Anda di halaman 1dari 25

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,

KEMENTERIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,


PENDIDIKAN ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
MALAYSIA PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KULIAH 4
SEMESTER SEMESTER 4 DVM SESI 2017
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD / KURSUS ETE 8014 INSTALLATION OVERHEAD CABLE AND ACCESSORIES
KOMPETENSI 04. TRANSFORMER INSTALLATION

1. Allocate transformer position


2. Prepare transformer foundation preparation
KOMPETENSI UNIT
3. Install transformer

Trainee must be able to:


HASIL  Identify transformer foundation according to specification.
PEMBELAJARAN  Construct and levelling foundation base according to transformer specification
 Execute control and setting of transformer according to transformer specification.

TARIKH
ETE 8014/K 01/NK 04-07
NO KOD KOD JPK C-051-4 (TASK 02.01)
EDISI MEI/2017
MAKLUMAT CALON

NAMA

PRINSIP OPERASI

Alat ubah adalah sebuah alat statik arus ulang alik yang digunakan untuk
mengalihkan kuasa elektrik dari satu litar ke litar yang lain dengan mengubah voltan dan
arus tetapi tanpa mengubah frekuensinya.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 2 drp : 25

Prinsip kerja alatubah ialah kuasa ( power ), boleh dipindahkan secara efektif
melalui aruhan megnetik ( magnetic induction ) dari satu gelang lilitan kepada lilitan
yang lain dengan daya megnetik yang dihasilkan oleh arus ulangalik. Apabila arus
ulangalik ini dihidupkan ke lilitan utama ( primary ), arus yang mengalir ini membuat
teras besi ( iron core ) menjadi megnetik. Arus ini mulanya mengalir pada satu arah dan
kemudian sebaliknya.
Medan megnetik yang dihasilkan mengelilingi seluruh litar megnetik ( teras besi )
dan menghasilkan ( induce ) voltan ke litar utama ( primary ) dan pendua ( secondary )
kerana kedua – dua litar ini bersambung dengan medan megnetik yang sama.
Voltan yang dihasilkan di satu lilitan ( per turn ) di litar utama ( primary ) dan
lilitan pendua ( secondary ) adalah sama dan arah yang sama. Voltan yang dihasilkan di
lilitan pendua adalah bergantung kepada voltan yang di masukkan pada lilitan utama
dan bahagian lilitan di lilitan pendua. Oleh kerana voltan di lilitan utama dan pendua
berubah, arus di lilitan pendua juga berubah. Alatubah adalah alat elektrik yang boleh
memindahkan tenaga elektrik dari satu litar kepada satu atau lebih litar yang lain pada
frekuensi yang sama nilai. Ia boleh memindahkan nilai arus dan voltan yang berbeza
dari nilai asalnya. Alatubah hanya beroperasi pada voltan ulangalik.

Kuasa ( VA ) = Voltan x Arus

LAMINATED CORE

rajah 1

ALATUBAH @ PENGUBAH ( TRANSFORMER )

Alatubah satu fasa, 3 fasa dan sebagainya boleh digunakan dalam sistem elektrik
kerana kebolehannya untuk :
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 3 drp : 25

a) menaik dan menurunkan voltan


b) kecekapan alatubah adalah tinggi, nilai yang tertinggi yang boleh dicapai ialah
100 %, selalunya 98 %
c) dalam alatubah , ulangan pada lilitan primer dan sekunder adalah sama.

Alatubah juga memerlukan layanan yang sedikit. Oleh itu :

i. menyenangkan pekerjaan
ii. saiz alatubah bergantung kepada kuasa yang ia boleh bekalkan.
iii. Tidak mempunyai banyak komponen.

BINAAN ALATUBAH

Bahagian utama alatubah terdiri daripada :

a) Teras ( core )
b) Lilitan ( winding )
c) Penyejukan
d) Penebatan dan tangki

Kita hanya akan melihat kepada bahagian teras dan lilitan sahaja.

TERAS

Diperbuat daripada kepingan besi dan keluli yang ditebat antara satu sama lain dan
disusun supaya menjadi datu teras yang padat. Terdapat 2 jenis susutan voltan
( kehilangan ) yang berlaku pada teras ini iaitu :

a) Kehilangan arus pusar


b) Kehilangan histerisis.

Untuk mengurangkan kehilangan arus pusar, teras basi dibina dari kepingan besi.
Bentuk kepingan besi adalah seperti dalam gambarajah 1.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 4 drp : 25

Celahan udara

Celahan udara

rajah 2

BINAAN TERAS

Untuk mengurangkan kehilangan histerisis pula, teras ( bahan ) megnet diperbuat


daripada besi @ keluli yang bermutu tinggi supaya luas lintasan tertutup histerisisnya
kecil. @ jenis kekuli yang biasa digunakan untuk membuat teras ialah :

i. Hot rolled oriented silicon – iron


ii. Cold rolled oriented silicon – iron

Tebal kepingan ini antara 0.28mm – 0.35mm.


Dilihat dari segi binaannya, terdapat 2 bentuk teras utama iaitu ;

a) Jenis core
b) Jenis shell
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 5 drp : 25

V1
V1 V2
V2

Jenis Core Jenis shell

rajah 2

Perbezaan utama antara keduanya adalah dari segi rupa bentuk.

LILITAN

Ianya dibina dengan menggunakan dawai atau kepingan kuprum @ alumunium yang
dililit pada teras, maka alatubah boleh dilihat seperti litar megnet.

Terdapat 2 jenis lilitan ( rajah 3 ) iaitu :

i. Lilitan primer
ii. Lilitan sekunder
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 6 drp : 25

I1 I2

BEBAN
E1 E2 N2 ( ZN )
v1
N1

Lilitan primer Lilitan sekunder

rajah 3

Bilangan lilitan ditentukan oleh nisbah voltan - naik / turun.

Binaan Asas

Sebuah alatubah mestilah mempunyai 3 binaan iaitu ‘teras’, ‘belitan’ dan


‘penutup atau pembalut’.
Teras alatubah dibuat daripada lapisan-lapisan besi yang telah diapit bersama
(lamina). Terdapat berbagai jenis teras, tetapi yang umumnya berbentuk tingkap dan
kelompang. Teras ini merupakan faktor penting bagi menguatkan uratdaya magnet yang
dihasilkan, ia dibuat berlapis-lapis agar kehilangan arus pusar dapat dikurangkan dalam
teras tersebut.
Belitan alatubah terbahagi kepada 2 iaitu :
i. Belitan Primer (Primary Winding).
ii. Belitan sekunder (Secondary Winding).

Belitan primer disambungkan kebekalan masuk sementara belitan sekunder


disambungkan keluar. Dari sinilah sama ada nilai voltan atau arus alatubah itu diambil
selepas “perpindahan”nya. Ia boleh memberi nilai voltan atau arus yang lebih dari nilai
bekalan yang diberikan iaitu dengan menambahkan bilangan belitan sekundernya.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 7 drp : 25

Belitan itu dililit secara lapisan’sandwich’, sepusat atau berasingan. Semuanya


ini dilakukan bagi mengelakan dari kebocoran uratdayanya di samping mengeluarkan
uratdaya yang berguna.
Penutup alatubah selain daripada menjadi pembalut, juga berfungsi untuk
menyejukan alatubah tersebut. Penutup alatubah itu kadang-kala diabaikan jika
penyejukan alatubah itu tidak diperlukan.

‘Step-up transformer’ mempunyai voltan sekunder yang lebih tinggi daripada


voltan primer, manakala ‘step-down transformer’ mempunyai voltan sekunder yang
rendah daripada voltan primer.

TERAS BERLAPIS JENIS TINGKAP TERAS BERLAPIS JENIS KELOMPANG


Teras Berlapis
Teras Berlapis

Ip Is

Vp Vs

Np Ns

tran2/imc
tran1/imc

Jenis Belitan Alatubah


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 8 drp : 25

BELITAN BERLAPIS BELITAN BERASINGAN

Bp
Belitan
Primer Belitan
Sekunder
Bs

tran3/imc

BELITAN SEPUSAT BELITAN BERASINGAN


Bs

Bp
Bs

Bp
tran4/imc
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 9 drp : 25

Kendalian Asas Transformer


Apabila bekalan AU diberikan kepada belitan primer, uratdaya akan wujud di
sekeliling belitan primer itu. Oleh kerana bekalan arus AU yang diberikan, maka aruhan
diri (self induction) akan terhasil di belitan itu.
Uratdaya yang wujud tadi akan berpindah ke belitan sekunder melalui teras
transformer untuk menghasilkan aruhan saling (mutual induction) di belitan sekunder.
Apabila keadaan ini berlaku dan jika kehilangan dalam transformer itu diabaikan,
maka voltan aruhan akan terhasil di belitan sekunder itu (voltan primer dan sekunder
adalah berkadar terus dengan bilangan belitan teras dan belitan teras berkadar
songsang dengan arus).

Perhubungan Alatubah Ideal


Mana-mana alat yang memindahkan kuasa dari satu ‘titik’ ke satu ‘titik’ yang lain
akan mempunyai kehilangannya (internal losses). Oleh itu alatubah juga mempunyai
kehilangan dalamnya.
Alatubah yang dibuat sekarang mempunyai kecekapan antara 95% hingga 99%.
Dengan kecekapan yang begitu tinggi, bolehlah menganalisa alatubah dengan
menganggapkan ia satu alat yang ideal.
Seperti yang diketahui, arus yang mengalir dalam satu gelung akan
menghasilkan ‘MMF’. MMF akan menghasilkan ‘flux’ (f) dimana magnitudnya
bergantung kepada litar magnetik. Jika MMF yang dihasilkan itu ialah arus ulangalik
(AU), maka flux juga akan berulangalik.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 10 drp : 25

Rajah menunjukan
bekalan AU dibekalkan
kepada belitan primer bagi
satu alatubah. Kebanyakan
I1 I2
‘flux’ yang dihasilkan akan
tinggal di dalam teras (core). AC V1 Q1 V2
Q2
E1
Ianya akan mengaitkan
(links) belitan primer dan N1 N2
sekunder, ini dipanggil
‘mutual flux’. Sedikit daripada
‘flux’ yang dihasilkan oleh ide/imc

arus primer dan sekunder


akan bocor keluar daripada teras. Ini dipanggil ‘flux’ bocor (leakage flux), ditunjukan
sebagai Q1 dan Q2 dalam rajah.

Anggapkan bahawa ‘flux’ bocor itu boleh diabaikan, oleh yang demikian akan
didapati “magnetic coupling”. Hubungan di antara voltan yang dibekalkan (E1) dan nilai
maksima ‘flux’ saling diberikan dengan:

E1 = 4.44 fN1fm x 10-8 ---------- (psm. 1) di mana: E1 - voltan punca.


f - frekuensi (Hz).
N1 - bil. belitan primer.
fm - uratdaya (weber).

E1 adalah bersamaan dengan V1 (voltan yang diaruh dalam belitan primer).


Persamaan 1 (psm. 1) juga boleh digunakan bagi belitan sekunder. Dalam kes ini, fm
adalah punca bekalan dan V2 adalah voltan yang diaruh dalam belitan sekunder. Dari
persamaan 1, didapati:
V1 X 10-8
fm = --------------- ----- (psm. 2)
4.44 fN1
Persamaan untuk belitan sekunder ialah:
V2 X 10-8
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 11 drp : 25

fm = --------------- ----- (psm. 3)


4.44 fN2
Dari persamaan 2 dan 3, diperolehi persamaan asas alatubah seperti berikut:

V1 X 10-8 V2 X 10-8
Þ ------------ = ------------
4.44 fN1 4.44 fN2

V1 X 10-8 4.44 fN1 V1 N1


Þ ------------ = ------------ Þ ---- = ---- ----(psm. 4).
V2 X 10-8 4.44 fN2 V2 N2

NISBAH PENGUBAHAN
Disebuah alatubah sempurna ( ideal ), nisbah pengubahan di antara voltan, arus dan
bilangan lilitan adalah seperti berikut :

Vp = Np
Vs Ns
Dimana :

Vp = voltan lilitan utama


Vs = voltan lilitan pendua
Np = bilangan lilitan di lilitan utama
Ns = bilangan lilitan di lilitan pendua
Dan
KVA ( MASUK ) = KVA ( KELUAR )
VP X IP = Vs x Is
Vp / Vs = Is / Ip
Dimana :

Is = arus di lilitan pendua


Ip = arus di lilitan utama
Kesimpulan di antara arus dan juga bilangan lilitan ialah :
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 12 drp : 25

Vp / Vs = Is / Ip = Np / Ns

AC POWER SYSTEM

GENERATING
G. S STATION 11 KV

TRANSFORMER
11 KV / 132 KV OR 220 KV
OR 400KV

PRIMARY
TRANSMISSION TRANSFORMER
LINES TRANSFORMER
66 KV / 11 KV OR 6.6 KV OR 3.3 KV
PRIMARY
SECONDARY 11 KV / 415 V
TRANSFORMER OR
TRANSMISSION
DISTRIBUTION 240 V / 11 KV OR 6.6 KV OR 3.3 KV
33 KV
132 KV / 66 KV OR 33 KV
LINES SERVICE
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 13 drp : 25

SERVICE
LINES

KEHILANGAN DI DALAM ALATUBAH

i. KEHILANGAN KUPRUM

Apabila arus melalui gelung ia akan menghasilkan haba ( I R ) dan


menyebabkan kehilangan kuprum.

ii. KEHILANGAN HISTERISIS

Bagi setiap molekul besi di dalam teras boleh disifatkan sebagai magnet
sementara. Apabila medan megnet di bentuk darioada arus ulangalik yang akan
menyebabkan perubahan arah maka daya megnet yang kecil akan wujud dan
bertentangan dengan medan megnet daripada bekalan.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 14 drp : 25

iii. KEHILANGAN EDDY CURRUNT ( ARUS PUSAR )

Disebabkan oleh medan megnet bukn hanya membentuk voltan tetapi juga arus
di dalam gelung. Begitu juga yang terjadi di dalam teras. Arus yang wujud di
dalam teras berpusar seperti pusaran air akan menghasilkan haba yang akan
mengakibatkan kehilangan tenaga.

iv. KEHILANGAN TENAGA PADA TERAS LOGAM

Ia berhubung dengan kehilangan Histerisis dan arus pusar. Ia bergantung


kepada bahan teras logam serta pembentukkannya ( lamination ).

v. NO LOAD LOSE

Ia berlaku sekiranya gelung pendua terbuka ( tiada sambungan ke beban )


menyebabkan berlaku arus bocor pada primary mnyebabkan self induce voltan
yang wujud pada gelung utama. Secara praktikalnya berlaku counter balance
pada voltan yang asal di dalam gelung.

SAMBUNGAN TRANSFORMER 3 FASA


Terdapat berbagai cara untuk mengubah voltan 3 fasa ke nilai yang tinggi atau
nilai voltan 3 fasa yang rendah. Tetapi cara – cara sambungan umum yang biasa
digunakan ialah :

i. Star – Star
ii. Delta – Delta
iii. Star – Delta
iv. Deltar – Star
v. Open Delta
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 15 drp : 25

vi. Scoot Connection

Sambungan Star – Star


Sambungan jenis ini adalah ekonomik untuk transformer voltan tinggi yang
bersaiz kecil kerana bilangan lilitan perfasa dan jumlah penebatan yang diperlukan
adalah minimum,dimana voltan adalah 1 / √ 3 daripada voltan talian. Nisbah voltan talian
pada primer dan sekunder adalah sama seperti nisbah pengubahan setiap transformer.
Walaubagaimanapun terdapat anjakan fasa 30˚ antara voltan fasa dan voltan talian
pada primer dan sekunder. Sambungan ini bekerja dengan baik bila beban seimbang.

Sambungan Delta – Delta


Sambungan ini adalah ekonomik untuk transformer voltan rendah yang besar
kerana penambahan bilangan lilitan perfasa.tiada anjakan fasa dalaman antara voltan
fasa dan voltan talian. Kebaikan sambungan ini ialah :

i. Mendapat voltan keluaran yang baik.


ii. Tiada masalah ketidakseimbangan beban seperti star – star.
iii. Jika salah satu transformer tidak berfungsi maka keseluruhan sistem transformer
masih boleh beroperasi dalam sambungan delta walaupun dengan kapasiti yang
kurang.

Sambungan Delta – Star

Tujuan utama sambungan ini ialah untuk digunakan diakhir suatu pencawang
talian penghantar di mana voltan perlu diturunkan. Lilitan sekunder adalah star dengan
neutral yang dibumikan untuk mewujudkan sistem 3 fasa 4 talian. Pada masa kini sistem
sambungan ini lebih digunakan kerana dapat memberikan khidmat 3 fasa dan 1 fasa.
Nisbah antara sekunder dan voltan primer ialah √ 3 daripada nisbah pengubahan setiap
transformer. Terdapat anjakan 30˚ antara voltan talian primer dan sekunder, bermakna
transformer delta – star tidak boleh diselarikan dengan star – star atau delta – delta.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 16 drp : 25

Sambungan Star – Delta


Sambungan ini secara umumnya digunakan ketika menaikkan voltan, sebagai
contoh, ketika permulaan untuk talian penghantaran tekanan tinggi. Voltan talian primer
dan sekunder mengalami perbezaan fasa antara satu sama lain sebanyak 30˚ . Oleh itu,
ianya tidak dapat diselesaikan dengan transformer sambungan delta – delta atau star –
star walaupun nisbah voltan dilaraskan dengan betul. Nisbah voltan sekunder kepada
primer ialah 1 / √ 3 kali nisbah pengubahan setiap transformer.

Sambungan Open Delta


Jika salah satu transformer sambungan delta – delta dikeluarkan dan bekalan 3
fasa disambungkan kepada primer seperti dalam rajah, maka 3 voltan 3 fasa yang sama
akan terdapat diterminal sekunder tanpa beban. Cara ini mengubah kuasa 3 fasa
dengan menggunakan 2 transformer dipanggil open delta. Ia digunakan bila :

i. Beban adalah terlalu kecil untuk meletakkan transformer 3 fasa.


ii. Bila salah satu sambungan transformer delta – delta tidak berfungsi, maka
perkhidmatan masih diteruskan walaupun kapasiti yang rendah sehingga
transformer yang rosak dibaiki.
iii. Bila meramalkan beban pada masa hadapan akan meningkat, maka adalah
mudah untuk menambah transformer.

Sambungan Scott
Sambungan ini ialah untuk mengubah 3 fasa kepada 2 fasa dengan
menggunakan 2 transformer. Ia diperkenalkan oleh Charles F. Scott. Sambungan ini
boleh juga digunakan untuk pengubahan 2 fasa. Salah satu transformer mempunyai
bahagian tengah yang di taps yang dikenali sebagai transformer utama. Transformer
yang satu lagi dinamakan teaser transformer yang disambungkan pada bahagian yang
ditaps pada transformer utama.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 17 drp : 25

PENYAMBUNGAN TRANSFORMER

SAMBUNGAN STAR – STAR

Sambungan jenis ini adalah ekonomik untuk transformer voltan tinggi yang
bersaiz kecil kerana bilangan lilitan perfasa dan jumlah penebatan yang diperlukan
adalah minimum,dimana voltan adalah 1 / √ 3 daripada voltan talian. Nisbah voltan talian
pada primer dan sekunder adalah sama seperti nisbah pengubahan setiap transformer.
Walaubagaimanapun terdapat anjakan fasa 30˚ antara voltan fasa dan voltan talian
pada primer dan sekunder. Sambungan ini bekerja dengan baik bila beban seimbang.

C c
B

C
B b

A a a

N N

SAMBUNGAN DELTA – DELTA ( IL = √ 3 Iph )


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 18 drp : 25

Sambungan ini adalah ekonomik untuk transformer voltan rendah yang besar
kerana penambahan bilangan lilitan perfasa.tiada anjakan fasa dalaman antara voltan
fasa dan voltan talian. Kebaikan sambungan ini ialah :

iv. Mendapat voltan keluaran yang baik.


v. Tiada masalah ketidakseimbangan beban seperti star – star.
vi. Jika salah satu transformer tidak berfungsi maka keseluruhan sistem transformer
masih boleh beroperasi dalam sambungan delta walaupun dengan kapasiti yang
kurang.

SAMBUNGAN DELTA – STAR


Tujuan utama sambungan ini ialah untuk digunakan diakhir suatu pencawang
talian penghantar di mana voltan perlu diturunkan. Lilitan sekunder adalah star dengan
neutral yang dibumikan untuk mewujudkan sistem 3 fasa 4 talian. Pada masa kini sistem
sambungan ini lebih digunakan kerana dapat memberikan khidmat 3 fasa dan 1 fasa.
Nisbah antara sekunder dan voltan primer ialah √ 3 daripada nisbah pengubahan setiap
transformer. Terdapat anjakan 30˚ antara voltan talian primer dan sekunder, bermakna
transformer delta – star tidak boleh diselarikan dengan star – star atau delta – delta.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 19 drp : 25

C c

B a
B b b

C
c
A a

SAMBUNGAN STAR – DELTA


Sambungan ini secara umumnya digunakan ketika menaikkan voltan, sebagai
contoh, ketika permulaan untuk talian penghantaran tekanan tinggi. Voltan talian primer
dan sekunder mengalami perbezaan fasa antara satu sama lain sebanyak 30˚ . Oleh itu,
ianya tidak dapat diselesaikan dengan transformer sambungan delta – delta atau star –
star walaupun nisbah voltan dilaraskan dengan betul. Nisbah voltan sekunder kepada
primer ialah 1 / √ 3 kali nisbah pengubahan setiap transformer.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 20 drp : 25

C c

B b
a
c

a N
A

SAMBUNGAN ZIGZAG / STAR


Sambungan ini bertujuan mengurangkan voltan harmonic ke 3 dan pada masa
yang sama mengimbangkan sesuatu beban yang tidak seimbang. Sambungan ini
digunakan bila sambungan delta secara mekanikalnya lemah pada transformer voltan
tinggi, ianya juga digunakan sebagai transformer penerus ( rectifier ).

A1 a1

a2

C2
C1
A2
B2
B1 b3a3
a4
c3c2
c4
b4 c1
b1
b2
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 21 drp : 25

SAMBUNGAN OPEN – DELTA


Jika salah satu transformer sambungan delta – delta dikeluarkan dan bekalan 3
fasa disambungkan kepada primer seperti dalam rajah, maka 3 voltan 3 fasa yang sama
akan terdapat diterminal sekunder tanpa beban. Cara ini mengubah kuasa 3 fasa
dengan menggunakan 2 transformer dipanggil open delta. Ia digunakan bila :

iv. Beban adalah terlalu kecil untuk meletakkan transformer 3 fasa.


NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 22 drp : 25

v. Bila salah satu sambungan transformer delta – delta tidak berfungsi, maka
perkhidmatan masih diteruskan walaupun kapasiti yang rendah sehingga
transformer yang rosak dibaiki.
vi. Bila meramalkan beban pada masa hadapan akan meningkat, maka adalah
mudah untuk menambah transformer.

Kebaikan sambungan jenis ini adalah :


i. Purata fakta kuasa pada masa transformer open delta dioperasikan adalah
rendah daripada beban.
ii. Voltan terminal sekunder menjad tidak seimbang bila beban meningkat, ini tetap
berlaku walaupun beban diimbangkan.
Jumlah beban yang boleh dibawa oleh sambungan open – delta ialah 57.7%
daripada delta – delta. Ini bermakna ianya aalah 57.7 % kurang daripada had normal.
Contohnya 3 transformer delta – delta satiap satunya 10 KVA. Bila salah satu
transformer dikeluarkan maka ia beroperasi dalam open – delta dengan kapasiti 30 x
57.7 % = 17. 3 KVA.

C c C
c
B b

B b a
A

A a

SAMBUNGAN SCOTT
Sambungan ini ialah untuk mengubah 3 fasa kepada 2 fasa dengan
menggunakan 2 transformer. Ia diperkenalkan oleh Charles F. Scott. Sambungan ini
boleh juga digunakan untuk pengubahan 2 fasa. Salah satu transformer mempunyai
bahagian tengah yang di taps yang dikenali sebagai transformer utama. Transformer
yang satu lagi dinamakan teaser transformer yang disambungkan pada bahagian yang
ditaps pada transformer utama.
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 23 drp : 25

SAMBUNGAN ASAS ALATUBAH 3 FASA


1. Perhubungan voltan dan arus dalam sistem imbangan alatubah 3 fasa sambungan
bintang (star - ) adalah seperti berikut:

I. Arus fasa (IP) dan arus talian (IL) adalah sama. [ IP = IL ].


ii. Voltan talian (VL) adalah sama dengan √3 voltan fasa (VP). [VL= √3 X VP].

R IL
H1 X2
IP
VL
415 V
U
H2 X1
H1 H2 X1 X2 V 3 Phase
S Load
H2 W
X1
VP
415 V

H1 X2
T

strstr/imc

- Rajah di atas menunjukan alatubah 3 fasa secara sambungan Bintang - Bintang


( - ).
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 24 drp : 25

- Rajah di
atas

R U

104 V
415 V 104 V

S 104 V V

415 V 104 V 104 V

T W

strdta/imc

menunjukan alatubah 3 fasa secara sambungan Bintang - Delta ( - ).

2. Perhubungan voltan dan arus dalam sistem imbangan alatubah 3 fasa sambungan
delta () adalah seperti berikut:

I. Arus talian (IL) adalah sama dengan √3 arus fasa (IP). [ IL = √3 X IP ].


ii. Voltan Talian (VL) dan voltan fasa (VP) adalah sama.[ VL = VP ].
NO. KOD ETE 8014/K 01/NK 04-07 Muka : 25 drp : 25

- Rajah di
atas

R IL

IP
415 V
U
V 3 Phase
S Load
W

VL
415 V

dtadta/imc

menunjukan alatubah 3 fasa secara sambungan Delta-Delta ( - ).

R U

180 V
415 V 311 V
180 V
S V

415 V
180 V 311 V

T W

dtastr/imc

- Rajah di atas menunjukan alatubah 3 fasa secara sambungan Delta-Bintang ( - ).

Anda mungkin juga menyukai