pantai
sahaja itu tidak menjdai apa-apa pertilangkahan atau
permusuhan dengan orang Siam asli itu kerana
masing-masing ada tempat kediamannya.
Istimewanya pula orang-orang Melayu pada masa itu
telah memakai adat istiadat dan agama yang sejenis
degan orang-orang Siam asli maka dapatkalah mereka
hidup berbaik-baik. Sebenarnya kedatangan orang-
orang Melayu pada masa itu tidak adalah tujuan selain
daripada menumpang hidup bersama-sama di dalam
Tanah Melayu tetapi maka semakin hari semakin
banyak kedatangan orang-orang Melayu sehingga rata
seluruh Tanah Melayu diduduki oleh mereka itu iaitu di
seluruh pantai-pantai timur, barat dan selatan sampai
ke utara. Berbetulan pula pada masa itu kerajaan Sri
Wijaya dalam pulau Sumatera telah meningkatkan
kekuasaan maka dewasa itu berubahlah tujuan orang-
orang Melayu dari secara orang menumpang kepada
cara hendak mengambil kekuasaan di dalam Tanah
Melayu. Langkah ini telah dimulai dengan seorang
daripada anak Sri Wijaya yang bernama Raja Nila
Utama telah datang membuka negeri Temasek dan di
situlah telah sedia didiami oleh orang-orang Melayu
lebih dahulu lagi sehingga telah menjadi sebuah
kerajaan serta memerintah di situ dengan bergelar
Singapura dan di situlah negeri yang awal sekali
didirikan oleh orang-orang Melayu yang akhirnya
negeri mereka itu pun habislah ditakluk oleh Raja Siam
asli di dalam Tanah Melayu.

Sekarang marilah pula kita mengetahui dan


mengambil kedudukan kerajaan Sri Wijaya itu dengan
secara ringkasnya. Adapun kerajaan Sri Wijaya
purbakala di dalam pulau Sumatera iaitu kerajaan
yang pertama sekali bagi orang Melayu yang berkuasa
di dalam pulau itu dan telah terkenal semenjak kurun
Masehi yang pertama lagi pusat pemerintahannya
ialah di dalam negeri Palembang pada masa
ini. Orang-orang yang membuka negeri itu ialah
orang-orang Melayu yang beragama Hindu yang
dipanggil juga orang-orang Melayu Hindu, kerajaannya
telah diperintah oleh beberapa orang keturunan
rajanya dan dinamakan keturunan Raja Silen. Maka
dipercayai juga raja yang awal membuka dan
memerintah di atas takhta kerajaan Sri Wijaya itu
bernama Raja Silen. Ada juga sebagai keterangan atas
ketinggian kekuasaan pada masa itu.

Sesungguhnya kerajaan Sri Wijaya telah maju dengan


luasnya hingga kepada kurun yang ke-14 baharulah
terhapus kuasanya. Di dalam masa ia berkuasa itulah
semua negeri yang diperintah oleh orang Siam asli
telah habis sekali ditakluknya seperti Tanah Melayu.
Sumatera, Jawa, Bali dan lain-lain. Hingga di dalam
kurun yang ke-8 Sri Wijaya telah berjaya dapat
menakluk negeri Melaka dan kemudian dalam kurun
Masehi yang ke-9 kekuasaan Sri Wijaya makin
bertambah-tambah besar merebak sehingga baginda
dapat menakluk negeri Nakorn Sri Thammarat serta
beberapa buah negeri di sebelah selatan Siam hingga
ke utara iaitu dapat menakluk negeri Nakorn Pathum
atau Nika Patam yang duduk di sebelah barat kota
Bangkok pada hari ini.
Dewasa itulah Sri Wijaya telah membangunkan rumah-
rumah candi yang besar di dalam negeri Nakorn Sri
Thammarat dan Nakorn Pathum maka di antara
rumah-rumah candi itu masih lagi ada tertinggal di
dalam dua buah negeri yang tersebut hingga pada hari
ini. Dari semenjak itulah kekuasaan orang-orang Siam
asli dalam Tanah Melayu bertukar kepaa orang-orang
Melayu dari Sumatera. Pada masa itu, orang Melayu
sentiasalah datang ke Tanah Melayu dengan bebasnya
sehingga mereka telah mendesak masuk ke seluruh
Tanah Melayu dan membuka beberapa buah negeri
iaitu Johor kemudian Selangor, Terengganu, Perak,
Kelantan, dan Patani. Semua negeri-neger ini
tertunduk di bawah Sri Wijaya juga.

Adapun kekuasaan kerajaan Sri Wijaya itu masih terus


berdiri dan majunya hingga hampir pada akhir kurun
Masehi yang ke-14. setelah itu maka kekuasaannya
mulalah beransur-ansur lemah kerana pada masa itu
negeri Palembang pusat pemerintahannya dalam
Sumatera telah terjatuh ke tangan kerajaan Majapahit
iaiatu sebuah kerajaan yang baharu berkuasa di pulau
Jawa iaitu dalam tahun Masehi 1377. Dan pada tahun ini
juga kerajaan Majapahit telah dapat menakluk negeri
Singapura hingga seluruh negeri-neger dalam Tanah
Melayu.

Pada masa kerajaan Sri Wijaya mulai beransur-ansur


hilang kekuasaan ini maka orang-orang Thai yang telah
dapat menduduki dan berkuasa di tanah Siam itu pun
datanglah mereka menyerang dan menakluk negeri
Nakorn Sri Thammarat serta negeri yang di selatan
Siam. Sehingga di sini kekuasaan Sri Wijaya di dalam
Tanah Melayu dan di tanah Siam pun terhapus semua
sekali tiada berketinggalan lagi, pada masa itu Tanah
Melayu terasing menjadi dua bahagian iaitu bahagian
utaranya telah diperintah oleh kerajaan Thai dan
bahagian selatannya telah ditakluk oleh kerajaan
Majapahit.

Sungguhpun seluruh negeri Melayu telah tertakluk


kepaa kerajaan Majapahit tetapi oleh kerana pusat
pemerintahannya terletak dalam Pulau Jawa yang
terlalu jauh duduknya dari Tanah Melayu, maka
terbiarlah negeri-neger Melayu itu diperintah oleh
rajanya masing-masing. Apabila kerajaan Majapahit itu
telah hilang kuasanya kerana ditakluk oelh sebuah
kerajaan Islam yang di tanah Jawa semakinlah terbiar
hal ehwalnya dalam Tanah Melayu. Kemudian
kekuasaan pemerintahan terpulanglah semula kepada
raja-raja Melayu itu memerintah negeri masing-masing
dan dari semenjak itu tetaplah raja-raja Melayu
menduduki atas takhta kerajaannya dengan bebas
tidak diganggu oleh siapa-siapa lagi. Itulah asas bagi
kemerdekaan negeri-neger dalam Tanah Melayu
hingga sampai ke hari ini.

Tatkala lahirnya agama Islam dalam


Semenanjung Tanah Arab yang dibawa oleh junjungan
Nabi Muhammad s.a.w. maka menjalarlah ia ke tanah
India dan dari tanah India itulah agama Islam telah
dibawa ke Tanah Melayu serta pulau-pulau yang di
sebelah timur ini. Ahli-ahli tawarikh telah menyatakan
bahawa dalam negeri Kedah ialah awal-awal negei
Melayu yang diduduki oleh orang Islam dari semenjak
kurun Masehi yang ke-9 lagi mereka itu ialah saudagar
Arab, India dan Parsi yang datang berniaga ke Tanah
Melayu.

Di dalam tahun Masehi 1403 seorang daripada raja


Melayu Hindu yang memerintah atas kerajaan Melaka
dengan suka harinya sendiri telah memeluk agama
Islam. Baginda ini dlaam masa beragama Hindu
bergelar Raja Parameswara dan manaka beragama
Islam baginda bergelar Sultan Muhammad Syah.
Kemudian daripada itu Raja Maha Wangsa yang
memerintah negeri Kedah pula telah memeluk agama
Islam serta digelarkan dengan nama Sultan Mansur
Syah. Semenjak itu agama Islam telah bertambah-
tambah luas dan merebak ke seluruh negeri di dalam
Tanah Melayu hingga ke dalam beberapa buah jajahan
yang di bawah pemerintahan Siam. Demikian jua
orang-orang Siam sendiri pun ada juga memeluk
agama Islam itu iaitu dipanggil orang-orang Sam-sam.

--
Bab 2 :Pembangunan Negeri Patani Dan Keturunan
Raja-Rajanya

Dalam masa negeri Kedah telah dibuka menjadi


sebuah negeri yang masyhur serta terbuka pula pulau
Singapura dan Melaka oleh orang-orang Melayu yang
datang dari pulau Sumatera maka dewasa itu negeri
Patani belum lagi tersebut namanya sehingga
beberapa tahun kemudian, dalam hal itupun telah
dipercayai bahawa dalam kawasan negeri Patani. Pada
masa itu juga telah diduduki oleh orang-orang Siam asli
kerana telah diketahui dengan sahnya pada zaman
purbakala seluruh Tanah Melayu memang lebih dahulu
diduduki oleh mereka itu. Sungguhpun pada masa itu
telah ada orang-orang Melayu yang datang dari pulau
Sumatera menduduki di tepi pantai laut Tanah Melayu
hingga setengah daripada mereka itu telah dapat
berkuasa dan bernegeri sebelah selatannya seperti
Singapura dan Melaka. Akan tetapi kekuasaan orang-
orang Melayu itu belum lagi meliputi hingga ke sebelah
utaranya oleh kerana itu juga terdiri kekuasaan orang-
orang Siam asli di utara Tanah Melayu dengan
bebasnya seperti dalam Pahang, Kedah, Kelantan
demikian juga Patani dan lain-lain. Sekalian
pemerintahan orang Siam asli dalam negeri ini adalah
bernaung kepada pusat pemerintahan yang terdiri di
Ligor atau Nakorn Sri Thammarat.

Maka dalam masa itulah juga di dalam Patani telah


terdiri sebuah kerajaan orang-orang Siam asli yang
terletak pusat pemerintahan dalam di daerah Perawan
(1) tetapi nama negerinya yang sebenar belum didapati
yang sah hanya ada tersebut dalam Cetera Negeri
Patani mengatakan iaitu bergelar negeri “Kota
Mahligai” (2). Melihat daripada kesan-kesannya yang
ada sekarang, nyatakan negeri ini sebuah negeri yang
besar juga dan diperintah oleh beberapa orang raja-
rajanya dan akhir sekali diperintah oleh seorang raja
yang bernama (3). Di dalam masa pemerintahan Raja
Sri Wangsa di Kota Mahligai itu telah pun ada orang-
orang Melayu yang datang dari negeri-neger yang
baharu dibuka di sebelah selatan Tanah Melayu dan
juga daripada Pulau Sumatera, mereka juga datang
menduduki dan mendiami pada tepi-tepi pantai lautan.
Maka adalah negeri Kota Mahligai itu diduduknya
terlalu jauh ke daratan hingga berpuluh-puluh batu
jauhnya dari muka laut kerana kebiasaannya orang-
orang Siam asli itu tidak berapa suka tinggal di tepi-tepi
laut. Dengan hal yang demikian negeri Kota Mahligai
sangatlah sukar hendak didatangi oleh orang-orang
dagang dan ahli-ahli perdagangan kerana duduknya
terlalu jauh dari muka laut, menyebabkan
kemakmuran dan kemewahan dalam Kota Mahligai itu
pun semakin hari semakinlah kurang. Akhirnya
penduduk dalam negeri itu terpaksa keluar mencari
penghidupan di luar kota negeri. Dan mulalah negeri
Kota Mahligai kekurangan penduduknya sebaliknya
pula, dalam kampung-kampung yang baharu dibuka
oleh orang-orang Melayu di tepi pantai-pantai laut itu
semakin bertambah-tambah maju dan ramai. Apabila
dalam kawasan itu telah dibuka menjadi kampung
makan perahu-perahu dagangan pun selalulah singgah
menjual dagangan. Demikian juga ahli-ahli
perdagangan itu ada pula yang suka tigngal berkerja
dan berniaga di situ.

Dewasa itulah juga di pantai laut negeri Patani telah


terdiri sebuah kampung yang asalnya didiami oleh
seorang tua Melayu mendai nelayan (penangkap ikan)
bernama “Tani” orang tua ini sangatlah baik budi
bahasanya istimewa menjadi ketua kaum nelayan di
situ. penduduk-penduduk dalam kampung itu
sentiasalah menghormat dan muliakan dia sehingga
diberi gelarang sebagai seorang bapa iaitu
dipanggilnya “Pak Tani”. Dan kampung itu pun
semakin hari semakin banyaklah orang yang datang
menumpang hingga akibatnya dinamakan mereka
Kampung Pak Tani.

Kampung ini terletak di dalam suatu kawasan yang


sangat elok iaitu tanahnya datar dan tinggi sangat jauh
dari tenggelam. Bila kedatangan musim bah pantainya
menjadi sebuah teluk yang luas serta di hadapannya
menganjur sebuah tanjung yang panjang sehingga
dalam teluk itu boleh menjadi sebuah pelabuhan
perahu-perahu dan kapal-kapal yang sangat baik
kerana terselamat dari bahaya ombak dan tiupan angin
ribut. ahli-ahli nelayan di dalam Kampung Pak Tani itu
selalulah mereka berkerja menangkap ikan dan
barang-barang laut dalam teluk ini dengan tidak payah
lagi mereka keluar hingga jauh ke tengah laut. Di dalam
kawasan tanah datar yang tinggi itulah pula penduduk
Kampung Pak Tani berbuat bendang padi serta
berhampiran dengan Kampung mereka ada pula
sebuah anak sungai yang menjadi jalan kepada perahu-
perahu kelaur masuk dari laut ke daratan dengan
senang iaitu Sungai Gerisik sekarang ini. Oleh itu tidak
berapa lama kampung Pak Tani itu pun semakin besar
penduduknya semakin ramai sehingga jadilah ia
sebuah bandar yang besar pula di tepi pantai itu dan
sentiasalah ia menjadi tumpuan ahli-ahli
perniagaan serta kedatangan mereka ke bandar itu
pun tiadalah berkeputusan.

Dalam masa Kampung Pak Tani sedang bertambah


besar hingga menjadi sebuah bandar itu, maka dalam
negeri Kota Mahligai semakin pula sunyi kerana banyak
penduduknya berpindah keluar. Akhirnya Raja Sri
Wangsa sendiri pun mengambil keputusan akan pindah
dari Kota negeri itu. Kerana telah bertambah kurang
rakyat jelatanya setelah itu baginda pun berpindahlah
dengan sekalian kaum kerabat diraja dan rakyat jelata,
mendirikan sebuah istana yang besar berhampiran
dengan Kampung Pak Tani itu iaitu dalam daerah
Gerisik. Kota istana ini telah didirikan di seberang
sungai yang berhadapan dengan Kampung Pak Tani itu
dan pintu kotanya menghadap arah ke sungai sampai
senang berulang-alik denga perahu. Sungai itu
dinamakan Sungai Penyeri bukannya Sungai Parit yang
ada sekarang ini (Sungi Penyeri sekarang telah
tertimbus)
Setelah siaplah kota istana baginda itu lalu diperintah
galikan sebuah parit di sekelilling kota itu sebagai kubu
yang akan menahankan segala serangan musuh ke
dalam kota iaitu mengikut caranya pertahanan
dizaman itu. Parit itu telah digali mulai Sunga Gerisik
melalui di sebelah belakang kota baginda hingga
bertemu pula dengan sungai itu dalam Kampung Parit.
Semenjak itu Raja Sri Wangsa dengan sekalian kaum
kerabat diraja dan rakyat jelata pun tetap bersemayam
di dalam kota istana di Kampung Gerisik itu. Dan
tertinggallah negeri Kota Mahligai dalam keadaan
yang sunyi.

Pada masa itu tempat yang didirikan kota istana oleh


Raja Sri Wangsa itu belumlah ada mempunyai nama
lagi, tetapi dengan kerana duduknya berhampiran
engan Kampung Pak Tani itu maka oleh orang ramai
digelar dengan nama negeri Pak Tani tetapi dengan
lama kelamaan kerana hendak menyenangkan
panggilannya maka akhirnya disebutkan sahaja “negeri
Patani” iaitu diringkas dari perkataan “Pak Tani”.
Begitu juga bagi pihak orang-orang Arab yang datang
berniaga di Patani selalu menyebutnya dengan
“Fathoni” mengikut kesenangan lidah mereka.
Semenjak iatu negeri Patani pun mulalah terkenal ke
seluruh di dunia timur dan barat hingga tetap
mempunyai beberapa riwayat yang aneh dan ganjil
dari dahulu hingga sampai di hari ini.

Setelah tetaplah Raja Sri Wangsa berkerajaan dalam


negeri Patani maka negeri pun bertambah-tambah
ramai dan perniagaan pun bertambah-tambah maju
didatangi oleh ahli-ahli perdagangan luar negeri.
Hingga beberapa tahun lamanya Raja Sri Wangsa itu
pun mangkat dan takhta kerajaan Patani diganti oleh
seorang puteranya yang bernama Raja Antira (Indera)

Pada masa itu raja pemerintah dan sekalian rakyat


jelata dalam negeri Patani sedang beragama yang
dibawa oleh orang-orang Hindu iaitu agama Buddha
mazhab Mahayana. Berbetulan dewasa itu dalam
Pulau Sumatera telah terdiri sebuah negeri yang
bernama Pasai seluruh rakyat telah memeluk agama
Islam tetapi disekeliling negerinya masih orang yang
beragama Hindu. Dengan hal itu negeri Patani selalu
diserang oleh orang-orang Hindu menyebabkan orang-
orang Islam di dalam negeri Pasai sentiasa hidup
menderita kesusahan sehingga setengah dari mereka
itu telah berpindah ke negeri yang lain
menyelamatkan diri masing-masing, diantara mereka
itu ada yang telah melarikan diri menuju ke negeri
Patani. Semenjak itu negeri Patani mulalah menerima
kedatangan orang Islam dari negeri Pasai mereka telah
membuat sebuah Kampung di situ, sekalian penduduk
ialah dari orang-orang Pasai belaka kemudian
kampung itu digelarkan kampung Pasai hingga
sekarang gelaran Kampung Pasai masih ada lagi dalam
negeri Patani.

Di antara Kumpulan orang-orang Islam Pasai itu


adalah seorang orang tuanya yang alim dalam hukum-
hukum agama Islam bernama Syeikh Safiyy al-Din.
Orang tua ini selain dari alimnya, juga ia telah terkenal
seorang dukun yang pandai mengubat bermacam-
macam jenis penyakit. Demgan hal ini penduduk-
penduduk dalam negeri Patani sangatlah
menghormati dan memuliakan tuan Syeikh itu.

Pada suatu masa Raja Antira (Raja Patani) itupun


menghidapi sejenis penyakit pecahlah tubuhnya atau
penyakit kusta semakin lama semakin hebat penyakit
itu. Banyaklah dukun-dukun atau tabib-tabib dari
orang Siam asli telah dipanggil mengubati baginda,
tetapi jangankan sembuh malahan semakin pula
bertambah-tambah. Habislah sekalian dukun-dukun
yang bijak dari segala bangsa telah mencuba
mengubati baginda itu tidaklah juga sembuh. Lalu
disuruh oleh baginda seorang hambanya memalu
canang di seluruh ceruk negeri mencari siapa yang
sanggup mengubati panyakit baginda itu serta
menawarkan bebrapa hadiah yang banyak. Berjalanlah
raja itu sambil memukul canang di serata-rata
kampung dan dusun mencari dukun yang sanggup
mengubati penyakit baginda tetapi tiadalah juga dapat
sehingga masuklah hamba raja itu ke dalam
kampung orang-orang Pasai. Manakala didengar oleh
Syeikh Safiyy al-Din akan orang memalu canang itu
keluarlah ia bertanya, “kenapa engkau memalu canang
itu.” Jawab hamba raja itu, “adalah raja kami sedang
menghadapai penyakit kusta, habis sekalian dukun
dalam negeri ini mencuba mengubatinya tetapi tidak
berjaya. Dengan sebab inilah berjalan memalu canang
mencari sesiapa yang sanggup mengubat penyakit
baginda itu dan baginda telah berjanji akan memberi
sebaik-baik hadiah kepada mereka yang sanggup
mengubatinya,” Maka berkata Syeikh Safiyy al-Din,
“Berilah tahu kepada raja engkau, aku sanggup
mengubat penyakitnya.”

Beberapa hari kemudian kelihatanlah Syeikh Safiyy al-


Din datang ke kota istana dan masuk mengadap
baginda Raja Antira. Sambil baginda bertitah,
“Betulkah Tuan Syeikh sanggup penyakit kami?”
Sembahnya, “Daulat Tuanku, ribuan ampun
sangguplah patik mengubatnya tetapi dengan syarat
hendaklah tuanku membuat perjanjian dengan patik
terlebih dahulu.” Titah baginda, “apakah janji yang
engkau kehendak itu?” jawab Syeikh Safiyy al-Din,
“kehendak patik ialah sekiranya penyakit Duli Tuanku
itu dapat patik sembuhkan hendaklah tuanku
meninggalkan agama Buddha itu dan ikutlah agama
patik iaitu agama Islam.” Kehendak Syeikh Safiyy al-
Din itu telah diizinkan oleh baginda hingga beberapa
hari kemudian penyakit baginda itu dapatlah
disembuhkan oleh Tuan Syeikh itu. Maka amatlah
sukacitanya baginda lalu dikurniakan beberapa banyak
harta benda kepada Syeikh Safiyy al-Din tetapi janji
baginda hendak mengubah agama itu tidaklah
ditunaikan.

Dalam hal itu tiada berapa lama kemudian, penyakit


baginda itu berbaliklah semula, disuruh baginda
memanggil Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya pula.
Syeikh Safiyy al-Din sangguplah juga mengubatnya
tetapi dengan syarat yang tersebut mana raja pun
mengakulah. Setelah diubatkan beberapa hari
kemudian penyakit itu pada kali baginda pun mungkir
juga kehendak Syeikh itu tidak diturut hingganya
penyakit itu berbalik pula kali ketiga maka disuruh pula
Syeikh Safiyy al-Din mengubatnya. Pada kali ini Syeikh
Safiyy al-Din berdatang semabah kepada raja itu
menyatakan, “selagi Tuanku tidak menyempurkan janji
Tuanku dengan patik selama itulah penyakit tuanku
tidak akan sembuh.” Mendengar perkataan Syeikh ini
bertitah bagind, “jika sembuhlah penyakit kali ini
wajiblah aku sempurnakan janji aku itu,” Lalu Syeikh
Safiyy al-Din pun mengubatlah pula penyakit baginda
itu sehingga akhirnya sembuhlah dan sihat kembali
tubuh baginda sebagai sedia kala.

Setelah itu baginda pun mempersilakan Syeikh Safiyy


al-Din ke istananya serta disuruh ajar kepadanya
mengucap dua kalimah syahadat. Syeikh Safiyy al-Din
pun sangatlah sukacita kerana kehendaknya telah
berjaya dan diajarkan baginda itu mengucapkan dua
kalimah syahadat. Semenjak itu baginda pun tetaplah
memeluk agama Islam dan perpaling dari agama
Buddha.

Dengan kehendak Raja Antira itu maka Syeikh Safiyy


al-Din telah dilantik menjadi guru mengajar hukum-
hukum Islam di dalam istananya dan diberi gelaran
kebesaran kepadanya “Datuk Sri Raja Fiqih. Yang
demikian tinggallah Datuk Sri Raja Fiqih

Mengajar hukum-hukum Islam kepada baginda, kaum


kerabat diraja dan orang-orang besarnya sehingga
bebrapa lama habislah sekalian mereka itu memeluk
agama Islam. Setelah itu mulalah pula agama Islam
menjalar keluar dari istana di raja itu beransur-ansur
masuk ke tengah masyarakat rakyat kelata negeri
Patani dan akhirnya habislah orang-orang Patani
memeluk agama Islam serta agama Hindu itupun
mulalah beransur-ansur lemah dengan tidak diperduli
lagi oleh orang-orang Patani. Seterusnya patung-
patung berhala Buddha dan tempat persembahan
mereka habislah runtuh dan binasa.

Semenjak itulah rakyat-rakyat dalam negeri Patani


telah menerima agama Islam dan menjadi agama
kebangsaannya hingga sampai pada hari ini. Pada
suatu hari Datuk Sri Raja Fiqih Itu telah mengadakan
suatu keramaian menabalkan Raja Antira menjadi
Sultan mengikut istiadat secara Islam serta digelarkan
nama baginda itu “Sultan Muhamad Syah”. kemudian
diatur gelaran nama sekalian orang-orang besar raja
mengikut sebagaimana gelaran yang dipakai di dalam
negeri-negeri Melayu iaitu gelaran pada pangkat
menteri-menterinya dipanggil datuk dan orang kaya
sehingga gelaran itu telah terlekat beberapa lamanya.

Manakala telah sempurnalah mengatur hal ehwal di


dalam negeri maka Sultan Muhamad Syah menyusun
pula urusan luar negeri iaitu telah dikirim suatu
rombongan utusannya kepada Sultan Melaka guna
merapatkan tali persahabatan diantara dua buah
negeri ini. Istimewa neger Melaka telah terkenal
sebuah negeri Melayu yang tertua dan lebih dahulu
sekali memeluk agama Islam. Pada masa itu sultan
yang memerintah neger Melaka ialah Sultan Muhamad
Syah (4) manakala sampai rombongan utusan kerajaan
Melayu Patani itu ke Melaka, telah disambut oleh
sultan Melaka dengan penuh kehormatannya, sewaktu
utusan itu kemabali ke Patani banyaklah pula dikirim
barang-barang persembahan hadiah kepada sultan
Patani.

Tiada berapa tahun kemudian, Sultan Muhamad Syah


menghatar pula suatu utusannya ke negeri Siam (5)
yang berkerajaan di Ayuthia kerana menyambung
persahabatan baginda dengan Raja Siam-Thai. Dari
semenjak itulah negeri Patani pun mulailah dikenal
oleh dunia luar sehingga namanya telah dikenali oleh
seluruh bangsa timur dan barat lebih daripada mara
kerajaan ayahandanya lagi. ahli-ahli
perniagaan mulalah menumpu ke negeri Patani
menjual beli barang dagangan mereka. Mereka itu
ialah orang-orang Siam-Thai, China, Jepun, Jawa,
India dan Arab melainkan orang-orang Eropah sahaja
yang belum tiba ke Patani.

Keadaan di dalam negeri Patani semakin hari semakin


bertambah ramai serta perniagaan antarabangsa itu
sentiasalah maju. Manakala di kuala atau muara sungai
Patani selalulah disinggah oleh kapal perniagaan yang
membawa barang dagangan dari luar negeri sehingga
kemajuan di dalam negeri Patani pada masa itu
tiadalah kurangnya dari negeri Melaka yang lebih tua
daripadanya. Kemajuan dalam negeri Patani masih
terus berjalan hingga sampai pada tahun Masehi 1516
iaitu abad kedatangan bangsa-bangsa Eropah ke Asia
Timur. Dalam tahun inilah negeri Patani

Mula merima kedatangan sebuah kapal orang-


orang Portugis dari Melaka membawa berbagai-bagai
jenis barang dagangan dengan maksud akan berniaga
dalam negeri Patani. Pada masa itu negeri Melaka
telah dapat ditakluk oleh orang-orang Portugis
Manakala sampai kapal Portugis itu di Kuala Patani
naiklah kaptennya ke darat mengadap baginda sultan
dan meminta kebenaran hendak berniaga di negeri
Patani. Permintaan itu telah diizinkan oleh baginda lalu
naiklah orang-orang Portugis itu ke darat mendiri
sebuah gedung perniagaannya di bandar Patani. Maka
inilah tarikhnya negeri Patani mulai menerima
kedatangan bangsa Eropah yang pertama kali masuk
berniaga dalam negeri Patani.

Kedatangan orang-orang Portugis ke timur Asia ini


adalah semata-mata dengan maksud mahu berniaga,
di benua Eropah mereka telah menubuhkan sebuah
syarikat perdagangan yang bermaksud hendak
meluaskan perniagaan mereka dalam kawasa timur
ini. Pada awal kurun Masehi ke-15 itulah kapal
perniagaan orang-orang Portugis telah mula bertolak
dari Eropah menuju ke tanah India. Dari sini baharu
mereka mendengar akan kemasyhuran negeri Melaka
di dalam segi perniagaan. Semenjak itulah Melaka
telah menjadi sasaran kedatangan orang-
orang Portugis, tetapi manakala mereka melihat
kedudukan Melaka itu elok dalam segi
perniagaan lebih dari yang disangkanya istimewa
perniagaan di dalamnya telah terlalu maju maka
timbullah nafsu imperialis orang Portugis itu hendak
menjajah negeri Melaka. Oleh itu pada bulan April
tahun Masehi 1511 tibalah sepasukan kapal perang
Portugis yang diketuai oleh Alfoso de Albuqerque,
menyerang dan mendarat tenteranya di pantai Melaka,
hingga berlakulah peperangna hebat dengan orang
Melayu Melaka. Pertahanan kota Melaka yang
masyhur kebal itu telah dapat juga dihancurkan dan
negeri Melaka itu pun jatuh ke tangan orang-
orang Portugis. Semenjak itu negeri Melaka telah
menjadi sebuat pusat perniagaan Portugis di Tenggara
Asia ini, dari sinilah orang-orang Portugis ini mulai
menghatar kapal perniagaannya ke negeri Patani.

Di dalam Patani perniagaan orang-orang Portugis itu


sentiasa maju kerana dewasa itu belum lagi ada
bangsa-bangsa Eropah yang lain melainkan bangsanya
sahaja yang menjalankan perniagaan dengan dapat
berleluasa. Suatu dagangan yang ganjil sekali pada
mata orang-orang Melayu Patani yang dibawa oleh
orang-orang Portugis pada masa itu ialah senjata api
iaitu senapang dan pelurunya. Senjata-senjata ini
belum pernah diketahui oleh orang-orang Melayu
Patani manakala dibawa oleh orang-orang Portugis
baharulah mereka tahu adan pandai menggunanya.
Semenjak itu berduyun-duyun datang kapal
perniagaan dan orang-orang Portugis masuk berniaga
di dalama Patani.

Seorang ahli perniagaan Portugis bernama Pinto yang


telah datang berniaga di Patani dalam tahun 1538
Masehi telah menulis dalam buku perniagaan berbunyi
begini:
Pada masa saya datang ke Patani dalam tahun ini, saya
telah berjumpa hampir 300 orang Portugis yang tinggal
dalam bandar Patan, selain dari bangsa Portugis itu,
didapati juga bangsa-bangsa timur iaitu Siam-Thai,
China, Jepun, orang-orang Jepun besar juga
perniagaannya dalam bandar ini.

Mengikut catatan dalam buku Sejarah Patani telah


menerangkan bahawa Sultan Muhamad Syah yang
menduduki takhta kerajaan Melayu Patani itu,
baginda sentiasa menjalakan pemerintahan dengan
adil saksama menyebabkan negeri Patani telah
beransur-ansur meningkat kemajuan. Beberapa tahun
kemudian baginda pun mangkat denga meninggalkan
dua orang putera iaitu Raja Muzaffar dan Raja Mansur
serta seorang putera Raja Aishah, Raja Aishah ini telah
berkahwin dengan Raja Jalaludin yang memerintah
negeri Sai.

Dengan persetujuan kaum kerabat diraja dan orang


besarnya. Maka Raja Muzaffar itu telah ditabalkan
menjadi sultan menggatikan ayahandanya al-Marhum
Sultan Muhamad Syah. Dan digelarkan Sultan
Muzaffar Syah, adindanya Raja Mansur dilantik
menjadi Raja Muda serta anak cucu dari Datuk Sri Raja
Fiqih pula telah dilantik oleh baginda menjadi orang-
orang besarnya. Demikianlah keadaannya sehingga
turun temurun.

Setelah beberapa lama Sultan Muzaffar Syah


menduduki takhta kerajaan Patani suatu hari
berfikirlah baginda akan melawat ke neger Siam-Thai
berkenal-kenalan dan merapatkan persahabatan
dengan rajanya. Setelah siap diatur kelengkapan maka
baginda menyerahkan pemerintahan negeri
sementara kepada adindanya Raja Mansur. kemudian
belayarlah baginda dengan beberapa buah kapal yang
diiringi oleh orang besar dan angkatan tenteranya
menuju ke negeri Siam-Thai. Beberapa hari lamanya di
dalam pelayaran, baginda pun sampailah di muara
Sungai Chao Praya iaitu kuala negeri Siam. Dengan
menerusi sungai ini angkatan baginda itu mudik terus
ke Kota Ayuthia (6) tetapi lawatan baginda itu tidaklah
mendapat sambutan yang baik dari Raja Siam-Thai
kerana Raja Siam-Thai memandang darjat baginda itu
sangat rendah daripadanya. Tiadalah berapa hari
baginda tinggal di sana, baginda pun berangkatlah
pulang ke Patani dengan membawa perasaan dendam
dan tidak puas hati melihat pekerti kesombongan
orang-orang Siam-Thai itu. Dalam hal itu pun sewaktu
baginda berangkat pulang itu telah diberi juga oleh
Raja Siam-Thai itu beberapa orang hamba tawannya
daripada orang Pegu (Burma) dan orang-orang Khmer
(Kemboja) sebagai hadiah atas lawatan baginda.
Sekalian hamba tawanan itu telah dibawa pulang ke
Patani serta diberi baginda sebuah kampung tempat
kediaman mereka hingga hari ini anak cucu dari
mereka itu masih lagi ada di dalam kampung itu. Oleh
itu sebab orang-orang itu masih beragam Buddha
maka perbuatlah di dalam kampung mereka tempat
kediaman Tok Sami yang dinamakan Kedi ertinya
Rumah Sami, oleh itu orang Melayu Patani
menggelarkan nama kampung itu Kampung Kedi
hingga tetap sampai sekarang.

Dalam tahun Masehi 1563 sampailah berita kepada


Sultan Muzaffar Syah mengatakan negeri Siam telah
diserang oleh orang Burma. Maka teringatlah baginda
akan kesombongan budi pekerti orang-orang Siam-
Thai yang telah ditunjukkan di dalam masa lawatan
baginda ke Kota Ayuthia yang demikian
bermesyuaratlah baginda dengan adindanya serta
orang-orang besar hingga telah dapat mengambil satu
keputusan akan menyerang Kota Ayuthia. Sebagai
membela dan membalas dendam terhadap orang
Siam-Thai itu. Serta adindanya Raja Mansur bersama-
sama dengan sekalian menteri dan panglima
perangnya sangguplah akan menyertai baginda di
dalam peperangan.

Setelah itu bertitahlah baginda melengkapkan dua


ratus buah kapal perang, seribu orang tentera dan
seratus orang perempuan yang bergabung menjadi
sebuah angkatan perang dan akan dipimpin oleh
baginda menyerang negeri Siam. Beberapa hari
kemudian beredarlah angkatan perang dari negeri
Patani itu menuju ke negeri Siam-Thai manakal
pemerintahan dalam negeri telah diserahkan kepada
seorang pembesar baginda menjaganya, lalu
belayarlah degan angkatan perangnya ke negeri Siam.

Setelah sampai Sultan Muzaffar Syah dengan


angkatan perangnya ke negeri Siam-Thai didapatinya
Kota Ayuthia telah dikepung oleh tentera-tentera
Burma. Maka dengan segera baginda mendaratkan
angkatan perangnya dan terus menyerbu ke dalam
kota Raja Siam-Thai pasukan orang-orang Siam-Thai
yang mengawal di mukka kota itu habis menjadi
korban oleh tentera-tetera Melayu Patani. Akhirnya
lemah segala pertahanan orang-orang Siam-Thai,
masing-masing pun lari membawa diri. Waktu itu
rajanya ada di dalam istananya, bila terdengar tempik
sorak tentera-tentera Melayu yang berjaya
merobohkan pintu kota itu pun melarikan diri
mengikut pintu belakang kota dan lari bersembunyi di
suatu tempat yang bernama “Kok Mahaphram”. Di sini
orang-orang Siam-Thai itu telah mengumpulkan
kekuatan semual akan menyerang balas angkatan
perang orang-orang Melayu Patani itu.

Setelah puaslah mereka mengamuk dan membunuh


orang-orang Siam-Thai itu maka angkatan perang
orang-orang Melayu itu pun mengundur keluar dari
kota dan masing-masing turun ke kapal lalu terus
mengangkat sauhnya belayar pulang ke Patani. Tetapi
bila angkatan mereka telah keluar sampai di muara
Sungai Chao Praya dengan kehendak tuhan yang maha
kuasa baginda Sultan Muzaffar Syah pun mangkatlah
dengan terkejut. Dan terpaksalah dikebumikan di kuala
negeri Siam itu juga. Kemudian pulanglah angkatan
perang orang-orang Melayu itu ke Patani dengan
beberapa dukacitanya kerana kehilangan seorang
rajanya yang dikasihi.

Adapun Sultan Muzaffar Syah pada masa baginda


berangkat menyerang negeri Siam itu, maka
permaisurinya di Patani sedang mengandung. Setelah
baginda mangkat dan kembalinya Raja Mansur ke
Patani, permaisurinya belum juga bersalin. Di sini
timbulah suatu soalan iaitu siapakah yang akan dilantik
menggantikan takhtak al-Marhum Sultan itu, pada
masa itu telah ada seorang putera baginda yang tua
namanya Raja Mambang iaitu anak uang didapati
dengan seorang gundik itu tidak boleh dilantik menjadi
sultan meggantikan al-Marhum itu, oleh itu
bermesyuarat sekalian kerabat diraja dan orang-
orang besar. Keputusannya masing-masing bersetuju
menabal Raja Mansur itu menjadi sultan dan diberi
gelaran Sultan Mansur Syah.

Setelah sempurna istiadat menabal Raja Mansur itu,


permaisuri al-marhum tadi bersalin seorang putera dan
diberi nama Raja Patik Siam. Tidak berapa lama
kemudian terberitalah mengatakan bahawa Raja
Jalaludin yang memerintah negeri Sai suami Raja
Aishah telah mangkat dengan tiada meninggalkan
seorang anak pun, maka Sultan Mansur Syah telah
melantik seoang pembesarnya memerintah di negeri
itu dan dijemput Raja Aishah kembali bersemayam
bersama-sama baginda di Patani.

Sembilan tahun lamanya Sultan Mansur Syah


menduduki takhta kerajaan Melayu Patani baginda
pun mangkat dengan meninggalkan dua orang putera
iaitu Raja Bahadur dan Raja Bima anak dari seorang
gundik. Sebelum dari mangkat, baginda telah
berwasiat sekiranya baginda mangkat hendaklah
ditabalkan Raja Patik Siam anak saudaranya, menjadi
sultan mengganti baginda sesudah baginda mangkat
maka wasiat itu telah dijalankan oleh kerabat diraja
dan orang besarnya iaitu telah dilantik Raja Patik Siam
menaiki takhta kerajaan Melayu Patani dan diberi
gelaran Sultan Patik Siam. Waktu itu usia baginda
baharu sahaja sembilan tahun, yang demikian segala
pemerintahan negeri telah dijalankan bersama-sama
dengan seorang timbalannya iaitu Raja Aishah, bonda
saudaranya.

Adapun Raja Mambang kakanda kepada Sultan itu,


manakala dilihat adindanya telah menjadi sultan,
timbullah perasaan hasad dengki dan tidak puas hati
kepada adindanya. Istimewa selalu pula dihasut oleh
raka-rakannya. Hingga perasaan itu tidak dapat
hendak ditahan-tahan lagi. Yang demikian pada suatu
hari waktu masih pagi lagi, fajar siang hampir
menyinsing, sedang Sultan Patik Siam bersemayam di
dalam istana dengan seorang dirinya, masuklah Raja
Mambang ke dalam ruangan istana itu denga sebilah
keris terhunus bermaksud hendak membunuh Sultan
itu dari belakangnya.

Melihat hal ini, Raja Aishah pun tahulah akan kehendak


Raja Mambang itu lalu segera ia berlari memeluk sultan
menahan supaya jangan dapat ditikam oleh Raja
Mambang. Tetapi pada saat itu Raja Mambang telah
hilang fikiran yang waras serta dengan mengikut
kehendak hati yang panas terus juga ditikam kedua-
dua tubuh yang berpeluk itu dengan tidak merasai
kasihan belas lagi. Sultan Patik Siam bersama bonda
saudaranya Raja Aishah itu pun gugurlah di tengah
ruangan istana penuh bergelumang darah dengan
gementara sahaja kedua pun mangkat.
Setelah itu gemparlah di dalam istana mengatakan
sultan dan Raja Aishah telan mangkat dibunuh oleh
Raja Mambang. Maka berhimpunlah sekalian orang-
orang raja masing-masing mencair Raja Mambang di
dalam istana itu dan dapatlah mengepung Raja
Mambang itu di dalam sebuah bilik lalu terus mereka
radak dengan lembing akhirnya Raja Mambang pun
mati juga dengan tidak sempat hendak melarikan diri
keluar dari isatann.

Sesudah Sultan Patik Siam mangkat maka kerabat


diraja dan orang-orang besarnya telah bersetuju
melantik Raja Bahadur putera al-Marhum Sultan
Mansur Syah menjadi sultan dan digelar Sultan
Bahadur Syah. Setelah bertahun-tahun lamanya
baginda menduduki takhta kerajaan pada suatu hari
berlakulah perselisihan antara baginda dengan
kekandanya Raja Bima. Perselisihan ini telah
bertambah-tambah melarat hingga membawa Raja
Bima belot kepada baginda.

Udara perselisihan itu semakin hari semakin


bertambah keroh dan kesudahannya berlakulah
peristiwa (kejadian) yang menyedihkan. Manakala
pada suatu hari, waktu baginda sedang bersemayam di
dalam di dalam istanany, masuklah Raja Bima ke dalam
istana dengan penuh perlahan-lahan sambil
bersembunyi. Dengan segera ia menikam dari
belakang baginda, hingga kerisnya terbenam di
sebalah lambungan baginda, baginda pun rebah
tersungkur di situ denga tidak sempat melawan lagi,
sebentar sahaja baginda pun mangkat. Begitu juga
Raja Bima sebelum ia melarikan dir, telah di kepung
oleh orang baginda serta di situ juga ia telah ditikam
balas hingga mati. Kemangkatan Sultan Bahadur Syah
itu telah meninggalkan tiga orang puteri dan tiada
berputera, puteri-puteri itu ialah Raja Hijau, Raja Biru,
Raja Ungu.

Di dalam menyuarat antara kaum kerabat diraja


dengan pembesar-pembesar telah mengambil
keputusan melantik Raja Hijau itu menaiki takhta
kerajaan Patani dan inilah awal-awalnya seorang raja
perempuan menjalankan pemerintahan di dalam
negeri Patani.

Telah bertahun lamanya Raja Hijau menjalankan


pemerintahan denga adil dan bijak sebagai seorang
perempuan. Maka namanya masyhur ke seluruh negeri
hingga ke benua Eropah. Banyaklah raja dalam negeri
itu manghantar utusannya ke Patani mengadap
baginda kerana mengikatkan tali persahabatan, begitu
juga Raja Hijau selalu pula menghatar rombongan
utusannya kepada raja-raja negeri itu sebagai
membalas rasa persahabata, setengah dari raja-raja itu
ialah raja Siam dan Jepun. Sungguhpun telah diketahui
dari keterangan Pinto saundar Portugis menyatakan
sebelum dari itu pun memang telah ada orang-
orang Jepun datang berniaga di dalam Patani tetapi
rajanya belum mengambil perhatian dan belum lagi
mengadakan ikatan persahabatan yang rasmi demgan
kerajaan Patan. Hanya di dalam masa pemerintahan
raja perempuan inilah baharu Raja Jepun mulai
mengambil perhatian serta dikirim utusan ke Patani
meminta kebenaran rasmi akan berniaga di dalam
negeri Patani.

Di dalam sejarah bangsa Jepun ada menyatakan


bahawa dalam tahun Masehi 1592 belayarlah sebuah
kapal dari negeri Jepun membawa surat rajanya serta
dengan berbagai-bagai jenis barang persembahan
kepada Raja Patani dan meminta kebenaran rasmi
supaya orang-orang Jepun itu dibenarkan
menjalankan perniagaan di dalam negeri Patani.
Utusan Raja Jepun itu telah disambut dengan baiknya
oleh Raja Patani dan segala pemerintahannya telah
diizinkan.

Tujuh tahun kemudian iaitu dalam tahun Masehi 1599,


Raja Patani itu menghantar rombongan utusannya ke
negeri Jepun mengadap rajanya supaya
memperkemaskan tali persahabatan dan rombongan
utusannya kali yang kedua telah dihantar dalam tahun
Masehi 1606. Tiap kali sampainya utusan Raja Patani
itu selalu disambut denga baik oleh Raja Jepun.
Semenjak itu perhubungan dalam hal
perniagaan semakin maju di antara negeri Patani
Dengan Jepun.

Dewasa itu pusat perniagaan yang besar sekali dalam


Jepun ialah negeri “Hirado” duduknya berhampiran
dengan jajahan Nagasaki sekarang ini. Dari negeri
itulah kapal-kapal perniagaan Jepun membawa
barang-barang dagangan menuju ke Patan, kapal
sentiasalah belayar berulang-alik dengan tiada
keputusannya.
Demikianlah juga perhubunga dengan negeri Siam
semakin bertambah-tambah rapat sementelah pula
negei Siam duduknya berhampiran sahaja denga
negeri Patani. Maka selalu kapa-kapal
perniagaan berulang-alik dan berduyun-duyun pula
orang-orang Siam-Thai itu datang berniaga di Patani
begitu juga orang Patani selalu berniaga ke Siam. Serta
Raja Patani dengan Raja Siam-Thai pun tidak putus
menghantar utusannya masing-masing diantaranya
kerana merapatkan perhubungan dan persahabatan.

Di dalam tiap-tiap perhubungan itu Raja Siam-Thai


selalu menggelarkan Raja Patani itu dengan nama Phra
Nang Cao Yang ertinya baginda raja perempuan.
Gelaran ini semakin lama semakin melekat hingga raja-
raja perempuan yang menduduki takhra kerajaan
Patani kemudian dari Raja Hijau itu pun selalu digelar
oleh Raja Siam seperti nama yang tersebut juga.
Dengan gelaran ini semakin lama semakin terkenal
hingga membawa orang-orang Melayu Patani sendiri
turut menggela rajanya mengikut seperti yang digelar
oleh raja siam itu. Tetapi dengan kerana pelat orang-
orang Melayu itu maka dari gelaran Phra Nang Cao
Yang telah disebut mereka perkataan “Raja Nang
Cayang” sahaja. Dan gelaran ini terlekat kepada semua
raja perempuan yang memerintah negeri Patani iaitu
digelarkan Raja Nang Cayang belaka.

Di dalam masa Raja Hijau menduduki takhta kerajaan


Patani in, negeri pun bertambah-tambah maju dan
ramai penduduknya. Baginda sangatlah mengambil
berat atas susah payah rakyat jelatanya, satu daripada
pekerjaan yang telah diperbuat oleh baginda ialah
menggali sungai. Pada masa itu sungai Gerisik yang
mengalir di tengah-tengah penduduk rakyat jelata itu
hampir-hampir tiadalah berguna keran airnya
terlampau masin sementelah pula sungai itu tiada
berulu. Segala bendang padi yang ada di situ tiadalah
dapat mengeluarkan hasilnya yang baik kerana
disebabkan oleh air masin itu. Yang demikian pada
suatu hari baginda itu telah mengadakan kerahannya
serta mengumpulkan rakyat jelatanya berkerja
menggali sungai iaitu mulai dari Gerisik itu menuju ke
hulu hingga bertemu dengan sunai besar di Kuala
Temangan (dekat Kampung Perigi sekarang ini).
Setelah tertembus denga sungai besar itu air pun
turunlah mengikut sungai yang digali itu serta deras
mencurah ke sungai Gerisik lalu mengalir ke laut
mengikut Kuala Ra. Dengan sampainya air dari ulu itu
maka ari dalam Sungai Gerisik itu pun mulalah tawr dan
sekalinya bendang padi pun dapatlah mengeluarkan
hasilnya dengan puas hati (7).

Semenjak negeri Patani diperintah oleh Raja Hiaju itu


namanya semakin terkenal dan masyhur ke seluruh
dunia timur dan barat, dalam pelabuhannya sentiasa
penuh disinggah oleh kapal-kapal perniagaan dari
beberapa bangsa. Pada masa itulah tiba orang-
orang Belanda menjalankan perniagaan dalam negeri
Patani iaitu menjadi bangsa Eropah yang kedua
kemudian daripada bangsa Portugis.

kedatangan orang-orang Belanda ke timur Asia ini


ialah setelah mereka mengetui akan orang-
orang Portugis menjalankan perniagaan di Asia
dengan mendatangkan keuntungan yang sangat baik.
Dengan keran ingin melihat keuntungan orang
Portugis ialah menggerakkan hati orang-
orang Belanda mendirikan sebuah syarikat
perdagangan di benua Eropah yang bermaksud akan
mencuba menjalankan perniagaan di Asia ini.
Semenjak itu mulalah orang Belanda menghantar
kapal-kapal perniagaan menuju ke Asia dan negeri
India ialah menjadi sasaran kedatangan mereka yang
pertama kali, dari India orang Belanda itu mulalah
datang ke Tanah Melayu. Kedatangan orang-
orang Belanda itu telah menimbulkan rasa tidak puas
hati kepada orang-orang Portugis yang telah lama
mencari keuntungan untuk dirinya. orang-
orang Portugis merasai kedatangan orang Belanda itu
akan merosakkan dasar perniagaan mereka dengan
bangsa-bangsa Asia, yang demikian perasaan itu
semakin lama semakin melarat. Kesudahannya
membawa perkelahian di antara dua bangsa itu kerana
masing-masing berebut hendak mengusai dalam tiap-
tiap segi perniagaan. orang-orang Portugis mulalah
bertindak menyekat segala kemajuan perniagaan
orang-orang Beland.

Orang-orang Belanda terus juga menjalakan


perniagaannya dengan tidak mengendahkan sebarang
tindakan orang-orang Portugis itu. Sehingga dalam
tahu Masehi 1641 negeri Melaka yang telah dijajah oleh
orang Portugis dan menjadi pusat perdagangan
mereka itu pun telah diserang pula oleh orang-
orang Belanda. Perjuangan antara dua bangsa Eropah
itu kerana merebut negeri Melaka telah berlaku
dengan hebatnya dan dalam tahun itu juga, negeri
Melaka terjatuh ke tangan orang-orang Belanda,
menyebabkan kekuasaan orang-orang Portugis dalam
segi perniagaan mulai mundur serta pengaruh mereka
dalam Tanah Melayu mulai terhakis. Akhirnya segala
perhubungannya dengan Tanah Melayu telah habis
disapu oleh orang-orang Belanda semenjak itu
mulalah orang Belanda membuat perhubungan
dengan kerajaan Patani.

Di dalam tahun Masehi 1602, pada suatu hari


sekoyong-koyong masuklah sebuah kapa
perniagaan Belanda ke dalam pelabuhan negeri Patani
yang diketui oleh seorang kaptennya yang bernama
Daniel Van der Leck. Sesudah kapal itu berlabuh
naiklah kaptennya itu ke darat serta masuk ke dalam
istana diraja mengadap Raja Patani dengan barang-
barang persembahan dan meminta kebenaran supaya
dapat orang-orang Belanda menjalankan perniagaan
di dalam negeri Patani. Permintaan ini telah diizin oleh
baginda, setelah itu naiklah semua orang-orang
Belanda ke darat mendirikan gedung perniagaannya.
Kemasukan orang-orang Belanda ke Patani ini
sangatlah mencemaskan kepada orang-orang Jepun
dan Portugis. Perasaan benci kepada orang Belanda itu
telah tertanam di hati orang Jepun dan Portugis tetai
kerana mereka tidak ada peluang menyekat orang-
orang Belanda itu terpaksalah mereka diam sahaja
dengan menyimpan rasa dendam beberapa tahun.

Dewasa itulah negeri Patani semakin meningkat


tangga kemajuan dan kemakmuran sukarlah hendak
dicari negeri-negeri Melayu yang mempunyi
kedudukan yang sama dengan negeri Patani dizaman
itu. Seorang ahli perniagaan bangsa Jerman yang
bernama Mandel Slohe telah sempat melawat negeri
Patani di zaman itu, di dalam buku peringatannya ia
ada menulis berbunyi begini :

Negeri Patani ialah sebuah negeri yang sangat makmur


sekali, orang-orang Patani boleh memakan buah-
buahan berpuluh jenisnya pada tiap-tiap bulan. Ayam
di sini bertelur dua kali sehari, padinya terlalu banyak,
ada bermacam-macam jenis daging seperti daging
lembu, kambing, angsa, itik, ayam, kembiri, merak,
daging rusa kering, peladuk dan burung beratus-ratus
jenis jenis buahan.
Demikian bunyinya tulisan dari seorang pengembara
bangsa Jerman yang dapat menunjukkan bagaiman
kemakmuran negeri Patani pada zaman itu. Di
dalam segi perniagaan pun telah dipercayai dewasa
itu negeri Patani telah menjadi sebuah pusat
perdagangan yang besar di sebelah Tenggara Asia ini
sehingga negeri Ayuthia puasa pemerintahan Siam di
zaman itu pun tidak akan dapat menyamai denga
kemajuan di negeri Patani dalam segi perniagaannya.

Nafsu keinginan Raja Siam-Thai hendak menakluk


negeri Patani itu semakin bernyala-nyala hingga dalam
tahun Masehi 1603, bergerak sebuah angkatan laut
Siam-Thai dari Ayuthia menuju ke Patani dengan
beribu-ribu orang tenteranya yang diketuai oleh
seorang panglimanya bernama Upya-Deca.
Maksudnya akan merampas kemerdekaan orang
Melayu Patani dan menakluknya. Dewasa itu kerajaan
Siam-Thai diperintah oleh rajanya yang bernama “Phra
Narasuen” iaitu seorang raja yang terkenal sejarah
bangsa Siam-Thai, suka meluaskan jajahan takluk dan
merampas kemerdekaan orang.

Setelah angkatan laut Siam-Thai itu sampai di Patani,


panglima siam itu mulalah mendarat tenteranya di
Kuala Patani dan menyerang ke dalam negeri. Rakyat
Patani di bawah pimpinan rajanya keluarlah melawan
dan mehana serangan orang Siam-Thai itu. Dengan
mendapat bantuan penuh dari ahli-ahli perniagaan di
dalam Patani termasuk orang-orang Eropah telah
memberi bantuan dengan senjata-senjata api, meriam
dan harta benda bersama-sama melawan kecerobohan
orang-orang Siam-Thai otu. Dengan menggunakan
meriam itu rakyat Patani telah membedil ke atas orang
Siam-Thai sehingga lemah mereka mendarat lebih
jauh kerana beberapa banyak tenteranya terbunuh dan
luka. Akhirnya undurlah orang-orang Siam-Thai turun
ke kapalnya lalu belayar pulang dengan menanggung
kerugian yang hebat.

Setelah sampai mereka ke Kota Ayuthia maka Raja


Siam-Thai pun mulalah tahu akan kepentingan bedil
meriam itu dalam peperangan. Beberapa tahun
kemudian ia telah menghantar utusannya ke Patani
membeli bedil meriam itu kerana pada masa itu senjata
ini sangat banyak di dalam Patani dan telah dijual
menjdi suatu dagangan yang besar sehingga Raja
Jepun pun sewaktu berkedendak kepada beli meriam
itu selalulah bedil-bedil itu dibeli dari Patani.

Di dalam tawarikh kebangsaan Jepun ada tertulis,


bahawa dalam tahun Masehi 1606 Raja Jepun telah
menghantar utusannya kepada Raja Siam di Kota
Ayuthia meminta tolong raja itu belikan bedil meriam
hantar ke negrinya. Kemudian dihantar pula utusannya
dalam tahun Masehi 1608 meminta Raja Siam itu
membeli beberapa pucuk meriam lagi akhirnya dalam
tahun 1610 datanglah pula utusan dari Raja Jepun kali
yang ketiga dengan berkehendak kepada senjata-
senjata itu juga. Tiap-tiap kali datang utusan Raja
Jepun itu maka dikirim oleh Raja Siam bedil-bedil
meriam yang dikehendaki itu. Tetapi semua bedil-bedil
meriam yang dikirim itu adalah dibeli oleh Raja Siam-
Thai dari Patani belaka.

Sedang negeri Patani meningkati kemajuan serba


aneka itu, maka dalam tahun Masehi 1605, datanglah
pula bangsa Spain ke Patani dengan maksudnya
hendak menumpan berniaga juga. Kedatang bangsa
Spain itu telah disambut oleh orang-orang Patani
dengan baik, tetapi perniagaan mereka di Patani
tiadalah berapa maju dan tidak berapa lama kemudian
mereka pun berpindah ke pulau Filipina.

Adapun orang-orang Jepun yang berniaga di dalam


Patani pada masa itu sentiasa menaruh dendam dan
tidak berpuas hati kepada orang Belanda. Bahkan
selalu menjadi perkelahian di antaranya, sehingga
suatu perkelahian yang hebat sekali berlaku di dalam
tahun Masehi 1606. pada kali ini orang-orang Jepun
telah menyerang gedung perniagaan orang-
orang Belanda dan masuk ke dalam gedung-gedung
itu membinasakan semua barang dagangan
kepunyaan orang-orang Belanda, akhirnya gedung-
gedung itu telah dibakar oleh orang-orang Jepun.
Tetapi segala perbuatan orang-orang Jepun itu, tidak
dihiraukan oleh orang-orang Belanda, sebaliknya
dibangunkan pula gedung-gedung yang baharu serta
terus juga mereka menjalankan perniagaan di dalam
Patani. Kerugian yang ditanggung oleh orang-
orang Belanda dengan kerana perbuatan orang-
orang Jepun itu tidaklah merosakkan sekali kepada
perniagaan orang-orang Belanda. Selepas daripada
berlaku perkelahian itu maka masing-masing pun terus
menjalankan perniagaan di dalam Patani dengan
tenang hingga beberapa lamanya.

Lima tahun kemudian baharulah sampai orang-


orang Inggeris menjalankan perniagaan di dalam
Patani. Pada masa itu orang-orang Inggeris telah
mendirikan sebuah syarikat perniagaan di London
bernama East India Company, tujuan mereka hendak
meluaskan perniagaan di dalam benua Asia ini,
kemudian baharulah dihantar kapal-kapal
perniagaannya ke sebelah timur ini, mula-mulanya
pelayaran kapal-kapal itu menuju ke tanah India. Dari
situlah orang Inggeris mulai mengetahui akan
kemasyhuran dan kemajuan perniagaan di dalam
Patani lalu mereka mencuba menghantar kapal-kapal
perniagaannya.

Pada 5 Januari tahun Masehi 1611 keluarlah sebuah


kapal perniagaan dari London bernama The Globe
yang diketuai oleh seorang kaptennya bernama
Anthony Hips pun memuat beberapa banyak barang
dagangan serta barang-barang persembahan dari
rajanya dengan sepucuk surat yang disampaikan
kepada raja perempuan Patani. Kapal itu telah belayar
berbulan-bulan lamanya menuju ke benua Asia dengan
tidak singgah menyinggah, hingga pada 23 Jan tahun
Masehi 1611 sampailah kapal itu ke Kuala Patani.
Naiklah kaptannya ke darat mengadap Raja
Perempuan Patani dengan membawa barang-barang
persembahan dan surat dari rajanya, serta meminta
kebenaran daripada baginda supaya membenarkan
orang Inggeris berniaga di dalam Patani.
Permintaannya itu telah diluluskan oleh baginda
sebagai mana yang telah dikurniakan kepada bangsa
Eropah yang lain.

kedatangan orang-orang Inggeris itu telah disambut


oleh rakyat Patani dengan segala sukacita tetapi bagi
pihat orang-orang Belanda, Portugis dan lain-lain
sangat merasai tidak puas hati dan menambahkan
benci mereka kepada orang-orang Inggeris. Seteleh
sebulan lamanya kapal The Globe itu berlabuh di Kuala
Patani maka orang Inggeris dapatkah membangun
sebuah gedung perniagaan keran menyimpan barang-
barang dagangan mereka, semenjak itu mulalah
orang-orang Inggeris berniaga di dalam Patani.
Di antara orang Inggeris yang datang bersama-sama
dengan kapal The Globe itu adalah seorang saudagar
Inggeris yang bernama Peter William Floris, dia telah
menulis berkenaan dengan perjalanan ke Patani itu
demikian bunyi:

Pada 1 bulan Jun tahun Masehi 1611 kita telah bertolah


dari Bantam (dalam Pulau Jawa) lalu berlayar ke Patani,
kita sampai di Patani pada 22 Jun itu juga, kita telah
bertanya khabar kepada orang yang ada di dalam
sebuah kapal dalam pelabuhan kuala negeri itu
berkenaan dengan adat istiadat penduduk-penduduk
dalamnya. Pada 26 Jun kita pun naik ke darat
membawa surat dan barang persembahan kepada Raja
Perempuan Patani itu, di situ kita telah disambut oleh
satu pasukan kehormatan kemudian kita telah dibawa
ke dalam kota adapun surat dari raja kita itu telah
disambut dan diletak di atas sebuah anak kasa emah
kemudian dimuat di atas seekor gajah menuju ke
dalam kota.

Adapun istana Raja Perempuan itu cantik juga


perbuatnya. Kita telah dapat kebenaran daripada
baginda boleh berniaga di dalam Patani sebagaimana
juga orang-orang Belanda, kita kembali dari istana raja
itu dengan tidak sempat mengadap baginda sendiri.
Tetapi orangnya telah membawa kita ke rumah
seorang pembesarnya yang bernama “Orang Kaya Seri
Naga”. Pada keesokan harinya kita telah dikurniakan
ke kapal kita.

Pada 3 Julai tahun itu juga adalah sebuah kapal Belanda


bernama Lepri Ir bertolak dari Patani hendak ke Jepun,
kita pun mengirim sepucuk surat dengan kapal itu
kepada Tuan Adams yang ada berniaga di Jepun. Kita
telah berikhtiar meminta kebenaran daripada Raja
Patani itu mencari sebuah gedung perniagaan di dalam
Patani, tetapi kita terpaksa mengeluarkan belanja
bukan sedikit kerana perkara ini.

Dalam masa kita tiggal di Patani, banyak orang dalam


kapal kita mengenai penyakit. Anthony Hips pun,
kapten kapal kita pun terkena juga penyakit itu, dan
pada 9 Julai dia pun mati, kita telah melantik Tuan
Brown pula. Semenjak itu kita makin bertambah
mendapat kemalangan, barang-barang dagangan kita
banyak terkena curi hampir 280 kayu kayan telah
dicuri.
Orang-orang yang ada di dalam rumah kita semuanya
15 orang dan pada waktu malam, lampu sentisa
berpasang sampai siang hari, saya merasai syak
bahawa pencuri-pencuri itu bukan lain laig melainkan
salah seorang daripada orang kita juga sebabnya
seekor anjing besar yang ada disisi kita sepanjang masa
tidak pernah pun berbunyi salak. Saya dengan eman
orang kawn telah diperintah menunggu barang-barang
dagangan di Patani hingga sampai pada 1 Ogos dan
kapal The Globe telah belayar ke Siam.

Perniagaan kita di dalam Patani tidak berapa maju,


saya berangan-angan hendak membuka sebuah
gedung perniagaan kain di negeri Makasar di dalam
Pulau Celebes oleh itu pada 15 Oktober saya pun
hantar Mr. John France membawa barang-barang ke
sana dengan sebuah kapal. Pada keesokan hari 9
Oktober kita telah terima perkhidmatan dari Tuan
France dan rakan-rakannya yang pergi ke negeri Siam
itu mengatakan... (di sini hanya ditulis hal berkenaan
dengan negeri Siam sahaja).

Kita tinggal di dalam Patani sehingga lepas musim


dingin dan pada 31 Disember Raja Perempuan Patani
telah berangkat bermain-main ke laut dengan diiringi
oleh 600 buah perahu. Pada 25 Januari tahun
Masehi 1612 kita telah menerima perkhabaran dari
Siam mengatakan, barang-barang dagangan kita di
sana telah laku dijual lebih dari separuhnya,
sebahagian banyak di beli oleh Raja Siam-Thai sendiri
oleh itu pada bulan Mac kita pun menghantar sebuah
kapal ke negeri Ayuthia keran membawa barang
tambahan ke sana.

Pada 31 Julai 1612 Sultan Pahang telah sampai ke


Patani, kita telah di jemput juga oleh Raja Perempuan
Patani pada 1 Ogos keran menyaksikan istiadat
perkahwinan Sultan itu dengan tuan puteri adinda
bongsu kepada baginda. Kita telah diberitahu sebab
berlaku perkahwinan itu menyatakan, bila baginda ini
hendak mengahwini adinda bongsunya dengan Sultan
Pahang itu maka baginda telah menghatar utusannya
kepada Sultan Pahang merundingi hal itu, serta
mempersila Sultan Pahang melawat ke Patani supaya
dapat menyaksikan rupa paras adinda bongsunya.
Tetapi Sultan Pahang enggan memenuhi jemputan
baginda oleh itu amatlah murkanya baginda kepada
Sultan Pahang keran kehendaknya tidak berjaya. Lalu
diperintah mengadakan satu angkatan tentera
sebanyak 4 ribu orang dan 80 buah perahu pergi ke
Pahang kerana hendak mengugut sultan itu supaya
sanggup berkahwin denga adindanya bongsunya.
Berbetulan pada masa itu negeri Pahang di dalam
kesusahan. Melihat kepada angkatan tentera dari
Patani yang tersebut itu maka Sultan Pahang pun
takutlah negerinya akan binasa lalu sangguplah ia
seperti kehendak Raja Perempuan Patani itu dan bila
sampai perjanjian dan tempoh maka berangkatlah
Sultan Pahang ke Patani dan perkahwinan itu pun
dilangsungkan.

Pada 21 Oktober tahun Masehi 1613 kita sekalian telah


mengambil keputusan akan kembali ke England lalu
masuklah kita mengadap Raja Perempuan
mempersembahkan kehendak kita itu, setelah kepada
baginda maka Raja Perempuan itu mengurniakan
kepada kapten F. Pington sebilah keris kemudian kita
pun beredar keluar turun ke kapal The Globe lalu
belayar ke Meslipatam dalam India.

Sekianlah bunyinya tulisan di dalam riwayat perjalanan


seorang saudagar Inggeris yang telah datang ke negeri
Patani di dalam masa pemerintah baginda Raja Hijau.
Segala tulisan itu dapatlah memberi peringatan yang
besar sekali merupakan bagaiman kemajuan dan
kekuatan kerajaan Melayu Patani pada akhir kurun
Masehi yang 16, yang sayugia diperingati oleh orang-
orang Melayu Patani hari ini.

Adapun adinda bongsu Raja Hijau yang berkahwin


dengan Sultan Pahan itu ialah Raja Ungu, sesudah
berkahwin kemablilah sultan itu ke Pahang membawa
Raja Ungu bersama-sama.

semenjak itu tetaplah kerajaan Patani di dalam


kemajuan dan kemakmuran, seluruh rakyat kelatanya
hidup dengan aman dan damai tiada lagi dikacau oleh
musuhnya. Setelah kembalinya kapal The Globe ke
England maka negeri Patani semakinlah terkenal
dikalangan ahli-ahli perniagaan Inggeris, kapal-kapal
dan ahli-ahli perniagaan Inggeris yang lain pun
sentiasalah datang berniaga ke Patani.

Bukti yang terang ada tersebut di dalam buku Sejarah


Negeri Patani mengatakan bahawa pada awal kurun
Masehi yang ke-17, pelabuhan negeri Patani telah
menjadi sasaran yang datang oleh kapal-kapal
perniagaan dari beberapa bangsa dan menjadi tempat
persinggahan kapal yang datang dari negeri Surati
(dalam India), Goa dan dari pantai-pantai Koromandel
serta terkenal pula sebuah pelabuhan yang teristimewa
oleh kapal-kapal layar atau perahu-perahu-perahu
yang datagn dari negeri China dan Jepun.

Sementara itu perasaan hasad dengki dan benci-


membeci dalam golongan saudagar-saudagar Eropah
yang berniaga di dalam Patani semakin bertambah-
tambah hebat. Istimewa perasaan orang-orang
Belanda kepada orang-orang Inggeris kerana ada
masa itu orang-orang Belanda telah berjaya mengusai
sebahagian besar pusat perniagaan di dalam pulau
Jawa. Oleh itu timbullah nafsu keinginan orang-
orang Belanda hendak mengusai semua urusan
perniagaan di dalam seluruh timur Asia ini untuk
kepentingan bangsa mereka sahaja dari itu mulalah
pula mereka berikhtiar dengan berhempas pula
menyekat, merosak dan membasmikan urusan
perniagaan bangsa-bangsa lain terutama sekali
bangsa Inggeris. Dengan hal ini sentiasa berlaku
perkelahian di antara bangsa-bangsa itu serta
berbangkit permusuhan sama ada di darat dan di laut.
kapal-kapal Belanda manakala berjumpa sahaja kapal-
kapal kepunyaan Inggeris selalu diserang dan ditembak
hingga di seluruh lautan timur ini kerap kali berlaku
pertempuran antara kapal-kapal Belanda dengan
kapal-kapal Inggeris. Pada tiap-tiap kali berlaku
pertempuran itu kapal-kapal Inggeris itulah yang lebih
banyak sekali menanggung kerugian.

Dengan adanya peristiwa yang seumpama ini maka


susahlah orang-orang Inggeris menjalankan
perniagaannya di sebelah timur ini, lalu bermesyuarat
pegawai kompeni Inggeris mencari langkah-langkah
pada menyelamatkan urusan perniagaan mereka dan
mencegah segala gangguan orang-orang Belanda itu.
Keputusan dari permesyuaratan itu hendaklah kapal-
kapal perniagaan yang dipunyai oleh kompeni Inggeris
itu mesti dialatkan senjata-senjata bagi melawan
serangan musuh-musuhnya. semenjak itu segala
kapal-kapal perniagaan Inggeris telah mulai berubah
menjadi seakan-akan kapal-kapal perang kerajaan.

Di dalam tahun Masehi 1618, pertempuran keran


muslihat perniagaan itu kerap kali berlaku di antara
kapal-kapal Belanda dengan kapal-kapal Inggeris.
Demikian juga kejadian yang seperti itu telah berlaku di
dalam Patani manakala dua buah kapal perniagaan
kompeni Inggeris yang bernama Simpson dan Hound
yang penuh memuat barang-barang dagangan akan
belayar ke negeri Campa dalam Indochina telah
sampai ke negeri Patani pada 17 Julai tahun 1619
Masehi dan telah masuk berlabuh sementara, waktu
kapal-kapal Belanda sedang berkawal di situ.
Manakala nampak sahaja kapal-kapal Inggeris itu
masuk berlabuh, maka kapal-kapal Belanda itu pun
dengan segera melancarkan serangan dan melepaskan
bedilan yang hebat ke atas dua buah kapal Inggeris itu,
mendengar letupan itu terkejut sekalian penduduk-
penduduk di dalam bandar Patani. Pertempuran
tembak menembak telah berlaku selama 5 jam baharu
berhenti, didapati kapal-kapal kompeni Inggeris itu
mendapat kerosakn yang teruk akhirnya diangkat
bendera damai dan segala harta benda dan barang-
barang dagangan di dalam kapal-kapal itu habis
dirampas oleh orang-orang Belanda serta orang-
orang Inggeris telah ditawan dan kedu buah kapal itu
telah dibakar.

Dengan kemenangan di laut ini menjadikan orang-


orang Belanda itu semakin bertambah-tambah berani
dan perasaan benci mereka kepada orang-orang
Inggeris itu semakin meluap hingga naik mereka ke
darat dengan beramai-ramai hendak membinasakan
orang-orang Inggeris yang ada di dalam bandar Patani.
Tetapi baginda Raja Hijau tidak mengizinkan mereka
berbuat demikian, sebaliknya memberi perintah
kepada orang-orang baginda mengawal keamanan
kepada orang-orang Inggeris itu dengan kuat. Maka
tidaklah berani orang-orang Belanda itu hendak
mencabul daulat bagind, dalam hal itu pun bila mereka
berjumpa dengan orang-orang Inggeris selalu diugut-
ugut sahaja dengan pedang.

Oleh sebab kapal-kapal kompeni Inggeris mendapat


kerugian dengan keran perbuatan orang-orang
Belanda itu, maka sekalian pegawai-pegawainya telah
bersetuju hendak memberhentikan perniagaan
mereka di dalam negeri-negeri Patani, Siam dan Jepun
bagi sementara. Mulai dalam tahun Masehi 1623
sekalian saudagar dan orang-orang Inggeris yang ada
di dalam bandar Patani itupun habislah keluar
melanjutkan perniagaan di dalam negeri-negeri yang
lain. Dari semenjak itu, perhubungan orang-orang
Inggeris dengan negeri Patani mulai terhenti,
sebaliknya kedudukan orang-orang Belanda di dalam
Patani menjadi betambah-tambah baik dan terus
mereka menjalankan perniagaan dengan bebas.
Manakala tanah jajahannya di dalam Pulau Jawa telah
tetap dijajahi oleh mereka. Baharulah orang-orang
Belanda itu memindahkan pusat perniagaan mereka
ke sana pula. Dalam hal itu pun perhubunga mereka
dengan negeri Patani masih terus juga berkekalan
beberapa lama kemudian.

Masa terus berjalan, hari sentiasa beredar, maka


beberapa tahun kemudian baginda Raja Hijau
pemerintah kerajaan Patani pun mangkat, baginda ini
ini juga yang digelarkan oleh rakyatnya Marhum
Temangan iaitu baginda mengambil sempena di atas
keberangkatan baginda melihat rakyat jelatanya
menggali sungai di Kampung Temangan.

Dengan kemangkatan baginda ini, maka kaum kerabat


di raja dengan pembesar-pembesarnya telah
mengambil keputusan melantik adindanya Rja Biru
menduduki takhta raja Patani. Dalam masa tiga tahun
kemudian. Maka sungai yang digali dari Kampung
Temangan sampai ke Gerisik di dalam masa kerajaan
kakandanya al-Marhum Raja Hiaju itu didapati airnya
mengalir terlampau kuat selalu meruntuhkan tebing
yang dikaki kota istana. Sementelah pula dengan
kerana air di dalam Sungai Gerisik itu telah menjadi
tawar, menyebabkan segala bendang-bendang garam
yang diperbuat di pantai kuala itu tiada menjadi garam
keran airnya kurang masim. Oleh itu baginda Raja Biru
telah bertitah membuat suatu tandak (empangan)
supaya menahankan kedatangan air dari ulu mengalir
ke Sungai Gerisik dan telah ditutup pula muka Sungai
Penyeri. Tandak (empangan) itu telah diperbuat
dengan batu dan hingga pada hari ini tempat yang
diperbuatnya itu dinamakan Kampung Tandak Batu
akhirnya sungai yang digali ini telah mati begitu juga
Sungai Penyeri.

beberapa tahun kemudian suatu perkhabaran diterima


oleh Pahang mengatakan bahawa Sultan Pahang
suami Raja Ungu sudah mangkat lalu ditulis seorang
pembesarnya ke Pahang menjemput Raja Ungu itu
kembali ke Patani. Raja Ungu telah kembali ke Patani
dengan membawa seorang puterinya yang beroleh
dengan Sultan Pahang puterinya itu diberi namanya,
Raja Kuning iaitu kerana kulitnya berwarna putih
kuning.

Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Biru,


sentiasalah datang khabar-khabar angin yang pasti
mengatakan, Raja Siam-Thai yang di Kota Ayuthia
sedang mengadakan angkatan perang yang besar
hendak menyerang negeri Patani. Mendengar khabar-
khabar itu Raja Patani itu sentiasalah khuatir dan
bimbang kalau betulnya perkhabaran itu. Oleh itu
baginda telah mengetahui bahawa orang-orang Siam-
Thai pada zaman di waktu itu bukan lagi seperti orang-
orang Siam-Thai pada zaman menyerang Patani di
dalam masa pemerintahan kakandanya Raja Hijau
dahulu. Sebabnya kekuatan orang-orang Siam-Thai
telah bertambah-tambah lengkap dan senjata-senjata
api seta meriam sudah banyak dibelinya sebaliknya di
dalam angkatan perang Patani tidak berapa cukup
menggunakan senjata-senjata itu. Harapan akan
mendapat bantuan dari orang-orang asing sudah tipis
benar kerana mereka itu banyak yang telah berpindah
keluar dan sentaja-senjata api atau meriam-meriam itu
sudah tidak ada lagi dijual dalam Patani.

Dengan kerana melihat bahaya-bahaya yang sebegitu


maka baginda Raja Biru telah mulai berunding dengan
para menteri dan pembesar-pembesarnya. Keran
akam mengambil suatu persetujuan hendak
melengkapkan senjata-senjata itu buat
menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan
mengawal segala serangan musuh-musuhnya. baginda
telah mencadangkan, hendaklah diperbuat meriam-
meriam besar seberapa banyak yang dapat kerana
telah diketahui bahawa dengan meriam-meriam yang
dijual oleh orang-orang Eropah itu tidak memadai buat
menyelamatkan kemerdekaan negeri Patani dan
kedaulatan raja-rajanya.

Kehendak-kehendak yang dicadangkan oleh baginda


itu telah bersetuju sekalian para menteri dan
pembesar-pembesarnya. semenjak itu mulalah
dijalankan urusan membuat meriam-meriam besar,
tetapi oleh kerana di dalam Patani pada masa itu belum
ada leburan besi. Terpaksalah meriam-meriam besar
itu dibawa oleh orang-orang Eropah ke Patani masa itu
kebanyakannya diperbuat daripada temabaga kuning
juga. Tembaga kuning itu ialah sejenis leburan yang
boleh didapati dengan mudah di dalam negeri Patani
pada masa itu.

Soal hendak membuat meriam-meriam besar itu telah


dapat dijalankan dengan cukup berjaya dan tukang
yang sanggup membuatnya ialah seorang bangsa Cina
yang telah memeluk agama Islam bernama “Tok
Khiam” sebelum Islamnya bernama Lim Tok Kian iaitu
berasal dari negeri China datang mencari penghidupan
di dalam Patani. Waktu itu dia telah menumpang di
rumah seorang pembesar raja dan dengan sukarelanya
memeluk agama Islam dengan kerana baik budi
pekertinya dia telah dilantik menjadi penjaga cukai
keluar masuk di Kuala Patani.

Sementara itu datang pula adiknya perempuan ke


Patani bernama Lim Kho Niew maksudnya hendak
mengajak abangnya pulang tetapi bila diketahui
abangnya telah masuk Islam dan tidak mahu pulang.
Dukacitalah adiknya serta sangat kecil hati melihat
abangnya telah menukar agama datuk neneknya.
Dengan hati yang patah adiknya Lim Khow Niew itu
telah membunuh diri dengan menggangtung lehernya
sepohon pokok janggus (keterh). Matanya telah
diambil oleh orang-orang Cina di dalam Patani dan
ditanam secar adat agamanya.

Setelah diketahui Lim Kho Niew seorang perempuan


yang keras hati, tidak suka membelakangkan agama
datuk neneknya sehingga redha dia membunuh diri
kerana perrbuatan abangnya mencabul agama itu.
Maka sekalian orang-orang Cina itu pun sangatlah
bersetuju kepadanya, supaya menjadi ingatan yang
kekal atas pengorbanan suci itu. Mereka telam
mengambil pokok telah mengmbil pokok janggus tadi
dibuat dan dilukis menjadai rupa Lim Koh Niew
kemudian disembah seperti sebuah patung berhala
yang mulia dan patung Lim Kho Niew itu digelar oleh
orang-orang Melayu Patani “Tok Pek Kong Mek” serta
disimpannya di dalam Patani sampai pada hari ini.

Setelah ada seorang tukang yang sanggup membuat


bedil-bedil meriam yang besar seperti yang
dikehendak oleh raja perempuannya supaya
memberitahu kepada seluruh rakyat jelata di dalam
negeri Patani bahawa siap yang ada menaru tembaga
kuning hendaklah dibawa persembahan kepada
baginda kerana hendak dibuat bedil meriam. Serta
ditegah sekalian rakyat jelata mengirim atau menjual
tembaga kuning itu keluar negeri dalam masa 3 bulan.
Barang siapa yang melanggar perintah ini akan
dijatuhkan hukuman bunuh.

Dalam hal itu adalah seorang saudagar Minangkabau


bernama Saudagar Gombak telah datang berniaga
dalam Patani dengan membawa seorang khadamnya
bernama Abdul Mukmin. Saudagar ini sangat banyak
menyimpan tembaga kuning yang hendak dijualnya.
Berbetulana dalam tahun itu juga datanglah sebuah
perahu dari Melaka kerana hendak membeli tembaga
kuning di dalam Patani, maka tuan punya perahu itu
pun berkiralah dengan Saudagar Gombak meminta
beli tembaga kuning yang tersebut sekalian pun dia
telah tahu akan tegahan Raja Patani. Tetapi dengan
kerana tamak saudagar itu sangguplah ia hendak
menjual tembaga itu dan bermuafakat hendak
melarikan tembaga itu di waktu malam.

Setelah sampai waktu malam, Saudaga Gombak


denga khadamnya Adul Mukmin pun membawalah
tembaganya itu di dalam sebuah sampan kelaur ke
muara Sungai Kuala Ra ke perahu orang Melaka yang
sedang berlabuh di situ.

Dengan tidak disangka kedua-duanya berjumpa


dengan orang penjaga laut lalu ditangkap dan dibawa
kepada Datuk Syahbandar. Setelah hal ini
dipersembahkan kepada raja, sangatlah murka
baginda kepada Saudagar Gombak dan khadamnya
lalu disuruh bunuh serta mayatnya dibuang ke laut di
Kuala Ra kerana kesalanya menderhaka kepada
perintah baginda. Sehari kemudian mayat itu telah
dibawa oleh air pasang ke darat dan tinggal di situ
beberapa hari lamanya hingga menjadai cemas kepada
orang yang lalu lang kerana baunya terlalu busuk
akhirnya terpaksa persembah keapda raja meninta izin
akan menanam mayat itu. Setelah diizin oleh baginda
maka mayat Saudagar Gombak dan khadamnya itu
telah dibawa tanam pada suatu tempat yang terasing
daripada perkuburan orang ramai dan tidak dibenar
tanam di dalam perkuburan orang ramai. Kuburnya
telah dipanggil “Kubur Tok Panjang” duduknya di
dalam Kampung Datuk sekarang ini.

Setelah beberapa lama banyaklah terkumpul tembaga


kuning yang dipersembah oleh rakyat jelata kepada
baginda itu. Kemudian dimulai membuat bedil meriam
di suatu tempat yang disebelah hulu kota baginda
hingga tempat bekas memasak tembaga itu masih lagi
dapat dilihat pada hari ini di dalam suatu tempat yang
berhampiran dengan Kampung Gerisik. Kawasan
tanah di situ telah menjadi hitam tidak boleh ditumbuh
oleh sebarang pokok pun. Perkerjaan membuat bedil
meriam itu ialah suatu peristiwa yang besar juga di
dalam sejarah kerajaan Melayu Patani.

Beberapa bulan kemudian siaplah perkerjaan itu dan


dapat membuat tida pucuk meriam yang besar. Dua
pucuk yang lebih besar sekali itu panjangnya tida depa
satu hasta sejengkal dua jadi setengah, pelurunya
besar sebelas jari bulatan dan yang kecil sekali
panjangnya lima hasta sejengkal sembilan jari,
pelurunya besar tiga jari bulatan. Dua pucuk yang besar
telah dinamakan oleh baginda meriam Seri Negara dan
meriam Seri Patani, yang kecil itu telah dinamakan
meriam Maha Lela. Ketiga-tiga pucuk meriam itu telah
diletak di atas sebuah roda pedati serta dijadikan alat
senjata peperangan yang utama sekali dalam angkatan
peperangan dan pertahan negeri Patani pada masa itu.

Beberapa tahun kemudian baginda Raja Biru pun


mangkat dan dilantik adindanya Raja Ungu yang
menjadi Sultan Pahan menaiki takhta Kerajaan Patani
menggantikan kakandanya itu. Tiada beberapa tahun
kemudian datanglah utusan dari seorang anak Raja
Johor yang memerintah negeri Terengganu yang
bergelar yang Dipertuan Muda Johor, maksudnya
hendak meminang Raja Kuning anakanda Raja Patani
itu. Pinangan anak Raja Johor itu telah diterima oleh
Raja Patani dengan penuh sukacitanya. Setelah itu
datanglah Yang Dipertua oleh Raja Patani dengan
penuh sukacitanya. Setelah itu datanglah Yang
Dipertuan Muda Johor itu ke Patani dengan seorang
menterinya yang bernama Encik Idris serta dengan tiga
ribu rakyatnya dan berpuluh-puluh buah kapal layar
kerana perkahwinan itu. Dalam hal itu Raja Patani telah
menangguh selama tiga bulan kerana menyediakan
kelengkapan perkahwinan itu dan terpaksalah yang
Dipertua Muda Johor menunggu di Patani sehingga
sampai tempohnya.

Dalam masa negeri Patani sedang sibuk melengkapkan


istiadat perkahwinan agung itu maka Raja Siam-Thai di
Kota Ayuthia semakin kuat nafsunya hendak menakluk
negeri Patani menjadi hamba abdinya. Oleh itu dalam
tahun Masehi 1632 datanglah sebuah angkatan laut
Siam-Thai dengan diketui oleh panglimanya Upya-
Deca juga dengan maksud hendak menyerang negeri
Patani bagi kali yang kedua.

Tetapi sebelum daripada angkatan tentera Siam-Thai


ini menyerang negeri Patani, maka Raja Siam-Thai
telah membuat perhubungan dengan kompeni
Belanda yang berpusat di Betawi (Jakarta) meminta
bantuan di dalam serangan. Kompeni Belanda itu telah
sanggup menghantar dua buah kelengkapan serta alat
senjata membantu orang-orang Siam-Thai itu, tetapi
bila sampai angkatan tentera Siam-Thai itu di Patan,
bantuan yang disanggup oleh kompeni Belanda itu
tidak dihantarnya.

Sekalipun begitu panglima Siam-Thai telah tetap juga


akan melancarkan serangan lalu mengeluarkan
perintah mendaratkan tenteranya di pantai Kuala
Patani. Orang-orang Melayu Patani di bawah pimpin
raja dan panglima-panglimanya telah bersaru melawan
serangan tentera Siam-Thai itu dengan dibantu oleh
sekalian rakyat yang dibawa oleh Yang Dipertuan
Muda Johor. Peperangan itu telah berlaku dengan
hebatnya di sepanjang-panjang pantai laut itu.
Beberapa hari berperang tiada juga dapat tentera
Siam-Thai masuk ke dalam bandar Patani kerana
mendapat tentangan serta pukulan yang hebat dari
orang-orang Melayu Patani. Istimewa alat senjata
perang orang-orang Melayu Patani pada masa itu
lebih lengkap yang disediakan oleh Raja Biru dahulu. Di
dalam peperang inilah tiga pucuk meriam tadi telah
digunakan dengan mendatangkan hasil yang sangat
memuaskan hati mereka kerana dengan beberapa kali
tembak sahaja, beratus-ratus orang tentera Siam-Thai
ini telah menjadi mayat. Dan percubaan tentera Siam
hendak masuk ke dalam bandar Patani telah terkecewa
sahaja (sama sekali)

Setelah beberapa hari berperang, panglima Siam-Thai


Upya-Deca itu, putuslah harapannya akan dapat
mengalah pertahan orang-orang Melayu Patani.
Sementelah dilihatnya tentera Siam-Thai telah lemah
semangat kerana terlampau kuat dihentam oleh
senjata perang orang-orang Melayu Patani itu, lalu dia
mengambil keputusan menyuruh tenteranya berundur
turun ke kapal. Setelah sempurna mengundurkan
tenteranya itu lalu panglima Siam itu terus memerintah
kapal perangnya belayar kembali ke Siam dengan
membawa kekecewaan dan kekalahan yang sangat
malu kerana tidak berjaya hendak mengalahkan
pertahanan orang-orang Melayu Patani.

Bila tamat peperangan itu, baginda Raja Biru terus


melangsungkan istiadat perkahwinan anaknya dengan
Yang Dipertuan Muda Johor. Setelah selesai
perkahwinan itu Yang Dipertuan Muda Johor pun tetap
tinggal di Patani tidak mahu lagi kembali ke
Terengganu.

Adapun Raja Siam setelah dia mengetahui panglima


perang tidak berjaya menakluk negeri seperti yang
diinginkannya itu, sangatlah panaslah hatinya bahkan
bertambah kuat pula kemahuannya akan menakluk
negeri Patani dengan sehabis-habisnya daya
upayanya. Oleh itu di dalam tahun Masehi 1633
dihantar pula utusannya ke Betawi meminta bantuan
ke kompeni Belanda dan memberitahu maksudnya
hendak menyerang negeri Patani sekali lagi.
Permintaan Raja Siam-Thai itu dipersetujui oleh
kompeni Belanda dan sanggup hendak menghatar
enam buah kapal perang serta askar dan alat
senjatanya membatu orang-orang Siam-Thai itu.
Setelah tetap perjanjian itu maka Raja Siam-Thai telah
memberitahu kepada panglima perangnya Upya-Deca
supaya melengkapkan sebuah angkatan perang yang
besar dan ditambah pula beribu-ribu orang tentera
Siam-Thai. Dengan penuh kepercayaannya bahawa
pada kali ini akan mendapat mengalahak pertahanan
orang-orang Melayu Patani itu.

Setelah itu belayarlah angkatan perangnya ke Patani,


manakala mereka sampai ke Kuala Patani panglima
Siam itu mulalah mendaratkan tenteranya ke Pantai
kemudian bersatu menyerang ke dalam bandar Patani.
Dengan tidak bertangguh lagi orang-orang Melayu
Patani dengan rakyat Yang Dipertuan Muda Johor
telah bersatu berkerja sama menahan serangan orang-
orang Siam itu. Segala pasukan meriam pun
berkerjalah membedil orang-orang Siam-Thai itu
sambil menyerang dengan tidak berpatah mundur.
Serangan orang-orang Siam-Thai itu semakin lama
semakin kuat dan mencuba dengan sehabis-habis
kekuatannya hendak menghancurkan pertahanan
orang-orang Melayu Patani.
Dalam masa peperangan itu sedang berjalan, panglima
Siam-Thai masih juga menunggu-nunggu kedatang
bantuan yang dijanjikan oleh kompeni Belanda di
bawah Betawi tetapi semakin ditunggu-tunggunya
tidak juga sampai bantuan itu. Dalam hal itu pun tidak
juga berpatah hati panglima siam itu melainkan terus
juga berperang dengan menumpahkan segala tenaga
dan kepandaiannya hendak mengalahkan pertahanan
orang-orang Melayu Patani. Peperangan itu telah
berlanjutan beberapa bulan lamanya hingga
menyebabkan bekalan makanan yang dibawa oleh
orang-orang Siam-Thai itu pun kurang dan tiada
berdaya panglima Siam itu hendak mencari makanan
untuk orang-orangnya yang sedang berperang itu.
Serta timbul pula bermacam-macam penyakit di dalam
kapal-kapal perangnya, dengan hal ini mulalah timbul
kelemahan di dalam angkatan perangnya hingga tiada
berdaya lagi orang-orang Siam-Thai itu hendak
melanjutkan peperangan. Akhirnya panglima Siam-
Thai itu terpaksalah ia mengundurkan tenteranya ke
kapal lalu belayar ke Singgora dari situ terus kembali ke
Ayuthia membawa kekalahan juga. Dalam masa
angkatan perang Siam-Thai itu sedang di dalam
pelayarannya kembali, baharulah sampai kapal perang
Belanda dari Betawi yang telah sanggup akan
membantu mereka menyerang negeri Patani itu
mengikut seperti perjalanan antara Raja Siam-Thai
dengan bertemu dengan angkatan perang Siam itu.
Setelah diketahuinya kapal-kapal perang Siam-Thai itu
sudah kembali, mereka pun belayarlah pulang ke
Betawi.

Setelah dua tahun kemudian dari tamat peperangan


dengan Siam itu maka dalam tahun Masehi 1635
baginda Raja Ungu pun mangkat. Dalam
permesyuaratan di balai agung di antara kerabat diraja
dengan pembesar-pembesarnya telah bersetuju
melantik Raja Kuning anak baginda itu menaiki takhta
kerajaan Patani serta ditimbal oleh Yang Dipertuan
Muda Johor suaminya.

Di dalam sejarah hidup Raja Kuning ini ada


menyatakan, bahawa baginda ialah seorang
pemerintah yang sangat gemar kepada perkerjaan
bercucuk tanam dan berniaga. Dalam masa baginda
menjadi pemerintah itu tiada pernah baginda
menggunakan wang hasil-hasil kerajaan buat
perbelanjaan hari-hari walaupun baginda berhak
menggunakan wang itu. Melainkan wang perbelanjaan
hari-hari adalah hasil dari jualan bunga-bunga dan
tanaman yang ada di dalam taman baginda sahaja.

Di dalam masa pemerintahan Raja Kuning inilah juga,


seorang Raja Patani yang mula-mula sekali
menjalankan perniagaan sendiri di luar negeri, baginda
telah mengadakan sebuah kapal perniagaan serta
dilantik seorang kapten yang dipercayainya membawa
segala barang dagangan dari Patani ke seluruh negeri
dan kapten itu telah dinamakan Saudagar Raja.

Sekalipun telah tiga kali orang-orang Siam menyerang


negeri Patani, dan tiap-tiap kali serangannya itu tidak
berjaya serta menanggung pula kerugian dan
kebinasaan yang banyak akan tetapi nafsu keinginan
Raja Siam hendak mankluk negeri Patani serta maksud
hendak memperhambakan orang-orang Melayu itu
tidak berkehilangan selama-lamanya. Dalam hal
demikian sampailah berita kepadanya mengatakan
Raja Ungu sudah mangkat dan pemerintahan negeri
Patani telah diserahkan kepada anakandanya Raja
Kuning. Mendengar berita ini, maka Raja Siam-Thai
pun menghatar panglimanya Upya-Deca ke Patani
dengan sepasukan tenteranya. Kedatangannya pada
kali ini tidaklah bermaksudnya hendak menyerang
negeri Patani, tetapi kedatangannya sebagai utusan
Raja Siam kerana meminta dengan baik supaya Raja
Patani itu menyerah tunduk ke bawah daulat Raja
Siam-Thai. Permintaan Raja Siam itu tidak dihiraukan
oleh Raja Kuning bahkan semakin mendidih darah
perwiranya kerana permintaan yang seumpama itu
seolah-olah menghinakan daulat baginda. Setelah Raja
Siam mengetahui permintaannya itu tidak diturut oleh
Raja Kuning. Bertambah panas hatinya serta
bertambah kuat nafsunya akan menakluk negeri Patani
dan memperhambakan orang-orang Melayu hingga
sampai pada tahun Masehi 1638 negeri Siam-Thai itu
pun bertukar rajanya diperintah oleh seorang Raja
Siam yang baharu. Dalam hal itu pun kemahuan
kerajaan Siam hendak menakluk negeri Patani tidak
juga hilang.

Setelah kekuasaan negeri Siam-Thai di serah kepada


raja yang baharu ini, terus diberi perintah kepada
perusuhjaya Siam-Thai yang memerintah negeri Ligor
membawa rakyatnya menyerang negeri Patani.
Pesuruhjaya ini asalnya ialah seorang bangsa Jepun
bernama Yamada, ia telah datang ke negeri Siam
sebagai seorang pengawal tentera yang berkhidmat
kepada Raja Siam-Thai dan mengetuai sepasukan
tentera budiman Jepun di Kota Ayuthia, tetapi dengan
keranan kebaikan dan jasanya kepada Raja Siam-Thai
terus dilantik ia menjadi pesuruhjaya Siam di Ligor dan
diberi gelaran kepadanya Upya Sina Phimuk.

Apabila ia telah menerima perintah dari Raja Siam-Thai


itu datanglah ia dengan sepasukan tentera Jepun dan
Siam Ligor menyerang negeri Patani, tetapi orang-
orang Melayu Patani pada masa itu sudah biasa
dengan peperangan dan sangat menghargakan daulat
raja serta tahu kelebihan hidup yang merdeka. Maka
serangan tentera Jepun dan Siam Ligor pada kali ini
tidak juga berjaya hendak menghacurkan pertahanan
orang-orang Melayu Patani itu. Akhirnya terpaksalah
mereka itu kembali ke negeri Ligor dengan membawa
kekalahan juga.

Setelah empat kali berturut-turut menerima kekalahan


itu, maka Raja Siam mulah mengerti akan
kelemahannya serta tahu betapa pahitnya tujuan
hendak menakluk negeri Patani itu. Sekalipun negeri
Patani itu hanya sebuah negeri yang kecil sahaja pada
mata Raja Siam-Thai, tetapi dengan kekalahan yang
berturut-turut itu nyatalah sangat payah hendak
menakluknya. Tambahan pula orang-orang Melayu
Patani pada masa itu masih panas darah perwiranya
dan sangat setia kepada rajanya. Dengan persetiaan
itulah mereka sanggup berkorban dengan berhabisan
kerana mempertahankan daulat baginda, dan
kemerdekaan negeri mereka.

Pada masa itu negeri Patani telah mempunyai jajahan


takluk yang sangat luas serta dengan penduduk-
penduduknya yang terlalu ramai. Seorang bangsa
Inggeris yang bernama Hamilton telah sempat melihat
negeri Patani pada masa itu dia berkata demikian
bunyinya :

Negeri Patani ini pada masa itu ia ada mempunyai 43


jajahan takluk termasuk juga negeri Terengganu dan
Kelantan, tetapi manakala seorang daripada anak Raja
Johor datang berkahwin menjadi suami kepada puteri
Raja Patani, negeri Terengganu pun termasuk menjadi
jajahan takluk negeri Johor, sultan Johor telah
menghantar seorang menterinya yang dipercayai
memerintah di situ dan negeri Patani pun tertinggal
mempunyai 42 jajahan sahaja.

Dan katanya lagi :

Negeri Patani ada mempunyai dua kuala iaitu Kuala


Patani (9) dan Kuala Bekah (10), bandar Patani ini
dipanggil Kota Kedil, tidak berapa lama anak Raja
Johor (suami Raja Kuning) itu pun jatuh asyik kepada
seorang puteri yang sangat cantik rupanya iaitu
seorang daripada anak-anak raja di dalam Patani juga
(11) Raja Kuning marahlah lalu dipaksa suaminya
membuat sebuah caping emas besarnya satu hasta
beratnya lima kati, sangatlah ajaib tukang yang
membuatnya, manakala baginda memakai caping itu
nampaklah seperti orang-orang sedang hamil lakunya.
Yang memberi geli hati kepada orang-orang besar
yang melihatnya. Tetapi tiadalah berani mereka
ketawa kerana takut dimurkai oleh baginda dan
suaminya.

Lebih lanjut Tuan Hamilton itu berkata :

Rakyat jelata di dalam negeri Patani pada masa itu


dikira yang laki-laki (tidak termasuk perempuan) yang
berumur dari 16 tahun hingga 60 tahun adalah
sebanyak 150,000 orang. penduduk-penduduk di
dalam bandar Patani pun terlalu ramai sehingga
menjadi sebuah kota yang besar sekali serta penuh
dengan rumah yang besesak banyaknya iaitu mulai dari
Pintu Kota Raja hingga sampai ke Kampung Bandar
tiadalah keputusan rumah. Jika seekor kucing berjalan
di atas bumbung rumah-rumah itu mulai dari pangkal
kota hingga ke hujungnya boleh dijalani terus sahaja
dengan tidak payah lagi turun berjalan di tanah.

Setelah beberapa lamanya baginda Raja Kuning


menduduki takhta kerajaan Patani maka hal
perselisihan dengan Yang Dipertuan suaminya
semakinlah kuat sehingga Yang Dipertuan itupun
terpaksa berangkat kembali ke Johor serta dengan
rakyatnya. Dan tinggallah baginda Raja Kuning
memerintah negeri Patani dengan seorang diri dengan
keadaan aman dan damai sehingga baginda mangkat.

Tarikh kemangkatan baginda ini tiadalah didapati


kenyataan yang sah tetapi telah diketahui bahawa
dalam tahun Masehi 1686, seorang bangsa Perancis
telah melawat ke Patani mengatakan pada masa itu
negeri Patani masih diperintah oleh raja perempuan
lagi. Oleh itu telah dipercaya tarikh kemangkatan
baginda ini ialah kemudian daripada tahun yang
dilawati oleh seorang Perancis itu.

Baginda Raja Kuning ini ialah raja perempuan atau Raja


Nang Cayang yang akhir sekali memerintah negeri
Patani. Dengan kemangkatan baginda ini habislah raja
Patani yang kerketurunan daripada Raja Seri Wangsa
iaitu raja yang awal membuka negeri Patani. Lihatlah
salasilah keturunan dari Raja Seri Wangsa itu seperti
dibawah ini :

Catatan

1. sekarang dipanggil Kampung Perawan duduknya


dalam daerah Jering. Nama yang sah ialah Pra Wang
dalam bahasa Siam ertanya kota raja. Sekarang dalam
ini ada lagi bekas kota raja dan kesan-kesan purbakala
yang didirikan oleh orang-orang Siam asli dan telah
dijumpai juga sebuah patung berhala Buddha yang
besar yang disembah oleh orang-orang Buddha yang
dibina dalam gua di atas sebuah bukit yang ada dalam
daerah Yala sekarang. Patung ini telah diperbuat oleh
orang-orang Siam asli itu dan ada kaitan menunjukkan
bahawa masa membuat patung ini bersamaan dengan
masa Maharaja Seri Wijaya Palembang membina tiang
candi di negeri Ligor, melihat daripada kesan-kesan
yang ada sekarang dapatlah dipercayai kerajaan orang-
orang Siam asli dalam Patani sekarang itu telah lama
terdiri dan tidaklah kecil kerajaannya.

2. Nama itu telah lama terdiri dalam kesamaran


kerana perkataan mahligai itu daripada bahasa Parsi
bukan bahasa Siam atau Hindu harus juga pengarang
buku Cetera Patani telah terkeliru memakai perkataan
ini daripada perkataan “mahanaki” ertinya negeri
orang beragama Buddha mazhab Mahayana, tetapi
boleh juga difaham daripada terjemahan Pra Wang
kepada perkataan kota raja itu lalu disebut Kota
Mahligai. Dalam hal itu pun belum dapat ditentu yang
mana sebenarnya.

3. Nama raja ini tertulis dalam buku Cetera Negeri


Patani dengan “Piakurup Mahayana” ertinya raja yang
menyembah ugama Mahayana iaitu bukan nama
yang sah. Di dalam kitab Sejarah Melayu disebut nama
raja yang mula-mula membuka negeri Patani dengan
nama Raja Seri Bangsa atau Seri Wangsa penyusun
berpendapatan nama Seri Wangsa inilah yang lebih
betul sekali.

4. Menaiki takhta kerajaan pada tahun Masehi 1478


baginda ialah Sultan yang akhir sekali memerintah
negeri Melaka pada tahun 1511 negeri Melaka telah
ditakluk oleh orang-orang Portugis.

5. Pada masa itu negeri Siam telah dikuasai oleh


orang-orang Siam-Thai sekarang, pada mula-mulanya
pusat pemerintahan orang-orang Siam-Thai itu dalam
negeri suku Thai kemudian dipindahkan pusat.
Pemerintahannya ke Kota Ayuthia.
6. iaitu pusat pemerintahan orang-orang Thai setiap
negeri Siam dapat dikuasainya, rajanya bernama para
Maha Chakrapat.

7. Akhirnya sungai yang digali ini telah ditutup semula


oleh Raja Biru dan kembalilah masin airnya semula.

8. Telah dipercayai namanya iaitu Orang Kaya Encik


Yunus , seperti yang tersebut dalam Sejarah Patani

9. Sekarang dipanggil Kuala Ra atau Kuala Tok Aguk,


di situ menjadi pelabuhan segala kapal atau perahu-
perahu yang masuk berniaga di dalam Patani.

10. Kuala Sungai Patani sekarang.

--

Bab 3: Pemerintahan Patani Zaman Kejatuhan

Manakala Raja Kuning sudah mangkat dan tiada lagi


warisnya yang berketurunan daripada Raja Seri
Wangsa yang boleh dilantik menjadi pemerintah
menduduki takhta kerajaan Patani. Sekalian kerabat
diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat
mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut
dan layak menaiki takhta kerajaan. Pada masa itu telah
ada seorang pembesar yagn tertua bernama Raja
Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali
menjadi pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan
yang tersebut masing-masing telah bersetuju melantik
Raja Bakar ini mendai pemerintah lalu dijemputnya
menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa
tahun sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta
kerajaan itu pun mangkat.

Yang demikian soal memilih raja menaiki takhta


kerajaan Patani telah membawa sekali lagi dalam
majlis mesyuarat kerabat diraja dan orang-
orang besarnya. Permesyuaratan pada kali ini telah
mengambil keputusan bahawa mereka yang akan
menjadi Raja Patani itu berkehendaklah kepada
seorang yagn berketurunan raja yang tulen. Pada masa
itu di dalam negeri Patani sudah habis keturunan raja-
raja yang boleh menaiki takhta kerajaan oleh itu
dengan persetujuan majlis mesyuarat juga telah
mempersilakan seorang daripada anak raja dalam
Kelantan menjadi raja di negeri Patani yagn bernama
Raja Mas Kelantan. Dari semenjak itu mulalah negeri
Patani ini diperintah oleh raja-raja yang berketurunan
dari raja Kelantan. Raja Mas Kelantan ini telah
menjalankan pemerintahan di Patani beberapa tahun
lamanya hingga mangkat dan takhta kerajaan Patani
diserahkan kepada puterinya bernama Raja Mas Jayam
menggantinya.

Setelah beberapa tahun kemudian Raja Mas Jayam ini


pun mangkat dengan tiada meninggalkan seorang
waris juga. Kemudian dengan persetujuan mesyuarat
telah melantik seorang anak raja bernama Raja Ahmad
duduknya di kampung Dual (dalam daerah Rakak
sekarang) menaiki kerajaan Patani dan digelarkan
Sultan Muhamad.

Dalam masa negeri Patani diperintah oleh Raja Bakar,


Raja Mas Kelantan dan Raja Mas Jayam itu keadaan di
dalam negeri Patani sangatlah tenang dan aman tidak
pernah diserang oleh musuh-musuhnya, terutama
orang-orang Siam-Thai. Akan tetapi di dalam soal
kemajuan, negeri Patani pada masa itu beransur-ansur
mundur istimewa dalam perkasa perniagaan kerana
dalam masa pemerintahan raja-raja Patani yang
berketurunan dari Raja Seri Wangsa dahulu negeri
Patani telah terkenal sebuah pusat perniagaan yang
besar di Tenggara Asia dan sentiasa didatangi oleh
bangsa-bangsa Eropah. Dalam masa pemerintahan
raja-raja Kelantan ini kemajuan perniagaan itu makin
bertambah kurang dan bangsa-bangsa Eropah pun
sudah habis keluar melainkan yang masih tinggal di
dalam Patani ialah bangsa-bangsa Timur sahaja iaitu
Jepun, China, saudagar India-Islam dan orang-
orang Arab. Mereka ini sentiasa hidup baik dengan
orang-orang Melayu Patani bersama-sama
menjalankan perniagaan dengan aman.

Dengan kerana orang-orang India dan Arab itu


beragama Islam maka senanglah mereka bercampur
gaul dengan orang-orang Melayu dan tidak ada suatu
halangan pun kepada mereka akhirnya dapatlah
mereka menjadai orang-orang Melayu.

Adapun orang-orang Siam-Thai iaitu musuh yang


utama kepada orang-orang pada masa itu, tiada
mereka datang menyerang negeri Patani. Dewasa itu
negeri Siam sedang berada di dalam kesusahan dan
selalu berbangkit gerakan derhaka merebut
kekuasaan sama sendiri serta peperangan saudara
kerap kali berlaku sehingga takhta kerajaannya selalu
bergoyang. Tambahan pula orang-orang Burma yang
selalu menjadi musuhnya itu tiada berhenti-henti
datang menyerang negeri Siam-Thai menyebabkan
Raja Siam tiada berpeluang hendak menyerang dan
menakluk negeri Patani.

Dalam tahun Masehi 1767 Kota Ayuthia pusat


pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan
oleh orang-orang Burma menyebabkan sentisa
berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang
Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu.
Sekalian raja-raja kecil yang memerintah di merata
jajahan takluk Siam pada masa itu masing-masing
berangan-angan mahu memerintah sendiri dan
membebaskan kedudukan meraka dari takluk Raja
Siam itu. Raja dalam negeri Ligor telah menggunakan
kesempatan ini mendiri semula kerajaannya yang
bebas dan merdeka lalu dia mengisytiharkan
kerajaannya di sebelah selatan Siam. Negeri-negeri
Singgora serta Pathalung telah menjadi jajahannya
serta dihantar menterinya menjadi pemerintah di
dalam jajahan itu.
Dalam masa negeri Siam sedang kacau-bilau dan raja-
raja kecilnya di seluruh jajahan itu sedang mendirikan
kerajaan masing-masing timbullah seorang pembesar
Siam-Thai bernama Phya Tak Sin dia telah dapat
mengumpul sekumpulan orang-orang Siam-Thai
hingga menjadi suatu pasukan yang besar, kemudian
dia telah mengetuai pasukan itu menyerang balas ke
atas orang-orang Burma dalam Kota Ayuthia.
Akhirnya dia telah berjaya dan orang-orang Burma itu
habis dihalau dan dibunuh serta Kota Ayuthia itu
dapatlah kembali ke tangan orang-orang Siam-Thai,
lalu didirikan semula pusat kerajaan Siam-Thai itu dan
dia sendiri menjadi rajanya. Tetapi pusat pemerintahan
telah dipindah ke suatu tempat yang lain di dalam
jajahan Thon Buri.

Setelah itu Phya Tak Sin

Raja Siam itupun menghantar angkatan tenteranya ke


seluruh jajahan takluk kerana mengalahkan raja-raja
kecil yang berkeras mahu merdeka dari pemerintahan
Raja Siam-Thai itu. Tidak berapa lama sahaja sekalian
raja-raja kecil itu habis daat ditunduk kepadanya
semula hanya raja negeri Ligor sahaja yang belum
dapat dikalahkan.

Oleh itu di dalam tahun Masehi 1769 Raja Siam-Thai


itu telah melancarkan serangan yang besar ke atas
negeri Ligor dengan kerana kekuatannya lebih besar
dapatlah Raja Siam itu mengalahkan Raja Ligor dan
Raja Ligor yang ingin mahu kemerdekaan itupun
terpaksa melarikan diri ke Singgora tetapi diturut pula
oleh Raja Siam itu akhirnya Raja Ligor, Raja Singgora
dan Raja Pathalung telah membawa kaum kerabatnay
melarikan diri ke negeri Patani serta meminta
perlindungan kepada Sultan Muhamad.

Dalam hal itu Raja Siam-Thai mengikut juga hingga


sampai di daerah Tiba iaitu sempadan negeri Patani
dengan Siam pada masa itu. Dari situ dia menghantar
utusannya kepada Sultan Muhamad meminta supaya
ketiga orang raja yang lari dari Singgora itu ditangkap
dan dihantar kepadanya.

Jika Sultan Muhamad enggan menyempurnakan


kehendaknya iaitu dia akan tetap menyerang negeri
Patani. Utusan Raja Siam-Thai itu telah sampai di
Patani pada bulan Disember tahun Masehi 1769 juga.
Oleh itu Sultan Muhamad telah bermesyuarat dengan
pembesar-pembesarnya mencari keputusan mahukah
diturut atau tidak akan kehendak Raja Siam-Thai itu.
Keputusannya patut diturut kerana bimbang atas
keselamatan dan keamanan negeri Patani nanti
diserang oleh Raja Siam-Thai dengan hanya suatu
sebab yang kecil sahaja. Tambahan baginda Sultan
Muhamad telah merasai tidak ada bersangkut paut pun
dengan Raja Ligor dan rakan-rakannya itu. Setelah itu
baginda menyuruh orangnya menangkap Raja Ligor itu
dihantarnya kepada Raja Siam kemudian Raja Siam-
Thai belayarlah kembali dengan membawa ketiga
orang raja-raja yang tersebut sebagai tawanannya.
Semenjak itu negeri Ligor pun bercantum kembali ke
bawah takluk Raja Siam-Thai.

Adapun perkembalian Raja Siam-Thai itu bukanlah


terhapus ingatan jahatnya di atas negeri Patani akan
tetapi hatinya masih kuat berkehendak supaya negeri
Patani itu dapat ditakluk dan orang Melayunya dapat
diperhambakan. Sebagaimana kejayaannya dapat
menakluk negeri Ligor, Singgora dan Pathalung itu.
Oleh kerana kekuatannya belum dapat meluluskan
kehendaknya itu terpaksalah dia diam dahulu
sementara menunggu masa yang baik.

Dalam hal yang demikian pada tahun Masehi 1776


orang-orang Burma pun datang pula menyerang
negeri Siam utaranya. Dengan hal ini Raja Siam-Thai
itu mahu mengetahui adakah Sultan Muhamad Raja
Patani itu takut kepada pengaruhnya atau tidak lalu
pura-pura dia menghantar utusannya ke Patani
meminta bantuan Sultan Muhamad itu membantunya
melawan serangan orang-orang Burma itu dan
dikehendaki bantuan sebanyak 80,000 bath [1]. Tetapi
permintaan itu tidak dihiraukan oleh Sultan Muhamad,
bila diketahui oleh Raja Siam-Thai kehendaknya tidak
berjaya sangatlah panas hatinya dan bertambah-
tambah kuat azamnya hendak menakluk negeri Patani.

Di antara itu dalam tahun Masehi 1782, Raja Siam-Thai


yang bernama Phya Tak Sin

Atau Raja Thon Buri itu pun mati dibunuh oleh seorang
panglimanya dan panglima inilah yang dilantik menjadi
Raja Siam-Thai menggantinya atau bergelar Phra
Putrra Yu’ Fa Chula Lok atau Raja Rama yang pertama
daripada keturunan Maha Chakri. Di dalam
pemerintahan raja inilah yang mula didirikan Kota
Bangkok yang ada sekarang ini.

Dua tahun kemudian iaitu di dalam tahun Masehi 1784,


orang-orang Burma datanglah pula menyerang negeri
Ligor yang di dalam takluk Raja Siam itu. Raja Siam
telah menghantar adiknya yang menjadi Raja Muda
membwa angkatan perangnya untuk melawan orang-
orang Burma itu. Angkatan perang itu telah beredar
dari Bangkok dengan beberapa buah kapal perang
menuju ke negeri Ligor, manakala sampai di Ligor terus
panglima Siam-Thai itu mendaratkan tenteranya dan
bersatu dengan angkatan Siam Ligor melawan orang-
orang Burma itu. Peperangan telah berlaku berbulan
lamanya kesudahannya orang-orang Burma terrpaksa
mengundurkan diri kembali setelah ditewas oleh
angkatan perang Siam-Thai yang datang dari Bangkok
itu.

Setelah tamat peperangan Raja Muda Siam itu telah


membawa angkatan perangnya ke Singgora kerana
mengatur urusan pemerintahan di situ. Setelah siap
urusannya dia telah menghantar utusannya ke Patani
meminta Sultan Muhamad tunduk kepadanya dengan
baik.

Bila utusan Raja Siam-Thai sampai di Patani, Sultan


Muhamad telah memanggil pembesar-pembesarnya
datang mesyuarat untuk mengambil keputusan yang
muktamad akhirnya tetap suara masing-masing tidak
mahu tunduk kepada Raja Siam-Thai lebih lagi tidak
akan melayani segala kehendak Raja Siam-Thai yang
bertujuan hendak merampas kedaulatan Raja Dan
kebebasab negeri Patani.

Keputusan ini telah diberitahu kepada utusan Raja


Siam-Thai itu bila diketahui Raja Siam-Thai bahawa
kehendaknya tidak berjaya tambahan pula dia telah
mendapat jawapan yang megahdari Sultan Muhamad
itu. Sangatlah bergelora nafsu penjajahan dalam
hatinya dan memutus fikirannya akan menyerang
negeri Patani diberitahu kepada panglimanya Phraya
Kalahum membawa angkatan perasaannya
menyerang negeri Patani dan memaksa panglima itu
berperang secara berhabisan sehingga negeri Patani
itu dapat ditakluk.
Sultan Muhamad sepeninggalan utusan Siam-Thai itu
kembali telah yakin di hati baginda bahawa bagaiman
pun pada kali ini sudah tentu negeri Patani akan
diserang oleh orang-orang Siam-Thai. Oleh itu
baginda tidak berlengah laig terus bertitah
melengkapkan senjata perang dan membina kubu-
kubu pertahanan serta mengatur langkah-langkah
perang seberapa yang dapat.

Tetapi dukacita bahawa kedudukan negeri Patani pada


masa itu di dalam kelemahan kerana telah kurang
kekuatannya dan segala senjata perang sudah tidak
memadai jikalau berperang dengan berlanjutan.
Semenjak berhenti peperangan dengan orang-
orang Siam-Thai dalam masa pemerintahan Raja
Kuning dahulu hampir-hampir setengah kurun
lamanya negeri Patani tidak pernah diperalatkan
senjata perang kerana tidak ada musuh-musuh yang
datang menyerang. Selama itulah orang-orang Melayu
Patani hanya hidup dengan aman tenteram hingga
terlupa menyediakan persediaan untuk berperang dan
hampir-hampir pula terlupa mereka terhadap muslihat
mengawal tanah air. Dengan hal itu kian lama darah
perwira orang-orang Melayu itu tentu beransur-ansur
lemah serta alat-alat perang yang ada tersimpan di
dalam gedung-gedung senjata tentu pula terlampau
buruk. Tiadalah sama darjatnya dengan senjata-
senjata baru yang ada di dalam tangan orang-
orang Siam-Thai kerang orang-orang Siam-Thai itu
sentiasalah mengadakan senjata-senjata baru di dalam
angkatan perangnya.

Sekalipun begitu keadaannya, tetapi melihat kepada


sikap Raja Siam-Thai yang telah berazam penuh
hendak menakluk negeri Patani itu. Maka Sultan
Muhamad tidaklah berputus harap malahan terus
baginda mengumpulkan senjata-senjata lama yang
masih ada itu dan mengisytiharkan kepada rakyat
jelatanya peperangan yang akan berlaku pada kali ini
ialah peperangan yang akan menentukan buruk baik
dan hidup matinya Kerajaan Melayu Patani. Serta
meminta kepada rakyat jelatanya hendaklah masing-
masing bersatu padu dan mengambil bahagian penuh
di dalam peperangan pada kali ini untuk
mempertahankan kemerdekaan bangsa dan kerajaan.
Permintaan Sultan Muhamad itu telah disambut oleh
rakyat jelata Patani dengan penuh gembira dan
masing-masing berkesanggupan penuh untuk
melawan kecerobohan orang-orang Siam-Thai.
Sekalipun terpaksa mereka berkorban di medan
perang kerana mempertahankan kermerdekaan itu
daripada hidup dijajah dan ditakluk orang-orang Siam-
Thai.

Setelah hampir angkatan perang Siam itu akan sampai


di Patani sekalian rakyat jelata Patani telah dikerah
oleh Sultan Muhamad berkumpul di luar kota Istana
dan dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan yang
pertama diperintah berkawal dalam kubu-kubu di tepi
pantai untuk mempertahankan pendaratan orang-
orang Siam-Thai dari kapal perangnya. Pasukan kedua
berkawal di hadapan Kota Istana dan segala alat
senjata termasuk meriam dan pelurunya telah dibahagi
sama rata. Meriam besar Seri Negara dan Seri Patani
yang telah pernah mengalahkan orang-orang Siam-
Thai dahulu telah dibawa semula diletak diluar kota
hanya menunggu perintah akan melepaskan pelurunya
yang handal dan kedua-dua pasukan pertahanan itu
hanya menanti saat sahaja akan menghentam
serangan orang-orang Siam-Thai.

Tiada berapa hari kemudian angkatan perang Siam-


Thai yang dikepalai oleh Phraya Kalahum sampailah di
Kuala Patani dan berlabuh di situ sementera menunggu
saat yang baik akan melancarkan serangannya di
dalam saat penting itu. Tiba-tiba dalam golongan
orang-orang besar Sultan Muhamad adalah seorang
Siam-Thai bernama “Nai Chan Tung” iaitu berasal dari
Siam Ligor telah datang menduduki dalam Patani
dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak
berkhidmat kepada kerajaan Patani sehingga Sultan
Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya
dan telah dilantik dia menjadai seorang pembesar raja.

Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala


Patani itu, timbullah perasaan jahatnya kepada
kerajaan Patani dan akan berbuat bakti kepada bangsa
dan kerajaannya. Lalu dia mengatur rancangan
jahatnya kemudian dengan terburu-buru dia masuk
mengadap baginda Sultan Muhamad menyatakan
bahawa dia sanggup melawan serangan orang-
orang Siam-Thai. Tetapi hendaklah dilantiknya
menjadi ketua dalam pasukan rakyat Melayu yang
bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu serta
meminta kepada sultan mengurnia kepada sebuah
perahu yang besar lima hasta cukup dengan senjata-
senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu
Sultan Muhamad telah meluluskan permintaannya.
Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan
perahunya. Pura-pura menuju kepada pertahanan di
tepi pantai itu, di sini mulalah dia menjalankan
rancangan khianatnya kepada kerajaan Patani.

Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang


gelap gelita yang akan dapat melindungi kepada
seorang yang akan berbuat jahat. Di kala itu keluarlah
Nai Chan Tung dengan perahunya menuju ke kapal
perang orang-orang Siam-Thai dan meminta
berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum. Setelah
dapat berjumpa terus dia membuka rahsia pertahanan
orang-orang Melayu Patani dan memberi tahu
tempat-tempat perkubuan mereka serta ditunjuk pula
tempat-tempat menyimpan senjata perang kemudian
dia terus melarikan diri ke Singgora.

Panglima Phraya Kalahum sangatlah sukacitanya bila


dapat mengetahui rahsia pertahanan orang-
orang Melayu itu. Dia yakin pada kali ini angkatan
perangnya akan tetap menang serta terbayang-
bayang pada matanya bahawa pada kali ini sudah tentu
takhta kerajaan Patani akan berguling jatuh ditendang
oleh angkatan perangnya.

Setelah sampai saat yang baik panglima itu mulalah


memerintah pasukan meriamnya membedil ke atas
kubu-kubu pertahanan orang-orang Melayu di pantai
itu. Dengan serentak dia mendaratkan tenteranya ke
pantai dengan berlindung di bawah peluru-peluru yang
ditembak oleh pasukan meriam, tetapi malangnya
tiap-tiap kali peluru yang dibedil oleh Siam itu telah
terjatuh di dalam kubu-kubu orang-orang Melayu.
Sehingga beberapa kali tembak sahaja banyaklah
orang-orang Melayu itu terbunuh dalam hal itu pun
orang-orang Melayu tetap bertegas hati membedil
balas dengan hebatnya. Serangan dan bedilan orang-
orang Siam-Thai itu semakin lama semakin kencang
sehingga angkatan perang orang-orang Siam-Thai itu
dapat naik ke pantai serta mengumpul semua
kekuatannya menyerbu ke kubu orang-orang Melayu.
Dengan sekejap sahaja kedudukan orang-
orang Melayu itu terkepung dan terputus
perhubungannya dengan pasukan yang kedua yang
bertahan di hadapan kota dalam negeri. Sekalipun
mereka terkepung dan hadapannya telah terkecewa,
orang-orang Melayu dalam kubu itu terus juga
melawan dengan tidak berganjak setapak pun.
Kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu di
pantai itu hancur lebur dan kubu-kubu serta meriam-
meriam mereka telah ditawan oleh orang-orang Siam-
Thai.

Setelah barisan pertahanan orang-orang Melayu di


pantai itu jatuh, panglima Phraya Kalahum telah
mengumpul sekali lagi kekuatan perangnya yang
tinggal di situ terus melancarkan serangan ke dalam
negeri. Serangan panglima itu telah mendapat
tentangan yang hebat dair pertahanan orang-
orang Melayu di hadapan Kota Istana dan Sultan
Muhamad sendiri telah keluar mengatur pertahanan
itu. Meriam Seri Negara dan Seri Patani pun mulalah
melepaskan pelurunya yang handal itu menyekat
kemaraaan orang-orang Siam-Thai dan peperangan
berapat-rapat dengan menggunakan senjata-senjata
pendek pun berlaku dengan hebat.

Peperangan itu terus berlaku beberapa hari dengan


tidak berhenti-henti dan malangnya Sultan Muhamad
telah terkena peluru meriam yang dibedil oleh Siam-
Thai dengan sekejap sahaja baginda pun gugur serta
mangkat ditengah-tengah pertempuran itu,
pertahanan orang-orang Melayu di hadapan Kota
Istana itu pun pecah. Serangan orang-orang Siam-Thai
semakin kuat mendesak kesudahannya pertahanan
orang-orang Melayu sampailah saaat akhir dengan
berpecah belah membawa diri masing-masing. Kota
Istana itu jatuh ke tangan orang-orang Siam-Thai serta
peperangan pun tamat dengan kekalahan orang-
orang Melayu.

Kekalahan pada kali ini ialah kekalahan yang pertama


kali di dalam sejarah Kerajaan Melayu Patani. Dengan
kekalahan ini bererti hilanglah kemerdekaan Kerajaan
Melayu Patani dan terhapus kedaulatan raja-raja
Melayu yang telah dikawal beratus-ratus tahun
lamanya. Juga sampailah maksud raja Siam-Thai yang
telah lama ingin hendak menakluk negeri Patani dan
memperhambakan rakyat jelatanya.

Kekalahan orang-orang Melayu Patani pada kali ini


adalah dengan kerana beberapa sebab yang besar
sekali ialah :
1. Rahsia pertahanan dan kekuatan orang-orang
Melayu telah pecah, dibuka oleh Nai Chan Tung kepada
panglima Siam-Thai.

2. Sultan Muhamad telah mangkat di dalam


peperangan.

3. Kelengkapan atau senjata perang orang-orang


Melayu tidak memadai.

4. Kekuatan perang orang-orang Siam-Thai lebih


banyak daripada orang-orang Melayu.

Setelah semua pertahanan orang-orang Melayu


Patani hancur lebur, bermaknalah negeri Patani telah
terjatuh di bawah kongkong penaklukan Siam-Thai.
Inilah tarikh awal-awalnya kejatuhan negeri Patani
yang berdaulat dan merdeka beratus-ratus tahun
semenjak dari pemerintahan Raja Seri Wangsa dahulu,
dalam masa kejatuhan ini adalah sangat besar ertinya
dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Yang demikian
susah dan pengorbanan raja-raja Patani semenjak
beratus-ratus tahun pada mempertahankan daulat
kerajaan dan kemerdekaan orang-orang Melayu itu
telah jatuh terkongkong di bawah penaklukan Siam-
Thai. Dengan kejatuhan inilah membawa negeri Patani
terus menerus terkongkong oleh Siam-Thai hingga
sampai pada hari ini.

Setelah tertawan semua pertahanan orang-


orang Melayu itu, maka perkerjaan yang mula-mula
sekali dibuat oleh orang-orang Siam-Thai di dalam
Patani ialah menangkap dan membunuh orang-
orang Melayu Patani lelaki perempuan dan kanak-
kanak kecil yang tiada bersenjata serta merampas
segala harta benda, alat senjata. kemudian Kota Istana
al-Marhum Sultan Muhamad itu telah dibakar hingga
licin licau.

Lebih kurang sebulan lamanya orang-orang Siam-Thai


itu bermaharajalela di dalam Patani kerana berhabis-
habisan membalas dendamnya kepada orang-
orang Melayu Patani yagn telah disifatkan orang-
orang Melayu itu musuh yang utama. kemudian
mulalah panglima Phraya Kalahum itu mengatur
undang-undang pemerintahan di dalam Patani
mengikut corak undang-undang penakluk dan
mengurangkan daulat raja dan orang-orang besarnya.
Setelah undang-undang itu selesai diatur maka
panglima Siam itu memerintah tenteranya turu ke
kapa perang lalu mengangkat suah belayar kembali ke
Bangkok dengan membawa beberapa banyak orang-
orang tawanan Melayu termasuk lelaki perempuan
dan kanak-kanak serta harta benda rampasa perang. Di
antara benda rampasan itu yang lebih berharga sekali
pada orang-orang Melayu ialah meriam-meriam besar
yagn dibuat di dalam masa pemerintahan Raja Biru
dahulu. sepucuk daripadanya telah dibawa bersama-
sama dengan tawanan itu ke Bangkok tetapi sepucuk
lagi telah terjatuh ke dalam laut di hadapan Kuala
Patani sewaktu orang-orang Siam-Thai itu hendak
membawanya naik ke kapal perang. Hanya sepucuk
sahaja yang telah dapat dibawa ke Bangkok. Hingga
sekarang meriam besar Patani itu telah diletak menjadi
perhiasan di hadapan bangunan Jabatan Menteri
Peperangan di Bangkok pada hari ini.

Undang-undang pemerintahan yang diatur oleh


panglima Siam-Thai sebelum kembali ke Bangkok itu
ialah melantik seorang daripada orang Melayu menjadi
pemerintah negeri Patani sebagai raja patung.
Pentadbiran negeri terletak di bawah kuasa jagaan raja
Siam-Thai di Ligor dan tiap-tiap tahun dipaksa
menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok menandakan
taat setia kepada Raja Siam-Thai. Raja Patung yang
dilantik oleh orang-orang Siam-Thai itu ialah Raja
Bendang Badang bernama Tengku Lamidin.

Setelah Tengku Lamidin diangkat oleh Siam menjadi


Raja Patani maka kewajipan yang mula-mula sekali di
kerajaan ialah memperbaiki Kota Istana dan
mengumpulkan semula rakyat jelata Patani yagn telah
melarikan ke merata-rata [sic]. Tetapi manakala dilihat
kota Istana yang di Kota Gerisik itu sudah hasbis binasa
dan rakyat jelatanya sudah sunyi sepi kerana banyak
yang telah mati di dalam peperangan dan banyak pula
yang telah ditawan oleh Siam dibawa ke Bangkok,
Tengku Lamidin pun tiadalah berapa suka lagi tinggal
di Kota Gerisik itu, lalu baginda berpindah pula
membuat istana baru di Kota Perawan serta dilantik
seorang Datuk bernama Datuk Pangkalan, duduknya di
Kampung Pengkalan Besar menjadi pemerintah di
Kota Gerisik itu.

Sungguhpun Tengku Lamidin ini telah dilantik oleh


Raja Siam-Thai menjadi raja patung tetapi dalam
hatinya telah tertanam perasaan sedih atas perbuatan
orang-orang Siam-Thai kepada orang-orang Melayu
Patani. Dengan kerana itu baginda telah berazam akan
menuntut bela kekalahannya dan membebaskan
kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan Siam-
Thai hanya baginda menunggu sahaja peluang yang
baik akan dijalankan maksud itu.

Dengan hal yang demikian dalam tahun Masehi 1789,


baginda pun menghantar utusannya membawa surat
kepada Raja Annam (Vietnam) dalam Indochina yang
bernama Raja “Ong Chieng Su” mengajak raja itu
bermuafakat menyerang negeri Siam. Baginda akan
menyerang di pihak selatan Siam dan hendaklah Raja
Annam itu menyerang di pihak utaranya.

Gambar : Meriam Seri Patani yang dirampas oleh


kerajaan Siam. Sekarang berada di hadapan Pejabat
Pertahanan Siam di Bangkok

Tetapi malangnya surat Tengku Lamidin itu telah


dikirim pula oleh Raja Annam kepada Raja Siam di
Bangkok. Manakala diketahui oleh Raja Siam akan
kehendak Raja Patani itu sangatlah murkanya lalu
diperintah kepada panglimanya Phraya Kalahum
menangkap Raja Patani itu, tetapi dalam masa itu juga
Tengku Lamidin telah siap melengkapkan bala
tenteranya. Lalu berangkatlah dengan angkatan
tenteranya itu menyerang negeri Tiba manghalau
orang-orang Siam-Thai di situ. kemudian terus
menyerang masuk ke jajahan Cenak dengan senang
dan akhirnya sampai ke Singgora manakala sampai
baginda di Singgora bertempurlah baginda dengan
angkatan orang-orang Siam-Thai yang sedang
berkubu di Kampung Bukit Anak Gajah lalu
berperanglah di situ beberapa hari lamanya.

Berita serangan orang-orang Melayu ke Singgora itu


telah sampai kepada Raja Siam-Thai di Ligor lalu dia
menghantar bantuan tenteranya menolong orang-
orang Siam-Thai Singgora. Serangan orang-
orang Melayu yang di bawah pimpinan Tengku
Lamidin itu kian lama semakin kencang akhirnya
pertahanan orang-orang Siam-Thai Singgora dan
Ligor pun melarikan diri ke negeri Phatalung, tetapi
terus juga diburu oleh orang-orang Melayu itu
sehingga berlaku pula peperangan di negeri Pathalung.

Dalam hal yang demikian sampailah angkatan


panglima Phraya Kalahum dari Bangkok yang
bertujuan hendak menangkap Raja Patani itu. Lalu
angkatanya masuk bersatu dengan Raja Singgora dan
Raja Ligor bersama-sama menahan serangan orang-
orang Patani itu.

Pengundurun Tengku Lamidin ini tiadalah


mendatangkan kebaikan suatu pun kepada baginda
kerana memberi peluang yang baik kepada orang-
orang Siam melancarkan serang balasnya. Oleh itu
sepanjang-panjang pengundurannya sentiasa diikut
oleh orang-orang Siam-Thai akhirnya sampailah
orang-orang Melayu Patani dan masing-masing
masuk bertahan dalam Kota Perawan kerana menanti
serangan orang-orang Siam itu.

Oleh kerana angkatan orang-orang Siam itu telah


berkumpul dari tiga angkatan besar jadilah mereka
lebih banyak daripada orang-orang Melayu.
Kesudahannya Kota Perawan itupun dapatlah
dikepung oleh orang-orang Siam dan mereka
menyekat segala perhubungan orang-orang Melayu
itu dengan rakan-rakannya yang ada di luar kota.
Dengan hal yang demikian pertahanan orang-
orang Melayu itu pun lemah akhirnya Kota Perawan itu
terjatuh ke tangan orang-orang Siam dan Tengku
Lamidin pun dapat ditangkap oleh orang-orang Siam.
Kemudian baginda telah dihukum bunuh atas
kesalahannya menderhaka kepada Raja Siam-Thai di
Bangkok. Setelah itu orang-orang Melayu pun
berpecah belah membawa diri masing-masing.
Kekalahan ini ialah berlaku dalam tahun 1791 iaitu
kekalahan yang kedua di dalam sejarah kerajaan
Melayu Patani. Sebagaimana biasa orang-orang Siam-
Thai itu pun masuklah ke dalam Kota Perawan
menangkap dan membunuh orang-orang Melayu
serta merampas segala harta benda mereka. Setelah
puas mereka bermaharajalela, mereka itu pun
kembalilah ke Singgora dengan membawa beberapa
orang-orang tawanan Melayu.

Sebelum orang-orang Siam-Thai itu kembali, telah


dipililh seorang pembesar Melayu diangkat pula
menajadi raja memerintah negeri Patani. Diangkatnya
“Datuk Panglakan” serta diberi gelaran “Luang”
kepadanya dengan kerana itu sekalian anak-anak
datuk ini semuanya dipanggil “Long” belaka. Dan
supaya menjaga orang-orang Melayu itu daripada
menderhaka kepadanya dilantik pula serorang orang
besar Siam bernama Laksaman Dajang menjadi
penjaga mengawal orang-orang besar Melayu serta
disuruh pula beberapa orang orang-orang Siam-Thai
tinggal berkawal di Patani.

Semenjak itu tenanglah sedikit hal ehwal di dalam


Patani tetapi pemerintahan Datuk Pangkalan selalu
berselisih dengan orang-orang Siam itu kerana tidak
ada kebebasan menjalankan pemerintahan negeri
hanya sentiasa sahaja dihalang oleh orang-
orang Siam-Thai. Istimewa orang-orang Siam itu
sangat jahat perangainya dan selalu membuat
keganasan kepada rakyat Melayu Patani. Oleh itu
dalam tahun Masehi 1808 timbullah suatu perselisihan
yang hebat di antara Datuk Pangkalan dengan orang-
orang Siam itu.

Setelah hilang sabarnya, Datuk Pangkalan pun


datanglah dengan orang-orangnya menyerang orang-
orang Siam-Thai itu secara terkejut. Sehingga
terpaksalah mereka itu dengan ketuanya Laksama
Dajang lari menyelamatkan diri ke Singgora. Raja
Singgora pula menghantar suratnya ke Bangkok
menyatakan bahawa Datuk Pangkalan dan orang-
orang Melayu Patani telah belot kepada Raja Siam-
Thai. Sementara itu Raja Ligor dan Raja Singgora pun
datanglah dengan bala tenteranya ke Patani keran
hendak menangkap Datuk Pangkalan itu.

Di Patani pun bersiaplah sekalian kerabat datuk-datuk


iaitu Datuk Pangkalan, Datuk Sai, Datuk Pujud dan
lain-lain. Masing-masing mengumpul kekuatan
menanti kedatang orang-orang siam Ligor dan
Singgora manakala sampai orang-orang Siam itu
berperanglah dengan orang-orang Patani berbulan-
bulan lamanya. Orang-orang Patani di bawah
pimpinan datuk-datuk itu pun terus berjuang dengan
cara berhabis-habisan, masing-masing berazam teguh
akan menghalau orang-orang Siam itu dari negeri
Patani dan membebaskan diri mereka dari kongkong
penaklukan Siam-Thai. Dengan berkat azam yang suci
itu maka orang-orang Siam pun kalah lalu
mengundurkan diri kembali ke Singgora dan Laksama
Dajang pun kembali juga ke Ligor.

Beberapa bulan kemudian angkatan orang-


orang Siam-Thai dari Bangkok yang diketuai oleh
Phraya Kalahum pun sampai pula dengan beberapa
buah kapal perang dan di daratan telah diiringi pula
oleh orang-orang Siam Singgora dan Ligor.
Peperangan pada kali ini telah berlaku sekali serentak
di darat dan di laut. Perjuangan di laut telah berlaku
dalam Baruh Laguni dan perjuangan di darat telah
berlaku di Kota Gerisik. Akhirnya orang-orang Melayu
Patani pun telah kalah dan Datuk Pangkalan telah mati
di dalam perjuangan itu. Sekalian datuk-datuk yang
lain telah lari menyelamatkan diri masing-masing.

Setelah mendapat kemengan itu, masuklah orang-


orang Siam-Thai dengan megahnya memerintah
negeri Patani dan ditangkap orang-orang Melayu
membuat tawanan serta merampas segal harta benda
mereka itu, dan mengatur pula undang-undang
pemerintahan di dalam negeri Patani mengikut
kemahuannya.

Kemudian mulai orang-orang Siam itu menjalankan


rancangan hendak menghapus daulat raja-raja Melayu,
iaitu diangkat seorang bangsa Siam-Thai brnama “Nai
Khuan Sai” menjadi raja Patani. Setelah sempurna
mengatur pemerintahan dalam Patani itu, Panglima
Phraya Kalahum pun kembali ke Bangkok bersama-
sama dengan angkatan perangnya. Nai Khuan Sai itu
ialah anak Raja Cenak yang berasal keturunannya
daripada bangsa Cina yang datang berniaga di Cenak.
Setelah itu Nai Khuan Sai pun datanglah memerintah
Patani membawa beberapa ratus orang-orang Siam
Singgora dan berbuat kampung kediaman di bandar.

Sejak itu kedaulatan raja-raja Melayu dalam negeri


Patani pun mulai terhapus serta kekuasaan penuh telah
tercabut ke tangan orang-orang Siam-Thai pula. Di
antara beberapa tahun kemudian raja Khuan Sai itu
mati dan diganti oleh adiknya bernama Nai Phya
menjadi Raja Patani serta adik dari abangnya itu
bernama Nai Him Sai yang bergelar Luang Sawad
Phakdi, telah diangkat menjadi penolongnya.

Dalam masa Nai Phya mejadi raja memerintah negeri


Patani itu, keadaan di dalam negeri Patani tidaklah
menjadi aman seperti dalam masa pemerintahan raja-
raja Melayu dahulu. Oleh kerana orang-orang Siam
telah merasai dirinya lebih berkuasa selalulah mereka
berbuat ganas dan kejam atas orang-orang Melayu
Patani, malah selalu pula orang-orang Siam itu
bertempur dengan orang-orang Melayu. Dengan hal
itu menyebabkan orang-orang Melayu sangat benci
kepada mereka.

Setelah Nai Phya berpendapat bahawa orang-


orang Melayu sentiasa menaruh dendam terhadap
orang-orang Siam maka bimbanglah dalam hatinya
jikalau orang-orang Melayu memberontak menuntut
kemerdekaan pula. Oleh itu dikirimnya sepucuk surat
kepada Raja Singgora menyatakan hal
kebimbangannya di Patani dan Raja Singgora pun
menyampaikan hal kebimbangan itu kepada Raja Siam
di Bangkok, soal ini telah dibawa mesyuarat dengan
para menterinya untuk mengambil keputusan pada
menetapkan dasar pemerintahan dalam jajahan
takluknya di Patani.

Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan


negeri Patani hendaklah dipecah-pecahkan supaya
senang memerintah dan dengan jalan ini dapatlah ia
melemahkan pendiriajn orang-orang Melayu. Setelah
itu raja Siam mengutus seorang menterinya bernama
Phraya Abya Songgram” datang ke Singgora dan
berunding dengan Raja Singgora itu untuk
membahagikan negeri Patani menjadi tujuh buah
wilayah yagn kecil-kecil iaitu Patani, Jering, Nongcik,
Jalur, Sai, Reman dan Legeh.

Yang demikian negeri Patani yang dahulu hanya


diperintah oleh seorang raja sahaja dan tidak pernah
pula dipecah-pecahkan, sekarang telah terbahagi
kepada beberapa buah kawasan. Dibahagi oleh Raja
Siam dengan maksudnya hendak melemahkan
kekuatan orang-orang Melayu supaya senang dia
memerintah dan mudah memperhambakan orang-
orang Melayu itu mengikut dasar penjajah
(imperialisme) iaitu “pecah-pecahkan kemudian
perintah”
Setelah pekerjaan membahagi negeri Patani sudah
selesai, Nai Phya telah diangkat menjadi Raja Jering
dan diserah kuasa kepadanya menjaga segala wilayah-
wilaya yang lain itu. Tetapi segala urusan
pemerintahan dalam negeri terletak di bawah
perhatian dan kawalan Raja Singgora dan pada tiap-
tiap wilaya itu disuruh Nai Phya memilih orang-
orangnya yang dipercayai kemudian dihantar
memerintah dalam tiap-tiap buah wilaya itu serta
diberi taraf kepada meraka itu seperti raja-raja juga.

Adapun orang-orang yang dipilih oleh Nai Phya dan


dihantar memerintah di dalam wilayah-wilayah yang
tersebut itu ialah demikian :

1. Tuan Haji Sulong diangkat menjadi Raja Patani


duduknya di Kota Gerisik

2. Tuan Nik diangkat menjadi Raja Nongcik duduknya


di Kota Nongchik.

3. Tuan Mansur diangkat menjadi Raja Reman


duduknya di Kota Baharu.

4. Tuan Jalur diangkat menjadi Raja Jalur duduknya di


Jala.

5. Nik Dah diangkat menjadi Raja Legeh duduknya di


Kota Legeh.

6. Nik Dih diangkat menjadi Raja Sai duduknya di


Jerenga.

Adapun Tuan Haji Sulong yang menjadi Raja Patani itu


ialah seorang daripada anak cucu keluarga Datuk
Pangkalan duduknya dengan berumah tangga di
kampung Gerisik. Selain daripadanya ialah orang-
orang yang dipercayai oleh Nai Phya belaka. Di dalam
masa Tuan Haji Sulong menjadi Raja Patani, baginda
sangatlah mengambil berat terhadap urusan agama
Islam, dan baginda inilah yang membina masjid di pintu
gerbang yagn masih ada bekasnya di Kampun Gerisik
hari ini.

Dalam tahun Masehi 1871, Tuan Jalur yang


memerintah wilayah Jala itu pun mangkat dan diganti
oleh anaknya bernama Tuan Bangkok menjadi
pemerintah di situ. Kemudian daripada itu Tuan Nik
Raja Nongchik pula mati dan diangkat Tuan Kecik adik
kepada Tuan Sulong Raja Patani menggantinya
memerintah di wilayah Nongchik itu. beberapa tahun
kemudian Tuan Mansur Raja Reman pun mati pula dan
diganti oleh anaknya bernama Tuan Kundur.
Demikianlah adanya pemerintahan di dalam negeri
Patani sewaktu dia telah dijajah oleh kekuasaan orang-
orang Siam itu cara pemerintahannya adalah di bawah
kongkongan penjajahan mereka.

Mulai dari sini negeri Patani pun adalah berkaitan


dengan ngeri Kedah pul. Oleh itu eloklah kita bawakan
sedikit sejarah yang berkenaan dengan negeri Kedah
itu dalam masa ia ada berhubung dengan sejarah
kerajaan Melayu Patahi dan orang-orang Siam-Thai
pada masa itu supaya senang kita memahamkannya.

Pada masa itu negeri Kedah telah diperintah oleh


seorang Raja Melayu yang bergelar Sulatan Ahmad
Abdul Halim Syah atau Tengku Pengiran namanya.
Tetapi akhirnya baginda ini telah ditewaskan oleh Raja
Siam-Thai lalu lari menyelamatkan dirinya ke Melaka
dan di negeri Kedah pun diperintah oleh seorang anak
raja Siam Ligor.

Pada tahun Masehi 1831 adalah seorang putera dari


keluarga Raja Kedah itu bernama Tunku Kudin telah
mengumpul sekalian rakyat Kedah yang masih taat
setia kepada rajanya melancarkan serangan ke atas
orang-orang Siam di Kedah itu. Akhirnya dapatlah
merebut kembali Kota Istana yang diduduki oleh Raja
Siam dan Raja Siam denga orang-orang besarnya lari
kembali ke Singgora. Kemudian dia telah berunding
dengan Raja Singgora serta dengan bapanya Raja Ligor
untuk mengadakan sebuah angkatan yang besar bagi
mengalahkan semula orang-orang Kedah itu. Masing-
masing un bersetuju atas cadangan ini lalu mereak
mengadakan sebuah angkatan perang yagn
bergabung dari orang-orang Siam Singgora dengan
orang-orang Siam Ligor.

Angkatan orang-orang Siam ini telah datang


melancarkan serang balas yang hebat ke atas negeri
Kedah. Tunku Din sendiri telah keluar memimpin
rakyat Kedah itu melawan serangan orang-
orang Siam-Thai. Peperangan ini telah berlaku dengan
berlanjutan tetapi serangan angkatan orang-
orang Siam itu tidak berjaya hendak meneawaskan
orang-orang Kedah, dan terpaksa Raja Siam itu
mengundurkan angkatan perangnya kembali ke
Singgora. Sepanjang-panjang pengudurannya telah
turut diserang oleh Tunki Din dengan rakyatnya hingga
sampai juga ke Singgora.

Melihat kepada serangan orang-orang Kedah itu telah


sampai dalam negerinya, Raja Singgora pun
memberitahu hal ini kepada Raja Siam di Bangkok
serta meminta bantuan dengan segeri kepadanya.
Sepucuk surat pula telah dihantar kepada Raja Nai
Phya di Patani meminta bantuan juga kepadanya buat
melawan orang-orang Kedah itu. Setelah suratnya
sampai di Patani, Raja Nai Phya pun mengarah sekalian
raja-raja dari eman buah wilayah dalam Patani itu
membawa rakyat masing-masing datang berkumpul di
wilayah Jering (Jambu) kerana akan dihantar kepada
Raja Singgora. Raja Patani, Raja Nongchik, Raja Legeh
dan Raja Yala membawa rakyat masing-masing
berkumpul di Jering hanya Raja Sai dan Raja Remen
sahaja yang tidak datang. Nai Phya pun menyuruh raja-
raja yang tersebut membawa rakyatnya berjalan ke
Singgora, tetapi raja-raja itu enggan menjalankan
suruhannya kerana mereka telah tahu rakyat-
rakyatnya akan dibawa berperang melawan saudara-
saudaranya orang-orang Kedah iaitu saudara-saudara
yang sebangsa dengan mereka juga. Di sini terpaksalah
Nai Phya menjalankan kekerasan dan ugutan hingga
empat orang raja-raja itu sanggup hendak membawa
rakyat-rakyatnya ke Singgora baharulah berhenti
kekerasannya.
Gambar : Masjid lama Gerisik, Patani atau digelar Pintu
Gerbang Hang Tuah

Dalam hal yang demikian empat orang raja-raja ini


telah berunding dengan sulit untuk memutuskan soal
ini. Keputusannya masing-masing telah tetap tidak
mahu membawa rakyatnya ke Singgora berperang
dengan saudaranya orang-orang Kedah itu dan
masing-masing telah bersetuju mahu memberontak
melawan Raja Nai Phya dan orang-orang Siam yang
ada di dalam Patani.

Setelah itu empat orang raja-raja ini telah memerintah


rakyat masing-masing mengakat senjata dan bersatu
menyerang orang-orang Siam yang ada di dalam
Patani itu. Oleh kerena orang-orang Siam itu sangat
sedikit bilangannya tidak berdaya mereka hendak
melawan pemberontakan orang-orang Melayu.
Banyaklah orang-orang Siam itu telah dapat dibunuh
oleh mereka dan banyak pula yang sempat melarikan
diri ke Singgora. Tetapi telah dibunuh juga oleh orang-
orang Melayu itu hingga sampai ke Tiba, Cenak dan
masuk ke dalam sempadan Singgora lalu orang-
orang Melayu itupun bertemulah dengan saudaranya
orang-orang Kedah yang sedang berperang dengan
orang-orang Siam Singgora itu.

Orang-orang Melayu Patani itu masuklah pula bersatu


dengan saudaranya orang-orang Kedah sama-sama
melawan orang-orang Siam-Thai. Di dalam
peperangan ini orang-orang Melayu Patani telah
berkubu di Bukit Anak Gajah. Sewaktu peperangan
sedang berlaku dengan hebat itu, sampailah angkatan
orang-orang Siam-Thai dari Bangkok diketuai oleh
Phray Phrak Khlang yang dihantar oleh rajanya
membantu Raja Singgora. Angkatan ini ialah suatu
angkatan perang yang besar lengkap dengan senjata-
senjata yang banyak, setelah di amsuk bersatu dengan
orang-orang Siam Singgora itu bertambah besar
kekuatan mereka melawan orang-orang Melayu.
Tetapi orang-orang Melayu itu terus juga melawan
dengan tidak mengendahkan kekuatan musuhnya
yang lebih besar itu. Dalam hal yang demikian Tengku
Kudin panglima angkatan orang-orang Kedah itu mati
dalam perjuangan, dan mulalah orang-orang Kedah itu
berpecah-belah melarikan diri masing-masing.

Orang-orang Melayu Patani bila melihat saudaranya


itu telah berpecah-belah, serta mereka telah percaya
tidak akan berdaya melawan orang-orang Siam-Thai
yang lebih besar kekuatannya itu, mereka pun terpaksa
mengundurkan diri kembali ke Patani dan masing-
masing berazam akan membuat pertahanan yang
akhir di Patani.

Setelah itu panglima Siam-Thai Phray Phrak Khlang


telah mengumpul semua angkatan perang orang-
orang Siam itu dan dibahaginya menjadai dua
pasukan. Pasukan yagn pertama dihantar menyerang
orang-orang Kedah dan pasukan yang kedua dihantar
menyerang orang-orang Patani. Pasukan yang
pertama itu mulalah melacarkan serangannya ke atas
negeri Kedah dengan menumpahkan semua
kekuatannya. Kesudahannya negeri Kedah dapatlah
ditakluknya kembali dan diangkat Raja Siam yang
dahulu juga menjadi pemerintah siam di situ. Setelah
selesai peperangannya dengan orang-orang Kedah itu
beredarlah pasukan yang kedua dengan diketuai
sendiri oleh panglima Phray Phrak Khlang menuju ke
Patani dengan beberapa buah kapal perangnya.
Setelah sampai di Patani diapun mendaratkan orang-
orangnya di pantai Kuala Patani kemudian menyerbu
masuk ke dalam negeri. Orang-orang Melayu di bawah
pimpinan empat orang rajanya bertahanlah dengan
bersungguh-sungguh.

Adapun Tuan Sulong yang menjadi pemerintah negeri


Patani pada masa itu ialah saudara kepada Sultan
Kelantan yang beranam Long Muhamad. Bila
diketahuinya negeri Patani diserang oleh orang-
orang Siam itu baginda Long Muhamad pun
menghantar bantuan sepasukan rakyat Kelantan
menolong orang-orang Patani yang berperang
melawan orang-orang Siam-Thai. Pasukannya
diketuai oleh Raja Muda Kampung Laut serta anaknya
Tengku Besar (Tengku Muhamad) dan Raja Banggol.
Demikian juga Sultan Terengganu telah menghantar
sebuah angkatan bantuannya ke Patani dengan
diketuai oleh Panglima Tengku Idris, Panglima Encik
Kulan, Panglima Wan Kamal dan Panglima Encik
Ismail. Setelah angkatan bantuan ini sampai di Patani,
masuklah bersatu dengan orang-orang Patani
berperang melawan orang-orang Siam.

Peperangan ini telah berlaku dengan sehabis-habis


dahsyat dlaam sejarah Patani. Phray Phrak Khlang
telah memerintah orang-orang Siam itu berperang
dengan berhabis-habisan. Dia tidak mengindahkan
kerugian dan kebinasaan yang ditanggungnya lebih
banyak daripada orang-orang Melayu itu.
Kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu pun
roboh dan pintu kemenangan mulalah terbuka kepada
orang-orang Siam itu. Orang-orang Melayu yang tidak
berkuasa mempertahankan serangan mereka.
Terpaksalah berpecah belah menyelamatkan diri
masing-masing. Rakyat-rakyat Kelantan dan
Terengganu sekali dengan panglima-panglimanya
telah mengundur kembali ke negeri masing-masing.

Tuan Sulong Raja Patani dengan Tuan Kundur Raja


Jalur telah undur dengan anak isterinya berlindung di
Kelantan. Sementera itu Tuan Kecik Raja Nongcik dan
Nik Dah Raja Legeh mengundurkan diri ke ulu negeri
Patani tetapi diburu juga oleh orang-orang Siam
hingga sampai ke daerah Jarum sempadan Perak.
Berlaku pula perjuangan di antara dua orang raja itu
dengan orang-orang Siam akhirnya Tuan Kecik mati
dalam perjuangan dan Nik Dah berlepas ke Perak.

Setelah raja-raja Patani itu habis melarikan diri masing-


masing, maka rakyat di dalam negeri Patani pun
menderitalah kesengsaraan kerana ditindas, dibunuh
dan dicabul oleh orang-orang Siam-Thai yang
menyangka dirinya telah menang di dalam segala-gala
perjuangan itu. Segala harta benda dan makanan
orang-orang Melayu itu seperti padi, berass, ayam, itik
dan lain-lain habis dipunggahnya bawa ke kapal
sebagai harta rampasan perang.

Sesudah puas mereka bermaharajalela di dalam Patani


itu. Phray Phrak Khlang panglima Siam telah mulai pula
melengkapkan angkatan perangnya akan melanggar
negeri Kelantan dan Terengganu kerana menuntut
bela atas perbuatan raja-rajanya yang telah membantu
orang-orang Melayu Patani berperang dengan orang-
orang Siam itu.

Bila kala hal ini telah diketahui oleh Long Muhamad


Sultan Kelantan itu, bimbanglah baginda nanti negeri
Kelantan pula diserang dan ditakluk oleh orang-orang
Siam-Thai itu. Dan supaya mengawal negeri Kelantan
jangan menanggung nasib seperti negeri Patani itu.
Maka Sulatan Kelantan itu teah menghantar utusan
damainya kepada Phray Phrak Khlang mengaku
hendak tunduk kepada Raja Siam serta sanggup
membayar kesalahannya itu dengan wang sebanyak
50,000 dolar. Dan Tuan Sulong Raja Patani dengan
Tuan Kundur Raja Jalur serta anak isterinya yang ada di
Kelantan itu, terpaksalah dihantar kembali kepada
panglima Siam itu. Dan cadangannya hendak
menyerang negeri Kelantan pun diubah.

Kemudian panglim Siam-Thai itu menghantar


utusannya kepda Sultan Terengganu memperingatkan
kesalahannya membantu orang-orang Patani dan
memaksa hendaklah menghantar kembali sekalian
orang-orang Patani yang telah lari berlindung di
Terengganu iut. Istimewa panglima-panglima Patani
iaitu Panglima Damit, Panglima Mahmud, Panglima
Pik dan Panglima Ahmad. Sekalian orang-
orang Patani dengan panglima-panglimanya ini telah
diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada panglima
Siam yang sedang menunggu di Patani.

Setelah pemerintahan di dalam negeri Patani diatur


semula oleh panglima Siam itu. Maka dalam bulan
September tahun 1832 angkataan perang orang-
orang Siam-Thai itu pun kembali ke Bangkok dengan
membawa beberapa banyak orang-orang tawanan
perang serta dengan harta benda rampasan di dalam
Patani. Orang-orang tawanan Melayu Patani yang
dibawa oleh Siam pada kali ini tidak kurang daripada
4,000 orang iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
Azab sengsara yang ditanggung oleh orang-
orang Melayu yang dikurung di dalam kapal-kapal
perang Siam-Thai sewaktu di dalam perjalanan ke
Bangkok itu tidaklah dapat hendak dituliskan di sini
dan beberapa banyak pula di antara mereka itu telah
mati di dalam kapal sebelum sampai di Bangkok.

Sebelum orang-orang Siam itu kembali raja-raja di


dalam wilayah-wilaya kecil dalam Patani yang telah
ditangkap atau mati itu pun telah diangkat semula oleh
panglima Siam menggatinya iaitu :

Di Patani diangkat Nik Yusuf orang Gerisik

Di Nongcik diangkat Nai Ming Orang Siam Cenak

Di Jala diangkat Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi)


penolong raja Nai Phya

Di Legeh diangkat Nik Bongsu seorang yang setia


kepada Nai Phya.

Adapun Nai Him Sai Jala itu duduknya di Kubang Teras,


Nik Bongsu Raja Legeh duduknya di Tanjung Mas, Nik
Yusuf Raja Patani dudukunya di Kuala Bekah iaitu di
sebelah hilir gedung Cina hari ini.

Semenjak dari masa itu negeri Patani dan Kedah


duduklah di bawah kekuasaan Raja Siam iaitu di Kedah
diperintah oleh anak Raja Siam Ligor dan di Patani
diperintah oleh rajaa-raja yang diletak oleh orang-
orang Siam-Thai.

Pemerintahannya terus menerus berjalan hingga


sampai pada tahun Masehi 1838, adalah dua orang
anak raja dalam keluarga raja-raja Kedah bernama
Tunku Muhamad Saad dan Tunku Abdullah. Kedua
anak raja ini telah mengatur rancangan gerakan sulit
yang bertujuan hendak menggulingkan kuasa raja
Siam dan merampasa kembali takhta kerajaan Melayu
Kedah. Setelah sampai hari baik ketika baik, rakyat-
rakyat Kedah di bawah pimpinan kedua anak raja itu
terus menyerang orang-orang Siam. Denga sekali
serentak sahaja dapatlah merebut kembali Kota Istana
dan membunuh orang-orang Siam yang ada di dalam
Kedah tetapi rajanya telah sampai lari ke Singgora
dengan rakyatnya.

Orang-orang Siam yang melarikan diri itu terus sahaja


diburu dan diusir oleh orang-orang Kedah hingga
sampai di Cenak. Di sini orang-orang Siam Singgora
pun datanglah membantu rakan-rakannya menahan
serangan orang-orang Kedah itu. Dengan kerana
serangan orang-orang Kedah itu semakin lama
semakin kencang, raja Singgora pun menghantar
utusannya ke Bangkok, meminta bantuan dengan
segera. Dan utusan yang seumpama itu dihantar juga
kepda Raja Nai Phya di Jering.

Raja Nai Phya pun memanggil sekalian raja-raja dari


wilayah-wilayah yang tersebut membawa rakyat
masing-masing ke Singgora. Oleh sebab raja-raja itu
orang yang taat setia kepada Raja Nai Phya dan telah
lama menjadi perkakasan pemerintahan kepadanya,
tidaklah menjadi apa-apa halangan lagi hanya raja-raja
itu membawalah rakyat masing-masing ke Singgora.
Tetapi bila mereka sampai di Cenak banyaklah di
antara mereka tidak suka membantu orang-
orang Siam. Tambahan pula mereka akan dibawa
berperang melawan saudaranya orang-orang Kedah,
rakyat-rakyat Patani yang lari itu telah masuk bersatu
dengan saudaranya orang-orang Kedah berbalik
melawan orang-orang Siam.

Peperangan ini terus berlaku beberapa lamnya hingga


orang-orang Melayu pun lemah. Tunku Muhamad
Saad ketua orang-orang Kedah itu telah mati di dalam
perjuangan dan Tunku Abdullah pula mengundurkan
orang-orangnya kembali ke Kedah. Di belakang
pengundurunnya diikuti pula oleh serangan orang-
orang Siam itu hingga sampai di Kedah. Oleh kerana
kekuatan orang-orang Kedah itu telah habis
digunakkan di dalam peperangan, dengan senang
sahaja negeri Kedah pun jatuh semula ke tangan
orang-orang Siam. Orang-orang Melayu Patani yang
bersatu dengna orang-orang Kedah itu pun
terpaksalah lari membawa diri masing-masing sahaja.

Setelah tamat peperangan itu, Raja Singgora pun


menyuruh raja-raja Patani dari emam buah wilayah itu
kembali membawa rakyat masing-masing kerana dia
telah merasai bimbang kalau-kalau berbangkit pula
pemberontakan orang-orang Melayu Patani. Tiada
beberapa tahun kemudian, Raja Nai Phya yang
memerintah di wilayah Jering pun mati. Kematiannya
telah diberitahu kepada pusat pemerintahan di
Singgora, oleh itu dengan perintah Raja Singgora telah
dilantik Nai Him Sai Raja Yala menjadi raja memerintah
di Jering itu menggantinya. Kemudian dilantik pula
orang Siam Singgora bernama Nai Muang menjadi raja
memerintah di Jala, dan Nai Muang telah berpindah
dari Kota Kubang Teras mendiri sebuah kota yang
baharu di Kampung Seting iaitu di seberang Sungai
Besirat.

Di dalam tahun Masehi 1842 negeri Kelantan telah


diperintah pula oleh Sultan Tuan Senik Mulut Merah.
Pada tahun ini udara perselisihan sedang mendung
dengan gelapnya di kalangan keluarga diraja Kelantan.
Perselisihan ini telah berlaku di antara sultan itu
dengan beberapa orang saudaranya iaitu Sultan Dewa
(Raja Penambang), Raja Muda, Tengku Seri Indera dan
Tengku Muhamad (Tengku Besar) anak Raja Muda
Kampung Laut. Dengan kerana perselisihan ini telah
membawa berlaku permusuhan dan peperangan
saudara di antara sultan itu dengan raja-raja yang
tersebut.

Setelah peperangan saudara itu berlaku beberapa lama


dan tiada terbayang pun harapan akan dapata
berdamai dengan baik. Maka kedua belah pihak itu
telah mengadukan hal ini kepada Raja Siam di
Bangkok, Pengaduan ini telah diterima dengan baik
oleh Raja Siam lalu dia menghantar seorang orang
besarnya bernama Phraya Thai Nam bersama-sama
dengan Raja Ligor dan Raja Singgora datang ke
Kelantan kerana menjadi orang tengah mendamaikan
peperangan itu.

Berbetulan dengan masa raja-raja Siam-Thai itu


berkerja mendamaikan peperangan saudara di
Kelantan, Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi) Raja
Jering pun mati dan diangkat Nik Yusuf Raja Patani
menggantinya. Oleh sebab di Patani tidak ada raja
yang memerintah lalu dipersilakan Tengku Muhamad
(Tengku Besar) anak Raja Muda Kampung Laut itu
berangkat ke Patani kemudian dengan rasmi dilantik
menjadi raja memerintah negeri Patani. Manakala
segala pentadbiran di dalam negeri terletak di bawah
kawalan dan perhatian Raja Siam Singgora demikian
juga Sultan Dewa telah berangkat ke Ligor dan
tetaplah dia tinggal di sana.

Sewaktu keberangkatan Tengku Muhamad ke Patani


itu adalah diiringi oleh seorang saudara perempuannya
bernama Tengku Tuan Menanjiwa dan Tengku
Banggol ayah saudaranya serta kaum keluarganya
telah bersama-sama mengikut. Demikian juga Tengku
Long Ahmad Raja Bukit, sekalian raja-raja itu pun
tinggallah bersama-sama dengan Tengku Muhamad di
Patani.

Pada mula-mulanya Tengku Muhamad itu telah


berbuat kampung istana di Seberang Hujung Tanjung,
sekarang dipanggil Kampung Tengku Besar Semerak.
Tetapi tiada berapa lama kemudian telah didapati
kawasan yang kampung itu tidaklah berapa baik dan
sesuai dengan keadaan geografi, lalu masing-masing
berpindah. Membuat kota istana yang baharu
Kampung Cabang Tigaa dan di situlah telah kekal
menjadi kota istana raja-raja Patani hingga sampai
pada hari ini.

Setelah Tengku Muhamad itu dilantik menjadi Raja


Patani, lalu digelarkan Sultan Muhamad dan di sisi Raja
Siam Bangkok digelarkan “Phraya Tani”. Dengan
kehendak dan perintah Raja Siam itu juga sekalian
keluarga diraja yang mengikut bersama-sama dengan
Tengku Muhamad ke Patani itu telah diberi jawatan
masing-masing. Raja Banggol dilantik menjadi Phraya
Phitak ertinya jawatan penasihat kepada Sultan Patani
dan raja-raja yang lain daripadanya telah dilantik
menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan belaka.
Setelah dua tahun kemudian Raja Banggol dan Tengku
Long Ahmad Raja Bukit itu, kedua-duanya telah
mangkat di Patani. kemudian dilantik Tengku Tengah
anak kepada Raj Banggol itu menjadi Phraya Phitak
mengganti ayahandanya.

semenjak itu negeri Patani mulalah diperintah oleh


raja-raja dari Kelantan yang dilantik oleh Raja Siam.
Cara-caranya pemerintahan dalam negeri telah
dijalankan di bawah perhatian dan kawalan Raja Siam
yang berpusat di Singgora. Yang demikian daulat
Sultan Muhamad dan orang-orang besarnya itu
keadaannya tidak lebih dari hujung telunjuk Raja Siam,
ertinya pemerintahan dijalankan mengikut kuit
telunjuk Raja Siam atas kemahuannya kerana
mengikut kepada dasar-dasar penaklukan mereka.
Hanya di dalam abad pemerintahan Sultan Muhamad
ini, suasana di dalam negeri Patani adalah kian
bertambah aman tenteram.
Tiada beberapa lama kemudian, Nai Ming raja Nongcik
telah dicabut oleh Raja Siam dari jawatan, alasannya
kerana lemah di dalam pemerintahan, kemudian
dilantik Nai Kliang, anak kepada Nai Him Sai bekas Raja
Jering dahalu, menjadi Raja Nongcik menggantinya.
Nai Kliang ini telah memindahkan pusar
pemerintahannya dari kota Nongcik kepada Kampung
Tok Jong.

kemudian dari situ, Nai Muang Raja Jala pula dipecat


dari jawatannya oleh Raja Siam kerana kurang
kelayakannya dalam pemerintahan. Kemudian dilantik
Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu Putih) menjadi raja
Jala dan Tengku Muhamad Saleh ini telah
memindahkan semual pusat pemerintahannya ke
Kampung Jalur seperti dahulu kala.

Kemudian dari itu Nik Dah Raja Sai yang duduk di kota
Jerenga pun mangkat dan dilantik Tengku Jalaludin
(Nik Lebai) anaknya menjadi raja di situ pula.

Dalam tahun Masehi 1853, Nik Yusuf Raja Jeringpun


mangkat, raja inilah yang digelar oleh orang-
orang Patani Raja Tok Ki. Kemudian Raja Siam
Singgora telah melantik Sultan Dewa yang duduk di
negeri Ligor menjada Raja Jering itu menggantinya.
Setelah itu berpindahlah Sultan Dewa dengan anak
beranaknya memerintah di Jering dan anaknya yang
bernama Tengku Sulong telah diangkat menjadi
penolongnya dengan bergelar Luang Suthon Raja.

Lebih kurang setahun lamanya Sultan Dewa menjadi


raja memerintah di Jering itu pun mangkat dan
anaknya Tengku Sulong itu telah meminta izin kepada
Raja Siam, berpindah kembali ke Kelantan keran ia
tidak suka lagi tinggal di Jering. Kemudian dilantik Nik
Timun anak kepada Raja Nik Yusuf bekas Raja Jering
yang dahulu itu, menjadi raja memerintah di Jering
pula.

Dalam tahun Masehi 1856 Sultan Muhamad Raja


Patani pun mangkat, baginda ini telah dimakamkan di
perkuburan Tanjung Datuk. Oleh itu digelarkan orang
al-Marhum Tanjung hingga sampai sekarang.
Kemangkatan baginda ini telah meninggalkan empat
putera dan dua orang puteri iaitu :
1. Tengku Puthih kemudian menjadi Raja Patani yang
kedua.

2. Tengku Bulat (Tengku Haji Tua)

3. Tengku Husin (Tengku Sulaiman Sharifudin) Raja


Patani yang keempat.

4. Tengku Tenal bersuami kepada Raja Remen.]

5. Tengku Labuh bersuaami kepada Tengku Cik anak


Tengku Banggol.

Kemudian dengan kehendak dan persetujuan Raja


Siam telah melantik Tengku Putih menjadi Raja Patani
mengganti ayahandanya dan diberi gelaran “Phraya
Wicit Phakdi”

Di dalam masa pemerintahan Tengku Putih ini, negeri


Patani telah mulai bertambah-tambah ramai
penduduknya terutama abli perniagaan bangsa-
bangsa asingpun banyaklah yang datang berniaga di
dalam Patani. Di antara mereka itu yang lebih banyak
sekali ialah orang-orang Cina, dengan kerana
banyaknya orang-orang mereka lalu dipanggil
kampung yang didudukinya dengan nama Kampung
Cina hingga terkenal sampai hari ini.

Tiada berapa tahun kemudian Tuan Kundur Raja


Remen, Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu Putih)
Raja Jala yang kedua pun mangkat dilantik Tuan Timun
anak Tuan Kundur itu menjadi Raja Remen bergelar
Phraya Ratna Phakdi, raja inilah yang berpindah
berbuat kampung di Kota Baharu, Remen yang ada
sekarang ini. Di Jala telah dilantik Tengku Sulaiman
(Tuan Kecik) anak Tengku Muhamad Saleh menjadi
raja mengganti ayahandanya dengan bergelar Phraya
Narongrit Phakdi.

Demikian juga di wilayah Nongcik, setelah kematian


rajanya yang bernama Nai Kliang lalu dilantik seorang
pembesar Siam bernama Nai Ming menjadi raja di situ
dengan bergelar Phraya Phitera Phibit Narobit.

Kemudian daripada itu Tengku Jalaludin (Nik Lebai)


Raja Sai dan Tuan Timun Raja Remen mangkatlah pula,
lalu dilantik Tengku Abdul Kadir (Nik Kalpit) anak
Tengku Jalaludin itu menjadi Raja wilayah Sai dengan
bergelar Phrak Suria Suthon Phakdi dan dilantik
Tengku Abdul Mutalib (Nik Pik) menjadi penolongnya
dengan bergelar Phrak Ratna Montri. Tengku Abdul
Kadir inilah yang mendirikan kota istana raja di
Selindung Bayu atau Teluban pada masa ini.

Di wilayah Reman, dilantik Tengku Abdul Kadis (Tuan


Jagung) adik kepada Tuan Timun tadi menjadi rajanya
bergelar Phraya Ratna Phakdi dan dilantik Tuan Bali
Jawa anak Tuan Timun itu dan Tuan Lebeh anak
Tengku Abdul Kandis menjadi penolong keduanya.
Tengku Putih telah terus menerus menjalankan
pemerintahan di dalam negeri Patani dengan secara
aman tenteram hingga memasuki tahun Masehi 1881
baginda pun mangkat setelah menduduki atas takhta
kerajaan Patani selama 26 tahun. Di dalam masa hayat
itu baginda telah mempunyai dua orang isteri.

Di Kelantan beristeri kepada Tengku Raja puter kepada


Sultan yang menjadi penasihat raja (Phraya Phitak).
Pada masa baginda mangkat itu ialah sewaktu baginda
sedang gering di Kelantan hingga baginda mangkat
pun di Kelantan juga oleh itu baginda digelarkan al-
Marhum Mangkat di Kelantan.

Gambar : Sungai ini digali oleh Tengku Abdul Kadir,


Raja Patani bertempat di Kampung Perigi; Patani.

Kemangkatan baginda telah meninggal seorang putera


dan eman orang puteri iaitu :
Dengan isteri di Kelantan

1. Tengku Besar (Tengku Timun) ialah Raja Patani


yang ketiga.

2. Tengku Embong isteri Raja Bendahara Kelantan.

Dengan isteri di Patani

3. Tengku Embik isteri Tengku Muhamad Kelantan

4. Tengku Tengah isteri Raja Yala

5. Tengku Pik isteri Tengku Muhamad anak Raja


Belat.

6. Tengku Patani isteri Tengku Besar Indera Raja


Kelantan.

7. Tengku Muhamad menjdi Raja Muda dalam


pemerintahan Tengku Sulaiman Sharifudin.

Manakala Tengku putih sudah mangkat lalu dilantik


puteranya Tengku Besar (Tengku Timun) duduki
takhta kerajaan Patani menjadi Raja yang ketiga.
Adapun pada masa itu pangkat jawatan penasihat raja
belum lagi dilantik orang-orang yang memangkunya
kemudian daripada mangkat Raja Banggol itu lalu
dilantik Tengku Tengah anak Raja Banggol menjadi
Penasihat Raja. Tengku Sulaiman menjadi Raja Muda
dan dilantik Tengku Abdul Kadir anak Tengku Tengah
menjadi Penolong Raja.

Dalam antara itu juga Nai Ming Raja Nongcik pun mati
dan diganti oleh seorang orang Siam bernama Nai
Ming serta diberi gelaran Phraya Phitcra Kibal.

Tidak berapa lama kemudian Nik Timun Raja Jering


pun mangkat lalu dilantik adiknya Nik Mat menjadi raja
pemerintah di situ dengan diberi gelaran Phrya Phipit
Sinamat.

kemudian daripada itu Nai Ming Raja Nongcik pun mati


serta Nik Bongsu Raja Legeh pula mangkat lalu dilantik
Nai Tad menjadi Raja Nongcik dan dilantik Tuan Andak
anak Nik Bongsu itu menjadi Raja Legeh dengan
bergelar Phraya Pupha Phakdi.
Tengku Besar (Tuan Timun) telah menduduki atas
takhta kerajaan Patani selama sembilan tahun iaitu
menjadi Raja Patani yang ketiga menjalankan
pemerintahan di bawah kawaland an perhatian Raja
Siam-Thai. Dengan kerana negeri Patani pada masa itu
telah terjatuh ke bawah penaklukan Raja Siam maka
terkawallah soal keselamatan negeri dari diserang oleh
musuh-mushnya. Oleh itu dalam sejarah pemerintahan
Tengku Besar ini negeri Patani tidaklah lagi berlaku
permusuhan mahupun musuh-musuhnya dari luar
negeri atau musuhnya yang ada di dalam negeri iaitu
orang-orang Siam-Thai sendiri.

Hingga sampai pada tahun Masehi 1890 Tengku Besar


pun mangkat serta dimakamkan diperkuburan (Tok
Ayah) yang ada sekarang ini. Kemangkatan baginda
telah meninggalkan dua orang putera dan tiga orang
puteri serta mempunyai tiga orang isteri iaiu Cik Wa,
Mek Puteh dan Cik Mek Cik Teh.

Dengan isteri Cik Wa :

1. Tengku Besar, isteri Raja Muda Kelantan.

2. Tengku Wok, isteri Tengku Husin (Tengku Besar


Nai RA)

Dengan isteri Mek Putih :

3. Tengku Nik Haji (Tengku Ismai)

Dengan isteri Cik Mek Cik Puteh iaitu:

4. Tengku Tengah, isteri Tengk Ngah putera Raja Sai.

5. Tengku Muhamad (Tengku Cik Ku Mat)

Setelah Tengk Besar mangkat lalu dilantik Tengku


Sulaiman Sharifudin Raja Muda, menaiki takhta
kerajaan Patani dengan bergelar Sultan Sulaiman
Sharifudin iaiut menjadi Raja Patani yang keempat
dalam zaman penaklukan Siam-Thai, dan bergelar di
dalam bahasa Siam Phraya Wicit Phakdi.

Kemudian dilantik Tengku Muhamad putera Tengku


Besar iut juga menjadi Raja Muda, pada masa itu
Tengku Tengah yagn memangku jawatan penasihat
raja (Phraya Phitak) itupun mangkat pula lalu diganti
oleh anaknya Tengku Abdul Kadir memangku jawatan
itu. Serta dilantik Tengku Abdul Kadir putera Sulaiman
itu menjadi Penolong Raja (Phra Phipit Phakdi)

Di dalam masa pemerintahan Sultan Sulaiman


Sharifudin ini, banyaklah baginda membuat kebaktian
terhadap keselamatan dalam penghidupan rakyat
jelata Patani. Di antaranya ialah menggali sebuah
sungai kerana membetulkan sugan Patani yang
bengkok iaitu dikenali mulai dari kampung Perigi
hingga sampai ke kampung Anak Buluh panjangnya
lebih kurang 7 kilometer, sekarang telah terkenal
dengan mana Sungai Baru.

Selain dari itu, baginda sangatlah mengambil berat


dalam urusan agama Islam dan dengan kehendaknya
juga telah terbina sebuah masjid batu yang besar
hingga sekarang masih terdiri dengan kukuhnya iaitu
terkenal dengan nama Masjid Besar Cabang Tiga yang
ada pada hari ini. Baginda Sultan Sulaiman
Sharifudin ini tidaklah bersemayam di dalam kota
istana yang dibuat oleh al-Marhum Kelantan yang
dahulu itu dan baginda telah berbuat sebuah kota
Istana yang baru arah sebelah matahari naik kota itu, di
dalamnya baginda bersemayam hingga mangkat. Di
dalam kota Istana yang baharu ini juga menjadi tempat
semayam Tengku Muhamad Raja Muda.

Tiada berapa tahun kemudian Tuan Andak Raja Legeh


pun mangkat, lalu dilantik Tuan Tengah saudaranya
iaitu anak kepada Tuan Sulong menjadi Raja Legeh
menggantinya. Demikian juga apabila Nik Mat Raja
Jering mangkat maka dilantik Nik Wok anaknya
menjadi raja memerintah di situ pula.

Sultan Sulaiman Sharifudin telah menjalankan


pemerintahan dengan adil saksama serta banyak
baginda berbakti kepada rakyat jelata. Kerajaan Patani
sekalipun pemerintahan baginda dijalankan di bawah
kawalan perhatian Raja Siam-Thai tetapi soal
menyelenggarakan kepentingan bangsa negeri dan
kerajaan tidak ditinggalkan sahaja oleh baginda itu.

Setelah 10 tahun lamanya Sultan Sulaiman


Sharifudin menduduki di atas takhta kerajaan Patani
hingga memasuki tahun Masehi 1899 iaitu bersamaan
pada hari Jumaat 4 bulan Rabiulawal 1316H baginda
pun mangkat dan dimakamkan perkuburan Tok Ayah
juga.
Kemangkatan baginda telah meninggalkan dua orang
putera dan dua orang puteri yang didapati dari dua
orang isteri iaitu:

Anak dengan bonda Kelantan :

1. Tengku Sulung isteri Tengku Bentara.

Anak dengan Tengku Nik Putih anak Raja Sai.

2. Tengku Besar Tuan Kembang isteri Tengku


Muhamad Raja Muda.

3. Tengku Abdul Kadir Kamarudin kemudian menjadi


Raja Patani yang kelima.

4. Tengku Muhamad Saleh.

Kemudian dari kemangkatan baginda itu, lalu dilantik


puteranya Tengku Abdul Kadir Kamarudin menaiki
takhta kerajaan Patani menggatikan ayahandanya
iaitu menjadi Raja Patani yagn kelima daripada
keturunan raja-raja Kelantan dan ialah juga seorang
Raja Melayu yang akhir sekali memerintah negeri
Patani.

Manakala sampai ada tahun Masehi 1902, Raja Siam-


Thai di Bangkok telah mengambil keputusannya
hendak mengubah cara pemerintahan di dalam jajahan
takluknya di Patani iaitu berkehendak supaya tujuh
buah wilayah dalam Patani itu dicamtum menjadi
sebuah wilayah sahaja dan dinamakan Boriwen
(kawasan). Kemudian dimansuhkan daulat atau
kekuasaan raja-raja Melayu yang bertujuh itu. Serta
dilantik seorang Pesuruhjaya Siam mengganti raja-raja
Melayu dengan bertanggungjawap menjalankan
pemerintahan di dalam negeri Patani di bawah
hukuman dan perhatian Raja Singgora.

Raja Siam-Thai sangat mengerti bahawa kehendaknya


ini tentu akan mendapat bantahan kuat dari raja-raja
Melayu kerana iaitu bererti mencabul daulat dan
kehormatan mereka sebagai raja-raja Melayu yang
mempunyai hak pertuanan di atas negeri Patani. Oleh
itu dia telah menghantar seorang Menteri utusannay
ke Patani supaya merundingkan hal itu dengan raja-
raja Melayu. Di dalam rundingannya ini dia telah
meminta tanda tangan daripada raja-raja Melayu itu
tanda kebenaran dan persetujuan dengan kehendak
Raja Siam itu. Serta dia berjanji akan memberi gaji
saraan hidup kepada raja dan kaum kerabatnya hingga
sampai mati. Akan tetapi hak-hak dan pendapatan
hasil mahsul di dalam negeri Patani itu semuanya
hendaklah diserahkan kepada Raja Siam di Bangkok,
serta tiap-tiap seorang Raja Melayu itu tidak lagi
dipaksa menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok.

Dengan menggunakan bermacam-macam tipu


muslihat. Maka banyaklah di antara raja-raja Melayu
itu telah terpedaya hingga sanggup memberi tandan
tangan mengaku bersetuju dengan kehendak Raja
Siam-Thai. Kecuali Tengku Abdul Kadir Kamarudin
Raja Patani sahaja yang berkeras membantah
kehendak Raja Siam itu serta tidak mahu memberi
tanda tangannya kepada Menteri utusan Siam yang
datang ke Patani itu kerana baginda telah mengerti
bahawa kehendak Raja Siam itu bermaknalah hendak
merampas semua sekali hak-hak orang-orang Melayu
yang mempunyai hak pertuanan di atas negeri Patani.
Dan akhinya orang-orang Melayu juga akan jatuh
terkongkong di bawah penaklukan Siam-Thai
bersama-sama dengan hak kebebasan dan
kemerdekaan mereka.

Dengan pengertian ini Tengku Abdul Kadir Kamarudin


telah penuh berazam tidak mahu membenarkan
kehendak Raja Siam-Thai. Setelah itu Menteri
utusannya mulalah bertindak dengan cara kekerasan
akan menangkap baginda itu. Pada suatu hari pura-
pura dipersilakan baginda itu ke rumah perhentiannya
konon katanya hendak mengadakan rundingan yang
baik. Bala sahaja baginda datang ke rumahnya, denga
segera ditahan oleh orang-orang Siam-Thai dalam
sebuah bilik tidak dibenarkannya keluar. Hal ini
dijalankan denga cepat ligas hingga baginda sendiri
tidak sedar.

Bila hal penangkapan ini ditetahui oleh panglima-


panglima dan orang-orang besar Melay, datanglah
mereka beramai-ramai hendak merebut rajanya di
dalam tahanan orang-orang Siam itu. Tetapi baginda
berfikir tidak berguna dibiarkan rakyatnya bertumpah
darah kerana telah diketahuinya kekuatan orang-
orang Patani itu terlampau kecil lalu dibiarkan sahaja
baginda itu di dalam tahanan. Istimewa raja-raja
Melayu yang lain sudahpun berpihak kepada Raja
Siam-Thai dengan memberi tanda tangan masing-
masing. Melainakan Raja Legeh dan Raja Remen
sahaja yang berpendatan seperti baginda. Dalam hai
itupun kesudahannya dengan kerana digertak dan
diugut oleh orang-orang Siam-Thai, terpaksalah raja-
raja ini membenarkan kehendak Raja Siam itu.

Setelah itu Menteri utusan Siam pun kembali ke


Bangkok dengan membawa bersamanya Tengku
Abdul Kadir Kamarudin ke sana tujuannya hendak
mendesak dan mengancam supaya baginda memberi
tandangan atau bersetuju dengan kehendak Raja Siam
itu. Tetapi baginda ialah seorang raja Melayu yang
keras hati dan sangat menghargakan daulat Kerajan
Patani terus juga membantah kehendak Raja Siam-
Thai, lalu dihantar baginda itu ke dalam sebuah tempat
tahanan di negeri Pitsanuloke duduknya di utara kota
Bangkok.

Tatkala itu banyaklah di antara orang-orang Melayu


Patani yang taat setia kepada baginda itu telah
bertawakal mengikut bersama-samanya hingga
sampai ke Pitsanuloke, setengah mereka ada yang
telah mati di tengah jalan dan ada pula yang telah mati
di sanal.

Setelah dua tahun sembilan bulan lamanya baginda


ditahan di situ maka pada tahun Masehi 1905 baginda
pun dapatlah kebenaran dari Raja Siam kembali ke
Patani. Pasa masa itu cara-cara pemerintahan di dalam
negeri Patani telah berubah dan bertukar mengikut
kehendak Raja Siam-Thai. Negeri Patani telah
dicantum menjadi sebuah wilayah dan duduknya di
bawah kawalan dan hukuman Raja Singgora yang
diperintah oleh seorang Pesuruhjaya Siam bernama
Phraya Mohibul duduknya di dalam negeri Patani.

Sekalian raja-raja yang emam itu pun terhapuslah


daulat kekuasaan masing-masing hanya duduk dengan
menerima gaji saraan hidup sahaja hingga sampai
mati.

Setelah kembalinya Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu


ke Patani, baginda tidak suka lagi duduk di Patani lalu
terus berangkat tinggal di Kelantan beberapa tahun
lamanya. Hingga sampai pada tahun Masehi 1933
baginda pun mangkatlah di Kelantan dengan
menghidap penyakit angin sesak.
Kemangkatan baginda telah meninggalkan tida orang
putera dan tiga orang puteri iaitu :

Dengan Tengku Puteri Kelantan :

1. Tengku Ahmad Nurudin (Tengku Seri Akar Raja)


Kelantan.

Dengan Tuan Namas Patani :

2. Tengku Zahedah (Tengku Besar)

3. Tengku Yusuf Samsudin.

4. Tengku Raudzah bersuami kepada Raja Haji


Ahmad Perak.

5. Tengku Kamariah.

Dengan Maimunah Patani :

6. Tengku Yah bersuami kepada Tengku Abdul Kadir


Petra (Tengku Petra) anak Raja Sai.

7. Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Yang demkian tahun 1902 M ialah tahun kejatuhan


negeri Patani yang penghabisan sekali iaitu kehilangan
daulat raj-rajanya. Terhapus hak pertuanan orang-
orang Melayu atas negeri Patani, tergadai semua hak
kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja
Siam-Thai. Inilah tahun yang sehabis-habis malang
sekali di dalam sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu
Patani.

Dengan kemangkat Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu


habislah raja Melayu yang menduduki takhta Kerajaan
Patani, daripada keturunan raja-raja Kelantan. Dari
semenjak itu tidak ada siapa pun lagi yagn diangkat
menjadi Raja Patani. Hanya negeri Patani mulai mejadi
sebuah daripada jajahan takluk kerajaan Siam-Thai.

Di dalam tahun Masehi 1906 dengan kehendak Raja


Siam juga pemerintahan secara Boriwen itu hapuskan
dan diganti dengan suatu cara pemerintahan yang
lebih baharu. Lalu sekalian wilayah-wilayah yang tujuh
di dalam Patani itu disatukan semula menjadi sebuah
jajahan provinsi Patani, dalam bahawa Siam
dinamakan Monthon Patani. Kemudian di dalam
provinsi Patani itu dibahagikan menjadi empat buah
wilayah pula dipanggilnya iaitu wilaya Patani, Yala,
Saiburi dan Narathiwat (Bangnara). Kemudian dilantik
Pesuruhjaya Siam-Thai memerintah di dalam tiap-tiap
buah wilayah itu.

Serta dilantik pula seorang Pesuruhjaya Tinggi


(Gabenor General) berpusar di Patan, buat
memerintah di atas empat buah wilayah itu dan
sekalian pesuruhjaya di dalam tiap-tiap buah wilayah
itu menjalankan pemerintahan masing-masing di
bawah kawalannya. Pesuruhjaya Tinggi itu dinamakan
dalama bahasa Siam Semo Ha Tesa Peba Monthon.
Adapun orang Siam yang mula-mula sekali memangku
jawatan Pesuruhjaya Tinggi dalam provinsi Patani itu
ialah yang bernama Phraya Sakseni Narong dan nama
gelarannya yang baharu Phraya Deca-Nucit.

--

Bab 4 : Negeri Patani Zaman Kebangkitan

Apabila daulat raja-raja Melayu Patani telah dapat


dimansuhkan oleh kerajaan Siam dalam tahun 1902
dengan ikhtiar tipu dayanya. Kedudukan negeri Patani
semakin beransur-ansur tercamtum menjadi
sebahagian daripada jajahan negeri Siam-Thai dan
kerakyatan orang-orang Melayu Patani pun berubah
pula menjadi kerakyatan warga negara Siam-Thai.
Semenjak itu pegawai-pegawai Siam yang datang dari
kawasan Bangkok mulalah masuk memegang jawatan
di dalam Patani. Caranya pentadbiran di dalam negeri
Siam-Thai pada masa itu dijalanakan secara
pemerintahan kuasa raja (autokrasi) yang demikian
corak pemerintahan dalam Patani pun telah dijalankan
dengan mementingkan faedah dan muslihat dalam
Patani pun telah dijalankan dengan mementingkan
faedah dan muslihat untuk pegawai-pegawai Siam dan
kerajaannya. s

Orang-orang Melayu telah dikenakan dan dipaksa


membayar cukai hasil mahsul kepada kerajaan dengan
sebanyak-banyaknya serta segala kekayaan di dalam
Patani hendaklah juga dipungut itu hendaklah
semuanya dihantar ke Bangkok. Sebahagian kecil telah
diasingkan kerana perbelanjaan gaji pegawai-pegawai
Siam itu dan boleh dikatakan tidak ada satu bahagian
pun dari hasil mahsul itu yang digunakan dalam urusan
kebajikan orang-orang Melayu yang telah berpenat
lelah membayar hasil cukai itu.

Kebanyakan daripada pegawai-pegawai Siam itu tidak


pernah mengambil berat atas perkara faedah-faedah
dan kebajikan orang-orang Melayu. kedatangan
mereka ke Patani pada mulanya hanya membawa
pangkat jawatan masing-masing sahaja tetapi bila
mereka bersara, banyaklah kebun-kebun yang luas dan
kampung halaman yang besar-besar yang didapatinya
dalam Patani. Setengahnya pula bila telah bersaram
mereka pun pulanglah ke Bangkok dengan membawa
harta benda itu yang boleh menghidupkan mereka
dengam limpah mewah. Pegawai-pegawai Siam-Thai
itu tidak pernah menindas faham kebangsaan Melayu
dan agama Islam kerana pada zaman pemerintahan
autokrasi itu dasar yang seumpama ini belum lagi ada
mereka telah memerintah dengan senang lenang saja,
tetapi mereka tidak mengambil berat sedikit pun pada
memajukana jajahan-jajahan itu melainkan pada
perkara yang mengenai muslihat mereka.
Rajah : Salasilah Raja Patani dari Keturunan Raja
Kelantan

Perkhidmatan dalam perkara kesihatan, pelajaran, dan


kemakmuran sama sekali tidak ada, sekolah-sekolah
Siam pada masa itu hanya didirikan dalam bandar
untuk faedah anak-anak pegawai Siam. Sekolah
Melayu tidak ada langsung. Sewaktu pemerintah
hendak mengadakan jalan-jalan raya bagi
menyenangkan perhubungannya di antara satu
jajahan dengan satu jajahan, semuanya terpulang
kepada anak negeri yang membuatnya. Mereka
dikerah berkerja menjadi buruh ada kalanya terpaksa
pula membawa bekalan masing-masing.

Pentadbiran kerja di mahkamah semuanya terpulang


kepada Pesuruhjaya Tinggi, kepada pegawai polis dan
akhirnya kepada hakim.

Ada kalanya orang yang dibawa ke mahkamah itu


terpaksa menanti berbulan-bulan lamanya sebelum
perkara itu dibicarakan. Hai ini ialah disebabkan
pegawai-pegawai itu mahu mengetahui berapakah
banyak wang yang dapat diberi oleh orang yang
terdakwa itu kepada mereka apabila perkaranya
dibicarakan.
Pentadbiran yang dijalankan seumpama ini semuanya
dirasa oleh orang-orang Melayu itu dengan bergelisah
dan tidak puas hait.

Dalam tahun 1923 orang-orang Melayu itu mula


mengadakan pergerakan enggan membayar cukai
kerana benci atas perbuatan pegawai-pegawai Siam-
Thai yang menerima wang dan juga perbuatan mereka
tidak mengambil tahu akan hal pentadbiran
memperbaiki negeri. Dalam tahun ini juga orang-
orang Melayu telah melancarkan pergerakan
menuntut kebebasan tetapi pergerakan ini telah dapat
dipadamkan oleh kerajaan Siam setelah berlaku
sesuatu pertempuran di antara ahli pergerakan dengan
pasukan polis Siam dalam daerah Mayor (Rakak).
Beberapa banyak ketua-ketua Melayu Patani yang
telah dituduh bersubahat dalam pergerakan ini telah
ditangkap kemudian dihantar ke Bangkok dengan
alasannya sebagai kaum penderhaka, ada di antara
mereka yang telah mati dan terus berkubur di sana.

Di antara ketua-ketua Melayu yang mengetuai dalam


pergerakan ini ialah Tengku Abdul Kadir Kamarudi,
Raja Patani yang akhir yang telah menolak tawaran
kerajaan Siam hendak menjadikannya raja patung,
setelah pergerakan yang mula-mula ini kecewa,
baginda pun terus berundur ke Kelantan dan terus
tingal di sana hingga mangkat.

Dengan sebab berlaku kejadian ini, serta umur telah


terlampau tua, maka Phraya Deca Pesuruhjaya Tinggi
bagi provinsi (Monthon) Patani telah dilucutkan dari
jawatan serta diganti oleh seseorang yang lain
kemudian beberapa kali bertukar ganti orang-
orang yang memangku jawatan ini. Hingga sampai
pada tahun 1932 iaitu tahun negeri Siam sedang
diperintah oleh Raja Prajadhipok Raja Siam yang
ketujuh. Dalam masa pemerintahan raja ini keadaan
iktisad negeri Siam sangatlah terjatuh hampir-hampir
akan memerbahayakan kepada kerajaannya.

Dengan tujuan memulihkan kejatuhan iktisad ini,


kerajaan Siam-Thai banyaklah mengubah cara-cara
pentadbiran di dalam negerinya. Di antaranya
mengurangkan jumlah pegawai-pegawai kerajaan dan
memotong rancangan belanja yang tidak mustahak
dan kemudian telah dihapuskan beberapa buah
provinsi di seluruh negeri Siam. Satu daripadanya
termasuk provinsi Patani iaitu dihapuskan serta
disatukan dengan provinsi Nakhorn Sri Thammarat.
Dalam Patani itu telah dihapuskan sebuah wilayah iaitu
wilayah Saiburi (Teluban) setengahnya disatukan
dengan wilayah Patani dan setengahnya disatukan
dengan wilayah Narathiwat. Semenjak itu tinggallah
hanya tiga buah wilayah sajaha iaitu Patani, Yala,
Narathiwat dan ketiga-tiganya termasuk di bawah
perintah Pesuruhjaya Tinggi Provinsi Nakorn Sri
Thammarat yang berpusat di Singgora.

Langkah-langkah memulih iktisad ini telah dijalankan


dengan tidak memberi kejayaan yang penuh, ahli-
ahli politik Siam telah merasai negerinya akan jatuh
meleset dan miskin serta akan menambahkan lebih
banyak lagi jumlah kaum penganggur dan orang-
orang yang tiada berperkerjaan.

Oleh itu pada waktu pagi 24 Jun 1932 berlakulah


pemberontakan merampas kuasa dalam Bangkok yang
dijalankan oleh ahli politik yang bergelar “Kumpulan
Rakyat” terdiri dari pegawai-pegawai tentera darat,
laut dan udara serta orang-orang periman. Tujuannya
akan mengubah pemerintahan secara autokrasi itu
kepada pemerintahan secara demokrasi (kedaulatan
rakyat). Perkumpulan ini diketuai oleh Phray Pahon,
Nai Pridi Panomyang, Luang Phibun Songgram dan
lain-lain termasuk juga pemimpin-pemimpin kaum
Islam dalam Bangkok seperti Haji Abdul Wahab dan
Haji Shamsudin Mustafa.

Kemudian telah diisytihar dan dipakai sebuah undang-


undang perlembagaan yang baharu cara-cara
demokrasi iaitu memberi kesempatan kepada rakyat
tiap wilayah berhak memilih seseorang wakilnya hadir
ke majlis mesyuarat kerajaan di Bangkok sebagai
wakil-wakil rakyat yang berketanggungan dan berhak
mencampuri dalam urusan pemerintahan kerajaan.
Manakala daulat Raja Siam yang tiada berhad itu telah
dibataskan oleh undang-undang perlembagaan ini,
mengisytiharkan enam dasar pemerintahan negeri
sebagai sendi amalan demokrasinya iaitu:

- Mengawal keselamatan politik, keadilan dan


ekonomi;

- Mengawal keselamatan dan ketenteraman di dalam


negeri;
- Memajukan kemakmuran rakyat jelata;

- Memberi persamaan hak kepada rakyat jelata dan

- Memberi pelajaran kepada rakyat jelata dengan


secukupnya.

Dalam tahun 1933 kerajaan Siam-Thai telah


memansuhkan segala provinsi (Monthon) dalam negeri
Siam. Dikekalkan hanya wilayah-wilayah (Changwat)
sahaja dan seluruh wilayah-wilayah itu termasuk
wilayah Patani, Yala dan Bangnara (Narathiwat), terus
termasuk di bawah takluk dan perintah Jabatan
Menteri Dalam di Bangkok. Dengan perubahan yang
akhir ini negeri Patani pada hakikatnya telah mulai
menjadi sebahagian dari nageri Siam-Thai jati dan
keadaannya semakin bertambah jauh terpisah dari
negeri Melayu dalam Semenanjung.

Di dalam susunan perlembagaan negeri baharu itu,


telah termasuk pada ayat yang pertama bahawa (di
negeri Siam-Thai) adalah satu di dalam segala-galanya
dan tidak boleh dibahagi-bahagikan.

Dalam hal itu pun, dengan corak pemerintahan


demokrasi itu, orang-orang Melayu dalam wilayah-
wilayah yang tersebut telah merasai lapang dadanya.
Bila mereka mendengar isytihar-isytihar demokrasi
yang manis bunyinya itu dan masing-masing
menunggu akan mengecap rasa demokrasi yang
memberi persamaan hak dan kebebasan.

Tetapi dari setahun ke setahun tidak ada satu


perubahan pun yang berlaku istimewa dalam
kesihatan, pelajaran, jalanraya dan lain-lain lagi,
semuanya tinggal terbiar juga seperti zaman
pemerintahan autokrasi dahulu. Sekali lagi orang-
orang Melayu berasa sungguh gelisah tidak puas hati.

Akan tetapii dengan cara pemerintahan demokrasi ini


menjadikan orang-orang Siam bertambah dalam rasa
kebangsaa lebih daripada masa yang dahulu. Dalam
golongan orang-orang Siam ini teah mentafsirkan ayat
pertama dalam perlembagaan tadi bahawa tiap-tiap
orang yang menjadi kerakyatan Siam-Thai mestilah
dihitung sebagai orang-orang Siam. Dalam segala hal
ehwal ertinya mesti memakai satu bahawa, adat rasmi,
pakaian yang sama dan agama yang satu. Mereka telah
lupa bahawa kebebasan beragama, beribadat dan cara
kedudukan kepada semua orang yang mendiami
dalam negeri Siam.

Dalam tahun 1939 faham kebangsaan Siam-Thai telah


mulai merebak di negeri Siam dibawa oleh Luang
Phibun Songgram yang pada masa itu telah menjadi
Perdana Menteri. Di kalangan orang-orang besar Siam
Luang Phibun Songgram telah terkenal seorang ahli
politik yang kuat memakai faham kebangsaan. Dia
telah mengadakan bermacam rancangan untuk
membina faham kebangsaan itu dan telah menjadi
cita-citanya supaya Semenanjung Indochina serta
berbagai-bagai pula ikhtiarnya hendak menindas pula
puak kecil dalam negerinya.

Dalam tahun 1940, sebuah Dewan Kebudayaan Siam


telah ditubuhkan di Bangkok dan terkenal dengan
nama Sapha Wattanatham tujuannya hendak
memajukan faham kebangsaan dan meluaskan
kebudayaan Siam ke seluruh negerinya. Dewan
Kebudayaan ini dengan beransur-ansur mengeluarkan
perintah yang berupa sebuah undang-undang “paksa”
atas orang ramai suatu daripada perintah yang mula-
mula dikeluarkannya ialah memaksa semua orang-
orang Siam mesti memakai pakaian cara barat dan
disajakkan dengan topi bagi lelaki dan perempuan.
Waktu makan mesti menggunakan garpu dan bermeja
kerusi.

Orang-orang Melayu dalam wilayah Patani, Yala,


Narathiwat dan Setul telah merasai perintah ini
mengenai tepat atas mereka oleh kerana mereka telah
dilarang memakai pakaian Melayu, mempunyai nama-
nama Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dan
memeluk agama Islam.

Dalam berapa syarat undang-undang memajukan


kebudayaan Siam itu ialah mengharamkan bahasa
Melayu dalam segala pejabat kerajaan, pegawai
kerajaan yang tahu berbahasa Melayu telah dilarang
keras bercakap-cakap bahasa Melayu dengan anak
negeri. Orang-orang Melayu yang mengurus sesuatu
hal di pejabat kerajaan terpaksalah menggunakan
bahasa Siam. Jikalau mereka tidak tahu berbahasa
Siam terpaksalah diupah kepada siapa-siapa yang tahu
bahasa Siam menjadi guru bahasanya dengan tiada
peduli sama ada urusan itu penting atau tidak.
Dalam syarat-syarat memajukan kebudayaan itu juga
menyatakan bahawa agama Buddha ialah agama rasmi
dan agama Islam adalah mesti ditentang serta tiap-tiap
urusan yang akan memajukan agama Islam itu mesti
dihalang, lebih-lebih hebat lagi apabila orang-
orang Melayu dalam daerah Saiburi (Teluban) telah
dipaksa menyembah berhala Buddha. Demikianlah
berhala Buddha itu telah diletak dalam sekolah-
sekolah Siam dan murid-muridnya sebahagian banyak
kanak-kanak Melayu telah dipaksa menyembahnya.

Sejumlah kecil anak-anak Melayu yang memegang


jawatan kerajaan telah dipaksa menukar namanya
dengan bahasa Siam dan segala jawatan yang tinggi
telah diharamkan kepada anak-anak Melayu
memegangnya istimewa orang-orang yang beragama
Islam telah dilarang menuntut dalam sekolah-sekolah
tentera dan memegang jawatan-jawatan yang tinggi.

Dalam tahun 1941 undang-undang kebudayaan ini


telah berjalan dengan rancaknya. Dalam wilayah-
wilayah Melayu itu pada mulanya ialah memaksa
orang-orang Melayu berpakaian Barat, kot patalon
dan bertopi bagi lelaki serta bergaun singkat dan
berbaju pendek bagi perempuan. Siapa-siapa yang
enggan mengikut undang-undang ini ditangkap dan
didenda kadang-kadang disepak teranjang oleh polis-
polis Siam. Dalam tahun inilah orang-orang Melayu
dalam wilayah itu mulai bergelisah istimewa bagi pihak
alim ulama, mereka juga dipaksa berpakaian Barat dan
kerapkali berlaku baju-baju jubah dan serban orang-
orang haji itu telah diseret oleh polis-polis Siam serta
dipijak dengan kakinya. Begitulah juga orang-
orang perempuan sewaktu berjual beli di pekan-pekan
selalu ditendang dan dihentam dengan buntut
senapang oleh polis-polis Siam itu kerana memakai
baju kebaya dan berkelubung.

Yang demikian dengan anjuran Luang Phibun


Songgram itu telah menjadikan pegawai-pegawai
Siam dalam wilayah Melayu itu dapat bermaharajalela
dengan seluasnya. Istimewa dengan adanya undang-
undang kebudayaan tadi, menjadikan mereka semakin
rancak mencabul kehormatan agama Islam dan
menoda adat istiada Melayu serta apabila dirasuk oleh
faham kebangsaan menyebabkan mereka
memandang hina dan keji ke atas orang-orang Melayu.
Pada 8 Disember 1941 berlaku peperangan Asia Timur
Raya, manakala tentera Jepun telah melancarkan
serangannya di sekitar Tenggara Asia di antaranya
telah mendarat di seluruh Pantai Timur Siam begitu
juga di Patani, di sepanjang-panjang sempadan Timur
Siam telah di serang oleh tentera Jepun dan
perjuangan dengan tentera Siam telah berlaku
beberapa jama lamanya, Luang Phibun Songgram
telah memecahkan dasar perkecualinya dengan
membenar tentera Jepun melalui negeri Siam
meneruskan serangannya ke Burma dan Tanah
Melayu. Dengan langkahnya Luang Phibun Songgram
inilah telah menyebabkan Tanah Melayu dan
Singapura jatuh ke tangan Jepun dengan senang. Tiada
berapa hari kemudian dia telah mengisytiharkan
perang ke atas pihak berikat dan mengikat setia
berkerjasama dengan Jepun.

Dalam masa peperangan itu gerakan memajukan


kebudayaan dan faham kebangsaan Siam semakin
bertambah-tambah luas dan suatu perjanjian telah
dibuat antara Dewan kebudayaan Siam dengan Dewan
kebudayaan Jepun kerana berbantu-bantu dalam
usaha memajukan kebudayaan masing-masing.

Dengan menggunakan kekuatan tentera dan pengaruh


tangan besi, Luang Phibun Songgram telah berjaya
memegang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.
Dan dengan berlindung di sebalik Pedang Samurai dia
telah mulai menjalankan pemerintahan diktator dan
meniru kepada langkah-langkah yang dijalankan oleh
fasis.

Dalam masa pemerintahan diktator Phibun Songgram


inilah tindakan-tindak pegawai-pegawai Siam atas
orang-orang Melayu semakin bertambah keras dan
kejam serta gerakan hendak “mensiamkan” orang-
orang Melayu itu semakin bertambah-tambah jelas.
Langkahnya yang kedua telah mulai pula dijalankan
iaitu mendirikan keagungan negara Siam-Thai dengan
berdasar kepada Siam Maha Besar (Greater Siam).
Dengan dasarnya ini diktator Phibun Songgram telah
menghantar pasukan tenteranya pergi menakluk
wilayah Shan dalam Burma dan masuk memerintah
dalam negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah dalam tahun 1943.
Dalam tahun 1944 Phibun Songgram telah
memansuhkan jawatan Qadi Islam dalam wilayah-
wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Setul serta
membatalkan undang-undang Islam yang berkenaan
dengan nikah cerai dan harta pusaka yang telah dipakai
oleh kerajaan Siam yang dahulu semenjak berpuluh-
puluh tahun lamanya. Kemudian segala perbicaraan
yang berkenaan dengan urusan Islam ini telah dipaksa
mesti mengikut undang-undang sivil kerajaan dan
diputuskan oleh mahkamah Siam.

Dalam tahun ini kedudukan orang-orang Melayu dan


kehormatan agama Islam semakin bertambah genting
bagi mempertahankan kedudukan mereka. Dalama
tahun ini juga ahli-ahli ulama dengan diketuai oleh Haji
Sulong bin Abdul Kadir telah mendirikan sebuah
pertubuhan Islam dalam Patani yang dinamakan
“Hai’ah al-Nafz al-Ahkam al-Syar’iah” tujuannya
hendak memperkemaskan kerjasama di antara ketua-
tua agama yang bertanggungjawab itu
mempertahankan gerakan kerajaan Siam hendak
mensiamkan orang-orang Melayu dan mencabul
agama Islam.

Maka pada 14 haribulan Januari 1944 bersamaan 1487


tahun Siam suatu rayuan telah dihantar kepada
Perdana Menteri Phibun Songgram oleh Tengku Abdul
Jalal bin Tengku Abdul Muttalib pemimpin Melayu
Selatan Siam yang berjiwa kebangsaan yang sejati dan
Ahli Parlimen wakil Melayu dalam parlimen Siam-Thai
pada masa itu. Berkenaan kecabulan dan perkuasaan
undang-undang kebudayaan Siam-Thai itu terhadap
kebudayaan bangsa Melayu Selatan Siam dan terhada
agama Islam yang dijalankan oleh Gabenor Patani
(bangsa Siam-Thai) pada masa itu. Akan tetapi
malangnya telah mendapat jawapan rasmi pada 29
haribulan April tahun 1944 bersamaan 2487 tahun
Siam jawapan itu datangnya dari Pejabat Setiausaha
Perdana Menteri Phibun Songgram dan kandungnya
oleh menyokong kelakuan Gabenor Patani itu
menjalankan undang-undang kebudayaan yang zalim
dengan cara kasar dan paksa, surat itu demikian
bunyinya:

Saya suka memaklumkan kepada tuan bahasa surat


tuan kepada Perdana Menteri bertarikh 14/2/1944
kerana memaklumkan darihal kekasaran peerjalanan
Gabenor negeri Patani itu telah diperiksa, dan Pejabat
Menteri Dalam telah memberi kenyataan bahawa yang
diperbuat oleh Gabenor negeri Patani itu difikirkan
patut tidak ada mendatangkan perasaan panas kepada
rakyat yang banyak. Demikianlah dimaklumkan.:

Sekianlah jawapan kerajaan Phibun Songgram


terhadap rayuan bangsa Melayu dan umat Islam
selatan Siam itu yang disuarakan oleh pemimpin dan
ketua mereka akan tetapi rayuan itu bukannya
mendapat pertibangan yang adil malah pemerintah
Siam menyokong pula kelakuan pegawainya yang
zalim dan kejam itu.

Pada 14 Ogos Jepun telah mengaku kalah kepada pihak


Berikat serta peperangan Asia Timur Raya pun tamat.
Diktator Phibun Songgram telah ditangkap sebagai
orang salah peperangan yang utama di dalam Siam
kerana berkerjasamanya dengan Jepun dan
dimasukkan ke dalam jel selama enam bulan.

Dengan kemenangan pihak Berikat itu menjadikan


angan-angannya hendak mendirikan negara Siam
yang maha besar tidak berjaya dan pergerakan
memajukan kebudayaan dan faham kebangsaan Siam
telah terhenti juga. Pada bulan Ogos 1945 Nai Khuang
dilantik menjadi Perdana Menteri Siam serta
membentuk sebuah jemaah menterinya yang baharu.
Kerajaan Nai Khuang ini telah memansuhkan semua
undang-undang kebudayaan yang dibuat oleh Phibun
Songgram serta gerakannya hendak mensiamkan
orang-orang Melayu itupun terhenti dengan sendiri.

Walaupaun begitu keganasan dan kekkejaman


pegawai-pegawai Siam atas orang-orang Melayu itu
tidak juga berhenti. Dengan kerana akibat dari
Peperangan Dunia Kedua, telah menjadikan akhlak
dan perasaan pegawai-pegawai Siam itu sangat rosak
hingga undang-undang keadilan dan perikemanusiaan
telah dibelakangkan oleh mereka. Pada mas itu suatu
penyakit yang sangat merebak di kalangan pegawai-
pegawai Siam ialah pekerjaan pecah amanah dan
makan suap iaitu mulai dari pegawai-pegawai yang
renda. Sesuatu perkara yang mustahak diuruskan
dengan kerajaan tidaklah akan mendapat kejayaan
jikalau tidak disediakan terlebih dahulu wang suap
kepada pegawai-pegawai itu.
Di pihak Pegawai Polis pula, seorang jahat yang telah
ditangkapnya, dengan senang sahaja boleh selamat
dan biasa bila diberi wang suap kepada mereka.
Acapkali berlaku apabila seseorang anak Melayu yang
telah disyaki ada bersubahat dengan penjahat-
penjahat terus-terus ditangkap oleh Polis Siam
kemudian dibawanya ke tempat yang sunyi lalu
ditembak dengan beramai-ramai sebelumnya orang-
orang Melayu itu dibawa ke tempat tahanan. Begitu
juga anak-anak Melayu yang dituduh ada mengambil
bahagian dalam pergerakan politik melawan
pemerintah, selalu diugut atau dibuat bermacam-
macam fitnah oleh Polis Siam sehingga mereka dapat
ditangkap kemudian ditembak sahaja dengan tidak
payah dibawa ke dalam perbicaraan mahkamah.

Dalam bulan Disember 1947 suatu kejadian yang sedih


dan dahsyat telah berlaku dalam Patani manakala
seorang Merinyu Polis Siam telah ditembak mati oleh
penjahat-penjahat berhampiran dengan sebuah
kampung yang bernama “Belukar Semak”. Sepasukan
Polis Siam telah datang ke kampung itu menangkap
anak-anak Melayu kemudian diseksa dengan
bermacam-macam perbuatan kerana hendak
mengetahui siapa dia sipembunuhnya. Tuduhan
mereka mengatakan anak-anak Melayu dalam
kampung itu membekalkan makanan kepada
penjahat-penjahat serta berpihak kepada penjahat-
penjahat itu dengan memberi bantuan yang penuh.
Dengan tuduah ini datanglah Polis Siam dengan
beramai-ramai membakar kampung itu dengan
alasannya penduduk dalam kampung itu ada
bersubahat dengan penjahat. Dengan pembakaran ini
menyebabkan 25 kaum keluarga anak Melayu yang
tiada berumahtangga.

Pada 26 September 1947 Miss Barbara Wittingham-


Jones, seorang wartawan wanita Inggeris telah
melawat ke Patani bagi julung kali semenjak lepas
perang. Dia telah menjelajah sejauh 250 batu melalui
negeri ini kerana memerhati dan menyiasat kedudukan
700,000 orang-orang Melayu di bawah penindasan
kerajaan Siam-Thai.

Dalam akhbar Straits Times, di Singapura keluaran 1


Disember, Miss Jones telah menceritakan pendapatan
dari penyiasatan di Patani itu demikian katanya, “Di
mana saya pergi, saya dapati dasar penindasan yang
dijalankan dengan teratur dan satu gerakan sengaja
dilancarkan untuk mensiamkan anak negeri. Perasaan
rakyat telah menggelegak oleh larangan yang dipaksa
oleh kerajaan Siam ke atas pendidikan orang-
orang Melayu di sana,” kata Miss Jones sambil
menerangkan bahawa sekolah-sekolah Melayu dalam
Patani, telah ditutup oleh kerajaan Siam-Thai.

“Di sepanjang-panjang jalan raya lihat bangunan-


bangunan sekolah ditutup dan kosong bahkan sekolah-
sekolah agama pun ikut diharamkan oleh kerajaan
Siam. Meskipun satu dua sekolah-sekolah Melayu
masih hidup terutama sekali di Yala dan Narathiwat
tetapi sehari dua selama lawatan saya ke sana,
beberapa buah lagi telah dipaksa ditutup, kerana
orang-orang Melayu itu tak mahu menghantarkan
anak-anaknya ke sekolah Siam sehingga mereka pun
berdegil juga tidak mahu mempelajari bahasa Siam.
Maka kemunduran tentang pelajaran antara bangsa
Melayu di Patani ini adalah menghalang kemajuan
masyarakat dan ekonomi mereka.

Mengatakan bahawa dasar Siam ini telah mematikan


roh dan semangat bangsa Melayu maka Miss Jones
telah menerangkan bahawa akibatnya ialah jurang
yang menceraikan “penakluk-penakluk Siam itu
dengan orang-orang Melayu makin hari makin luas”.
Penjajah Siam katanya lagi terang memandang keji
dan hina rakyat Melayu iaitu mensifatkan rakyat
Melayu itu sebagai satu bangsa yang buta huruf dan
orang tani yang bodoh.

“Sebagai qariah dalam pergaulan masyarakat maka


tidaklah hairan sekiranya setengah-setengah orang
Melayu lebih keras hatinya telah menjadi musuh
terhadap masyarakat iaitu denga merompak di darat
dan di laut.” Demikian kata Miss Jones.

“Segenap lapisan pegawai-pegawai Siam adalah


memakan suap dan kerana keburukan ini diburukkan
lagi oleh perasaan pegawai-pegawai Siam itu
memandang keji dan hina ke atas orang-orang Melayu
maka jadilah nasib orang-orang Melayu Patani itu
terus menerus menderitaaniaya kecerobohan dan
dasar tuntut bela pegawai-pegawai Siam itu.”
Kemudian Miss Jones pun meceritakan bagaimana
Polis Siam pernah membakar kampung-kampung
Melayu sampai hangus semata-mata kerana kampung
itu dituduh melindungi penjahat-penjahat.

“Polis-polis Siam tidak mahu menyiasat sama ada


benar atau tidak tuduhan-tuduhan itu atau
membicarakan orang-orang itu di dalam mahkamah.
Pegawai-pegawai Siam pernah masuk ke rumah-
rumah orang-orang Melayu mencabul perempuan-
perempuan Melayu dan memaksa kedai-kedai Melayu
supaya membayar wang perlindungan kepada mereka
wang perlindunga ini berjumlah sampai beribu-ribu
dan polis Siam selalu masuk ke kedai-kedai Melayu
merampas apa sahaja barang yagn disukainya” kata
Miss Jones.

Menunjukkan nyawa orang-orang Melayu di Patani


tidak berharga. Wartawan itu mengatakan, “Orang-
orang Melayu selalu ditembak begitu sahaja dengan
tidak ada usul periksa lagi atau hilang ghaib dengan
tidak meninggalkan kesan dan cerita lagi.

“Kerana Patani terpencil dari dunia luar makan orang-


orang Melayu tak dapat dan tak berupaya menentang
pemerintahan yang kejam dan ganas ini, teguran-
teguran yang sederhana kepada pemerintah Siam
adalah dianggap sebagai membahayakan keselamatan
negeri, oleh kerajaan Siam teguran-teguran ini pun
ditindas dengan hukum bunuh atau disiksa. Orang-
orang Melayu di Patani tidak ada kebebasan bercakap,
tidak ada surat khabar, tidak banyak mempunyai peti-
peti radio dan tidak ada badan politik. Tempat yang
digunakan oleh orang-orang Melayu Patani untuk
bersuara ialah di masjid-masjid. Sekali sekali sebuah
surat khabar Melayu telah dibawa masuk dengan sulit
ke Patani iaitu surat khabar Utusan Melayu”

Lebih jauh Miss Jones menerangkan, “Bahawa


walaupun sudah lebih lima puluh tahun Siam-Thai
menindas orang-orang Melayu begini dahsyatnya.
Tetapi dasar mensiamkan orang-orang Melayu belum
lagi berjaya. Saya hairan melihat kekuatan batin orang-
orang Melayu Patani menahan tindasan itu sehingga
dapat mereka memelihara adat mereka.

Demikianlah ringkasan dari kenyataan wartawan Miss


Jones membayangkan keadaaan yang sebenar berlaku
dalam wilayah-wilayah Melayu selatan Siam dan
dapatlah pengertian mengapa sebabnya orang-
orang Melayu Patani telah bangkit serentak menuntut
kemerdekaan dan keadilan.

Setelah berita keganasan dan gerakan hendak


mensiamkan orang-orang Melayu di Patani itu
terheboh ke seluruh dunia terutama di Malaya, maka
pada bulan Ogos 1947 kerajaan Siam-Thai telah
menghantar rombongan penyiasatnya seramai tujuh
orang ke Patani, bagi menyiasat perkara-perkara yang
tersebut serta akan mendengar fikiran penduduk-
penduduk tempatan bagi mengadakan suatu
perubahan yang sesuai dengan kehendak orang-
orang Melayu itu.

Pada 24 Ogos rombongan penyiasat ini telah


mengadakan perjumpaan besar dengan orang-
orang Melayu di Patani serta diberi kesempatan
bersoal jawap dengannya. Dalam perjumpaan ini Haji
Sulong bin Abdul Kadir, Ketu Majli Islam dan Wan
Othmann Ahmad ketua Persatuan Semangat Patani
dengan mewakil rakyat tuntutan yang dihadapkan
kepada kerajaan. Kandungan tuntutan itu ialah;

1. Hendaklah kerajaan Siam-Thai mengadakan


seorang yang berjawatan tinggi dengan berkuasa
penuh memerintah atas empat wilayaw iaitu Patani,
Yala, Narathiwat dan Setul, yang dilantik daripada
orang Islam yagn diperanakkan dalam salah satu
wilayah ini dengan dipilih oleh rakyat jelatanya sendiri.
Orang yang memegang jawatan ini hendaklah
dikekalkan selama-lamanya dengan tidak bertukar
ganti.

2. Sekalian hasil-mahsul yang didapati dalam


empat wilayah ini hendaklah dibelanjakan untuknya
semata-mata.

3. Hendaklah kerajaan mengadakan pelajaran


bahasa Melayu dalam sekolah-sekolah mukim dalam
empat wilayah ini hingga sampai darjah empat.

4. Pegawai kerajaan dalam empat wilayah ini


hendaklah 80 peratus jumlahnya daripada orang-
orang Islam yang diperanakkan dalam wilayah-
wilayah ini.
5. Hendaklah kerajaan menggunakan bahasa
Melayu dalam pejabat kerajaan bersama-sama dengan
bahasa Siam.

6. Hendaklah kerajaan membenarkan Majlis


Agama Islam mengeluarkan undang-undangnya
sendiri yang berkenaan dengan adat istiadat agama
Islam dengan persetujuan orang yang berjawatan
tinggi itu.

7. Hendaklah kerajaan mengasingkan mahkamah


syariah daripada mahkamah kerajaan yang ada dalam
empat wilayah itu dan berkuasa menghukum
perbicaraannya dengan bebas.

Gambar : Pintu Kota Cabang Tiga, Patani

Kandungan surat tuntutan ini lebih lanjut lagi


mengupaskan peri amalan bahagian daripada
pegawai-pegawai Siam tempatan kerap kali
menceroboh hak-hak rakyat jelata Melayu sambil
dirayukan kepada kerajaan Siam-Thai bahawa
tuntutan mereka hari bukanlah bererti hendak
memecah dasar perlembagaan kerajaan Siam-Thai
malah tuntutan ini adalah dituju pada maksud untuk
memperbaiki nasib bangsa dan tanah air mereka dalam
masa dunia sedang sibuk merancangkan kepentingan
hak dan kemerdekaan bangsa-bangsa yang telah
terjajah.

Tatkala mengupas soal kerakyatan Melayu maka


tuntutan itu berkata, “....kami orang-orang Melayu
telah insaf bahawa hakikat yang sebenar kedudukan
kami di dalam pemerintahan Siam telah tercabul dan
terhina manakala kami telah dipanggil ‘Thai-Islam’
dengan panggilan ini nyatalah soal kerakyatan kami
sebagai bangsa Melayu telah tiada diiktiraf oleh
kerajaan Siam-Thai. Oleh itu kami atas nama seluruh
rakyat jelata Melayu di Patani dengan sebulat suara
menuntut hendaklah kerajaan Siam mengutamankan
kerakyatan kami sebagai bangsa Melayu yang
berugama Islam supaya janganlah selama-lamanya
dunia memandangkan kami sebagi Thai-Islam yang
sejati.

Segala tuntutan orang-orang Melayu itu telah diterima


oleh rombongan penyiasat kerajaan Siam-Thai itu dan
sanggup hendak menyampaikannya kepada kerajaan
di Bangkok.

Sementara itu dikhabarkan bahawa orang-


orang Melayu dalam wilayah Narathiwat juga
bersama-sama mengemukakan tuntutan seumpama
itu kepada Rombongan Penyiasat tersebut. Tuntutan
dengan menerusi 55 orang ketua-ketua Melayu di sana.
Di antara tuntutannya itu ialah pejabat Tetuang Udara
Siam di Bangkok hendaklah mengadakan bagaiman
siaran dalam bahagian Melayu pada tiap-tiap hari.
Pejabat-pejabat kerajaan hendaklah ditutup pada hari
Jumaat sebagai hari kelepasan dan juga pada hari
kemuliaan agama Islam. Menubuhkan pelejaran cara
baharu mengikut bagaimana kemajuan dunia sekarang
di bawah anjuran pegawai-pegawai Islam, hasil-mahsul
dalam yang didapat dalam empat wilayah hendaklah
diutamakan bagi kemakmuran di dalam empat wilayah
itu. Dan lain-lain lagi tuntutannya yang mengandungi
13 perkara begitu juga tiada beberapa hari kemudian
itu juga, tuntutan dengan menerusi Encik Abdullah bi
Muhamad Saad wakil rakyat Wilayah Setul.

Sekalian tuntutan orang-orang Melayu itu telah


disampaikan kepada kerajaan di Bangkok, tetapi
kesudahannya tidak mendapat layanan dari
pemerintah Siam-Thai, sebaliknya di antara ahli
pemerintah Siam telah berpendapat bahawa tuntutan
itu sangat berlawanan dengan dasar Perlembaggan
Negara dan tidak harus diberi timbangan.

Pada 30 Januari 1948 wakil khas Utusan Melayu di


Bangkok telah bertanya kepada Timbalan Perdana
Menteri Siam, bagaimana sikap pemerintah terhadap
tuntutan itu, dia telah menjawab, “bahawa tuntutan-
tuntutan itu akan dihalusi dengan saksama dan
seberapa dapat tuntutan itu akan dipenuhi.” Ertinya
jawapan ini mana-mana tuntutan Melayu itu yang tidak
merugikan muslahat pemerintah Siam akan dipenuhi
manakala mana-mana yang mengecewakan
kepentingannya akan ditolak.

Setengah ahli-ahli pemerintah Siam telah


mentafsirkan bahawa tuntutan itu ialah suatu
pergerakan politik yang salah dalam undang-undang
perlembagaan. Dan wajib dijalankan tindakan kerasa
ke atas orang-orang Melayu.

Dengan perintah Pesuruhjaya Siam Patani maka pada


pagi 16 Januari 1948 sepasukan polis Siam yang
bersenjata telah datang menangkap Haji Sulong di
rumahnya dan dua hari kemudian telah menangkap
Wan Othman Ahmad, Haji Wan Husin dan Wan
Muhamad Amin iaitu ketua-ketua Melayu yang
menghantar tuntutan orang-orang Melayu itu atas
tuduhannya “menderhaka” kepada kerajaan. Sebulan
kemudian Haji Sulong dan rakannya telah dibawa ke
Nakorn Sri Thammarat. Dan Mahkamah Siam di sana
telah memutuskan perbicaraannya dengan hukuman
jel 3 tahun dua bulan kemudian mereka telah dibawa ke
Bangkok dan ditahan dalam jel besar “Bang Kuang”.

Semenjak penangkapan ini, banyaklah orang-


orang Melayu Patani yang dituduh bersubahat dalam
pergerakan itu, telah melarikan diri masing-masing
berlindung di Malaya. Dan Majlis Agama Islam di Patani
telah diharamkan oleh pemerintah dalam tahun inilah
juga segala gerak-geri orang-orang Melayu Patani
sentiasa dalam pemerhatian pemerintah Siam. Dan
beberapa banyak pula dihantar mata-mata gelap
istimewa dari Bangkok ke dalam Patani, Yala,
Narathiwat. Bagi menyiasat pergerakan orang-
orang Melayu itu yang telah dituduhnya mengadakan
pergerakan politik menentang pemerintah dan
menuntut kemerdekaan.

Soal orang-orang Melayu itu telah mendapat tempat


yang utama dalam perbincangan ahli-ahli pemerintah
Siam selanjutnya soal mereka telah menjadi heboh lagi
di Tanah Melayu. Manakala surat-surat khabar Melayu
telah berdiri menyertai dan menyokong pergerakan
orang-orang Melayu Melayu di Selatan Siam. Utusan
Melayu ialah akhbar kebangsaan Melayu yang utama
sekali telah membela dan menyokong cita-cita mereka
itu. Suara Utusan Melayu kerap kali mengharu masuk
ke dalam lubang telinga ahli-ahli pemerintah Siam dan
suaranya pernah pula bergema di dalam Parlimen Siam
tatkala kedudukan orang-orang Melayu yang
menderiata di sebalik tabir besi Siam itu telah dapat
dipecahkan.

Gambar : Bekas Kota Jerenga. Wilayah Bangnara.

Sementara itu golongan akhbar Siam yang memakai


faham kolot dan penganut pemerintahnya kerap kali
cuab memburukkan cita-cita orang-orang Melayu itu
serta menjahatkan pergerakan mereka. Dan ada pula
akhbar-akhbar Siam yang memakai fahaman yang
jujur dan menghargakan dasar persuratan akhbar
Melayu membayangkan rasa simpatinya kepada
orang-orang Melayu itu.

Pada 30 Januari 1948 pasukan polis Siam istimewa


telah dihantar dari Bangkok ke wilayah-wilayah Melayu
itu bagi memperkuatkan kawalan pemerintah atas
orang-orang Melayu yang telah dipercayainya
pergerakan mereka akan bertambah besar. Pada 28
April 1948 berlakulah pertempuran hebat di antara
seribu orang-orang Melayu dengan pasukan polis
Siam-Thai di kampung Dusun Nyiur dalam wilayah
Narathiwat. Polis Siam lebih dahulu yang memulakan
serangannya atas orang-orang Melayu itu kerana
dituduhnya orang-orang Melayu di situ sedang
menganjurkan pergerakan melawan pemerintah Siam.
Pertempuran telah berlaku selama 36 jam, kemudian
orang-orang Melayu telah mengundur diri ke hutan
rimba kerana melanjutkan perjuangan cara gerila,
hampir 400 orang-orang Melayu termasuk orang-
orang tua, perempuan dan kanak-kanak kecil telah
mati dalam pertempuran ini dan lebih daripada 30
orang polis Siam telah terbunuh.

Pada 27 April tiga buah kapal terbang pengebom Siam


telah melayang di angkasa pertempuran itu mencuba
hendak menggugurkan bom atas orang-orang Melayu.
Kapal perang Siam yang sedang berlabuh di Kuala
Bangnara telah diperintah mendaratkan tenteranya
bagi membantu polis Siam kerana membunuh orang-
orang Melayu itu. Kemudian Kamnan Muhamad,
Penggawa Kampung Tanjung Mas dan Mustafa
seorang ketua Melayu di Teluban, telah ditangkap oleh
polis Siam atas tuduhan bersubahat menganjurkan
pergerakan dan keduanya telah dibunuh dengan tidak
dibawa bicara di mahkamah.

Pihak pemerintah Siam telah mencuba hendak


menyembunyikan punca-punca yang menyebabkan
berlaku pertempuran itu dan menbuat dakyah
palsunya kepada dunia mengatakan kejadian itu ialah
suatu pertempuran biasa sahaja di antara kaum
penjahat dengan pengawal keamanan. Tetapi
kebenaran tidak dapat disembunyikan kerana iaitu
menjadi bukti yang terang menunjukkan bahawa
orang-orang Melayu itu telah hilang rasa sabar dan
lebih mendalam rasa tak puas hati mereka kepada
pemerintah Siam-Thai. Dengan terkorban ratusan jiwa
orang-orang Melayu itu telah menjadi suatu peristiwa
yang besar sekali dalam sejarah kebangkitan orang-
orang Melayu Patani, menuntut keadilan dan
kebebasan.

Lebih dari itu, pemerintah Siam telah berusaha hendak


mengaburkan mata dunia dengan jalan dakyahnya
memperkecilkan pergerakan orang-orang Melayu itu
sambil menegaskan bahawa orang-orang Melayu itu
bergerak dengan kerana dihasut dan diupah oleh
sebilangan kecil orang-orang Melayu Patani yang
melarikan diri ke Malaya.
Bagi menentang dakyah pemerintah Siam ini maka
pada 6 Februari 1948 dengan menerusi Ketu
Jawatankuasa Perwakilan Melayu di Selatan Siam telah
menghantar bantahan kepada Perdana Menteri Siam
yang mengatakan pergerakan orang-orang Melayu itu
terbit daripada sekumpulan kecil sahaja.

Ketua Jawatankuasa itu telah menghantar juga


bantahannya ke Lake Success New York meminta
supaya Majlis Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,
mengambil tindakan campur tangan menyiasat ke
Siam bagi mengadakan suatu pemilihan suara ramai
untuk menentukan kedudukan dan sikap orang-
orang Melayu yang sebenar di selatan Siam itu.

Salinan dari bantahan ini telah dihantar juga kepada


Menteri utusan British dan Amerika di Bangkok kerana
menyatakan kedudukan yang sebenar dalam
pergerakan orang-orang Melayu itu. Dalam bantahan
ini telah menuntut juga kepada Perdana Menteri Siam
membuktikan kepada dunia betul atau tidaknya
pendirian kerajaan Siam itu dengan jalan
membenarkan langkah mengadakan suara ramai yang
diketuai oleh wakil Bangsa-bangsa Bersatu tetapi tidak
dengan menghadirkan tentera dan pegawai-pegawai
Siam dalam pemilihan raya itu.

Bantahan ini telah diterima oleh pemerintah Siam di


Bangkok. Tetapi tidak diendahkannya pada 8
Disember 1947 pemeberontakan rampas kuasa telah
berlaku di Bangkok dan dua kemudian Luang Phibun
Songgram bekas ahli jenayah peperangan telah
menjadi Perdana Menteri. Pada 29 Januari 1948
kerajaan Phibun Songgram telah mengadakan
pemilihan raya bagi mengkhaskan kerajaannya untuk
mendapatkan pengakuan negara-negara luar
terutama kuasa-kuasa dunia.

Orang-orang Melayu Patani telah mencuba hendak


memulaukan pemilihan raya itu dan tidak mahu
memilih wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana
kedatangan Luang Phibun Songgram kali yang kedua
ini tidak sah dalam undang-undang Perlembagaan
Negara. Dan meraka tidak mahu mengiktiraf kerajaan
Phibun Songgram tetapi percubaan orang-
orang Melayu itu tidak berjaya kerana digerak dan
dipaksa oleh polis Siam. Akhirnya Luang Phibun
Songgram datang sekali lagi memegang kuasa
pemerintah. Kedatangan ini orang-orang Melayu rasa
bergelisah tidak puas hati sebab dalam zaman
pemerintahan diktator dahulu, Luang Phibun
Songgram telah menjadi musuh besar orang-
orang Melayu.

Dengan kedatangan Luang Phibun Songgram kali yang


kedua ini telah menimbulkan tanda soal yang besar
kepada orang-orang Melayu adakah dia akan
menjalankan semula dasar “mensiamkan” orang-orang
Melayu seperti dahulu atau langkah mana pula dia akan
berjalan. Tetapi dalam beberapa bulan kemudian dia
telah menghidup semula “Dewan kebudayaan” dan
mulai beransur-ansur memulihkan undang-undang
kebudayaan yang dahulu yang merupakan undang-
undang paksa. Suatu perintah telah dikeluarkan mulai
dari tahun 1950 maka 13 macam mata pencarian hidup
telah diharamkan kepada orang-orang Cina di dalam
Siam dan telah ada ura-uranya akan memaksa orang-
orang Melayu memakai pakaian Barat semula. Hal ini
sedang dirasa oleh orang-orang Melayu.

Pada 10 Oktober 1949 dengan jemputan kerajaan


Siam. Maka sekumpulan wartawan-wartawan Malaya
yang diwakili akhbar-akhbar Melayu, Inggeris, Cina dan
Tamil telah dibawa melawat dan meninjau ke dalam
wilayah Patani, Yala, Narathiwat bagi memerhati dan
menyiasat hal ehwal kedudukan orang-orang Melayu
yang sebenar di selatan Siam. Sepanjang-panjang
lawatan mereka itu senantiasa digaul dan diintip oleh
polis Siam keadaan mereka samalah seperti orang-
orang tawanan. Tujuannya tidak mahu memberi
wartawan-wartawan itu dapat berjuma dan bercakap
dengan orang-orang Melayu bagi mendapat
kenyataan yang sebenar daripada mereka.

Walau bagaimanapun ditutup dan disembunyikan oleh


pemerintah Siam, akan tetapi kedudukan orang-
orang Melayu di selatan Siam hari ini telah terang
kepada mata dunia bahawa mereka selama-lamanya
hidup menderita tidak mendapat layanan baik dari
pemerintah Siam-Thai. Jikalau dikaji dengan sedalam-
dalamnya, bahawa semenjak kejatuhan negeri Patani
dalam abad 18 Masehi yang lampau hingga sekarang
telah terang bahawa pemerintahan Siam sangat
kurang kebolehan dan kecakapannya dlaam hal
pemerintahan. Dalam masa begitu lama, tidak ada
saatu perubahan yang lebih besar berlaku dalam hal
kemajuan negeri Patani yang boleh memberi kebajikan
kepada orang-orang Melayu, perkara kesihatan,
pelajaran, perkawalan dan iktisad dalam Patani sangat
jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kemajuan
dalam negeri rakan-rakannya di Malaya. Langkah
pemerintah Siam membiarkan orang-orang Melayu
hidup dalam kemunduruan itu memang memberi
keuntungan yang besar kepada dasar mereka tetapi
itulah yang menyedihkan hati orang-orang Melayu.
Orang-orang Melayu Patani telah dipaksa
menggadaikan negerinya kepada pemerintahan Siam
dengan harapannya supaya mereka diberi suatu
pimpinan yang baik menuju kepada kemajuan umum
sekurang-kurangnya biarlah setimbang dengan
pimpinan yang diberikan kepada orang-orang Siam.
Negeri Patani tidaklah begitu miskin, tetapi kaya-raya
dengan hasil buminya yang asli, di antaran jajahan-
jajahan yang di selatan Siam, maka Patani sebuah
jajahan yang berhitung kaya tidak berkehendak
menumpang kepada harta orang-orang Siam dari lain-
lain jajahan untuk dibelanjakan bagi kebajikan orang-
orang Melayu itu. Sekiranya dalam masa 60 tahun
leboh pemerintah Siam menjajah negeri Patani itu,
kalau 50 peratus sahaja dari hasil buminya dibelanjakan
bagi kebajikan orang-orang Melayu, sudah tentu hari
ini negeri Patani akan berupa dengan keadaan yang
lebih bagus dalam perkara kemajuan sekurang-
kurangnya jalan-jalan raya dalam Patani hari ini telah
menjadi jalan-jalan untuk kereta-kereta lembu dan
bandarnya tentulah tidak menjadi seperti bandar-
bandar kaum Sakai di Malaya.

Dasar demokrasi Siam telah mendakwa hendak


memberi persamaan hak kebebasan, memberi
pelajaran yang cukup kepada rakyat dan berbagai-
bagai rupa dakwa yang indah. Tetapi sudah 17 tahun
lamanya demokrasi Siam berjalan, satu bukti tak dapat
dipandang oleh orang-orang Melayu. Memang ada
juga kemajuan di zaman demokrasi misalnya bentuk
bandar Bangkok hari ini lebih jauh maju dari masa
sepuluh tahun yang lalu. Jalan-jalan raya dalamnya
telah dibuat dengan batu konkrit, beratus-ratus buah
hospital telah didirikan, berpuluh-puluh buah sekolah
tinggi telah diadakan, segala segi penghidupan orang-
orang Siam telah diberi layanan dan bermacam-
macam lagi pimpinan yagn baik kepada orang-
orang Siam itu. Di Patani demokrasi yang seumpama
itu rupanya tidak sampai dan tidak diketahui oleh
orang-orang Melayu dalam Patani, kerana demokrasi
Siam itu nampaknya bersetakat dan ada sempadan
Cuma di dalam kawasan Bangkok dan jajahan yang di
sekelilingnya sahaja. Tegasnya demokrasi Siam-Thai
itu untuk orang-orang Siam-Thai, untuk agama
Buddha, untuk menindasi orang-orang Melayu dan
mencabul agama Islam. Sungguh aneh demokrasi
Siam maka nyatalah demokrasi buatan Siam tidak
sesuai dengan orang-orang Melayu.

Melihat kepada keadaan dunia hari ini, timbul pula satu


tanda soal. Apakah kesudahannya kedudukan orang-
orang Melayu Patani, memadaikah selama-lamanya
mereka hidup dnegan merengkok di bawah demokrasi
Siam-Thai yang kolot, pada hal sekarang dunia sedang
bergerak membina faham demokrasi tulen, dasar
agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lake
Success, New York, ialah membebaskan bangsa-
bangsa yang terjajah. Menanam rasa demokrasi
kepada seluruh bangsa supaya reka cipta mesra kepada
demokrasi sehingga mereka insaf bertanggungjawab
bersama-sama mengawal keamanan dunia. Bilakah
orang-orang Melayu Patani semuanya akan faham
demokrasi, insaf kepada nasib mereka, sanggup
mereka berjuang berhabis-habisan kerana demokrasi
soal-soal ini menjadi kesulitan yang besar kepada ahli-
ahli fikri Melayu Patani hari ini.

Di antara 100 juta bangsa Melayu dalam dunia, maka


orang-orang Melayu di Patani itulah yang lebih buruk
nasib mereka, walaupun orang-orang Melayu Patani
telah lama hidup di dunia demokrasi, tetapi dengan
kerana demokrasi Siam-Thai itu ada kelas-kelas dan
bersetakat jadilah nasib orang-orang Melayu itu
seperti “pokok kadok tak nak junjung”. Hanya sentiasa
merengkok di pangkal junjung.

Sesungguhnya nasib orang-orang Melayu Patani tidak


harus diletak dalam tangan pemerintah Siam tetapi
langkah memperbaiki nasib kedudukan mereka adalah
terletak di dalam tangan mereka sendiri

-eof-

Anda mungkin juga menyukai