Anda di halaman 1dari 1

PENDAHULUAN

Kursus Guru dan Cabaran Semasa ( Teacher And Challenges) Kod EDU 3093
merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh guru pelatih PISMP Semester 8.
Melalui kursus ini, guru pelatih khususnya PISMP Semester 8 dapat mengenalpasti isu
dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru. Terdapat banyak isu isu masa kini
dalam bidang profesion keguruan yang dapat dikenalpasti oleh guru pelatih dan
cabaran cabaran semasa yang dihadapi. Selain itu, guru pelatih juga dapat membuat
refleksi tentang cara cara menangani isu yang dikenalpasti dan cabaran cabaran
yang dihadapi. Sehubungan itu, melalui kursus ini juga guru pelatih akan dapat
mengenalpasti

tanda

tanda

awal

gangguan

emosi

murid

serta

langkah

menanganinya.
Kursus ini juga dapat mengajar guru pelatih mengenalpasti tekanan emosi guru
dan langkah menanganinya. Tekanan emosi guru adalah salah satu perkara yang
sentiasa menjadi isu dan cabaran buat guru guru dalam mendidik anak bangsa tetapi
melalui kursus ini guru pelatih akan dapat menangani tekanan emosi yang dihadapi.
Sehubungan itu, guru pelatih akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia dengan
perubahan dalam pendidikan Malaysia. Seterusnya, melalui kursus ini guru pelatih
dapat belajar dalam menyediakan pelan tindakan untuk mengurus segala perubahan
dalam pendidikan.
Dalam tugasan kursus ini, guru pelatih PISMP Semester 8 menganalisis isu dan
cabaran semasa yang membolehkan guru dapat mengenalpasti dan mereflek
keberkesanan serta mencadangkan strategi strategi baru yang mampu membawa
perubahan positif di masa hadapan. Akhir sekali, dalam tugasan ini guru pelatih akan
memperincikan bagaimana Lima Aspirasi PPPM dapat dilaksanakan di sekolah
seterusnya memperincikan strategi yang dapat mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan murid murid di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai