Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Teori Penembusan Sosial telah dirumuskan oleh ahli Irwin Altman & Dalmas
Taylor (1973). Teori ini dihasilkan berdasarkan eksperiman yang dijalankan bagi
memahami perkembangan hubungan antara individu, bukan dari pengalaman seseorang.
Teori penembusan sosial juga dikenali sebagai Teori Bawang telah menjelaskan bahawa
konsep utama teori adalah melibatkan personaliti diri kita sendiri seperti bawang besar yang
mempunyai lapisan luar atau kulit yang nipis dan diikuti dengan lain lapisan - lapisan lain,
yang mana semakin ke dalam lapisan adalah semakin kuat dan padat hubung kait yang
menjelaskan seseorang individu dengan bawang adalah diri kita mempunyai beberapa lapisan
dan di dalam proses untuk mengenali seseorang, lapisan demi lapisan akan dikupas atau
ditembusi. Ini bermaksud bahawa semakin lama kita komunikasi interpersonal maka semakin
kita mengetahui isi hati seseorang itu. (Che Su Mustafa et al, 2003).

2.0 LIMA MAKLUMAT MEMBINA HUBUNGAN INTERPERSONAL MANUSIA

Antara lima konsep maklumat penting yang ditekankan di dalam teori adalah
Pendedahan Kendiri, Pendedahan kendiri secara spontan, Kelebaran, Kedalaman,
Penyahpenembusan. Maklumat pertama adalah berkaitan pendedahan kendiri, Pendedahan
kendiri atau kupasan lapisan diri bersifat saling berbalas antara satu dengan lain. Proses
pendedahan kendiri yang saling berbalas sering berlaku lebih kerap pada peringkat awal
perkenalan seterusnya akan beransur kurang apabila kedua - dua individu yang saling
mengenali. Contohnya, peringkat awal perkenalan, sebelum Ali dan Nora berkahwin, Ali dan
Nora sering berhubung melalui panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas, hasil daripada
perbualan mereka pelbagai perkara cerita dibualkan daripada rutin harian hingga ke zaman
kanak – kanak. Disini menunjukan bahawa Ali dan Nora mewujudkan komunikasi
interpersonal yang baik dengan cuba untuk berkongsi maklumat peribadi dengan
mendedahkan lapisan luar dengan orang lain, ianya juga termasuk perkongsian maklumat
berisiko tinggi dan dan berisiko rendah. Menurut DeVito (2003) dan Wood (2009 dan 2011)
komunikasi interpersonal adalah menghantar mesej dari seseorang dan diterima oleh orang lain
dengan berkesan dan memberi maklum balas secara langsung serta menghasilkan proses
interaksi dan perkongsian makna yang terkandung dalam idea dan perasaan. Menurut Altman
dan Taylor percaya bahawa pembukaan diri dalaman kepada individu lain adalah merupakan
laluan utama untuk mencapai hubungan intim. Semakin dalam kedalaman pendedahan,
semakin tinggi perasaan mudah dilukai.

Di dalam proses perkenalan dengan seseorang baru dikenali akan melalui lima peringkat
yang pertama ialah peringkat orientasi dimana pendedahan diri bersifat luaran didedahkan oleh
seseorang individu yang menyesuaikan diri seperti menayakan soalan nama, tinggal tingal dan
latar belakang. Seterusnya kedua iaitu peringkat Eksplorasi Afektif iaitu penyerahan diri,
individu berbual berkaitan topik seperti perasaan dan pemikiran mereka terhadap sesuatu isu.
Peringkat ini personaliti individu akan semakin terserlah. Perhubungan masih biasa dan
kebanyakan perhubungan hanya berakhir di peringkat ini. Peringkat ketiga adalah efektif iaitu
komitmen dan keselesaan kerana individu akan bercerita kisah hidup masing – masing yang
tidak dikongsikan dengan orang lain seterusnya hubungan menjadi akrab kerana banyak perkara
dikongsi bersama. Peringkat keempat adalah stabil iaitu merujuk kepada kejujuran dan
keintiman, apabila hubungan stabil dan serasi hinga dua individu boleh membaca emosi dan
fikiran masing. Apabila keakraban persahabatan terjalin ia membolehkan masing – masing
merasakan sesuatu sama ada besifat postif atau negatif seterusnya. Peringkat Deprentasi iaitu
individu di ambang keretakan, setiap individu akan diberi peluang samadda untuk perbaiki
hubungan atau memutuskan hubungan.

Maklumat yang kedua adalah pendedahan kendiri secara spontan terdapat dua jenis
iaitu secara sistematik atau tidak sistematik, cara sistematik adalah seseorang individu
menjangkakan bahawa perkenalan akan berpanjangan, tidak hanya terhenti setakat
perjumpaan sahaja manakala pecahan kendiri secara spontan yang tidak sistematik adalah
pendedahan diri yang tidak melalui kupasan lapisan pertama tetapi terus menjurus ke
lapisan yang lebih dalam. Contohnya pendedahan kendiri secara spontan melalui perbualan
Facebook, Instagram dan Twitter membolehkan seseorang individu akan meluahkan apa
sahaja yang terpendam tanpa perlu mengenali luaran seseorang itu dalam membina hubungan.
Menurut Handriatmaja., (2013) yang menyatakan melalui media sosial ini banyak pengguna
lebih terbuka berkongsi pelbagai hal tentang kehidupan peribadi untuk tujuan membina
hubungan persahabatan.

Maklumat yang ketiga adalah kelebaran penembusan merujuk kepada kepelbagaian


perkara yang diketahui seseorang individu. Ini kerana apabila kita mula mengenali seseorang,
kita akan terlibat di dalam proses pembalikan pendedahan diri yang mengubah kelebaran dan
kedalaman yang mempengaruhi bagaimana hubungan berkembang bergantung kepada
kepelbagaian topik yang dibincangkan. Contohnya perbualan mula menjurus kearah untuk
mengetahui latar belakang keluarga, hobi, serta kegemaran. Contohnya Ali mula untuk
mendapatkan maklumat yang lebih banyak daripada Nora, seperti maklumat latar belakang
keluarga, pendidikan serta hobi. Pada tahap ini juga individu boleh memilih samada ingin
didedahkan atau hanya disimpan atau dirahsiakan.

Maklumat yang keempat adalah kedalaman, ianya merujuk kepada proses yang lebih
dalam iaitu keintiman atau keakraban perhubungan yang dilalui iaitu bersifat peribadi atau
lebih sensitif, tidak semestinya merujuk kepada aktiviti seksual. Pada peringkat ini, proses
untuk mengenali seseorang itu lebih dalam, dengan melibatkan kepercayaan terhadap individu
lain hingga seseorang itu dapat berkongsi apa – apa yang tidak mungkin berkongsi dengan
orang lain, ini akan membuatkan mereka sentiasa mahu berbincang dengan lebih mendalam
tentang sesuatu topik dalam komunikasi seharian mereka. Walaupun mereka bimbang dengan
pendedahan diri mereka. Perkara ini sering berlaku dalam persahabatan, percintaan serta ahli
keluarga. Contohnya ketika di awal perkenalan Ali dan Nora, sebelum Ali bercadang untuk
mendekati Nora, Ali pernah meluahkan perasaanya kepada sahabat karibnya tentang Nora,
Sahabat karibnya Ali juga banyak membantu dalam mengatur perkenalan awal Ali dan Nora.

Untuk mencapai tahap ini, kedua – dua pihak akan cuba mengasah kemahiran sosial
dan bagaimana mereka mempersembahkan diri mereka kepada orang lain. Mereka juga perlu
bersedia untuk membuka ruang dan bercakap antara satu sama lain dan seterusnya
menceritakan mengenai diri mereka sendiri. Apabila Ali mula mewujudkan perhubungan yang
intim, akan menghasilkan suatu dimensi penilaian ganjaran dan kos, ianya bermaksud bahawa
ketika perhubungan itu berlangsung, seseorang itu akan mengetahui samada perhubungan
yang diperolehi seseorang dari sebuah hubungan itu bersifat positif atau negatif. Contohnya
apabila Ali mengajak Nora untuk menonton wayang. Jika Nora tersebut bersetuju, ini bermakna
Ali telah menerima “ganjaran”nya dan akan meneruskan tindakan tersebut. Setiap individu
mempunyai kefahaman nilai suatu ganjaran yang berbeza kerana bagi orang kaya, penerimaan
sosial antara individu lebih penting daripada wang.
Maklumat yang kelima adalah proses penyahpenembusan ianya melibatkan
ketidakpuashatian secara intrapersonal apabila seseorang individu merasakan ada sesuatu
yang kurang atau tidak kena dengan kehidupan pernah yang dilalui dimana hubungan dan
keintiman menjadi semakin renggang kerana kedua – dua individu tidak berkomunikasi dan
mula untuk menjarakkan diri. Perhubungan mula merosot dan kos melebihi manfaat. Contohnya
Nora tidak berpuas hati kehidupanya bersama Ali, kerana Ali yang agak sibuk dengan
pekerjaannya, sedangkan Nora suka apabila Ali meluangkan masa bersama dengannya
menemaninya pergi membeli belah. Ini terjadi apabila seseorang merasakan kos pendedahan diri
melebihi manfaatnya. Seterusnya seseorang cuba menarik diri dari pendedahan diri, hingga
menamatkan hubungan. Dimana kedua – dua individu mula menutup semula lapisan diri
kerana kurangngya komunikasi disebabkan mereka tidak selesa untuk berkomunikasi secara
peribadi atau tidak mempercayai satu sama lain, proses penyahpenembusan ini jarang berlaku
secara penutupan lapisan demi lapisan, Seterusnya individu tersebut akan membuat dua
keputusan iaitu samada perpisahan atau hubungan dirunding semula. Contohnya apabila Ali
dan Nora telah melalui proses penyahpenembusan atau keretakan setelah sekian lama hidup
bersama, ini kerana semakin lama kedua – dua tinggal bersama semakin merasakan
ketidakpuashatian secara intrapersonal.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Teori ini mengupas isu yang sama namun ia menekan perihal bagaimana
seseorang individu mendapatkan maklumat dalam hubungan interpersonal yang diumpamakan
seperti lapisan kulit bawang ia juga menjelaskan peringkat maklumat yang akan diperoleh dalam
setiap hubungan, semakin lama hubungan, semakin banyak maklumat yang diperoleh.
Kebiasaannya dalam komunikasi, perkara luaran atau lapisan luaran kerap didedahkan lebih awal
dan pendedahan lapisan berikutnya bergantung kepada tindak balas pihak yang menerima mesej.
Teori ini menjelaskan ‘ranking’ hubungan yang terbahagi kepada tiga iaitu awal, intim dan
peribadi. Bermakna, perspektif hubungan juga telah berkembang jauh yang mana komunikator
tidak lagi bersifat menolak hubungan apabila wujud perbezaan tanggapan. Bahkan berusaha
mendapat lebih maklumat yang diwakili oleh lapisan kulit bawang. Teori juga menekankan
perhubungan yang sistematik dan boleh diramalkan. Apabila hubungan berkembang,
komunikasi interpersonal akan meningkat dari tahap tidak intim kepada lebih akrab,
Perkembangan hubungan berlaku melalui pendedahan diri atau dengan mengungkapkan
maklumat peribadi seperti keinginan, perasaan, fikiran, dan pengalaman kepada orang
lain. Proses terakhir yang bakal berlaku merupakan proses menarik diri daripada satu lapisan
ke satu lapisan seperti yang dilalui pada peringkat tembusan Ini bermakna wujud hubungan
pada awal peringkat perkenalan kemudian timbul kepuasan hubungan dan seterusnya timbul
kestabilan dalam sesebuah hubungan yang dibina.

Anda mungkin juga menyukai