Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIREH

GURU BESAR SK. SERI PADANG SARI

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Sebagai pembuka kata marilah kita sama-sama mengucapkan syukur ke hadrat Illahi atas
limpah kurnia Nya maka dengan segala perancangan dan usaha yang jitu, Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 36 dapat diterjemahkan pada hari ini.

Sepanjang berada di premis pendidikan, guru bukan hanya berperanan untuk mengajar
ilmu dan pedagogi tertentu yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan tetapi juga
berperanan untuk mendidik, melatih dan membentuk anak-anak supaya menjadi pelajar
yang bijaksana, bermaruah dan berakhlak mulia. Proses ini berlaku secara berterusan
meliputi mengasah dan memperkembangkan potensi dan kemenjadian seseorang murid
secara menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial sepertimana
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ibu bapa pula merupakan pendidik di rumah dan wajib memastikan bahawa
kesinambungan pendidikan di sekolah turut berlaku sewaktu anak-anak berada di rumah.
Masa mereka bersama keluarga adalah lebih lama berbanding di sekolah. Jadikan tempoh
masa ini sebagai masa yang berkualiti.

Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi
pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam
semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan selaras dengan hasrat kementerian
untuk meningkatkan keberhasilan murid dan meningkatkankan tahap profesionalisme
guru-guru. Tanpa kesepakatan yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-
kejayaan yang diharapkan.

Akhir kalam, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan


tanggungjawab mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan
cemerlang seterusnya mampu memberi sumbangan kepada keharmonian, kemakmuran
dan kelestarian keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.

Sekian, terima kasih.

……………………….
Pn. Hanita bt Hj. Ali,
Guru Besar,
SK Seri Padang Sari,
Batu Pahat, Johor

Anda mungkin juga menyukai