Anda di halaman 1dari 16

MINGGU 1

PENYIMPANAN STOK
DISEDIAKAN OLEH: WAN NURSHIDA AYU BINTI WAN HUSSIN WAN IZZAH KAMILAH BINTI WAN ISHAK SITI AMIRA BINTI ZAKARIA NUR LIYANA BINTI ZAIM

DEFINISI STOK

barang-barang belum guna dan perlu disimpan untuk tujuan operasi atau penyelenggaraan termasuk bekalan pejabat, ubat-ubatan, alat ganti dan sebagainya.

TUJUAN PENYIMPANAN STOK


memudahkan penyemakan

menyelaras cara merekod


mengesan dan mengawal pergerakan memudahkan perancangan perolehan mengemaskinikan rekod peralatan yang pecah, rosak atau hilang

BORANG STOK
semua peralatan dan bahan sains yang diterima atau dikeluarkan hendaklah didaftar dan direkodkan berdasarkan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 dengan menggunakan borang yang berikut: Daftar Harta Modal (KEW.PA-2) Daftar Inventori (KEW.PA-3)

Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4)


Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5) Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) Senarai Aset (KEW.PA-7)

HARTA MODAL

Aset Alih yang harga perolehan asalnya bernilai RM1000.00 dan ke atas setiap satu seperti peralatan/ kelengkapan ICT/ telekomunikasi/ penyiaran/ perubatan, peralatan pejabat/ makmal/ bengkel/ dapur/ sukan atau yang memerlukan penyelenggaraan berjadual tanpa mengira harga perolehan asal.

DAFTAR HARTA MODAL KEW PA-2

DAFTAR HARTA MODAL KEW.PA-2

SENARAI DAFTAR HARTA MODAL KEW. PA-4

INVENTORI

Aset Alih yang harga perolehan asalnya kurang daripada RM1000.00 dan tidak memerlukan penyelenggaraan berjadual seperti peralatan/kelengkapan ICT/

Telekomunikasi/ Penyiaran/ Perubatan/ Pejabat/Makmal/ Bengkel/ Dapur/ Sukan atau merupakan perabot, hamparan, hiasan, langsir dan pinggan mangkuk tanpa

mengira harga perolehan asal.

BORANG DAFTAR INVENTORI KEW PA-3

SENARAI DAFTAR INVENTORI KEW PA- 5

STOK BEKALAN PEJABAT

Semua bekalan pejabat dikategorikan sebagai barangan gunahabis samada ianya barang luak atau pun barang tak luak. Ini termasuklah alat tulis serta kelengkapan pejabat tak luak yang rendah nilainya dan tidak ekonomi untuk dikesan penempatannya secara satu persatu.

Contoh barangan luak ialah bahan kimia, kartrij gas, kertas litmus, alat tulis dan lain-lain.

Contoh barang tak luak dan kelengkapan pejabat tak luak adalah tabung uji, selindar bersenggat, botol spesimen, gunting, pembaris, pen drive, gunting dan lain-lain.

DAFTAR PERGERAKAN HARTA MODAL

Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori bertujuan untuk merekod sebarang pergerakan Harta Modal atau Inventori sama ada melalui pinjaman mahupun

penempatan secara sementara.

BORANG KEW. PA-6

SENARAI ASET DI LOKASI


Senarai aset mengikut lokasi aset itu ditempatkan hendaklah disediakan oleh pegawai aset menggunakan KEW.PA-7 dalam dua salinan. Satu salinan senarai tersebut hendaklah disimpan oleh pegawai aset manakala satu salinan lagi disimpan oleh pegawai yang bertanggungjawab. Senarai tersebut juga hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa apabila terdapat perubahan kuantiti, lokasi atau pegawai bertanggungjawab.

CONTOH BORANG KEW.PA-7

Anda mungkin juga menyukai