Anda di halaman 1dari 3

Debate The Futuristic Value of Drone vs.

Robot Deliveries

Pada zaman akan datang, e-dagang merupakan antara pentas pembelian dan penjualan
yang utama. E-dagang juga telah menyebabkan kesukaran kepada pemandu untuk
menghantar kesemua barangan dengan cepat dan efisien. Melalui ini, banyak syarikat di
dunia ingin mengembangkan visi mereka sendiri dalam menggunakan kenderaan autonomi
untuk membantu menghadapi cabaran penghantaran. Dengan itu, beberapa kajian telah
dilaksanakan untuk mencipta dan menggunakan Robot atau Dron sebagai medium
penghantaran yang paling berkesan. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, robot
bermaksud sebuah mesin yang dapat melakukan pekerjaan manusia manakala dron
bermaksud kapal terbang tanpa pemandu[ CITATION She14 \l 17417 ] atau dikenali sebagai
‘Unmanned Aeria Vehicle’(UAV). Oleh itu, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan
yang ada pada robot dan dron untuk digunakan sebagai penghantar barangan.

Dron mampu untuk membawa muatan yang lebih besar dalam jarak yang terhad.
Dron lebih mudah untuk dikendalikan kerana tidak melalui kesesakan lalu lintas. Seperti
contoh, pengerusi kelab Russia telah menyampaikan anugerah Pemain Terbaik Bulanan
dengan menggunakan dron [ CITATION Ber206 \l 17417 ]. Di Switzerland, penggunaan dron
semakin aktif dilaksanakan, yang mana agensi kuriernya iaitu Swiss Post telah menggunakan
dron untuk menghantar sampel atau specimen makmal di antara klinik dan hospital sejak
2018. Dron juga sangat sesuai untuk dijadikan penghantar di kawasan yang jauh dan
kekampungan. Walaubagaimanapun, penggunaan dron terlalu terhad ke atas sesebuah
barangan sahaja. Di Malaysia, dalam tempoh lima tahun akan datang, penggunaan dron
secara meluas dalam industri pos dan kurier akan dilaksanakan [ CITATION Ber19 \l 17417 ] .
Kajian dari NASA juga menjumpai bahawa bunyi yang bising dari dron menyebabkan ramai
orang tidak menyukainya[ CITATION Chr17 \l 17417 ]. Dron juga tidak dibenarkan berada di
beberapa tempat seperti di kawasan kapal terbang kerana ia akan mengganggu penglihatan
juruterbang serta kawalannya. Selain itu, faktor cuaca seperti angin kuat, hujan yang lebat
serta bersalji merupakan antara penghalang bagi dron untuk menghantar barangan. Jadi
dengan beberapa isu ini, menjadikan dron sebagai medium penghantaran terlalu terhad.

Robot pula tidak seperti dron. Robot boleh memandu sendiri dan menghantar satu
atau lebih barangan dengan berat lebih daripada 10kg bagi sesebuah barangan itu [ CITATION
Sta15 \l 17417 ]. Robot merupakan antara penghantar yang diminati kerana boleh memasuki
mana-mana tempat tanpa dihalang. Sebagai contoh, robot Roby boleh pergi menghantar
dengan kelajuan10km/j dan merangkumi 35 kilometer dengan satu cas bateri [ CITATION
Rob18 \l 17417 ]. Dengan adanya kamera dan GPS, robot berpotensi beroperasi dengan
seorang individu untuk mengawasi lebih dari 100 orang. Penghantaran robot telah lama
dilaksanakan di beberapa buah negara seperti London, San Francisco, Washington, China dan
banyak lagi. Semasa penularan wabak penyakit Covid-19 yang berlaku di Wuhan, China,
penggunaan robot sebagai penghantar makanan dan ubatan di optimumkan kerana mereka
ingin mengurangkan tenaga manusia yang sedang merawat pesakit Covid-19. Antara contoh
cara penghantaran adalah seseorang akan mengawal robot itu tanpa wayar dan mencari
alamat rumah dengan menggunakan Wi-Fi dan kamera 3D. Ketika sampai di rumah tersebut,
robot akan menggunakan sistem telefon untuk memanggil pelanggannya dan dia akan
membuka penutup yang ada pada robot itu untuk mengambil barang yang telah ditempah.
Selepas itu, robot tersebut akan pulang dan mengecas dirinya sendiri. Walaupun robot boleh
menjadi penghantar yang baik, mereka juga mempunyai beberapa batasan teknologi seperti
kapasiti bateri, kelajuan yang rendah, dan memerlukan memandu di kaki lima. Ini merupakan
cabaran yang perlu difahami bahawa tempat yang sesuai untuk menghantar barangan
menggunakan robot adalah di kawasan kebandaraan sahaja.

Dengan itu, setiap dari dron dan robot mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Ianya tertakluk kepada sejauh mana penghantaran dan keberkesannanya dalam
menghantar barang tersebut.

Rujukan

Berita Harian. (2019). Guna dron dalam industri pos dan kurier dalam masa lima tahun.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/03/538333/guna-dron-dalam-industri-
pos-kurier-dalam-masa-lima-tahun.

Berita Harian. (2020). Zenit hantar anugerah emain terbaik bulanan guna dron.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/04/676120/zenit-hantar-anugerah-pemain-
terbaik-bulanan-guna-dron.

Christian and Cabell. (2017). Initial investigation into the psychoacoustic properties of small
unmanned aerial system noise. in 23rd AIAA/CEAS Aeroacoustic Conference: page 4051.

Robby. (2018). Robby. https://robby/io/about.

Salim, S. O. (2014). Kamus Dewan Edisi Ke-Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
StarshipTechnologies. (2015). Factsheet starship delivery robot.
http://www.post.ch/-/media/post/ueber-uns/.../2017/factsheet-lieferroboter.pdf.

Anda mungkin juga menyukai