Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Teori penembusan sosial dikembangkan untuk menjelaskan bagaimana pertukaran


maklumat berfungsi dalam pengembangan dan pembubaran hubungan interpersonal
antara seseorang. Teori ini diperkenalkan oleh dua pakar psikologi iaitu Irwin
Altman dan Taylor pada tahun 1973. Mereka mengasaskan teori ini bagi
menjelaskan perkembangan hubungan interpersonal antara seseorang berlaku
secara berperingkat. Teori ini menerangkan proses ikatan yang bergerak dari
hubungan cetek tidak intim kepada tahap yang lebih mendalam dan peribadi dalam
jangka masa tertentu. Menurut teori ini penembusan sosial secara khususnya
dicapai melalui pendedahan diri, proses yang bertujuan untuk mengungkapkan
maklumat tentang diri sendiri (Derlega, Metts, Petronio, & Margulis, 1993). Takat
pendedahan diri meningkatkan keakraban dalam hubungan ke tahap tertentu. Dalam
konteks ini proses komunikasi interpersonal memainkan peranan dalam proses
tembusan sosial yang bertujuan untuk berkongsi maklumat tentang diri dengan
pasangan masing-masing. Menurut Altman dan Taylor, lebih banyak yang kita
ketahui dan kenali maklumat tentang pasangan kita maka, sifat komunikasi kita
menjadi lebih peribadi.

Atman dan Taylor mengungapkan proses pembentukan hubungan di antara dua


individu sebagai lapisan kupasan bawang "The Model Onion". Ini disebabkan dalam
model bawang individu dilihat mengalami beberapa lapisan proses untuk mengenali
pasangan mereka secara mendalam dan lapisan demi lapisan perlu dikupas untuk
mendalami sesuatu perhubungan. Bawang mempunyai lapisan luar atau kulit nipis,
diikuti dengan lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam semakin kuat dan padat.
Ia diibaratkan dengan pembentukan hubungan interpersonal individu. Proses
mengenali seseorang sebenarnya memerlukan seseorang menembusi kulit bawang
supaya dapat masuk ke lapisan bawah kulit dan seterusnya ke bahagian tengah
bawang. Maka, seseorang hanya boleh mengetahui isi bawang selepas mereka
menembusinya. Jadi seorang individu hanya boleh mengetahui diri orang lain kalau
individu tersebut dapat berkomunikasi dengan pasangannya supaya proses
pendedahan kendiri boleh berlaku seperti melalui beberapa tahap.
2.0 Maklumat Membina Hubungan Interpersonal

Dalam konteks Teori Penembusan Sosial apabila hubungan berkembang,


komunikasi interpersonal akan meningkat dari tahap yang tidak intim kepada yang
lebih akrab. Hubungan interpersonal yang terbentuk akan melibatkan pelbagai tahap
keintiman atau darjah penembusan sosial. Maklumat ini terbahagi kepada 5 tahap.
Iaitu tahap pertama, orientasi; Tahap kedua Eksplorasi afektif; tahap ketiga Afektif;
tahap keempat Stabil dan tahap kelima kebalikan tembusan.

Pada tahap pertama pendeddahan akan berlaku secara luaran sahaja iaitu sekadar
menanyakan latar belakang supaya dapat menyesuaikan diri dalam perhubungan
yang hendak terbentuk.

Pada tahap kedua pasangan akan ‘explore’ tentang diri mereka dengan berkongsi
maklumat yang lebih peribadi. Pasangan akan lebih menumpukan kepada topik-
topik pendapat bersama, pemikiran bersama terhadap seuatu isu. Peringkat ini
mengambil masa yang lama berbanding dengan tahap pertama. Ada juga kenalan
seseorang terputus di peringkat ini disebabkan faktor perbezaan pendapat atau tiada
keserasian antara mereka.

Pada tahap ketiga iaitu tahap afektif, keakraban akan bertambah dengan
perkongsian maklumat yang lebih peribadi antara pasangan. Pasangan akan lebih
percaya dengan hubungan mereka dan mula berkongsi maklumat kisah hidup yang
mereka tidak berkongsi dengan orang lain atau kenalan biasa.

Pada tahap keempat pasangan akan mencapai satu hubungan yang stabil dan lebih
intim kerana masing-masing boleh membaca emosi dan perasaan antara pasangan
mereka. Sebagai contoh, hubungan antara pasangan suami isteri pada
kebiasaannya dapat merasakan sekiranya ada apa-apa yang tidak kena antara
mereka.

Akhir sekali pada tahap kelima proses menarik diri dari satu lapisan ke satu lapisan
sama seperti yang berlaku dalam proses penembusan pada peringkat awal.

Dalam tugasan ini saya ingin mengetengahkan pandangan tentang bagaimana Teori
Penembusan Sosial melalui tahap-tahap yang dibincangkan di atas mempengaruhi
proses menjalin hubungan antara satu dengan yang lain dalam dunia teknologi
digital.
3.0 TEORI BERASASKAN KEPADA DUNIA DIGITAL

Teori Penembusan sosial digunakan dalam dunia moden hari ini untuk mengkaji
interaksi elektronik di Internet melalui laman media sosial dan laman sembang.
Dalam satu tangan, orang yang bertemu dalam talian sering tidak dapat meramalkan
bagaimana seseorang itu akan bertindak balas kepada beberapa jenis maklumat,
menjadikan kos pendedahan kendiri sukar untuk menilai. Sebaliknya, sifat
berkomunikasi yang tidak peribadi dapat mengurangkan kos perkongsian maklumat
intim, sehingga membuat pendedahan diri lebih mungkin dilakukan.
Oleh kerana teknologi baru menjadi satu bahagian dalam rutin harian, penting untuk
mempertimbangkan bagaimana teori komunikasi interpersonal dapat diterapkan
pada interaksi yang dilakukan dalam seharian. Terdapat banyak platform media
sosial bagi seseorang untuk mempunyai kehadiran dalam talian. Penyelidikan
mengenai penggunaan media sosial menunjukkan bahawa tiga daripadanya yang
paling banyak digunakan adalah Facebook, Twitter, dan Instagram (Duggan et al.,
2015). McCarthy, 2009, mengambil Facebook sebagai contoh, menyatakan bahawa
pengguna boleh menentukan tahap dan peringkat pendedahan diri pada aturan
peribadi (privacy settings) dan pengguna juga boleh mencapai faktor penarikan
sesuatu hubungan melalui dengan penonjolan atau paparan kehidupan (status)
seharian dan berkongsi maklumat sementara membina hubungan intim dengan
menghantar pesanan peribadi dan membuat laman kumpulan tertutup (closed
group).

3.1 Penembusan Sosial melalui Facebook

Menurut Rianne (2013), golongan belia ialah kumpulan yang begitu bersemangat
menggunakan teknologi baru interaksi menerusi dunia maya. Penggunaan
Facebook dalam hal ini mewakili fenomena penggunaan rangkaian sosial di seluruh
dunia. Facebook memiliki ciri-ciri seperti, chatting, tag foto, blog, game, dan update
status suapaya penggunanya berinteraksi dengan pelbagai cara. Dengan
memanfaatkan cara ini pengguna dapat meluahkan keadaan yang sedang terjadi
pada dirinya kepada kenalanan dan ini merupakan cara pengguna menyalurkan
segala emosi, perasaan dan kesenangan yang dirasakan kepada orang kenalan
mereka (Arviana Rantai et. al 2014).
Beberapa kajian lepas telah dibuat untuk mengkaji tahap pendedahan diri di media
sosial Facebook dalam menjalin persahabatan. Dalam kajian Kleman (2008), teori
penembusan sosial digunakan sebagai struktur untuk memahami pendedahan diri
yang berlaku dalam komunikasi digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
walaupun teori penembusan sosial membincangkan mengenai pembangunan
hubungan melalui komunikasi bersemuka, namun teori tradisional ini perlu diuji di
media baru untuk melihat kemampuan dalam menjelaskan pendedahan dalam
media sosial. Oleh itu, teori penembusan sosial digunakan untuk mendapatkan
ramalan mengenai tingkah laku pendedahan dalam komunikasi media sosial.
Pendedahnan kendiri dalam komunikasi media Facebook bermula apabila seorang
individu memaparkan informasi mereka dalam profil Facebook. Apabila seseorang
melihat bahawa seseorang memasukkan minat yang serupa dengan mereka dalam
profil mereka, ketidakpastian menjadi berkurang dan kedua orang asing itu
menggunakan komunikasi media untuk menghubungkan kepentingan bersama
mereka. Perkembangan hubungan tersebut ke tahap seterusnya dapat diramalkan
apabila ketidakpastian dalam hubungan makin berkurangan kerana pasangan
tersebut mula mempercayai antara mereka. Takat persahabatan beranjak ke tahap
seterusnya dengan penggunaan perkhidmatan temu janji dalam talian yang lebih
menonjol, perkembangan hubungan itu sendiri telah berubah menajdi lebih intim.
Walaupun pendedahan diri dan penembusan sosial melalui komukasi media adalah
lebih pantas dan mudah, terdapat juga risiko seperti menimbulkan keraguan dari
segi kejujuran pasangan, tujuan dan motif persahabatan. Oleh itu, pengguna perlu
bijak dan perlu bersikap sederhana dalam perkongsian maklumat dalam media
sosial Facebook.

4. 0 KESIMPULAN

Ringkasnya, teori penembusan sosial adalah teori yang paling berkesan dalam
pembinaan dan penstabilan hubungan. Melalui teori ini, individu dapat menjadi stabil
secara emosi kerana mempunyai orang yang bersedia untuk mendengar mereka
dan kepada siapa mereka berkongsi. Salah satu aspek penting teori penembusan
sosial dalam memulakan satu hubungan dari peringkat awal ke lebih intim adalah
konsep pendedahan diri. Keakrabab atau keintiman suatu hubungan hanya dapat
ditentukan kedalaman dan kelebarannya melalui pendedahan yang berlaku pada
peringkat awal. Tetapi apabila kita melihat dalam konteks komunikasi media
Facebook ia perlu ada batasannya. Pada pandangan saya walaupun takat
pendedahan peribadi dalam membina hubungan menimbulkan rasa keakraban yang
lebih intim, komunikasi media seperti Facebook menyediakan ruang untuk
penyataan yang salah dan juga salah tafsiran dalam hubungan dalam keadaan
hubungan dalam talian yang berlaku. Ia memiliki skop maklumat yang luas, tidak
terhad dan tidak tertapis, jadi perlu digalakkan agar penggunaan media sosial ini
tetap pada tahap penggunaan yang baik.
RUJUKAN

Altman, I. & Taylor, D. (1973). Penembusan sosial: Perkembangan hubungan


interpersonal. New York: Holt.

Derlega, V. J., Metts, S., Petronio, S., & Margulis, S. T. (1993). Self ‐disclosure.
Newbury Park, CA: Sage.

Duggan, M., Ellison, N. B., Lampe, C., Lenhart, A., & Madden, M. (2015). Social
media update 2014. Pew Research Internet Project. Retrieved on June 29
2021 from: http://www.pewinternet.org/2015/01/09/social-media-update-
2014/

Gibbs, J. L .; Ellison, N. B .; Heino, R. D. (2006). "Persembahan diri dalam


personaliti dalam talian: Peranan jangkaan interaksi, pendedahan diri, dan
kejayaan yang dirasakan dalam temu janji Internet". Penyelidikan Komunikasi.
33(2): 152–177.

Ji, Pan; Lieber, Paul S. (2008). "Pendedahan Emosi dan Pembinaan Puisi" Lain-lain
"di Laman Dating Dalam Talian Cina". Penyelidikan Media China. 4(2): 32–42.

McCarthy, A. "Social penetration theory and facebook". Retrieved 29 June 2021

Rianne, C. F. 2013. Facebook and Relationships: A Study of How Social Media Use
is Affecting Long-Term Relationships. Tesis Ijazah. Science degree in
Communication & Media Technologies.

Anda mungkin juga menyukai