Anda di halaman 1dari 4

CPE 5400 KAUNSELING KELOMPOK

KUIZ KELAS 4 MEI 2020

NAMA : NURUL ELLINA BINTI RAMLI


NO MATRIK : GS 55693

ETIKA DAN ISU DALAM KAUNSELING KELOMPOK

1. Mengapa etika kerahsiaan penting dalam sesi kaunseling?

 Untuk memberi perlindungan kerahsiaan agar ahli kelompok merasa selesa


untuk berkongsi masalah yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang lain.
 Untuk menimbulkan rasa percaya antara ahli sebagai jaminan kerahsiaan
antara ahli kelompok agar ahli merasa selesa untuk berkongsi masalah
mereka tanpa kebocoran pada pihak lain.

2. Mengapa etika kerahsiaan lebih mencabar dalam kaunseling kelompok?

 Kerana melibatkan perkongsian ramai ahli dan ketua kelompok perlu


memastikan semua ahli menjaga kerahsiaan tersebut berpandukan Kod Etika
Kaunselor (Lembaga Kaunselor Malaysia).

3. Siapa yang bertanggungjawab menjaga etika kerahsiaan dalam sesi kaunseling


kelompok?

 Ketua Kelompok
 Ahli kelompok

4. Apakah antara etika yang terlibat dalam membuat saringan kelompok?

 Bilangan ahli dalam kelompok


 Penetapan umur, jantina dan demografi yang tertentu.
 Penetapan kelompok sama ada berbentuk Homogeneous @ Heterogeneous
 Sama ada kelompok terbuka atau tertutup.
 Matlamat kelompok
 Isu silang budaya

5. Bagaimana jika:
a. KK tidak membuat saringan untuk masukkan ahli dalam kelompok?

 Ketidakselesaan antara ahli akan berlaku dan kepercayaan serta


kerahsiaan akan dipertikaiakan.
 Sesi kelompok boleh berisiko berlaku konfrontasi dengan permusuhan
dan ahli kelompok membentuk geng.
b. KK sering keluar makan bersama-sama ahli kelompok

 Tidak digalakkan. KK perlu menyedari risiko yang akan dihadapi


supaya tidak melanggar Kod Etika Kaunseling.

c. KK minta ahli kelompok patuh pada arahan dalam membuat keputusan?

 Ahli kelompok yang boleh membuat keputusan dan ketua kelompok


tidak boleh memasukkan nilai kepada ahli.

TEORI PSIKOANALITIK

1. Siapakah pelopor teori ini?


 Sigmund Freud

2. Mengapa manusia bermasalah?

 Berlaku lekatan pada tahap perkembangan personalitinya


 Masa lalu yang mempengaruhi hidupnya yang menyebabkan anxiety
berlaku

3. Apakah matlamat Teori Psikoanalitik dalam membantu klien?

 Membentuk semula struktur personaliti individu (id, ego dan superego)


agar beroperasi dengan seimbang
 Membantu membawa memori di bawah sedar ke peringkat sedar dengan
mengenal pasti dan mangatasi resisten yang ada.

4. Bagaimana ?

 Melihat kembali tahap sedar, separuh sedar dan tidak sedar ahli.
 Lekatan yang terdapat dalam peringkat perkembangan personaliti.
 Kedudukan dalam adik beradik
 Dengan mengunakan teknik yang terdapat dalam teori seperti Insight,
Working through, menjelajah Anxiety dan free association mengikut
kesesuaian.

5. Kerisauan ada berapa? Sebutkan?

 Kerisauan realiti,
 Kerisauan moral
 Kerisauan neurotik

6. Apakah maksud setiap kerisauan? Jelaskan secara ringkas.


Kerisauan Realiti Timbul daripada ancaman yang nyata atau
dijangka akan berlaku. Contoh, risau rumah
dimasuki pencuri.
Kerisauan Moral Rasa bersalah menyalahi nilai-nilai moral dan
masyarakat. Cohtoh, melanggar lampu merah.
Kerisauan Neurotik Timbul daripada kebimbangan dan tidak dapat
mengawal naluri sehingga melakukan perlakuan
yang di luar jangkaan. Contoh, risau kehilangan
orang yang tersayang.

7. Bagaimana proses terapeutik kaunseling kelompok menggunakan


pendekatan Psikoanalitik?

 Proses menumpukan kepada mewujudkan, menganalisis,


membincangkan, dan mentafsir pengalaman masa lalu dan yang
dilihat sebagai helah bela diri dan rintangan yang berada pada tahap
tidak sedar (unconscious).
 Working through (bekerja melalui) adalah konsep psikoanalitik yang
merujuk kepada pengulangan tafsiran & mengatasi rintangan, dengan
itu membolehkan klien menyelesaikan corak disfungsional yang
berasal dari masa kanak-kanak & membuat pilihan berdasarkan
pandangan baru.

8. Bagaimana peranan ketua kelompok ?

 Menjadi pakar dengan mendalami teknik-teknik psikoanalitik


yang agak sukar sebelum boleh mengaplikasikan kepada ahli-
ahli kelompoknya.

9. Apakah teknik-teknik Psikoanalitik yang popular digunakan dalam sesi


kelompok? Terangkan secara ringkas.

Free Association Meluahkan apa sahaja yang ada di


dalam fikiran tanpa mengira
bagaimana ia menyakitkan, tidak logik
atau tidak relevan
Analisis Mimpi Pada peringkat awal, ahli digalakkan
memberi analisis tentang mimpi yang
dinyatakan. Kemudian dikongsikan
bersama ahli kelompok yang lain.
Insight and Work through Klien mengembangkan insight
(kesedaran mengenai sebab-sebab
kesukaran yang berlaku sekarang)
yang lebih baik. Klien dapat
mengalpasti banyak cara di mana
konflik ini wujud, sama ada di dalam
kelompok atau dalam kehidupan
seharian mereka.

Working through Merasai semula pengalaman


unfinished business yang belum
selesai dalam konteks transferens
(pelbagai transferens dalam analisis
kumpulan). Teknik ini merupakan
peringkat terakhir kumpulan analitik
dan menghasilkan peningkatan
kesedaran dan integrasi diri.

Anda mungkin juga menyukai