Anda di halaman 1dari 7

Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

KERTAS KERJA HARI KELUARGA DAN JAMUAN AKHIR TAHUN HI-TEA

Pertubuhan Guru dan Staf Sokongan

SK Cyberjaya

Persiaran Bestari, Zon Flagship 2,

63000 Cyberjaya, Selangor.


_____________________________________________________________________

HARI KELUARGA DAN JAMUAN AKHIR TAHUN HI-TEA


PGSS SK CYBERJAYA
15 NOVEMBER 2014 (Sabtu)

1.0 PENGENALAN
Hari Keluarga Pertubuhan Guru Dan Staf Sokongan (PGSS SKCJ)
merupakan salah satu aktiviti bagi mengeratkan silaturrahim dan
hubungan kekeluargaan antara semua guru dan staf di SK Cyberjaya.
Ini kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan
sikap, nilai murni dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan
sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari
Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk menyatukan dan
meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pihak pengurusan
dan guru-guru SK Cyberjaya.

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini


adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat
setiakawan dan muhibbah antara warga SK Cyberjaya. Antara
pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek kerohanian dan
sukan. Adalah menjadi harapan setiap warga SK Cyberjaya agar
sambutan Hari Keluarga kali pertama ini meriah, berjalan lancar dan
berjaya mencapai objektifnya.

2.0 OBJEKTIF
Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

2.1 Memberikan ruang kepada staf dan guru-guru SK Cyberjaya


untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang
terluang.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan


hubungan silaturahim di kalangan staf dan guru-guru SK
Cyberjaya.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan


menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan.

2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di


kalangan staf dan guru-guru SK Cyberjaya sekaligus dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja

3.0 TEMA

Cadangan tema Hari Keluarga ialah “KITA SATU KELUARGA”

4.0 TEMPAT DAN TARIKH CADANGAN

Tempat : Gold Course Morib, Banting


Tarikh : 15 November 2014
Masa : 8.30 pagi – 4.30 ptg

5.0 SASARAN PENYERTAAN

Semua guru dan kakitangan SK Cyberjaya bersama keluarga.


Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

6.0 JUMLAH PESERTA

Guru :
Staf :

7.0 PENGISIAN PROGRAM


8.30 - 9.00 Pendaftaran
9.00 - 9.30 Semua berkumpul di taman
9.30 - 11.30 Acara sukaneka dan Bola Tampar
11.30- 2.00 Rehat/ Solat/Pengurusan Diri
2.00 - 4.30 Jamuan Hi-Tea Akhir Tahun

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila lihat LAMPIRAN 1

9.0 AHLI JAWATANKUASA

Sila lihat LAMPIRAN 2

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga kali pertama ini diharapkan dapat


mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibbah di kalangan
staf dan guru-guru SK Cyberjaya di samping dapat mewujudkan
persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan staf dan
guru sekaligus dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja yang
proaktif.

Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

BIL PERKARA KOS UNIT JUMLAH

1 RM x orang RM

2 Hadiah cabutan bertuah RM x hamper RM

3 Hadiah sukaneka RM RM

JUMLAH BESAR RM

* Sumber kewangan adalah melalui tabung kutipan Pertubuhan Guru dan


Staff Sokongan (PGSS) , Persatuan Ibu bapa & Guru (PIBG), pihak sekolah,
pihak luar (NGO dan persendirian)

Lampiran 2

JAWATANKUASA PENGELOLA

HARI KELUARGA DAN JAMUAN HI TEA AKHIR TAHUN

PERTUBUHAN GURU DAN STAF SOKONGAN SK CYBERJAYA

2014
Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

Pengerusi
(Guru Besar )

Timbalan Pengerusi
(GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi 1
(GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2
(GPK Petang)

Penyelaras Program
Tn Hj Khafizul
Pn Mahira

Setiausaha
Pn Suzalina binti Aman

Pen. Setiausaha
Pn Hanifah binti Ramlee

Bendahari
Cik Nadhirah

BIL JAWATANKUASA PERINCIAN TUGAS

1 AKTIVITI DAN LAWATAN -

Memastikan keperluan dan


aktiviti sepanjang Program
Hari Keluarga dilaksanakan.
Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

2 SUKANEKA/ BOLA TAMPAR

Mengendalikan acara
sukaneka dan sediakan
alatan

3 JURUGAMBAR SEKOLAH

Merakam gambar sepanjang


program berlangsung bagi
tujuan pelaporan.

4 JURUACARA & BACAAN DOA Menjadi pengacara majlis


dan mengetuai bacaan doa.

5 JAMUAN Merancang menu dan masa


untuk kudapan.

Merancang lokasi/tempat
untuk kudapan.

Membantu mengurus
makanan guru dan staf.

6 CENDERAMATA / HADIAH

Menyediakan cenderamata
dan hadiah untuk aktiviti
yang dijalankan

7 DOKUMENTASI

Menyediakan laporan
setelah sesi pendaftaran
selesai dilaksanakan.

8 PENGINAPAN GURU

Menyusun atur penginapan


guru sepanjang program
dijalankan.

Penjagaan kebajikan dan


keperluan guru sepanjang
program berlangsung.
Pertubuhan Guru & Staf Sokongan SK Cyberjaya 2014

9 PENGANGKUTAN

Menguruskan pengangkutan
guru daripada sekolah ke
tempat penginapan dan
balik daripada tempat
penginapan ke sekolah
sebaik sahaja program
tamat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ...............................................
......
)

Anda mungkin juga menyukai