Anda di halaman 1dari 20

BUKU SKRAP

SAINS TAHUN 6

PENGAWETAN MAKANAN

NAMA : ADAM NUR MUHAMMAD BIN MUSTAFA


KELAS : 6 BESTARI

1|Page
Kepentingan Pengawetan Makanan

Faedah pengawetan makanan termasuklah:

1. Makanan yang diawet dapat disimpan dalam bekas

yang lebih kecil.

2. Makanan yang diawet adalah lebih mudah dibawa

daripada makanan segar.

3. Makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan boleh

dieksport.

4. Pengawetan makanan membantu mengelakkan

pembaziran.

5. Makanan yang diawet boleh tahan lama.

2|Page
Tahan Lama

Pengawetan makanan merupakan satu proses untuk

menjadikan makanan tahan lebih lama. Ia membantu

melambatkan kerosakan makanan. Senarai di bawah

menunjukkan beberapa cara pengawetan makanan.

1. Pengeringan

2. Pendinginan

3. Penyejukbekuan

4. Penjerukan

5. Pembotolan dan pengetinan

6. Pengasinan

7. Pembungkusan vakum

8. Pempasteuran

9. Pengasapan

10. Pendidihan

11. Pelilinan

3|Page
 

Ciri-ciri makanan yang rosak

1. Susu yang rosak

 Mempunyai rasa yang masam

 Berbau busuk

 Berbuih

    2.   Roti yang rosak

   Berkulat

 Berbau busuk

4|Page
 Berubah warna ( tompok hitam dan hijau )

3. Ikan yang rosak

 Berbau busuk

 Berubah tekstur ( isi lembik )

 Berubah warna ( mata merah ) 

4.  Nasi yang rosak

 Rasa yang tidak enak

 Berlendir dan melekit

5|Page
 Berbau busuk

 Mikrob yang berkuasa

Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat menyebabkan

makanan menjadi rosak. Makanan yang rosak akan berbau

busuk, berasa tidak enak, berubah warna, berubah tekstur,

berkulat dan berlendir. Makanan yang rosak adalah tidak

selamat untuk dimakan. Ia boleh menyebabkan sakit perut

dan keracunan makanan.

Bakteria dan kulat memerlukan udara, air, nutrien, suhu

yang sesuai dan keasidan yang sesuai untuk membiak. Lebih

cepat bakteria dan kulat membiak pada makanan, lebih

cepat makanan itu menjadi rosak. Bakteria dan kulat tidak

boleh hidup tanpa udara. Bakteria dan kulat dapat membiak

dengan mudah dalam keadaan lembap dan panas. Bakteria

dan kulat tidak boleh hidup dalam persekitaran suhu yang

6|Page
tinggi kerana bersuhu yang amat tinggi boleh membunuhnya.

Selain itu, bakteria dan kulat tidak boleh hidup jika tiada air.

Bakteria dan kulat tidak boleh membiak dalam keadaan

yang sangat berasid atau keadaan yang sangat berakali .

Contoh-contoh makanan yang mudah menjadi

rosak.

7|Page
Contoh-contoh makanan yang tahan lama.

KAE
DAH
PEN
GAW
8|Page

ETA
1. Cara Pelilinan

 Dalam kaedah pelilinan, makanan disalut dengan

lapisan nipis lilin.

 Pelilinan mengurangkan kehilangan air daripada

makanan.

 Kaedah pelilinan dapat menambahkan hayat simpanan

makanan.

 Tetapi, pelilinan boleh memudaratkan manusia

kerana lilin sukar ditanggalkan daripada makanan

9|Page
2. Cara Pendidihan

 Pendidihan ialah proses untuk membunuh

mikroorganisma seperti bakteria dan kulat.

 Semasa pendidihan, semua bakteria dan kulat dapat

dimusnahkan.

 Makanan dapat tahan lebih lama jika bakteria dan kulat

dibunuh.

10 | P a g e
3. Cara Penyalaian

 Dalam kaedah pengasapan, makanan diawet dengan

mengeringkannya di atas api.


11 | P a g e
 Haba daripada asap mengeringkan makanan tanpa

memasak makanan itu.

 Contoh makanan yang diawet dengan cara pengasapan

ialah ikan, pisang dan daging.

4. Cara Pempasteuran

 Dalam proses pempasteuran ini, makanan dipanaskan

pada suhu tertentu selama beberapa saat dan

disejukkan dengan serta-merta.

12 | P a g e
 Proses pempasteuran ini dapat mengekalkan keaslian

rasa makanan.Makanan yang diawet dengan proses ini

ialah susu, minuman dadih dan jus buah-buahan.

5. Cara Pembungkusan Vakum

o Kaedah pembungkusan vakum mengekalkan makanan

dalam keadaan tanpa udara.

o Makanan dimateri dalam bungkusan selepas udara

disingkirkan.

13 | P a g e
o Mikroorganisma seperti bakteria dan kulat tidak dapat

membiak tanpa udara.

o Makanan yang dapat diawet dengan kaedah ini ialah

kacang tanah, buah-buahan, ikan salai, biskut dan

makanan jeruk.

6. Cara Pengasinan

Garam digunakan untuk mengawet makanan seperti ikan,

telur, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Terdapat dua cara untuk mengasinkan makanan:

 Merendam makanan di dalam larutan garam yang pekat.

 Menambah kuantiti garam yang banyak kepada

makanan.

14 | P a g e
Garam menyingkirkan air dan menghalang pertumbuhan

mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

7. Cara Pembotolan dan Pengetinan

Kaedah pembotolan dan pengetinan melibatkan proses

memanaskan makanan untuk membunuh

mikroorganisma seperti bakteria dan kulat.

Makanan yang dimasak dan disimpan dalam botol,

bekas atau tin yang kedap udara.

15 | P a g e
Pengetinan dan pembotolan membolehkan makana

disimpan dalam tempoh yang lama sehinggan beberapa

tahun.

8. Cara Penjerukan

 Penjerukan ialah kaedah mengawet makanan dengan

merendam makanan di dalam cuka, larutan garam ekat

atau larutan gula pekat.

 Penjerukan mengurangkan kandungan air dalam

makanan.

16 | P a g e
 Makanan yang diawet dengan cara penjerukan akan

berubah warna, rasa dan kurang berkhasiat.

 Contoh makanan yang diawet dengan cara penjerukan

ialah mangga, betik dan ceri.

9. Cara Penyejukbekuan

 Dalam kaedah penyejukbekuan, makanan dibekukan

pada suhu yang sangat rendah.

 Mikroorganisma tidak dapat membiak pada suhu yang

sangat rendah.

17 | P a g e
 Tetapi, mikroorganisma akan menjadi aktif semula

apabila makanan dikeluarkan daripada peti sejuk.

 Oleh itu, makanan tersebut mestilah dimakan atau

dimasak dengan segera sebelum makanan tersebut

menjadi rosak.

  Sebagai contoh, makanan yang diawet dengan cara

penyejukbekuan ialah ikan, ayam, udang,

ketam, sotong dan sebagainya.

10. Cara Pendinginan

o Makanan disimpan di tempat sejuk seperti di dalam peti

sejuk.

o Pendinginan menyebabkan mikroorganisma menjadi

tidak aktif dalam keadaan yang sejuk.

18 | P a g e
o Contoh makanan yang diawet dengan cara pendinginan

ialah susu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

11. Cara Pengeringan

 Air disingkirkan daripada makanan dengan cara

menjemurnya di bawah matahari.

19 | P a g e
 Pengeringan dapat menghalang pertumbuhan

mikroorganisma kerana mikroorganisma tidak dapat

tumbuh tanpa air.

 Contoh makanan yang diawet dengan cara pengeringan

ialah ikan bilis, cili, sotong dan udang.

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai