Anda di halaman 1dari 14

SIKAP DAN MINAT PELAJAR TERHADAP SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP

1) Student Kemahiran Hidup Fakulti Seni dan Muzik UPSI Tanjung Malim Perak Malaysia. 2) Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Seni dan Muzik UPSI Tanjung Malim Perak Malaysia. ABSTRAK Kajian ini bertujuan menijau minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup dan boleh memperkembangkan minatnya menjadi kerjaya pada masa hadapan. Selain itu, penulisan ini turut menijau faktor-faktor mempengaruhi pelajar meminati belajar subjek kemahiran hidup. Kajian ini dijalankan adalah disebabkan minat pelajar amat penting untuk mencapai kebekesanan pemgajaran dan pembelajaran. Seseorang guru kemahiran hidup harus menyelidik tentang minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup untuk mengetahui kelemahan yang perlu dibaiki. Subjek kemahiran hidup merupakan salah satu subjek dalam bidang teknik dan vokasional. Subjek kemahiran hidup mempunyai bidang teknikal, bidang ekonomi rumah tangga dan bidang perdagangan dan keusahawanan. Setiap bidang dalam kemahiran hidup boleh melahirkan insan yang berteknologi dan inovasi. Penulisan ini dibuat dengan menggunakan kajian tijauan (survey) dan kaedah temubual. Kajian ini dijalankan di sekolah menengah Tunku Ampuan Durah seremban, Negeri Sembilan. Sampel kajian terdiri daripada pelajar tingkatan 1,2 dan 3 iaitu seramai 22 orang. ABSTRACT The research is discussed interest student in the subject living skills. The motif research was observed interest student were taken subject living skills and can develop interest student to be career in future. Otherwise, this paper also discussed factor-factor influence interest student at the learning process. This research emphasizes on interest student at subject living skills because interest very important to make teaching and learning process more impressive. Teacher living skills must be have to know and do research emphasizes on interest student at subject living skills to improve feeble when teaching subject living skills. Subject living skills keep close to subject technical and vocasional. Subject living skills embrace field of technical, field study of household management and field study of entrepreneur and business management. Every field of subject living skills can develop student have talent of technology and creative. This research was carried out by using questionnaires survey method. This research was done at Sekolah Tunku Ampuan Durah Seremban, Negeri Sembilan. A total of 22 student were selected randomly from form one to form three student. 1

Latar belakang kajian Minat pelajar menjadi alat ukur untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan untuk menijau sejauh mana minat pelajar dalam subjek kemahiran hidup dan boleh memperkembangkan minatnya menjadi kerjayanya pada masa hadapan. Selain itu, penyelidik turut menijau faktor-faktor mempengaruhi minat pelajar terhadap subjek kemahiran Hidup. Subjek kemahiran hidup merupakan subjek yang melibatkan pembelajaran teori dan amali. Guru kemahiran hidup biasa menggunakan bahan bantuan mengajar seperti barang sebenar atau gambar yang berkaitan dengan untuk memudahkan pengajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Huraian ini turut disokong oleh Omardin Ashaari menyatakan bahawa bahan bantuan mengajar akan dapat mencetuskan minat pelajar terhadap pengajaran guru dengan gaya persembahan dan kaedah penyampaian yang menarik. Dalam pengajaran subjek kemahiran hidup, bahan-bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru memberi pengalaman sebenar yang dialami oleh pelajar. Oleh itu, banyak aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan oleh pelajar sendiri. Secara tidak langsung, minat pelajar akan bertambah dalam subjek kemahiran hidup. Faktor-faktor turut mempengaruhi minat pelajar untuk mempelajari subjek kemahiran hidup seperti faktor motivasi kendiri, pengaruh rakan sebaya, keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan dorongan keluarga. Beberapa persoalan yang perlu dicarikan jalan keluar selepas menerusi kajian lepas; a) Adakah pelajar berminat dalam subjek kemahiran hidup? b) Adakah pelajar tidak berminat dalam subjek kemahiran hidup? c) Apakah faktor-faktor mempengaruhi pelajar berminat dalam subjek kemahiran Hidup? d) Apakah faktor-faktor mempengaruhi pelajar tidak berminat dalam subjek kemahiran hidup? e) Adakah pelajar berkemahiran sebelum ini? f) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup paling diminati oleh pelajar? g) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup tidak diminati oleh pelajar? Objektif kajian 1) Penulisan ini bertujuan untuk menijau sejauh mana minat pelajar dalam subjek kemahiran hidup dan memperkembangkan minat sendiri dalam bidang kerjaya pada masa hadapan. 2) Faktor-faktor turut mempengaruhi minat pelajar dalam subjek kemahiran hidup. 3) Penyelidik turut menyelidik faktor-faktor mempengaruhi pelajar tidak minat dalam subjek kemahiran hidup.

Batasan kajian Penulisan ini menggunakan 22 orang sampel kajian yang terdiri daripada 6 orang pelajar tingkatan 1 dan 10 orang pelajar tingkatan 3 daripada Sekolah Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan. Kepentingan kajian Kajian ini brertujuan mengetahui minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup dan peluang mengembangkan kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional. Keputusan kajian ini amat penting kepada pendidik kerana boleh membantu pendidik mengetahui kejayaan atau kegagalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Gilbert Highet menyatakan bahawa keberkesanan pengajaran dan pelajaran boleh menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek. Oleh itu, minat pelajar amat penting untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik menjalankan kajian di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah adalah disebabkan ramai guru berpengalaman dalam pengajaran subjek kemahiran hidup mengajar di sekolah ini. Salah satu guru mengajar subjek kemahiran hidup merupakan guru cemerlang dalam pengajaran pilihan ekonomi rumahtangga. Definisi Operasional Pendidikan Kemahiran Hidup Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah membekalkan tenaga kerjaya yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi dan komunikasi maklumat. Minat Menurut Kamus Dewan Edisi Baru ( 2003), minat ialah keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu. Minat bermaksud suatu kecenderungan yang menyebabkan seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba aktiviti-aktiviti dalam bidang tertentu. Minat juga didefinisikan sebagai daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Penumpuan terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan mengambil berat terhadap perkara tersebut. Menurut Hashim (2000), minat secara keseluruhan boleh dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi. Minat adalah daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada sesuatu yang

diminati sama ada subjek atau kegiatan. Menurut Hornby,A.S.( 2000) mendefinisikan minat ialah memberi perhatian atau mengambil berat ; menunjukkan rasa ingin tahu; mendapat perhatian; membangkitkan rasa ingin tahu.

Bab 2 SOROTAN LITERATUR Sorotan tinjauan merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untuk meneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian. Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan minat pelajar Kajian-kajian berkaitan minat pelajar amat berkurangan di Malaysia. Fenomena ini berlaku akibat kurang kesedaran tentang pentingnya satu kajian khusus yang menyentuh tentang minat pelajar-pelajar dalam matapelajaran kemahiran Hidup. Minat pelajar amat penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan minat pelajar Secara umum, minat didefinisikan sebagai daya penggerak atau kecenderungan seseorang itu memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Penumpuan terhadap perkara yang menarik minat akan timbul secara spontan dan individu akan mengambil terhadapnya. Menurut Hashim(2000), minat secara keseluruhan sebagai pembolehubah-pembolehubah motivasi. Dengan itu, minat pelajar amat penting kepada pembelajaran kerana minat boleh menghasilkan motivasi untuk menggalakkan pelajar dalam pembelajaran dalam bilik darjah. Minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mempelajari subjek yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar dalam bilik darjah (Mohd Daud Hamzah,2009). Maka boleh mendapati bahawa minat pelajar merupakan sumber penggerak untuk mempelajari subjek kemahiran hidup.

Kerangka Konseptual
KAJIAN BERBENTUK DESKRIPTIF TAJUK KAJIAN : KAJIAN TENTANG MINAT PELAJAR TERHADAP SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP.

SASARAN KAJIAN : PELAJAR TINGKATAN 1 HINGGA 3.

PENGUMPULAN DATA: STATISTIK DESKRITIF ( JADUAL)

BORANG SOAL SELIDIK SOALAN KAJIAN : Pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhi minat pelajar. Apakah pilihan tajuk paling diminati oleh pelajar? Adakah pelajar telah berkemahiran sebelum ini? Pelajar yang tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhinya? Apakah pilihan tajuk paling tidak diminati oleh pelajar?

BERMINAT

TIDAK BERMINAT

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN Lokasi dan Masa kajian

Penyelidikan ini melibatkan lokasi kajian di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan.Kajian ini melibatkan respoden pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah terletak kira-kira 3 kilometer atau 15 minit dari pusat bandar Seremban. Tiga buah sekolah menengah kebangsaan bertempat di jalan Sikamat. Empat buah sekolah Menengah Kebangsaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Redza, Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Ahmad , Sekolah Menengah Sains Seremban dan sebuah Maktab Perguruan Raja Melewar. Reka bentuk kajian Reka bentuk kajian dilakukan untuk membolehkan persoalan kajian dalam penulisan ini terjawab. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan kuantitatif untuk melakukan kajian. Melalui pendekatan kuantitatif, persoalan kajian boleh dijelaskan dalam bentuk numberik. Kajian tinjauan ini digunakan untuk mengkaji persoalan kajian. Menurut Sabitha Marican (2007), kajian tijauan ialah satu method unntuk mengumpul maklumat dengan menggunakan satu set soalan kepada sampel individu yang dipilih dari satu populasi yang hendak diuji. Prosedur kajian Prosedur kajian ialah meminta kebenaran daripada pihak sekolah Tunku Ampuan Durah, Seremban untuk menjalankan kajian dalam kawasan sekolah tersebut. Selepas itu, mencari respoden pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 dan memberi soal selidik selepas mereka lepas sekolah dan berehat di kantin sekolah pada waktu petang. Instrumen Kajian Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik. Soal selidik ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat untuk tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A ialah berkaitan dengan maklumat asas respoden iaitu latar belakang respoden. Maklumat informan termasuk jenis jantina, peringkat umur, bangsa, agama dan jenis tingkatan. Bahagian B ialah soalan kajian. Soalah kajian mempunyai 2 pokok soalan iaitu pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhi minat pelajar dan satu lagi pokok soalan ialah pelajar tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhinya. Sampel hanya perlu menandakan pilihan berdasarkan lima poin skala Likert bagi setiap soalan yang dikemukakan dalam setiap bahagian tersebut. Populasi kajian Populasi adalah sekumpulan individu , keluarga, kumpulan, organisasi, komuniti, peristiwa atau perkara yang hendak dikaji oleh penyelidik. Populasi merupakan satu

agregat elemen yang telah diperincikan secara teori. Populasi merangkumi semua individu yang hendak dikaji. Populasi kajian ini ialah golongan pelajar tingkatan 1,2,3 daripada sekolah Tunku Ampuan Durah, Seremban, Negeri Sembilan. Populasi kajian melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3 untuk mengetahui minat pelajar dalam peringkat sekolah menengah rendah. Sampel Kajian Kajian ini melibatkan 22 orang sampel yang terdiri daripada 6 orang pelajar Tingkatan 1, 10 orang pelajar tingkatan 2 dan 6 orang pelajar tingkatan 3. Penyelidik memilih pelajar secara rawak untuk menguji pelbagai latar belakang kelas. Penyelidik menjalankan kajian semasa waktu rehat pelajar pada waktu petang. Oleh itu, penyelidik tidak mengetahui latar belakang kelas pelajar. Latar belakang kelas yang berbeza turut boleh mempengaruhi tahap minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Pengumpulan dan Analisis data Setelah data diperoleh, ia perlu dianalisis untuk mengetahui sama ada hipotesis yang dibuat. Penulisan ini menggunakan analisis data primer. Penyelidik menggunakan soal selidik untuk menilai data yang telah dikumpul dan diperolehi daripada kumpulan fokus iaitu pelajar sekolah menengah Tingkatan 1.2,3. Statistik deskriptif digunakan untuk menjelaskan fenomena yang berkaitan dengan sesuatu populasi kajian untuk membuat anggaran terhadap populasi pelajar yang berminat atau tidak minat terhadap subjek kemahiran hidup. Stastitik ini boleh memberikan gambaran umum mengenai pembolehpembolehubah yang dikaji. Penyelidik menganalisis data menggunakan penyajian data deskriptif. Penyajian data deskriptif boleh dilakukan dalam bentuk jadual, graf, carta pai, gambah rajah, purata, min, mod dan taburan kekerapan. Penyelidik memilih jadual untuk mempersembahkan maklumat yang dikumpul melalui borang soal selidik. Untuk menganalisis data, respoden terbahagi kepada dua iaitu penganalisian maklumat peribadi respoden dan penganalisian pandangan dan pendirian respoden.

Bab 4 : Dapatan Kajian dan Perbincangan Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada bahagian tertentu iaitu: 7

a) Penganalisian maklumat peribadi respoden b) Penganalisian pandangan dan pendirian respoden. Penganalisaan maklumat peribadi respoden Untuk penganalisaan maklumat peribadi respoden, penyelidik hanya melihat kepada jantina, umur dan tingkatan. Item (Jantina Bilangan pelajar) Lelaki 9 Perempuan 13 Jumlah 22 Peratus(%) 40.9 59.1 100

Jadual 4.1 Taburan jantina respoden Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 22 orang pelajar yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Daripada jumlah tersebut, pelajar perempuan seramai 13 orang atau 59.1% manakala pelajar lelaki seramai 9 orang atau 40.9%. Peratusan pelajar perempuan lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki adalah disebabkan prosedur kajian dijalankan semasa waktu rehat kelas petang . Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Tambahan pula, kekurangan respoden lelaki adalah disebabkan kehadiran pelajar lelaki tidak memuaskan pada hari jumaat kelas petang. Item (Umur Pelajar) 13-14 tahun 15-16 tahun Jumlah Bilangan 13 9 22 Peratus( %) 59 41 100

Jadual 4.2 : Taburan umur pelajar Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan pelajar iaitu 22 orang. Hanya 13 orang pelajar adalah berumur 13 hingga 14 tahun manakala pelajar 15 hingga 16 tahun hanya 9 orang pelajar. Keadaan ini disebabkan peringkat umur boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Pandangan dan pendirian pelajar dalam peringkat umur ini amat diperlukan untuk melakukan kajian ini. Item ( tingkatan) Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Bilangan 6 10 6 Peratus (%) 27.3 45.4 27.3 8

Jumlah

22

100

Jadual 4.3 Taburan jenis tingkatan pelajar Jadual ini menunjukkan bahawa jenis tingkatan pelajar. Ini boleh dilihat daripada tingkatan 1 mempunyai 6 orang atau 27.3%. dan tingkatan 2 mempunyai 10 orang atau 45.4% sementara tingkatan 3 mempunyai 6 orang atau 27.3%. Penyelidik memilih respoden mengikut jenis tingkatan adalah disebabkan pelbagai tahap pembelajaran berada pada peringkat tingkatan yang semakin meningkat adalah berbeza. Ini turut boleh mempengaruhi sikap dan minat pelajar terhadap subjek kemahiran hidup. Penganalisisan pandangan dan pendirian respoden. Penganalisisan ini dijalankan berdasarkan kepada persoalan kajian yang dibina iaitu: a) Adakah pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup? b) Apakah faktor-faktor mempengaruhi sikap dan minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup? c) Adakah pelajar tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup? d) Apakah faktor-faktor mempengaruhi sikap pelajar tidak berminat dalam subjek kemahiran Hidup? e) Adakah pelajar berkemahiran sebelum ini? f) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup paling diminati oleh pelajar? g) Apakah pilihan dalam subjek kemahiran Hidup paling tidak diminati oleh pelajar? Persoalan : Hubungan minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup Jadual 4.4 : Keputusan kajian minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup No. Item Soalan 1 1 (Sangat 2 (Setuju) Setuju) 6 (27.3%) 3 ( Tidak 4 ( Sangat Setuju) tidak Setuju) 5 4 ( 22.7%) (18.2%)

Minat dalam 7 subjek kemahiran (31.8%) Hidup?

Jadual 4.5 Keputusan kajian faktor-faktor mempengaruhi pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup. No. Item soalan 2. 1 2 ( Setuju) ( Sangat Setuju) Minat mempelajari subjek 4 6 kemahiran hidup disebabkan (18.2%) ( 27.3%) 3 ( Tidak Setuju) 7 (31.8%) 4 ( sangat tidak setuju) 5 ( 22.7%)

oleh motivasi kendiri. 3. Minat mempelajari subjek 6 kemahiran hidup disebabkan (27.3%) oleh pengaruh rakan sebaya. Minat mempelajari subjek 7 kemahiran hidup disebabkan ( 31.8%) oleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Minat mempelajari subjek kemahiran hidup disebabkan oleh dorongan keluarga. Akan memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional pada masa depan. 4 (18.2%) 5 (22.7%) 1 ( 4.5%) 7 ( 31.8%) 10 (45.5%) 4 (18.2%) 5 (22.7%) 4 (18.2%)

4.

5. 6.

3 ( 13.6%) 7 ( 31.8%)

7 ( 31.8%) 7 ( 31.8%)

8 ( 36.4%) 3 (13.6%)

Jadual di atas menunjukkan bahawa pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup dan faktor-faktor mempengaruhinya. Ini boleh dilihat bahawa mempunyai 13 orang pelajar atau 59.1% sangat setuju dan setuju bahawa berminat dalam subjek kemahiran hidup. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar berminat dalam subjek kemahiran hidup, faktor disebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah paling disetujui oleh respoden. Ini boleh dilihat bahawa 7 orang atau 31.8% daripada respoden sangat setuju bahawa berminat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Keadaan ini disebabkan pengajaran guru yang berkesan boleh memupuk minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup. Selain itu, jumlah pelajar akan memilih bidang teknik dan vokasional turut mempunyai 12 orang iaitu 5 orang atau 22.7% sangat setuju dan 7 orang atau 31.8% setuju untuk memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional pada masa depan.

Jadual 4.6: Keputusan kajian pilihan tajuk kemahiran hidup paling diminati oleh pelajar. Pilihan Pilihan bidang kemahiran teknikal Pilihan ekonomi rumahtangga Pilihan pertanian Pilihan perdagangan dan keusahawanan 12 ( 54.5%) 4 ( 18.2%) 1 ( 4.5%) 5 (22.7%) 10

Jadual 4.7 : Keputusan kajian respoden berkemahiran sebelum ini. Ya Tidak 2 ( 9.1%) 20 ( 90.1%)

Jadual ini menunjukkan pilihan tajuk subjek kemahiran hidup yang paling diminati oleh pelajar ialah pilihan bidang kemahiran teknikal. Ini boleh dilihat sejumlah 12 orang atau 54.5% memilih pilihan bidang kemahiran teknikal. Hal ini disebabkan mereka lebih berminat melukis atau menghasilkan projek berbanding menghafalkan fakta. Selain itu, sejumlah 20 orang atau 90.1% tidak berkemahiran sebelum pembelajaran subjek kemahiran hidup di sekolah. Hanya dua respoden berkemahiran sebelum pembelajaran subjek kemahiran Hidup dalam sekolah. Satu respoden berkemahiran dalam menjahit baju kurung kerana ibunya merupakan seorang tukang jahit dan mengajar anaknya menjahit baju sejak anaknya berumur 12 tahun. Satu repoden lagi berpengetahuan dalam membuat kerja kayu. Kemahiran yang dimiliki oleh respoden ini adalah diajar oleh ayahnya sejak berumur 13 tahun. Ayahnya ialah seorang tukang kayu yang pandai membuat almari kayu dan segalanya berkaitan dengan kerja kayu.

Jadual 4.8: Keputusan kajian pelajar tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup Soalan 1 ( Sangat 2 setuju) ( Setuju) 5 (22.7%) 3 ( Tidak 4 (Sangat Setuju) Tidak Setuju) 9 3 ( 41%) ( 13.6%)

1. Adakah anda tidak berminat dalam 4 subjek kemahiran Hidup? ( 18.2%)

Jadual 4.9 : Keputusan faktor-faktor pelajar yang tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup Soalan 1 2 ( Sangat ( Setuju) Setuju) 2 ( 9.1%) 3 4 ( Tidak ( Sangat Setuju) Tidak Setuju) 8 5 (36.4%) ( 22.7%)

2. Minat mempelajari subjek kemahiran 7 hidup disebabkan oleh cara ( 31.8%) penyampaian guru kurang berkesan.

11

3. Tidak berminat mempelajari subjek 7 kemahiran hidup disebabkan pengaruh ( 31.8%) rakan sebaya. 4.Tidak berminat mempelajari subjek 3 kemahiran hidup disebabkan oleh (13.6%) kekurangan motivasi kendiri. 5. Tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup disebabkan oleh tidak terdorong oleh ahli keluarga. 6.Tidak memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional pada masa depan. 3 ( 13.6%) 3 ( 13.6%)

3 ( 13.6%) 4 ( 18.2%) 3 ( 13.6%) 5 (22.7%)

9 ( 40.1%) 7 (31.8%) 8 ( 36.4%) 9 (40.1%)

3 ( 13.6%) 8 (36.4%) 8 ( 36.4%) 5 (22.7%)

Jadual ini menunjukkan bahawa pelajar yang tidak berminat dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Ini boleh dilihat bahawa 9 orang atau 41% tidak berminat terhadap subjek kemahiran hidup. Antara faktor-faktor yang mempengaruhinya paling banyak disetujui oleh respoden ialah tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Ini boleh dilihat mempunyai 10 orang atau 45.4% sangat setuju dan setuju bahawa tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.

Perbincangan Penemuan kajian menunjukkan bahawa minat pelajar amat penting untuk menggalakkan pembelajaran subjek kemahiran hidup dalam bilik darjah. Pelajar akan bergerak aktif untuk berusaha memahami isi kandungan yang diajari dalam bilik darjah. Melalui kajian mendapati bahawa pelajar berminat mempelajari subjek kemahiran hidup amat dipengaruhi oleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Cara pengajaran guru yang menarik boleh mempengaruhi minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup. Melalui cadangan yang diberikan dalam soal selidik daripada beberapa pelajar tingkatan 2 mendapati bahawa mereka berminat mempelajari kemahiran hidup adalah disebabkan subjek KH adalah berteraskan teori dan amali. Mereka berasa seronok kerana boleh mempratikkan pengetahuan teori untuk menghasilkan satu projek dengan tangan sendiri. Sebagai contohnya, mereka boleh membuat kotak hiasan dalam kelas amali kerja kayu. Mereka tidak suka hanya menghafal teori dalam buku sahaja. Kebanyakan mereka yang sangat berminat mempelajari subjek kemahiran hidup akan memperkembangkan minat dalam kerjaya pada masa hadapan. Dapatan kajian ini selari dengan hasil kajian Andimori (2000). Melalui data yang telah dianalisis, didapati bahawa pelajar tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya. Melalui data yang didapati bahawa pelajar tidak minat mempelajari subjek kemahiran hidup adalah

12

disebabkan subjek kemahiran hidup mempunyai banyak kerja rumah dan tidak suka membuat kerja amali dalam bengkel kemahiran hidup. Mereka lebih rela membaca buku atau menghafal teori berbanding membuat kerja amali dalam bengkel. Kebanyakan mereka yang tidak berminat mempelajari subjek kemahiran hidup akan mempertimbangkan untuk memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional pada masa hadapan dan sesetengah daripada mereka memutuskan tidak akan memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional. Hasil serupa pernah dinyatakan oleh Mahmud dan Salleh (1998). BAB 5 KESIMPULAN Secara rumusnya, minat pelajar amat penting untuk mengukur keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam subjek kemahiran Hidup. Dorongan minat amat penting untuk melancarkan proses pengajaran guru. Berdasarkan analisis soal selidik yang dijalankan, didapati bahawa pelajar yang berminat subjek kemahiran Hidup adalah mempunyai bilangan pelajar lebih banyak berbanding dengan pelajar yang tidak berminat dalam subjek kemahiran Hidup. Ini bermakna subjek kemahiran Hidup mampu menarik perhatian pelajar dalam bilik darjah. Salah satu faktor boleh mempengaruhi pelajar berminat dalam subjek kemahiran Hidup ialah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tidak berminat dalam subjek kemahiran Hidup ialah pengaruh rakan sebaya. Kebanyakan respoden pelajar akan memilih kerjaya dalam bidang teknik dan vokasional kerana mereka minat dalam pembelajaran subjek kemahiran Hidup. Memandangkan subjek kemahiran Hidup mampu menarik minat pelajar dalam bilik darjah, maka pencapaian matapelajaran kemahiran hidup boleh dipertingkatkan. Oleh itu, kekreatifan guru memberi situasi baru untuk menarik minat pelajar mempelajari subjek kemahiran hidup pada peringkat sekolah menengah rendah.

Senarai rujukan Crow dan Crow( 1980).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.Fajar Bakti: Kuala Lumpur. Gilbert Highet( 1981), Seni Mengajar.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuruteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan. Kamus Dewan Edisi Baru(2003).Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

13

Mohd Daud Hamzah ( 1990). Dorongan dan Pembelajaran.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. T. Subahan Mohd .Meerah, Rohaty Mohd.Majzab, Ahmad Jaffni Hassan( 1994). Pembangunan Sumber Manusia.Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi Saedah Siraj, Zainun Ishak, Tunku Mohani Tunku Mokhtar, Motivasi dalam pendidikan. Percetakan Cergas: Kuala Lumpur. Zuria Mahmud dan Amir Salleh et.al(1998), Perkembangan Kerjaya dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan kepimpinan Pendidikan IAB,KPM.Bil 02Dis.

14

Anda mungkin juga menyukai