Anda di halaman 1dari 9

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GLUL3133

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

DISEDIAKAN UNTUK

(DR MUHAMAD ILYAS BIN SHAIK ALI)

DISEDIAKAN OLEH

(MUHAMAD HASANI BIN ISMAIL)

(276072)

KOTA BHARU (E)

TARIKH 09/06/2023

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKASURAT

1. PENGENALAN 3-4

2. PENTADBIR TIDAK MENGGUNAKAN KUASA 4-8

BUDIBICARA

3. KESIMPULAN 9

4. RUJUKAN 10

2
1. PENGENALAN

Seseorang yang mempunyai kuasa didalam sesuatu ruang lingkup atau organisasi

mahupun pentadbiran di kawal oleh suatu yang dipanggil sebagai peraturan atau undang –

undang yang dibuat untuk dijadikan prosedur bagi melaksanakan suatu tugasan. Namun berbeza

dengan panduan, peraturan atau undang – undang, terdapat satu kuasa yang terdapat pada setiap

orang yang diberikan kuasa yang dipanggil budi bicara. Menurut Aziz Bari Budibicara itu

bermaksud “Satu kuasa yang membolehkan seseorang yang ada padanya kuasa bertindak

atau membuat keputusan dalam suatu had tertentu dimana ia bebas untuk membuat tindakan

dan keputusan itu.”

Kuasa budibicara perlu digunakan di dalam beberapa situasi dalam melaksanakan tugasan

dan pentadbiran bagi memudahkan untuk mendapat keputusan yang cepat dan fleksibel

memangkan dalam kehidupan moden, pentadbiran menjadi semakin kompleks dan susah untuk

difahami. Walaubagaimanapun, budibicara itu haruslah digunakan dengan betul dan tepat serta

mempunyai had had yang tertentu.

Kuasa budibicara yang tidak dikawal tentunya akan menyebabkan wujudnya beberapa

masalah sekiranya ia digunakan dengan sewenang-wenangnya serta tidak disertakan dengan

alasan yang munasabah bagi penggunaan kuasa budibicara tersebut. Antara masalah yang akan

timbul adalah akan berlakunya suatu keadaan dimana mereka yang mempunyai kuasa tersebut

akan mengamalkan amalan kronisme, nepotisme dan punca berlakunya rasuah.

Di Malaysia sendiri dalam ruang dan gambaran yang lebih besar boleh kita bincangkan

adalah, suatu kuasa budibicara diberikan berlandaskan undang undang dan perlembagaan yang

ada. Sebagai contoh, kuasa yang diberikan kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk menyetujui dan

3
melantik satu perdana Menteri serta Menteri – Menteri yang ada. Dan kuasa yang diberikan ini

adalah untuk menyokong dan atas nama semangat demokrasi. Dengan kata lain kuasa budibicara

yang diberikan adalah bagi tujuan yang sah.

Antara perkataan yang menunjukkan ianya adalah kusa budibicara yang digariskan di

dalam undang – undang atau perlembagaan persekutuan adalah “jika beliau berpuashati”, “jika

difikirkan munasabah”, “jika difikirkan perlu” dan sebagainya.

Salah satu kuasa budibicara yang dimasukkan ke dalam perlembagaan persekutuan

adalah sebagaimana di perkara 24(1) dimana ada dinyatakan bahawa “Jika Kerajaan

Persekutuan berpuashati bahawa seseorang warganegara telah memperolehi kewarganegaraan

mana-mana negeri luar Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau perbuatan lain

yang sengaja serta menurut peraturan (lain dari perkahwinan), maka kerajaan Persekutuan

boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu.”.

Satu lagi contoh yang dapat diketengahkan bagi menunjukkan keadaan budibicara itu

adalah melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimana dengan menggunakan kuasa

mutlak yang ada pada seorang menteri. Menteri boleh melarang untuk sesuatu makalah atau apa

apa juga bahan bacaan untuk di terbitkan atau dicetak dimana setelah mengambilkira terdapat

beberapa prejudis kepada moraliti, keselamatan dan kepentingan awam dimana menteri

berpuashati dengan alasan – alasan yang dikemukakan kepadanya. Selain itu juga, pengeluaran,

pembatalan dan penggantungan lesen dan permit untuk mana – mana syarikat mencetak

suratkhabar adalah terletak secara mutlak di bawah kuasa seorang menteri.

Melihat kepada dua situassi yang dinyatakan, boleh dikatakan “berpuashati” itu adalah

suatu perkara yang subjektif dan tidak boleh diletakkan standard atau kriteria tertentu untuk

4
dijadkan penanda aras atau rujukan melainkan ianya adalah terletak apaka tahap kepuasan hati

seseorang yang diberikan kuasa untuk membuat keputusan.

2. PENTADBIR TIDAK MENGGUNAKAN KUASA BUDIBICARA

Kuasa budibicara yang diberikan oleh undang – undang akan dipertikaikan dan disemak

semula sekirya terdapat elemen atau unsur – unsur yang boleh dikatakan pentadbir tersebut tidak

menggunakan kuasa budibicaranya. Ianya boleh berlaku dalam keadaan tiga keadaan atau tiga

cara. Sekiranya tiga keadaan tersebut berlaku, pihak yang terkesan boleh lah membuat

pengaduan untuk keputusan yang dibuat oleh pentadbir disemak semula.

Cara yang pertama dimana pentadbir dikatakan tidak menggunakan kuasa budibicaranya

adalah apabila pentadbir secara jelas tidak melaksanakan kuasa budibiacar tersebut bukan

daripada sendiri melainkan di atas arahan daripada orang yang lain. Setelah mengambilkira fakta

dan alasan yang dikemukakan, pentadbir hendaklah menganalisis sendiri fakta yang

dikemukakan kepadanya dan membuat keputusan sendiri serta tidak boleh meminta pihak lain

untuk membuat keputusan bagi pihak dirinya kerana ianya akan di anggap sebagai pentadbir

gagal melaksanakan kuasa budibicara yang diberikan kepadanya secara sah.

Dalam kes Simms Motor Units lwn Minister of Labour (1946) 2 All ER 201, menteri

telah mengarahkan pegawai perkhidmatan awam untuk mengekluarkan satu arahan. Atas araan

daripada menteri terbabit, Pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai kuasa budibicara telah

mengeluarkan perintah. Setelah merasakan terdapat isu yang boleh dibangkitkan, pihak Simms

Motor Unit telah membawa perkara ini ke mahkamah untuk di timbang tara. Setelah meneliti

beban pembuktian yang dikemukaka, perintah tersebut telah dibatalkan oleh mahkamah atas

5
alasan jika Menteri hendak mengeluarkan sesuatu polisi, dia hendaklah berbuat demikian melalui

peraturan dan bukannya perintah pentadbiran. Menteri tidak boleh mengehadkan tanggungjawab

atau kuasa budibicara yang ada pada pegawai perkhidmatan awam berkenaan. Pegawai

berkenaan hendaklah mengaplikasikan fikirannya sebelum membuat keputusan.

Di Malaysia, mengambil contoh dalam kes P Patto lwn Chief Police Officer, Perak

(1986) 2 MLJ 204. Fakta kes ini ialah perayu telah memohon kepada OCPD berkenaan dengan

lesen untuk mengadakan makan malam dan tarian singa di tempat awam. OCPD telah membawa

permohonan tersebut ke pihak yang lebih tinggi, iaitu Ketua Pegawai Polis yang telah menolak

permohonan tersebut. Perkara ini telah dicabar kerana OCPD tidak menggunakan kuasa

budibicaranya untuk membuat keputusan.

Mahkamah Agong telah memutuskan bahawa di bawah seksyen 27(2) Akta Polis, kuasa

untuk meluluskan permohonan lesen adalah terletak pada OCPD sebagai pegawai perlesenan.

Dalam kes ini, OCPD sebagai pegawai yang berkuasa meluluskan lesen telah tidak

melaksanakan kuasa budibicaranya apabila beliau membawa permohonan tersebut ke peringkat

yang lebih tinggi, iaitu Ketua Pegawai Polis untuk diluluskan. Hanya apabila OCPD telah

membuat keputusan dan perayu tidak berpuashati dengan kes tersebut, barulah rayuan boleh

dibuat kepada Ketua Pegawai Polis yang kemudiannya akan membuat keputusan. Ketua Pegawai

Polis hanya mempunyai bidang kuasa rayuan dan bukannya membut keputusan atas permohonan

yang asal.

Cara atau alasan kedua yang boleh dikaitkan dengan pentadbir tidak menggunakan kuasa

budibicaranya adalah apabila perintah yang dikeluarkan adalah berdasarkan pengaruh orang lain

6
ke atas pentadbir. Sekiranya keputusan yang dibuat oleh seseorang pentadbir tanpa menurut

pertimbangan daripanya sendiri, maka keputusan yang dibuat bolehlah disemak semula.

Dalam kes Emperor lwn Sibnath Banerjee (1945) A.I.R. 156, setelah mendapat nasihat

daripada pihak polis, menteri kemudiannya telah mengeluarkan satu arahan supaya perintah

pencegahan dilaksanakan. Antara isu yang berjaya dibangkitkan dalam situasi dan kes ini adalah,

adakah menteri mengeluarkan arahan daripada fikirannya sendiri atau daripada pengaruh orang

lain, dan ianya berjaya dibuktikan bahawa menteri telah mengeluarkan arahan setelah mendapat

nasihat daripada pihak polis.

Kemudiannya, pihak perayu telah mencabar keabsahan arahan yang dikeluarkan oleh

menteri dan setelah bersidang dan meneliti bukti -bukti yang diberikan. Mahkamah berpendapat

arahan tersebut tidak sah dan majlis privy telah membatalkan arahan yang dikeluarkan atas

alasan arahan yang dikeluarkan oleh menteri haruskan setelah menteri meneliti dan berpuashati

dengan alasan yang dikemukakan kepadanya, sebelum menteri mengeluarkan arahan perintah

pencegahan.

Dan cara atau alasan yang terakhir dimana pentadbir dikatakan tidak menggunakan kuasa

budibicaranya adalah Fettering dicreation. Fettering discreation bermaksud garispanduan yang

ingin dilaksanakan haruslah mengambilkira situasi sesuatu kes dan juga merit yang ada bagi kes

tersebut sebelum suatu keputusan dibuat. Apabila kesemua merit yang ada atau justifikasi

sesuatu kes tidak diambilkira dan tidak di aplikasikan, maka keputusan yang dibuat adalah tidak

sah memandangkan keputusan yang dibuat adalah tidak secara fleksibel.

Lord Denning dalam kes Sagnata Investments lwn Norwich Corporation (1971) 2 All

E.R. 1441 menyatakan bahawa setiap badan pentadbiran termasuklah yang mengeluarkan lesen,

7
yang harus mempertimbangkan banyak permohonan, adalah dibenarkan untuk membuat

polisi/garis panduan yang boleh diikuti dalam membuat keputusan dengan syarat ia adalah

munasabah dan adil. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir tidak boleh mengaplikasikan garis

panduan tersebut secara ketat sehingga menolak permohonan tanpa mendengar apa yang

diperkatakan oleh pemohon. Pemohon berhak untuk memberikan alasan bahawa garis panduan

tersebut patut diubah atau garis panduan tersebut tidak patut diaplikasikan untuk kesnya.

Pentadbir boleh membuat keputusan berdasarkan garis panduan yang telah dibuat, tetapi dia

hendaklah mendengar dahulu alasan yang diberikan oleh pemohon.

3. KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dirumuskan dalam melaksanakan kuasa budibicara oleh

seseorang adalah perlu dengan pertimbangan yang disandarkan pada elemen – elemen atau

alasan serta merit yang ada serta tidak boleh dipengaruhi oleh seseorang yang lain. Selain itu

juga, isu utama yang perlu di ketengahkan adalah berkenaan dengan sifat atau kuantiti serta

kawalan ke atas kuasa budibicara yang ada agar tidak disalahgunakan sehingga membawa

kepada kesan buruk. Penggunaan kuasa budibicara juga perlu di semak imbang oleh mahkamah

atas dasar demokrasi dan prinsip keadilan agar tidak ada yang teraniaya dengan budibicara yang

digunakan secara sewenang – wenangnya.

8
4. RUJUKAN

Abdul Aziz Bari (1994). The Development and role of Constitutional Monarchy in

Malaysia. Oxford University Press

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penduduk-fail-permohonan-cabar-

keputusan-kerajaan-negeri-mb-selangor-roboh-stadium-shah-alam-385788

Abdul Aziz Bari (2004). Kuasa-Kuasa Budi Bicara Teori dan Pemakaiannya dalam

Undang-Undang Perlembagaan dan Undang-Undang Pentadbiran. Jurnal

Undang-Undang dan Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai