Anda di halaman 1dari 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

DAHSYATNYA NERAKA

Tarikh Dibaca:

7 REJAB 1445H /
19 JANUARI 2024

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Dahsyatnya Neraka

DAHSYATNYA NERAKA
19 JANUARI 2024 / 7 REJAB 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

‫ن الرجِيم‬ ِ ‫ن الشيْطَا‬ َ ِ ‫أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬


ً ُ ُ ۡ ُ َٰ ۡ ُ ُ ُ ُ ۡ ُ ٗ ۡ ُ ْ
َّ‫َّجلوداَّغ ۡۡيها‬ ‫َّجلودهمَّبدلنهم‬ ‫ضجت‬ ِ ‫اراَُّكماَّن‬ ‫إِنََّّٱَّلِينََّّكف ُرواَّأَ‍ِبيَٰتِناَّس ۡوفَّن ۡصلِي ِهمَّن‬
ٗ ً ۡ ْ ُ ُ
)‫َّ(سورة النساء‬٥٦َّ‫ِِلذوقواَّٱلعذابََّّإِنَّٱّللَََّّكنَّعزِيزاَّحكِيما‬

‫َل‬
ِ ‫ الله ُم ص‬.ُ ‫ و َأشْهَد ُ أن مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬ َ ‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ اتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan
disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menggunakan
telefon dan berbual-bual. Tumpukan perhatian pada khutbah yang akan disampaikan,
mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Pada hari ini khatib ingin membicarakan khutbah bertajuk: “Dahsyatnya Neraka”.

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan seluruh umat Islam untuk terus mendoakan
penduduk Palestin yang kini teruk ditindas oleh rejim zionis Israel. Sudah lebih 100 hari
1
Khutbah Jumaat Dahsyatnya Neraka

perang berlangsung sejak Operasi Taufan al-Aqsa dan kini, kemusnahan harta benda,
kehilangan nyawa sudah tidak terjumlah lagi kerugiannya. Berdoalah kepada Allah SWT
memohon pertolongan buat mereka dan janganlah lupakan mereka. Semoga mereka
semua diberi kekuatan, kesabaran, dan kemenangan dalam mematahkan segala muslihat
dan tipu daya musuh. Insya-Allah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Neraka disediakan oleh Allah SWT untuk mereka yang kufur ingkar dengan suruhan-Nya
serta tidak pula bertaubat memohon keampunan dari Allah SWT. Perkara-perkara ghaib
seperti ini memerlukan kepada dalil dari al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Perkataan
dan ancaman tentang neraka banyak disebut dalam al-Quran sebagai satu peringatan
dan memberi kesedaran serta keinsafan kepada manusia untuk kembali bertaubat dari
melakukan dosa dan kekufuran. Gambaran tentang kedahsyatan neraka juga telah
dirakamkan dalam banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW. Antaranya
sebagaimana disebutkan dalam Surah al-Nisaa’ ayat 56 yang dibacakan pada awal
khutbah tadi yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami
akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus,
Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara
itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Allah SWT juga menyatakan beberapa golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka
untuk mendapatkan balasannya. Antara sebahagian yang khatib dapat sampaikan pada
kesempatan ini ialah;

Pertama: Orang yang membunuh jiwa yang dihormati secara sengaja akan
dimasukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT:
ُ ُ ۡ ُ ٗ َٰ ُ ُ ُٓ ٗ ُّ ٗ ۡ ُ ۡ ُ ۡ
َّ‫َّلۥ‬
َّ ‫ّلل َّعليهَِّولعن َّهۥ َّوأعد‬
َّ ‫ضب َّٱ‬
ِ ‫ومن َّيقتل َّمؤمِناَّمتع ِمداَّفجزاؤَّهۥ َّجهنم َّخ ِِلاَّفِيهاَّوغ‬

ٗ ‫عذابًاَّع ِظ‬
َّ٩٣َّ‫يما‬

2
Khutbah Jumaat Dahsyatnya Neraka

Maksudnya: “Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka
balasannya ialah neraka jahanam, kekal dia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya,
dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”. (Surah al-
Nisaa’ ayat 93)

Kedua: Penzina sama ada lelaki mahupun perempuan. Diriwayatkan dari Samurah bin
Jundub RA berkata:

“Antara perkara yang sering ditanyakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya
ialah “Apakah antara kamu ada yang melihat sesuatu dalam mimpinya?. “Pada suatu hari
Baginda bersabda: “Sesungguhnya malam tadi telah datang dua orang kepadaku.
Keduanya diutus kepadaku dan mengajakku: Marilah kita pergi…Lalu kami pergi dan
melihat sesuatu seperti tungku. Tiba-tiba dari tempat itu terdengar pekikan dan teriakan.
Baginda berkata: “Maka kami melihat kepadanya. “Ternyata di dalamnya ada lelaki dan
perempuan yang tidak berpakaian. Nyalaan api datang kepada mereka dari arah bawah
tungku. Apabila nyalaan api itu membakar mereka, mereka pun berteriak menjerit.
Baginda berkata: “Aku bertanya: “Siapakah mereka itu? “..mereka berdua berkata:
“Adapun lelaki dan perempuan yang tidak berpakaian, yang berada pada tempat seperti
tungku itu ialah para penzina, lelaki dan perempuan…” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Ketiga: Pemakan riba. Dalam sambungan hadis Samurah bin Jundub RA yang
disebutkan tadi bahawa Nabi SAW bersabda:

“Lalu kami pergi hingga kami pergi ke sungai dari darah, di dalamnya ada seorang lelaki
yang berdiri di tengah sungai, dan di tepi sungai ada lelaki yang di hadapannya ada batu
besar. Lalu lelaki yang ada di sungai itu menuju ke tepi, dan setiap kali hendak keluar,
lelaki itu melemparnya dengan batu di mulutnya, sehingga mengembalikannya ke
tempatnya yang semula. Maka setiap kali dia ketepi untuk keluar, dia melempar orang itu
pada mulutnya dengan batu, lalu dia kembali seperti semula. Maka aku bertanya: “Apakah
yang terjadi ini? “… dua orang itu berkata, “Dan orang yang engkau lihat di sungai itu ialah
pemakan riba”. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Keempat: Orang yang makan harta anak yatim. Allah SWT berfirman dalam Surah al-
Nisaa’ ayat 10:
3
Khutbah Jumaat Dahsyatnya Neraka

ٗ ۡ ۡ ٗ ۡ ُ ُ ُ ُ ۡ ً ۡ ُ ۡ ۡ ُ ُ ۡ
َّ١٠َّ‫َِّفَّبطون ِ ِهمَّناراَّۖوسيصلونَّس ِعۡيا‬
ِ ‫مَّظلماَّإِنماَّيأكلون‬ََّٰ َٰ‫إِنََّّٱَّلِينََّّيأكلونَّأموَٰلَّٱِلت‬

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara


zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka
pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala”.

Kelima: Pendusta, pengumpat dan batu api yang melaga-lagakan orang lain.
Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal RA, beliau berkata, ‘Aku bersama Rasulullah SAW
dalam suatu perjalanan. Maka aku bertanya: “Wahai Nabi Allah! adakah kami akan
diseksa kerana ucapan kami? Baginda SAW bersabda:

‫خرِه ِ ْم ِإلا‬
ِ ‫جوْهِه ِ ْم أ ْو عَلَى م َنَا‬
ُ ُ ‫اس فِى النارِ عَلَى و‬ َ ‫ك ُأ ُم‬
َ ‫ و َه َلْ يَك ُُب الن‬،ُ ‫ك ي َا مُع َاذ‬ َ ْ ‫ثَكِلَت‬

.‫حصَائِد ُ ألْسِنَتِه ِ ْم‬


َ

Maksudnya: “Alangkah sedihnya ibumu kehilanganmu wahai Muadz, bukankah manusia


itu dilemparkan ke dalam neraka dengan wajah tersungkur tidak lain disebabkan hasil dari
(yang mereka peroleh) dari lisan-lisan mereka?”. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dan
Ibnu Majah)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Rasulullah SAW juga telah menggambarkan tentang seksaan dahsyat dalam neraka.
Banyak lagi hadis Baginda SAW yang menceritakan tentang betapa ngerinya seksa
neraka antaranya baginda menyatakan bahawa tahap kepanasan api yang ada di dunia
ini hanyalah 1 daripada 70 kepanasannya. Bahkan seringan-ringan seksaan juga
disebutkan oleh Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan seksaannya ialah orang yang
mempunyai dua kasut dan dua talinya dari api yang mendidih dari keduanya otaknya,
sebagaimana mendidih periuk, ia tidak melihat ada orang yang lebih berat seksaan
darinya, dan sesungguhnya ia adalah yang paling ringan seksaan”. (Hadis riwayat Imam
Muslim dan al-Bukhari)

4
Khutbah Jumaat Dahsyatnya Neraka

Maka, adakah kita rasa sanggup menghadapi seksaan pedih di neraka kelak? Marilah kita
insafi diri dan segera bertaubat kepada Allah SWT serta meninggalkan segala perbuatan
dan perkataan yang hanya menjerumuskan diri kita ke jurang neraka yang amat-amat
dalam. Hanya kepada Allah SWT jualah tempat kita memohon keampunan dan
perlindungan dari seksaan neraka yang dahsyat.

Justeru, bagi mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib meninggalkan beberapa pesanan
buat renungan kita bersama:
Pertama: Allah SWT dan Baginda Rasulullah SAW banyak mengingatkan kita tentang
seksaan pedih neraka supaya kita semua gentar dan insaf seterusnya menjadi hamba-
Nya yang patuh taat.
Kedua: Segeralah bertaubat kepada Allah SWT agar dosa-dosa kita diampunkan oleh
Allah SWT dan tidak tergolong sebagai penghuni neraka.
Ketiga: Jauhilah perbuatan-perbuatan dan percakapan yang menjerumuskan kita ke
dalam neraka yang sangat pedih seksaannya.

Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Zukhruf:


ُ ِ‫َّتَّع ۡن ُه ۡمَّو ُه ۡمَّفِيه‬
َّ‫ََّّوماَّظل ۡمنَٰ ُه ۡم‬٧٥َّ‫َّم ۡبل ِ ُسون‬ ُ ِ َٰ ‫إنََّّٱل ۡ ُم ۡجرمِيََِّّفَّعذابَّجهنمَّخ‬
ُ ‫َّلََّّ ُيف‬٧٤َّ‫ِلون‬
ِ ِ ِ ِ
ُ َٰ ُ ۡ ُ َٰ َٰ ْ ۡ َٰ ُ ْ ُ
َّ٧٧َّ‫مَّمكِثون‬ ‫َِّلق ِضَّعل ۡيناَّر ُّبكَّۖقالَّإِنك‬
ِ ‫َّونادوَّاَّيملِك‬٧٦ََّّ‫كنََّكنواَّه ُمَّٱلظل ِ ِمي‬
ِ َٰ ‫ول‬

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal


selama-lamanya di dalam azab seksa neraka Jahannam. Tidak diringankan azab itu
daripada mereka, dan mereka tinggal menderitainya dengan berputus asa (daripada
mendapat sebarang pertolongan), Dan tidaklah kami menganiaya mereka, akan tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri. Dan mereka menyeru (ketua malaikat penjaga
neraka, dengan berkata): "Wahai Malik! Biarlah hendaknya Tuhanmu mematikan kami
(kerana kami tidak tahan menderita)!" Malik menjawab: "Sesungguhnya kamu tetap kekal
di dalam azab!”.

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Dahsyatnya Neraka‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫ات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن الْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَفَعَن ِ ْي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي َ ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬
‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع الْعَلِي ْم ُ‪ .‬أقُو ْ ُ‬
‫و َتَق َب َ‬
‫ات‪،‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫حي ْم ُ‪.‬‬
‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Dahsyatnya Neraka‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأ ْ‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ أن سَيِد َنَا مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن الله َ أم َرَك ُ ْم ب ِأ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم َرَك ُ ْم‬
‫َٰٓ ُ ُ ُّ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن َّٱّلل َّوملئِكتهۥَّيصلون َّلَعَّ‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ۡ‬ ‫ُ ْ‬ ‫ُ ْ ُّ ْ‬
‫بَِّّۚيَٰٓأ ُّيهاَّٱَّلِينَّءامنواَّصلواَّعليهَِّوسلِمواَّتسلِيماَّ‪٥٦‬‬
‫ً‬ ‫ۡ‬
‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا م ُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬
‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬
‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ُ ،‬‬
‫السلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫يَا أ ْر َ‬

‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Dahsyatnya Neraka‬‬

‫ن و َأم َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأ ْم ٍ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬
‫الله ُم أعِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أعْد َاءَك َ أعْد َاء َ الدِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬
‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫ك‬
‫سط ِينَ‪ ،‬اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ن قَتَلُوا ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل َ ْ‬
‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِينَ‪ ،‬ال َذ ِي َ‬
‫اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ل الدائ ِرَة َ عَلَيْهِمْ‪،‬‬
‫بِه ِ ْم‪ ،‬ف َِإنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَكَ‪ ،‬ألله ُم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع َ ِ‬
‫اَلله ُم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‪ ،‬و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‪ ،‬وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا‪ ،‬اَلله ُم أنْز ِلْ عَلَيه ِ ْم و َعَلَى م َنْ‬
‫طيْر ًا أبَابيِلَ‪،‬‬ ‫ك الذ ِي ل َا ي ُر َُد ع َ ِ‬
‫ن الْقَو ْ ِم الظالِمِينَ‪ .‬اَلله ُم أ ْرسِلْ عَلَيْه ِ ْم َ‬ ‫س َ‬
‫عَاوَنَهُمْ‪ ،‬ب َأ َ‬
‫ف مأكُول‪.‬‬ ‫تَرْم ِيه ِ ْم بِ ح ِج َارَة ٍ م ِنْ سِ ج ِي ٍ‬
‫ل‪ ،‬فَجَعَلَه ُ ْم كَع َصْ ٍ‬
‫سط ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل َ ْ‬
‫اَلله ُم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْم ُج َاه ِدِي َ‬
‫ك م ِنْ ش ُر ُورِهِمْ‪ .‬اَلله ُم بَدِ ْد شَم ْلَهُمْ‪ ،‬و َف َرِ ْق‬ ‫ك فِي نُح ُورِ أعْد َاءِن َا‪ ،‬و َنَع ُوذ ُب ِ َ‬ ‫نج ْع َل ُ َ‬
‫اَلله ُم ِإنا َ‬
‫جَمْعَه ُ ْم وَشَت ِْت كَل ِمَتَهُمْ‪ ،‬وَز َلْز ِلْ أقْد َامَهُمْ‪ ،‬وَسَل ِْط عَلَيْه ِ ْم ك َل ْبًا م ِنْ كِلَابِكَ‪ ،‬يَا ق َهار ٌ‪ ،‬ي َا‬
‫َاب‪،‬‬
‫حز ِ‬‫َاب‪ ،‬يَا ه َازِم َ الْأ ْ‬
‫اب‪ ،‬ي َا مُجْرِىَ السح ِ‬
‫ل الْكِت َ ِ‬
‫جَبار ٌ‪ ،‬ي َا م ُن ْت َقِم ُ ي َا اللهُ‪ .‬اَلله ُم ي َا مُنْز ِ َ‬
‫اِهْزِ ْم أعْد َاء َ ال ْمُسْل ِمِينَ‪ ،‬اِهْزِمْهُمْ! اِهْزِمْهُمْ! و َان ْصُر ِ ال ْمُسْل ِمِينَ ع َلَيهِمْ‪.‬‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك عَلَى ك ُِل ش َيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة ً‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ۡ‬ ‫ُ‬ ‫ۡ ۡ ٓ ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ُۡ‬ ‫ٓ‬ ‫َٰ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ُُۡ ۡ‬
‫غَّ‬ ‫َٰ‬ ‫َٰ‬
‫ٱۡلحس ِنَِّإَويتا ِٕيَّذِيَّٱلقرَبَّوينَهَّع ِنَّٱلفحشاءَِّوٱلمنك ِرَّوَّٱۡل ِ ِۚ‬ ‫۞إِنَّٱّللَّيأمرَّبِٱلعد ِلَّو ِ‬
‫ُ‬ ‫ُ ُ‬
‫يعِظك ۡمَّلعلك ۡمَّتذك ُرونَّ‪َّ٩٠‬‬
‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Dahsyatnya Neraka‬‬

‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْك ُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai