Anda di halaman 1dari 4

SOALAN - SOALAN TANYALAH USTAZ (25 / 02 / 2022)

______________________________________________________________________________

1. assalamualaikum ustaz, soalan saya jika seseorang itu tidak dapat mengawal dirinya dari
mengantuk semasa dalam majlis ilmu, adakah patut dia tidur atau bersembang dengan orang
disebelah atau keluar dari majlis ilmu tersebut ? mohon pencerahan ustaz..terima kasih

2. Ustaz bolehkah ustaz bagi tips untuk bangun tahajud

3. Assalamualaikum ustaz , boleh tak terangkan pasal aurat perempuan dengan perempuan muslim

4. Apakah soalan Yang paling susah ustaz pernah jawab?

5. Assalamualaikum ustaz , boleh terang bab taharah ?

6. Salam ustaz, boleh ke kalau saya minat artist kpop?

7. Ustaz kalau perempuan selalu betul adakah lelaki selalu salah

8. Hukum menyimpan gold card sebagai seorang pelajar (perempuan).. Pelajar perlu membayar
zakat?

9. Assalamualaikum ustaz saya nk minta pandangan ustaz....saya ada 2 kwn iaitu A dan B.Depa prh
bergaduh teruk lalu kwn B saya prh lontarkan fitnah dan mengutuk kwn A saya dekat social
media...last2 kwn A saya ckp dia x akan maafkan kwn B tu smpi bila ii smpi kiamat pon biarlah
si B merangkak cari dia...boleh saya nk mintak pendapat ustaz apa patut saya nasihat dekat
depa..terima kasih

10. assalamualaikum ustaz, soalan saya seperti yang kita tahu perempuan diciptakan dari tulang rusuk
lelaki..maksudnya perempuan ni terlebih tulang rusuk dan lelaki terkurang tulang rusuk ka mcm
mna ?

11. Tuan kenduri bagi hadiah kpd tetamu sorang 1 seperti kebiasaannya tapi Kita ambik lebih 1.
Adakah perbuatan Tu jugak dikira sebagai mencuri?

12. Assalamualaikum ustaz, sejak dari umur 12 tahun, nafsu saya tertarik dengan sesama jenis iaitu
lelaki... Saya dah control tapi saya mesti gagal... Sejujurnya saya telah banyak melakukan
perbuatan keji... Ustaz macam mana saya nak hilangkan perasaan saya ni, saya tak sanggup
macam ni

13. sideburn rambut bahagian wajib wuduk ke ustaz ? saya keliru lepas dengar satu ceramah ni kata
sideburn ada kawasan wajib
14. Ustaz, ape hukum membelanjakan sejumlah wang dalam permainan video untuk mendapatkan
skin seperti Valorant, Mobile legends , pubg dan sebagainya. Sheeesh

15. ustaz, masa imam tengah baca al fatihah kita kena diam atau kena baca jugak ?

16. Siapa lagi handsome, nabi yusuf atau nabi muhammad??

17. Assalamualaikum ustaz, betul ke kalau kita mimpi seseorang tu mati maksudnya orang tu panjang
umur? Ke syirik kalau percaya benda2 macam ni ?

18. assalamualaikum ustaz yg hensem, boleh tk kongsi tips supaya senang utk bangun subuh

19. Ustaz kenapa manusia menyukai liwat dan musahaqah? Adakah dia tu patah hati terus pergi ke
jalan tersebut?

20. Jika seseorang buka aib kita di media sosial, Wajarkah kita untuk membuat perkara yang sama
terhadap individu tersebut?

21. Ustaz, apakah hukum seseorang itu memfitnah tanpa menyelidik terlebih dahulu tentang sesuatu
perkara?

22. Assalamualaikum ustaz, boleh ustaz tegaskan penjagaan aurat sesama jantina supaya kawan saya
ada kesedaran

23. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya arahan ibu bapa dalam menyuruh kita untuk belajar rajin
rajin perlu kita patuh kan, jika kita lalai atau malas belajar adakah dikira akan mendapat dosa ?

24. Ustaz apakah tujuan hidup kita sebagai seorang Islam yang sebenarnya?

25. ustaz kalau kita tengah amik wudhuk lepastu kita nak terkentut, lepastu terkentut lah kan waktu
tgh amik wudhuk tu.. kena mula amik wudhuk semula tak kalau macam tu.

26. Assalamualaikum ustaz, apa hukum solat tarawih?

27. assalamualaikum ustaz, saya nak tanya kan kita belajar 99 nama Allah, tapi Allah hanya yang
satu..kenapa nak ada 99 nama tu sedangkan kita hanya sebut Allah ? saya dah pernah tanya orang
tetapi tak dapat point yang tepat

28. Assalamualaikum ustaz, boleh ustaz berikan amalan ringkas yang boleh diamalkan sebelum
belajar

29. assalamualaikum ustaz saya hafal surah al mulk. jadi bila datang bulan saya dengar dan terbaca.
berdosa ka ustaz ? mohon penjelasan
30. Assalamualaikum ustaz. Nak tanya. Kalau kita dah yakin masuk waktu solat fardhu, tapi tak
dengar azan lagi, lepastu kita solat. Lepastu time tengah solat, tiba2 azan berkumandang. Batal ke
solat tu?

31. Assalamualaikum ustaz, saya nak bertanya apa beza rukun Fi'li dgn rukun qauli?

32. assalamualaikum ustaz. sy musykil dari dulu lagi nak tanya. org cakap selepas waktu subuh n
asar, kita tak boleh buat apa2 solat sunat. tapi kalau kita nak qada' kan solat subuh n asar yang
kita tinggalkan sebelum2 ni, selepas kita menunaikan solat fardhu subuh n asar tu, boleh ke ustaz?
mohon pencerahan

33. Assalamualaikum ustaz, ustaz nampak handsome lah

34. Assalamualaikum ustaz Macam mana kita nk sentiasa istiqomah bila melakukan sesuatu amalan

35. Assalamualaikum ustaz Cinta itu fitrah,bolehkah kita bercinta semasa belajar

36. Assalamualaikum ustaz Macam mana nak bersihkan hati kita drp melakukan dosa

37. Ustaz kalau ustaz tu gay apa patut saya buat?

38. Assalammualaikum ustaz adakah betul tanda kecil kiamat hampir kesemua nya sudah ada

39. Ustaz, apa pendapat ustaz, solat tapi ngantuk. Contohnye kan solat tahajud. Kadang masa sujud
pun pernah tertidur, waktu tahiyat akhir pun pernah, tapi bukan time tahuajud je, solat fardhu pun
pernah. Apa pendapat ustaz dari segi hukum, sah atau tidak dan mungkin nasihat?

40. Saya ada ahli keluarga dan kwn yg tak solat penuh, boleh tak kalau saya tak tegur dia, tapi saya
doakan je ?

41. assalamualaikum ustaz, apa perlu dilakukan supaya saya tidak merasa trkurung dan
murung,kerana saya telah kuarantin terlalu lama.

42. Ustaz, apa beza syiah dan wahabi.

43. Aslm ustaz, batal ka wuduk kita kalau org lain ternmpak aurat kita??

44. Ustaz apakah boleh jika kita bersedekah hanya dengan senyuman saja?

45. Apakah perbezaan perhambaan pada zaman rasulullah dengan perhambaan 2 abad yang lalu?
Soalan ini kerana Rasulullah sendiri pon mempunyai hamba dan hambanya pon suka menjadi
hamba kepada Rasulullah... Oleh itulah saya ingin tahu tentang soalan tadi (Saya meminta maaf
jika saya tersalah dalam petikan di atas)
46. Salam ustaz, nak bertanya, ustaz Ade tips untuk seimbangkan masa diantara belajar dgn
beribadah tak? Sebab di matriks terlalu banyak kerja

47. Salam ustaz, makan daging kuda halal ka?

48. Kalau kita dh solat pastu baru kita sedar yg salah kiblat tapi waktu solat dh habis. Sah ke solat
kita???

49. Salam ustaz, kalau kita buat baik tpi kita lupa niat kerana Allah dpt pahala ke?

50. Assalamualaikum ustaz, kalau kita termakan makanan yg Haram walaupun masa makan tu kitatak
tahu dia haram, kita still berdosa ke?

51. Assalam ustazzzz , ustaz dulu belajar matrik ka?

52. Assalamualaikum ustaz..saya nak Tanya, bolehkah saya menipu dalam andai kata situasi hidup
mati?

Anda mungkin juga menyukai