Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan asal usul melayu di Malaysia

Asal usi bangsa melayu ada tiga kumpulan iaitu orang Negrito, melayu protp dan melayu deutro,
manakala terdapat dua teori iaitu bangsa melayu berasal daripada yunan (teori Yunnan) dan Bangsa
Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara ). Di mana penyebara namgsa melayu dari
berbagai kumpulan itu berbeda-beda

Kepulauan Melayu/ Nusantara

Bangsa Melayu pernah menjadi pelaut yang hebat. Bangsa ini telah melebarkan pengaruh mereka ke
wilayah kepulauan di Asia Tenggara, yang lebih dikenali sebagai Nusantara, menerusi beberapa
empayar maritim.

Kerajaan Melayu terawal yang pernah wujud di Nusantara adalah Langkasuka, yang muncul kira-kira
pada kurun ketiga Masihi, suatu manifestasi bahawa Nusantara bukanlah terra nullius – tanah tidak
berpenghuni.

Srivijaya bukanlah kerajaan India tapi kerajaan Melayu yang dipengaruhi adat budaya India. Sebagai
contoh, walaupun kerajaan Brunei dipengaruhi nama Arab, iaitu ‘Darussalam’, ia tetap kerajaan
Melayu dan bukannya Arab.

Pusat kekuasaan ekonomi dan politik di Nusantara berpindah dari Sumatera ke Jawa pada hujung
abad kedua belas, apabila Majapahit mengambil alih tampuk kepemimpinan kepulauan Melayu
daripada Srivijaya.

Jajahan takluk empayar ini sangat luas, mencakupi wilayah yang berdirinya Malaysia pada hari ini.

Apabila Majapahit melemah pada kurun keempat belas, kesultanan Melaka pula melebarkan
pengaruhnya ke seluruh Nusantara, menjadi sebuah kerajaan Melayu yang dihormati dan disegani.

Kepulauan Melayu juga pernah menyaksikan jatuh bangunnya kerajaan-kerajaan rumpun Melayu
lain yang tidak kurang hebatnya seperti Johor-Riau di Tanah Melayu, Palembang di Sumatera, Brunei
di Borneo, Yogyakarta di Jawa dan Gowa di Makassar.

Kesultanan-kesultanan di Tanah Melayu

 - orang-orang Melayu yang memang berasal dari Tanah Melayu dan telah mengasaskan
kerajaan-kerajaan di sini.
 kesultanan Selangor yang wujud di Malaysia pada hari ini telah ditubuhkan oleh orang-orang
Bugis dari Makassar pada tahun 1756 dan orang-orang Minang dari Sumatera Barat
menerajui kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1773.

Era penjajahan
 Garis pembahagian Kepulauan Melayu yang pertama telah dilukis oleh pihak British dan
Belanda menerusi Perjanjian British-Belanda 1824, yang dimaterai di London, secara
langsung mengasingkan Tanah Melayu dengan Pulau Sumatera dan Pulau Jawa.
 Perjanjian ini meletakkan Tanah Melayu dan Singapura bawah pengaruh British.
 Orang-orang Melayu Malaysia tidak wajar dilabelkan sebagai pendatang walaupun terdapat
sebahagian daripada mereka yang berasal dari Indonesia.

Berbeza dengan imigran Cina dan India yang dibawa masuk ke Tanah Melayu, orang-orang
Melayu berhijrah secara sukarela dengan niat untuk bermastautin di Tanah Melayu sebelum
sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Indonesia terwujud.

Tanah Melayu juga sememangnya terletak secara geografi, di Semenanjung Melayu dalam
rantau Kepulauan Melayu. Mana mungkin sesuatu kaum itu wajar digelar pendatang di
wilayahnya sendiri.
 Menjelang kemerdekaan, orang-orang Melayu menerima kaum-kaum Cina dan India sebagai
rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, dengan syarat hak-hak keistimewaan
orang-orang Melayu sebagai bumiputera dihormati dan diiktiraf sepenuhnya oleh komuniti
bukan bumiputera.

Ini adalah pendekatan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin pada ketika itu yang sehingga
kini menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia.
 Walaupun orang-orang Cina dan India di Malaysia pernah menjadi imigran pada zaman
penjajahan, orang-orang Melayu kini perlu menerima yang kaum bukan bumiputera juga
adalah teman senegara.

Tidak wajar bagi orang-orang Melayu untuk menganggap mereka pendatang secara
berterusan kerana mereka adalah rakyat Malaysia.
 Sementara itu, kaum bukan bumiputera perlu menghormati hak istimewa orang-orang
Melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak
boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.
 Mereka juga harus menghormati Rukun Negara dengan mempelajari dan menghormati
Bahasa Melayu, bahasa yang diikitiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
 Adalah amat menyedihkan sehingga kini ada rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa
Melayu.
 Malah, ada wakil rakyat sendiri yang kurang fasih berbahasa Melayu seolah-olah mereka
tidak lahir dan dibesarkan di Malaysia.
 Rakyat Malaysia perlu senantiasa menghormati antara satu sama lain agar kegemilangan
Srivijaya, Majapahit ataupun Melaka dapat dikembalikan di zaman moden ini menerusi
negara kita yang tercinta, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai